Sunday, November 25, 2018

7 Adiwira Paling Popular Ciptaan Stan Lee

7 Adiwira Paling Popular Ciptaan Stan Lee

Selamat jalan buat legenda dan pencipta komik Marvel, Stan Lee yang meninggal dunia pada usia 95 kerana menghidupkan watak adiwira yang berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi komik sebelum ia difilemkan. Setiap cerita adiwira ciptaannya memiliki plot cerita mendalam, unik dan penuh dengan falsafah.

Ciptaan Stan Lee

Kami senaraikan antara watak adiwira paling popular ciptaan Stan Lee.

1. Fantastic Four

Ciptaan Stan Lee

Ia adalah adiwira ciptaan Stan Lee yang pertama. Ia muncul buat pertama kali pada 1961 dan dihasilkan bersama pelukis Jack Kirby.

Fantastic Four yang dianggotai empat saintis berlainan watak diadaptasi ke layar perak sebanyak dua kali pada 2005 dan 2015.

Filem pertamanya dibintangi Ioan Gruffudd, Jessica Alba, Chris Evans dan Michael Chiklis.

Pada tahun 2015 ia dihasilkan semula dengan menampilkan lakonan Miles Teller, Michael B Jordan, Kate Mara dan Jamie Bell.

2. Hulk

Ciptaan Stan Lee

Watak kedua dicipta Stan Lee ini mengenai saintis Dr Bruce Banner terperangkap dalam letupan radiasi gamma sehingga berubah menjadi gergasi hijau setiap kali marah.

Mula tampil sebagai siri TV pada 1978 lakonan Bill Bixby dan Lou Ferrigno.

Tiga pelakon tampil sebagai Hulk dan Dr Bruce Banner dalam filem iaitu Eric Bana (Hulk - 2003), Edward Norton (The Incredible Hulk - 2008) dan Mark Ruffalo (dalam siri The Avengers).

3. Spider-Man

Ciptaan Stan Lee

Adiwira paling popular dalam kalangan kanak-kanak, pertama kali muncul dalam komik antologi Amazing Fantasy isu 15 pada Ogos 1962.

Danny Seagren menjadi pelakon pertama melakonkan watak Spider-Man untuk siri TV pada 1974 hingga 1977.

Tiga pelakon membawa watak Peter Parker dan Spider-Man iaitu Tobey Maguire (Spider-Man, Spider-Man 2, Spider-Man 3), Andrew Garfield (The Amazing Spider-Man, The Amazing Spider-Man 2) dan Tom Holland (Spider-Man : Homecoming, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War).

Holland juga bakal muncul dengan filem terbaru Spider-Man: Far From Home.

4. Iron Man

Ciptaan Stan Lee

Pertama kali muncul dalam komik Tales of Suspense isu 39 pada Mac 1963, komik pertama Iron Man isu 1 ialah pada Mei 1968.

Dalam filem, watak Iron Man dan Tony Stark dibawa oleh Robert Downey Jr.

Setakat ini, Iron Man muncul dalam lapan filem iaitu Iron Man (2008), Iron Man 2 (2010), Iron Man 3 (2013), The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Spider-Man: Homecoming (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

Filem terbaru Iron Man Marvel Cinematic Universe bakal ditayangkan pada tahun 2019.

5. Thor

Ciptaan Stan Lee

Membuat kemunculan pertama dalam komik Journey Into Mystery isu 83 pada Ogos 1962.

Chris Hemsworth adalah pelakon paling sinonim dengan Thor dan muncul dalam tujuh filem iaitu Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age Of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

6. Black Panther

Ciptaan Stan Lee

Muncul kali pertama dalam komik Fantastic Four isu 52 pada Julai 1966, merupakan watak adiwira kulit hitam pertama.

Chadwick Boseman membawa watak Black Panther atau T’Challa dalam tiga filem iaitu Captain America: Civil War (2016), Black Panther (2018) dan Avengers: Infinity War (2018).

Pada 2011, Black Panther disenaraikan di tangga ke 51 dalam Top 100 Comic Books Heroes.

