Tuesday, February 16, 2021

Keindahan Alam Semesta Yang Kita Tidak Pernah Lihat!

Keindahan Alam Semesta Yang Kita Tidak Pernah Lihat!

Alam semesta, kosmo atau ruang angkasa. Tidak semua orang berpeluang melihat alam semesta dan ruang angkasa yang tempatnya berada jauh di luar planet bumi ini, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengembara ke angkasa lepas.

Dengan kemajuan teknologi yang wujud pada hari ini, hampir tiada yang mustahil dilakukan dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), dalam satu pendedahan memaparkan secara umum bagaimana rupa bentuk sebenar di ruang angkasa.

Rakaman yang diambil menggunakan teknologi Spitzer dan Hubble Space Telescopes ini memperlihatkan keindahan ruang angkasa yang sungguh menakjubkan. Anda pasti kagum!

1. Butterfly Nebula

Alam semesta

2. Planet Bumi

Keindahan Alam semesta

3. Pillar Of Creation

Keindahan Alam semesta

4. Letusan Bintang

Alam semesta

5. Supernova

Alam semesta

6. Horsehead Nebula

Alam semesta

7. Crab Nebula

Alam semesta

8. Cat's Eye Nebula

Alam semesta

9. Sinaran Echo

Alam semesta

10. Carina Nebula

Alam semesta

11. Buble Nebula

Alam semesta

12. Cone Nebula

Alam semesta

13. Bintang Biru (The Blue Stars)

Alam semesta

14. Lubang Hitam (Black Hole)

Alam semesta

15. Helix Nebula

Alam semesta

16. Smile Space

Alam semesta

17. Sombrero Galaxy

Alam semesta

18. Monkey Head Nebula

Alam semesta

19. Rose Of Galaxies

Alam semesta

Tak tercapai akal jika mahu menggambarkan suasana di alam semesta. Memang luas benar alam ini, yang kecil itu bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Thursday, December 10, 2020

'RH Null' Jenis Darah Istimewa Yang Sangat Jarang Ditemui

'RH Null' Jenis Darah Istimewa Yang Sangat Jarang Ditemui

Doktor beliau memilih untuk memandu sendiri beliau ke Perancis kerana jika darahnya diambil di Switzerland, banyak kerenah proses dan rekod yang perlu ditempuhi sebelum dapat diterbangkan ke Perancis.

RH Null

Jururawat yang ditugaskan mengambil darah juga menyedari lelaki yang sedang diambil darahnya itu, mempunyai darah yang istimewa.

Hanya selepas meneliti label pada bungkusan darah itu, jururawat tersebut sedar sesuatu yang sangat unik, berdasarkan label yang ada, lelaki itu sepatutnya sudah lama meninggal dunia.

Bagaimanapun, lelaki yang hanya dikenali sebagai Thomas berikutan identitinya terpaksa dirahsiakan tetap tersenyum, sihat walafiat.

Tidak ramai yang tahu darah yang mengalir dalam badannya sangat unik dan dalam tempoh 50 tahun, hanya 40 orang sahaja diketahui mempunyai darah yang sama seperti Thomas.

Penemuan mengejutkan 40 tahun lalu

Kita semua tahu berikutan teknologi perubatan yang begitu tinggi, darah memerlukan bekalan yang lebih banyak setiap hari.

Malangnya, setiap daripada kita mempunyai jenis darah yang berbeza-beza.

Bagaimanapun, bagi setiap jenis darah yang ada wujud satu persamaan pada setiap jenis, dalam setiap sel darah merah kita, ada 342 antigen, sejenis molekul yang berupaya menggalakkan penghasilan protein antibodi.

Jenis antigen yang ada dalam darah kita juga menentukan jenis darah setiap individu.

Ada 160 jenis antigen daripada 342 yang biasanya ditemui pada setiap orang, dengan selebihnya mempunyai perbezaan-perbezaan tertentu dan kandungan antigen dalam darah kita menentukan tahap keunikan darah kita.

35 kumpulan darah yang telah dikenali menggunakan maklumat daripada antigen bagi menentukan kelas darah setiap individu.

Sekiranya seorang itu mempunyai darah normal, majoriti daripada 342 antigen yang ada pasti akan merujuk kepada salah satu kelas darah.

40 tahun sebelum ini, Thomas ketika berusia 10 tahun telah ke Hospital Universiti Geneva untuk pemeriksaan rutin.

Dalam ujian darah yang dijalankan ke atas beliau, doktor mendapati ada sesuatu yang amat ganjil pada kandungan darahnya, dia langsung tidak mempunyai antigen dalam darahnya, menyebabkan tubuhnya tidak mampu menghasilkan antibodi.

Yang menghairankan penyelidik, dia tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

Setelah sampel darah Thomas dihantar ke makmal di Geneva, Amsterdam dan Paris, Thomas menjadi antara individu unik yang mempunyai kumpulan darah Rh Null, darah yang langsung tidak mempunyai antigen serta tidak boleh diklasifikasikan.

Sejarah darah Rh Null

Darah seumpama ini buat pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang asal Australia.

Sebelum penemuan beliau, penyelidik membuat kesimpulan mustahil untuk mana-mana janin yang mempunyai darah Rh Null membesar dengan sihat, berikutan ketiadaan fungsi penting dalam badan.

Bagaimanapun, selepas penemuan pertama sehinggalah kepada kemunculan Thomas, setakat ini telah berjaya direkodkan hampir 43 orang mempunyai darah serupa dan hanya 10 orang saja bertindak sebagai penderma aktif.

Apa yang membezakan individu seperti Thomas dengan kita?

Darah mereka memberikan risiko yang sangat besar pada pemiliknya, namun mempunyai kemampuan menyelamatkan jutaan nyawa orang lain.

Ini kerana darah daripada kategori unik Rh Null ini dapat diterima oleh sesiapa saja kerana darah ini merupakan darah paling universal di antara semua jenis kategori darah.

Setiap penerima darah perlu menerima darah yang tidak mengandungi antigen yang berlawanan dengan darah asalnya dan proses memadankan darah penderma dengan pesakit perlu dilakukan dengan berhati-hati, takut berlaku proses penolakan darah selepas transfusi dilakukan.

Darah Rh Null membuang semua risiko itu kerana kelebihannya yang bersifat neutral, tidak mempunyai sebarang antigen yang dapat meningkatkan risiko penolakan pada penerimanya.

Darah universal penyelamat nyawa

Thomas sedar keunikan yang ada pada darahnya mampu menyelamatkan nyawa sesiapa saja, namun malang bagi dirinya sendiri, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, dia hanya boleh menerima darah jenis Rh Null sahaja.

Individu Rh Null yang sudi menderma pula berada jauh. Ada di Brazil, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Ireland. Ini memberikan impak pada hidup Thomas.

Sejak muda dia dilarang daripada menjadi terlalu berani, bagi mengelakkan kemalangan.

Dia memandu dengan cermat, hanya berani melawat negara yang ada kelengkapan hospital moden dan kad pengesahan status darahnya disimpan dalam beg, andaikata diperlukan.

Thomas mula menderma secara suka rela sejak mencecah 18 tahun, usia beliau dibenarkan menjadi penderma darah.

Semua darah yang didermakan Thomas disimpan di bank darah khas yang terletak di Paris dan Amsterdam.

Berikutan sakit anaemia yang dihadapinya, dia dinasihatkan menghadkan proses menderma darah hanya dua kali setahun, berbanding empat kali, menggunakan wang sakunya sendiri untuk kos perjalanan berulang-alik.

Walaupun perlu menghindari aktiviti berisiko, Thomas bagaimanapun bersyukur dirinya berbeza dengan orang lain.

Selepas diarahkan melaporkan diri bertugas dalam tentera beberapa puluh tahun dahulu, doktor yang menemui kondisinya menulis surat kepada pihak tentera, memaklumkan keadaan sebenar Thomas yang unik.

Dengan surat itu, Thomas dikecualikan daripada melaporkan diri, sesuatu yang perlu bagi melindungi Thomas yang mampu menyelamatkan lebih ramai nyawa seorang diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

Monday, August 03, 2020

Kalimah Allah Pada Telinga Bayi Baru Lahir

Kalimah Allah Pada Telinga Bayi Baru Lahir

Sepasang suami isteri bukan sahaja teruja menyambut kelahiran anak kelima mereka, malah lebih istimewa, kedua-dua telinga bayi yang baru dilahirkan itu juga mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah SWT.

Kalimah Allah Telinga Bayi

Mohd Zamri Ibrahim, 45, atau lebih sebagai Z Zamri berkata, keistimewaan yang dimiliki oleh anak bongsu daripada lima beradik itu disedari oleh isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas anak mereka dilahirkan.

Katanya, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 21 Julai 2020 lalu dan diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri.

Katanya, pada awalnya dia mahupun isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak bentuk menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.

"Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

"Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.

"Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna," katanya.

Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.

"Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.

"Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat," katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat, Kelantan.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Sunday, May 24, 2020

Bayi 'Ajaib' Terselamat Dalam Nahas Pesawat Di Pakistan!

Bayi 'Ajaib' Terselamat Dalam Nahas Pesawat Di Pakistan!

Sesuatu yang dianggap luar biasa telah terjadi apabila seorang bayi selamat dikeluarkan dari lokasi pesawat Pakistan yang terhempas yang ketika itu, seorang wartawan penyiaran sedang membuat liputan di lokasi kejadian pada Jumaat (22/5/2020).

Bayi selamat dalam nahas pesawat

Kemudian, secara tiba-tiba pasukan penyelamat membuat lambaian dan kelihatan seorang petugas kecemasan membawa keluar seorang bayi dipangkuannya.

Terdahulu, datuk bandar Karachi berkata, seramai 107 penumpang yang menaiki pesawat PK8303 dikhuatiri maut selepas terhempas di kawasan perumahan, dalam kejadian yang berlaku sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang Karachi.

Bagaimanapun, segelintir keluarga mendakwa mereka dihubungi oleh mangsa yang menaiki pesawat dan masih hidup.

Bayi berkenaan ditemui di sebalik timbunan serpihan yang disebabkan kesan nahas.

Rakaman Detik-detik Terakhir

Pesawat PK8303

Rakaman CCTV dari sebuah bangunan berhampiran, menunjukkan dengan jelas saat-saat terakhir sebelum pesawat Airbus A320 milik Pakistan International Airline (PIA) terhempas ketika cuba mendarat.

Dari rakaman tersebut, boleh diandaikan pesawat dalam kedudukan bersedia untuk mendarat tetapi seakan kehilangan kuasa sebelum sempat sampai ke landasan.

Laporan mengatakan kapten pesawat sempat membuat panggilan kecemasan tentang kegagalan enjin sebelum pesawat itu terhempas.

Tonton video dibawah.

BACA INI JUGA:



sumber: mstar

Tuesday, March 03, 2020

Misteri Dua Lautan Yang Bertemu Tetapi Terpisah

Misteri Dua Lautan Yang Bertemu Tetapi Terpisah

Untuk pengetahuan anda, ada satu lautan yang terletak di Teluk Alaska sebenarnya sudah bertahun lamanya diviralkan kerana tidak bercampur yang terletak di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropah, tepatnya antara negera Moroko dan Sepanyol.

Mitos 2 lautan bertemu

Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, iaitu Jabal Thariq yang bererti Gunung Thariq dan nama ini merujuk kepada Jeneral Islam yang tersohor, Thariq Bin Ziyad, yang menakluk Sepanyol pada tahun 711 M.

Terdapat juga ramai pakar yang telah memberikan penjelasan lanjut sebelum ini mengapa dan bagaimana fenomena seperti itu boleh berlaku.

Olakan air ini yang berasal dari sungai Copper sepanjang 286 batu di tanah Alaska sememangnya kaya dengan mendapan glasier, benda asing seperti partikel lempung berat (heavy clay) dan besi (iron).

Pada tahun 2007, sekumpulan ahli oseanografi telah membuat kajian berkenaan mendapan glasier (glacial sediment) yang dibawa oleh arus perlahan dari persisiran pantai Alaska ke tengah-tengah lautan.

Menurut salah seorang profesor dari University of California-Santa Cruz yang menyertai pelayaran itu, Ken Bruland, apabila olakan kecil ini mengalir perlahan-lahan memasuki lautan yang lebih besar, ia akan bergabung dengan ombak dan arus yang lebih deras dan pertembungan inilah yang menghasilkan pusaran dan buih-buih halus.

Menurut Ken Bruland lagi, "sempadan" lautan ini juga sentiasa berubah-ubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.

Maka, adalah tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung sama sekali.

Ia akhirnya akan bergabung, cuma proses yang berlangsung adalah secara perlahan tetapi berterusan.

Apa yang dilihat oleh mata kasar itu hanyalah pertembungan kedua-dua arus yang terjadi pada ketika itu sahaja.

Telah dijelaskan dalam Al-Qur'an

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman:19-21)

"Dan Dialah yang membiarkan 2 laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (QS. 25:53)

Jadi, sekiranya ada rakan yang menceritakan kepada anda tentang keajaiban lautan yang tidak bercampur ini, bolehlah anda pula bantu mereka dengan membongkarkan rahsia dan penjelasan saintifik di sebaliknya.

Nota:
  • Pycnocline adalah zon/lapisan dalam lautan di mana kepadatan air meningkat dengan cepat mengikut kedalaman laut akibat perubahan suhu dan tahap kemasinannya.
  • Pynocline cenderung bersama dengan thermocline serta halocline dan ia memisahkan zon air permukaan lautan daripada air di dasar laut dalam.
  • Thermocline adalah zon perubahan suhu yang berlaku dengan cepat di antara air di permukaan laut yang panas dan air yang lebih sejuk mengikut kedalaman lautan.
  • Halocline adalah zon menegak air lautan di mana perubahan tahap kemasinan berlaku dengan cepat, dan ianya berada di bawah lapisan permukaan air yang tahap kemasinannya lebih merata campurannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, February 25, 2020

Kisah Tommy Glenn Carmichael Penggodam Mesin Slot Kasino Paling Lejen!

Kisah Tommy Glenn Carmichael Penggodam Mesin Slot Kasino Paling Lejen!

Bermula dalam perniagaan membaiki televisyen, kemahiran memanipulasi sistem mekanik mesin slot adalah mudah bagi Tommy Glenn Carmichael, yang kemudiannya menghabiskan masa hampir empat dekad memanipulasi dan menipu wang dari kasino Las Vegas dengan menggodam mesin slot.

Tommy Glenn Carmichael

Tommy berjaya mencipta beberapa alat penipuan canggih yang menjamin kemenangan segera, namun semakin beredar masa dan teknologi menjadi semakin canggih, Tommy harus mengubah cara penipuannya dengan strategik untuk mengikuti perubahan yang berlaku pada mesin slot.

Malah, dia juga bekerjasama dengan penipu kasino yang lain untuk membentuk satu kumpulan penipu yang menyebabkan kasino-kasino di Las Vegas kerugian berjuta-juta dolar

Bagaimana semuanya bermula?

Tommy Glenn Carmichael dilahirkan pada pertengahan tahun 1950-an, ketika teknologi mula berkembang dengan begitu pesat.

Walaupun di usia kanak-kanak, Tommy meminati untuk mengetahui bagaimana dan mengapa teknologi berfungsi, yang mungkin menjadi faktor mengapa dia memutuskan untuk membuka kedai barangan dan membaiki televisyen pada tahun 1980-an.

Kedainya terletak di Tulsa, Oklahoma dan dikenali sebagai "Ace TV Sales and Service", berkembang dengan pantas dan sangat menguntungkan kerana ia adalah yang pertama di Tulsa.

Namun, semakin banyak kedai dibuka di kawasan sekitar membuatkan Tommy kerugian dan sukar bertahan. Perniagaannya menjunam ketika proses perceraiannya.

Tambahan pula, Tommy masih dalam tempoh khidmat masyarakat untuk kesalahan memiliki dadah sebelum itu. Hidupnya porak-peranda, namun dia nekad untuk mengubah segalanya.

Dan pada ketika itu, rakan sekolah menengah Tommy bernama Ray Ming, muncul untuk menyelamatkan keadaan.

Top bottom joint
Top-down joint.

Ray memperkenalkan kepada Tommy mesin slot mini dan alat untuk menipu kasino, yang dikenali sebagai top-down joint.

Dengan kemahiran yang ada, Tommy "membedah" mesin slot dan mula mempelajari sistem mekaniknya, untuk memahami bagaimana untuk menggunakan alat top-down joint.

Selepas menghabiskan masa yang agak lama berlatih, Tommy kini sudah bersedia untuk mencuba teknik barunya untuk menipu mesin di Las Vegas.

Disebabkan ia merupakan kali pertama, Tommy memutuskan untuk menggunakan strateginya ke atas mesin yang kecil terlebih dahulu dan berjaya memenangi sekitar $35 dalam hanya beberapa minit.

Dia kemudiannya beralih ke mesin-mesin lain dipelbagai kasino di seluruh Las Vegas, memenangi berpuluh-puluh ribu dolar dalam tempoh hanya satu hujung minggu.

Ditangkap kali pertama

Tommy menghabiskan beberapa tahun membolot berjuta-juta dolar dari kasino-kasino di kawasan utama Las Vegas menggunakan strategi ini.

Kasino-kasino kemudiannya menjadi lebih peka terhadap alat-alat yang digunakan untuk menggodam mesin, seperti yang digunakan oleh Tommy.

Dan disebabkan itu, pihak kasino memutuskan untuk mengemaskini mesin-mesin mereka menggunakan teknologi terkini yang ada. Mesin-mesin slot kemudiannya beroperasi melalui Penjana Nombor Rawak atau RNG.

Ini menyebabkan Tommy terpaksa beralih ke kasino-kasino yang lebih kecil, yang mana tidak mampu untuk menggunakan teknologi canggih ini namun, disebabkan kasino-kasino yang dikunjungi Tommy lebih kecil, maka dia lebih terdedah.

Tanpa pengetahuannya, pihak polis telah mengekorinya hampir seminggu dan sedar kebolehan menipunya.

Setelah ditangkap, Tommy cuba untuk kelihatan tidak bersalah tetapi polis menemui alat top-bottom joint di dalam poketnya dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Di dalam penjara, Tommy bertemu dengan Michael Balsamo, yang kebetulan dipenjarakan atas sebab yang sama.

Mereka menghabiskan masa mencari cara untuk bekerjasama dan menipu kasino-kasino sebaik sahaja mereka dibebaskan namun, apabila hari tersebut tiba, kedua-dua mereka sedar bahawa cara lama mereka telah ketinggalan zaman disebabkan oleh teknologi mesin slot yang semakin canggih.

Mengubah teknik penipuan

Slot video poker
Slot video poker.

Salah satu kecanggihan itu adalah mesin slot video poker, yang dilancarkan oleh Bally and Teknologi, hanya beberapa bulan sebelum Tommy dibebaskan dari penjara. Sistem permainan baharu ini beroperasi menggunakan penjana nombor rawak yang dipertingkatkan menggunakan pemproses mikro.

Tommy tahu dia mampu mengatasi halangan-halangan ini, namun dia tidak mempunyai modal untuk melakukannya. Dia melakukan beberapa kerja sambilan sehingga mengumpulkan wang yang cukup untuk membeli sebuah mesin video poker.

Hampir enam bulan kemudian, Tommy membawa pulang mesin video pokernya untuk 'dibedah' dan mencari cara menaklukinya. Selepas lebih setahun mencuba, Tommy sudah bersedia untuk mencuba ciptaan terbarunya, yang diberi nama 'Monkey Paw' atau 'Slider'.

Alat menipu yang unik ini diperbuat daripada tali gitar dan juga keluli yang fleksibel.

Alat menipu Monkey Paw
Monkey Paw atau Slider.

Jika alat ini dimasukkan ke dalam saluran bayaran yang mana digunakan untuk memasukkan syiling, maka suis mikro mesin akan terhubung dan memaksa mesin itu mengeluarkan syilingnya.

Mesin-mesin slot pada ketika itu sentiasa dikemaskini dan dipantau, jadi Tommy sekali lagi terpaksa mencipta alat yang lebih berhati-hati dan berkesan. Dia kemudiannya menyamar sebagai seorang pelanggan yang berminat untuk membeli salah satu daripada mesin slot terbaru.

Tommy meminta pekerja kasino untuk membuka mesin tersebut dan menjelaskan kepadanya bagaimana semuanya berfungsi dan ini memberi kelebihan kepada Tommy untuk mencipta satu lagi alat untuk menipu mesin slot, iaitu "The Light Wand".

Alat ini berfungsi dengan cara yang sama seperti Monkey Paw iaitu ia harus dimasukkan ke dalam saluran bayaran.

Light Wand akan membutakan sensor optikal pada mesin slot supaya ia tidak akan dapat mengira berapa banyak duit syiling yang telah didepositkan ke dalam mesin supaya tidak tahu bila atau berapa banyak untuk dibayar kepada pemain.

Tommy bukan sahaja menggodam mesin slot menggunakan ciptaannya ini, tetapi dia juga menjual alat ini di pasaran gelap kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Modal untuk menghasilkan Light Wand adalah sekitar $3 dan dia menjualnya dengan harga melebihi $10,000.

Apabila Tommy kembali ke Las Vegas, dia bekerjasama dengan Ramon David Pereira dan bekas rakan kongsinya Michael Balsamo untuk menubuhkan satu kumpulan penipu profesional paling popular pernah wujud.

Alat Light Wand
Light Wand.

Mereka menambahkan lagi beberapa ahli ke dalam kumpulan, mereka yang mempunyai pengalaman menipu kasino dan individu yang berbeza dalam kumpulan mereka akan memfokuskan terhadap aspek-aspek yang berbeza dalam menipu.

Terdapat individu yang bertanggungjawab untuk memerhatikan keadaan bagi memastikan pihak keselamatan kasino tidak begitu memberikan perhatian kepada tindakan mereka.

Malah, terdapat juga ahli kumpulan yang diarahkan untuk menjadi penghalang, bertanggungjawab untuk berdiri di tempat strategik yang akan menghalang kamera daripada dapat melihat penipu yang sedang beraksi.

Sebaik sahaja sistem mereka siap, kumpulan ini membawa pulang secara purata $5 juta setiap hari.

Mereka akhirnya menipu hampir semua kasino di Las Vegas Strip, dan kadang-kala pergi ke kasino-kasino di Atlantic City.

Kesilapan yang dilakukan oleh Michael Balsamo pada suatu hari membuatkan pihak berkuasa berjaya menemui Light Wand, membuatkan pengeluar mesin slot menghasilkan mesin slot baru.

Teknik memanipulasi mesin Ticket In, Ticket Out menggunakan The Tongue

The Tongue tools
The Tongue.

Mesin baharu ini dikenali sebagai "Ticket In, Ticket Out", di mana mesin ini tidak akan memberikan wang kemenangan secara tunai sebaliknya memberikan tiket untuk ditunaikan di kaunter.

Light Wand ciptaan Tommy kini tidak lagi berguna kerana mesin baharu ini tidak mempunyai bahagian yang mengeluarkan syiling untuk dimanipulasikan.

Seperti biasa, Tommy membeli mesin Ticket In Ticket Out ini untuk mempelajari cara untuk menggodamnya. Seperti mesin-mesin yang terdahulu, mesin ini masih menerima wang kertas dan syiling, jadi Tommy mencipta satu peranti untuk menipu mesin ini, dikenali sebagai "The Tongue".

Peranti ini mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem pengiraan optik pada mesin ini. Selepas duit syiling dimasukkan ke dalam mesin, ia akan jatuh dan melalui 3 lampu bersiri yang bertindak sebagai pengira.

Tetapi Tommy mengetahui bahawa dia boleh memanipulasi pengira ini dengan menggerakkan peranti The Tongue ke atas dan ke bawah di hadapan salah satu lampu yang berada di tengah di antara 3 lampu berkenaan.

Ini membuatkan mesin tersebut keliru, dan akhirnya mengeluarkan tiket bernilai beratus-ratus dolar kepada Tommy.

Akhirnya Tertangkap

Kumpulan ini menikmati kemuncak penipuan mereka hampir empat tahun lamanya sehingga ke penghujung tahun 1996, apabila Tommy dan anggota kumpulannya mengunjungi Circus Circus Hotel dan Casino of Las Vegas.

Kamera pengawasan baharu yang tidak diketahui oleh Tommy dapat melihat melepasi ahli-ahli kumpulan penipu ini yang menghalang kamera-kamera lain.

Sebaik sahaja Tommy menggunakan peranti Light Wand untuk memanipulasi mesin, pegawai keselamatan dengan pantas bergegas ke arahnya dan menangkap Tommy.

Kali ini, Tommy disabitkan kesalahan menipu, memiliki peranti untuk menipu dan mengeluarkan peranti menipu namun, bukti yang ada tidak cukup kuat untuk menahan Tommy lebih lama dan akhirnya dia dibebaskan kurang daripada 24 jam.

Tommy kemudiannya ditangkap beberapa kali lagi, sebelum disabitkan sebagai pemimpin operasi menipu Amerika Syarikat paling dikehendaki.

Tommy dijatuhkan hukuman penjara kurang dari setahun dan tiga tahun percubaan. Di samping itu, kedua-dua rumahnya telah ditarik dan terpaksa menjauhkan diri daripada semua kasino sehingga selepas tempoh percubaannya tamat.

Belajar dari kesilapan

Untuk membayar balik segala kesalahan yang dilakukannya, Tommy secara sukarela bekerjasama dengan Suruhanjaya Permainan Nevada untuk mencipta peranti mencegah penipuan yang akan dipasangkan pada mesin slot baru.

Hasil ciptaannya yang paling berjaya dikenali sebagai "The Protector", kerana ia dihasilkan untuk menghalang semua peranti menipu yang masih digunakan pada hari ini. Tommy cuba untuk memasarkan ciptaannya ini kepada kasino-kasino, namun ia tidak berhasil.

Timbalan Peguam Negara Nevada, Jennifer Carvalho dipetik berkata mengenai ciptaan peranti anti-penipuan Tommy:

"Dia berkata bahawa dia telah mencipta sebuah peranti anti-penipuan untuk mesin slot. Walau bagaimanapun, peranti tersebut dengan mudah boleh diubah menjadi peranti untuk menipu."

Suruhanjaya Permainan Nevada memilih untuk memasukkan nama Tommy Carmichael ke dalam Buku Hitam Nevada, bermakna dia tidak akan dapat menjejakkan kaki lagi di kasino di negeri Nevada selama-lamanya.

Sebagai tindak balas kepada keputusan mereka, Tommy berkata, "Mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya membetulkan keadaan dan menjana sedikit keuntungan daripadanya."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, September 27, 2019

Mitsuhiro Iwamoto, Pelayar Buta Pertama Yang Berjaya Merentasi Lautan Pasifik

Mitsuhiro Iwamoto, Pelayar Buta Pertama Yang Berjaya Merentasi Lautan Pasifik

Seorang pelayar buta Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti merentasi Lautan Pasifik dan menjadi orang hilang penglihatan pertama mencipta rekod dunia mengemudi sebuah kapal layar merentas lautan luas.

Mitsuhiro Iwamoto

Mitsuhiro Iwamoto tiba di sebuah pelabuhan di Fukushima dengan menaiki kapal layar sepanjang 12 meter selepas dua bulan berlepas dari California, Amerika Syarikat (AS).

Mitsuhiro Iwamoto, 52, berlayar dari bandar raya San Diego, AS, pada 24 Februari 2019 lalu bersama Doug Smith, seorang penunjuk arah yang membantunya secara lisan dengan membekalkan maklumat seperti arah tiupan angin.

Ia merupakan percubaan kedua Mitsuhiro selepas pelayarannya sebelum ini terpaksa dipendekkan kira-kira enam tahun lalu selepas kapal layarnya melanggar seekor paus lalu karam.

“Saya sudah pulang. Terima kasih,” kata Iwamoto semasa majlis sambutan kepulangannya selepas kapal layar itu memasuki Fukushima sekali gus menamatkan pelayaran sejauh 14,000 kilometer.

“Saya tidak menyerah kalah dan saya membuatkan impian menjadi kenyataan,” katanya yang dipetik akhbar Jepun, Kyodo News.

KyodIwamoto dan Smith

Ia adalah pelayaran rentas pertama oleh pelayar buta, menurut Kyodo News.

Mitsuhiro Iwamoto, hilang daya penglihatan pada usia 16 tahun, melakukan pelayaran itu untuk mengumpul derma kebajikan termasuk usaha mencegah masalah penglihatan, menurut laman webnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 21, 2019

Fakta Luar Biasa Tentang Bangsa Sparta Purba

Fakta Luar Biasa Tentang Bangsa Sparta Purba

Apa yang kebanyakan daripada kita tahu mengenai Sparta adalah tentang Raja Leonidas dan pertempurannya di dalam filem "300" namun hakikatnya, dia yang berumur 60 tahun ketika itu bukanlah bersama 300 orang tentera semasa Pertempuran Thermopylae, tetapi bersama dengan seramai 7,000 orang tentera menentang ratusan ribu musuh.


Pernah ketika Raja Philip II of Macedon mahu menakluk Sparta, dia memberi amaran, "Jika saya menang perperangan ini, anda akan menjadi hamba selama-lamanya". Penduduk Sparta menjawab dengan satu perkataan sahaja iaitu "Jika".

Disebabkan keberanian mereka, Raja Philip II meninggalkan Sparta begitu sahaja.

Berikut adalah beberapa lagi fakta menarik mengenai Sparta.

1. Pemilihan tentera bermula sejak bayi dilahirkan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, para ibu Sparta akan memandikan bayi mereka dengan wain bukannya air, untuk melihat betapa kuatkah bayi itu dan sekiranya selamat, bayi itu akan dibawa pula ke majlis penasihat untuk diperiksa.

Majlis penasihat akan melihat sekiranya ada apa-apa kecacatan fizikal, adakah sesuai untuk dipelihara atau layak untuk menjadi tentera Sparta kelak.

Beberapa sumber mengatakan, bayi yang tidak layak atau cacat akan dibuang ke dalam jurang Gunung Taygetos atau ditinggalkan begitu sahaja. Apa-apa jenis kelemahan tidak boleh diterima dalam masyarakat Sparta purba.

2. Latihan tentera bermula sejak kanak-kanak

Apabila berumur tujuh tahun, kanak-kanak lelaki akan memulakan sistem pendidikan yang dikenali sebagai "Agoge".

Mereka akan dibiarkan hidup dalam keadaan susah dan diberi sedikit makanan supaya tidak bermewah-mewahan.

Dalam keadaan lapar, kanak-kanak ini biasanya akan mencuri makanan dan sekiranya tertangkap, mereka akan dihukum dengan teruk.

Mereka juga akan didenda jika tidak menjawab soalan dengan sinis kerana Sparta terkenal dengan caranya yang sinis dan berani. Mereka juga diajar menulis, membaca dan lain-lain.

Anak-anak gadis Sparta juga melalui pendidikan yang serupa dengan anak lelaki, cuma kurang penekanan terhadap latihan ketenteraan.

Sparta adalah satu-satunya bandar di mana wanita menerima pendidikan rasmi di Greece purba. Mereka dilatih dalam gimnastik, muzik, sastera dan pendidikan perang.

3. Hamba menjadi alat pembelajaran

Hamba atau dikenali sebagai helot, adalah ancaman berterusan kepada Sparta kerana jumlah mereka dan bagi mencegah pemberontakan, pelbagai kaedah telah dicipta.

Mereka memaksa helot untuk minum wain sehingga mabuk dan menjadi contoh kepada remaja Sparta agar tidak memalukan diri sendiri seperti yang dilakukan hamba itu.

Dengan cara ini, ia seperti serampang dua mata apabila remaja Sparta mendapat pendidikan dan hamba pula dimalukan agar kurang keyakinan diri untuk memberontak.

Remaja Sparta akan menyertai pasukan tentera bermula dari umur 20 tahun hingga 60 tahun, disiplin yang tinggi sangat dititik beratkan dalam latihan dan pembelajaran mereka.

4. Pada zaman kemuncak, jumlah hamba 7 kali ganda melebihi penduduk

Ketika zaman kemuncak tamadun Sparta pada 479 SM, jumlah hamba di Sparta adalah tujuh kali ganda rakyat mereka.

Hamba melakukan pekerjaan seperti membajak ladang, membersih, membina dan pelbagai pekerjaan lain.

Seorang penduduk Sparta mempunyai tujuh orang hamba dan mereka amat bergantung kepada hamba-hambanya dan sesetengah lelaki Sparta akan meniduri hamba wanita bagi meningkatkan jumlah hamba di Sparta.

Namun, hamba atau helot ini tidaklah begitu miskin walaupun tidak mempunyai hak mengundi. Mereka dibenarkan menyimpan 50% hasil pendapatan, berkahwin dan bebas beragama.

250 tahun selepas itu, kira-kira 6,000 helot telah berjaya menebus kemerdekaan mereka sendiri.

5. Pengasas Sparta seorang yang bijak

Ramai ahli sejarah seperti Herodotus, Plato dan Plutarch pernah menyebut tentang Lycurgus, pengasas dan pencipta undang-undang Sparta yang telah mempromosikan penduduk Sparta dengan kesamaan, penjimatan dan kecergasan tentera.

Selepas kematian abangnya, Lycurgus dilantik menjadi raja dan disebabkan kepandaiannya mentadbir, dia dicemburui oleh kakak iparnya sendiri yang kemudian menuduh Lycurgus adalah dalang dalam pembunuhan abangnya.

Raja itu kemudian menyerahkan takhta kepada anak saudaranya dan meninggalkan Sparta.

Rakyat Sparta merayu agar Lycurgus kembali dan apabila kembali, dia telah melakukan perubahan besar dalam sistem undang-undang.

Setelah perubahannya membuahkan hasil, dia mengumpulkan rakyatnya dan membuatkan mereka bersumpah untuk mengikut undang-undangnya sehingga dia kembali dari Delphi.

Lycurgus kemudian secara sukarela meninggalkan Sparta dan tidak kembali lagi.

Selama 500 tahun mendatang, undang-undangnya menjadikan Sparta begitu terkenal dan kuat sehinggalah pemerintahan Raja Agis yang tamak telah meruntuhkan tamadun Sparta.

6. Sparta pernah diperintah oleh 2 raja

Sparta pernah mengamalkan oligarki apabila dua keturunan raja dari keluarga Agiad dan Eurypontid memerintah Sparta pada masa yang sama.

Kedua-dua keluarga ini adalah dari keturunan Heracles dan mempunyai tugas keagamaan, kehakiman dan tentera di Sparta namun, mereka sering tidak sehaluan dalam memerintah.

Majlis penasihat terdiri daripada 5 orang yang dikenali sebagai Ephor dilantik bagi mengekalkan keseimbangan antara dua raja di Sparta ini.

Ephor menangani kes-kes sivil dan jenayah manakala raja pula menangani kes-kes khas sahaja.

Namun, semakin lama kuasa raja-raja semakin melemah manakala kuasa Ephor pula meningkat, sehingga mempunyai kuasa untuk mendakwa dan mengadili raja-raja.

Selepas satu tempoh, raja-raja Sparta kehilangan sebahagian kuasa mereka termasuk kuasa mengisytiharkan perang dan hanya menjadi boneka sahaja.

Pada abad ke-7 sebelum Masihi, Ephor menjadi sangat kuat dan berkuasa.

7. Pilihanraya diundi dengan menjerit

Majlis penasihat tertinggi dan Gerousia adalah mereka yang mengetuai Sparta. Ahli majlis dipilih melalui pengundian, tetapi bukanlah seperti yang dilakukan pada hari ini.

Mereka memilih calon yang dipertandingkan dengan menjerit. Siapa yang mendapat sorakan paling kuat akan menang.

Aristotle menyebut amalan mengundi ini sebagai "kebudak-budakan".

Amalan mengundi dengan menjerit ini juga digunakan bagi membuat keputusan lain seperti keputusan ketika hendak berperang. Ephor akan mengadili sama ada jeritan "ya" atau "tidak" memenangi undian tersebut.

Penduduk Sparta percaya menjerit mempunyai kepentingan khusus pada zaman itu. Semakin kuat sesuatu kepercayaan, semakin kuat jeritan yang dihasilkan.

Jeritan juga memainkan peranan penting dalam perperangan, sebagai contoh memperkuatkan semangat tentera.

8. Sparta tidak menggalakkan kekayaan melampau

Lycurgus, pengasas Sparta telah memperkenalkan bar besi sebagai mata wang mereka seperti yang dilaporkan oleh Plutarch sekitar 825 SM.

Wang besi ini dikatakan seberat hampir 1 kg setiap satu, jadi untuk membawa wang yang sedikit sahaja mungkin anda memerlukan kereta lembu.

Mata wang ini diperkenalkan agar tidak menggalakkan penduduk Sparta untuk mengumpul kekayaan menimbun atau menjadi tamak.

Ada juga yang berpendapat bahawa pada masa itu besi adalah logam berharga yang dihasilkan oleh negeri itu dan penguasa Sparta tidak mahu mengimport logam lain seperti tembaga atau perak dari luar.

9. Sparta menggunakan senjata kimia pertama dalam sejarah

Penggunaan senjata kimia paling awal pernah dicatatkan adalah ketika Perang Peloponnesia pada kurun ke-5 SM, antara Athens dan Sparta dalam tiga fasa.

Ketika tentera Sparta ingin mengepung bandar Athens, mereka meletakkan campuran kayu, belerang dan tar yang menghasilkan asap beracun untuk melumpuhkan penduduk Athens.

Apabila penduduk Athens ingin menyerang balas, keupayaan mereka menjadi lemah secara drastik yang akhirnya Sparta menang dan menggantikan kerajaan Athens dengan Sparta.

Seorang negarawan bernama Solon pula telah menggunakan akar hellebore untuk meracuni air di dalam saluran yang membawa kepada Sungai Pleistos yang mengalir di dalam pusat Greece semasa pengepungan Kirrha, pelabuhan Delphi.

10. Hanya orang tertentu sahaja mempunyai nama pada batu nisan

Wanita Sparta menikmati kebebasan dan kuasa yang lebih berbanding lelaki dan amat dihormati kerana bakal melahirkan tentera yang hebat.

Mereka juga sangat tegas terhadap anak-anak lelaki mereka dan sering berpesan agar "pulang dengan kemenangan atau mati bermaruah".

Sparta menghormati dua golongan ini, jadi mereka hanya menulis nama pada batu nisan wanita yang mati ketika melahirkan anak dan tentera yang terkorban di medan perang sahaja, kerana dianggap telah memenuhi kewajipan kepada Sparta.

Menurut satu menuskrip yang ditulis Plutarch, wanita yang memegang jawatan penting dalam agama juga mempunyai batu nisan yang dituliskan nama mereka.

Ini dibuktikan dengan penemuan dua kubur wanita yang memegang jawatan dalam agama semasa hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, July 18, 2019

Kilang Pembuatan Senjata Purba Berusia 10,000 Tahun Berjaya Di Temui

Kilang Pembuatan Senjata Purba Berusia 10,000 Tahun Berjaya Di Temui

Sebuah kilang senjata berusia 10,000 tahun yang digunakan bagi menghasilkan senjata seperti lembing dan pisau daripada gading gajah mamot ditemui oleh pasukan penyelidik di Pulau Kotelny, Siberia, yang menurut ahli-ahli paleontologi, ditemui bersebelahan bangkai seekor mamot dalam keadaan beku di pulau tersebut.

Kotelny Siberia weapons

Pakar mamot dari Akademi Sains Yakutia yang memeriksa kilang senjata tersebut berkata, terdapat kesan pertukangan pada gading serta tulang rusuk bangkai gajah berkenaan, menandakan ia diburu oleh manusia.

“Kesan proses, mungkin oleh lelaki purba, ditemui pada cebisan gading gajah ini,” kata pakar berkenaan, Innokenty Pavlov kepada akhbar The Siberian Times.

Gading yang diukir itu mempunyai bahagian tajam yang sesuai digunakan untuk memotong daging serta dibuat senjata untuk membunuh.

Terdapat contoh penggunaan gading yang dijadikan lembing di beberapa lokasi lain di Siberia.

Keadaan gading itu jelas menunjukkan manusia memotongnya dan menjadikan ia sebagai senjata.

Kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut diburu menggunakan lembing yang dibuat daripada gading haiwan itu sendiri atau gajah lain.

Pakar akan menentukan usia gading gajah tersebut menggunakan teknik radio karbon tetapi buat masa ini, usianya tidak kurang dari 10,000 tahun, kata Pavlov.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 14, 2019

Saintis Berjaya Cipta Makanan Daripada Udara

Saintis Berjaya Cipta Makanan Daripada Udara

Syarikat Finland, Solar Foods, menemui kaedah unik menghasilkan makanan kaya protein dinamakan Solein dengan menggunakan tenaga elektrik, air dan udara, yang dihasilkan menerusi proses penapaian.

Makanan Dari Udara
Solein.

Dianggap protein paling mesra alam di dunia, Solein dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik di dalam air untuk membebaskan buih-buih mengandungi karbon dioksida dan hidrogen.

Mikrob hidup ditambah ke dalam cecair tersebut dan memakan buih-buih karbon dioksida serta hidrogen, seterusnya menghasilkan Solein yang kemudian dikeringkan untuk dijadikan serbuk.

Penghasilannya melibatkan proses penapaian seperti membuat bir tetapi memerlukan sebuah reaktor khas.

Solein kering itu mengandungi 50 peratus kandungan protein, yang kelihatan dan memiliki rasa seperti tepung gandum, juga boleh digunakan dalam semua jenis diet.

“Solein adalah makanan jenis baharu, berbeza daripada semua makanan di pasaran hari ini.

"Makanan ini tidak memerlukan proses pertanian atau penternakan untuk menghasilkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Solar Foods, Dr. Pasi Vainikka kepada akhbar The Guardian.

Makanan menakjubkan itu boleh dihasilkan di mana-mana sahaja di dunia, menjimatkan tenaga dan mesra alam sekitar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 15, 2019

Tanah Tebing Sungai Tiba-tiba Menjadi ‘Spring’ Di India

Tanah Tebing Sungai Tiba-tiba Menjadi ‘Spring’ Di India

Sebuah kawasan tebing sungai di New Delhi, India, secara tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai akibat fenomena luar biasa yang membolehkan mereka melompat di atas tanah seperti spring.

Tanah Spring

Video yang dirakam di Chhattisgarh, timur India menunjukkan sekumpulan penduduk begitu gembira melompat di kawasan itu yang berhampiran sungai Jajalijali.

Ia juga kelihatan seperti mereka sedang melompat di atas papan spring.

Tanah spring itu dipercayai hasil terjadinya fenomena geologi yang jarang berlaku dikenali sebagai pencairan tanah.

Ia dikatakan berlaku apabila tanah tepu hilang kekuatan dalam tindak balasnya terhadap tekanan seperti gegaran ketika gempa bumi.

Kawasan yang lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Shimla itu kini menarik ratusan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman gempa bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: hmetro

Monday, October 15, 2018

Tsunami Palu Setinggi Pokok Kelapa 'Terbelah' Ketika Membadai Masjid!

Tsunami Palu Setinggi Pokok Kelapa 'Terbelah' Ketika Membadai Masjid!

Sebuah masjid di pinggir Palu masih berdiri kukuh ketika bencana besar yang melanda pada 28 September 2018 lalu, selepas saksi melaporkan air tsunami ‘melompat’ dan 'terbelah' ketika melepasi kubahnya.

Masjid Tsunami Palu

Saksi, Muhammad Alif Firmanyah, 18, berkata, ketika gempa 7.5 magnitud dan tsunami yang menyusul, dia serta anggota jemaah Masjid Jami Pantoloan bersiap untuk solat maghrib, malah azan sedang dilaungkan, lapor Tribun News dan dilaporkan cuma 50 meter dari pantai.

“Ketika itu saya sedang mengambil wuduk. Apabila gempa berlaku semua orang bertempiaran berlari keluar kerana bimbang ditimpa bangunan.

Bagaimanapun, bilal tetap meneruskan azan sehingga selesai sebelum menyelamatkan diri.

“Semua yang berlari jatuh kerana tanah bergegar dan dalam panik mereka terus berdoa serta berzikir.

"Ketika tsunami melanda, air langsung tidak membadai masjid kami sebaliknya, gelombang air setinggi pokok kelapa itu ‘melompat’ masjid dan terbelah apabila melepasi kubahnya,” katanya.

Sementara itu, Jawa Pos memetik saksi lain, Ismail, 49, berkata, air cuma memasuki masjid dari bahagian belakang selepas tsunami berlalu.

“Namun airnya tidak dalam, cuma sekitar paras lutut. Memang tidak logik.

"Namun, saya percaya ini adalah kuasa Allah kerana masjid ini memang digunakan setiap hari untuk solat berjemaah serta mengaji,” katanya.

RITUAL BALIA

Tsunami Palu Setinggi Pokok Kelapa 'Terbelah' Ketika Membadai Masjid!

Sementara itu, upacara ritual Balia (tolak bala) yang ditampilkan dalam Festival Palu Nomoni didakwa antara punca turunnya bencana dahsyat di kawasan berkenaan.

Menurut penduduk tempatan Dahlan Bali, 30, ritual yang dilakukan sejak tiga tahun itu dilakukan secara besar-besaran sebelum 'bencana menjemput'.

"Sebelum kejadian gempa dan tsunami, masyarakat di sana meraikan dan menjalankan acara balia iaitu satu upacara menolak bala yang dilakukan di pantai.

"Acara balia ini iaitu 'memberi makan' kepada penjaga laut...mereka menyediakan haiwan sembelihan seperti kerbau atau lembu serta memberi sajian buah-buahan serta pulut kuning," katanya.

Jelasnya, upacara ritual ini sebelum ini pernah diharamkan oleh seorang ulama sejak 1930-an dahulu, namun dihidupkan semula sejak tiga tahun lalu.

"Mula-mula dihidupkan acara itu sudah berlaku sedikit bencana, masuk tahun kedua bencana makin besar dan menjelang tahun ketiga iaitu tahun ini paling besar dan dahsyat," katanya.

Difahamkan ritual ini dihidupkan semula oleh pemerintah Sulawesi bagi menggalakan semula sektor pelancongan dan menjadikan ia sebagai satu objek wisata di Palu.

Memetik laporan media tempatan, Wali Kota Palu, Sulawesi Tengah, Hidayat berkata ritual Balia yang diadakan dalam Festival Palu Nomoni merupakan upacara adat. Tegasnya, tiada sedikit pun ada unsur pemujaan syaitan.

Beliau turut membidas dakwaan sesetengah pihak kepadanya yang mendakwa bahawa keterlibatan beliau dalam festival itu telah 'mengundang' bencana gempa dan tsunami di kota Palu.

Mengulas lanjut perkara ini, Dahlan melahirkan rasa sedih dek kerana antara mereka yang melakukan ritual ini adalah orang Islam.

"Ini upacara tradisional yang mengandungi amalan syirik, sedih sekali," katanya.

Justeru itu katanya, ketika ini bagi membetulkan 'apa yang salah' di sana, golongan agamawan turun bagi memperbetulkan akidah mereka.

"Kini golongan pendakwah ramai yang turun dan mereka giat menyebarkan ajaran Islam yang sebenar.

"Dan ada antara mereka juga yang tinggal di sana untuk sentiasa mengajak masyarakat di sana kembali ke jalan sebenar, dan ada antara mereka yang tiap kali masuk waktu solat sahaja mereka akan panggil masyarakat untuk solat berjemaah," katanya.

Dalam pada itu mengimbas kembali kejadian bencana dahsyat itu, Dahlan berkata, sebelum kejadian ada juga segelintir masyarakat yang mengadakan pesta.

"Mungkin ini petunjuk daripada ALLAH, ada hikmah apa yang berlaku," katanya.

Padang jarak padang tekukur
Padang jarak padang tekukur.

Dalam pada itu ketika berkongsi mengenai keadaan pasca bencana, Dahlan berkata keadaan disana boleh dikatakan berada dalam keadaan 'padang jarak padang terkukur'.

"Cuma sekarang sudah sedikit beransur pulih," katanya.

Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | sinarharian

Saturday, August 18, 2018

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun

Seorang lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun. Tomasz Nadolski, dari Olesnica, Poland, mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry, yang menjejaskan buah pinggang, jantung dan kulitnya.

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun
Tomasz Nadolski.

Ia juga menyebabkan pembentukan sejenis lemak yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan untuk proses metabolisme molekul lemak.

"Saya berumur 25 tahun dan saya ingin kelihatan seperti seorang lelaki yang sepadan dengan usia saya. Saya benci 'budak lelaki ini' yang saya lihat setiap hari di cermin, kerana dia bukan saya," katanya.

Ketika berumur tujuh tahun, Nadolski mula muntah setiap kali selepas makan dan mula menderita sakit di bahagian perut, tangan dan kakinya.

Doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya dan mengesyaki masalah ini mungkin lebih cenderung kepada penyakit mental, bukan fizikal dan mengesyorkan dia makan lebih banyak.

Katanya, keadaan itu menjadikan saudara-maranya masih melayannya sebagai seorang kanak-kanak.

"Bila saya di rumah, saya hanya duduk di bilik dan menghabiskan masa bersendirian.

"Saya rasa sepi dan saya kurang mendapat sokongan keluarga dan inilah yang saya lalui selama bertahun-tahun. Penyakit ini telah memusnahkan hubungan keluarga kami."

Katanya, penyakit itu juga mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana orang sekelilingnya menolak untuk menerima hakikat tentang usia sebenar dirinya.

"Saya sering menderita sedih. Apabila saya tunjukkan kad pengenalan di pejabat atau jika polis menahan saya, mereka tuduh saya guna kad palsu," katanya.

Dia hidup dengan bantuan bernilai £160 sebulan manakala ubatnya bernilai hampir £170,000 setahun.

Dia bernasib baik kerana pengeluar rawatan mahal untuk penyakit itu bersetuju untuk membekalkannya ubat-ubatan secara percuma.

Masalah perutnya yang teruk bermakna dia tidak boleh makan dan dia harus bergantung dengan drip selama 20 jam sehari supaya dia dapat mengambil makanan yang mencukupi.

"Saya sakit pada sendi, tulang dan otot. Setiap inci badan menyakitkan saya. Saya tak dapat tidur dan hidup dengan normal."

Dia juga memerlukan ubat tahan sakit. Keadaan kakinya menyebabkan dia terpaksa memakai kasut khas.

Kesian.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Saturday, August 04, 2018

Kim Peek Manusia Yang Mampu Mengingat Semua Yang Di Bacanya!

Kim Peek Manusia Yang Mampu Mengingat Semua Yang Di Bacanya!

Kim Peek, yang ceritanya dijadikan filem Rain Main adalah seorang lelaki yang otaknya memang rosak tetapi telah membaca lebih 12,000 buah buku dan mampu mengingati semua yang dibacanya dalam buku-buku tersebut.

Kim Peek Manusia Yang Mampu Mengingat Semua Yang Di Bacanya!

Dia akan membaca dua mukasurat sekali gus dengan setiap satu mukasurat hanya menggunakan sebelah mata dan terus mengingati apa yang dibacanya.

Walaupun Kim Peek sudah meninggal dunia pada tahun 2009 yang lalu, dia telah diiktiraf sebagai satu-satunya manusia yang mampu membaca dua muka surat buku secara serentak.

Dia merupakan contoh manusia luar biasa dengan daya ingatan yang sangat mengagumkan kerana memiliki kemampuan ingatan fotografik sehingga mampu mengingat hampir 98 peratus pelbagai perkara yang pernah dialaminya secara terperinci.

Kim Peek Manusia Yang Mampu Mengingat Semua Yang Di Bacanya!

Kim Peek juga dikatakan memanfaatkan kemampuannya itu dalam bermain kad.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, June 21, 2018

Ruthy Bradshaw, Wanita Yang Boleh 'Bercakap' Dengan Haiwan!

Ruthy Bradshaw, Wanita Yang Boleh 'Bercakap' Dengan Haiwan!

Jika dia tidak berkahwin, Ruthy Bradshaw mahu menukar namanya kepada Ruthy Dolittle kerana bakat uniknya yang dikatakan mampu berkomunikasi dengan haiwan, termasuklah yang telah mati.

Ruthy Bradshaw, Wanita Yang Boleh 'Bercakap' Dengan Haiwan!

Bekas pengarah pemasaran berusia 42 tahun dari Colchester, Essex, itu meninggalkan kariernya demi minatnya terhadap haiwan.

Dia menawarkan terapi untuk haiwan peliharaan dan kaunseling kepada pemiliknya, tetapi kaedahnya tidak konvensional.

Ruthy menggelar dirinya 'Dr Dolitle sebenar' dan mendakwa dapat berkomunikasi dengan haiwan, menafsir pelbagai isyarat dan membuatkan haiwan-haiwan bercakap dengannya.

"Haiwan boleh faham semua yang kita cakap," kata Ruthy kepada SWNS.

"Saya tak dapat jelaskan bagaimana ia berlaku, tetapi saya akan membuat satu 'suara' di kepala untuk mereka kembali bercakap dengan saya."

Dia bercerita tentang kisah terbaharu mengenai seekor kuda gelisah yang mana pemiliknya tidak faham apa yang berlaku kepadanya.

Ruthy berkata ketika berkomunikasi dengannya, dia nampak warna merah dan penyapu.

Entah bagaimana dia mendapat petunjuk bahawa kuda itu telah dipukul dengan penyapu oleh seseorang yang memakai baju polo merah.

Pemilik mengesahkan bahawa di tempat terakhir kuda itu berada, semua kakitangan memakai baju polo merah dan dia juga mengesyaki kudanya telah dipukul.

Dia juga mendakwa dapat berkomunikasi dengan haiwan yang mati.

Sebagai contoh, pada satu hari dia bekerja dengan pasangannya yang kehilangan empat ekor kucing dalam kebakaran dan mempunyai banyak persoalan mengenai apa yang telah berlaku.

Walaupun tidak dapat memberi jawapan tepat, Ruthy berkata dia dapat berhubung dengan semangat salah seekor kucing itu dan apa yang dia lihat adalah kentang panggang yang besar.

"Pemiliknya ketawa dan berkata kucing mereka suka dengan kentang panggang," kata ahli terapi haiwan itu kepada SWNS.

Walaupun yakin diberikan anugerah luar biasa, Ruthy berkata dia pertama kali menyedarinya 10 tahun yang lalu, semasa bekerja dalam projek kemanusiaan di Madagascar.

Dia baru masuk ke hutan dan diselubungi perasaan luar biasa sebelum mendengar suara menyuruh dia keluar.

Ruthy pada asalnya merahsiakan kebolehannya tetapi sekarang ia menjadi sesuatu yang menguntungkan.

Dia kini mengenakan caj £997 untuk perkhidmatan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan dan £1,997 untuk mengajar orang lain untuk berkomunikasi dengan haiwan.

Dia percaya semua manusia boleh menjadi Dr Dolittle hanya dengan sedikit panduan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, June 17, 2018

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

Diberikan sempena nama pakar mata Belanda, Petrus Johannes Waardenburg yang menemui sindrom mata biru ini pada tahun 1947, sindrom Waardenburg adalah satu komplikasi yang agak jarang berlaku iaitu 1 dalam 40,000 manusia. Ia menyumbang 2 hingga 5 peratus daripada semua kes kehilangan pendengaran kongenital.

Jenis I dan II adalah bentuk sindrom Waardenburg yang paling biasa, manakala jenis III dan IV jarang berlaku.

Kumpulan genetik ini boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perubahan pada warna mata, rambut dan kulit.

Mereka yang mengalami masalah ini mempunyai pendengaran normal tetapi kehilangan pendengaran sederhana ke tahap teruk boleh berlaku kepada pada satu atau kedua-dua telinga.

Kami ingin kongsikan 5 individu yang mempunyai mata biru air disebabkan mutasi genetik yang sangat rare ini.

1. Paris Jackson

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

Paris Jackson adalah individu yang paling popular dalam senarai ini.

Beliau adalah anak kepada Michael Jackson dan merupakan seorang model yang mempunyai mata berwarna hampir biru lutsinar yang merupakan ciri yang paling ketara pada wajahnya.

Mekap artis Paris iaitu Jo Baker memberitahu dalam sebuah temuramah bahawa warna mata Paris adalah disebabkan oleh kondisi genetik dan ia dipercayaai sebagai sindrom Waardenburg.

Walaupun begitu, Paris tidak menunjukkan apa-apa tanda lain sindrom ini termasuklah mempunyai penglihatan dan pendengaran yang normal.

2 . Stef Sanjati

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

Seorang transgender dari Kanada yang popular di laman Youtube, merupakan salah seorang yang mengalami sindrom Waardenburg.

Video beliau bertajuk "My Face: Waardenburg Syndrome" yang memaparkan Stef mengelaskan mengenai mutasi genetik yang beliau warisi telah mendapat perhatian ramai.

Beliau mempunyai mata berwarna biru seperti mana pesakit yang lain, dan juga pekak di sebelah telinga kiri serta beruban pramatang.

Stef menjalani pembedahan feminisasi wajah di Boston pada Disember 2017 dan telah mendokumentasikan setiap lebam, balutan dan luka dalam saluran Youtubenya.

Prosedur itu membantu membentuk semula wajahnya untuk menterbalikkan kesan testosteron dalam badannya.

3. Ketlen Silva de Jesus


Selepas mengumumkan bahawa beliau mengalami sindrom Waardenburg dalam televisyen Brazil, Ketlen Silva de Jesus telah menjadi perhatian di media sosial.

Ketika mula-mula melihat anaknya selepas dilahirkan, ibu Ketlen menyangkakan mereka tertukar bayi tersebut dengan bayi lain di hospital kerana bayi tersebut pekak kedua-dua telinga dan mempunya mata biru nilam.

Ketika membeli-belah di Rio, kanak-kanak comel ini terserempak dengan Joao Pedro Sampaio, seorang jurugambar Brazil yang percaya Ketlen mempunyai masa depan cerah sebagai seorang model dan beliau telah ditawarkan tawaran oleh jenama-jenama besar.

Ketlen menunjukkan dan membuktikan kepada dunia bahawa kecantikan boleh mengatasi tanggapan buruk, perbezaan, dan kesukaran.

4. Suru

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

Seorang penulis dikenali sebagai Ayreis telah memuat naik gambar seorang gadis Senegal yang dipercayai mengalami Sindrom Waardenburg.

Dalam gambar tersebut beliau menulis, "Saya seorang sukarelawan Peace Corps di Senegal, Afrika Barat.

"Saya tinggal dalam kampung yang sama dengan gadis ini, Suru.

"Saya percaya Suru mengalami Sindrom Waardenburgh.

"Dengan mata biru yang sangat cantik, Suru juga pekak kedua-dua telinga dan mempunyai tompok putih pada tangan kanannya."

5. Abushe

5 Individu Sindrom Mata Biru Waardenburg Yang Sangat Jarang Berlaku

Berasal dari Jinka, Ethiopia Selatan, ibu bapa Abushe bimbang kemungkinan Abushe akan buta ketika dilahirkan kerana sindrom ini.

Disebabkan kekangan kewangan dan hidup yang miskin, rawatan perubatan merupakan sesuatu yang mustahil bagi mereka.

Namun, Abushe tidak buta dan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda mengenai sindrom ini membuatkan ibu bapanya melihatkan perbezaan yang berlaku kepada Abushe sebagai anugerah dari tuhan.

Tapi, tak semua orang berfikiran begitu kerana Abushe kerap kali dibuli kerana rupanya yang berbeza daripada rakan sebayanya.

Ada yang memanggil Abushe dengan panggilan "mata plastik" dan "raksasa" serta menjadi perhatian orang ramai.

Namun, Abushe terus kuat dan berharap dapat membuktikan bahawa mereka yang membulinya adalah salah dan bercita-cita untuk menjadi bintang bola sepak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi