Sunday, July 14, 2019

5 Makanan Yang Mengurangkan Kekuatan Seksual Lelaki

5 Makanan Yang Mengurangkan Kekuatan Seksual Lelaki

Ramai sudah maklum tentang makanan yang sesuai diambil untuk kesihatan seksual seperti coklat gelap, badam, tiram, strawberi, asparagus, madu dan lain-lain yang berupaya meningkatkan ghairah seksual. Sama ada kepada lelaki atau wanita, makanan afrodisiak boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang membantu kelancaran dalam hubungan intim.

Makanan Kurangkan Kekuatan Seksual Lelaki

Namun demikian, terdapat juga beberapa sumber makanan dan minuman yang boleh membantutkan keghairahan seksual individu yang tanpa disedari, boleh merosakkan selain menjejaskan organ pembiakan.

Oleh itu cuba elakkan makanan tersebut dalam menu sekiranya anda inginkan hubungan intim yang hebat.

1. MINUMAN BERKARBONAT

Pengambilan minuman bergas, berkarbonat bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah ia mempengaruhi turun naik berat badan dan mood anda.

Minuman ini juga adalah antara punca yang menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, kaviti gigi dan lain-lain.

Jika anda mula mengalami masalah berkaitan isu-isu kesihatan, ia adalah petanda awal yang memberi kesan pada tahap keghairahan anda.

2. MINUMAN KERAS

Mungkin ada yang berasa tenang selepas meneguk beberapa gelas minuman keras namun, sebaliknya minuman keras sebenarnya membuatkan anda mabuk, mengantuk dan tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Adakah anda mempunyai perasaan romantis atau rangsangan apabila melihat seseorang terhuyung-hayang kerana mabuk? Pasti tidak bukan?

Ini kerana pengambilan minuman keras akan mendorong tindak balas kimia yang boleh menghalang pengeluaran hormone testosterone kepada lelaki dan mengurangkan keghairahan.

3. GULA-GULA GETAH

Siapa yang tidak suka dengan gula-gula getah bukan? Walaupun ia berupaya menghilangkan masalah nafas berbau serta memberi manfaat kepada sistem pencernaan, namun sebaliknya ia boleh memberi kesan buruk kepada nafsu anda.

Gula-gula getah menghasilkan mentol (sejenis sebatian berhablur yang larut dalam alkohol, berangin dan digunakan dalam membuat ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa) yang berupaya menurunkan nafsu seks.

4. SOYA

Soya adalah antara sumber minuman yang berkhasiat juga sumber protein yang baik bagi tubuh, selain pengganti yang sihat bagi daging.

Bagi wanita hamil, soya berupaya membantu pertumbuhan kulit yang lembut kepada bayi namun, tahukah anda kacang soya mengandungi fitoestrogen yang bersaing dengan hormon seks lelaki?

Ia boleh menyebabkan masalah kesuburan, pertumbuhan payudara lelaki dan keguguran bulu yang patut dielakkan.

5. KEJU

Produk-produk tenusu yang boleh didapati di pasaran hari ini tidak semula jadi kerana kebanyakannya sudah diproses.

Produk-produk tenusu yang tinggi kandungan lemak seperti keju boleh menyebabkan kerosakan pada tubuh anda.

Pengambilan produk tenusu yang tinggi dengan kandungan lemak secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan toksik di dalam badan.

Secara tidak langsung, ia akan mengganggu pengeluaran semula jadi hormon seperti estrogen, progesteron dan testosteron yang berfungsi meningkatkan keghairahan seksual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, February 05, 2019

7 Cara Mengatasi Ereksi Lemah

7 Cara Mengatasi Ereksi Lemah

Zakar, salah satu anggota badan yang unik. Ia boleh menegang sendiri dan kadang-kadang ia tak boleh menegang ketika anda inginkannya! Tapi mengapa zakar sukar tegang?

Lemah tenaga batin

Menurut kajian yang diterbitkan American Journal of Medicine, hampir 15% lelaki yang berusia 20 hingga 39 tahun mengalami masalah zakar susah tegang atau ereksi lemah.

Manakala hampir 20% lelaki yang berusia 40 hingga 59 tahun pula tidak memiliki hubungan intim yang sihat kerana zakar susah tegang.