7. Wolverine

Ciptaan Stan Lee

Pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk isu 181 pada November 1974. Dalam filem, Hugh Jackman adalah individu paling sesuai membawakan watak Wolverine atau Logan.

Lebih sinonim dengan siri filem X-Men iaitu X-Men (2000), X2 (2003), X-Men: The Last Stand (2006), X-Men Origins: Wolverine (2009), X-Men: First Class (2011), The Wolverine (2013), X-Men: Day of Future Past (2014), X-Men: Apocalypse (2016), Logan (2017) dan Deadpool 2 (2018).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Wednesday, November 14, 2018

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Pencipta watak Spider-Man, Iron Man dan Hulk, Stan Lee, meninggal dunia pada usia 95 tahun, namun anak perempuannya, J.C. Lee tidak memaklumkan punca kematian bapanya, yang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai.

Stan Lee Meninggal Dunia
Stan Lee (1922-2018).

Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018) ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat, bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.

Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.

Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekali gus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.

Selepas itu, Stan Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah multimedia gergasi.

Stan Lee telah mengumumkan bahawa beliau menghidap penyakit radang paru-paru sejak awal tahun 2018 dan pernah digegaskan ke hospital pada awal Februari kerana sesak nafas dan denyutan jantung tidak tetap, namun jurucakap mengatakan beliau berkeadaan baik.

Superhero

Stan Lee juga sering membuat penampilan cameo dalam filem-filem Marvel seperti X-Men, Spider-Man, Hulk, Fantastic Four, Iron Man, Thor, Captain America dan Guardians of the Galaxy.

Ketika menjawab pertanyaan salah seorang audiens di Alamo City Comic Con, beliau menceritakan secara ringkas bagaimana karekter Spider-Man dicipta.

Pada awalnya, idea tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh penerbit sebelum ia menjadi salah satu superhero yang terkenal di dunia.

Biografi Stan Lee

Ayahnya bernama Jack Lieber dan ibunya Celia, dan dimasa kecilnya ia sangat terpengaruh dengan kisah-kisah hero karya Errol Flynn.

Usai tamat pengajian, Stan lee pada ketika itu berusia 16 tahun bergabung dengan WPA Federal Theatre Project dan dengan bantuan pakciknya, dia bekerja sebagai pembantu di Timely Comics, sebuah divisyen komik dari penerbit Martin Goodman’s.

Tugas Stan Lee adalah menulis surat, mengasah pensil dan memadam goresan gambar-gambar yang sudah dilukis, namun dia memiliki kemahuan yang kuat untuk mencipta sendiri kisah komiknya.

Menggunakan Nama Stan Lee

Pada tahun 1941, Stan Lee berjaya menjadi pengisi teks untuk Captain America; Foils the Traitor’s Revenge.

Ketika itu dia menggunakan nama pena Stan Lee, kependekan dari namanya yang kemudian kekal sehingga pada saat kematiannya.

Komik Pertama

Dalam biografi Stan Lee, diketahui bahawa komik pertamanya bertajuk Destroyer, yang diterbitkan pada buletin Mystic Comics pada edisi bulan Ogos 1941.

Dan ketika rakan sekerjanya, Jack Kirby, meninggalkannya, Stan Lee menjadi editor di penerbitan Goodman. Ketika  itu dia baru berusia 19 tahun.

Setahun kemudian Stan Lee memasuki tentera darat, apabila AS terlibat dalam Perang Dunia II dan bertugas dalam Signal Corps yang bertugas membuat laporan, membuat filem, slogan dan lain-lain.

Stan Lee dan Jack Kirby, Marvel Comic

Pengalamannya menjadi tentera inilah yang mencetus imaginasi kreatifnya. Stan Lee bersama rakannya, Jack Kirby, menubuhkan syarikat Marvel bersama Martin Goodman.

Pada mulanya, karya-karya DC Comics berjaya menguasai pasaran, namun Stan Lee yang masih bekerja sebagai penerbit Goodman mempunyai ideanya sendiri.

Isterinya, Joan Clayton Boocock, yang dikahwininya pada tahun 1947, mencadangkan kepada Stan Lee untuk menerbitkan idea-ideanya sendiri dan dari situlah dia kemudiannya mengajak Jack Kirby untuk merealisasikan karya mereka sendiri.

