Sunday, November 17, 2019

Lisa Blackpink Wajah Wanita Tercantik, Xiao Zhan Lelaki Terkacak Asia 2019

Lisa Blackpink Wajah Wanita Tercantik, Xiao Zhan Lelaki Terkacak Asia 2019

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa, berjaya meraih undian tertinggi daripada peminat yang melayakkannya menduduki tempat pertama dalam senarai 'Wajah Wanita Tercantik Asia 2019' dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh TCC Asia.

Lisa Blackpink and Xiao

Kesemua anggota kumpulan Blackpink tersenarai dalam 'Top 100 Wanita Tercantik 2019', di mana Jennie mendapat tempat ketiga, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo di tempat ke 22.

Sementara itu, selebriti Xiao Zhan berjaya tersenarai tempat pertama sebagai 'Wajah Lelaki Terkacak Asia 2019'.

Xiao mula mengukir nama selepas dia digugurkan dalam drama The Untamed yang berjaya memukau penonton di saluran televisyen China.

Syarikat induk TCC Asia ialah TC Candler, yang menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, March 13, 2019

Jung Joon-young Mengaku Rakam Video Seks 10 Wanita Gemparkan Dunia Kpop

Jung Joon-young Mengaku Rakam Video Seks 10 Wanita Gemparkan Dunia Kpop

Dunia hiburan K-Pop tercalar lagi dengan penglibatan seorang lagi artis ternama, Jung Joon-young dalam skandal seks yang kini hangat dibincangkan dalam media sosial diseluruh dunia dan telah ditahan pihak berkuasa Korea selepas dia didakwa merakamkan aksi seks dengan beberapa wanita dan menyebarkannnya.

Artis Kpop rakam video seks

Serentak dakwaan itu, artis berusia 30 tahun itu mengumumkan dia akan bersara dan meninggalkan dunia hiburan.

Dia juga mengaku salah terhadap dakwaan merakamkan video seks tersebut serta berkongsi rakaman berkenaan tanpa pengetahuan pasangan-pasangannya.

"Saya mengaku salah melakukan dosa seperti yang didakwa. Saya merakamkan (video seks) dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan berkongsi video berkenaan," katanya dalam keyataan yang diedarkan.

Laporan media Korea menyebut terdapat sekurang-kurangnya 10 wanita yang menjadi mangsa rakaman video seks Jung.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada wanita dalam video (seks) yang sedang berhadapan dengan rasa malu akibat kesilapan yang saya lakukan," ujarnya dalam kenyataan itu lagi.

Dalam masa sama, Jung juga dilaporkan tidak dibenarkan keluar negara sepanjang siasatan dijalankan.

Pada 2016, Jung pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan yang serupa selepas merakamkan video seks dengan pasangannya tanpa pengetahuan wanita itu.

Bagaimanapun, kes berkenaan digugurkan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahannya.

Jung merupakan artis K-Pop kedua selepas Seungri yang turut mengumumkan persaraannya selepas didakwa menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur asing di kelab hiburan yang diusahakannya.

K-Pop merupakan budaya popular ciptaan Korea yang menjadi fenomena di seluruh dunia ketika ini.

Inisiatif kerajaan Korea mengilhamkan K-Pop ialah untuk menjadikan cabang hiburan itu sebagai komoditi untuk dieksport ke seluruh dunia berteraskan imej harmoni dan bersih oleh penggiat-pengiatnya.

Bagaimanapun, dengan dua skandal seks yang dikaitkan dengan Seungri dan Jung itu itu, reputasi K-Pop mula menjadi persoalan.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, October 30, 2018

5 Bintang Kpop Paling Kaya

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Populariti bintang Kpop dari Korea Selatan menjadikan ramai di antara mereka berpengaruh di seluruh dunia dan ia membolehkan mereka berhelar jutawan.

Daripada penjualan album, tiket konsert, duta produk dan jenama mereka sendiri, portal Koreaboo menyenaraikan 5 bintang yang paling kaya di negara itu.

1. PSY – AS$45 juta (RM187 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Penyanyi PSY menduduki tangga pertama sebagai bintang kpop paling kaya.

PSY mula menjadi perhatian dunia apabila lagunya, Gangnam Style menjadi tular dan popular di seluruh dunia selain muzik video itu mencipta rekod sebagai paling banyak di tonton selama lima tahun di YouTube.

2. Siwon – AS$35 juta (RM146 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Memulakan karier sebagai anggota kumpulan Super Junior, Siwon mencipta nama dan kekayaan bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi lakonan dan model sejak 15 tahun lalu.

3. G-Dragon – AS$21 juta (RM87.6 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

G-Dragon bukan sahaja menganggotai kumpulan kpop terkenal Big Bang tetapi dia antara yang berjaya mencipta nama sebagai artis solo.

Kekayaan G-Dragon diperolehi termasuk daripada koleksi fesyennya, PeaceMinusOne.

4. Rain – AS$20 juta (RM83.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Rain barangkali bintang Korea Selatan yang memperkenalkan Kpop ke seluruh dunia menerusi muzik dan drama lakonannya, Full House.

Penyanyi itu juga berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat apabila berlakon dalam filem Ninja Assasin yang diterima baik penonton.

5. Dara – AS$16 juta (RM66.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Dara memulakan karier sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina namun sejak mengembangkan kerjayanya di Korea, ia bagaikan tidak dapat dihentikan lagi.

Wajah cantik dan bakat luar biasa, membuatkan dia sentiasa menjadi pilihan membintangi drama dan duta produk terkenal sehinggakan berjaya mengumpul kekayaan pada usia muda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Friday, June 01, 2018

Benarkah Kumpulan BTS Persenda Kalimah Islam Dalam Lagu?

Benarkah Kumpulan BTS Persenda Kalimah Islam Dalam Lagu?

Sebelum memenangi anugerah di BMA (Billboard Music Awards 2018) untuk dua tahun berturut-turut, nama ahli kumpulan BTS iaitu V atau Taehyung tular dikalangan peminat Islam terutama sekali peminat di Malaysia kerana jejaka yang pernah dinobatkan sebagai Lelaki Terkacak Di Dunia 2017 ini mengenakan Baju Melayu Cekak Musang kiriman dari peminat sewaktu sesi raptai persembahan.

Benarkah Kumpulan BTS Persenda Kalimah Islam Dalam Lagu?

Kali ini, BTS tular lagi dengan isu berkaitan Islam dan difahamkan, menerusi album terbaru BTS berjudul Lover Yourself Tear yang mendapat sambutan luar biasa menerima kecaman hebat dari netizen menerusi sebuah lagu bertajuk Airplane PT.2.

Menerusi komen dari netizen, BTS telah didakwa menggunakan suara wanita dalam pembukaan lagu berkenaan yang mana suara berkenaan telah mengeluarkan kalimah atau ayat dalam bahasa Arab yang dikatakan biasa digunakan untuk puji-pujian Islam.

Dalam audio tersebut, kalimah yang didengar ialah ALF SALAT WA SALAM AALAYKA YA HABIB ALLAH MUHAMMED yang membawa maksud – A Thousand Prayer and Peace Be Open You Muhammed, Beloved God.

Selepas ia dikesan, netizen lain mula merasakan BTS tidak menghormati Islam dan kalimah tersebut amat kurang sesuai diletakkan dalam lagu berkenaan.

Malah, mereka percaya lagu ini sudah pasti menjadi track untuk dimainkan di kelab malam, konsert dan banyak tempat sehingga boleh mencemarkan nama baik Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam pada itu, peminat BTS menganggap, jika benar yang didakwa itu, BTS yang dianggotai 7 anak muda yang kacak lagi berbakat ini sama sekali tidak bersalah.

Malah, kesalahan ini harus ditujukan kepada pihak produksi yang kurang mengambil berat pengertian dan maksud ayat tersebut.

Disamping itu, ARMY iaitu gelaran untuk peminat BTS mempercayai bahawa dakwaan tersebut benar belaka apabila ahli BTS bernama Suga pernah memberitahu rentak dan irama Arab akan sedap didengar apabila ia diserapkan dalam lagu Korea pada sekitar 2014.

Sungguhpun begitu, ARMY yang berasal dari Arab dan menggunakan bahasa itu sebagai bahasa percakapan utama sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan berkenaan.

Mereka mengatakan ia bukanlah bahasa Arab sebaliknya bahasa latin yang berbunyi UNO DOS TRESS yang dilontarkan dalam nada yang tinggi dan pecah.

Dakwaan ini diyakinkan pula dengan konsep lagu Airplane PT. 2 yang mempunyai vibe muzik dari POP-LATIN yang sesuai pembukaannya menggunakan bahasa Sepanyol.

Apa sekalipun, sama ada ia benar atau tidak, tunggulah pengakuan dari BTS atau produser lagu ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Tuesday, February 06, 2018

5 Sebab Kenapa Big Bang Kumpulan K-Pop Paling Berpengaruh Di Dunia

5 Sebab Kenapa Big Bang Kumpulan K-Pop Paling Berpengaruh Di Dunia

Kumpulan Kpop, Big Bang, bukan sahaja popular di Korea Selatan sebaliknya berjaya menjadi fenomena dalam kalangan peminat di seluruh dunia, hasil kerja keras dan dedikasi terhadap karier muzik sepanjang 10 tahun lalu.

5 Sebab Kenapa Big Bang Kumpulan K-Pop Paling Berpengaruh Di Dunia

Usaha ini sekali gus menjadikan muzik Kpop mula diterima baik dan membuka ruang kepada bakat-bakat baharu menempa nama di peringat antarabangsa.

Walaupun dengan pelbagai kejayaan diraih Big Bang yang dianggotai oleh G Dragon, Taeyang, Seungri, T.O.P. dan Daesung, mereka tetap kekal merendah diri dan ada lima sebab lain mereka menjadi kumpulan Kpop terunggul.

1. Mesra Peminat

Big Bang sering menunjukkan usaha untuk berinteraksi dengan peminat selain menunjukkan kebaikan dan prihatin terhadap mereka walaupun sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

2. Sikap Membantu

Walaupun mengecap populariti, Big Bang dikenali dalam kalangan selebriti kerana tidak lokek berkongsi ilmu dengan artis-artis baharu yang ingin menjadi seperti mereka.

3. Hormati Orang Lain

Big Bang dikenali peminat kerana sikap menghormati orang lain dan sering menunduk (tanda hormat budaya Korea) apabila bertemu artis lain walapun mereka lebih junior.

4. Muzik

Lagu-lagu dilancarkan Big Bang sentiasa mendapat perhatian peminat dan lagu mereka 'Loser' pernah dimuat turun sebanyak 10.5 juta hanya dalam masa sembilan hari dilancarkan.

5. Jadi Diri Sendiri

Big Bang disukai kerana mereka tidak pernah menyorok daripada mempamerkan identiti sebenar dihadapan peminat menjadikan setiap daripada mereka berpengaruh dan mempunyai kelompok pengikut tersendiri.

19 FAKTA MENARIK KUMPULAN BIG BANG

1. Big Bang adalah boyband pertama Korea yang berjaya menembusi anugerah Worldwide Act MTV EMA.

2. Bigbang's Album (Alive) masuk dalam TOP 40 album terBOOMING di dunia. Walhal alive ini "Mini Album" bukan Complete Album.

3. Bigbang's Alive Tour dinobat sebagai Konsert KPOP terbaik SEPANJANG ZAMAN versi majalah Rolling Stone.

4. Big Bang pernah disebut oleh seorang produser yang pernah bekerjasama dengan Bruno Mars bahawa "Level musik Big Bang dikatakan lebih tinggi dari muzik Amerika."

5. Populariti G Dragon di Jepun telah membuatkannya dianggap sebagai Rapper yang lebih hebat dari Eminem.

6. 'TAEYANG' dan Jay Park adalah penari idola terbaik di Korea.

7. G Dragon telah mencipta lebih dari 120 lagu dimana belum pernah dilakukan oleh mana-mana ahli Kpop lain.

8. Big Bang adalah kumpulan Korea paling popular di Amerika.

9. TOP dinobatkan sebagai idola Kpop paling berkarisma dipilih oleh 100 idola Kpop itu sendiri.

10. TOP dinobatkan sebagai ahli kumpulan Kpop dengan kualiti terbaik dipilih oleh 100 artis Kpop.

11. Rapper Amerika Flo Rida mengaku peminat tegar G Dragon.

12. BIG BANG adalah kumpulan Kpop Korea paling sukses di Jepun.

13. TOP, Daesung dan G-Dragon telah tersenarai sebagai Top 10 artis Korea dengan Blonde Hair terbaik.

14. Tiada mana-mana ahli BIG BANG melakukan pembedahan plastik seperti yang dilakukan artis Kpop lain.

15. Hampir setiap masa G Dragon akan membuat penampilan terbaharu sehingga menjadi Trend.

16. G Dragon dianggap sebagai artis terkaya di Korea.

17. Fantastic Baby adalah Video KPOP paling banyak di tonton pada tahun 2012 selepas Gangnam Style.

18. Lagu One of A Kind G Dragon telah masuk carta Inggeris walaupun belum dirilis secara rasmi.

19. BIG BANG juga disebut sebagai kumpulan Korea paling popular di Perancis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Lokasi Pelik Di Korea Selatan Yang Menarik Untuk Dikunjungi

sumber: mstar | facebook

Monday, January 22, 2018

6 Sisi Gelap Industri K-Pop Yang Sangat Menyedihkan!

6 Sisi Gelap Industri K-Pop Yang Sangat Menyedihkan!

Fenomena K-Pop boleh dikatakan tular di seluruh dunia sehinggakan memberi impak kepada industri muzik di Amerika Syarikat yang mempelopori industri ini.

Sisi Gelap Industri K-Pop

Antara kumpulan yang mendapat sambutan paling hangat di dunia termasuklah Big Bang, BTS, EXO, Girls Generation dan banyak lagi, yang mengalahkan artis-artis terkemuka negara Uncle Sam itu.

Namun, disebalik kejayaan K-Pop, terdapat realiti yang sangat perit dan dahsyat yang mungkin membuatkan anda geleng kepala.

Kami ingin berkongsi 6 realiti sebenar disebalik industri muzik K-Pop.

1. Perhambaan

Ada beberapa sebab kontrak K-pop dilabelkan sebagai kontrak perhambaan yang menurut Prince Mak, artis K-Pop biasanya harus menandatangani kontrak untuk jangka masa 7 hingga 15 tahun.

Tempoh itu tidak dikira sekiranya artis tersebut masih dalam latihan dan hanya mula dikira selepas kemunculan pertama.

Jadi, berkemungkinan artis tersebut dilatih selama 10 tahun dan kontrak bermula selepas tahun ke-10.

Ketika ini, segala hak ke atas diri mereka hilang dan dikawal oleh pihak syarikat.

Artis harus melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh syarikat dan lebih teruk, hampir kesemua keuntungan yang dijana dikaut oleh pihak syarikat, sehinggakan menyeksa artis itu sendiri.

Junyool dari kumpulan Stellar memberitahu bahawa keadaan sangat teruk sehinggakan mereka sekumpulan terpaksa berkongsi satu hidangan makanan kerana ketiadaan wang.

Situasi ini boleh membuatkan mereka mengalami tekanan sehinggakan sanggup mengambil nyawa sendiri dan artis K-Pop harus membayar wang ganti rugi yang sangat tinggi jika ingin berhenti.

2. Pelacuran

Aspek yang paling menjengkelkan dalam menjadi idol K-pop adalah ramai di antara mereka yang dieksploitasikan dan didera oleh pihak pengurusan.

Terma penajaan dijadikan alasan untuk menggunakan artis wanita sebagai pengiring (escort girl) bagi ahli perniagaan yang berkuasa dalam industri ini.

Menurut Seoul Beats, CEO sebuah syarikat, Kang, dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara dan denda RM72,500 selepas tahanan kedua terhadap tuduhan melacurkan kliennya.

3. Pembedahan plastik

Berita selebriti mendapatkan khidmat pembedahan plastik bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun artis K-Pop melakukannya dengan lebih dahsyat.

Menurut The Atlantic, 1 daripada 5 wanita Korea menjalani pembedahan plastik di mana ramai artis K-Pop melakukannya secara menyeluruh untuk kelihatan seperti watak anime.

Ia sehingga memerluka prosedur yang sangat melampau dimana bahagian dagu harus dipecahkan dan dibentuk menjadi bentuk "V" kerana wajah berbentuk bulat dianggap sebagai tidak menarik.

Lebih buruk, pembedahan yang dijalankan ke atas artis-artis ini tanpa kerelaan mereka, kerana pihak pengurusan mempunyai hak ke atas mereka.

4. Peminat fanatik

Jika dibandingkan, peminat K-Pop di Korea Selatan dianggap paling fanatik di dunia dan menurut laporan media Australia, peminat-peminat kumpulan TVXQ menggodam talian telefon ahli kumpulan tersebut bagi mendengar perbualan mereka.

Malah, ada yang memecah masuk ke apartment mereka hanya untuk mencium idola mereka ketika tidur.

Kumpulan peminat paling fanatik yang dikenali sebagai "sasaeng" melakukan perkara yang lebih ekstrem seperti memasang kamera dalam rumah idola, menulis surat cinta menggunakan darah haid dan ditaburkan bersama bulu kemaluan, serta mencuri air kencing dari tandas kumpulan K-Pop untuk dijual.

Jika peminat fanatik sudah menakutkan, pembenci artis-artis K-pop lebih berbahaya. Mereka cuba sedaya-upaya untuk mensabotaj artis tersebut.

Dalam satu kes, satu petisyen atas talian dijalankan dan mendapat lebih dari daripada 3,000 tandatangan merayu supaya ahli kumpulan 2PM, Jaebeom supaya membunuh dirinya.

5. Masalah kesihatan

Jika anda ingin menjadi artis K-Pop, bersedia untuk bekerja keras yang menurut SBS, waktu bekerja bagi artis K-Pop biasanya selama 20 jam sehari.

Ia menjadi perkara biasa jika artis K-Pop dimasukkan ke hospital akibat keletihan dan masalah kesihatan.

Disebabkan terlalu kerap pengsan, ia dianggap sebagai trademark kepada Krystal Jung dari kumpulan Fx, sehinggakan beliau pernah pengsan di sebuah konsert dan mikrofon masih berada dalam genggaman, kerana ia dianggap sebagai profesionalisma.

Dan seperti yang dijangkakan, artis K-Pop harus mengekalkan bentuk dan berat badan, sehinggakan CEO syarikat sendiri yang melakukan proses meninmbang berat badan bagi memastikan semua berada dalam keadaan yang ditetapkan.

Ia membuatkan ramai artis K-Pop terpaksa berlapar bagi mendapatkan bentuk badan sebegitu.

6. Tiada kebebasan dalam muzik

Sebagai artis K-Pop, mereka tidak mempunyai hak dalam menyuarakan atau memberi idea berkenaan muzik.

Segalanya dilakukan dan diaturkan oleh pihak pengurusan, dan artis hanya perlu mengikut apa yang diarahkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

sumber: iluminasi

Wednesday, November 08, 2017

#BTSxAMAs K-Pop Trending Seluruh Dunia

#BTSxAMAs K-Pop Trending Seluruh Dunia

Impian peminat kumpulan K-Pop terkenal BTS untuk melihat mereka beraksi di Hollywood tercapai. BTS bakal mengadakan persembahan sulung mereka menerusi majlis America Music Awards (AMA 2017) yang akan berlangsung di Los Angeles pada 19 November 2017 ini.

#BTSxAMAs K-Pop Trending Seluruh Dunia

Menurut laporan Forbes, BTS akan mempersembahankan lagu terbaru mereka berjudul DNA.

“Ini merupakan satu penghormatan besar kepada BTS dan juga BigHit Entertainment kerana di jemput membuat persembahan untuk majlis berprestij, American Music Award.

“Kami juga berasa teruja untuk menunjukkan persembahan yang terbaik kepada peminat kami, Army ketika menyampaikan lagu DNA secara langsung di U.S,” kata wakil pihak pengurusan BTS, BigHit Entertainment.

DNA telah tersenarai dalam carta Billboard 100 dan menduduki tangga ke 67.

Dalam pada itu, hashtag #BTSxAMAs menjadi trending sejak beberapa hari lalu selepas sahaja peminat mendapat tahu mengenai berita tersebut.

Menerusi hashtag itu, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat tarian dan persembahan hebat kumpulan tersebut.

BTS yang dianggotai oleh Rap Monster, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini merupakan antara kumpulan K-Pop paling terkenal di seluruh dunia.

Selain BTS, beberapa lagi nama besar akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Christina Aguilera, Selena Gomez dan penyanyi legenda, Diana Ross.

Terdahulu, BTS mencipta sejarah tersendiri apabila album mereka berjudul Wings berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 tahun lalu.

BTS juga pernah menerima trofi Top Social Award pada Anugerah Billboard 2017.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik



sumber: astroawani