Wednesday, February 21, 2018

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Lindsay Lohan bintang terkenal Hollywood yang sering dihimpit kontroversi sekali lagi menimbulkan tanda tanya peminat tentang status agamanya apabila muncul mengenakan hijab semasa menghadiri London Modest Fashion Week 2018 yang berlangsung di London.

Lindsay Lohan Berhijab - London Modest Fashion Week 2018

Sejak beberapa tahun ini, Lindsay sering bercerita tentang kebaikan Islam dan pernah dilihat memegang Al-Quran semasa berada di kota New York.

Lindsay Lohan juga mengenakan burkini (baju renang muslimah) semasa melakukan aktiviti mendayung ketika berada di Phuket, Thailand.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa



sumber: mstar

Friday, June 16, 2017

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London pada 14/6/2017..

Lindsay Lohan and Maher Zain

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan gambar Lindsay Lohan di acara tersebut.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Bagaimanapun, penyanyi popular yang berasal dari Lubnan itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

sumber: astroawani

Friday, March 17, 2017

Lindsay Lohan Keluarkan Jenama Tudung Sendiri Selepas Dalami Islam

Lindsay Lohan Keluarkan Jenama Tudung Sendiri Selepas Dalami Islam

Kalau dulu pelakon Hollywood ini sering tampil dengan cerita kontroversi liar, namun kini tidak lagi dan Lindsay Lohan kini lebih selesa dengan hidupnya yang lebih tenang selepas mendalami Islam dan Al-Qur'an.

Lindsay Lohan

Lindsay juga sebelum ini pernah menerima kritikan hebat kerana bertudung ketika membuat lawatan di Turki beberapa bulan lalu.

Dan baru-baru ini di laman Instagram miliknya, Lindsay memuat naik gambarnya memakai selendang dengan kepsyen ‘New Fashion Line coming soon...’

Tidak dapat dipastikan sama ada koleksi tudung tersebut hanya fokus kepada tudung sahaja atau pun sebaliknya.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

sumber: hanasuva

Thursday, February 23, 2017

Lindsay Lohan Diarah Buka Tudung!

Lindsay Lohan Diarah Buka Tudung!

Dalam satu kejadian terbaharu berkaitan isu bertudung, Lindsay Lohan mendakwa dia telah ditahan dan disuruh membuka tudung yang dipakainya ketika berada di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Lindsay Lohan

Lindsay Lohan berkongsi kejadian tersebut dalam satu rancangan bual bicara apabila dia ditahan semasa dalam perjalanan ke New York.

Lindsay Lohan berkata, seorang kakitangan lapangan terbang membuka pasportnya dan melihat nama 'Lindsay Lohan' sebelum segera meminta maaf.

Namun, Lindsay Lohan tetap diarah menanggalkan tudung yang dipakainya, lapor nbcnews.com.

Lindsay Lohan memberitahu rancangan 'Good Morning Britain' bahawa kejadian itu sama seperti dialami wanita lain yang merasa tidak selesa selepas diminta menanggalkan tudung.

Kejadian itu dialami ketika dia baru sahaja kembali dari Turki, selepas melawat kem-kem pelarian Syria dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, tercetus spekulasi Lindsay Lohan menukar agamanya kepada Islam, selepas gambarnya berjalan sambil membawa al-Qur'an menjadi viral.

Perubahan Lindsay Lohan menjadi perbualan ramai setelah dilihat memegang al-Qur'an serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.

Lindsay Lohan juga dilaporkan berkata, dia merasa tenang selepas mempelajari kitab suci al-Qur'an, selain menyifatkan Islam sebagai agama yang indah dan tidak menolak kemungkinan menganutinya dengan berkata 'Segalanya mungkin'.

Lindsay Lohan juga sebelum ini dilapor bimbang untuk kembali ke Amerika Syarikat kerana iklim politik semasa di sana, bberikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan presiden baru AS, Donald Trump yang melarang rakyat daripada tujuh negara Islam memasuki republik itu.

Bagaimanapun, menurut peraturan-peraturan perjalanan Britain, Lindsay Lohan mempunyai hak untuk menolak membuka hijabnya.

Jika anda memakai penutup kepala atas sebab-sebab agama dan budaya, anda boleh meminta supaya pengimbas tangan digunakan supaya anda tidak perlu untuk membukanya, menurut peraturan negara itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Sumber: mk

Thursday, February 09, 2017

Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Lindsay Lohan menafikan sambil menjelaskan bahawa dia tidak pernah cuba mencari publisiti apabila dirakam memegang Kitab Al-Qur'an sebelum ini.

Lindsay+Lohan

Sebaliknya, gambar itu diambil tanpa disedari dan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memegang kitab suci umat Islam tersebut.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama sebuah rancangan bual bicara Swar Shoaib di Kuwait, Lindsay Lohan mendedahkan emosinya ketika itu tidak tenteram dan merasa aman apabila memeluk al-Qur'an.

"Saya berada dalam situasi sukar ketika itu, banyak yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya rasa tenang apabila memegang al-Qur'an," jelasnya.

