Saturday, February 11, 2017

'Untitled, Yellow and Blue' Lukisan 2 Warna Berharga USD$46.5 Juta!

'Untitled, Yellow and Blue' Lukisan 2 Warna Berharga USD$46.5 Juta!

Percayakah anda lukisan yang hanya 'dilukis' menggunakan dua warna ini berjaya dijual pada harga $46.5 juta dolar? Mengejutkan, tapi itulah nilai lukisan yang macam bukan lukisan hasil karya Mark Rothko.

Untitled

Lukisan pelik dan mengarut bertajuk “Untitled, (Yellow and Blue)” dengan ukuran 8 kaki x 6.1 kaki ini disiapkan pada tahun 1954 dan dijual pada satu majlis lelong di New York pada tahun 2015.

Ia pernah dimiliki oleh Rachel “Bunny” Mellon, pelukisnya, Rothko, merupakan salah seorang artis yang paling berjaya dan terkenal di Amerika Syarikat, namun membunuh diri pada 1970.

Sebelum kematiannya, Rothko dan penasihat kewangannya, Bernard Reis telah menubuhkan sebuah yayasan bertujuan untuk membiayai penyelidikan dan pembelajaran.

Disebabkan Rothko terkenal dan menjadi inspirasi serta diminati ramai, tidak mengejutkan apabila hasil karyanya berjaya dijual pada harga yang sangat tinggi.

Untitled

Pakar percaya, lukisan 'Untitled, Yellow and Blue' Rothko akan menjadi lebih bernilai pada masa depan.

Namun, ramai juga yang percaya harga lukisan dua warna 'Untitled, Yellow and Blue' tersebut tidak masuk akal kerana dijual pada harga yang terlalu mahal.

BACA INI JUGA: Top 10 Gambar Paling Mahal Pernah Terjual

sumber: mynewshub

Thursday, November 12, 2015

Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

Salah sebuah lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Modigliani akhirnya berjaya dijual dalam acara lelongan di sini pada Isnin lalu (9/11/2015) dengan harga mencecah AS$170.4 juta (kira-kira RM745.5 juta).

Nu couche

Ini merupakan rekod untuk harga kedua paling tinggi bagi satu hasil karya seni yang dijual menerusi sebuah acara pelelongan, menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC).

‘Nu couche‘ atau bermaksud telanjang sambil berbaring dilaporkan telah dijual di pusat lelongan ternama, Christie’s New York dan dibeli oleh seorang pengumpul lukisan nadir tidak didedahkan identitinya dari China.

Lukisan ini belum pernah dijual kepada sesiapa dalam mana-mana acara lelongan secara terbuka sebelumnya kerana dianggap merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi seorang individu selama 60 tahun.

Untuk rekod, harga karya seni paling mahal pernah dicatatkan menerusi acara sedemikian ialah ‘Les femmes d’Alger‘ oleh pelukis terkenal Pablo Picasso bernilai AS$179 juta (kira-kira RM783.2 juta) pada Mei lalu.

Bagaimanapun ‘Nu couche‘ pada mulanya dijangka oleh pihak Christie’s New York hanya dapat dijual dengan harga paling tinggi pun ialah setakat AS$100 juta (RM437.5 juta) sebelum acara lelongan tersebut berlangsung.

Nu couche [2]

Harga ini sebenarnya juga rekod bagi Modigliani sendiri. Lukisan itu dihasilkan pada 1917 dan pernah ditayangkan buat kali pertama di Paris, Perancis pada tahun tersebut bersama-sama dengan enam lukisan bogel yang lain.

Sekitar enam orang dilaporkan bersaing sengit untuk mendapatkan karya unik tersebut dalam penjualan ini dengan bidaan pembukaan AS$75 juta (RM328) berbanding tawaran asal hanya AS$70 juta (RM306 juta).

Terdapat lagi 33 karya seni lain yang turut dilelong pada hari berkenaan dengan nilai keseluruhan penjualan dicatatkan ialah AS$494 juta (kira-kira RM2.2 bilion). –Agensi/Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!



Saturday, November 16, 2013

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang diadakan di New York rabu lalu.

Three Studies of Lucian Freud

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.

Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.

Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.

Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).

Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

-Sentiasapanas.com