Thursday, January 04, 2018

Menyusuri Jejak Mafia Paling Berkuasa Di New York

Menyusuri Jejak Mafia Paling Berkuasa Di New York

Mungkin agak pelik apabila mendengar orang melawat New York dengan tema Cosa Nostra, kerana lazimnya pelawat yang datang sama ada atas urusan rasmi atau percutian melawat pelbagai ikon kota di pulau Manhattan ini seperti Bangunan Empire States, Statue of Liberty atau tapak World Trade Centre.

Menyusuri Jejak Mafia Paling Berkuasa Di New York

Cosa Nostra adalah perkataan bahasa Itali yang bermaksud 'benda milik kami' atau secara rasmi mengikut undang-undang Amerika Syarikat merujuk kepada kumpulan jenayah terancang mafia yang menguasai New York selama berdekad-dekad sebelum dilumpuhkan pada awal 1990-an (tetapi belum mati sepenuhnya).

Istilah tersebut pertama kali disebut oleh Joseph Valachi semasa memberi keterangan kepada Jawatankuasa McClellan pada 1963.

Dia adalah soldadu kepada ketua mafia Chicago, Sam Giancana, sekaligus menjadi mafia pertama yang menjadi saksi kerajaan AS dan mati secara semula jadi dalam penjara.

Secara umumnya, mafia New York dianggap paling berkuasa dan berpengaruh di seluruh Amerika Syarikat, semata-mata kerana ia adalah kota perdagangan utama dunia, selain menjadi lokasi tumpuan migran besar dari Itali.

Migran-migran Itali dan Yahudi dari negara di timur Eropah mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada akhir 1880-an sehingga 1920.

Mereka berkampung di kawasan yang dinamakan Lower Manhattan dengan kepadatan tinggi di Mulberry Street, melalui Canal Street, Lafayette dan Bowery di mana ia bersempadan dengan Chinatown.

Sejarah kedatangan mereka telah didokumentasikan dalam banyak kajian sarjana, dibukukan, diromantiskan, tragedi dan tentu sekali difilemkan.

Antara filem yang menggambarkan dengan baik kisah pendatang Itali dan kemunculan mafia di New York ialah tidak lain tidak bukan, filem The Godfather, terutama filem bahagian kedua.

Mulberry Street, di situ pernah wujud Ravenite Social Club iaitu sebuah kelab sosial yang sering dilawati kumpulan penjenayah terancang Gambino. Ia pernah menjadi ibu pejabat Capo di Tutti Capi (Ketua Segala Ketua Mafia), John Gotti pada akhir 1970-an dan 1980-an.

John Gotti adalah legenda dalam pengkisahan sejarah mafia di Amerika Syarikat, selepas mengambil alih tampuk kekuasaan kumpulan Gambino dengan mengetuai komplot membunuh ketuanya, Paul Castellano pada 1985.

John Gotti terkenal kerana berjaya mengelak tindakan penguatkuasaan sebanyak tiga kali dan digelar oleh media sebagai Teflon Don kerana cara berpakaiannya yang segak.

Kerajaan AS membentuk Pasukan Petugas Khas merangkumi anggota penguatkuasaan berdedikasi dari polis New York, Biro Siasatan Jenayah (FBI) dan pelbagai jabatan lain.

FBI berjaya memujuk orang nombor dua John Gotti, Salvatore 'Sammy the Bull' Gravano untuk berpaling tadah dan memberi keterangan sehingga John Gotti didapati bersalah, dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan mengarahkan pembunuhan sebelum mati pada 2002 kerana kanser.

Kematian John Gotti juga menandakan merudumnya pengaruh mafia di seluruh negara, walaupun FBI percaya masih wujud saki-baki elemen mafia terutama dalam sindiket pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia dalam bentuk pendatang asing dan wanita yang dipaksa melacur.

Hari ini, tapak kelab Ravenite yang pernah menjadi lokasi FBI memasang pepijat curi dengar itu telah berubah menjadi sebuah kedai kasut.

Dan untuk menyebut 'mafia' di kawasan itu, mengundang pandangan tajam, meskipun kedai-kedai cendera hati milik pendatang China menjaja kemeja bertulis 'mafia'.

Satu lagi premis di Mulberry Street yang tersenarai dalam sejarah mafia ialah Umberto's Clam House.