Ada banyak sebab mengapa anda boleh menghadapi masalah zakar susah tegang, namun berikut antara 7 cara bagaimana anda boleh mengelaknya daripada berlaku lagi.

7 petua untuk zakar sukar tegang.

1. Pergi ke gim bersenam

Menurut Dr. Ryan Berglund, seorang pakar urologi di Klinik Cleveland, pengaliran darah adalah kunci utama untuk ereksi yang lebih sihat.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran darah dan berlari juga membantu, namun anda tidak digalakkan duduk di atas basikal terlalu lama. Seluar yang ketat juga tak membantu, ya!

2. Berhenti merokok

Kajian yang dilakukan oleh University of Kentucky mendapati ramai perokok tidak merasa puas di dalam hubungan intim berbanding lelaki yang tidak merokok.

Malah, kajian juga mendedahkan saiz zakar seorang lelaki yang merokok didapati lebih pendek dari lelaki yang tidak merokok!

Jadi, ada baiknya anda berhenti merokok untuk mengatasi masalah zakar susah tegang ini.

3. Minum kopi

Kajian dari University of Texas Health Science Center di Houston mendapati walaupun rokok boleh menyebabkan masalah zakar susah tegang, tapi kopi boleh merawatnya!

Lelaki yang minum hampir 2 hingga 3 cawan kopi setiap hari jarang menghadapi masalah ereksi tidak berfungsi.

4. Elak kencing manis

Kencing manis antara salah satu cara yang paling cepat untuk anda mengalami masalah zakar susah tegang.

Hampir 50% lelaki yang menghidap diabetes menghadapi masalah ini.

Jadi sebelum terlambat, lebih baik anda mengurangkan kandungan gula dalam minuman dan makanan anda.

Pastikan juga anda sentiasa memeriksa paras gula dalam badan anda.

5. Hati-hati ketika melakukan dayungan

Tahukah anda, jika terlalu ganas ketika dayungan, anda berisiko untuk terkena masalah zakar patah!

Ya, zakar boleh patah dan anda memerlukan pembedahan untuk merawatnya.

Anda memerlukan masa selama 24 jam untuk sembuh selepas pembedahan bagi mengelak pendarahan dalaman dan kerosakan kekal.

Untuk lebih berhati-hati, jaga-jaga dengan posisi woman on top. Posisi ini dikatakan menjadi punca utama kenapa zakar boleh patah.

6. Tak payah ambil Grab, jalan kaki!

Menurut Dr. Goldstein, lelaki yang berjalan sepanjang 2 km setiap hari kurang berhadapan dengan masalah zakar sukar tegang berbanding lelaki yang tidak rajin berjalan.

20 minit masa berjogging juga dikira sebagai senaman berjalan dan semakin banyak anda bersenam, makan dengan sihat dan fleksibel, lebih kurang risiko anda terkena masalah ereksi.

7. Dapatkan tidur yang cukup

Penis anda juga memerlukan tidur sebanyak yang mungkin. Setiap kali anda tidur, ereksi boleh mencapai selama 3 hingga 5 jam.

Ini sebenarnya salah satu cara bagaimana penis mengecas semula tenaganya untuk mengekalkan pengaliran darah.

Jadi secara teori, lebih banyak ereksi ketika tidur yang anda ada, lebih fleksibal tisu ereksi zakar!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Friday, January 11, 2019

5 Sebab Wanita Geli Lelaki ‘Terlebih’ Sado

5 Sebab Wanita Geli Lelaki ‘Terlebih’ Sado

Ketika ini seakan-akan menjadi trend sebahagian besar lelaki maskulin memberi perhatian terhadap penjagaan bentuk badan yang sanggup memperuntukkan sebahagian daripada wang gaji bulanan untuk membeli protein, suplemen, membayar jurulatih dan fi pusat kecergasan. Semuanya kerana mahu mendapatkan bentuk badan yang seksi dan berotot.

Lelaki Sado

Kebanyakan lelaki beranggapan, bentuk badan yang menarik terutamanya jika memiliki six pack menjadikan mereka lebih maco, segak dan lebih berketrampilan berbanding lelaki berbadan ‘gelebeh’, boroi atau kurus kering.