Mencipta Karakter Superhero Marvel

Kisah pertama yang mucul dari Marvel adalah Fantastic Four, bersama Kirby, Stan Lee juga mencipta Hulk, Iron Man, Thor dan X-Men.

Dia juga bekerjasama dengan Bill Everett yang akhirnya mencipta Daredevil dan bekerjasama dengan Steve Ditko, yang berjaya dengan cerita Doctor Strange dan Spider-Man.

Bersama Marvel, Stan Lee membuat revolusi komik pada dekad 60-an. Komik-komik Marvel dikenali memiliki ciri khusus berbanding komik keluaran DC. Ketika itu, ramai peminat mula beralih kepada komik keluaran Marvel.

Mereka tertarik dengan gaya penuturan dan penokohan karakternya dan dalam proses kreatifnya, Stan Lee selalu berbincang dengan ramai pelukis sebelum membuat sebuah kisah.

Dia hanya tertarik dengan garis cerita yang akan diangkat oleh pelukis dan inilah yang membuatkan pelukis komik merasa bebas berkarya di Marvel.

Stan Lee tahu bahawa komik memiliki pengaruh yang cukup efektif dan boleh digunakan untuk kempen.

Dia pernah menggunakan komik Spider-Man untuk kempen anti penyalahgunaan dadah dan kempen anti-rasis.

Penghargaan Terhadap Stan Lee

Atas dedikasinya pada dunia komik, Stan Lee telah dianugerahkan banyak penghargaan. Namanya pernah tercatat dalam Will Eisner Comic Book Hall of Fame pada tahun 1994 dan The Jack Kirby Hall of Fame pada tahun 1995. Dia juga telah mengasaskan beberapa buah yayasan sebagai bentuk solidariti sosialnya.

Stan Lee Superhero

Hampir semua komik ciptaan Stan Lee telah diangkat ke dalam filem di Holywood, seperti X-Men, Avengers, Iron Man, Thor, Daredevil, Batman, Captain Amerika dan semuanya menjadi box office.

Menjadi Figura Dalam Filem

Stan lee cameo

Satu hal yang menarik adalah, Stan Lee selalu tampil dalam filem Marvel sebagai figura atau cameo, kini ia akan menjadi superhero dalam komik terbarunya.

Spider-Man atau Spiderman?

Sering kita temui adanya perbezaan dalam penulisan superhero labah-labah ini. Kadang-kala ada yang menulis Spider-Man atau Spiderman.

Sebenarnya, ejaan rasmi adalah Spider-Man dengan adanya kata penghubung. Stan Lee memasukkan tanda baca ini agar pembacaan Spider-Man dengan Superman berbeza di media cetak.

Jadi, bagaimana Stan Lee berusaha mewujudkan karekter Spider-Man?

Katanya, “With great power comes great responsibility.”

BACA INI JUGA:

sumber: biografiku | wikipedia

Wednesday, February 28, 2018

'Penyesalan' SONY Menolak Pembelian Hak Cipta Semua Hero Marvel

'Penyesalan' SONY Menolak Pembelian Hak Cipta Semua Hero Marvel

Selepas perbincangan bersama pihak Marvel Studios, akhirnya watak yang dipegang hak ciptanya oleh Sony Pictures, Spider-Man dapat menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU). penampilan sulung Spider-Man lakonan Tom Holland dapat dilihat dalam filem ‘Captain America: Civil War’.

'Penyesalan' SONY Tolak Peluang Beli Hak Cipta Semua Hero Marvel 20 Tahun Lalu!

Namun dalam satu laporan, Sony Pictures sebenarnya dapat membeli hak cipta kesemua watak Marvel pada harga USD25 juta sahaja!

Tawaran berkenaan dibuat oleh Marvel pada tahun 1998, di mana pada ketika itu Marvel sangat terdesak dan memerlukan duit untuk dana mereka.

Tetapi Sony Pictures hanya berminat untuk satu watak Marvel sahaja ketika itu; Spider-Man.

