Wednesday, May 25, 2016

13 Lagu Dangdut Diharamkan Di Jawa Barat

13 Lagu Dangdut Diharamkan Di Jawa Barat

Untuk kali pertama sejak dibentuk pada 2004, Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu dangdut daripada dimainkan di wilayah itu.

Jupe - Paling Suka 69.jpg

Lagu yang dilarang ialah:
  1. Paling Suka 69 (Julia Perez)
  2. Hamil Sama Setan (Ade Farlan)
  3. Wanita Lubang Buaya (Mirnawati)
  4. Simpanan (Zilvana)
  5. Mobil Bergoyang (Asep Rumpi dan Lia MJ)
  6. Apa Aja Boleh (Della Puspita)
  7. Hamil Duluan (Tuty Wibowo)

Turut disenaraikan:
  1. Satu Jam Saja (Zaskia Ghotic)
  2. Mucikari Cinta (Rimba Mustika)
  3. Melanggar Hukum (Moza Kirana)
  4. Merem Merem Melek (Ellicya)
  5. Gak Zaman Punya Pacar Satu (Lolita)
  6. Cowok Oplosan (Geby Go)

Sementara itu ada beberapa lagu yang diberi kelonggaran terhad, iaitu:
  1. Belah Duren (Julia Perez)
  2. Cinta Satu Malam dan Aw Aw (Melinda),
  3. Gadis Bukan Perawan (Linda Moy Moy)
  4. Berondong Tua (Siti Badriah)
  5. Janda Rasa Perawan (Varra Sahara)
  6. Geboy Mujaer (Ayu Ting Ting)
  7. Perawan atau Janda (Cita Citata)
  8. Merem Melek (Desi Ning Nong)
  9. Aku Pengen Dipacarin (Diora Anandita)
  10. Jablay (Titi Kamal)

Semua lagu itu hanya boleh disiarkan selepas jam 10 malam.

Mana-mana stesen yang melanggar arahan itu boleh dikenakan hukuman seperti amaran dan penggantungan operasi.

Bagaimanapun larangan itu tidak termasuk di pusat hiburan dan Internet.

Sementara itu panel KPID Jawa Barat, Neneng Athiatul Faiziyah, berkata lagu dangdut berkenaan dihad atau dilarang kerana dianggap mengandungi nilai lucah.

Katanya, jika tidak dikawal dibimbangi ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Perintah larangan itu diedarkan kepada semua operator radio dan televisyen di 27 daerah Jawa Barat.

Larangan itu kemudiannya mengundang reaksi yang pelbagai daripada pendengar. Ketika sebahagian pendengar memuji langkah diambil KPID, sebahagian yang lain memaki-maki sama ada di radio atau di media sosial.

Jupe kecewa Paling Suka 69 dihukum tanpa soal

Jupe - Paling Suka 69 [2].jpg

Selepas lagunya disenarai sebagai satu daripada nyanyian diharamkan, Julia Perez tampil mempertahankan dirinya.

Kata bekas isteri pemain bola sepak kelahiran Argentina itu, pihak berkuasa sepatutnya memaklumkan kepada penyanyi jika sesebuah lagu itu dianggap tidak sesuai disiarkan di media massa.

Bahkan, katanya, lagu yang dipertikaikan itu sudah diubah suai sebelum ini kerana dianggap lucah.

"Jika kita membincangkan sesuatu, ia harus bersandar kepada keadaan terkini.

"Bagaimana saya terus-terusan dihukum sedangkan saya sudah bertaubat?" katanya seperti dilapor media Indonesia hari ini.

Dia yang lebih mudah dikenali dengan panggila Jupe juga berkata sesebuah irama cinta perlu adil untuk menggambarkan suasana yang dilagukan.

"Kalau bercinta memang boleh diceritakan dalam lagu. Kita perlu adil pada semua," katanya.

Sementara itu janda isteri Gaston Castano itu berkata dia tidak pernah menyanyikan lagu Paling Suka 69 itu di televisyen.

Namun dia bersedia menyesuaikan lirik lagu berkenaan jika diarah oleh pihak berkuasa yang memantau aspek penyiaran di Indonesia.

Katanya, ia boleh dilakukan supaya lagu itu tidak diharamkan secara mutlak.

"Saya minta pihak yang berkenaan maklumkan apa yang perlu diperbaiki supaya kita nampak sama-sama cerdas," katanya.

Selain Paling Suka 69 yang termasuk antara 13 lagu diharamkan, satu lagi lagu Julia dikenakan sekatan terhad.

Belah Duren nyanyian Julia, 35, dikategorikan sebagai lagu terkawal dan hanya boleh disiarkan di radio atau televisyen selepas jam 10 malam.

BACA INI JUGA: Penyanyi Dangdut ‘Klepek-klepek’ Dituduh Pelacur Kelas Atasan?!

Sumber: Malaysiakini.com

Sunday, April 24, 2016

Tokoh Kulit Hitam Pertama Hiasi Wajah Baharu Dolar AS!

Tokoh Kulit Hitam Pertama Hiasi Wajah Baharu Dolar AS!

Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah baharu dengan kesemuanya akan menampilkan tokoh kulit hitam terkenal dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu.

Harriet Tubman

Ini termasuk buat julung kalinya mata wang pecahan AS$20 yang selama ini dihiasi gambar wajah Andrew Jackson, presiden ketujuh AS, akan berganti rupa, menurut laporan akhbar The New York Post pada Jumaat.

Wajah baharu yang akan dipampang atas lembaran wang kertas itu ialah wajah Harriet Tubman (1822-1913), seorang aktivis anti-perhambaan kanak-kanak yang pernah membantu ratusan pelarian budak kecil abad ke-19.

Harriet akan menjadi wanita sekali gus tokoh kulit hitam atau African American yang pertama menghiasi wang kertas AS sejak wajah Martha Washington yang pernah terpampang untuk pecahan AS$1 lebih 100 tahun lalu.

“Keputusan untuk menggunakan wajah Harriet di atas mata wang AS$20 berdasarkan usul cadangan daripada ribuan warga AS dari pelbagai latar belakang dan usia,” kata Setiausaha Kewangan AS, Jack Lew kepada media.

Beliau memberitahu, wang berwajah Harriet ini dijadualkan mulai digunakan pada 2020. Lebih 118,000 daripada 609,000 orang yang dibanci menginginkan wajah aktivis kelahiran Maryland itu, tampil untuk wang AS$20.

Harriet Tubman [2]

Pihak perbendaharaan AS bagaimanapun menyangkal pengumuman awal Presiden AS, Barack Obama sambil mengesahkan wajah Alexander Hamilton, salah satu pengasas AS, tetap digunakan untuk denominasi AS$10.

Namun wajah aktivis pejuang hak wanita AS untuk mengundi dalam pilihan raya AS iaitu Lucretia Mott, Sojourner Truth, Susan Anthony, Elizabeth Candy Stanton dan Alice Paul akan dicetak di bahagian belakang wang tersebut.

Mata wang baharu AS$10 ini dijadualkan bakal diedarkan kepada umum pada 2020 kelak bersamaan dengan peringatan ulang tahun ke-100 pindaan ke-19 yang memberi hak pengundian kepada golongan wanita di AS.

Obama pada sidang media di White House sebelum itu mengumumkan enam denominasi mata wang dolar iaitu AS$1, AS$5, AS$10, AS$20, AS$50 dan AS$100 akan berwajah baharu memaparkan ikon kulit hitam terkenal.

Ia melibatkan wajah tokoh iaitu Martin Luther King untuk mata wang AS$1, Frederick Douglass (AS$5), Martin Robinson Delaney (AS$10), Harriet Tubman (AS$20), W. E. B. Du Bois (AS$50), Booker T. Washington (AS$100).

Mereka mengambil alih wajah sebelumnya iaitu George Washington untuk AS$1, Abraham Lincoln (AS$5), Ulysses Grant (AS$10), Alexader Hamilton (AS$20), Andrew Jackson (AS$50) dan Benjamin Franklin (AS$100).

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Wednesday, February 19, 2014

Warga Hong Kong Hidup Seperti Haiwan

Warga Hong Kong Hidup Seperti Haiwan

Hidup seperti haiwan dalam ‘sangkar’. Itulah kehidupan terpaksa dilalui golongan kurang berkemampuan di Hong Kong berikutan kos sewa rumah terlalu mahal.

Lee Ka Ying, 8
Lee Ka Ying, 8, bersama ibunya.

Golongan dikenali sebagai ‘anjing sangkar’ itu membayar kira-kira HK$1,500 (RM639) setahun untuk ruang sepanjang enam kaki dan selebar tiga kaki yang disusun secara bertingkat di atas satu sama lain.

Ruang di dalam setiap sangkar terlalu kecil sehingga ada yang tidak berupaya meluruskan badan memaksa mereka tidur merengkuk manakala barangan peribadi seperti gambar ahli keluarga sekadar diletakkan di sebelah bantal dan selimut yang menjadi satu-satunya harta mereka.

Jurugambar Britain Brian Cassey merakamkan gambar menyayat hati kehidupan ‘anjing sangkar’ Hong Kong yang dikesan tinggal di atas bumbung sebuah apartmen setinggi 12 tingkat di Kowloon.

“Keadaan di dalamnya terlalu gelap dan tidak mesra langsung. Ketika pertama kali melangkah masuk saya terdengar tuan rumahnya menjerit kepada seorang penduduk.

“Saya terus meninggalkan tempat itu dan kembali pada hari lain,” katanya.

TANG Man Wai, 60
Tang Man Wai, 60, (kanan) bersama rakan ‘sebiliknya.’

Sementara itu, seorang penduduk sangkar Wong Tat Ming, 57, berkata saiz kecil sangkar itu memaksanya tidur meringkuk setiap malam.
Seorang lagi, Roger Lee, 61, berkata dia sudah lama hidup di dalam sangkar seumpama itu.

“Saya sudah tiga tahun tinggal di sini dan sebelum ini menginap di dalam sangkar lain.

“Sudah bertahun-tahun saya dimasukkan dalam senarai menunggu untuk rumah awam, namun rasanya tiada harapan untuk mendapatnya disebabkan saya bujang,” katanya.

Kerajaan menganggarkan lebih 220,000 berada dalam senarai menunggu dengan separuh berstatus bujang manakala tempoh penantian dianggarkan sekurang-kurangnya tiga tahun.

Hong Kong dengan populasi lebih tujuh juta orang - lebih kurang sama dengan kota London - mempunyai keluasan kira-kira 1,104 kilometer persegi menyebabkan harga hartanah terlalu mahal, malah sewa sebuah apartmen dengan satu bilik menjangkau HK$16,000 RM6,000) sebulan.

Sangkar
Sangkar sepanjang enam kaki dengan sewa HK$1,500.

Trend rumah sangkar itu bermula sekitar 1950-an hingga 1960-an ketika Hong Kong melihat ledakan kelahiran dan penghijrahan beramai-ramai dari tanah besar China yang mengakibatkan peningkatan populasi sehingga lebih sejuta orang.

Namun keadaan semakin menjadi-jadi sekitar 1990-an apabila rumah sangkar direkodkan 100,000 pada 1997.

Malah tahun lalu kerajaan menganggarkan 177,000 orang tinggal menetap di dalam kediaman yang serba kekurangan, namun jumlah rumah sangkar haram yang terlalu banyak menyukarkan bancian tepat dibuat.

Mengikut rekod rasmi pada 2007, 53,000 orang hidup dalam rumah sangkar seumpama itu.- Agensi

Sunday, January 12, 2014

Akhirnya Arial Sharon Mati Selepas Lapan Tahun Koma

Akhirnya Arial Sharon Mati Selepas Lapan Tahun Koma

Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer semalam semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma.

Arial Sharon Died

Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.

Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi.

Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000.

Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia.

Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu.

Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.

Sharon diserang koma pada Januari 2006.

(Baca: Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya)

Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat.

Seorang jururawat yang pernah menjaganya di pusat perubatan itu, Marina Lifshitz memberitahu para pemberita, Sharon pernah menyentuh tangannya dan mengangkat keningnya.

Menurutnya, pada satu pagi, jururawat tersebut telah menunjukkan gambar isteri Sharon.

"Air matanya kemudian menitis. Sukar untuk melupakan detik itu.

"Malangnya, saya tidak mengetahuinya bila beliau menjadi Perdana Menteri.

Sharon yang pernah menjadi pegawai tinggi tentera Israel memainkan peranan penting dalam kemenangan regim Zionis di Sinai dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ekoran kemenangan itu, beliau diberi gelaran Arik, Raja Israel.

Pada tahun 1982, semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau memantau Perang Lebanon yang melibatkan Israel.

Namun, beliau terpaksa meletakkan jawatan itu pada tahun 1983 selepas berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan 800 dan 2,000 orang pelarian Palestin di kem Sabra serta Shatilla.

Penyingkiran itu berlaku selepas Suruhanjaya Siasatan Kahn mendapati, beliau terlibat secara langsung dalam serangan tersebut yang dilakukan kumpulan militan Kristian Phalangist di Lebanon.

Sharon menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001.

Dia bawah kepimpinannya, Israel mula membina tembok keselamatan di Tebing Barat.

Sharon menggunakan karier politiknya dan kedudukannya dalam Kabinet untuk membina puluhan penempatan haram di Tebing Barat dan Gaza walaupun terdapat bantahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Beliau mendesak peneroka haram Yahudi untuk menduduki tanah di Palestin sebelum perjanjian dicapai dengan para pemimpin Palestin.

Sementara itu, penduduk Palestin menyambut dengan gembira kematian Sharon.

Seorang pegawai kanan pergerakan Fatah di Palestin, Jibril Rajub berkata, Sharon merupakan seorang penjenayah yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Sharon merupakan seorang penjenayah dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat," katanya.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada 11 November 2004.

(Baca: Kisah Bangsa Yahudi Yang di Laknat Tuhan)

Terdapat dakwaan yang dibuat beberapa pegawai kanan Palestin bahawa Arafat mati kerana terkena bahan radioaktif.

Dalam pada itu, pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut menyambut baik kematian Sharon dengan menggelarkannya sebagai penjenayah.

"Sharon merupakan seorang penjenayah dan beliau merupakan antara orang yang menyebabkan malapetaka berlaku ke atas penduduk Palestin," kata jurucakap pergerakan itu, Salah el-Bardaweel.

"Kami berdoa kepada Allah supaya Sharon dan semua pemimpin regim Zionis dihantar ke neraka kerana melakukan pembunuhan ke atas penduduk kami.

"Apabila penduduk Palestin mengingati Sharon, mereka akan mengingati kesakitan, darah, penyeksaan dan jenayah.

"Kami tidak akan berasa kesal dengan kematiannya," tambah Salah. -Agensi

Arial Sharon Died

Sharon terkenal dengan kekejamannya pernah berkata, ”Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

(I vow that I’ll burn every Palestinian child (that) will be born in this area. The Palestinian woman and child is more dangerous than the man, because the Palestinian childs existence infers that generations will go on… – Ariel Sharon in an interview with General Ouze Merham, 1956).

-Sentiasapanas.com

Friday, January 10, 2014

Perancis Penjara Wanita Islam Pakai Burqa!

Perancis Penjara Wanita Islam Pakai Burqa!

Mahkamah Perancis kelmarin mensabitkan seorang wanita kerana menutup muka sepenuhnya di khalayak ramai dan menolak usahanya yang mahu memastikan larangan pemakaian burqa di negara itu tidak menepati Perlembagaan.

Cassandra Belin, 20

Cassandra Belin, 20, juga disabitkan bersalah menghina dan mengugut tiga anggota polis ketika ditangkap, yang mencetuskan rusuhan selama dua hari di bandar Trappes, berhampiran Paris pada Julai 2013.

Beliau dikenakan hukuman sebulan penjara kerana bergaduh dengan polis dan denda 150 euro (RM667) kerana memakai penutup muka.

Peguam Belin, Philippe Bataille, berkata larangan pemakaian burqa mencabul kebebasan beragama dan menyasarkan umat Islam secara tidak adil, meminta arahan kecemasan mengenai larangan itu secara berperlembagaan sebelum menjatuhkan hukuman.

(Baca: Wanita Islam Umpama Gula-gula!)

Namun permohonannya ditolak atas dasar Majlis Perlembagaan sebelum ini sudah mengekalkan undang-undang 2011.

Bataille berkata, beliau akan mengemukakan rayuan dan berikrar untuk terus berjuang memastikan larangan itu ditarik balik.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dijangka mengeluarkan arahan lewat tahun ini dalam kes yang dibawa penduduk Islam Perancis yang menegaskan larangan memakai burqa mencabul hak kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan kebebasan berkumpul, serta melanggar larangan diskriminasi.

Pengkritik berkata, jika keselamatan menjadi pertaruhan, topi keledar juga perlu diharamkan.

Secara teori, larangan meliputi semua pemakaian yang menutup muka tetapi tangkapan cuma dilakukan ke atas wanita Islam yang berpakaian demikian. –AGENSI

Saturday, November 30, 2013

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan

Sebuah jawatankuasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi hak maklumat persendirian yang dituntut oleh Jerman dan Brazil selepas skandal pengintipan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terbongkar baru-baru ini.

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan
Penunjuk perasaan di Jerman mengadakan protes 
membantah skandal pengintipan yang dilakukan NSA.

Di bawah resolusi antipengintipan itu, mana-mana kerajaan yang memintas atau memantau data pihak lain mungkin boleh didakwa atas kesalahan mencabuli hak asasi dan kebebasan manusia.

Duta Jerman ke PBB, Peter Wittig memberitahu resolusi tersebut berfungsi untuk menghantar mesej politik yang penting kepada negara antarabangsa.

"Hak asasi manusia perlu sentiasa dilindungi tanpa mengira medium. Mana-mana negara perlu mengelakkan diri daripada melakukan pengintipan dan mereka perlu bertanggungjawab jika perbuatan itu terbongkar," tegasnya, dipetik dari laporan Press TV.

Difahamkan, Berlin dan Brasilia melancarkan inisiatif tersebut selepas pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden membongkar skandal pengintipan panggilan telefon yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) ke atas pemimpin mereka.

Usul resolusi yang disokong 55 negara antarabangsa itu akan diundi oleh 193 negara anggota PBB pada bulan depan.

Sumber: Sinar Online

Tuesday, November 26, 2013

Doktor Mengaku Pegang Kemaluan Michael Jackson

Doktor Mengaku Pegang Kemaluan Michael Jackson

Doktor peribadi Michael Jackson berkata, hubungannya dengan bekas Raja Pop itu sangat rapat hingga dia tidak kekok memegang kemaluan penyanyi terbabit.

Michael-Jackson
Dr Conrad Murray.

Dalam satu kenyataan berani kepada media, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam.

“Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam.

“Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya,” katanya.

Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri.

Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan.

“Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti,” katanya.

Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka.

“Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe,” katanya.

Doktor itu menegaskan Michael juga memberitahu, dia pernah diserang secara seksual oleh seorang daripada doktornya ketika dibius menjadi separuh sedar.

Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya.

BACA INI JUGA:

sumber: baratwood