Tuesday, August 20, 2024

Pembohongan Dan Penjajahan Amerika Syarikat Atas Nama Perdamaian!

Pembohongan Dan Penjajahan Amerika Syarikat Atas Nama Perdamaian!

Pertempuran hakiki adalah menentang peradaban kapitalisme yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan Barat yang licik menggunakan para penguasa negara umat Islam dan semua yang dimilikinya dan apa sahaja dimiliki para penguasa negara umat Islam dalam bentuk potensi kewangan untuk membeli perlindungan serta media massa untuk memasarkan demokrasi dan Hak Asasi Manusia dan mempercantik kekufuran dan memasarkannya.

Pembohongan Amerika Syarikat

Sebagai contoh, seruan negara sivil pluralisme demokrasi yang menjauhkan agama daripada kehidupan dan pemerintahan. Sehingga masanya tiba bagi dunia ketiga, khususnya umat Islam sebagai pihak yang paling merasai penderitaan untuk menentang penindasan sehingga kemerdekaan hakiki dengan tegaknya peradaban Islam menjadi kenyataan di bumi ini.

Sebuah artikel A Century of Lies: The Rationales for Engaging in Foreign Wars, A Century-old White House Tradition (James F Tracy) memaparkan sebahagian kecil pembohongan Amerika Syarikat tentang alasan perang di luar negara yang sudah menjadi tradisi di Rumah Putih sepanjang abad terakhir ini.

Berikut adalah catatan pembohongan yang telah menyumbang aktif kepada berlakunya penjajahan dan pertumpahan darah yang besar dan kemusnahan di pelbagai negara.

1. Woodrow Wilson: Tenggelamnya Kapal Lusitania – Perang Dunia I, 1917-1918

"Ini adalah perang melawan semua bangsa. Nyawa warga Amerika diragut, kita perlu menyiasatnya; warganegara-warganegara lain yang neutral juga telah diragut nyawanya dengan cara yang sama. Tidak ada diskriminasi. Ini adalah jenayah menentang seluruh umat manusia.

"Setiap negara perlu memutuskan sendiri bagaimana menghadapi jenayah ini. Pilihan yang tepat untuk bangsa kita mesti sesuai dengan watak dan tujuan kita sebagai bangsa. Kita perlu mengetepikan perasaan dendam.

"Motif kita (untuk berperang) bukanlah membalas dendam atau beradu kekuatan fizikal bangsa ini, melainkan pembelaan ke atas hak asasi manusia dan kitalah satu-satunya pemenang." (April 2, 1917)

Catatan:

Pada 7 Mei 1915, kapal Lusitania milik British tenggelam di luar pantai Ireland dan membunuh 1,200 penumpang daripada pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat. Kononnya, kapal itu tenggelam akibat serangan torpedo tunggal kapal selam Jerman.

Tenggelamnya kapal ini menjadi alasan bagi Amerika Syarikat untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia I dan pasukan Berikat pun mencapai kemenangan.

Namun, kecurigaan timbul: mengapa kapal itu tenggelam dengan sangat cepat ke bawah permukaan laut? Hal ini hampir tidak mungkin berlaku apabila kapal hanya ditembak oleh torpedo tunggal.

Kemungkinan, kapal awam itu membawa peluru haram dan berlaku letupan kuat akibat puting beliung.

Menggunakan kapal awam untuk membawa peluru dan peralatan perang yang lain adalah melanggar perjanjian antarabangsa.

2. Franklin D. Roosevelt: Pearl Harbor-Perang Dunia II, 1941-1945

"Semalam, 7 Disember 1941 – tarikh yang diingati dalam kehinaan – Amerika Syarikat tiba-tiba dan sengaja diserang oleh angkatan laut dan udara kerajaan Jepun.

"Amerika Syarikat sudah berdamai dengan negara itu dan atas permintaan Jepun, masih dalam rundingan untuk membawa perdamaian di Pasifik.

"Jarak Hawaii dari Jepun meyakinkan kita bahawa adalah jelas serangan itu sengaja dirancang beberapa hari atau bahkan berminggu-minggu yang lalu.

"Dalam tempoh itu, kerajaan Jepun telah sengaja berusaha untuk menipu Amerika Syarikat dengan memberikan kenyataan palsu mengenai harapan perdamaian." (8 Disember 1941)

Catatan:

Ada sesuatu yang pelik dalam peristiwa ini; pada tarikh 4 Disember, 3 hari sebelum serangan itu, pihak perisikan Australia memberitahu Amerika Syarikat mengenai pergerakan armada Jepun yang menuju Pearl Harbour, tetapi Amerika Syarikat tidak menghiraukannya.

Kemudian, dalam sebuah catatan jurnal yang dibuat oleh Menteri Angkatan Perang Roosevelt, Henry Stimson, bertarikh 25 November 1941, mengandungi perbualan beliau dengan Roosevelt: "Persoalannya adalah bagaimana untuk membuat pihak Jepun menyerang terlebih dahulu. Hal itu memang diharapkan supaya terlebih dahulu dilakukan oleh pihak Jepun supaya tidak ada sedikitpun keraguan ke atas siapa yang menjadi pihak penyerang."

Beberapa bulan sebelum berlakunya serangan terhadap Pearl Harbour, Roosevelt melakukan semua perkara yang boleh mencetuskan kemarahan pihak Jepun dengan menunjukkan dasar-dasar yang agresif.

Dia menghentikan semua import minyak Jepun dari syarikat minyak Amerika. Dia membekukan semua aset milik Jepun di Amerika.

Dia memberi pinjaman secara terbuka kepada kumpulan Nasionalis China serta membekalkan senjata kepada British dan kedua-duanya merupakan musuh Jepun dalam perang yang sekaligus juga bermakna melanggar undang-undang antarabangsa yang mengatur perang.

Jadi, seperti yang memang diharapkan berlaku, pada tarikh 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour sehingga membunuh 2400 orang tentera.

Sebelum peristiwa Pearl Harbour, 83% masyarakat Amerika tidak mahu Amerika terlibat dalam perang.

Selepas peristiwa Pearl Harbour, 1 juta orang mendaftar untuk menjadi sukarelawan perang.

3. Harry S. Truman: Ancaman Komunisme, Pelanggaran UN Charter-Perang Korea 1950-1953

"Pada hari Ahad, 25 Jun, pasukan Komunis menyerang Republik Korea. Serangan ini telah menjelaskan semua keraguan bahawa gerakan Komunis Antarabangsa telah melakukan pencerobohan bersenjata untuk menakluk negara-negara yang merdeka.

"Tindakan serangan seperti ini mewujudkan bahaya yang sangat jelas terhadap keselamatan semua negara merdeka. Serangan terhadap Korea adalah pelanggaran ke atas perdamaian dan pelanggaran ke atas Piagam PBB.

"Dengan tindakan mereka di Korea, pemimpin Komunis telah menunjukkan kebencian mereka terhadap prinsip-prinsip moral yang menjadi landasan penubuhan PBB.

"Ini adalah satu cabaran langsung kepada usaha negara-negara merdeka dalam membina dunia yang bebas dan aman.

"Cabaran ini telah disajikan dengan jitu dan kita perlu menghadapinya dengan jitu juga." (19 Jun 1950)

Catatan:

Sebulan kemudian, Truman berjaya memujuk Kongres Amerika Syarikat untuk meningkatkan belanjawan perang demi ‘mengelakkan penyebaran Komunisme di dunia’.

Amerika Syarikat melibatkan diri dalam Perang Korea dengan cara menghantar pasukan untuk membantu Korea Selatan, melawan Korea Utara yang disokong oleh Soviet Union.

IF Stone dalam bukunya ‘Hidden Story of the Korean War’ antara lain menyebut bahawa Korea Selatan memang sengaja memancing serangan Korea Utara.

Ketika Amerika Syarikat terjun ke dalam perang, siapa yang mengambil keuntungan? Sudah tentu, para broker perang (the industrial military complex).

4. Lyndon B. Johnson: Insiden Teluk Tonkin, "Domino Effect" - Perang Vietnam, 1964-1974; "Perang Melawan Kemiskinan"

"Malam tadi saya mengumumkan kepada rakyat Amerika bahawa rejim Vietnam Utara telah melakukan serangan lanjut yang disengajakan terhadap kapal tentera laut Amerika Syarikat yang beroperasi di perairan antarabangsa.

"Oleh kerana itu, kita melancarkan serangan udara yang berjaya menyebabkan kerosakan besar kepada kapal dan kemudahan (Vietnam Utara). Dua kapal terbang Amerika Syarikat hilang dalam operasi ini.

"Selepas berunding dengan para pemimpin Kongres, saya juga mengumumkan keputusan untuk meminta Kongres supaya menyokong usaha Amerika Syarikat dalam melindungi kebebasan dan keamanan di Asia Tenggara.

"Tindakan rejim Vietnam Utara ini telah menyebabkan perubahan besar terhadap situasi Asia Tenggara yang sudah sangat serius." (5 Ogos 1964)

Catatan:

Tarikh 4 Ogos 1964, kapal USS Maddox dan USS Turner Joy menjalankan rondaan bersama di sepanjang Teluk Tonkin yang berjarak kira-kira 18 km dan pantai Vietnam Utara.

Tiba-tiba ada serangan daripada kapal-kapal torpedo Vietnam Utara (menurut versi Vietnam Utara, ketika itu kapal Amerika Syarikat menjalankan misi perisikan dan memang sengaja memancing serangan).

