Saturday, November 25, 2017

Wanita Dinodai Perkara Biasa Dalam Tentera Korea Utara

Wanita Dinodai Perkara Biasa Dalam Tentera Korea Utara

Selain terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki, dinodai pegawai tinggi juga adalah 'normal' untuk askar-askar wanita dalam angkatan tentera Korea Utara.

Wanita Dinodai Perkara Biasa Dalam Tentera Korea Utara

Seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah berkata, ramai askar wanita yang berkhidmat dalam angkatannya 'berhenti datang bulan'.

Lee So Yeon mengatakan beliau tidur dalam keadaan tidak selesa selama 10 tahun bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.

Kata So Yeon, wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang mementingkan kebersihan diri tetapi fasiliti di kem-kem tentera 'menyedihkan'.

"Sebagai wanita, salah satu perkara yang kami terpaksa hadapi adalah gagal mandi dengan sempurna," kata So Yeon dipetik laporan BBC.

"Ini kerana tiada air panas. Mereka sambungkan paip ke air dari bukit. Kadang-kadang katak dan ular keluar dari paip," jelasnya.

Anak kepada seorang profesor di sebuah universiti, So Yeon, 41, terpaksa berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran.

Kata So Yeon, berkhidmat dalam angkatan tentera 'menjanjikan' makanan untuk anggota-anggota dan dirinya.

"Kebuluran menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman," kata pengarang buku North Korea's Hidden Revolution, Jieun Baek.

"Ramai wanita terpaksa menyertai tentera dan lebih ramai lagi dilayani dengan salah, antaranya menghadapi penderaan dan gangguan seksual.

Kata Jieun, pendedahan oleh So Yeon sama dengan testimoni-testimoni dari anggota tentera lain yang telah berpaling tadah.

So Yeon mengatakan, latihan dan jadual pemakan ketat menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan.

"Selepas enam bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan, kami tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran yang tertekan.

"Ramai askar wanita kata mereka bersyukur kerana tidak datang bulan. Mereka kata begitu sebab, kalau mereka datang bulan, keadaan akan menjadi lebih teruk untuk mereka," terang So Yeon.

Lebih menjijikan, So Yeon dan askar wanita lain pernah terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali kerana tentera tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

Jieun mengatakan gangguan seksual 'terlalu meluas' dalam angkatan tentera.

So Yeon mengatakan beliau tidak pernah dinodai, tapi ramai rakannya pernah mengalaminya.

"Komander kompeni akan dinodai askar wanita dibawah pimpinannya. Ini akan terjadi berulang-ulang kali tanpa pengakhiran," kata So Yeon.

Seorang lagi pengarang, Juliette Morillot mengatakan tidak ramai askar wanita mahu mengaku dinodai, jadi pelakunya sentiasa akan terlepas.

Morillot menambah, segala penindasan yang berlaku terhadap askar wanita adalah kerana unsur patriarki yang berleluasa dalam angkatan tentera Korea Utara.

Patriarki juga menyebabkan askar wanita disuruh melakukan lebih banyak kerja berbanding askar lelaki.

Unsur patriarki adalah keadaan dimana golongan wanita dipandang rendah oleh golongan lelaki dan ditindas secara terbuka.

"Keganasan domestik masih diterima dan tidak dilaporkan (di Korea Utara) dan ianya situasi sama dalam angkatan tentera," jelas Morillot.

So Yeon sebelum ini bertugas sebagai seorang sarjan di sempadan Korea Utara-Korea Selatan dan meninggalkan angkatan tentera ketika berusia 28 tahun.

Pada 2008, beliau membuat keputusan untuk melarikan ke Korea Selatan dan beliau ditangkap dan dipenjara setahun selepas tertangkap dalam percubaan pertamanya.

Cubaan kedua So Yeon berlaku sejurus selepas beliau dibebaskan dimana beliau berenang melalui sungai Tumen dan menyeberangi Chia.

Di sempadan, beliau bertemu seorang broker yang memindahkan beliau ke Korea Selatan melalui China.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Thursday, November 16, 2017

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

MEDIA Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara diberi ‘pengajaran’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media.

Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.

Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Malaysia yang tunduk kepada Korea Utara 4-1 pada perlawanan pertama, sekali lagi dibelasah dengan jumlah jaringan yang sama, 4-1.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Negara Korea Utara

sumber: sinarharian

Wednesday, April 19, 2017

5 Alasan Kenapa Amerika Syarikat Tidak Akan Menyerang Korea Utara

5 Alasan Kenapa Amerika Syarikat Tidak Akan Menyerang Korea Utara

Keadaan geopolitik dunia semakin bercelaru dengan pertikaman lidah antara kuasa-kuasa besar dunia termasuklah Donald Trump yang telah melancarkan beberapa siri serangan berskala besar terhadap musuh-musuh 'polis dunia' itu.

Amerika Serang Korea Utara

Selepas menyerang Syria dengan 59 bedilan Tomahawk, Amerika menghantar bala tentera mereka ke Semenanjung Korea sebagai amaran kepada negara komunis terpencil itu supaya tidak meneruskan ujian-ujian nuklear mereka.

Persoalannya sekarang, apakah Amerika begitu berani untuk melancarkan serangan membabi buta ke atas Korea Utara sepertimana yang dilakukan terhadap Syria beberapa minggu sebelumnya? Ayuh ikuti kupasan ini.

1. Mengapa tidak AS boleh menyerang Korea Utara seperti yang berlaku Syria?

Peperangan terakhir yang berlaku di Semenanjung Korea adalah pada 27 Julai 1953 selepas sebuah perjanjian gencatan senjata dimeterai antara Washington dan Beijing.

Perjanjian tersebut disahkan secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jika Amerika melancarkan serangan maka mereka akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Walaupun tiada peperangan ketara yang masih aktif di kawasan sekitar, Semenanjung Korea sebenarnya masih lagi dikategorikan sebagai kawasan zon perang dan panas.

2. Apakah perbezaan paling penting antara Korea Utara dan Syria?

Korea Utara optimis dengan program senjata nuklear mereka. Sejak akhir-akhir ini pembangunan senjata nuklear mereka dilihat semakin mencapai kematangan yang boleh memberi kekuatan buat negara komunis tersebut melancarkan peluru berpandu dengan kuasa letupan nuklear terhadap musuh.

Walaupun ujian peluru berpandu jarak jauh mereka di Musudan tahun lalu tidak berjaya, tetapi Pyongyang sudahpun berjaya mengadakan kira-kira 5 siri ujian peluru berpandu berskala kecil dengan kepala peledak nuklear - walaupun ianya tidak pernah disahkan secara bebas.

Pakar ketenteraan dunia percaya Korea Utara telah banyak belajar daripada kegagalan mereka dan kini mungkin dapat membangunkan teknologi peluru berpandu balistik antara benua berkuasa nuklear yang disebut-sebut boleh sampai ke Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang, semasa AS dibawah kepimpinan Presiden Trump.

3. Mengapa China mesti berdiri di belakang Korea Utara jika ia diserang oleh Amerika Syarikat?

China adalah sekutu paling kuat Korea Utara. Pada tahun 1961, kedua-dua negara menandatangani Mutual Aid Sino-Korea Utara dan Kerjasama Persahabatan Perjanjian, di mana kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab untuk menawarkan segera tentera dan bantuan lain kepada yang lain dalam hal serangan luar. perjanjian ini telah berpanjangan dua kali, dan adalah sah sehingga 2021.

4. Mengapakah China mendesak resolusi yang aman dan menentang tindakan ketenteraan diapungkan oleh Amerika Syarikat?

China bimbang wilayah sempadan akan dibanjiri dengan pelarian Korea Utara jika rejim Kim runtuh. Dari sudut geopolitik pandangan Beijing, Korea Utara sebagai zon penampan daripada potensi pencerobohan oleh kuasa lain seperti Amerika Syarikat, termasuk Jepun dan Korea Selatan.

5. Selain China, negara-negara lain menentang serangan tentera terhadap Pyongyang?

Kedua-dua negara jiran, Korea Selatan dan Jepun lebih suka mengambil pilihan bukan ketenteraan dan peperangan.

Seoul hanya kira-kira 40 kilometer dari sempadan Korea Utara dan amat terdedah kepada serangan rejim Kim Jong-Un dan ianya pasti satu perkara yang merisaukan Korea Selatan.

Sam Gardiner, kolonel Tentera Udara bersara, dipetik oleh satu temu bual dengan The Atlantic majalah sebagai berkata AS "tidak boleh melindungi Seoul, sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam pertama perang, dan mungkin untuk pertama 48".

Walaupun bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton secara serius membahaskan kejayaan pengeboman reaktor Yongbyon pada tahun 1994, beliau diberitahu oleh para pegawainya bahawa kebinasaan perang ke atas Korea Utara adalah jauh lebih besar daripada mana-mana peperangan yang pernah disaksikan di dunia ini.

BACA INI JUGA: Krisis Syria, Satu Lagi Percaturan CIA dan Yahudi Israel

sumber: mybuletin

Thursday, March 23, 2017

7 'Neraka Dunia' Korea Utara Untuk Rakyatnya

7 'Neraka Dunia' Korea Utara Untuk Rakyatnya

Korea Utara sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.

korea utara

Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. 'Kebusukan' inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan.

Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin.

Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14.

Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap.

Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia.

Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya.

Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya.

Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya.

Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu.

Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya.

Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa.

Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insuran

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans.

Wang daripada insurans ini digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram.

Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Misteri Negara Korea Utara

sumber: sh

Saturday, March 11, 2017

Penggodam Elit Sebagai Perisik Korea Utara Aktif Di Malaysia?

Penggodam Elit Sebagai Perisik Korea Utara Aktif Di Malaysia?

Ketika kerajaan Malaysia dan Korea Utara cuba menyelesaikan isu ketegangan hubungan diplomatik, tumpuan kini terarah kepada kehadiran lebih 1,000 rakyat republik itu di Malaysia.

Perisik Korea Utara

Ekoran pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam yang menggunakan nama “Kim Chol”, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) telah menimbulkan minat banyak pihak terhadap operasi risikan Pyongyang di Malaysia.

Berselindung di sebalik kerjaya dalam pelbagai bidang, sumber memberitahu bahawa kehadiran rakyat Korea Utara di negara ini dirancang bagi membentuk rangkaian risikan yang teratur.

Maka tidak sukar untuk memahami mengapa kebanyakan warga Korea Utara terdiri daripada pakar teknologi maklumat (IT) berselindung kerjaya di syarikat-syarikat tempatan di Cyberjaya -- untuk memudahkan mereka mengumpul maklumat dan data secara dalaman.

"Mereka ini bukanlah orang sembarangan kerana telah terlebih dahulu dilatih khas sebelum dipilih oleh pihak rejim untuk bekerja di luar negara.

"Kehadiran mereka di Malaysia sambil ditaja syarikat tempatan, bukan setakat untuk bekerja tetapi juga menjadi perisik terlatih," kata sumber.

Kumpulan ini juga adalah sebahagian daripada kira-kira 100,000 warga Korea Utara bekerja di luar negara dan menjadi sumber berharga apabila turut mengirim mata wang asing daripada usaha mereka kepada rejim itu.

Malahan dikatakan setiap keluarga Korea Utara di luar negara tertakluk kepada arahan untuk melaporkan diri ke kedutaan setiap bulan dan jika pulang ke negara asal pula mereka akan dikerah mengikuti 'kursus pemulihan" sebelum kembali ke dalam masyarakat.

Difahamkan selain bidang IT, rakyat Korea Utara juga aktif bekerja dalam bidang perlombongan arang batu di Sarawak selain menjadi rakan kongsi dengan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan.

"Mereka cuba untuk mengeksport barangan Malaysia ke Korea Utara dan juga sebaliknya walaupun tahu ramai pihak menyedari negara mereka dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Menurut sumber, menjadi lumrah majikan membayar terus gaji para pekerja itu kepada kedutaan Korea Utara di sini manakala pekerja asing itu hanya dibayar elaun sara hidup.

"Pihak kedutaan kebiasaannya membawa wang keluar dari Malaysia dalam bentuk tunai kerana mereka tidak boleh membuat transaksi dalam talian berikutan sekatan oleh PBB ke atas Pyongyang.

"Mereka akan membawa beg mengandungi wang melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang menggunakan keistimewaan diplomatik," katanya merujuk kepada tiada tindakan halangan pihak berkuasa lapangan terbang.

Sumber itu juga bertanya, mengapa lebih ramai warga Korea Utara bekerja di dalam sektor IT berbanding sektor lain dan bagaimana republik itu mampu melahirkan pakar-pakar IT yang ramai?

Sumber itu berkata, jawapannya terdapat di sebuah portal berita 'HackRead', beroperasi di Milan, Itali, apabila mendedahkan bahawa wujud satu unit khas berkaitan infrastruktur IT milik rejim Korea Utara yang dikenali sebagai 'Bureau 121', -- yang menempatkan sebuah kumpulan elit terdiri daripada penggodam terlatih untuk melaksanakan tugas pengintipan siber dan jenayah siber.

Melayari portal berita itu, pembaca akan menemui siri temu bual portal berita itu bersama Profesor Kim Heung Kwang, warga Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan pada 2004.

Berdasarkan petikan, Prof Kim mengaku pernah mengajar subjek Sains Komputer di Korea Utara selama 20 tahun kepada kumpulan elit itu dan tidak hairlanlah mengapa kumpulan "Bureau 121" sahaja dibenarkan mempunyai akses internet atau meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, ejen risikan yang bergerak aktif itu tidak dapat lari daripada pemerhatian pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Semua perkhidmatan risikan di rantau ini menyedari perkara ini dan sepanjang masa operasi rahsia bagi memantau aktiviti Korea Utara giat dibuat,” katanya.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Sumber: sh

Friday, March 10, 2017

Sejarah Penculikan Ejen Korea Utara Di Seluruh Dunia

Sejarah Penculikan Ejen Korea Utara Di Seluruh Dunia

Pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabaangsa KL 2 (klia 2) sedikit sebanyak menyegarkan kembali minat sebuah pertubuhan Jepun terhadap satu kejadian misteri yang berlaku 39 tahun lepas.

North Korean Agent

Pada 20 Ogos 1978, empat wanita Malaysia dan seorang wanita Singapura hilang secara misteri selepas seorang lelaki 'Jepun' mempelawa mereka berparti di atas sebuah kapal di luar pantai republik itu.

Empat wanita Malaysia yang hilang tanpa sebarang kesan hingga kini itu ialah Yeng Yoke Fun, 22, Yap Me Leng, 22, Seetoh Tai Thim, 19 dan Margaret Ong Guat Choo, 19, manakala warga Singapura berkenaan bernama Diana Ng Kum Yim, 24.

Walaupun dua kejadian itu berlaku dalam jarak hampir empat dekad, namun ia mempunyai satu persamaan iaitu perasaan wasangka yang amat mendalam bahawa ia didalangi ejen Korea Utara yang mungkin mendapat perintah daripada pemimpin tertinggi mereka untuk melakukannya.

"Kami perlu siasat kembali kes ini (kejadian kehilangan wanita berkenaan pada 1978), kami sedia membantu sanak saudara keempat-empat wanita Malaysia itu untuk mendaptkan lebih banyak maklumat," kata pengarah Persatuan bagi Menyelamatkan Mangsa Culik Korea Utara (ARNKA) Tomoharu Ebihara baru-baru ini.

Walaupun maklumat yang terdapat tentang empat wanita itu adalah samar dan kejadian tersebut pula berlaku 39 tahun lepas, namun Ebihara tetap yakin bahawa suatu hari nanti beliau dan rakan-rakannya akan berjaya merungkai misteri tersebut.

Beliau berkata, maklumat tentang kemungkinan ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik di Korea Utara dikutip daripada testimoni yang diberi seniwati Korea Selatan, Choi Eun-hee, dan bekas anggota tentera Amerika Syarikat, Charles Robert Jenkins.

Eun-hee diculik di Hong Kong pada 1978, manakala Jenkins melarikan diri daripada unitnya dan menyeberang ke Korea Utara pada 1965 serta tinggal di negara komunis itu hingga 2004, sebelum membawa diri ke Jepun untuk menjalin hubungan dengan seorang wanita.

"Menurut Jenkins, dia pernah melihat gambar Yoke Fun (seorang daripada wanita yang hilang di Singapura) dan masih mengingati pernah berjumpa dengan wanita sama di sebuah taman hiburan di Pyongyang antara 1980 dan 1981," kata Ebihara.

Menurut aktivis itu, Eun-hee, yang tinggal di Pyongyang hingga 1986, berkata dia mendapat tahu daripada seorang wanita bahawa terdapat sepasang rakyat Malaysia yang tinggal di sebuah kawasan lain di Pyongyang ketika dia tinggal di ibu negara Korea Utara itu.

"Itu sajalah maklumat yang kami ada tentang kemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik dan maklumat yang diberi Eun-hee dan Jenkins memang boleh dipercayai," katanya.

Menurut Ebihara, rakyat dari 12 negara didakwa diculik ejen Korea Utara, termasuk dari Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Jordan, Lebanon, Romania dan Perancis.

Katanya pertubuhan bukan kerajaan di Jepun percaya kira-kira 300 rakyat negara itu diculik ejen Korea Utara, walaupun jumlah rasmi yang diberi kerajaan ialah 18 orang.

Beratus-ratus rakyat Korea Selatan juga didakwa diculik ejen Korea Utara. Ebihara berkata satu-satunya rakyat Thailand yang diculik iaitu Anocha Panjoy, menjadi mangsa ejen Korea Utara pada Julai 1978 ketika dia bekerja di Macau. Mangsa didakwa diculik lelaki "Jepun" sama, yang menjadi dalang di sebalik perbuatan menculik empat wanita Malaysia dan seorang wanita Singapura itu, sebulan kemudian.

Lelaki "Jepun" itu dipercayai adalah seorang ejen Korea Utara.

Menurut Ebihara, walaupun sukar untuk memastikan sebab penculikan itu dilakukan, tetapi wujud keyakinan mendalam bahawa mereka yang diculik, antara lain, dijadikan guru bahasa atau budaya untuk ejen Korea Utara.

"Mereka juga diculik untuk dijadikan isteri kepada lelaki asing yang diculik," katanya sambil menyebut tentang Jenkins yang berkahwin dengan mangsa culik dari Jepun bernama Hitomi Soga.

Ebihara berkata, menurut maklumat Jenkins, Panjoy, juga dipercayai berkahwin dengan seorang mangsa culik lain.

BACA INI JUGA: Kenapa Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pembunuhan Kim Jong-nam?

Sumber: sh