Tuesday, May 13, 2014

Mak Nyah Berjanggut Juara Nyanyian Berprestij Eropah!

Mak Nyah Berjanggut Juara Nyanyian Berprestij Eropah!

Austria buat pertama kalinya dalam tempoh 48 tahun memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij Eropah, apabila wakil mereka seorang mak nyah, memenanginya!

Conchita Wurst

Lebih unik, wakil negara itu Conchita Wurst turut dikenali dengan gelaran "Wanita Berjanggut".

Conchita berusia 25 tahun dengan nama sebenarnya ialah Tom Neuwirth menjuari pertandingan itu di Copenhagen, Denmark, biarpun terdapat kata-kata persembahannya dalam keadaan begitu akan mendapat kritikan di negara yang mempunyai perspektif sosial yang agak konservatif.

"Kita semua bersatu dan kita tidak boleh dihalang," katanya, selepas menjuarai pertandingan itu dengan 290 mata meninggalkan naib juara dengan hanya 238 mata dari Belanda, menurut laporan laman web Mashable.com.

Ketika ditanya apa yang bakal diberitahu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang mana telah menandatangani undang-undang mengharamkan hubungan sejenis, Conchita berkata kebangkitan golongan itu tidak boleh dihalang.

Conchita memenangi Euroivision dengan kebanyakan mata berharga diperolehi dari Britain, Sweden dan Belanda.

Kali terakhir Austria memenangi pertandingan itu adalah pada tahun 1966 dengan lagu Meri Cherie nyanyian Udo Juergens.

Pertandingan itu telah dimulakan pada tahun 1956, yang mana proses undian dikatakan dipengaruhi politik termasuk pada tahun ini apabila kebanyakan penonton mengatakan akan memberi undian kepada wakil Rusia.



Negara seperti Azerbaijan dan Belarus kedua-duanya memberikan markah penuh kepada wakil Rusia Tolmachevy Sisters dengan lagunya Shine.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, November 12, 2013

MakNyah Malaysia’ Menang Miss International Queen Di Thailand

MakNyah Malaysia’ Menang Miss International Queen Di Thailand

Pertandingan ratu cantik dunia bagi golongan pondan atau maknyah, Miss International Queen 2013 merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh golongan ‘tersebut’ setiap tahun.

Nur Sajat Fariz

Ini kerana ia menghimpunkan ‘jelitawan-jelitawan’ dari seluruh dunia bagi memilih siapakah yang paling layak dinobatkan pondan paling cantik bagi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Untuk itu, setiap negara akan menghantar ‘wakil mereka’ bagi merebut kejuaraan.

Hadiah utama adalah wang tunai BAHT300,000, sebentuk tiara dan pakej pembedahan plastik percuma di Bangkok.

Tahun ini pertandingan dilangsungkan di Pattaya, Thailand

Untuk tahun ini juga, ‘negara kita’ menghantar ‘dua wakilnya’ iaitu Nur Sajat Fariz dan Patricia ‘Asyeera’ Wong.

Tidak pasti bagaimana ‘proses pemilihan’ dilakukan.

Yang pastinya, daripada 24 peserta (dari 17 negara yang bertanding), Nur Sajat telah diangkat sebulat suara oleh juri menjuarai kategori MOST TALENTED (paling berbakat).

Berikut adalah gambar-gambar Nur Sajat ketika pertandingan tersebut

Pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Brazil, Marcello Ohio.

Miss International Queen 2013
Miss International Queen 2013
Miss International Queen 2013
Miss International Queen 2013
Miss International Queen 2013
Miss International Queen 2013

BACA INI JUGA: Salahkah Lelaki Pakai Skirt Perempuan?

Sumber: mynewshub

Friday, August 30, 2013

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Mak Nyah
Gambar hiasan.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

-SinarOnline