Pada 7 April 1972, ketua kumpulan mafia Joe Gallo ditembak dan dibunuh di restoran yang baru saja dibuka dua bulan sebelum itu, namun sukar dicari lokasinya kerana restoran itu telah berpindah sama sekali dari jalan tersebut.

Antara 1986 hingga 1994, kerajaan AS memantau operasi kewangan ekoran testimoni di mahkamah menunjukkan perolehannya disalur kepada mafia. Ia dipercayai satu-satunya restoran di New York yang dipantau kerajaan disebabkan pertaliannya dengan mafia.

Pada 1994, urusan operasinya diserahkan kembali kepada pemiliknya tetapi keadaan ekonomi yang teruk memaksa restoran itu ditutup pada 1996 dan bangunan itu dijual. Restoran itu dibuka semula pada tahun 2000 tetapi di jalan bersebelahan.

Bangunan Fulton Fish Market yang telah beroperasi sejak tahun 1822 dan terletak di Sungai East, berdekatan Jambatan Brooklyn, dalam sepanjang sejarah kewujudannya menjadi rebutan generasi mafia yang silih berganti dan terakhir ialah Gambino.

Pada 1988, Pejabat Peguam Negara melantik pemegang amanah untuk menguruskan pasar tersebut namun, keupayaan dia mengekang pengaruh mafia adalah terhad.

Pada 2001, pasar itu ditadbir oleh Suruhanjaya Integriti Perniagaan Bandaraya New York sebagai usaha menamatkan pengaruh mafia.

Pada 2005, pasar itu ditutup dan ditukar menjadi pusat tarikan pelancongan. Pasar ikan itu diubah ke Bronx.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

sumber: utusan

Sunday, December 03, 2017

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Asal-usul kumpulan mafia sebagai organisasi jenayah terancang memang mustahil untuk dikenalpasti. Ahli-ahli organisasi mafia ini tidak menyimpan sebarang rekod yang bertepatan untuk tatapan kini.

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Operasi-operasi mafia dilaksanakan secara rahsia demi kepentingan keluarga mereka dan apabila membicarakan tentang mafia, tentunya pulau Sicily, the Godfather dan submesingan Thompson akan dibayangkan.

Zaman kegemilangan mafia Itali sudah berakhir. Satu masa dahulu, kota Rom dijadikan ibu negara kepada sebuah empayar yang begitu luas pengaruhnya, pada hari ini sedang berdepan dengan kerapuhan ekonomi, korupsi, penindasan terhadap wanita dan ironinya, terdapat satu sektor yang langsung tidak menanggung keperitan ketiga-tiga perkara ini, kerana ia juga merupakan sebahagian daripada isu-isu semasa Itali.

Mafia adalah sebuah industri yang sangat menguntungkan, setahun boleh dikatakan sebanyak AS$170 bilion dijana industri ini.

Ekonominya yang berdasarkan pembunuhan, rasuah, penyeludupan, ceti haram, judi, pelacuran, peras ugut dan rompakan memerlukan sebuah ekonomi yang sungguh lemah untuk berkembang pesat. Hubungannya dengan negara yang ibaratkan parasit amat sesuai dengan keadaan ekonomi Itali sekarang.

Bayangkan, 7% daripada kekayaan Itali dikuasai mafia!

Pada hari ini, ‘Ndrangheta, Camorra dan Cosa Nostra menguasai alam kongsi gelap Itali. Golongan mafia ini tidak lagi beroperasi di bahagian selatan sahaja.

‘Ndrangheta yang mencengkam Calabria mendominasi perdagangan dadah. 80% daripada keseluruhan penyeludupan kokain di Eropah adalah atas usaha mereka.

Expo Milano 2015 antara 1 Mei hingga 31 Oktober 2015 pun kini dibawah penyiasatan pihak berkuasa selepas kontrak-kontraknya disyaki berhubung dengan penglibatan mafia.

Mafia kini tidak lagi memegang senjata, tetapi telefon-telefon pintar dengan ilmu kewangan yang tinggi. Operasi mereka terlalu luas, walaupun pakaian kot mereka kekal.

Inilah saat yang mereka nanti-nantikan – ketika bank-bank Itali tidak mahu memberi pinjaman, ketua-ketua mafia begitu gembira melayan perniagaan-perniagaan yang terdesak dengan khidmat yang menuntut kadar faedah yang sangat tinggi.