Seorang executive Marvel ketika itu dengan nama Yair Landau telah mengemukakan tawaran berkenaan kepada pegawai atasannya namun ditolak mentah-mentah.

“Pada ketika itu, seorang pun tidak berminat dengan watak superhero dan apa yang mereka nampak hanyalah Spider-Man yang berpotensi untuk berjaya,” kata Landau.

Disebabkan penolakan ini pihak Marvel membuat keputusan untuk membuat filem mereka sendiri.

Hasilnya? Tercetuslah MCU yang kita lihat dan ikuti ketika ini.

'Penyesalan' SONY Tolak Peluang Beli Hak Cipta Semua Hero Marvel 20 Tahun Lalu!

Jika Sony yang menghasilkan MCU ini, tidak pasti ianya akan menjadi gah seperti MCU yang sedia ada.

Namun, ianya satu peluang yang terlepas kepada sony yang dapat memegang hak cipta watak Marvel hebat seperti Iron Man Thor dan Black Panther.

Jauh di lubuk hati, mereka pasti rasa rugi dengan menolak tawaran tersebut 20 tahun lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

sumber: thevocket

Tuesday, April 18, 2017

20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

Siapa sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan watak superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe iaitu "Iron Man" pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 20 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

1. Watak Dr Doom

Dr Doom

Dr Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader.

2. Stan Lee

Stan Lee

Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu?

Beliau dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel.

3. Michael Jackson

Michael Jackson

Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri.

4. X-Men

X-Men

Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia.

Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai.

5. Dust Marvel

Dust Marvel

Tahukah anda bahawa salah seorang ahli mutan X-Men adalah beragama Islam? Dust atau nama sebenarnya Sooraya Qadir mempunyai kebolehan menukar fizikal badan menjadi pasir lalu mengawalnya.

6. The Punisher Marvel

The Punisher Marvel

Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’.

Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri.

7. Hulk Marvel

Hulk Marvel

Semasa sesi produksi filem 'The Avengers', krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977.

8. Marvel & DC Amalgram

Marvel & DC Amalgram

Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996.

Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man).

9. Nick Fury Marvel

Nick Fury Marvel

Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya.

Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan watak itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel.

10. Venom Marvel

Venom Marvel

Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200 (RM761)?

11. Blue Ear Marvel

Blue Ear Marvel

Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya.

Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear.

12. Deadpool Deathstroke

Deadpool Deathstroke

Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson).

13. Spider-Man Marvel

Spider-Man Marvel

Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik.

Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan.

14. Mr Immortal Marvel

Mr Immortal Marvel

Mister Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali 'immortality' (hidup kekal abadi).

Mister Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar.

15. Damage Control

Damage Control

Dalam dunia rekaan Marvel, wujudnya sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para 'villain'.

16. Spider-Man Marvel Mary Jane

Spider-Man Marvel Mary Jane

Spider-Man mengahwini Mary Jane Watson pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea.

17. Eminem Marvel

Eminem Marvel

Penyanyi 'rap' Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel!

18. Tony Stark Iron Man Marvel

Tony Stark Iron Man Marvel

Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat.

19. Puteri Diana

Puteri Diana

Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’.

Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa.

20. Avengers

Avengers

Jika anda tertanya-tanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem The Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony.

Spider-Man membuat kemunculan pertamanya dalam filem Captain America: Civil War pada tahun 2016.

BACA INI JUGA: 6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

sumber: aa

Thursday, April 13, 2017

Pelukis Indonesia Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-Men Gold #1

Pelukis Indonesia Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-Men Gold #1

Selepas syarikat Hollywood francais Marvel memberi kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis tersebut terus mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel telah tamat.

Ardian Syaf komik X-Men Gold #1

Ardian Syaf menyifatkan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1 melambangkan cintanya kepada nabi Muhammad SAW dan Allah.

“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.

“Tolong hentikan ejekan, tohmahan dan debat. Hentikan kebencian.

“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.

Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.

Katanya, ia adalah nombor keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.

212 and QS 5-51 X-Men Gold #1

Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.

Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata, “Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.

“Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika."

Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.

BACA INI JUGA:

sumber: aa