Tapi jangan terlalu taksub dengan bentuk badan sasa kerana kelebihan itu sebenarnya gagal menarik perhatian segelintir wanita.

Sesetengah wanita menganggap, bentuk dada lelaki yang terlalu menonjol dan berketul menyamai payudara mereka dan ia menggelikan.

5 sebab ini membuatkan lelaki badan sasa itu mungkin akan dipandang sebelah mata oleh seseorang wanita.

1. Dada lelaki seperti ada payudara. Yaks!

Bahagian dada lelaki antara kawasan paling menonjol jika mereka memakai pakaian body fit. Bonjolan pada dada kelihatan seperti payudara wanita. Segelintir wanita berasa geli melihat bahagian dada itu malah sesetengah payudara wanita lebih kecil berbanding dada lelaki.

Kalau anda lelaki yang berasa hebat pada bahagian dada, ingatlah ia sesuatu yang menggelikan bagi wanita.

2. Badan macam raksasa berjalan macam angsa

Bab ini sedikit kelakar. Pernah atau tidak anda menemui lelaki jenis ini? Badannya berketak-ketak macam ‘raksasa’ tapi selepas melihat dia berjalan, lenggangnya mengalahkan itik angsa!

Lelaki macam ini mempunyai konflik dalam dirinya sendiri. Imej yang ditonjolkan sebagai lelaki maco tidak mampu dibawanya. Setiap langkah yang diatur membuatkan wanita akan mentertawakannya.

Wanita akan berasa geli dengan penampilan sebegini. Jangan terlalu nak nampak terlebih maco tetapi hakikatnya terdapat kekurangan lain yang lebih menonjol. Lelaki seperti ini memadai tidak terlalu berlebih-lebihan membina otot badan.

3. Tewas di ranjang layu selepas lima minit

Segelintir wanita mungkin melihat lelaki yang banyak mengangkat berat di gim itu ‘power’ jika di ranjang.

Daripada sudut psikologi ada yang melihat jika mereka mampu mengangkat besi seberat 50 kilogram mereka akan kelihatan hebat ketika di katil untuk bersama dengan pasangan.

Jawapannya ialah ‘no’!

Ada pendapat mengatakan, lelaki maskulin sentiasa tewas di ranjang akibat terlalu banyak mengambil suplemen.

Ada wanita pernah menangis pada malam pertama perkahwinannya kerana suami berbadan sado itu cepat 'layu', hanya mampu bertahan kira-kira lima minit sahaja.

Ini kerana ejakulasi pramatang kerap berlaku kepada lelaki-lelaki sado kerana tabiat tidak sihat mereka seperti terlalu banyak mengambil suplemen.

Selain itu pengambilan dadah steroid untuk membina otot dengan pantas turut berisiko menjadi penyumbang kerosakan sperma lelaki, silap-silap boleh mandul.

4. Gay

"Wah menarik betul badan lelaki tu. Untung kalau dia jadi suami aku!” Ayat itu mungkin akan terkeluar daripada mulut seseorang wanita saat melihat lelaki yang memiliki ciri-ciri idamannya melintas depan mata bersama seluar sukan dan baju singlet ketat.

Tapi awas jangan terpedaya kerana orientasi seks lelaki itu tidak semestinya kepada wanita! Namun penampilan itu untuk menarik perhatian orang lain.

Tidak mustahil sejam kemudian anda melihat pemuda itu berpegangan tangan dengan pasangan sejenisnya.

Jadi geli tak? Tentulah ya!

5. Perasan dan kuat berangan

Seseorang wanita yang keluar dengan pasangan tentu mahukan perhatian. Tapi kalau pasangannya seorang lelaki kacak berbadan segak, tentu ia boleh memenatkan wanita yang tinggi sifat cemburu.

Lelaki seperti ini segelintirnya suka kawal pergerakan jika berada di khalayak. Mereka fikir dengan raut wajah dan badan menarik itu, seluruh mata manusia akan memandangnya.

Jadi, serba serbi dia asyik kontrol. Ketika berjalan kontrol, masa makan kontrol dan nak bercakap dengan kekasih sendiri pun masih kontrol.