Presiden Johnson memerintahkan Angkatan Udara dan Laut Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan udara terhadap pangkalan kapal-kapal torpedo Vietnam Utara. Seterusnya, Amerika Syarikat menghantar tenteranya ke Vietnam.

Sekali lagi, yang mendapat manfaat secara kewangan sudah tentu para broker perang (the industrial military complex).

5. Richard M. Nixon: "Vietnamisasi"; Pengeboman Kemboja, 1969-1973, "Perang Menentang Jenayah"

"Malam ini, Amerika dan Vietnam Selatan akan menyerang seluruh ibu pejabat operasi ketenteraan komunis di Vietnam Selatan. Ini bukan pencerobohan ke atas Kemboja.

"Kami mengambil tindakan ini bukan bertujuan untuk memperluaskan perang ke Kemboja, tapi untuk tujuan mengakhiri perang di Vietnam dan mewujudkan perdamaian dengan adil.

"Kami akan terus melakukan segala usaha untuk menamatkan perang ini melalui rundingan di meja persidangan daripada melalui pertempuran di medan perang.

"Pengumuman saya ini sekaligus memberitahu pemimpin Vietnam Utara bahawa kami mahu bersabar untuk mengusahakan keamanan di meja mesyuarat, tetapi kami tidak akan dipermalukan. Kami tidak akan kalah." (30 April 1970)

Catatan:

Konflik Vietnam merebak ke Kemboja. Nixon menyatakan bahawa Vietnam Utara telah memperluaskan serangannya ke pelbagai wilayah, termasuk Kemboja.

Di Kemboja, tentera Parti Komunis Kemboja bersekutu dengan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) dan Front Pembebasan Vietnam Selatan, menentang pemerintah Kemboja yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Republik Vietnam (Vietnam Selatan).

Nixon kemudian memerintahkan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan pengeboman secara besar-besaran di Kemboja dengan alasan mencegah pasukan komunis daripada berkuasa.

6. Ronald Reagan: Mengirim Marin ke Beirut 1983, Pencerobohan Grenada 1983, Pengeboman Libya 1986, Perang Dingin 1981-1989, Iran-Contra 1985

"Secara keseluruhan, Reagan berkata ‘Saya tidak ingat’ 88 kali dalam lapan jam keterangan mengenai kes Iran-Contra pada 16-17 Februari 1990," tulis New York Times.

"Aku masih ingat diberitahu bahawa ada ejen atau pemerintahan dalam peringkat tertentu, yang tidak dilarang oleh Pindaan Boland, dan saya ingat itu.

"Dan saya mengatakan bahawa kita perlu tetap berada dalam koridor undang-undang dan sebagainya. Dan saya tidak pernah mencabar atau mempersoalkan apa yang diberitahu kepada saya..." (Pada dasarnya, Ronald Reagan menyatakan tidak tahu menahu tentang Iran-Contra).

Catatan:

Pada 1982, seramai 96 warga negara asing, sebahagian besarnya warga Amerika Syarikat dan Eropah Barat, telah diculik oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Amerika Syarikat percaya pelakunya adalah Hizbullah (walaupun Hizbullah tidak pernah mengakui secara rasmi perkara ini). Kerana Hizbullah adalah sekutu Iran, Amerika Syarikat pun terpaksa mendekati Iran untuk meminta bantuan.

Iran yang pada ketika itu sedang diserang oleh Iraq dan sangat memerlukan senjata untuk mengusir Iraq dengan cepat mengambil peluang itu. Iran bersedia membantu pembebasan tebusan dengan imbalan pemberian senjata.

Amerika kemudiannya menghantar senjata untuk Iran melalui pihak ketiga (gerila Contra), namun Iran mempermainkan Amerika seperti boneka.

Walaupun beribu-ribu peluru berpandu dan senjata telah dikeluarkan, Iran memperlambat pembebasan tebusan. Iran bahkan mendedahkan kesepakatan rahsia itu kepada umum setelah tujuannya mendapatkan senjata tercapai.

Akibatnya skandal terbongkar pada tahun 1986. Pemerintah Amerika mendapat aib, sementara Iran berjaya mengusir Iraq (yang sejak awal perang disokong oleh Amerika Syarikat) pada tahun 1988.

7. George HW Bush: Pencerobohan Panama 1989, Perang Teluk 1991

"Dan saya sangat mengambil berat, tidak hanya tentang serangan fizikal, tetapi juga atas kekejaman (Iraq) seperti yang dilaporkan oleh Amnesty International; yang mengesahkan beberapa cerita yang sampai kepada kami daripada Amir (Kuwait).

"Hal ini sukar dipercayai, kekejaman yang telah diceritakannya. Maksud saya, cerita tentang kabel mesin dialisis yang dicabut daripada pesakit, dan mesin dialisis itu dihantar ke Baghdad; bayi yang dikeluarkan dari inkubator dan inkubator itu dihantar ke Baghdad.

"Saya tidak tahu berapa banyak daripada kisah-kisah ini boleh disahkan, tetapi saya tahu dengan pasti bahawa Amir (Kuwait) bercakap daripada lubuk hatinya.

"Dan selepas itu, datang Amnesty International, yang mendapat maklumat dari ramai orang di sempadan, dan ia sangat menjijikkan." (9 Oktober 1990)

Catatan:

Cerita bohong tentang inkubator itu diungkapkan oleh seorang gadis bernama Nariyah (15 tahun). Dalam program televisyen ABC's Nightline dan NBC Nightly News, sambil menangis dia menceritakan kejahatan tentera Iraq yang membunuh lebih kurang 300 bayi di hospital Kuwait.

Kisahnya menimbulkan gelombang kebencian terhadap Saddam Hussein. Dengan cepat Bush berjaya menggerakkan sokongan antarabangsa dan pada tahun 1991, dilancarkan Operasi Badai Gurun: menyerang Kuwait dan mengusir tentera Iraq.

Beberapa tahun kemudian terungkap bahawa Nariyah tidak lain adalah anak perempuan Sheikh Saud Nasser Al-Saud Al-Sabah, Duta Besar Kuwait untuk Amerika Syarikat.

Sebelum tampil di acara televisyen itu, dia belajar berlakon dahulu di Hill & Knowlton.

8. William J. Clinton: "Pencerobohan Kemanusiaan" - NATO di Bosnia dan Herzegovina 1995, "Pencerobohan Kemanusiaan" - NATO di Yugoslavia 1999

"Penyelaras kemanusiaan kami, Brian Atwood yang baru sahaja pulang dari kawasan itu, menceritakan pertemuannya dengan seorang wanita Albania tua di sebuah kem di luar Tirana.

"Wanita itu melihat semua lelaki anggota keluarganya dan sebahagian besar lelaki di kampungnya ditangkap oleh pihak berkuasa Serbia, diikat, disimbah dengan minyak petrol dan dibakar di hadapan keluarga mereka.

"Ini adalah jenis cerita yang akan menjadi terlalu dahsyat untuk dipercayai jika sahaja cerita ini tidak selaras dengan apa yang telah disampaikan oleh begitu ramai pelarian lain.

"Apa yang perlu kita ingat adalah bahawa ini adalah jenayah yang dirancang dengan cermat bukan insiden akibat kemarahan yang tidak terkawal semata-mata; ini adalah jenayah yang dilakukan oleh pemerintah Beograd untuk tujuan politik yang tertentu, iaitu untuk mempertahankan kawalan mereka ke atas Kosovo. Tindakan mereka ini mesti dikalahkan." (April 28, 1999)

Catatan:

Khusus untuk Bosnia, naratif yang biasanya sampai kepada kita adalah: Bosnia yang Muslim mahu mendirikan negara sendiri, kemudian diperangi oleh tentera Kristian Serbia.

Persoalannya: Mengapa Amerika Syarikat dan NATO begitu bersemangat untuk ikut berperang, mengebom habis-habisan wilayah itu (dan mengambil kedudukan untuk membela Bosnia-Muslim)?

Sudah tentu jawapannya memerlukan penyelidikan mendalam. Namun yang jelas, hasil akhirnya adalah liberalisasi ekonomi di kawasan tersebut dan ini didedahkan oleh Bank Dunia.

"...usaha yang lebih besar perlu diberikan dalam membina struktur lembaga yang layak untuk pemerintahan yang efektif seperti yang digariskan dalam Perjanjian Dayton dan melaksanakan reformasi struktural utama untuk mengubah struktur ekonomi sosialis lama kepada yang baru, iaitu ekonomi berasaskan pasar." (Bank Dunia 1997).

9. George W. Bush: Al-Qaeda - "War on Terror" 2001-sekarang, Pencerobohan ke atas Iraq 2003

"Menghadapi bukti yang jelas dan risiko bahaya ini, kita tidak boleh menunggu sehingga bukti terakhir sampai, iaitu asap senapang yang boleh datang dalam bentuk awan cendawan (ledakan senjata biologi).

"Dalam memahami ancaman ini dengan melihat bentuk dan penipuan rejim Iraq, kita mempunyai sebab untuk mengandaikan yang terburuk dan kita mempunyai tugas yang mendesak untuk mengelakkan kemungkinan terburuk itu berlaku." (6 Oktober 2002)

Catatan:

Bush Jr 'memujuk' Kongres Amerika Syarikat supaya meluluskan serangan ke atas Iraq dengan alasan Saddam mempunyai senjata biologi.

Pada tahun 2003, serangan itu dilakukan, Saddam terguling dan hingga ke hari ini sebahagian tentera Amerika Syarikat masih kekal di Iraq.

Kontrak minyak dan gas serta projek-projek pembinaan semula, sudah tentu jatuh ke tangan para pemegang saham perang ini (syarikat-syarikat milik Zionis).