Amalan ceti haram ini telah menghancurkan 1,800 perniagaan. Seramai 200,000 orang tersangkut dengan tuntutan ini. Perjudian menjadi sumber kekayaan mereka yang ketiga terbesar. Dan pengaruh mafia juga sedang tersebar dalam sektor pengangkutan, perubatan dan logistik.

Nampaknya, persepsi “tiada perang, tiada mafia” adalah dongengan semata-mata.

Namun, pendapat sedemikian ada relevannya. Budaya mafia dilahirkan di Sicily dan dikembangkan menerusi peperangan.

Ndrangheta, Cosa Nostra dan Camorra semua dilahirkan semasa abad ke-19, melahirkan tanda tanya tentang keadaan geopolitik dan sosioekonomi di sekitar zaman itu.

Rompakan ialah kegiatan yang sudah menjadi satu kebiasaan semasa kelahiran ketiga-tiga organisasi ini. Dan pada 1925, Benito Mussolini memulakan usaha untuk menghancurkan mafia Itali melalui fasisme.

Ini bermula selepas kelicikan Don Francesco Cuccia, juga Datuk Bandar Piana dei Greci (kini Piana degli Albanesi), semasa kunjungan Benito Mussolini ke kawasan tersebut.

Don Cuccia berasa tersinggung kerana Mussolini membawa barisan polis sebagai protokol keselamatan. Ditanya kepada Mussolini tentang keperluan polis sementara keluarga Cuccia mampu membekalkan perlindungan, tetapi Mussolini menolak tawaran ini. Lalu Don Cuccia menggerakkan jentera-jentera jenayahnya dalam usaha untuk memalukan Benito Mussolini.

Semasa ucapannya, hanya 20 orang yang terdiri daripada pengemis, penggilap kasut dan penjual-penjual loteri tiket sahaja yang hadir, sementara orang-orang kampung tidak menonjolkan diri.

Benito Mussolini benar-benar naik berang, lalu beliau pula menggerakkan jentera-jentera politiknya yang berjaya hancurkan kesatuan keluarga-keluarga mafia seperti yang diberitahu Antonino Calderone, salah seorang daripada pemberi maklumat dalam kalangan mafia.

Usaha Benito Mussolini telah mengurangkan kadar pembunuhan. Ramai golongan mafia melarikan diri ke Amerika Syarikat. Antaranya adalah Carlo Gambino dan Joseph Bonanno yang berjaya menubuhkan keluarga mafia yang paling berpengaruh di New York City.

Walau bagaimanapun, usaha ini hancur akibat Perang Dunia Kedua. Sicily dicerobohi tentera-tentera Bersekutu – banduan-banduan berjaya melarikan diri, rompakan kerap berlaku dan organisasi gelap kembali memuncak.

Ketua-ketua mafia membentuk kembali puak-puak jenayah yang hancur dibawah Benito Mussolini yang mayatnya digantung di stesen minyak Esso dengan cangkuk daging untuk direjam rakyat.

Barisan Bersekutu tidak menghiraukan tentang keadaan Sicily. Mereka meminta bantuan golongan mafia Itali-Amerika yang mempunyai hubungan bersama Sicily, seperti Vito Genovese.

Golongan mafia berjaya membina hubungan bersama ahli-ahli politik Itali, termasuk Perdana Menteri Giulio Andreotti selepas menguasai kerusi-kerusi Datuk Bandar. Pejabat Kerja Raya Palermo dikuasai Vito Ciancimino dan Salvatore Lima.

Dan dibawah pengaruh mafia, sebahagian besar permit-permit pembinaan diagihkan kepada lima orang yang tiada hubungan dengan firma-firma pembinaan pun.

Amalan penyeludupan dan peras ugut diteruskan. Pengaruh mereka tersebar ke firma-firma perlombongan, simen, dan logam. Mereka mengeksploit kontrak pembinaan yang tinggi keperluannya selepas pengeboman pihak Bersekutu yang membuatkan 150,000 orang sengsara dalam kawasan setinggan dan gua.

Ibaratkan jatuh ditimpa tangga, rakyat terpaksa berdepan dengan sistem yang korup sebegini. Kerakusan mafia berterusan sehingga meledak menjadi peperangan pada tahun 1962 apabila Don Cesare Manzella dibunuh dalam sebuah urus niaga dadah yang bermasalah.