Sikap perasan lebih inilah merimaskan golongan wanita. Malah sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal apabila mereka suka berangan kononnya mempunyai ‘saham’ tinggi. Geli!

Adakah lima contoh ini terdapat pada pasangan lelaki atau sahabat anda? Jadi, anda fikirlah!

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Saturday, December 22, 2018

10 Fakta Tentang Zakar Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

10 Fakta Tentang Zakar Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

Sepanjang hidup berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan semakin rapat dan intim. Keintiman ini bukan saja dari segi fizikal, malah juga hingga emosi. Yang penting dalam hubungan ini juga adalah tentang zakar lelaki, dan anda patut lebih tahu tentangnya.

Fakta zakar lelaki

Jadi, jom lihat 10 fakta tentang zakar ini yang kami confirm akan buat ramai wanita terkejut!

1. Saiz zakar sebenarnya lebih kecil!

Tahukah anda yang saiz zakar itu sebenarnya lebih kecil dari yang disangka?

Sebenarnya, saiz zakar suami anda itu sebesar saiz iceberg saja. Ini kerana ia kemaluan lelaki telah "tertanam" di dalam tulang pubik dan pelvisnya.

Purata saiz zakar yang normal adalah sepanjang 5 inci atau 13cm saja.

"Senjata" lelaki yang paling panjang pernah direkod adalah sepanjang 24cm!

2. Zakar berhenti membesar

Sekitar usia 20-an, zakar lelaki akan berhenti membesar. Ia mula membesar ketika mencapai akil baligh dengan pembesaran testikel lelaki.

Tumbesaran zakar semakin rancak di antara usia 12 hingga 16 tahun dan saiz zakar pula ditentukan oleh genetik.

3. Zakar senang tegang!

Sebenarnya, seorang lelaki boleh dirangsang dengan cepat dan mudah (dalam masa beberapa saat saja!).

Tapi itu semuanya pun bergantung dengan kesihatan lelaki itu. Jadi, jangan pula anda rasa rendah diri dan kecewa apabila suami lambat terangsang apabila anda menggodanya.

4. Makanan boleh merangsang zakar

Ya betul! Kajian mendapati makanan dengan bau yang sedap, contohnya seperti donut atau coklat akan merangsang zakar untuk lebih cepat tegang.

Ini kerana pengaliran darah ke zakar lebih laju gara-gara dirangsang bau makanan yang sedap ini.

5. Lelaki berejakulasi sebanyak 7,000 kali

Purata jumlah lelaki berejakulasi sepanjang hidupnya adalah sebanyak 7,200 hingga 7,500 kali.

Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti seksual, diet dan kesihatan lelaki itu. Sebenarnya, lebih banyak berejakulasi lebih bagus.

Kajian mendapati hampir 32,000 lelaki yang berejakulasi sebanyak 21 kali dalam satu bulan memiliki risiko terkena kanser prostat yang lebih rendah!

6. Ereksi lebih kerap

Fakta tentang zakar yang satu ini pasti akan buat anda terkejut!

Bagi ereksi pula, lelaki boleh mencapai ereksi (zakar menegang) secara purata sebanyak 11 kali pada waktu siang dan 9 kali pada waktu malam.

Wow! Tapi jangan bimbang. Ini bukan bermaksud pasangan anda itu terangsang ketika anda tiada.

Kadang-kala, zakar boleh terangsang kerana jenis seluar dalam yang dipakai pasangan malah, urutan juga boleh merangsangnya.

7. Merokok boleh melemahkan zakar

Perokok tegar akan mengalami masalah ejakulasi pramatang yang lebih kerap malah, zakar juga mungkin boleh mengecil sebanyak beberapa cm.

Ini kerana merokok menyukarkan pengaliran darah dan kajian sebelum ini mendapati merokok menyebabkan ereksi yang lebih sekejap dan lemah.

Sebab itu ramai lelaki tidak tahan lama di ranjang. Nampaknya, ada alasanlah mengapa suami patut berhenti merokok, kan?

8. Zakar seperti klitoris juga

Sama seperti klitoris, zakar juga memiliki saraf yang sungguh sensitif dan tiada penghujungnya! Setiap saraf ini berfungsi untuk rangsangan seksual.

