Tuesday, August 09, 2016

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Lee Chong Wei yang menjadi sandaran pingat emas Olimpik negara, tidak terganggu dengan perang psikologi seteru utamanya, Lin Dan atau pemain badminton lain dari China, dalam usahanya memburu emas Sukan Olimpik Rio sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Lee Chong Wei

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata Chong Wei tidak kisah dengan permainan minda oleh Lin Dan yang berkata dia akan turut mengambil bahagian sekiranya Chong Wei beraksi dalam Olimpik Tokyo 2020.

“Permainan minda seperti ini tidak akan menjejaskan Chong Wei disebabkan beliau sudah sekian lama menceburi sukan ini dan sangat arif dengan gaya serta taktik pemain China ketika tekanan semakin meningkat sebelum acara badminton bermula,” katanya.

Beliau yakin Chong Wei kini bukan lagi pemain seperti dahulu susulan hukuman penggantungan lapan bulan terhadapnya tahun lepas berikutan isu doping dan telah mengharung begitu banyak cabaran untuk berada pada kedudukannya sekarang.

Selepas bertahun-tahun melatih pemain nombor satu dunia itu sejak 2002, beliau percaya Chong Wei boleh menangani tekanan dan tuntutan dalam penampilan keempatnya, sekalipun tidak memenangi pingat emas yang sangat didambakan itu.

“Semangat beliau tinggi dan tahap keyakinan juga baik. Rahsianya adalah bagaimana menangani tekanan pada hari perlawanan. Ia detik penentuan dalam memastikan siapa yang dapat membawa pulang emas,” katanya.

Chong Wei berkemungkinan menentang Lin Dan dalam saingan separuh akhir dan berkemungkinan berdepan Chen Long di peringkat akhir. Beliau kalah dua kali kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun, Seu Bock berkata tiada senjata rahsia Chong Wei kali ini oleh kerana kesemua pemain yang layak ke Olimpik sudah maklum benar dengan corak permainan masing-masing disebabkan mereka sama-sama beraksi dalam banyak kejohanan selama bertahun-tahun.

Berdasarkan pemerhatian terhadap anak didiknya itu, beliau berkata Chong Wei kini lebih bersedia berbanding cabaran Olimpiknya sebelum ini dan semakin matang untuk menghadapi cabaran itu.

Mengenai persediaannya di sini, jurulatih itu berkata kedatangan awal pemain badminton ke Rio memberi banyak kebaikan kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue kejohanan.

Chong Wei akan memulakan saingan dalam Kumpulan A pada Khamis dengan menentang Soren Opti dari Surinam dan Derek Wong dari Singapura pada Ahad.

BACA INI JUGA: Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sumber: BERNAMA

Friday, December 12, 2014

Razif Mohon MAAF Tuduh Lee Chong Wei Guna Bahan Terlarang

Razif Mohon MAAF Tuduh Lee Chong Wei Guna Bahan Terlarang

Menerusi akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Cina, bekas pemain badminton negara, Razif Sidek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ikon sukan tanahair, Datuk Lee Chong Wei atas tuduhan semberononya kepada bintang itu.

Razif Mohon MAAF

Menerusi kenyataan yang disiarkan pada Khamis, Razif mengakui bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkannya terhadap Chong Wei adalah palsu dan tidak berasas.

Razif Mohon MAAF [2]

Kenyataan permohonan maaf Razif berbunyi:

“Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati memohon maaf kepada Chong Wei untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah mempersoalkan integriti dan kejujurannya.

Saya berjanji di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Chong Wei.”

Pada 11 November lepas, Razif yang pernah memenangi gelaran Juara All England 1982 dalam acara beregu dengan adiknya, Jalani, menuduh Chong Wei (Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!) sudah lama menggunakan bahan terlarang.

Ia berikutan kegagalan Chong Wei dalam dua ujian ‘doping’ menerusi sampel yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia BWF, Ogos lalu.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, December 02, 2014

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek Fitnah Isu Doping

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek Fitnah Isu Doping

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke atas bekas pemain beregu negara Razif Sidek ekoran kenyataan akhbar Razif yang mendakwa Chong Wei sudah pun menggunakan bahan terlarang sejak sekian lama.

Lee-Chong-Wei Saman Razif Sidek

Razif pada 11 November lepas membuat kenyataan kepada akhar Kosmo menyebut beberapa pegawai atasan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahu tentang perbuatan Chong Wei yang menggunakan bahan terlarang.

Beliau mendakwa para pegawai itu terpaksa mengunci mulut ekoran status Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia, memetik laporan The Malay Mail hari ini.

(Baca: Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!)

Selain itu, Razif juga mendakwa Chong Wei turut melantik seorang doktor asing untuk memberikannya kemudahan menggunakan bahan itu.

“Peguam saya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari lalu dan kes ini akan diselesaikan di mahkamah. Dia (Razif) ada menghubungi saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku,” kata Chong Wei.

Menurut beliau, sejak berita itu didedahkan beliau cuba menghubungi Razif beberapa kali namun gagal.

“Saya tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini kerana ia memalukan saya.

“Sebagai seorang bekas pemain kebangsaan, saya pasti dia lebih arif berbanding membuat tuduhan palsu kepada saya, khususnya dalam saat begitu menduga ini, dia bukan sahaja mengguris hati saya tetapi hati seluruh rakyat Malaysia dengan komen itu,” katanya.

Chong Wei kemudian meminta wartawan cuba menghubungi Razif dan lihat apa pula reaksinya kali ini.

Ketika ini, pemain yang memenangi dua pingat perak Olimpik itu sedang digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping ketika menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Ujian air kencing Chong Wei mendapati positif mengandungi ‘Dexamethasone’ sejenis ubat penahan sakit yang dilarang penggunaannya dalam sukan antarabangsa.

Semalam, laporan berkaitan peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memohon kepada BWF untuk menunda prosiding pendengaran kes Chong Wei yang dijadualkan pada 8 Disember depan.

Penangguhan itu bagi membolehkan peguam berkenaan membuat persediaan kes berkenaan dengan lebih terperinci.

Chong Wei berhadapan dengan hukuman digantung daripada menyertai kejohanan maksimum dua tahun dan mungkin menerima hukuman lebih ringan ekoran prestasi cemerlangnya melepasi 124 ujian doping dalam masa 15 tahun lepas.

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, November 12, 2014

BWF Gantung Lee Chong Wei

BWF Gantung Lee Chong Wei

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping.

Lee-Chong-Wei

“Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan.

“Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran.

“Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.

Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif.

Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon.

Lee-Chong-Wei - Suspended

Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau.

Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan.

Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenal pasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, November 10, 2014

Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!

Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!

“Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

Razif Sidek

“Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei.

Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani ‘buka mulut’ kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton.

“Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.

“Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

Lee Chong Wei Kantoi Guna Dadah!

Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.

Keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang.

Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah.

Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif.

Sumber: Mynewshub.cc

Kegagalan Ujian Doping Lee Chong Wei Perbuatan Sabotaj?

Kegagalan Ujian Doping Lee Chong Wei Perbuatan Sabotaj?

“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat bahawa saya telah gagal ujian doping,” kata Datuk Lee Chong Wei, kepada blogger sukan terkenal Malaysia Satwant Singh Dhaliwal.

Lee-Chong-Wei

Sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin enggan menamakan individu yang gagal ujian tersebut adalah Chong Wei.

Mereka terikat dengan peraturan, tapi ia merupakan rahsia umum bahawa individu itu Chong Wei yang dilaporkan media seluruh dunia.

Untuk rekod ini merupakan kali pertama jaguh badminton negara itu bercakap mengenai situasi beliau selepas gagal ujian doping September lalu dan berkongsi cerita tersebut di facebook rasminya https://www.facebook.com/leechongweiofficial.

Pemain nombor satu dunia itu yang disahkan positif sampel B ujian doping, Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’, mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.

Pembaca juga boleh mengikuti temuramah Lee Chong Wei yang disiarkan di blog blogger sukan Malaysia, Satwant Singh Dhaliwal. (http://www.ssdhaliwal.blogspot.com/2014/11/my-story-by-lee-chong-wei.html?m=1)

“Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan,” kata Chong Wei.

“Saya melihat ke belakang, seluruh 15 tahun yang saya lalui (sebagai pemain badminton) menjadi asap. Saya sangat terpukul dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya tidak pernah menipu dan tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk menipu dengan demikian ini adalah seperti panahan kilat, memusnahkan semua kerja keras saya selama ini.

“Saya sangat percaya kepada kerja keras dalam usaha untuk mencapai kejayaan sehingga apabila berdepan tuduhan (seperti ini) saya kelu dan tercengang,” katanya.

Ketika berdepan situasi kalut ini, Chong Wei menceritakan isterinya Wong Mew Choo mencadangkan supaya mereka berehat di luar negara untuk menjernihkan fikiran dan membiarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

“Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) memberi perhatian langsung berkaitan kes ini, saya bersyukur kerana dia membimbing saya dan memberi nasihat yang baik tentang bagaimana untuk menangani masalah yang timbul,” kata Chong Wei.

“Saya diberitahu bahawa dadah itu disuntik pada saya pada 18 Julai dan bagaimana kesannya masih ada sehingga bulan Ogos adalah sesuatu yang saya tidak dapat jelaskan.

“Cukuplah untuk mengatakan saya tidak pernah mengambil ubat-ubatan di luar dari yang ditetapkan kepada saya dan menafikan cadangan saya mengambil herba tradisional yang mengandungi bahan dilarang.

“Saya telah melalui satu daripada ujian pada 15 Ogos dan ia bersih. Oleh itu, ia satu misteri mengapa bahan ini didapati dalam badan pada 30 Ogos,” katanya.

(Baca: Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!)

Ikon negara itu berkata banyak kali beliau mahu membuat kenyataan terbuka tetapi memilih untuk menunggu sehingga sampel B diuji.

“Saya berharap orang ramai memahami kedudukan dan situasi saya. Saya tegaskan bahawa segala-galanya sedang dilakukan untuk mencari punca masalah ini,” kata Chong Wei.

“Saya pergi ke Oslo untuk mengamati botol sampel B dibuka melalui dokumentasi yang memuaskan hati saya. Saya tahu kemungkinan keputusan yang berbeza adalah jauh tapi ia adalah prosedur yang perlu dilakukan.

“Semua ubat, rekod rawatan dan makanan tambahan sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang berharap untuk mengetahui bagaimana bahan itu masih dalam sistem saya lebih sebulan selepas saya menerima suntikan untuk rawatan kecederaan paha saya,” kata Chong Wei.

Chong Wei berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan menilai semua bukti yang ditunjukkan.

Ada spekulasi bahawa Chong Wei mungkin dihukum samada dengan amaran keras atau digantung untuk tempoh enam bulan.

Menurut blogger sukan Satwant Singh, kemungkinan pertama iaitu penggantungan selama enam bulan bermakna Chong Wei akan kehilangan 43,000 daripada 97,000 mata ranking semasa, menyebabkan beliau tergelincir ke kedudukan 15-18 ranking dunia menjelang Mac 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei.

“Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes.

“Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting,” kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN.

Beliau berkata adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya.

Dr Ramlan meminta pihak-pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh Chong Wei.

“Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini.

“Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang telah memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun. Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakkan persoalan jika tidak semua akan dijawab,” kata Dr Ramlan.

Chong Wei berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya.–AGENDA DAILY

Atau, ada pihak tertentu sengaja melakukan sabotaj terhadap Lee Chong Wei? Siapa tahu..

Sunday, November 09, 2014

"Saya Tidak Pernah Menipu" - Lee Chong Wei

"Saya Tidak Pernah Menipu" - Lee Chong Wei

Semalam, negara telah diselubungi dengan satu berita mengecewakan apabila pemain nombor satu negara yang juga ikon dalam bidang sukan, Datuk Lee Chong Wei disahkan gagal dalam ujian doping keduanya.

Saya Tidak Pernah Menipu - Lee Chong Wei

Melalui ujian sampel B yang dilakukan di Norway, Kanada beberapa hari lalu, Chong Wei didapati positif dalam penggunaan dadah jenis Dexamethasone.

Memetik sumber dari laman blog, Malaysian Sports milik bekas penulis sukan, Satwant Singh Dhaliwal, Chong Wei sangat terkejut dengan kegagalan ujian doping rawak yang dilakukan di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat memberitahu saya gagal dalam ujian doping. Saya tidak pernah menipu atau cuba menipu. Perkara ini seperti panahan kilat kepada saya, memusnahkan segl usaha keras saya.”

Ujarnya lagi, dakwaan yang dijatuhkan terhadapnya membuatkan beliau tergamam kerana dia seorang yang bekerja keras dan berpegang teguh kepada prinsip berusaha demi menggapai kejayaan.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima pengesahan dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan kandungan dadah tersebut dalam sampel B milik Chong Wei.

Lantas, suami kepada bekas pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo itu bakal berhadapan tindakan penggantungan selama dua tahun jika didapati bersalah oleh panel BWF.

Dedah beliau lagi, dadah tersebut telah disuntik ke dalam badannya pada petengahan Julai lalu, namun tidak menyangka kesannya berkekalan sehingga hujung Ogos.

“Saya melalui satu daripada ujian dalam pertandingan pada 15 Ogos dan saya bersih. Ia satu misteri kenapa bahan ini masih berada dalam badan saya pada 30 Ogos.”

Tambah beliau, kesemua ubat-ubatan, rekod rawatan dan makanan tambahan yang diambilnya, dikawal rapi oleh pihak berkuasa perubatan.

“Saya tidak pernah menipu dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang diharamkan.”

Dalam muat naik artikel berkenaan juga, Dhaliwal berkata, jika Chong Wei digantung selama setengah tahun maka dia akan kehilangan sehingga 43,000 mata, dan bakal menyaksikan beliau jatuh ke kedudukan 15 – 18 menjelang Mac 2015.

Katanya lagi, misi untuk memungut emas pertama negara di Sukan Olimpik bakal tinggal angan-angan jika keputusan tersebut tidak memihak Chong Wei.

Sumber: Mynewshub.cc