Peperangan ini tidak berlaku sekali. Lebih kurang 20 tahun selepas itu, ‘Mattanza’ (Perang Kedua) pula berlaku yang melibatkan ribuan nyawa dan akhirnya golongan mafia mula bersengketa dengan kerajaan pula.

Dalam masa ini, perhubungan mafia terus berkembang, menjadi pemain utama dalam penyeludupan narkotik antarabangsa.

Tetapi, sekitar 1980-1990, barisan keadilan di Itali berjaya mengukuhkan undang-undang agar berjaya memberkas penjenayah-penjenayah mafia yang peringkat tinggi.

Untuk mengelakkan hukuman penjara yang lama, ramai Mafia sanggup melanggar kod Omertá (perjanjian rahsia) dan memberi keterangan terhadap saudara-saudara mafia mereka sendiri.

Selepas pelaksanaan undang-undang yang berjaya, mafia semakin lemah di Itali, tetapi sehingga hari ini masih lagi beroperasi seperti biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

sumber: thepatriots

Monday, May 26, 2014

7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia

7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia

Ada beberapa perkara di dunia yang tidak kelihatan seksi walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita. Lebih-lebih lagi pula jika anda terpaksa menerima arahan daripada wanita tersebut.

Gangster girl

Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'. Ini bukanlah cerita gurauan tentang wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster.

Bagi anda yang menyatakan bahawa dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.

Berikut merupakan 7 wanita yang pernah menggemparkan dunia jenayah.

Judy Moran

Judy Moran 'Family Matriarch'

Judy Moran adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang telah memimpin gangster terbesar di Melbourne. Dia digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.

Xie Caiping

Xie Caiping

Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing, China melakukan tindakan tegas membenteras keganasan.

Satu operasi besar-besaran menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah pimpinan Xie Caiping.

Caiping menjalankan perniagaan kasino secara haram dan bertanggungjawab untuk mengawasi polis bagi melindungi anak-anak buahnya.

Sandra Avila Beltran

Sandra Avila Beltran

Dengan gelaran sebagai "Ratu Pasifik', Sandra lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico. Bapa saudaranya pula adalah 'God Father' Mexico.

Sandra mendapat gelaran itu kerana bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Sandra dipenjarakan atas tuduhan jenayah terancang, penggubahan wang haram dan konspirasi pengedaran dadah.

Rosetta Cutolo

Rosetta Cutolo

Wanita ini menjadi seorang gangster kerana merasa sedih dan kecewa ketika saudaranya ditangkap polis Itali.

Dia kemudiannya meneruskan perniagaan yang dijalankan saudaranya itu. Dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali.

Setelah menyerbu markas polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai buruan sehinggalah dia akhirnya menyerah diri.

Maria Licciardi

Maria Licciardi

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi' sebuah kumpulan gangster dari Napoleon.

Dibawah pimpinannya, keluarga Licciardi lebih tersusun dan lebih menguntungkan dalam semua usaha mereka.

Mungkin sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan industri pelacuran di Camorra.

Padahal sebelum itu ada beberapa kod etika yang melarang mafia mendapatkan wang hasil daripada pelacuran.

Perkara ini mungkin nampak janggal dengan memikirkan seorang wanita sepatutnya mampu menghalang wanita daripada dijadikan pelacur.

Maria Leon

Maria Leon

Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak mungkin kedengaran tidak bahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua sindiket pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut.

Dia menyusun perniagaannya dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Griselda Blanco

Griselda Blanco

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik kanak-kanak keluarga kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya untuk mendapatkan wang tebusan.

Apabila ibu bapa kanak-kanak yang diculiknya tidak mahu membayar wang tebusan, dia akan membunuh kanak-kanak tersebut.

Setelah berpindah ke New York dari Colombia di era 70an, dia memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Dia melarikan diri ke Miami bagi mengelakkan dakwaan pihak berkuasa. Dan disanalah dia meletakkan Miami sebagai ibukota kokain Amerika.

Dia dipercayai telah mendalangi lebih daripada 200 pembunuhan termasuk ketiga-tiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun dipenjara.

Apabila dibebaskan pada tahun 2004, dan dihantar ke Colombia namun tidak pernah lagi dilihat sehingga kini.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 08, 2013

Ketua Mafia Itali Di Makan Babi Hidup-hidup!

Ketua Mafia Itali Di Makan Babi Hidup-hidup!

