Saturday, August 30, 2014

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kunjungan Lelaki Bujang!

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kunjungan Lelaki Bujang!

Pekan Noiva do Cordeiro di Brazil yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk.

Noiva do Cordeiro

Pekan yang terletak di tenggara Brazil ini didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya.–Agensi

BACA INI JUGA: Gadis Asia Terbaik Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

Monday, August 04, 2014

Paderi Dakwa Terima SMS Daripada Syaitan!

Paderi Dakwa Terima SMS Daripada Syaitan!

Warsaw: Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).

Paderi Marian Rajchel

Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.

Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

"Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku," katanya.

Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden.

Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: "Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati."

Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: "Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bodoh. Paderi tua yang bodoh."

Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan.

–Sentiasapanas.com

Tuesday, June 17, 2014

Ais Krim Telur Buaya!

Ais Krim Telur Buaya!

Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.

Ais Krim Telur Buaya!
Ais krim yang menggunakan telur buaya.

Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas.

Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.

Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.

Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.

Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! “Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.

“Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” katanya.

Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.

Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.

Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang.

Ais krim Baby Gaga

Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.

Namun, iani semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah 'Raja segala ais krim berperisa pelik.'

Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita.

Namun, ini semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah 'Raja segala ais krim berperisa pelik.'

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 11, 2014

Wanita Jalin Hubungan Intim Dengan Ikan Lumba-lumba!

Wanita Jalin Hubungan Intim Dengan Ikan Lumba-lumba!

Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ketika menjalankan penyelidikan lebih 50 tahun lalu. Insiden sekitar 1960-an itu berlaku apabila penyelidik haiwan, Margaret Howe Lovatt, yang memperoleh dana penyelidikan Nasa menjalankan penyelidikan untuk mengajar haiwan itu bercakap Bahasa Inggeris di Virgin Island di utara Amerika Syarikat.

Margaret Howe Lovatt Dolphin

Pada 1963, beliau mengubahsuai sebuah rumah supaya dapat menakung air sehingga paras lutut bagi menempatkan ikan lumba-lumba itu bagi memudahkan proses penyelidikan.

Pertemuannya dengan Peter digambarkan sebagai perasaan seksual yang lahir disebabkan faktor usia.

Hubungan antara Margaret dan Peter yang semakin akrab itu akhirnya membawa ke tahap keintiman fizikal.

Kata Margaret: "Peter suka bersama saya. Dia akan menggesel badannya pada lutut, kaki dan tangan saya dan saya biarkan dia berbuat demikian."

"Memang saya rasa tidak selesa, tetapi asalkan perbuatannya itu tidak terlalu kasar.

"Pada mulanya saya akan letakkan dia pada mesin pengangkat dan meminta dia pergi bermain bersama ikan lumba-lumba lain tetapi Peter tetap mahu bersama saya," katanya.

Margaret mendakwa perlakuan Peter itu lebih menjurus kepada aspek seksual untuk haiwan itu, bukan dirinya, bagaimanapun ada ciri-ciri menghairahkan antara mereka.

"Ia seperti kita menggaru apabila rasa gatal, selepas selesai kita teruskan dengan aktiviti lain," katanya.

Penyelidikan itu berakhir dengan tragedi apabila timbul khabar angin menyatakan ikan lumba-lumba itu menderita akibat penyalahgunaan dadah, selain berita mengenai skandal membabitkan hubungan Peter dan Margaret.

Selepas sekian lama, akhirnya Margaret terpanggil untuk mendedahkan hubungannya dan penyelidikan yang dijalankan kepada umum.

Dokumentari bertajuk 'Gadis Yang Bercakap Dengan Ikan Lumba-Lumba' akan disiarkan di beberapa stesen televisyen di London bulan ini.

-Sentiasapanas.com

Friday, June 06, 2014

Cinta Seorang Lelaki Tidak Kenal Usia

Cinta Seorang Lelaki Tidak Kenal Usia

Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda namun, Jones mempunyai selera sendiri.

Kyle Jones

Dia memilih seorang nenek berusia 91 tahun ketika usia ibunya sendiri baru 50 tahun.

Keanehan cita rasa Jones itu segera mengundang tanda tanya ramai, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas.

Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain.

Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.

Kata Jones, otak manusia berfungsi secara berbeza antara seseorang.

Justeru, katanya, ada lelaki yang menggemari wanita berambut perang, manakala sebahagian lagi suka kepada warna rambut hitam.

“Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya.

Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun.

“Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya.

Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan.

Jones bertemu Marjorie kali pertama pada 2009.

Ketika itu Marjorie yang membujang selama 37 tahun bekerja di sebuah kedai buku.

Jones kemudian bertemu dengannya dan meminta nombor telefon.

Sejak itu Marjorie bersetuju keluar bersama Jones.

Kata ibu kepada enam anak itu, pada awalnya dia cemburu kerana Jones mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

“Namun, dia sering kembali kepada saya dan berkata saya adalah yang terbaik,” katanya.

BACA INI JUGA: 7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

Tuesday, May 13, 2014

Mak Nyah Berjanggut Juara Nyanyian Berprestij Eropah!

