Monday, April 10, 2017

Serangan Terbaharu AS Bukti Syria Medan Perang Dunia Ketiga?

Serangan Terbaharu AS Bukti Syria Medan Perang Dunia Ketiga?

1. Kenapa Amerika Syarikat (AS) tergesa-gesa menyerang Syria tanpa menunggu hasil siasatan penuh tragedi senjata kimia oleh badan bebas?

Perang Dunia Ketiga

Kenapa Donald Trump mungkir janji kempen pilihan raya untuk bekerjasama dengan Bashar serta Rusia bagi menyelesaikan konflik Syria?

Adakah serangan Donald Trump ini mengundang tindakbalas yang jauh lebih agresif dari Syria dan Rusia sekaligus menjerumuskan Timur Tengah ke kancah Perang Dunia Ketiga?

2. Pergolakan dalaman di Rumah Putih: Donald Trump awalnya pro-Rusia, lihat sahaja manifesto dan ucapan kempennya ketika menentang Hillary Clinton dahulu.

Namun, kemenangan beliau dalam pilihan raya AS mula disiasat kerana disyaki ada campur tangan Kremlin. Penasihat Keselamatan yang dilantik, Michael Flynn turut meletak jawatan kerana mempunyai hubungan dengan Rusia.

Penasihat strategik Donald Trump, Steve Bannon juga digugurkan daripada Majlis Keselamatan Negara AS. Banyak usaha Donald Trump turut ditekan oleh Kongres dan kehakiman.

Kesemua perkembangan terkini politik dalaman AS ini berkemungkinan besar menjelaskan sebab Donald Trump terpaksa bertindak tegas terhadap Rusia dan Syria, berbeza dengan manifesto pilihan raya beliau dahulu.

3. AS melancarkan serangan ke atas Lapangan Tentera Udara Shayrat, Homs milik Syria dengan 59 peluru berpandu Tomahawk dibedil dari dua kapal perang AS di Laut Mediterranean, iaitu USS Ross dan USS Porter.

Sasarannya ialah pesawat pejuang, pelindung pesawat pejuang, simpanan logistik dan petroleum, kubu bekalan peluru, sistem pertahanan udara dan radar.

Donald Trump berkata serangan ini untuk ‘mencegah penyebaran dan penggunaan senjata kimia’.

AS memaklumkan bahawa mereka telah memberi amaran kepada Rusia sebelum menyerang dan mereka mengetahui adanya kehadiran tentera Rusia di kawasan serangan yang mereka sasarkan.

4. Asas serangan AS ialah dakwaan bahawa kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad yang bertanggunjawab menggunakan senjata kimia gas Sarin di Khan Al Shekhoun.

Terdapat saksi yang menuduh pesawat Sukhoi 22 milik kerajaan Syria melancarkan senjata kimia tersebut.

5. Sebaliknya Rusia menuduh senjata kimia itu milik puak pemberontak Syria, kerana ia sama seperti kesan senjata kimia yang digunakan puak pemberontak di Aleppo tahun lalu.

Maka Kremlin menegaskan tindakan puak pemberontak Syria yang menyimpan senjata kimia di Idlib yang sepatutnya disiasat dan dipersalahkan.

Rusia turut menggunakan kuasa veto terhadap usaha AS, Perancis dan UK di PBB untuk mengenakan sekatan terbaru ke atas Syria kerana tiada usaha siasatan terperinci oleh badan bebas dilakukan.

6. Penasihat Keselamatan Nasional AS yang baharu, H.R. MacMaster berhujah: ‘serangan udara AS ini memang tidak akan menghapuskan keupayaan Assad untuk melancarkan serangan senjata kimia sekali lagi, namun ia memadai bagi mengubah perkiraan Assad selepas ini’.

7. Pastinya tidak menghairankan apabila antara kumpulan yang menyambut baik serangan udara Donald Trump ke atas Syria ini ialah pemberontak bersenjata Syria seperti Ahrar Al Sham yang ‘mengalu-alukan sebarang campur tangan AS yang boleh mencegah keupayaan rejim Assad’.

8. Dmitry Peskov jurucakap Presiden Putin menegaskan serangan Tomahawk ini memburukkan hubungan AS-Rusia.

Serangan tersebut disifatkan sebagai ‘serangan ke atas negara berdaulat dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa’.

Rusia menegaskan bahawa AS ‘mengambil tindakan tanpa berfikir panjang dan akan memburukkan keadaan keselamatan global sedia ada’.

9. Akibatnya, Rusia menggantung perjanjian keselamatan udara Syria dengan AS dan menggesa mesyuarat tergempar diadakan di Majlis Keselamatan PBB bagi membincangkan serangan AS ini.

Rusia menurut Mejar Jeneral Igor Konashenkov juga sudah pun mengambil keputusan memperluaskan penglibatan tentera Rusia di Syria melalui program peningkatan sistem pertahanan udara.

Rusia menegaskan AS sebenarnya memang bersedia untuk menyerang Syria sebelum peristiwa senjata kimia di Idlib lagi berdasarkan posisi kapal tentera laut AS berkenaan.

10. Naib utusan Rusia ke PBB, iaitu Vladimir Safronkov pernah memberi amaran sebelum ini tentang akibat kemungkinan serangan tentera AS ke atas Syria.

Beliau memberi contoh situasi huru-hara anarki di Iraq dan Libya apabila jalan pertumpahan darah diambil mengatasi jalan rundingan telus.

11. Dalam keadaan rejim Bashar mula kukuh susulan kemenangan di Aleppo, serangan Donald Trump ini cukup berpotensi untuk memberi isyarat kemungkinan campur tangan AS yang lebih agresif pada masa depan.

Sekaligus, rejim Bashar dengan sokongan Rusia (dan juga China) bakal mengatur posisi strategik ketenteraannya ke tahap yang lebih maksimum!

nota editor: ABDUL MUEIN ABADI, Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

BACA INI JUGA: Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

sumber: sinarharian

Thursday, November 26, 2015

Serangan di Paris Bakal Cetus Perang Dunia Ke-3?

Serangan di Paris Bakal Cetus Perang Dunia Ke-3?

Serangan di Paris yang mengorbankan 130 nyawa dilihat amat signifikan dengan apa yang sedang berlaku di Syria ketika ini.

Perang Dunia Ke-3

Di bumi Presiden Bashar Al-Assad, pertempuran hebat berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dengan menjadikan halaman Syria sebagai medan pertempuran dalam menunjukkan kehebatan persenjataan dan pesawat pejuang masing-masing sejak 30 September lalu.

Rusia menampilkan sistem pertahanan udara S-400 terkini, yang dikenali Nato sebagai SA-21 ‘Growler’ yang ditempatkan di Pangkalan Udara Latakia di pantai Syria sebagai kubu pertahanan jika diserang dari arah Turki dan Israel.

Selain pesawat tempur Sukhoi Su-24, Su-25, SU-30 dan Su-34 yang selalu digunakan, S-400 juga berpotensi memintas ancaman udara dari peluru berpandu kapal perang RAF Tornado dan pesawat tempur F-15 dan F-16 milik AS dan sehingga awal bulan ini, Rusia mendakwa dapat menguasai 277 lokasi IS di Aleppo, Damsyik, Lattakia, Hama, Homs dan Idib.

Segala pertempuran itu didakwa berpunca dari gerakan IS dan episod memenggal kepala, rogol dan bunuh terhadap penduduk tempatan termasuk kanak-kanak yang menjadi wadah media setiap hari.

Namun, adakah niat Rusia untuk membantu Presiden Assad membersihkan IS dari bumi itu benar-benar telus atau ia sengaja mahu membuatkan AS malu kerana gagal menghapuskan kumpulan pengganas terbabit selepas Uncle Sam dan Arab Saudi melabur berbilion dolar bagi menggulingkan kerajaan Assad yang selama ini teguh disokong Kremlin?

Tindak balas AS menghantar 50 kargo kelengkapan ketenteraan sebagai pertahanan dilihat lucu dan bodoh oleh rakyatnya sendiri sehingga Pentagon mengeluarkan arahan untuk berhenti melatih pemberontak Syria dengan alasan, mereka menolak untuk menentang IS dan hanya fokus mahu melawan rejim Assad.

Berbalik pada situasi di Paris, hanya dalam tempoh empat hari segala-galanya mencapai klimaks menerusi serangan mega oleh Perancis ke atas kubu-kubu IS di Syria.

Kementerian Pertahanan Perancis dalam satu laporan berkata, sebanyak 12 pesawat pejuang melakukan serangan di wilayah Raqqa dengan kerjasama AS dan serangan dengan 20 bom itu meranapkan kem komando dan kawasan latihan ketenteraan IS.

Secara logik, apakah serangan di enam lokasi berasingan Paris itu hanya alasan untuk memberi peluang kepada Perancis bergabung dengan AS di Syria bagi berhadapan dengan Rusia?

Ini kerana serangan di Paris yang dianggap terburuk sejak tragedi 11 September 2001 di New York memaksa Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat dan beliau mengisytiharkan menutup sempadan selain mengerahkan ribuan anggota tentera tambahan ke kota itu.

Ramai penganalisis perang berpendapat, ia adalah satu langkah dan alasan bagi membenarkan serangan itu terjadi. Persoalannya, siapa sekutu dan siapa seteru dalam situasi ini?

Sejurus serangan itu, satu dunia seperti bergoncang apabila kenyataan demi kenyataan untuk membantu Perancis dikeluarkan walhal Rusia terus membisu dan menjadi pemerhati senyap.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau antara yang terawal mengeluarkan kenyataan akan membantu dari segenap cara termasuk mengerahkan tenteranya sebagai pasukan sokongan.

Beliau yang menganggap Perancis sebagai ‘sepupu’ negaranya bagaimanapun sedang mempertimbangkan untuk memanggil semula semua jet pejuang milik Kanada yang selama ini digunakan dalam misi AS di Iraq kerana bimbang negaranya pula jadi sasaran serangan IS.

Bagi Malaysia pula, Wisma Putra dalam satu kenyataan hanya mengutuk keras serangan itu dan beberapa menteri turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga menjadi sasaran IS termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Rusia tidak keseorangan

Sejak pertempuran Rusia dan AS di Syria, jarang sekali sekutu Rusia didedahkan oleh mana-mana media.

Ini kerana, kebanyakan negara berjaya diracun oleh kuasa Barat untuk terus menuding jari ke arah Rusia bagi melabelkan negara beruang merah itu kononnya musuh utama dunia.

Setiap kali pertempuran hebat antara Rusia dan sekutu AS di Syria berlaku, pasti cerita IS tenggelam dan kisah keganasan yang dikatakan menjadi punca pertempuran dua kuasa besar dunia itu tercetus disebabkan IS. IS terus dijadikan kambing hitam dan propaganda bagi ‘menghalalkan’ perang.

Namun, diam tak diam, ada juga negara yang teguh bersama Rusia iaitu Chechnya.

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov dengan tegas menyatakan tidak ada yang peduli terhadap apa yang difikirkan oleh Barat mengenai operasi Angkatan Tentera Udara Rusia di Syria.

Beliau berkata demikian menerusi akaun rasmi Instagramnya menerusi kenyataan, “Orang akan berfikir bahawa dunia seharusnya bergembira dengan serangan ini, kemudian kita akan melihat AS khuatir mengenai kerugian dideritai IS.

"Mereka mengatakan IS adalah syaitan, namun sejurus Angkatan Udara Rusia memulakan serangan, mereka tiba-tiba mengutuk pengeboman itu dan menyeru untuk mengambil tindakan terhadap Rusia."

Pemimpin Chechnya itu juga berkata, Chechnya kini sedang melaksanakan tindakan preventif bertujuan untuk menjaga rakyatnya dan rakyat Rusia, agar tidak bergabung dengan IS.

Bagi melaksanakan tugas itu, Kadyrov meminta restu kepada Presiden Rusia bagi membenarkan pasukan tenteranya untuk bersama memerangi IS di Syria, dan beliau juga berkata, tenteranya telah bersumpah untuk memerangi pengganas itu hingga titisan darah terakhir.

Dalam satu temu bual dengan radio RSN, Kadyrov berkata, “Sebagai Muslim, sebagai warga Chechnya dan sebagai askar Rusia, saya ingin mengatakan bahawa saat republik kami diserang oleh syaitan-syaitan ini, kami telah bersumpah dengan al-Qur'an bahawa kami akan memerangi mereka di mana pun mereka berada."

Kadyrov juga berkata, unit pasukan khusus (komando) Chechnya berada dalam siap siaga untuk melakukan pertempuran tahap tertinggi dan yakin pengganas IS akan segera menghilangkan diri kerana gentar untuk berhadapan dengan tenteranya.

Beliau juga mengusulkan akan menarik semula kewarganegaraan Chechnya mahupun Rusia jika terbukti ada rakyat negara itu menyertai IS.

Amaran juga diberikan jika ada rakyatnya menyertai IS maka mereka tiada peluang dan ruang untuk kembali ke Chechnya dan Rusia.

Bagaimanapun katanya, perisikan akan terus dilakukan kerana IS bertindak atas perintah dari perisikan Barat untuk melakukan serangan di negara-negara yang majoritinya adalah penduduk Islam.

Tujuan mereka adalah untuk membunuh pejuang Islam dan menghancurkan ekonomi serta integriti negara-negara Islam.

Sebagai contoh katanya, Barat sebelum ini pernah mewar-warkan bahawa gerakan IS mula menular di Kaukasus Utara namun katanya perkara itu tidak perlu dihiraukan kerana ia sekadar skrip rekaan AS untuk memberi alasan bagi menyerang negaranya.

“IS tidak akan berani datang ke Rusia dan jika mereka berani berbuat demikian maka keputusan itu adalah perkara terakhir yang berani mereka lakukan sebelum meninggal dunia,” katanya.

Di sisi lain, kumpulan Front al-Nusra yang dianggap sebagai kelompok pemberontak yang mendapat dukungan penuh AS dan Arab Saudi didakwa giat melakukan pembersihan terhadap etnik Alawi di Lattakia, Syria sedangkan pembersihan etnik menyalahi apa jua agama di dunia.

Kumpulan Front al-Nusra adalah kumpulan yang ke hadapan berusaha menumbangkan rejim Assad.

Saudi pula sebagai salah satu negara penting dalam konflik di Syria masih tidak berpendirian jelas kerana terus menyokong kumpulan Front al-Nusra dan pada masa yang sama, memprotes penglibatan Rusia yang menyokong Assad serta beranggapan bahawa tindakan mereka melatih kumpulan ini adalah tindakan yang sah.

AS bagaikan mahu konflik di Syria berpanjangan kerana tidak mahu melihat siapakah pemenangnya. Ini dilakukan bagi melemahkan Syria yang merupakan salah satu kekuatan negara Islam.

Setelah keruntuhan Soviet Union, AS tiada musuh yang kuat dan satu-satunya musuh berpotensi untuk memeranginya adalah Islam.

Oleh sebab itu, penting bagi AS untuk meneruskan konflik di Syria manakala Saudi pula memiliki kepentingan untuk menumbangkan rejim Assad disebabkan keakraban Assad dengan Iran yang sama-sama bermazhab Syiah.

Perang Dunia Ke-3? Penglibatan Perancis di Syria untuk bersama dengan AS dan sekutunya dalam usaha memerangi IS sedikit demi sedikit memberi bayangan mungkin akan tercetus Perang Dunia Ke-3.

Di ibu pejabat Nato di Brussels, Belgium, tentera yang dikawal oleh Pentagon mengisytiharkan menerima arahan diarah tertugas dan siap siaga pada hujung minggu ini dan perikatan 28 negara itu juga sepakat mematuhi arahan tersebut sejajar dengan Perkara 5 yang termaktub dalam Piagam PBB berkaitan Nato.

Merujuk kepada perkara itu, “Pihak-pihak bersetuju bahawa serangan bersenjata terhadap satu atau lebih di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan terhadap Nato dan akibatnya mereka bersetuju bahawa, jika apa-apa serangan bersenjata berlaku terhadap hak individu atau pertahanan berbentuk kolektif yang diiktiraf dalam Perkara 5, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka mereka wajar dibantu untuk melakukan serangan balas."

Namun, perlu diingat, satu-satunya negara yang pernah menguatkuasakan Perkara 5 adalah AS selepas serangan 9/11 pada 2001.

Jika Perancis ingin menjadi negara kedua dalam hal itu, langkah pertama harus dilakukan adalah memanggil duta dari 28 negara anggota ke Brussels untuk melakukan rundingan seperti termaktub dalam Pasal 4, sebelum membuat sebarang keputusan.

Perkara ini penah dilakukan Turki pada tahun lalu selepas serangan IS di negara terbabit. Tetapi jelas, perkara itu tidak berlaku terhadap Perancis apabila melulu melakukan serangan atas alasan terlalu marah dengan perbuatan yang didakwa dilakukan IS dan akhirnya terus melompat ke Perkara 5.

Susulan tindakan drastik itu, ia membawa kepada kemuncak jutaan pelarian Syria memuladi kan langkah bersabung nyawa lari menyelamatkan diri ke Eropah selepas terkepung dengan serangan paling dahsyat sepanjang minggu ini.

Nampaknya, Nato tidak boleh berpura-pura untuk mengetepikan atau menafikan realiti yang berlaku dan sudah tiba masanya pihak berkenaan bertindak tetapi adilkah Nato mengikut telunjuk Pentagon yang menguatkuasakan Perkara 5 tanpa berunding?

Hakikatnya, Nato harus mengenepikan perbezaan dalaman, Nato mempunyai sumber ketenteraan yang amat besar termasuk lebih tiga juta askar, lebih 25,000 pesawat tentera, 800 kapal perang pejuang utama dan 50 pesawat AWACS.

Oleh itu dapatkah kita bayangkan jika Nato menyertai misi memburu IS dengan skala pertahanan yang sangat besar? Sudah pasti akan ramai lagi rakyat Syria menjadi korban.

Nato sepatutnya mengambil langkah praktikal sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan bukannya mengikut kehendak Pentagon.

Antara langkah yang boleh diambil adalah;

Pertama, mengikut perjanjian Nato, serangan Paris perlu dirujuk kepada Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu sama ada mahu menyokong serangan balas ketenteraan atau pun sebaliknya.

Kedua, anggota perikatan perlu menetapkan satu arahan iaitu memimpin, merancang dan melaksanakan tindak balas operasi tanpa provokasi dari mana-mana negara anggota.

Ketiga, menyediakan pasukan khas Nato untuk mengetuai operasi ketenteraan menerusi perkongsian risikan antara negara anggota.

Keempat, yang paling penting dalam memberi kesan jangka panjang ialah Nato perlu mengadakan misi latihan untuk askar Kurdis dan Peshmerga-Yazidi sebelum membenarkan mereka bergabung untuk bertempur di utara Iraq seperti dilakukan Jordan dalam Latihan Misi-Iraq (NTM-I), pada 2004-2011.

Kelima, sebarang pengeboman mega yang diketuai AS di Syria dan Iraq perlu mendapat kebenaran Nato kerana mereka mampu menggunakan aset semaksimum mungkin sesuai dengan keperluan yang ada.

Akhir sekali, Nato perlu membina gabungan terbuka, termasuk dengan musuh tradisi mereka iaitu Rusia.

Rusia sekutu Perancis? Selasa lalu, Presiden Putin mengarahkan tenteranya menyelaraskan operasi ketenteraan dengan Perancis untuk menggerakkan pelan tindakan bersama di Syria.

Ini adalah isyarat awal dalam pemulihan hubungan baik selepas serangan pengganas di Paris dan menembak jatuh sebuah pesawat Rusia awal bulan lalu di Sinai.

Tindakan ini dilihat makin rumit kerana siapakah musuh sebenar mereka, IS atau Islam?

Putin dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas dan jarang sekali melakukan kesilapan dalam kerahan ketenteraan.

Arahan beliau biasanya terang dan ringkas iaitu ‘sapu bersih’ kerana tidak mahu memanjangkan sesuatu operasi bagi mengelak kerugian perbelanjaan.

Apa kesudahan? Permainan perang ini makin menarik apabila AS terus kekal mengarahkan drama bersiri ini.

AS tanpa putus asa meracun semua penduduk dunia untuk membenci Rusia dan jangan terlupa bahawa Malaysia juga menjadi mangsa iaitu dalam tragedi MH17, Malaysia ditakut-takutkan dengan kehadiran pengebom berani mati IS ketika sidang kemuncak Asean minggu lalu.

Kenapa Malaysia sanggup terlibat dalam perkara ini?

BACA INI JUGA: Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, November 16, 2015

Perang Bermula, Jet Pejuang Perancis Serang IS Di Syria!

Perang Bermula, Jet Pejuang Perancis Serang IS Di Syria!

10 jet pejuang Perancis menjatuhkan lebih 20 bom ke penempatan dan kem latihan militan IS di Raqqa, Syria.

Jet+Pejuang+Perancis

"Jet pejuang kami berlepas serentak dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan," kata kenyataan dari Kementerian Pertahanan Perancis.

Menurut Dailymail, operasi pengeboman berkenaan yang dilancarkan dengan kerjasama pihak tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengebom pusat operasi, depot simpanan senjata dan kem latihan.

Aktivis di Syria pula memberitahu tiada orang awam terkorban setakat ini dan hubungan bekalan air dan elektrik terputus, sekaligus menyebabkan panik.

Operasi pengeboman dijalankan dua hari selepas militan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Paris yang mengorbankan kira-kira 150 orang awam.

'Anonymous' isytihar perangi IS

Anonymous

Sementara itu, kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka ‘Anonymous’ dilaporkan telah mengisytiharkan perang terhadap IS selepas serangan di Paris, Jumaat lalu.

Memetik laporan Mirror.co.uk, kumpulan itu yang memuatnaik video di YouTube dengan jurucakapnya yang bertopeng mengugut bahawa ‘Anonymous’ dari seluruh dunia bakal memburu IS.

“Anda patut tahu bahawa kami akan cari anda dan tidak akan melepaskan anda.

“Kami akan lancarkan operasi terbesar terhadap anda. Akan ada serangan siber besar-besaran. Bersedia.

“Orang Perancis lebih kuat dari anda dan akan keluar dari kekejaman ini lebih kuat,” katanya.

Ini bukan ugutan pertama kumpulan penggodam ini terhadap IS.

Kumpulan ini pernah membuat ugutan sama pada Januari lalu selepas serangan Charlie Hebdo, iaitu syarikat akhbar yang menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mencetak kembali karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.

IS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang meragut ratusan nyawa itu.

Media tempatan melaporkan, enam lokasi berasingan menjadi sasaran, meliputi stadium nasional hinggalah ke sebuah restoran piza.

Antara kawasan sasaran ialah dewan konsert Bataclaun, Stade de France, Rue de Charonne, Rue de la Fontaine au Roi, Restoran Casa Nostra dan Boulevard Voltaire.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Sinarharian.com.my

Sunday, January 26, 2014

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Sepasukan pasukan pendakwaan dan pakar forensik antarabangsa telah menemui bukti terbaru penyeksaan dan pembunuhan sistematik yang dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Wakil CNN, Christianne Amampour mendedahkan perkara tersebut dengan laporan eksklusifnya bersama akhbar The Guardian.

”Bukti ini TIDAK BOLEH DISANGKAL lagi,” kata salah seorang pakar, David Crane dalam laporan berkenaan.

Crane sebelum ini adalah ketua pendakwaan untuk Mahkamah Khas Sierra Leone

(Baca: Kontroversi! Lelaki Paling Kejam Di Dunia!)

Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana tahanan telah dibiarkan kebuluran, dipukul dengan kejam dan diseksa hingga membawa kepada kematian mereka.

Sebanyak 150 mayat individu telah diperiksa, majoritinya berumur dari 20 hingga 40 tahun.

Salah seorang daripada tiga peguam yang menulis laporan itu, Sir Desmond de Silva, yang juga bekas ketua pendakwaan Mahkamah Khas Untuk Sierra Leone menyifatkan apa yang berlaku sama seperti mana mangsa kekejaman Holocaust.

Lihatlah ‘dunia’... –Mynewshub

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Thursday, January 23, 2014

55,000 Gambar Bukti Kekejaman Tentera Syria!

55,000 Gambar Bukti Kekejaman Tentera Syria!

Sebanyak 55,000 gambar yang diseludup keluar oleh seorang anggota tentera Syria yang belot menjadi bukti jelas kerajaan negara itu menyeksa dan membunuh 11,000 tahanan, kata sekumpulan peguam jenayah perang, lapor agensi berita dpa kelmarin.

Syria crisis

Tiga bekas pendakwa raya di tribunal untuk bekas Yugoslavia dan Sierra Leone meneliti gambar-gambar dan fail yang diserahkan oleh seorang bekas anggota polis tentera Syria.

Mereka berkata, gambar berkenaan menunjukkan bukti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan regim Presiden Bashar Al-Assad.

Gambar berkenaan memaparkan imej-imej mayat tahanan lelaki dengan kesan jerutan di leher, dipukul dengan kejam dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dengan kejutan elektrik selain kebuluran.

Laporan itu dikeluarkan menjelang persidangan keamanan Geneva II yang bertujuan mencari satu penyelesaian politik untuk konflik di Syria yang telah berlanjutan selama tiga tahun.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Gambar itu sangat penting kerana ia merupakan bukti penting yang menunjukkan pembunuhan ini adalah dirancang secara sistematik dan arahannya datang terus dari pihak atasan,'' kata kumpulan itu.

Menurut kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia sekurang-kurangnya seramai 130,000 orang terkorban pada perang saudara itu yang berlaku sejak Mac 2011.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu meletakkan angka korban kematian dalam perang itu adalah seramai 100,000 orang. -dpa

Friday, January 17, 2014

SEDIH! Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu Dan Ayahnya

SEDIH! Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu Dan Ayahnya

Syahdu dan sedih apabila melihat foto apabila melihat foto di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidur di tengah-tengah antara pusara kedua ibu bapanya di Syria.

Sedih

Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran peperangan dalaman di negara itu.

Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.

Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa mereka.

(Baca: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia )

Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.

Kita di Malaysia bersyukur kerana ibu bapa masih ada ibu bapa dan masih sihat, kematian ibu bapa di Malaysia jika tidak kerana sakit atau pun kemalangan, tidaklah ada disebabkan peperangan.

Penulis berasa cukup syahdu melihat gambar ini.

Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan.

UPDATE: Gambar Menyayat Hati Ini Sebenarnya PALSU

Syrian-Boy-HOAX

Gambar seorang budak lelaki tidur antara pusara ibu bapanya yang dikatakan berlaku di Syria, telah menjadi sensasi di media sosial minggu ini.

Rata-rata yang melihat gambar tersebut berasa sedih dan mengutuk kekejaman di Syria hingga ramai kanak-kanak menjadi yatim piatu.

Sesungguhnya, situasi kekejaman itu adalah benar. Cuma yang tak benar, adalah gambar tersebut!

Rupa-rupanya, gambar itu sudah diatur oleh seorang jurugambar untuk menjadikannya kelihatan artistik.

Bermakna, kubur dalam gambar tersebut adalah palsu. Selain itu, lokasi yang didakwa gambar itu juga tidak benar kerana ia dirakam bukan di Syria tetapi di Arab Saudi.

Perkara ini diakui jurugambar yang bertanggung jawab menangkap gambar tersebut, Abdul Aziz al Otaibi, 25.

Abdul Aziz bagaimanapun, melahirkan perasaan kesal selepas mengetahui gambar tersebut disebarkan dengan kapsyen palsu.

Sedangkan gambar tersebut mula-mula dimuatnaik olehnya di Facebook peribadi dengan kapsyen jelas bahawa pusara itu hanya dibuat untuk tujuan diambil gambar semata-mata, malah kanak-kanak terlibat merupakan anak kakaknya.

Selain itu, terdapat gambar lain menunjukkan semua itu hanya satu sesi penggambaran apabila kanak-kanak terlibat membuat simbol ‘peace’ sambil tersengih.

Macam-macam cara manusia nak putar belit pada zaman sekarang kan?

Bukankah matlamat tak menghalalkan cara. Kalau pun nak berdakwah atau membawa perhatian masyarakat kepada isu sejagat, tak perlulah sampai menipu dan mencuri gambar orang lain kot.

Sumber: Mynewshub/Haralddoornbos

Thursday, December 19, 2013

Pesawat Pejuang Tentera Syria Serang Bandar Aleppo

Pesawat Pejuang Tentera Syria Serang Bandar Aleppo

Beberapa pesawat tentera Syria menggugurkan beberapa bahan letupan di empat kawasan penduduk yang dikuasai golongan penentang Presiden Bashar Al-Assad di bandar Aleppo semalam.

Pesawat Pejuang Tentera Syria Serang Bandar Aleppo
Gambar fail.

Ia merupakan serangan udara keempat berturut-turut di bandar tersebut yang terletak di utara Syria.

Menurut beberapa aktivis yang menentang Bashar, serangan tersebut telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Para aktivis tersebut menyatakan, serangan itu bertujuan untuk menghancurkan golongan penentang di Aleppo sebelum persidangan antarabangsa mengenai keamanan di Syria berlangsung lewat bulan depan di Switzerland.

(Baca: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah)

Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan pernah menjadi pusat komersial sebelum peperangan saudara meletus pada Mac 2011.

Peperangan itu melibatkan kumpulan anti-Bashar dengan tentera kerajaan Syria sehingga mengakibatkan lebih 100,000 orang terbunuh.

Menurut seorang aktivis anti-Bashar, Abu al-Hassan Marea, salah satu serangan terbaharu itu berlaku dekat sebuah sekolah.

Dia berkata, sebuah asrama pelajar turut menjadi sasaran serangan itu.

Kerajaan Syria kerap menggunakan ratusan kilogram bahan letupan dalam serangan udara bagi memberi kesan kemusnahan besar.

Tentera Syria terbukti guna senjata kimia

Ban Ki-moon.

Pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu berkata senjata kimia memang digunakan dalam konflik di Syria, ketika serangan 21 Ogos lalu berhampiran Damsyik dan kemungkinan di empat lagi lokasi antara Mac dan lewat Ogos lalu.
(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Laporan oleh pakar senjata kimia badan dunia itu, diketuai profesor dari Sweden, Ake Sellstrom, memeriksa tujuh dakwaan serangan senjata kimia dan berkata ia kekurangan maklumat untuk menyokong dakwaan di dua lokasi lagi.

Mandat terhad pemeriksa menghalang mereka daripada mengenal pasti sama ada kerajaan atau pejuang pembebasan bertanggungjawab di atas serangan itu.

-AP/Reuters