9. G-spot lelaki

Tahukah anda yang lelaki juga memiliki G-spot dan biasanya terletak di prostat mereka.

Tapi ini bukan satu-satunya titik G-spot lelaki. Perineum (jarak antara dubur dan testikal) lelaki juga satu kawasan sensitif yang wajar dirangsang!

10. Ada 2 jenis zakar

Terdapat 2 jenis zakar iaitu zakar grower dan zakar shower.

Zakar grower adalah zakar yang akan membesar (terlalu besar) dan semakin panjang apabila dirangsang. Manakala zakar shower pula masih membesar jika dirangsang, namun ia tidak terlalu berubah saiz.

Menurut tinjauan yang dilakukan Men’s Health, hampir 79% lelaki memiliki zakar jenis grower berbanding shower.

Itu 10 fakta tentang zakar, apa pendapat anda?

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Monday, July 16, 2018

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat

Saluran darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi yang berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat.

Ereksi Zakar Lelaki Tanda Badan Sihat
Gambar hiasan.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung.

Tahap mati pucuk

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan.

Tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual. Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi.

Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual namun, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, July 06, 2018

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal

Menurut kajian, 1 dalam 3 orang lelaki mempunyai masalah pancut awal dalam hidup mereka ketika melakukan hubungan intim dan ini memberi kesan buruk kepada pasangan suami isteri tetapi, masalah ini masih boleh dirawat.

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal
Gambar hiasan.

Dan sememangnya terdapat perbezaan yang ketara antara mati pucuk (Erectile Dysfucntion) dan pancut awal (Premature Ejaculation).

Tetapi, apa perbezaan pancut awal dan mati pucuk?

Ketegangan zakar
  • Pancut awal: Tiada masalah untuk tegang dan bersedia untuk hubungan intim.
  • Mati pucuk: Sukar untuk tegang atau mengekalkan ketegangan tersebut bagi melakukan hubungan intim.

Mengekalkan ketegangan
  • Pancut awal: Zakar kekal tegang sehinggalah air mani terpancut kemudian ianya lembik.
  • Mati pucuk: Lembik sebelum pancut atau sebelum hubungan intim berakhir.

Pancutan air mani
  • Pancut awal: Pancutan berlaku akibat lemahnya kawalan oleh lelaki dan ini menyebabkan perasaan tertekan.
  • Mati pucuk: Pancutan mungkin dilakukan dengan cepat kerana dikhuatiri zakar hilang ketegangan atau mungkin juga pancut ketika zakar lembik.

Siapa yang terkesan
  • Pancut awal: Biasanya berlaku kepada lelaki pelbagai umur.
  • Mati pucuk: Banyak berlaku pada lelaki yang sudah berumur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro


Saturday, January 13, 2018

Masalah Tompok Merah Pada Kemaluan

Masalah Tompok Merah Pada Kemaluan

Saya berusia 34 tahun, sudah berkahwin dan ada mempunyai dua orang anak. Namun, apa yang amat merunsingkan fikiran saya ialah kewujudan beberapa tompok-tompok kemerahan di sekeliling kepala zakar.

Tompok Merah
Gambar hiasan.

Walaupun tidak sakit atau gatal, ia tetap merisaukan saya, lebih-lebih lagi ia bertukar warna daripada merah kepada hitam.

JOHN Besut, Terengganu

Lapisan kulit kepala zakar atau ‘glans penis’ ialah jenis kulit mukosa iaitu lembut dan licin.

Kulit jenis ini tidak mudah menggelupas jika berlaku radang dan hanya kelihatan kemerah-merahan sebelum bertukar menjadi hitam.

Saya tidak pasti sama ada anda mengalami masalah begini kerana perubahan kulit hanya daripada segi warna.

Ia juga berlaku akibat penggunaan krim atau jeli yang biasa diguna untuk membantu masalah cepat klimaks, mungkin menyebabkan alahan.

Jika anda tidak menggunakan apa-apa krim, tompok kemerahan itu mungkin biasa.

Jika tidak berasa sakit dan tidak dapat mengaitkannya dengan apa-apa punca yang menyebabkan ia menjadi merah, anda tidak perlu bimbang.

Namun, jika masih bimbang, sila berjumpa pakar kulit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drismailtambi