Mak Nyah Berjanggut Juara Nyanyian Berprestij Eropah!

Austria buat pertama kalinya dalam tempoh 48 tahun memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij Eropah, apabila wakil mereka seorang mak nyah, memenanginya!

Conchita Wurst

Lebih unik, wakil negara itu Conchita Wurst turut dikenali dengan gelaran "Wanita Berjanggut".

Conchita berusia 25 tahun dengan nama sebenarnya ialah Tom Neuwirth menjuari pertandingan itu di Copenhagen, Denmark, biarpun terdapat kata-kata persembahannya dalam keadaan begitu akan mendapat kritikan di negara yang mempunyai perspektif sosial yang agak konservatif.

"Kita semua bersatu dan kita tidak boleh dihalang," katanya, selepas menjuarai pertandingan itu dengan 290 mata meninggalkan naib juara dengan hanya 238 mata dari Belanda, menurut laporan laman web Mashable.com.

Ketika ditanya apa yang bakal diberitahu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang mana telah menandatangani undang-undang mengharamkan hubungan sejenis, Conchita berkata kebangkitan golongan itu tidak boleh dihalang.

Conchita memenangi Euroivision dengan kebanyakan mata berharga diperolehi dari Britain, Sweden dan Belanda.

Kali terakhir Austria memenangi pertandingan itu adalah pada tahun 1966 dengan lagu Meri Cherie nyanyian Udo Juergens.

Pertandingan itu telah dimulakan pada tahun 1956, yang mana proses undian dikatakan dipengaruhi politik termasuk pada tahun ini apabila kebanyakan penonton mengatakan akan memberi undian kepada wakil Rusia.



Negara seperti Azerbaijan dan Belarus kedua-duanya memberikan markah penuh kepada wakil Rusia Tolmachevy Sisters dengan lagunya Shine.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 08, 2014

Peratap Kematian Dan Keranda Kitar Semula!

Peratap Kematian Dan Keranda Kitar Semula!

Penduduk China kini boleh mengupah 'pelakon' untuk meratapi kematian seseorang jika mereka terlalu sibuk untuk pergi menziarahi keluarga atau waris si mati.

Peratap Kematian

Dengan bayaran kira-kira RM1,630 tujuh peratap profesional akan menangisi kematian itu dengan sewajarnya seperti lazim dilakukan penziarah biasa dalam ritual tradisional Cina.

Keadaan itu juga membolehkan orang lain tidak malu atau teragak-agak untuk sama meratap.

Menurut kepercayaan, kematian yang tidak ditangisi menandaka si mati tidak disayangi atau mungkin menyebabkan aib kepada keluarganya.

Tanpa tangisan orang ramai menganggap seseorang yang meninggal dunia tidak disayangi keluarga atau pernah mengaibkan mereka.

Ketua peratap di Feishan di wilayah Fujian, Chen Shuqiang, 35, berkata bisnesnya kini berkembang maju.

"Kebanyakan permintaan adalah untuk peratap di kalangan wanita," katanya.

Chen berkata, keluarga yang kematian saudara suka jika orang ramai melihat ia diratapi dengan sepenuh hati dan waris begitu bersedih.

Kata Chen, selain diupah oleh keluarga si mati, mereka juga sering dibayar oleh individu yang terlalu sibuk untuk hadir menziarah mayat berkenaan.

"Biasanya kami dibayar untuk harga tujuh peratap profesional," katanya.

Kebanyakan peratap itu, kata Chen, adalah pelakon.

Chen sendiri pernah menjadi penyanyi kumpulan opera di sebuah kawasan luar bandar namun pendapatan diperoleh tidak memuaskan.

Keadaan berubah apabila dia menukar kerjaya sebagai peratap profesional dan pengalamannya sebagai penyanyi banyak memberi kelebihan.

Keranda kitar semula

Sementara itu di Hong Kong, aktivis tegar alam sekitar kini boleh terus beramal dengan keyakinan mereka walaupun selepas kaku tidak bernyawa apabila “keranda kitar semula” diperkenalkan, lapor media.

Menurut aktivis, jika keranda mesra alam itu digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari, ia dapat menyelamatkan sehingga 48 meter padu kayu setahun.

Keranda itu dicipta membabitkan dua bahagian -lapisan luar diperbuat daripada kayu keras, manakala bahagian dalam diperbuat menggunakan kayu berongga yang tahan menampung berat badan si mati.

Ketua Eksekutif Green Life Passage yang menghasilkan keranda itu, Lam Ka-hei berkata, lapisan luar kerana boleh digunakan semula selepas mayat serta bahagian dalam keranda berkenaan dibakar.

Katanya, antara kelebihan produk itu ialah, keranda berkenaan terbakar lebih cepat 26 minit berbanding keranda biasa.

"Kami sedar ada pengguna khuatir menggunakan semula keranda lama kerana faktor kepercayaan, namun kami beranggapan ia tidak banyak beza dengan penggunaan katil hospital.

"Ramai orang meninggal dunia di katil hospital tetapi masih ada orang lain menggunakannya," katanya.

-Sentiasapanas.com