Dan kemudian terbukti, Saddam sama sekali tidak menyimpan senjata biologi itu.

10. Barack H. Obama: "Pencerobohan Kemanusiaan" - NATO (serangan ke atas Libya) 2011, "Pencerobohan Kemanusiaan" (pencerobohan di Syria) 2011-sekarang

"Dalam situasi yang rentan seperti ini, sangat penting bagi negara-negara di dunia untuk bercakap dengan satu suara dan ia telah menjadi fokus kami.

"Semalam Majlis Keselamatan PBB secara sebulat suara menghantar mesej yang jelas iaitu mengutuk keganasan di Libya, menyokong akauntabiliti pelakunya dan membela rakyat Libya.

"Seperti semua pemerintahan, kerajaan Libya mempunyai tanggungjawab untuk mengelakkan keganasan serta untuk mengizinkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan untuk menghormati hak-hak rakyatnya.

"Kerajaan Libya perlu bertanggung jawab ke atas kegagalan untuk memenuhi tanggung jawab tersebut dan pada pelanggaran HAK ASASI MANUSIA yang berterusan." (22 Februari 2011)

Catatan:

Pada bulan Mei 2011, NATO di bawah pimpinan Amerika Syarikat membedil Libya dan merosakkan sangat banyak infrastruktur negara tersebut (dan kemudian, sekali lagi, projek pembinaan semulanya dipegang oleh syarikat Barat dan pembiayaannya dilakukan oleh pemerintah baru Libya dengan berhutang kepada IMF dan lain-lain).

Pembohongan diteruskan oleh Obama di Syria. Rejim Assad dituduh sebagai pelaku serangan senjata kimia pada tarikh 21 Ogos 2013 lalu, walaupun belum ada keputusan siasatan rasmi oleh PBB dan pelbagai kejanggalan ke atas kes ini telah didedahkan.

Pejuang Islam di Syria yang membawa projek Islam, yang tegak di atas hukum Allah semata-mata dengan tujuan mendirikan negara Islam sedang diperangi secara agresif oleh Amerika serta Eropah, Rusia dan Cina, serta boneka-boneka mereka.

Sementara Amerika Syarikat memaksakan projek negara sekular yang tegak di atas hukum buatan manusia serta ingin mempertahankan rejim Syria dan hanya mengubah rejim tidak disukai sahaja.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Friday, November 25, 2022

10 Peperangan Paling Banyak Mengorbankan Nyawa Dalam Sejarah

10 Peperangan Paling Banyak Mengorbankan Nyawa Dalam Sejarah

Walaupun pemerintahan dan jajahan sering berubah, namun melalui peperangan terdapat satu perkara yang tetap kekal sama iaitu kematian. Banyak nyawa telah terkorban tidak kira atas apa alasan perang tercetus.

Ancient and Modern War

Berikut adalah 10 peperangan yang paling banyak mengorbankan nyawa di dalam sejarah.

1. Perang Dunia Kedua
Lokasi: Global
Tahun: 1939-1945
Jumlah kematian: 56 juta orang
Punca: Perang dunia

Perang dunia pertama telah digelar perang untuk menghentikan semua perang namun malangnya bukanlah itu yang terjadi.

Hasil daripadanya ialah terjadinya kebangkitan untuk perang yang paling dahsyat dalam sejarah manusia ini.

Ketika itu dunia telah terbahagi kepada dua iaitu Perikatan dan Axis.

Kuasa Perikatan terdiri daripada Empayar British, USSR, Amerika, Albania, Australia, Belgium, Brazil, Canada, China, Czechoslovakia, Ethiopia, Perancis, Greece, India, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Philippine, Poland, Afrika Selatan dan Yugoslavia.

Manakala kuasa Axis pula terdiri dari negara Jerman, Itali, Jepun, Hungary, Romania dan Bulgaria.

Perang dunia ke-2 ini bermula pada tahun 1939, apabila Nazi German telah menjajah Poland. Nazi Jerman juga telah berusaha membunuh kaum Yahudi seramai yang boleh.

Lebih 100 juta orang tentera telah dikerah untuk bertempur di dalam perang dunia ke-2 ini. Perang yang terburuk di dalam sejarah ini tamat pada 1945 apabila kemenangan berpihak kepada gabungan Perikatan.

2. Penaklukan Mongol
Lokasi: Asia
Tahun: 1207-1472
Jumlah kematian: 45 juta orang
Punca: Penaklukan

Kebanyakan Dinasti China menguasai sebahagian besar jajahan mereka dengan menggunakan kekerasan dan juga keganasan, namun itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kaum Mongol.

Empayar Mongol dikatakan adalah salah satu empayar paling besar yang pernah wujud, iaitu sebanyak 20 peratus daripada dunia.

Gengis Khan dan pewarisnya Kublai Khan adalah pemerintah yang tidak berhati perut dan menyebabkan lebih dari 45 juta kematian. Mereka biasanya menjarah sesuatu bandar tanpa meninggalkan sesiapapun.

Dikatakan setiap tentera Mongol mempunyai kuota iaitu perlu membunuh sekurang-kurangnya 24 orang.

Empayar Mongol sangat terkenal dengan kekejamannya sehingga berlaku satu kejadian di mana 100,000 orang China telah membunuh diri sebagai satu-satunya jalan keluar.

3. Pemberontakan An Shi
Lokasi: China
Tahun: 756-763
Jumlah kematian: 35 juta orang
Punca: Pemberontakan

Pemberontakan ini telah berlangsung selama tiga pemerintahan maharaja Dinasti Tang di China, bermula dari tahun 755 dan berakhir pada 763.

An Shi adalah seorang jeneral tentera yang menjadi harapan maharaja dan dialah juga pencetus kepada pemberontakan ini. Dia berjaya melakukannya dengan memanipulasi maharaja ketika itu.

Dianggarkan semasa pemberontakan itu berlaku hampir 36 juta nyawa telah melayang. Bukan itu sahaja malah ia hampir memusnahkan Dinasti Tang itu sendiri dan juga kebudayaan China.

Akibat kekurangan pengaruh untuk mengawal para pemberontak, kuasa luar juga cuba untuk menguasai wilayah jajahan dinasti ini.

Seabad selepas itu, Dinasti Tang hampir hilang kuasanya dan hanya tinggal nama sahaja di dalam sejarah tanpa sebarang kekuasaan.

4. Penaklukan Dinasti Ming
Lokasi: China
Tahun: 1616-1662
Jumlah kematian: 25 juta orang
Punca: Penaklukan

Dinasti Ming dikenali sebagai salah satu dinasti yang terhebat dan paling kuat dalam sejarah. Ia diasaskan pada tahun 1368 dan berakhir pada 1644.

Pada tahun 1616, seorang pemerintah Manchuria bernama Nurchaci telah membuat rampasan kuasa puak Manchuria di China.

Pada tahun 1618 dia telah meminta maharaja Dinasti Ming untuk membayar ufti atau hadiah kepadanya dan kelantangan inilah yang menyebabkan tercetusnya perang.

Kesan peperangan ini menyebabkan bangkitnya golongan petani pada 1640 kerana tidak tahan dengan pemerintahan Dinasti Ming yang tidak adil.

4 tahun kemudian para pemberontak berjaya menawan Kota Beijing dan maharaja ketika itu tidak mahu menghadapi malu lalu menggantung mati dirinya sendiri.

Dinasti Manchuria kekal sehingga terciptanya Republik China pada tahun 1912. Sepanjang beberapa siri pertempuran, ia menyaksikan lebih 25 juta rakyat negara itu telah terkorban.

5. Pemberontakan Taiping
Lokasi: China
Tahun: 1851-1864
Jumlah kematian: 25 juta orang
Punca: Perang Saudara/Agama

Pemberontakan Taiping dikatakan perang terbesar yang berlaku pada kurun ke-19 yang terjadi disebabkan pembentukan agama Kristian di tempat di mana kebanyakan rakyatnya beragama Buddha dan Confucius.

Pemberontakan yang terjadi itu diketuai oleh Hong Xiuquan yang beragama Kristian.

Hong yang membentuk kerajaan Taiping Heavenly Kingdom di beberapa bahagian di Selatan China telah bangun menentang pemerintahan Dinasti Qing yang merupakan dinasti terakhir di China.

Dinasti Qing telah bangun menentang semula dengan bantuan tentera Perancis dan juga British pada masa itu.

Sepanjang 15 tahun lamanya peperangan itu berterusan, akhirnya Hong Xiuquan kalah dan dianggarkan lebih kurang 25 juta nyawa telah terkorban.

6. Penaklukan Timur
Lokasi: Asia
Tahun: 1369-1405
Jumlah kematian: 17 juta orang
Punca: Penaklukan

Pada kurun ke 14, Timur merupakan seorang penjajah yang berkuasa di Asia Tengah dan Asia Barat. Dia merupakan pengasas Empayar Timurid dan kemudian pewarisnya mengasaskan Empayar Mughal di India yang bertahan sehingga pertengahan 1800.

Timur mempunyai perwatakan yang berkonflik kerana sangat minat pada seni dan pada masa yang sama dia juga sukakan pertumpahan darah.

Sebelum Timur memulakan penaklukannya di Asia, dia sebelum itu telahpun mengakibatkan 15 juta kematian yang juga akibat perang.

7. Perang Dunia Pertama
Lokasi: Global
Tahun: 1914-1918
Jumlah kematian: 10 juta orang
Punca: Kuasa

Walaupun sejarah tidak pasti bilangan sebenar nyawa yang telah terkorban namun jika dicampur dengan kematian orang awam atas pelbagai sebab, jumlahnya mencecah 16 juta orang dan 21 juta yang lain cedera.