Info Ngeri. Sebuah kumpulan mafia telah membunuh seorang ketua mafia lain dengan menjadikannya makanan kepada sekawan babi.

Domenico Bonnarigo
Domenico Bonnarigo.

Kes ini bermula apabila seorang ketua mafia bernama Fracesco Raccosta hilang pada Mac 2012. Misteri kehilangan Raccosta terbongkar setelah polis berjaya menangkap seorang pembunuhnya.

Pembunuh mengaku memukul Raccosta kemudian menjadikannya umpan babi. Raccosta mati dimakan babi hidup-hidup!

"Sangat menyenangkan mendengarnya berteriak penuh ketakutan. Saya rasa tidak ada bahagian tubuh yang tinggal. Babi telah memakan semuanya, " kata suspek yang tidak disebut namanya, yang dipetik akhbar Sky, Jumaat lalu.

Raccosta dibunuh sebagai balas dendam ke atas pembunuhan seorang lagi ketua mafia, Domenico Bonnarigo.

Mafia Itali memang kerap bersaing merebut pengaruh dengan membunuh ketua mafia dari saingan mereka.

Raccosta mahupun Bonnarigo masing-masing berasal dari kumpulan Ndrangheta di wilayah Calabria selatan Itali.

Malah, kumpulan Ndrangheta memang dikenali kerana kekejaman mereka.

Sumber: International.okezone.com

Saturday, August 10, 2013

Ketua Mafia Sicily Cosa Nostra Berjaya Ditangkap Selepas Diburu Selama 20 Tahun

Ketua Mafia Sicily Cosa Nostra Berjaya Ditangkap Selepas Diburu Selama 20 Tahun

Setelah hampir dua dekad diburu, akhirnya seorang ketua mafia Itali berjaya ditahan pihak berkuasa di London.


Polis Metropolitan London berkata, Domenico Rancadore, 64, telah ditahan Rabu lalu berdasarkan waran Eropah yang dikenakan ke atasnya.

Dianggap sebagai ahli penting dalam kumpulan mafia Sicily Cosa Nostra, Rancadore dikehendaki polis Itali selama 19 tahun dan turut berada dalam senarai penjenayah paling berbahaya di Rom.

Malahan Rancadore turut mempunyai hukuman penjara tujuh tahun yang masih belum dilaksana di Itali untuk aktiviti mafia berkaitan, berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan.

"Beliau telah diambil ke dalam jagaan polis dan dijadualkan untuk hadir di mahkamah Westminster majistret hari ini (semalam)," kata polis dalam satu kenyataan.

Rancadore, yang dikenali dengan nama samaran "u profissuri" (guru) dalam mafia, mempunyai seorang isteri berbangsa British dan dua orang anak.

Dia juga menguruskan sebuah agensi pelancongan yang berjaya di Britain sebelum dia ditangkap, menurut laporan media Itali.

Waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya adalah hukuman penjara berkaitan aktiviti mafia antara tahun 1987 dan 1995 di Palermo, bandar utama di pulau Sicily.

Waran tangkap antarabangsa untuk Rancadore telah dikeluarkan pada tahun 1998.

-SinarOnline

Saturday, April 06, 2013

Ketua Mafia Ditangkap Semasa Menonton Filem Ketua Mafia Diberkas

Ketua Mafia Ditangkap Semasa Menonton Filem Ketua Mafia Diberkas

Polis Itali menyerbu masuk ke bilik seorang lelaki yang disyaki anggota kumpulan Mafia Sicily dan menangkapnya ketika dia sedang menonton satu drama tv mengenai penangkapan seorang 'bos' mafia, kata salah seorang penyiasat kes tersebut.


Polis berkata, Michele Catalano sedang menonton siri terakhir rancangan bersiri ringkas tv, "The Boss of Bosses" (Bos Segala Bos), yang mengisahkan penangkapan bos Mafia Cosa Nostra sebenar, Salvatore 'Tonto' Riina, ketika dia diserbu polis.

Catalano, 48 tahun, yang dituduh mengedar dadah dan memeras ugut, disyaki menjadi komander kanan di bawah 'Bos Segala Bos' terbaru, Salvatore Lo Piccolo, yang ditangkap selepas hampir 25 tahun hidup dalam pelarian.

-SP

Sunday, March 31, 2013

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Mafia bererti sebuah kumpulan penjenayah tersembunyi yang terlibat dalam organisasi keganasan yang tersebar di setiap negara.

Mereka biasanya melebarkan pengaruh kawasan mereka dengan negara yang mereka kuasai dan anggotanya tersebar di dalam negara tersebut.

Mereka juga bertujuan untuk memonopoli semua kegiatan jenayah berat seperti penjualan dadah, jual beli senjata api secara haram, pelacuran dan sebagainya.

Entri kami kali ini akan menceritakan mengenai kumpulan mafia antarabangsa dan aktiviti mereka. Kumpulan mafia ini di susun berdasarkan pengaruhnya di dunia

Mafia Rusia

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Mafia Rusia berpangkalan di Soviet Union (kini Persekutuan Republik Russia) mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dunia.

Ahli-ahli geng mafia ini antara 100,000 hingga 500,000 orang. Mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara-negara lain seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain.

Ahli-ahli geng mafia sering menyusup masuk ke dalam Israel dan Jerman dengan menggunakan identiti Yahudi dan Jerman.

Salah satu aktiviti geng jenayah yang terbesar, seperti penjualan dadah dan senjata api yang menyalahi undang-undang, pengeboman, penyeludupan, tindakan tidak bermoral, penipuan di internet dan sebagainya.

Salah satu kaedah-kaedah dalam kumpulan samseng ini tidak pernah bekerjasama (tetapi lebih tepat tidak suka) dengan kerajaan.

Jika seorang ahli ditangkap, mereka akan dibunuh selepas dibebaskan. Tindakan kumpulan ini adalah untuk membuatkan rakyat takut kepada mereka seperti bertindak ganas, penjualan organ dan pembunuh upahan.

Mafia Sicily dan Amerika Cosa Nostra

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Sicily dan Amerika Cosa Nostra termasuk kumpulan-kumpulan mafia baru didunia. Geng baru ini diasaskan pada abad ke-19 di Itali.

Walaupun termasuk geng mafia yang baru, tetapi geng ini mempunyai keupayaan untuk merancang jenayah seperti aktiviti-aktiviti peras ugut, pengedaran dadah, penjualan senjata api yang menyalahi undang-undang dan pelbagai perbuatan jenayah lain.

Bilangan ahli mereka dianggarkan sekitar 3500 hingga 4000 orang termasuk yang bukan ahli anggota asal. Ahli-ahli kumpulan ini biasanya akan memulakan jenayah bermula dengan upacara membunuh.

Kartel Dadah Colombia

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Geng Mafia ini lebih tertumpu kepada pemerolehan dan penjualan dadah yang bertaburan di hampir seluruh dunia.

Geng Mafia ini mempunyai banyak organisasi dan hubungan dengan ahli politik, tentera dan syarikat-syarikat besar.

Syarikat-syarikat besar yang telah membantu kumpulan itu datang dari Cartel Cali Columbia, Cartel Medellin dan Valle del Norte Cartel.

Syarikat ini juga mempunyai pertalian di Amerika dan Columbia. Pengerusi mafia tidak akan sekali-kali menonjolkan dirinya.

China Triads

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Triads China adalah koleksi pelbagai organisasi jenayah yang tersebar di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan negara-negara lain.

Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle dan San Francisco. Aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah seperti rompakan, pembunuh upahan, jualan dadah, peras ugut, rampasan dan lain.

Geng Mafia ini telah bermula pada abad ke-18 tetapi kali ini mereka dipanggil Tian Di Hui. Walaupun aktiviti-aktiviti mereka di rantau ini agak besar tetapi ahli mereka dianggarkan dari 500 hingga 3000 anggota.

Mereka juga bertanggungjawab untuk memalsukan wang yang berlaku di China.

Yakuza

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Yakuza Jepun adalah satu kumpulan jenayah yang berasal sejak dari zaman feudal yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk mendapatkan pengaruh mereka.

Asal-usulnya bermula pada abad ke-17. Hilang jari kecil adalah tanda untuk memberitahu ahli-ahli kumpulan atau ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan yang bertujuan untuk memujuk atau meminta maaf.

Ada juga beberapa ahli-ahli yang mempunyai tatu badan penuh. Ia mempunyai 110,000 ahli aktif dalam kumpulan ini yang berasal dari 2,500 keluarga.

Mereka terlibat dalam aktiviti perlindungan, mengimport pornografi dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang tanpa izin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: terbaikini