Menjawab pertanyaan hos rancangan itu, Lindsay Lohan mendedahkan dia sudah membaca 15 muka surat terjemahan al-Qur'an, selain turut mendengar bacaan ayat suci al-Qur'an melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbitnya.

Aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu, dia pernah cuba solat dan pernah berpuasa selama tiga hari, pada bulan Ramadhan yang lalu.

"Berpuasa sesuatu yang sukar tapi ia menyeronokkan," tambah Lindsay Lohan lagi.

Sementara itu, dalam status terbaharu yang dimuat naik ke akaun Instagram, Lindsay Lohan memetik hadis riwayat Bukhari tentang berbuat baik.

Status Instagram itu sudah mengumpul lebih 153,500 likes setakat ini.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Ucap 'Alaikum Salam' Dan Mengakui Al-Qur'an Membuka Hatinya

Sumber: aa

Thursday, January 19, 2017

Ibu Nafi Lindsay Lohan Masuk Islam

Ibu Nafi Lindsay Lohan Masuk Islam

Menerusi sebuah portal Gossip Cop berpengkalan di New York, Amerika Syarikat, melaporkan ibu Lindsay, Dina dan jurucakap pelakon itu mengesahkan yang dia tidak menukar agama kepada Islam.

Lindsay Lohan

Kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam nyata hanyalah khabar angin sahaja.

Menurut ibunya, Lindsay hanya ingin berehat dari media sosial susulan semua gambar di Twitter dan Instagram anaknya itu dipadam baru-baru ini.

Jurucakap pelakon Mean Girls itu turut mengesahkan Lindsay memang sedang mendalami agama lain termasuk Islam tetapi belum menjadi seorang Muslim.

“Dia tidak masuk Islam,” kata jurucakapnya.

Sementara itu, terdapat sebuah portal yang menilai sesebuah laporan sama ada benar atau khabar angin mengesahkan berita Lindsay memeluk Islam hanyalah khabar angin dan berita palsu semata-mata.

Sebelum ini, pelakon berusia 30 tahun itu telah menulis perkataan ‘Alaikum Salam’ dan memadam semua gambar di akaun laman sosialnya sehingga netizen menganggap dia mungkin telah memeluk agama Islam dan ramai tertanya-tanya, apa agama Lindsay Lohan sekarang.

Tindakan pelakon kanak-kanak dalam filem The Parent Trap ini mendapat respon yang baik daripada netizen beragama Islam yang mengucapkan tahniah jika benar dia sudah memeluk agama Islam.

Berita mengenai bekas bintang Disney ini berkemungkinan sudah memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci Al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Khabar angin mengenai Lindsay Lohan memeluk agama Islam semakin menular kuat apabila aktres itu bertudung dan mengenakan pakaian muslimah lengkap berselendang ketika melawat Turki.

Bagaimanapun, Lindsay sendiri tidak menyatakan dia memeluk Islam dan tidak menjawab ketika diminta mengulasnya.

Ini bukanlah kali pertama selebriti luar negara dikhabarkan memeluk agama Islam kerana sebelum ini pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson juga dilaporkan telah memeluk agama Islam namun dinafikan.

BACA INI JUGA: Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam

Sumber: mynewshub

Monday, January 16, 2017

Lindsay Lohan Ucap 'Alaikum Salam' Dan Mengakui Al-Qur'an Membuka Hatinya

Lindsay Lohan Ucap 'Alaikum Salam' Dan Mengakui Al-Qur'an Membuka Hatinya

Lindsay Lohan, sekali lagi mencetuskan seribu tanda-tanya kepada peminatnya apabila 'membersihkan' akaun media sosialnya, Twitter dan Instagram sebelum meninggalkan ucapan 'Alaikum salam'.

Lindsay Lohan

Memetik laporan Muslimcouncil, tindakan itu dibuat Lohan dipercayai selepas beliau dilaporkan mahu 'membuat perubahan' selepas berpindah ke Dubai, UAE.

Menurut pihak pengurusan Lohan, pelakon The Mean Girls yang berusia 30 tahun itu merancang untuk menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan di kem-kem pelarian Turki serta mahu menubuhkan syarikat produksi sendiri di Dubai.

"Saya sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidup saya!," Lohan memberitahu akhbar Daily Mail mengenai penghijrahannya ke Dubai.

Terdahulu, Lindsay Lohan dalam wawancaranya bersama CNN memberitahu Dubai kini menjadi rumahnya sekarang.

"Saya telah bertemu dengan wanita yang menakjubkan di sini, Dubai, yang benar-benar kuat dan telah mengajar saya banyak perkara," katanya.

Lohan mula berpindah ke Dubai pada Disember tahun 2016.

Menceritakan pengalamannya di sana, Lohan berkata, pada awal tahun ini, beliau telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria.

Bercakap tentang agama Islam, Lohan dilaporkan berkata, kitab suci al-Qur'an banyak membawa perubahan kepada dirinya kini.

"Al-Qur'an membuka pintu untuk saya mengalami rohani, untuk mencari satu lagi maksud sebenar.

"Ini adalah siapa saya," katanya.

BACA INI JUGA: 'Saya Masuk Islam Kerana Penghormatannya Terhadap Wanita'

Sumber: SH