Perang ini berakhir pada Hari Armistice, 11 November 1918 apabila Jerman menyerah kalah.

Kesan daripada perang ini menyebabkan Austo-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah hampir terbubar dan menyaksikan kemunculan Soviet Union daripada Empayar Rusia.

8. Kebangkitan Muslim (Dungan Revolt)
Lokasi: China
Tahun: 1826-1877
Jumlah kematian: 10 juta orang
Punca: Agama

Kebangkitan Muslim yang juga dikenali Dungan Revolt dan Perang Minoriti Hui ini merupakan perang agama pada kurun ke 19.

Peperangan ini bermula dengan kebangkitan kaum Muslim di beberapa daerah di China seperti Shaanxi, Gansu, Xinjiang dan Ningxia.

Seperti perang Napoleon dan perang saudara Russia, perang ini juga mempunyai banyak siri iaitu sebanyak 10 peperangan. Peperangan ini menyaksikan penaklukan dan penjajahan di sepanjang Sungai Kuning di China.

Kebangkitan ini gagal dan menyaksikan penghapusan kaum Muslim di China.

Pada penghujung perang ini dianggarkan lebih 12 juta orang telah terkorban sama ada akibat pertempuran, kebuluran dan juga ketika menjadi pelarian.

Yang lebih menyedihkan ialah apabila lebih 91% kaum Hui telah lenyap dan hampir pupus.

9. Perang Saudara Rusia
Lokasi: Rusia
Tahun: 1917-1921
Jumlah kematian: 7.5 juta orang
Punca: Revolusi Perang Saudara

Nicholas II, Tsar atau raja terakhir telah jatuh dari takhtanya pada Febuari 1917. Pada 16 dan 17 Julai 1918, Bolsheviks yang mengetuai pemberontakan telah menghukum Tsar sampai mati dan kesemua ahli keluarga diraja itu.

Perang saudara di Rusia bukan terhenti setakat itu sahaja akan tetapi beberapa lagi siri peperangan berlanjutan sehingga ia berakhir pada 1921 dan menyaksikan hampir 20 juta orang telah terkorban, tidak kira melalui peperangan atau kebuluran akibat perang itu.

10. Perang Napoleon
Lokasi: Eropah
Tahun: 1804-1815
Jumlah kematian: 5 juta orang
Punca: Penaklukan

Revolusi Perancis pada tahun 1789-1799 merupakan permulaan kepada perang Perancis dan Eropah pada umumnya. Ini terjadi apabila Napoleon Bonaparte menerajui pemberontakan terhadap pemerintahan diraja negara itu dan berjaya menggulingkan kuasa besar yang bertakhta sekian lama.

Pada tahun 1804, Napoleon telah menggelar dirinya sendiri sebagai Maharaja Perancis dan ini membuatkan kuasa diraja di negara Eropah yang lain merasa tergugat.

Kuasa besar di negara-negara Eropah yang lainnya telah melancarkan perang ke atas Napoleon dan Perancis untuk menghalang pemberontakan yang telah berjaya menawan Perancis itu.

Pada pengakhiran perang ini menyaksikan Empayar Roman telah jatuh, Empayar Sepanyol menjadi lemah dan Britain menjadi salah satu kuasa besar dunia.

Dalam salah satu pertempuran yang terkenal dalam sejarah, Napoleon akhirnya dikalahkan di Waterloo pada 18 Jun 1815.

Ini terjadi apabila Napoleon cuba menyerang Rusia pada tahun 1812, menyaksikan lebih 2.5 juta tentera dan 1 juta rakyat biasa terkorban.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Sunday, June 05, 2022

Bagaimana Dron Tempur Bayraktar TB2 Buatan Turki Mengubah Haluan Perang Moden?

Bagaimana Dron Tempur Bayraktar TB2 Buatan Turki Mengubah Haluan Perang Moden?

Libya. Syria. Nagorno-Karabakh dan terbaharu Ukraine. Dron TB2 buatan firma pertahanan Turki, Baykar Aviation, terbukti menjadi duri dalam daging kepada pihak musuh sehingga mengubah haluan peperangan memihak kepada pemiliknya.

Dron TB2
Bayraktar TB2.

Dron tempur Bayraktar TB2 yang dibina oleh firma Baykar pada asalnya digunakan dalam operasi menentang PKK tetapi ia menjadi popular selepas terlibat menentang rejim Syria yang disokong oleh Rusia.

Tetapi bagaimana semua ini bermula? Semuanya gara-gara tindakan Amerika Syarikat melarang eksport dron ke Turki sekitar tahun 2014. AS bimbang dron yang dieksport akan digunakan terhadap kumpulan pemisah Kurdis (PKK) yang bukan saja berada di Turki tetapi di luar negara terutamanya Syria dan Iraq.

Bukan sekali Presiden Recep Tayyip Erdogan yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri Turki melobi AS untuk menjual dron Predator kepada Ankara sejak 2009.

Bagaimanapun, Kongres AS ketika itu bertegas untuk tidak meluluskan penjualan dron tersebut kepada Turki.

Berang, Turki mula membangunkan program dronnya sendiri diketuai oleh CTO Baykar dan menantu Erdogan, Selcuk Bayraktar.

Keupayaan TB2 mula terbukti menerusi ujian penerbangannya pada Disember tahun 2015, yang menerusi ujian tersebut, TB2 berjaya melepaskan roket ke arah sasaran buat kali pertama melalui sistem penghantaran Hornet.

TB2 juga turut dilengkapi senjata dan bom mini, bertujuan untuk tidak memberi terlalu banyak beban kepada dron semasa penerbangan. Sejak itu, dron TB2 mula menunjukkan prestasi memberangsangkan di setiap medan perang yang disertainya.

Konflik Nagorno-Karabakh menyaksikan lebih 500 serangan Azerbaijan ke atas semua aset pertahanan Armenia buatan Rusia seperti kereta kebal, sistem pertahanan peluru berpandu dan artileri.

Malah, wakil Republik Nagorno-Karabakh ke Amerika Syarikat, Robert Avetisyan turut mengakui Armenia kalah dalam konflik itu akibat kekuatan TB2, yang menjadi duri dalam daging kepada Armenia setiap kali ia beroperasi.

Walaupun ia terbang perlahan dan kipasnya mudah dilihat, Armenia seolah-olah tiada jawapan terhadap keberkesanan dron itu di medan Nagorno-Karabakh.

Hal ini merungsingkan diaspora Armenia di luar negara terutama AS sehingga mendorong mereka melobi Kongres AS agar menghalang semua jualan komponen TB2 daripada diperoleh Baykar.

Namun, perkara ini sudah disedari oleh Baykar terutama selepas pendedahan akhbar The Guardian berkenaan TB2 pada tahun 2019.

Dalam kenyataan mereka di Instagram, firma Turki memberitahu 93% komponen dron kini dibuat secara domestik.

Malah, jika ada sekatan sekalipun, ramai pakar pertahanan percaya langkah tersebut tidak akan berjaya kerana sifat pembuatan dron yang modular dan boleh diganti dengan komponen lain.

Pantsir-S1
Pantsir-S1.

Jika Rusia merasakan kejayaan TB2 di Nagorno-Karabakh didorong oleh nasib, semuanya berubah di Libya.

Pada tahun 2019, wujud konflik antara kerajaan sementara Libya yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki (GNA) dengan Jeneral Khalifa Haftar yang disokong Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kontraktor swasta Rusia, Wagner Group.

Pada awalnya, momentum memihak kepada Haftar dan sekutu-sekutunya terutama dengan sokongan dron buatan China, Wing Loong, yang dikawal juruterbang-juruterbang UAE. Tetapi semua itu berubah apabila GNA membawa masuk dron-dron TB2 pada Disember 2019.

Sejak itu, TB2 bukan saja membantu tentera-tentera GNA mara, malah menjadi duri dalam daging kepada aset-aset pertahanan Haftar termasuk sistem pertahanan anti-pesawat buatan Rusia, Pantsir-S1. Sekurang-kurangnya sembilan unit Pantsir-S1 musnah di tangan TB2.

Bantuan TB2 turut membolehkan GNA merampas semula bandar-bandar Libya yang dikawal pasukan Haftar sebelum ini.

Ini menjelaskan mengapa Rusia mengamuk kepada Turki selepas Ukraine menggunakan dron TB2 dalam konflik Ukraine-Rusia. Puluhan kereta perisai dan artileri menjadi sasaran dron tersebut sejak konflik bermula.

Malah, ramai penganalisis pertahanan percaya TB2 digunakan sebagai cara mengalihkan perhatian kapal perang Rusia Moskva sebelum ia dikaramkan dengan serangan peluru berpandu Neptune pada April 2022.

Setakat ini, tiada negara yang dapat mencapai apa yang diusahakan oleh Bayraktar dan bagi penasihat industri pertahanan yang berpangkalan di Turki, Arda Mevlutoglu, Bayraktar berjaya mencapai keseimbangan dari segi harga produk, teknologi dan prestasi di lapangan. Firma tersebut turut membantu menambahbaik pengeluaran dron pada kadar yang pantas dan mudah.

Secara tidak langsung, TB2 juga membantu mengukuhkan dasar luar Turki pimpinan Erdogan.

Misalnya pada Mac tahun 2020, gabungan dron TB2 dan Anka-S menakutkan angkatan tentera Syria yang dihantar ke Idlib. Serangan bertubi-tubi dua dron itu memaksa Syria bersetuju memeterai gencatan senjata sehingga kini yang telah memasuki tahun kedua.

Selain membekalkan dron, Turki turut menghantar juruterbang, tenaga pengajar dan jurutera diperlukan bagi melatih klien-klien Baykar menggunakan TB2.

Baykar turut membina kilang-kilang TB2 di luar negara termasuk Ukraine, yang menurut Mevlutoglu, dengan cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan luar yang terjalin antara Turki dengan negara-negara pembeli dan mempengaruhi dasar luar di sesebuah rantau baik di Afrika, Timur Tengah atau Eropah Timur.

Dari segi ekonomi, tidak diketahui jumlah sebenar TB2 dijual di luar negara, tetapi jika dijual sebahagiannya pun, ia amat menguntungkan kepada industri pertahanan Turki.

Eksport industri senjata Turki telah meningkat dari AS$250 juta (RM1.1 bilion) pada 2002 kepada AS$3 bilion (RM13.15 bilion) pada tahun 2021. Dan ramai menjangkakan angka itu boleh mencecah AS$4 bilion (RM17.5 bilion) pada akhir tahun 2022.

Jualan TB2 bukan saja merangkumi jualan produk dan alat ganti tetapi juga dari segi latihan dan penyelenggaraan.

Walaupun eksport TB2 dikawal oleh kerajaan dan perlu mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan dan Pejabat Presiden Turki, hakikatnya ia boleh dibeli oleh mana-mana negara yang berminat.

Selain Ukraine dan GNA, Maghribi, Poland dan Kuwait juga merupakan pembeli dron Turki untuk TB2. Cuma bezanya untuk dron-dron TB2 mereka ialah jenis sistem turet yang digunakan.

TB2 Bayraktar Akinci
TB2 Bayraktar Akinci.

Sebelum ini, Baykar menggunakan sistem turet MX-15D buatan firma Kanada, Wescam, tetapi akibat pendedahkan akhbar The Guardian pada tahun 2019, sistem tersebut tidak lagi dibekalkan kepada mereka. Ini memaksa Baykar beralih kepada firma pertahanan Turki, Aselsan, untuk membangunkan sistem CATS FLIR sebagai alternatif kepada MX-15D.

Tetapi, bagi para pengguna Baykar, mereka lebih suka mendapatkan TB2 sebelum memasang MX-15D pada dron mereka, kerana sistem tersebut lebih ringan daripada sistem CATS FLIR buatan Aselsan dan menunjukkan prestasi lebih baik di lapangan.

Dan kini, Baykar telah memperkenalkan generasi terbaharu TB2 iaitu Bayraktar Akinci, yang berupaya terbang pada altitud lebih tinggi dan membawa lebih banyak roket dan bom berbanding TB2.

Dan pada April tahun 2022, Akinci digunakan buat kali pertama untuk operasi anti-PKK di Iraq. Pengenalan Akinci dijangka akan menambah pening Barat terhadap dron buatan Turki selepas TB2.

Dengan TB2 telah mengubah haluan peperangan di seluruh dunia, ia bukan sekadar dron bersenjata di medan perang, tetapi secara tidak langsung ia turut menonjolkan semangat inovasi dan kelicikan dasar luar Turki dalam dunia yang semakin mencabar hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, January 08, 2020

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Akhirnya, IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada jam 3 pagi Selasa waktu tempatan dan antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Iranian missiles attack US
Gambar hiasan.

Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

"Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu," menurut kenyataan Hoffman.

Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya.

“Pagi ini, pejuang Tentera Udara IRGC melancarkan Operation Martyr Soleimani dengan kod ‘Oh Zahra’ yang menyerang menggunakan berpuluh peluru berpandu dari darat ke darat terhadap pangkalan kuasa teroris AS,” lapor media rasmi Iran ISNA, menurut ABC.

Pada Selasa, Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam satu taklimat menegaskan bahawa AS bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan yang dilancarkan Iran.

“Kepada rakan sekutu dan rejim Iran, saya ingin kata bahawa kami tidak ingin memulakan peperangan bersama Iran, namun kami bersedia untuk mengakhirinya,” kata Esper.

AS$80 JUTA UNTUK KEPALA DONALD TRUMPH

Iran menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya mendapatkan kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan kematian Ketua Jeneral Iran, Qasem Soleimani.

Memetik laporan akhbar media, penyiar rasmi perarakan pengebumian Soleimani di Iran berkata 1 dolar AS akan disumbangkan setiap rakyat Iran dengan jumlah penduduk seramai 80 juta.

"Iran mempunyai 80 juta penduduk. Berdasarkan kepada penduduk Iran, kami ingin menaikkan AS$80 juta yang merupakan hadiah bagi mereka yang dapat mendekati Presiden Trump," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iran Abolfazl Aboutorabi mengancam untuk menyerang politik Amerika.

"Kita (Iran) boleh menyerang White House. Kita boleh memberi respons kepada mereka di tanah Amerika. Kami mempunyai kuasa, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah perisytiharan perang, yang bermaksud jika anda teragak-agak, anda akan kalah," kata Aboutorabi.

Pembukaan Parlimen Iran menyaksikan kesemua Ahli Parlimen republik itu memanggil Presiden AS sebagai 'pengganas yang berbaju sut' selepas Donald Trump mengancam untuk menyerang 52 lokasi kepentingan Iran.

BAGAIMANA PERANG AS-IRAN AKAN TERJADI?

Sekatan yang dikenakan oleh AS telah memusnahkan ekonomi Iran, dan Tehran sangat mahukan ianya ditarik balik.

Tetapi, disebabkan tiada pilihan, para pemimpin Iran boleh memilih taktik yang lebih ganas untuk mencapai matlamat mereka, terutamanya selepas kematian Soleimani.

Tentera Iran boleh mengebom kapal tangki minyak Amerika yang melalui Selat Hormuz, sebuah laluan penting bagi perdagangan tenaga global yang agresif dipatrol oleh pasukan Tehran, menyebabkan kehilangan nyawa atau bencana tumpahan minyak.

Penggodam Iran yang mahir juga boleh melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas sekutu serantau seperti Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu.

Israel boleh membunuh saintis nuklear Iran, yang membuatkan Iran menyerang kembali dan menarik Amerika Syarikat ke dalam perbalahan itu, terutama jika Tehran bertindak balas dengan tegas.

Atau, proksi berkaitan dengan Iran boleh mensasar dan membunuh tentera serta diplomat Amerika di Iraq. Pilihan terakhir ini dilihatkan yang paling berkemungkinan, menurut pakar.

Lagipun, Iran pernah mengebom berek Marin AS di Lubnan pada tahun 1983 dan membunuh lebih daripada 600 tentera AS semasa Perang Iraq. Dan jika ini berlaku, adalah mustahil untuk pentadbiran Donald Trump tidak bertindak balas.

Sekiranya Tehran memusnahkan kapal tangki minyak, membunuh dan menyebabkan tumpahan minyak, AS mungkin akan memusnahkan beberapa kapal Iran.

Jika Iran mengeluarkan arahan menembak satu lagi pesawat udara tentera Amerika Syarikat, AS mungkin menyerang beberapa pertahanan udara Iran.

Dan jika militan yang menyokong Iran membunuh orang Amerika di Iraq, maka tentera AS yang ditempatkan di sana boleh membalas, membunuh pejuang militia dan mensasarkan pangkalan operasi mereka sebagai balasan.

Amerika Syarikat juga boleh mengebom pusat latihan tertentu di dalam Iran atau membunuh pegawai tinggi.

Jika ini berlaku, kedua-dua pihak perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan mencari cara bagaimana untuk tidak melampaui garis merah.

Masalahnya ialah, tidak ada saluran terus antara kedua-dua negara dan mereka tidak mempercayai satu sama lain. Oleh itu, situasi boleh hilang kawalan bila-bila masa.

Cara AS Memenangi Perang

Strategi AS kemungkinan besar akan melibatkan kekuatan udara dan laut yang besar untuk menewaskan Iran.

Tentera AS akan mengebom kapal Iran, melancarkan pesawat perang, tapak peluru berpandu, kemudahan nuklear, dan tempat latihan, serta melancarkan serangan siber ke atas kebanyakan infrastruktur ketenteraan Iran.

Matlamatnya adalah untuk menurunkan daya konvensional Iran dalam beberapa hari dan minggu pertama, menjadikannya lebih sukar untuk Teheran menentang kekuatan Amerika.

Menurut pakar, rancangan itu adalah munasabah sebagai seranga pembukaan yang mengejut, tetapi ia tidak akan membuatkan AS terus memenangi peperangan ini.

Ini kerana serangan udara AS pastinya akan membunuh beribu-ribu orang Iran termasuklah orang awam.

Dan perkara ini sekali gus boleh merangsang masyarakat Iran menentang Amerika Syarikat dan berdiri teguh di belakang rejim itu, walaupun Iran sendiri telah melayan rakyatnya dengan teruk dalam beberapa dekad berkuasa.

Terdapat satu lagi risiko, iaitu satu permainan perang pada tahun 2002 menunjukkan bahawa Iran boleh menenggelamkan kapal dan membunuh anak kapal Amerika, walaupun tentera laut AS lebih kuat.

Jika Iran berjaya melakukan ini, ia boleh memberikan imej kukuh yang boleh bertindak sebagai propaganda rampasan kuasa bagi rakyat Iran.

Dan jika Trump pula melakukan perkara yang sama iaitu dengan memusnahkan kapal perang Iran, AS tidak akan boleh menyemarakkan semangat rakyatnya.

Donald Trump telah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu menghantar tentera darat ke Iran atau menghabiskan masa yang lama menentang negara itu.

Ini seiring dengan kecenderungan beliau untuk menjauhkan AS daripada perang asing, terutamanya di Timur Tengah.

Tetapi, dengan pembantunya yang agresif, seperti Setiausaha Negara Mike Pompeo, terdapat kemungkinan AS dapat meyakinkan Donald Trump untuk tidak kelihatan lemah dan berperang habis-habisan.

Menurut pakar, pilihan yang dimiliki oleh presiden AS pada masa itu akan menjadi sangat bermasalah. Yang paling berisiko setakat ini adalah menceroboh dan menyerang Iran.

Iran mempunyai hampir 3 kali ganda jumlah penduduk yang dimiliki Iraq pada tahun 2003 ketika perang bermula, dan 3.5 kali ganda lebih besar.

Malah, ia adalah negara ke-17 terbesar di dunia, dengan wilayah yang lebih besar daripada gabungan Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Sepanyol, dan Portugal.

Geografi Iran juga berbahaya di mana ia mempunyai gunung kecil di sepanjang sempadannya.

Memasuki dari bahagian Afghanistan di timur bermakna mereka terpaksa melintasi dua padang pasir.

Cuba untuk masuk dari barat juga adalah sukar walaupun dengan Turki (sekutu NATO) sebagai negara sempadan. Lagipun, Turki tidak akan membiarkan AS menggunakan Turki untuk menyerang Iraq.

AS boleh cuba memasuki Iran seperti yang dilakukan Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq, berhampiran dengan anak sungai yang berbatasan dengan barat daya Iran. Tetapi, kawasan itu berpaya dan agak mudah untuk dilindungi Iran.

Oleh itu, harapan terbaik untuk pentadbiran Donald Trump adalah konflik ini berakhir secepat mungkin selepas serangan pembukaan mereka bermula.

Jika tidak, dan jika Iran menentang, semuanya akan menjadi bertambah buruk bagi AS dan seluruh dunia.

Cara IRAN Memenangi Perang

Leftenan Jeneral Marin AS iaitu Vincent Stewart yang sudah bersara meninggalkan jawatannya sebagai orang kedua tertinggi di US Cyber Command pada tahun 2019 dan di penghujung kerjayanya, beliau menghabiskan masa di barisan depan perisikan tentera dan komuniti keselamatan siber.

Oleh itu, beliau adalah individu yang mempunyai maklumat terkini tentang bagaimana cara yang mungkin bagi Iran untuk menentang AS.

Menurutnya, strategi Iran mungkin dengan mengelakkan operasi konvesional secara langsung seboleh yang mungkin.

Iran akan cuba menyebabkan kerosakan pada skala global, menyerang kepentingan AS melalui operasi siber dan sasaran keganasan dengan niat untuk memperluaskan konflik, sambil menggalakkan komuniti antarabangsa untuk menghalang tindakan Amerika.

Dalam erti kata lain, Tehran tidak dapat menandingi kekuatan senjata Washington.

Tetapi, ia boleh menyebarkan huru-hara di Timur Tengah dan di seluruh dunia, dengan harapan bahawa masyarakat AS yang tidak tahan dengan peperangan serta masyarakat antarabangsa yang marah membuatkan Amerika menarik diri.

Ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sukar tetapi para pakar percaya Iran mempunyai kebolehan ini dan akan melakukannya untuk mencapai apa yang dimahukan.

Rangkaian proksi dan unit elit Iran yang luas seperti Pasukan Pengawal Revolusi Iran boleh diperintahkan untuk membunuh tentera, diplomat dan rakyat AS di seluruh rantau itu.

Tentera AS di Syria agak lemah dan kekurangan sokongan, membuatkan mereka menjadi sasaran mudah.

AS juga mempunyai beribu-ribu orang awam, tentera dan kontraktor di Iraq, yang mana kebanyakannya bekerja di kawasan di mana militan Iran beroperasi.

Sekutu AS juga boleh menjadi sasaran utama. Hezbollah, kumpulan tentera yang disokong Iran di Lubnan, mungkin menyerang Israel dengan roket dan memulakan perjuangan kejamnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Iran juga boleh menggalakkan organisasi pengganas atau proksi lain untuk menyerang di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan negara-negara Teluk yang lain.

Tahun 2019 lepas, ia merancang dan melaksanakan serangan drone ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi utama yang menjejaskan pasaran dunia.

Sokongan Iran terhadap pemberontak Houthi di Yaman akan semakin meningkat, menawarkan lebih banyak senjata dan dana untuk menyerang lapangan terbang, pangkalan tentera dan loji tenaga Arab Saudi.

Sementara itu, negara-negara seperti Rusia dan China yang mana kedua-duanya sangat rapat dengan Iran, akan cuba menghalang pertempuran dan pada masa yang sama, memanfaatkan peluang ini.

China sangat bergantung terhadap eksportnya yang melintasi Selat Hormuz, jadi ia mungkin akan menenangkan Iran supaya Tehran tidak menutup jalan air tersebut.

Rusia mungkin akan menuntut pengekangan, tetapi menggunakan peluang itu untuk memperkuat hubungannya dengan Iran.

Para pakar juga menyatakan bahawa Iran kemungkinan besar memiliki "ejen senyap" di Eropah dan Amerika Latin, di mana mereka ini boleh muncul apabila diperlukan dengan cara yang dramatik dan ganas.

Sebagai contoh pada tahun 1994, pengganas yang dikaitkan dengan Iran mengebom hab masyarakat Yahudi di Buenos Aires, ibu negara Argentina, yang membunuh 85 orang dan mencederakan kira-kira 300 yang lain.

Tragedi ini kekal sebagai serangan pengganas terbesar dalam sejarah Amerika Latin, dan kemungkinan akan berlaku yang lebih besar.

Pada tahun 2018, Argentina menahan dua lelaki yang disyaki mempunyai hubungan dengan Hezbollah.

Sementara itu, Iran adalah ancaman besar kepada AS dalam dunia maya. Bermula pada tahun 2011, Iran menyerang lebih daripada 40 bank Amerika, termasuk JPMorgan Chase dan Bank of America.

Serangan itu membuatkan bank menghadapi masalah untuk melayan pelanggan dan pelanggannya menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan bank.

Pada tahun 2012, Iran melancarkan malware ke rangkaian Saudi Aramco, sebuah syarikat minyak utama, yang memadamkan dokumen, e-mel, dan fail lain dalam komputer syarikat sekitar 75%, lalu menggantikannya dengan imej bendera Amerika yang terbakar.

Dan dijangkakan para penggodam Iran akan mencetuskan huru-hara yang lebih dahsyat di tengah-tengah peperangan.

Jika kesemua faktor ini diambil kira, peperangan antara Amerika Syarikat dan Iran akan menjadi satu pertarungan yang sangat kejam dan jahat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: 1 | 2

Sunday, January 05, 2020

'Kontraktor Tentera' Askar Upahan Yang Boleh Disewa!

'Kontraktor Tentera' Askar Upahan Yang Boleh Disewa!

Kita semua tahu tentang kewujudan organisasi bersifat ketenteraan sama ada melalui penubuhan berteraskan kerajaan atau negara, mahupun pergerakan bersifat militia. Semuanya bertujuan untuk bertindak sebagai benteng pertahanan atau operasi berfokuskan serangan.

Kontraktor Tentera

Bagaimanapun dalam zaman moden, minat masyarakat untuk menyertai latihan tentera serta sanggup mengorbankan diri demi negara, semakin lama semakin terhakis. Hinggakan banyak pihak memerlukan tentera upahan yang bersetuju untuk berjuang demi pihak yang mampu mengupah mereka.

Tentera upahan apabila bertindak sendirian, biasanya bergelar sebagai seorang 'mercenary' secara rasmi - namun apabila aktiviti mereka dibuat untuk tujuan keuntungan dan dilakukan dalam bilangan ramai, kini lebih dikenali dengan label 'PMC' atau 'Private Military Company.'

Apa beza 'tentera upahan' dengan 'PMC'

Walaupun kedua-duanya kelihatan hampir serupa, perbezaan paling ketara antara kedua-dua sistem tentera upahan ini tentang kewujudan regulasi yang menyelia pergerakan mereka.

Seorang 'mercenary' biasanya bergerak secara haram, tidak berdaftar dan melakukan aktiviti secara sembunyi tanpa meninggalkan jejak.

Sebuah PMC pula dibentuk dengan gabungan kumpulan tentera upahan, menjalankan operasi mereka secara terbuka, berdaftar dan dikawal selia kerajaan di mana mereka didaftarkan.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan anggota tentera bagi tujuan operasi militari dan keselamatan, PMC turut sama menyediakan khidmat latihan bagi mana-mana pihak yang memerlukan, khidmat penghantaran logistik berisiko tinggi, pemasangan peranti keselamatan dan ketenteraan serta pembekalan senjata.

Khidmat mereka bukan saja digunakan untuk tujuan ketenteraan semata-mata. Ada beberapa negara mengambil khidmat PMC untuk tujuan membasmi aktiviti lanun di kawasan maritim dan ada juga yang melantik PMC bagi menghalang kumpulan pemburu binatang haram tanpa permit, demi melindungi warisan negara mereka.

Kenapa PMC semakin lama semakin popular?

Berbeza dengan pasukan tentera latihan kerajaan - PMC kebiasaannya diwakili oleh individu-individu yang sudah berpengalaman luas dalam hal perang. Kelebihan ini membolehkan mereka dipanggil untuk berkhidmat tanpa menunggu tempoh latihan yang panjang.

Ini bermakna pada bila-bila masa, mana-mana individu, syarikat atau badan awam yang mahu dan berkemampuan sudah mempunyai pilihan untuk memiliki pasukan keselamatan mereka sendiri secara segera.

Selain daripada itu, beberapa kajian yang dijalankan mendapati keberkesanan PMC khasnya dalam peperangan berskala lebih besar mampu mempercepatkan penamatan konflik itu, khasnya apabila melibatkan konflik antara kerajaan dengan pemberontak kerajaan.

PMC menjadi popular kerana dua sebab utama ini. Penglibatan mereka menjimatkan kos dan masa, berbanding sistem latihan yang memerlukan dana jangka masa panjang dan banyak masalah yang timbul, tidak perlu dibiarkan berlanjutan dalam satu jangka masa yang lama sehingga memerlukan kemampuan kewangan berlebihan.

Sejarah bermulanya sistem PMC

Untuk memahami bagaimana sistem regulasi PMC bermula, kita perlu melihat satu peristiwa dalam bulan September tahun 2008. Pada bulan tersebut, 17 negara anggota PBB seperti Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Ukraine, United Kingdom dan sudah tentulah Amerika Syarikat - menandatangani apa yang dinamakan sebagai Perjanjian Dokumen Montreux, dinamakan sempena lokasi majlis itu diadakan di Montreux, Switzerland.

Dalam upacara itu kesemua negara anggota bersetuju untuk meratikasikan 70 perkara yang berkait dengan sistem regulasi syarikat pengelola ketenteraan, dalam menjamin semua penglibatan PMC dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Selain itu, dokumen itu juga mengandungi undang-undang antarabangsa yang akan menjadi garis panduan sekiranya berlakunya kes-kes perbalahan antara PMC dengan pihak luar, tata cara perkhidmatan, syarat pendaftaran pengelola syarikat dan juga ikrar untuk memastikan hak asasi manusia khasnya melibatkan pekerja PMC dipelihara.

'Standard operasi' bagi semua PMC diwujudkan hasil perjanjian tersebut, memerlukan mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan PMC mematuhi semua syarat yang ada sebelum mereka dibenarkan mengambil pelanggan.

Setakat ini, 54 negara sudah menandatangani Dokumen Montreux, namun kebanyakan negara Asia Tenggara masih lagi belum mengambil sebarang keputusan sama ada mahu menggunakan undang-undang antarabangsa dalam isu berkait PMC atau terus kekal dengan akta tempatan sedia ada, yang hanya merangkumi isu-isu dalam negara sahaja.

PBB antara pelanggan terbesar PMC

Berikutan kerenah birokrasi yang melibatkan negara-negara anggota, PBB merupakan antara pelanggan paling kerap mengupah perkhidmatan PMC, berikutan daripada kemudahan yang PMC tawarkan - khasnya melibatkan kerja-kerja misi pengamanan yang dilakukan di seluruh dunia.

Kebiasaannya, PBB menggunakan khidmat PMC dalam melindungi kepentingan mereka; pihak PMC menawarkan khidmat analisis risiko, latihan keselamatan bagi petugas kemanusiaan, pengurusan krisis khasnya melibatkan insiden penculikan dan perlindungan aset, seperti premis, pejabat, kediaman dan sebagainya.

Antara syarikat terkenal PMC di seluruh dunia berikutan keberkesanan mereka dalam perkhidmatan adalah firma Blackwater, yang namanya kerap kali disebut dalam banyak filem Hollywood.

Berpusat di Carolina, Amerika Syarikat, Blackwater menjadi syarikat PMC no. 1 di dunia serta menjadi pemegang kontrak terbesar bagi kerajaan Amerika Syarikat. Kini 'Blackwater' telah dijenamakan semula sebagai 'Academi.'

Kebanyakan PMC bertapak sama ada di Amerika Syarikat atau United Kingdom, namun di Asia, beberapa syarikat pengelola PMC juga sudah mula terkenal berikutan jumlahnya yang banyak dan harganya yang lebih kompetetif, khasnya di China.

Biasanya ditubuhkan oleh bekas pesara tentera China, pada tahun 2015 terdapat lebih 4,000 syarikat PMC berdaftar di negara itu dengan jumlah kekuatan 4.3 juta pekerja.

Majoriti antara PMC China berkhidmat dalam negara mereka namun sudah mula bercambah keluar ke negara-negara lain, berikutan gerakan Inisiatif OBOR kerajaan China yang agresif - memerlukan perlindungan daripada ancaman-ancaman yang ada pada aset China.

Bagaimanakah kadar pendapatan seorang PMC bertauliah?

Sangat lumayan berbanding seorang tentera biasa. PMC dibayar mengikut hari berkhidmat dan mereka mampu mendapat bayaran daripada $500 ke $1200 (RM2800 ke RM4995) dalam satu hari. Jauh berbeza dengan pegawai tentera berpangkat kapten di Amerika Syarikat, yang mempunyai nilai pendapatan pada $4,952 (RM20,615) sebulan .

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, November 14, 2019

Sejarah Perang Biologi Sejak Zaman Purba

Sejarah Perang Biologi Sejak Zaman Purba

Perang biologi ditakrifkan sebagai 'penggunaan racun biologi atau agen berjangkit dengan niat untuk membunuh atau bertindak sebagai tindakan perang', bukanlah satu konsep moden, tetapi percubaan telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.

Perang Biologi Purba
Gambar hiasan.

Pada abad ke-6 sebelum masihi, salah satu tamadun tertua yang diketahui manusia, Asyur, menggunakan bentuk peperangan biologi primitif dengan meracuni telaga-telaga musuh dengan ergot, kulat parasit yang menyebabkan gangguan akal, sawan dan gangren pada mangsa-mangsanya.

Salah satu contoh peperangan kuman bersejarah ialah penggunaan wabak oleh pahlawan Mongol dari Golden Horde.

Semasa pengepungan kota Kaffa di Crimea, banyak tentera Mongol telah dijangkiti dengan Black Death.

Bukan jenis yang melepaskan peluang, orang Mongol menggunakan kembali mayat rakan-rakan mereka yang dijangkiti dan melemparkannya ke tembok kota dalam usaha untuk menjangkiti penduduk di dalamnya.

Tindakan ini juga mungkin menyumbang kepada penyebaran wabak Black Death ke Eropah.

Satu lagi contoh kurang terkenal ialah penggunaan cacar oleh Tentera British terhadap Orang Asli Amerika semasa Pengepungan Fort Pitt pada tahun 1763.

Perang Perancis dan Indian American

Untuk memahami peristiwa Fort Pitt, kita perlu kembali hampir satu abad dan melintasi Lautan Atlantik ke Eropah.

Perang Anglo-Perancis telah dilancarkan secara serentak di Eropah sejak pencerobohan Perancis Normandy pada tahun 1202, tetapi Perancis dan Great Britain telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan di Eropah yang diperluaskan ke Amerika Utara hampir berterusan sejak lewat 1600-an.

Yang paling besar dari perang ini adalah Perang Tujuh Tahun; sebuah konflik global yang berjuang antara dua gabungan besar, yang dipimpin oleh Kerajaan Great Britain dan yang lain oleh Kerajaan Perancis, antara 1756 dan 1763.

Semasa perang ini, Perancis akhirnya kehilangan New France di Amerika Utara ke Great Britain.

The American Theatre ini dirujuk sebagai Perang Perancis dan Indian, dan ia melibatkan bukan sahaja British dan Perancis tetapi juga penduduk asli Amerika.

Pada tahun 1758, penjajah-penjajah British menandatangani perjanjian dengan ketua-ketua 13 negara Amerika Asli di Easton, Pennsylvania.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Orang Asli Amerika berjanji tidak akan bertarung di sisi Perancis sebagai balasan tanah dan jaminan bahawa British tidak akan menubuhkan penempatan penjajah barat di Pergunungan Allegheny selepas tamat perang.

Perang Perancis dan Indian berakhir pada 1760 ketika Jeneral British Jeffrey Amherst menawan Montreal, penyelesaian penting Perancis yang terakhir.

Walau bagaimanapun, British tidak sepenuhnya menghormati semangat perjanjian itu dan terus menduduki kubu-kubu di wilayah Ohio County dan Great Lakes dan merawat orang asli Amerika seolah-olah mereka adalah orang yang ditawan.

Perang Pontiac

Kegagalan Amherst untuk menghormati perjanjian itu sangat menyinggung kaum asli Amerika.

Ketua perang Odawa dengan nama Pontiac menubuhkan sebuah badan pada 27 April 1763, di mana ia mendesak orang ramai menentang British.

Di majlis itu, Pontiac berjaya mengumpul sokongan 300 pengikut untuk cubaan menawan Fort Detroit, yang terletak 10 batu ke utara.

Perang meletus dan berkembang pesat di seluruh rantau ini dan hampir seribu lagi pahlawan dari separuh puak yang berlainan menyertai bahagian Pontiac.

Lapan kubu British dengan cepat ditawan, dan yang lain termasuk Fort Detroit dan Fort Pitt berjaya dikepung.

Cacar di Fort Pitt

Berikutan menyerebaknya perang Pontiac, mangsa-mangsa yang selamat dari serangan di pos-pos lain di sekitar wilayah ini melarikan diri ke Fort Pitt, lokasi strategik yang penting dalam kawalan British Lembah Ohio dan Pennsylvania.

Kemasukan orang ini bermakna bahawa hampir 550 orang berlindung, termasuk lebih dari 200 wanita dan kanak-kanak.

Mungkin disebabkan keadaan yang sempit dan penuh sesak ini orang mula jatuh sakit dengan cacar, penyakit yang mengerikan dan sangat menular yang pada mulanya menyebabkan demam, muntah-muntah, sakit kepala, sakit perut dan sakit belakang yang teruk.

Gejala-gejala ini merosot selepas beberapa ketika dan beberapa hari kemudian muncul ruam.

Ruam cacar bermula pada muka dan tangan, kemudian menyebar dengan cepat untuk menutupi badan.

Dalam masa dua hari penampilan, ruam berubah menjadi jangkitan tisu pada badan yang dipenuhi dengan bendalir dan nanah, kemudian pecah yang meninggalkan bekas luka.

Keseluruhan ini, proses yang mengerikan, mengambil masa sebulan atau lebih dan orang yang dijangkiti itu menular sehingga kuping-kuping itu telah jatuh.

Bentuk utama penyakit ini mempunyai kadar kematian 30-35% dan mempunyai beberapa komplikasi serius termasuk parut, buta dan kecacatan anggota badan.

Pengepungan Fort Pitt Bermula

Pada 22 Jun, 1763 Pontiac dan pahlawannya menyerang Fort Pitt walau bagaimanapun, The Fort terlalu kuat untuk ditakluk dan pengepungan bermula.

Keadaan menjadi semakin suram di dalam Fort, kesan pengepungan, digabung dengan keadaan penuh sesak, dan wabak cacar yang membuat kehidupan sangat sengsara bagi mereka yang terperangkap di dalamnya.

Semasa perjumpaan antara dua kumpulan yang berperang yang diadakan di Fort Pitt pada 24 Jun 1763, Ecuyer, memberikan dua selimut kepada pihak diplomat Amerika Asli dan sapu tangan yang telah terdedah kepada cacar.

Pada 1 Ogos 1763 sebahagian besar penduduk asli Amerika meninggalkan pengepungan untuk memintas 500 tentera British yang berarak untuk membantu Fort di bawah komando Bouquet.

Kedua-dua pihak bertemu di Battle of Bushy Run, di mana walaupun British menderita kerugian besar, mereka mengalahkan orang asli Amerika.

Mereka kemudian berjaya melepaskan tentera yang terkepung di Fort Pitt dan mengakhiri pengepungan pada 20 Ogos 1763.

Cacar di Lembah Ohio

Terdapat perselisihan di antara ahli sejarah tentang berapa banyak kegagalan percubaan untuk menyebarkan cacar di Fort Pitt yang sebenarnya dan ada laporan saksi bahawa penyakit cacar dan penyakit lain telah melanda penduduk Ohio sejak tahun 1759.

Ahli sejarah Francis Jennings menyokong teori bahawa ia mempunyai kesan:

“Tidak diragukan lagi berjaya dan berkesan menimbulkan kerosakan besar kepada Orang Asli Amerika.”

Lain-lain, walaupun, merasakan bahawa ia membuat sedikit perbezaan kepada keadaan dan Ahli sejarah Michael McConnell menulis bahawa:

“Ironinya, usaha British untuk menggunakan kuman sebagai senjata mungkin tidak perlu atau sangat berkesan.”

McConnell menyatakan bahawa cacar telah memasuki wilayah dengan cara lain dan telah menjangkiti penduduk asli Amerika.

Apa yang tidak dibahaskan adalah betapa buruknya penyakit itu, tanpa mengira percubaan untuk menyebarkannya menggunakan peperangan biologi di Fort Pitt.

Dianggarkan bahawa antara 500,000 hingga 1.5 juta orang Asli Amerika meninggal akibat cacar semasa Perang Pontiac dan tahun-tahun selepasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, October 01, 2019

7 Lokasi Paling Selamat Jika Perang Dunia Ke 3 Berlaku

7 Lokasi Paling Selamat Jika Perang Dunia Ke 3 Berlaku

Di sebalik peperangan yang berakhir sama ada dengan kemenangan atau kekalahan, kerosakan tetap akan berlaku dan yang akan menanggungnya bukan sahaja pihak tentera, tetapi juga orang awam yang tidak bersalah.

Perang Dunia
Gambar hiasan.

Lebih dahsyat, jika meletusnya Perang Dunia Ketiga, teknologi nuklear pasti akan menjadi senjata utama. Jika perang ini benar-benar berlaku dan anda ingin melarikan diri, ke mana lokasi paling selamat yang harus kita pergi?

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 7 buah negara yang mungkin paling selamat jika Perang Dunia Ketiga berlaku.

1. Vanuatu

Vanuatu merupakan sebuah negara pulau yang terdiri daripada kira-kira 80 buah pulau merentasi jarak 1,300 kilometer, terletak 1,750 kilometer dari utara Australia.

Walaupun negara ini mempunyai pengaruh terhadap Perang Dunia Kedua, namun ia masih selamat dan perang itu tidak memberikan kesan kepada Pulau Vanuatu, sama seperti perang yang akan datang mungkin tidak akan memberi kesan kepadanya.

Jika bom nuklear dijatuhkan di Australia atau di Amerika Syarikat, ia tidak akan menjejaskan negara ini kerana jaraknya yang sangat jauh, iaitu 11,000 kilometer dari AS, menjadikannya salah satu destinasi paling selamat bagi pelarian perang.

2. Kepulauan Fiji

Kepulauan Fiji adalah sebuah negara kecil di Barat Daya Pasifik yang mengandungi sekumpulan 332 buah pulau, namun hanya 106 daripadanya sahaja yang didiami.

Lokasinya adalah 2,000 kilometer dari New Zealand dan merupakan antara negara membangun dari segi ekonomi di Pasifik.

Negara ini jauh dari tanah besar dan benua, antara faktor yang menjadikannya sebagai salah satu lokasi yang baik sebagai negara paling selamat jika Perang Dunia Ketiga meletus.

Ekonominya bertahan melalui sumber pelancongan, perikanan, perhutanan dan sumber mineral, juga kaya dengan industri tebu, sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang kemaruk gula.

Melarikan diri ke negara yang terpencil ini akan membuatkan anda selamat, juga penuh dengan sumber makanan.

Malah, Kepulauan Fiji juga sangat aman dan tidak terlibat dalam peperangan sebelum ini.

3. Tonga

Tonga adalah sebuah negara Polinesia di Oceania yang terdiri daripada 169 buah pulau kecil, sebuah negara berdaulat di mana hanya 36 buah pulau sahaja yang didiami.

Kebanyakan penduduk tinggal di Tongatapu, yang dilindungi oleh lagun dan tebing batu kapur.

Oleh kerana kawasannya yang luas di lautan, ia akan menjadi sukar untuk mengebom seluruh pulau ini, menjadikannya salah satu lokasi selamat ketika perang.

Tidak ada sesiapa yang mahu menyerang negara ini kerana tiada keuntungan ekonomi atau politik boleh diperolehi daripada negara ini.

Pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi Tonga, jadi ia cukup untuk anda meneruskan hidup di sini.

4. Kepulauan Cook

Cook Islands atau Kepulauan Cook adalah koleksi pulau yang berselerak di seluruh Laut Pasifik Selatan.

Negara pulau ini beroperasi bersama-sama New Zealand dan kebanyakan dasar mentadbir dibuat oleh Kepulauan Cook.

Tiada negara yang akan datang dan menyerang Kepulauan Cook, serta mengebom negara ini ketika peperangan melanda kerana kos yang sangat tinggi.

Negara ini mempunyai ekonomi yang kecil dan populasi yang jarang dan sumber utama ekonomi di Kepulauan Cook adalah pelancongan, perikanan, eksport laut dan buah-buahan.

Jika perang berlaku, sumber ekonomi ini sudah cukup untuk bertahan dan selamat.

5. Iceland

Kedudukan Iceland adalah sangat jauh dari tanah besar Eropah dan United Kingdom dan dekat dengan Kutub Utara.

Negara ini mempunyai populasi yang sedikit dan jarang, menjadikannya destinasi yang selamat apabila meletusnya Perang Dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua, Iceland adalah neutral dan tidak terlibat dalam peperangan secara langsung.

Negara yang mempunyai gunung, glasier dan padang lava ini sangat stabil dari segi ekonomi.

Hari ini, Iceland merupakan antara negara terkaya di dunia dan anda akan mendapat segala kemudahan di sini ketika perang terjadi.

Iceland dengan kebarangkalian besar tidak akan menjadi titik serangan semasa berlakunya peperangan.

6. Chile

Chile adalah sebuah negara yang besar dan sebahagian daripada benua yang besar, namun selamat.

Negara di benua Amerika Selatan ini mempunyai kawasan yang panjang dengan garis pantai yang memanjang ke Lautan Pasifik.

Chile dikelilingi oleh Andres, Gurun Atacama yang gersang dan gunung pesisir.

Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan Antartika, ia menyukarkan bagi negara-negara lain untuk menyerangnya.

7. Tuvalu

Tuvalu adalah sebuah negera pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan bersaiz sangat kecil shinggakan hampir tidak kelihatan dalam peta dunia, namun ia merupakan tempat yang sangat selamat ketika berlakunya Perang Dunia Pertama.

Sebagai negara ke-4 paling kecil di dunia, ia juga merupakan kepulauan gunung berapi dan terdiri daripada pulau karang.

Tiada satu pun negara besar yang akan membelanjakan berjuta-juta wang untuk menyerang negara kecil ini, kerana tiada faedah.

Tuvalu juga akan selamat daripada sebarang radiasi nuklear hasil daripada penggunaan senjata nuklear dalam perang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi