Wednesday, July 06, 2022

Probiotik Mampu Merawat Kemurungan Dan Rahsia Khasiat Madu!

Probiotik Mampu Merawat Kemurungan Dan Rahsia Khasiat Madu!

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi ragi atau bakteria baik yang melekat pada dinding usus untuk menjadikan sistem imun (antibodi) manusia menjadi kuat dan sihat.

Probiotik Merawat Kemurungan

Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan sempurna.

Probiotik Bantu Rawat Kemurungan

Probiotik, bakteria baik yang sering dikatakan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia mempunyai peranan dalam merawat kemurungan berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 47 sukarelawan yang mengalami masalah kemurungan.

Peserta yang terlibat dalam kajian ini telah mengambil suplemen probiotik sebagai tambahan kepada antidepresan. Mereka menunjukkan penambahbaikan dari simptom kemurungan berbanding mereka yang mengambil plasebo dalam tempoh 31 hari.

Para penyelidik turut memerhatikan perubahan yang disebabkan oleh probiotik di dalam flora usus mereka yang dikaji iaitu peningkatan bakteria yang menghasilkan asid laktik.

Walau bagaimanapun, setelah empat minggu, jumlah bakteria ini semakin berkurang.

Mungkin empat minggu rawatan tidak cukup lama dan ia memerlukan masa lebih lama untuk komposisi baru flora usus terus stabil, kata pakar psikiatri, Anna-Chiara Schaub dari Universiti Basel di Switzerland.

Berdasarkan apa yang telah diketahui oleh para saintis, usus dan bakteria-bakteria di dalamnya boleh memainkan peranan penting dalam kesihatan mental kita.

Mereka juga merujuk satu lagi pautan yang diterokai sebelum ini, antara kemurungan dan cara kita memproseskan emosi kita terhadap orang lain.

Bagi mereka yang mengalami kemurungan, terdapat bahagian otak yang mengawal proses ini dengan berbeza dan ia biasanya diperhatikan melalui respon dan reaksi wajah.

Faedah dan kesan baik pengambilan probiotik masih lagi kurang jelas dan memerlukan lebih lagi penyelidikan terutamanya dalam membuktikan sama ada probiotik ini lebih memberikan kesan baik atau buruk.

Sampel dari kajian diatas menunjukkan bahawa probiotik berpotensi merawat kemurungan.

Walau bagaimanapun, pasukan di sebalik kajian itu menekankan bahawa probiotik tidak akan berfungsi sendiri tanpa antidepresan dan lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk melihat kesan beberapa jenis bakteria hidup pada sebilangan orang.

Pada masa ini, kira-kira dua pertiga daripada mereka yang ditetapkan dengan antidepresan tidak menunjukkan tindak balas jangka panjang yang ketara.

Ada kemungkinan bahawa dalam mencari rawatan yang lebih sesuai dan berkesan, probiotik boleh mempunyai fungsi penting yang belum penyelidik temui bagi membantu dalam merawat kemurungan.

MADU ADALAH PROBIOTIK TERBAIK DARI LANGIT

Madu ialah makanan yang sangat bernilai dan telah digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting.

Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan.

Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu.

Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan.

Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih.

Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase.

Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi.

Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik.

Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C.

Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan.

Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Madu Kelulut Sumber Probiotik Terbaik

Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut sekiranya dimakan atau diminum sebagai makanan yang berkhasiat setiap hari boleh membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan dalam usus kita.

Bagaimana proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan usus bertambah sihat dan proses pencernaan kita menjadi semakin baik?

Penemuan mikrob Bacillus sp

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria, dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu ini mempunyai mirob bacillus sp yang banyak.

Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati kesemua bakteria yang dikenalpasti tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae.

Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah berjaya memencil dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimana Bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan.

Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka.

Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya.

Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Madu kelulut Probiotik terbaik?

Madu penyembuh

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universiti tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran.

Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis.

Berbanding Madu Kelulut, ia sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 lactobacillus sp yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita, selain mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%.

Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh lebah kelulut, manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman (fermentasi, penapaian).

Jadi, apa tunggu lagi. Tukarkan minuman berkultur anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, Madu Kelulut!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)(3)

Wednesday, June 29, 2022

Buat Semua Wanita, Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus!

Buat Semua Wanita, Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus!

Seorang suami beri tempoh dua bulan kepada isterinya untuk sembuh daripada vaginismus dan jika tidak, dia nekad untuk melepaskan wanita tersebut.

Sembuhkan Vaginismus

Itu yang diceritakan oleh Dr. Kash Mustafa menerusi perkongsian pada akaun TikTok berhubung seorang pesakitnya yang sanggup memandu seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, pesakit itu datang untuk rawatan tiga hari tanpa kehadiran suami malah, terpaksa memberanikan diri berikutan lelaki itu tidak mengambil tahu keadaan dirinya.

"Suami dah beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu saya," ujar Dr. Kash memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para suami yang diuji bahawa, vaginismus bukan titik noktah sebuah perkahwinan bahkan, ia permulaan perjuangan untuk rumah tangga yang telah dibina.

"Ini adalah bentuk ujian daripada Allah yang menguji kesetiaan seorang suami. Bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri.

"Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalah kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidup," jelasnya.

KENALI VAGINISMUS

Apa itu Vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita, yang menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), vaginismus dikategorikan di bawah Kesakitan Genito-Pelvik/Masalah Penetrasi.

Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan mula rasa sakit apabila melakukan penetrasi. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita.

Vaginismus boleh dikategorikan samada primer atau sekunder.

Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal. Pasangan langsung tidak pernah menjalinkan hubungan seksual kerana rasa takut isteri.

Vaginismus sekunder ialah pasangan yang pernah melakukan hubungan seks, namun trauma yang dialami di kawasan kemaluan akibat bersalin atau pembedahan membuatkan wanita takut untuk melakukan hubungan suami isteri semula atau disebabkan oleh faktor lain.

Ada juga wanita yang mengelak daripada melakukan hubungan kelamin disebabkan oleh trauma akibat pernah dicabul atau dirogol.

Ada juga yang kena kanser rahim atau ovari, masa menjalani rawatan radioterapi tu ada kesan sampingan pada kemaluan, jadi mereka takut untuk melakukan hubungan seksual, dan ada juga yang takut nanti kanser itu datang kembali," katanya, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan pakar.

Namun, ujar Dr Aishah, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan seseorang itu rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Antaranya, jangkitan kuman pada vagina, masalah pada dubur seperti buasir yang teruk, vulvar vestibulitis (sensitif pada kawasan berhampiran dengan saluran pada kemaluan), Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif dan menyebabkan rasa sakit), menapous dan pelbagai masalah kulit.

Kenapa Vaginismus Berlaku?

Mengapa hanya sesetengah wanita mengalami masalah ini? Bagaimana kehidupan seksual mereka? Adakah rawatan untuknya?

Mungkin sejak remaja lagi, anda sering dibayangi stigma sosial mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual terutamanya untuk wanita yang pertama kali ingin melakukannya.

Wanita juga sudah terbiasa diajar supaya tidak memikirkan seks sebagai sesuatu yang menyenangkan.

Anda mungkin akan berasa bersalah atau malu jika memikirkan soal seks. Anda mungkin berasa takut untuk bertanya mengenai seks kerana ianya merupakan perkara yang kurang sopan dibincangkan dalam komuniti atau budaya anda.

Oleh itu, anda tidak bersedia sepenuhnya dan tidak tahu apa yang bakal berlaku ketika hubungan seksual dan perubahan di sekitar faraj itu sendiri.

Hal ini dapat menimbulkan kebimbangan dan seterusnya, membawa kepada ketakutan yang tidak diketahui puncanya.

Bolehkah ia dirawat?

Vaginismus dapat dirawat dengan mudah, namun ia memerlukan rawatan gabungan dari aspek fizikal dan psikologi.

Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi. Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman Kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks.

Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri.

Anda akan lebih mengetahui dan memahami apakah yang akan berlaku dan apakah yang anda akan hadapi ketika hubungan seksual serta bagaimana cara untuk mengendalikan masalah itu dengan lebih positif.

Walau bagaimanapun, gabungan rawatan ini akan mengambil masa dan usaha daripada kedua-dua pihak iaitu terapis dan pesakit. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mendapatkan peningkatan yang lebih baik dan progresif.

Latihan yang kerap memberikan kesan yang lebih baik, dengan lebih banyak latihan (terutamanya apabila anda melibatkan pasangan anda), proses penyembuhan akan berlaku lebih cepat.

Selain rawatan kaunseling dan sesi terapi, pesakit juga boleh dirawat menggunakan ubat kebas dan juga ubat untuk mengawal rasa takut yang dialami mereka.

Masih berstatus anak dara walaupun selepas lapan tahun berkahwin

Dr Siti Aishah Yunos
Dr Siti Aishah.

Walaupun sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti yang dihadapi sesetengah pasangan yang tidak dapat melakukan hubungan suami isteri akibat rasa takut yang melampau, sehingga menyebabkan seseorang itu tidak boleh melakukan hubungan seksual.

Berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan ini, pakar Perubatan Keluarga Dr Siti Aishah Yunos berkata, rasa anxiety yang dialami isteri akan membuatkan otot pada pinggulnya mengeras, seterusnya menyukarkan pasangan mereka untuk melakukan penetrasi.

Katanya, kebanyakan pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di kliniknya di Langkawi mengakui mengalami rasa takut yang melampau selepas mendengar 'pengalaman' malam pertama rakan-rakan mereka.

"Bila mereka datang ke klinik, saya akan bagi kertas untuk tulis kenapa mereka tak boleh melakukan seks, alasan yang saya terima adalah 'takut sakit', itu sahaja, tak ada alasan lain.

"Situasi ini berlaku sebab biasalah bila nak berkahwin, mereka borak-borak dengan kawan-kawan yang akan kongsi pengalaman cakap sakit la, 'tak boleh masuk', 'sampai menangis', 'terkoyak' la, jadi benda-benda ini akan membuatkan pengantin perempuan jadi takut, bila dia takut, mental dia jadi stress.

"Bila stress, otot di bahagian pinggul akan mengeras dan bila itu berlaku, saluran pada kemaluan wanita akan tertutup dan sebab tu penis tak boleh masuk.

"Jadi, bila suami dia datang dia akan tolak sampai sudahnya mereka tak pernah buat hubungan seks," katanya.

Sambil menegaskan bahawa rasa takut yang dialami itu hanya akan membuatkan seks yang sepatutnya mudah menjadi susah.

Menurut Dr Siti Aishah, jika dilakukan dalam keadaan tenang dan dengan teknik yang betul, rasa sakit yang dialami pasangan pertama kali melakukan hubungan suami isteri itu sebenarnya jauh lebih kurang berbanding apabila tangan seseorang itu dicubit.

"Nak tahu rasa sakit buat seks pertama kali macam mana, angkat tangan kemudian cubit kuat-kuat, rasa sakit ni lagi sakit dari seks kali pertama.

"Sebab tu penting kena relakskan punggung kalau tak kemaluan lelaki lansung tak boleh masuk, jadi kena ingat seks ni mudah, kalau tak mesti ada something wrong.

"Jangan lawan suami dan yang penting letak pelincir banyak-banyak, benda ni sangat membantu," katanya.

Menurut Dr Siti Aishah, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kadangkala sudah berkahwin selama bertahun-tahun dan kebiasaannya mereka hadir untuk menjalani rawatan bagi mendapatkan cahaya mata.

"Bayangkan tekanan yang mereka alami, nak cerita dekat orang tak boleh, lepas tu orang sekeliling tanya pasal anak, ada seorang pesakit saya dia sudah berkahwin selama lapan tahun. Dia dah buat Intrauterine insemination (IUI) iaitu memasukkan benih suami pada isteri sebanyak dua ke tiga kali sebab mereka inginkan anak, tapi tak berjaya.

"Bila datang dekat saya, saya cakap kena periksa sebab takut mungkin sperma tak sesuai ke, tapi masa tu baru dia beritahu yang sebenarnya seks pun tak pernah buat.

"Selepas saya bagi rawatan kaunseling, bila saya follow up balik mereka kata dah boleh buat," katanya sambil menambah ada juga yang sudah lima dan dua tahun berkahwin tapi takut untuk melakukan hubungan suami isteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)(3)

Friday, April 08, 2022

Kenapa Suntikan Tifoid Sangat Penting Untuk Pengendali Makanan?

Kenapa Suntikan Tifoid Sangat Penting Untuk Pengendali Makanan?

Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit typhoid atau tifoid, bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi dan telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.

Suntikan Tifoid

Siapakah Yang Perlu Mengambil Suntikan Typhoid?

Pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mempraktikkannya di tempat kerja. Kursus ini adalah antara inisiatif murni pihak kerajaan dalam usaha mencegah sebarang penyakit berjangkit yang mampu merebak melalui makanan atau minuman.

Usaha ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain seperti kolera dan keracunan makanan. Mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah.

Selain itu, pengendali makanan juga wajib mendapatkan suntikan tifoid.

Selain suntikan, ubat makan juga turut terdapat di dalam negara sebagai alternatif kepada pengendali dan pengusaha kedai makan atau premis makanan.

Sekiranya anda merupakan pengusaha premis makanan atau pengendali dalam industri makanan, tentu anda tertanya-tanya mengenai harga suntikan typhoid ataupun suntikan vaksin.

Harga suntikan typhoid adalah berpatutan dan senarai klinik yang menyediakan suntikan typhoid boleh diketahui secara atas talian.

Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tifoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti. Penguatkuasa berhak meminta untuk melihat sijil ini untuk memastikan makanan yang disediakan di premis tersebut adalah selamat.

Vaksin typhoid perlu diambil oleh pengendali makanan sebelum mereka mula bertugas atau mula mengendalikan makanan. Suntikan ini perlu diambil setiap tiga tahun sekali, selagi mana mereka terlibat dalam sektor pengendalian makanan.

Adakah Suntikan Typhoid Selamat?

Suntikan ini adalah selamat, namun, individu tertentu atau kes terpencil mungkin akan mendapat kesan sampingan dari suntikan ini.

Berikut adalah antara kesan suntikan typhoid:
  • Demam
  • Kulit gatal
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Tidak Sedap badan
  • Sengal-sengal badan
  • Sakit pada bahagian sendi
  • Sakit pada tempat suntikan
  • Bengkak pada tempat disuntik
  • Lemah badan atau badan tidak bermaya
  • Merah atau radang pada tempat suntikan

Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan setelah menerima sutikan tifoid, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Jika kesan sampingan tersebut serius, rawatan lanjut akan diberikan.

Simptom atau gejala demam kepialu adalah seperti berikut:
  • Demam
  • Berpeluh
  • Sakit otot
  • Sakit perut
  • Batuk kering
  • Ruam pada badan
  • Turun berat badan
  • Lemah tubuh badan
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit atau sembelit

Demam kepialu boleh mengakibatkan komplikasi seperti berikut sekiranya tidak dirawat:
  • Halusinasi
  • Radang jantung
  • Radang pankreas
  • Jangkitan kuman pada paru-paru
  • Radang meninges atau meningitis
  • Jangkitan kuman pada buah pinggang
  • Jangkitan kuman pada pundi kencing

Cara Mencegah Dari Terkena Jangkitan Demam Kepialu

Langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh pengendali dan pengusaha premis makanan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
  • Mendapatkan suntikan tifoid.
  • Menghadiri kursus pengendalian makanan.
  • Menjaga kebersihan restoran atau premis makanan.
  • Memakai penutup kepala, apron, dan kasut bertutup bagi kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan makanan.
  • Memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan.
  • Mempraktikkan proses pembekuan daging dan ayam yang betul.
  • Menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan sumber air terawat.
  • Masak makanan dengan sempurna hingga takat didih.
  • Bahan mentah perlulah diasingkan dari bahan makanan yang telah dimasak.
  • Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan makanan yang telah dimasak.
  • Menggunakan alatan menghidang dan alatan memasak yang bersih.
  • Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan atau setelah ke tandas.
  • Menjaga kebersihan tandas.
  • Air yang hendak digunakan untuk menyediakan minuman hendaklah dimasak dahulu atau gunakan air yang telah dirawat.

Amalan gaya hidup sihat dan penjagaan kebersihan dalam pemakanan seharian adalah penting untuk mencegah jangkitan ini.

Pilihlah premis makanan yang bersih dan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan anda minum dari sumber air bersih atau yang telah dirawat.

Kerap basuh tangan dan jaga kebersihan tangan adalah penting dalam mencegah jangkitan tifoid. Elakkan makan makanan yang telah rosak, terdedah, tercemar atau mentah.

Jika anda telah dijangkiti, elakkan daripada menyediakan makanan, kerap basuh tangan dan habiskan antibiotik yang telah diberikan doktor. Kegagalan melakukan perkara-perkara tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kepada individu lain.

Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab kita bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: doctoroncall

Thursday, April 07, 2022

Khasiat Kurma Ajwa Mencegah Sihir Dan Menawar Racun!

Khasiat Kurma Ajwa Mencegah Sihir Dan Menawar Racun!

Salah satu buah kurma yang paling popular dan menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa adalah kurma Ajwa yang pertama kali ditanam oleh Nabi Muhammad SAW, juga adalah kurma kegemaran Baginda kerana terdapat pelbagai manfaat luar biasa untuk kesihatan.

Khasiat Kurma Ajwa

Memiliki rasa yang tidak terlalu manis dan sedikit masam seperti kismis, isi kurma Ajwa sangat lembut apabila dikunyah.

Lalu, apa sebenarnya keistimewaan kurma Ajwa berbanding kurma-kurma yang lain?

1. Menawar racun dan mencegah sihir

Kurma Ajwa memiliki kandungan protein, asid folid, zat besi, kalsium dan antioksida yang cukup tinggi.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW juga ada menyatakan kelebihan kurma Ajwa.

Riwayat al-Bukhari (5445) dan Muslim (20547), "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut."

2. Meningkatkan kesuburan dan membantu ibu mengandung serta menyusu

Kurma ajwa juga mampu digunakan untuk memperbaiki kesuburan lelaki dan wanita kerana kandungan nutrisi dan mineral yang tinggi.

Kurma Ajwa juga terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan mempercepat pembuahan rahim wanita.

Zat oksitosin dalam kurma juga sangat membantu tatkala proses bersalin serta merangsang pengeluaran susu ibu.

3. Melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, kurma ajwa juga boleh dijadikan sebagai pelawas kerana ia mempunyai serat larut yang tinggi.

Tambahan pula pengambilan kurma ini boleh dijadikan makanan diet kerana dapat mengenyangkan perut anda.

4. Mampu melindungi dari terkena jangkitan penyakit

Kurma Ajwa juga mengandungi vitamin A, B, C, E, hingga K. Ianya sangat bagus untuk menjaga kesihatan kerana mampu menjaga sistem imunisasi badan.

Antioksidan yang terdapat di dalam kurma Ajwa mampu melindungi badan kita daripada penyakit dan virus.

5. Menstabilkan tekanan darah, menjaga kesihatan jantung serta mencegah diabetes

Dengan khasiat yang terdapat di dalamnya, kurma Ajwa mampu menurunkan tekanan darah. Ia juga mampu melancarkan sistem peredaran darah selain dapat mencegah penyakit diabetes.

Insyaa Allah.

BACA INI JUGA:
sumber: mstar

Friday, October 15, 2021

Penyakit Kurang Darah Kuning, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Penyakit Kurang Darah Kuning, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Penyakit Kurang Darah Kuning atau dalam bahasa saintifiknya Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) adalah dimana sistem imun tubuh memusnahkan sel darah kuning (platelet) yang diperlukan untuk pembekuan darah yang normal. Individu dengan penyakit ini mempunyai terlalu sedikit platelet (darah kuning) dalam darah.

Penyakit Kurang Darah Kuning

Umumnya, terdapat tiga jenis sel dalam darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan sel darah kuning (platelet).

Mempunyai bacaan platelet yang rendah juga dikenali sebagai 'thrombocytopenia' dan ia boleh menyebabkan masalah dalam pembekuan darah yang normal kesan daripada kekurangan thrombocytes iaitu sel-sel darah tidak berwarna yang dihasilkan oleh sum-sum tulang.

Thrombocytes bertanggungjawab membantu dalam pembentukan darah beku dalam arteri/urat dan menghentikan pendarahan, dan keadaan platelet yang rendah akan meletakkan seseorang pada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami pendarahan dalaman atau masalah pembekuan darah dan juga masalah berkaitan saluran darah.

APA ITU DARAH KUNING?

Platelet dalam darah sentiasa diperbaharui oleh sum-sum tulang dan bacaannya kekal normal serta konsisten sepanjang proses pengeluaran dan kemusnahan.

Individu yang sihat, plateletnya akan mati selepas kira-kira 10 hari dan seterusnya akan digantikan dengan yang baru. Tetapi untuk individu dengan platelet rendah, platelet dihasilkan mungkin kurang, atau kadar kematian platlet yang lebih cepat antara penyebab bacaan platelet menjadi tidak normal.

Sum-sum tulang adalah tisu seperti span di dalam tulang, yang mengandungi sel-sel yang sangat penting dipanggil sel stem.

Sel stem matang dan berkembang menjadi pelbagai jenis sel darah, termasuk sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet.

Seseorang yang mengalami kerosakan kepada sel stem dalam sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah dan platelet yang diperlukan untuk pembekuan darah.

Individu dengan bacaan platelet darah yang normal mempunyai antara 150,000-450,000 platelet setiap microliter peredaran darah, tetapi mereka yang mempunyai kiraan platelet rendah boleh mempunyai bacaan lebih rendah dari yang normal.

GOLONGAN BERISIKO

Kurang Darah Kuning berlaku apabila sel-sel tertentu sistem imun menghasilkan antibodi terhadap platelet dalam saluran darah yang rosak dengan menempel kepada platelet. Limpa kemudiannya akan memusnahkan platelet yang membawa antibodi.

Pada kanak-kanak, penyakit ini kadang-kadang berlaku berikutan jangkitan virus manakala pada orang dewasa, ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berpenyakit kronik (jangka panjang) dan boleh berlaku juga selepas jangkitan virus, penggunaan ubat-ubatan tertentu, semasa mengandung atau sebagai sebahagian daripada gangguan imun.

Kurang Darah Kuning menjejaskan wanita lebih kerap berbanding lelaki dan adalah lebih biasa berlaku kepada kanak-kanak daripada orang dewasa.

Punca sebenar dan faktor risiko yang lain masih tidak diketahui, kerana gejalanya berbeza pada setiap pesakit kecuali kanak-kanak yang mungkin berkaitan dengan jangkitan virus.

SIMPTOM

Tanda-tanda dan gejala yang biasanya dialami individu dengan masalah platelet yang rendah termasuklah:

  • Pendarahan dari luka tanpa henti untuk tempoh yang lama.
  • Mudah mengalami lebam atau lebam berlebihan (dipanggil Purpura, yang kelihatan sebagai tanda ungu, biru atau coklat di bawah kulit).
  • Pendarahan di bawah kulit yang kelihatan sebagai ruam bintik kecil (petechiae), cenderung untuk berlaku di bahagian kaki.
  • Pendarahan gusi dan penyakit gusi (ini boleh berlaku semasa anda memberus gigi anda atau masa yang lain).
  • Mengalami hidung berdarah.
  • Terdapat darah dalam air kencing atau najis (najis boleh kelihatan seperti darah merah atau warna hitam-kelabu gelap).
  • Pendarahan haid yang banyak.
  • Sering merasa letih dan penat.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
  • Berlaku pembesaran limpa yang boleh menyebabkan kesakitan di bahagian perut.
  • Warna kuning pada kulit (jaundis).

Segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai sebarang gejala-gejala ini. Pendarahan yang tidak berhenti adalah satu kecemasan perubatan.

Dapatkan bantuan segera jika anda mengalami pendarahan yang tidak boleh dikawal dengan teknik-teknik pertolongan cemas biasa, seperti mengenakan tekanan ke kawasan pendarahan.

PUNCA DAN PENYEBAB KURANG DARAH KUNING

Terdapat beberapa faktor yang dikatakan sebagai penyebab kepada masalah platelet rendah termasuklah:

Reaksi kepada ubat-ubatan

Pengeluaran platelet boleh berubah disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan, termasuklah VAKSIN COVID-19, diuretik, NSAID, ubat-ubatan anti-radang dan antibiotik, atau kerap mengambil ubat penahan sakit biasa seperti ibuprofen dan aspirin.

Pembesaran limpa

Limpa membantu melawan jangkitan dan membersihkan darah, jadi penyakit yang menyebabkan pembesaran limpa boleh menyebabkan terlalu banyak platelet terperangkap di dalam semasa badan cuba melawan bakteria atau virus.

Penyakit autoimun

Penyakit seperti lupus dan artritis reumatoid menyebabkan sistem imun tersilap menyerang dan memusnahkan platelet. Ini dikenali sebagai thrombocytopenia imun atau ITP.

Alkohol

Alkohol memperlahankan pengeluaran platelet dan menjadikan masalah menjadi lebih besar bila diambil secara berlebihan, terutamanya jika diet seseorang juga rendah dengan nutrien.

Diet yang tidak seimbang dan kekurangan nutrien

Nutrien tertentu diperlukan untuk menghasilkan platelet yang mencukupi termasuklah zat besi, vitamin B12 dan folat. Kekurangan nutrien ini boleh mengubah kadar penghasilan platelet dan keupayaan platelet untuk bertahan dalam tempoh masa biasa.

Jangkitan dan virus

Jangkitan bakteria yang teruk yang melibatkan darah boleh menjejaskan pengeluaran platelet. Virus yang dapat mengubah cara platelet diperbaharui termasuklah denggi, cacar air, beguk, rubella, hepatitis, HIV/AIDS dan virus tertentu yang jarang ditemui.

Kebanyakan virus biasa hanya mengubah platelet darah buat sementara waktu, tetapi sesetengah virus yang serius seperti AIDS boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Pendedahan toksin dari alam sekitar

Bahan kimia yang biasa ditemui dalam alam sekitar, termasuk racun perosak, arsenik dan benzena, semua boleh melambatkan penghasilan platelet.

Kehamilan

Terdapat wanita hamil yang melalui pengalaman pengeluaran platelet yang perlahan, tetapi ia biasanya tidak membahayakan dan akan hilang selepas bayi dilahirkan. Anggaran menunjukkan bahawa kira-kira 5 peratus daripada wanita hamil mengalami thrombocytopenia ringan semasa hamil.

Genetik

Terdapat keadaan tertentu yang diwarisi dari keluarga menyebabkan bacaan platelet rendah, termasuk Wiskott-Aldrich dan sindrom Mei-Hegglin.

Kanser

Leukemia atau limfoma secara langsung mampu merosakkan sum-sum tulang dan memusnahkan sel-sel stem darah dan rawatan kanser yang paling biasa (radiasi dan kemoterapi) juga memusnahkan lebih banyak sel stem.

Anemia aplastik

Apabila sum-sum tulang berhenti mengeluarkan sel-sel darah baru yang mencukupi, ia menyebabkan kiraan platelet yang rendah. Keadaan ini dipanggil anemia aplastik.

RAWATAN

Pesakit Kurang Darah Kuning sekiranya tidak mendapatkan rawatan segera akan mengakibatkan pendarahan yang teruk dalam saluran penghadaman dan juga pendarahan di dalam otak.

Pada kanak-kanak, penyakit biasanya akan hilang tanpa rawatan, namun bagi sesetengah kanak-kanak, bagaimanapun mungkin memerlukan rawatan.

Untuk orang dewasa, biasanya rawatan bermula dengan pengambilan ubat anti-radang steroid dipanggil Prednisolone.

Dalam sesetengah kes, pembedahan untuk membuang limpa (splenectomy) adalah disyorkan, bagi meningkatkan bilangan platelet.

Jika penyakit ini tidak menjadi lebih baik dengan Prednisolone, rawatan lain mungkin termasuklah:
  • Satu ubat yang dipanggil danazol (Danocrine) yang diambil melalui mulut.
  • Suntikan berdos tinggi gamma globulin (faktor imun).
  • Ubat yang melawan sistem imun (memerlukan penerangan lebih lanjut).
  • Penapisan antibodi daripada aliran darah.
  • Anti-RhD terapi bagi individu dengan jenis darah tertentu.

Mereka yang mengidap Penyakit Kurang Darah Kuning atau ITP tidak perlu mengambil aspirin, ibuprofen, atau warfarin kerana ubat-ubatan ini mengganggu fungsi platelet atau pembekuan darah, dan pendarahan mungkin berlaku.

Dengan rawatan, peluang sembuh (tempoh gejala bebas) adalah baik. Jarang sekali pengidap penyakit kurang darah kuning atau ITP menjadi satu jangka panjang di kalangan orang dewasa atau ia muncul semula, walaupun selepas tempoh tempoh gejala bebas.

RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT DARAH KUNING

Klorofil

Klorofil merupakan pigmen hijau tumbuh-tumbuhan yang menyerap cahaya untuk menghasilkan tenaga bagi tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Dr Richard Willstatter dan Dr. Hans Fisher pada tahun 1915 dan 1930 masing-masing telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang perubatan dan kimia untuk penemuan struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil.

Dalam penemuan ini, klorofil didapati berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan semula sel dan reproduksi serta membantu dalam membina dan menguatkan sistem imun tubuh.

Ada laporan tidak rasmi menyebut bahawa, pengambilan suplemen Klorofil telah berjaya menyembuhkan penyakit Kurang Darah Kuning.

Kerang

Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium yang membantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus dari tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Tuesday, September 14, 2021

10 Tips Menghadapi Anxiety Yang Anda Wajib Ketahui

10 Tips Menghadapi Anxiety Yang Anda Wajib Ketahui

Jika anda melihat seorang pesakit anxiety, seseorang itu memang kelihatan sihat pada luarannya, tetapi di dalam minda mereka sedang bersusah-payah dan begitu terseksa apabila diserang kebimbangan, bimbang tanpa sebab melampau ini.

Anxiety

Anxiety datang tanpa diundang, menyerang sesiapa pun dan bagi mereka yang mungkin memandang serong pada mereka yang menghidapi penyakit ini, anda sepatutnya membantu mereka sehingga pulih.

Seorang pesakit anxiety, Shehnaz Khan, telah berkongsi cara bagaimana dia melawan anxiety, agar anda tahu dan faham apa sebenarnya yang terjadi.

Ini adalah 10 cara dia melawan anxiety secara umum:

1. Ingat Allah

Mendekatkan diri kepala Allah dan perbanyakkan istighfar dan selawat.

2. Jauhkan diri dari orang yang negatif

Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan ada kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.

3. Berfikiran Positif

Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati, "Saya sihat dan tidak takut."

4. Jangan Berseorangan

Selalulah bergaul, berbual dan ceritakan masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

5. Beriadah

Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang 'perkara' itu.

6. Jangan Berseorangan

Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebagai contoh, pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting untuk membantu.

7. Berjumpalah Doktor Psikologi

Wajib dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut atau malu kerana ia banyak membantu untuk menyembuhkan sakit.

Mereka sangat pakar dalam memahami pesakit anxiety dan anda juga boleh mendapatkan nasihat mereka.

8. Makanan Sihat

Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

9. Beranikan Diri

Cabar diri untuk memecahkan tembok yang anda takuti seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin.

10. Sokongan

Sokongan moral secara mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang faham apa itu anxiety amatlah penting.

Walaupun pesakit anxiety sukar pulih sepenuhnya, tetapi mereka masih boleh menemui sinar kebahagiaan dan mengawal penyakit ini jika anda turut sama membantu mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Monday, January 18, 2021

Tanda Anda Mengalami Kemurungan Tanpa Disedari

Tanda Anda Mengalami Kemurungan Tanpa Disedari

Kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi jika kemurungan yang dialami tidak disedari oleh diri sendiri kerana ini secara tidak langsung membuatkan orang di sekeliling anda juga tidak tahu akan keberadaan diri anda, yang telah terbukti sangat berbahaya dan mengundang padah.

Kemurungan

Jika anda atau orang yang dikenali mempunyai tanda-tanda tersembunyi ini, jangan teragak-agak untuk berbuat sesuatu.

1. Mempunyai tabiat makan dan tidur yang tidak normal

Tidak normal di sini bermaksud insomnia atau keletihan yang berterusan, malah hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar, merupakan tanda-tanda anda kemurungan.

Anda biasanya akan meyakinkan diri anda bahawa anda boleh mengawal amalan harian yang "biasa" ini, tapi cara yang anda lakukan ini adalah tidak sihat.

2. Rasa fobia ditinggalkan

Bagi individu yang mengalami kemurungan, mereka akan berasakan bahawa mereka sebagai satu beban kepada orang yang tersayang.

Mereka biasanya tidak akan mendedahkan bahawa dalaman mereka sedang terseksa kerana bimbang tekanan seperti ini akan membuatkan orang yang mereka sayang meninggalkan mereka.

3. Sangat berbakat dan kreatif

Orang yang tidak sedar mereka mengalami kemurungan biasanya akan cuba untuk mencari emosi di mana mereka boleh melawan rasa tertekan yang jahat yang menyeksa diri dari dalam.

Kebanyakan daripada mereka ini sangat kreatif dan berbakat, cemerlang dalam seni, muzik, kepimpinan dan lain-lain.

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kepintaran dengan kemurungan.

4. Melakukan perkara yang tidak menjadi kebiasaan

Bagi mereka yang mengalami kemurungan yang tidak disedari, tidak semua berkelakuan dengan cara yang sama.

Anda mungkin mendapati diri anda mengubah gaya hidup dan atau menjadikan sesuatu yang di luar norma sebagai tabiat untuk melawan gangguan dalaman ini termasuklah joging, mengangkat berat, berjalan-jalan di taman, membeli belah dan lain-lain.

5. Pandai menyembunyikan cerita

Apabila berhadapan dengan masalah ini, kebolehan berbohong dan menipu berkenaan emosi anda atau tanda-tanda lebam pada badan anda akan berlaku secara semulajadi seolah-olah ia sangat mudah bagi anda.

Walaupun jiwa anda sedang bergelut untuk terus hidup, anda secara tak langsung akan berbohong mengenainya apabila ditanya.

Ini adalah salah satu cara untuk tidak mahu membebankan rakan atau ahli keluarga anda dengan kesedihan anda.

6. Bersungguh-sungguh untuk kelihatan gembira

Ini adalah salah satu tanda besar bahawa seseorang itu mengalami kemurungan.

Kemurungan bukan sahaja sejenis mood, tetapi ia merupakan kuasa sangat kuat yang mampu mengubah tingkah laku anda. Emosi sebenar disembunyikan dan memaksa tingkahlaku yang sangat ceria ketika berinteraksi dengan orang lain kerana mereka tidak mahu sesiapa pun berasa sedih atau tak selesa.

Juga, ia merupakan respon automatik dan sudah menjadi rutin kerana dilakukan dalam satu tempoh yang lama.

7. Seorang yang suka kesempurnaan

Anda sentiasa mencari cinta dan kasih sayang, yang merupakan satu lagi faktor yang membuatkan anda tak mahu mengambil risiko untuk membuatkan orang yang anda sayang berasa tidak selesa.

Menunjukkan yang diri anda tidak sempurna kepada orang tersayang bermakna anda membiarkan kelemahan diri terserlah. Jadi, anda akan berusaha untuk melakukan semua perkara dengan sempurna.

8. Hilang minat terhadap perkara yang digemari

Apa yang selama ini membawa kegembiraaan kepada anda, namun kini tidak lagi. Anda berasakan seperti anda sedang menantikan sesuatu, tetapi anda tak pasti apa. Dan pada masa yang sama anda menyedari bahawa hidup anda terus berlalu begitu sahaja.

9. Kerap fikirkan tentang hidup dan mati

Memang kita akan memikirkan tentang kematian dari masa ke semasa, namun berurusan dengan kemurungan tersembunyi bermakna anda akan sentiasa mempersoalkan tujuan hidup dan berhadapan dengan kematian.

Jika anda kerap kali memikirkan untuk membunuh diri, jangan teragak-agak untuk memberitahu mereka yang rapat atau berjumpa dengan pakar. Anda tidak keseorangan!

10. Tak selesa melihat orang lain berduka

Disebabkan anda tahu bagaimana rasanya, melihat orang lain dalam kesedihan atau kekecewaan adalah faktor yang membuatkan anda cuba tidak menunjukkan perkara sebenar.

Anda tidak mahu orang lain berasa kesal atau kecewa atau membuatkan mereka kasihankan anda. Dengan ini, anda berasa ia sangat penting untuk memastikan orang di sekeliling anda selesa dan gembira.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

Tuesday, December 22, 2020

Individu GILA KERJA Ada Masalah Mental!

Individu GILA KERJA Ada Masalah Mental!

Adakah anda tahu sekiranya seorang yang gila kerja yang dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan nama workaholic, bermaksud anda terlalu taksub dan sibuk bekerja seolah-olah sudah ketagih dengan pekerjaan tersebut.

GILA KERJA

Ia adalah satu keadaan di mana anda tidak boleh mengawal diri daripada terus bekerja sepanjang masa dan ketagihan bekerja atau gila kerja ini adalah salah satu daripada gangguan kesihatan mental.

Punca gila kerja?

Kebanyakan daripada keadaan gila kerja ini berpunca daripada paksaan yang dilakukan ke atas diri sendiri bagi mencapai kejayaan atau status dalam pekerjaan.

Ada juga punca di mana ia bagi mengelakkan diri daripada mengalami stres atau tekanan yang berkaitan dengan emosi.

Tetapi kebanyakannya berpunca daripada keinginan untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

Percaya atau tidak, mereka yang mengalami ketagihan gila kerja juga boleh mengalami ‘high’ seperti penagih dadah.

Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami keadaan tersebut.

Tetapi salah satu tanda bahawa mereka telah sampai ke tahap itu ialah, mereka kerap mengulangi tabiat gila kerja ini sehingga tidak mampu untuk menghentikannya.

Tanda-tanda jika seseorang itu ketagihan atau gila kerja

Terdapat 11 tanda umum yang boleh menentukan sama ada anda adalah seorang yang terlalu sibuk bekerja atau tidak:

1. Tiada masa bersama keluarga

Pernahkah ahli keluarga anda menyatakan bahawa anda terlalu sibuk bekerja? Atau mereka rasa terabai?

Jika pernah, itu adalah salah satu tanda bahawa anda terlalu sibuk bekerja. Anda mungkin memberikan alasan bahawa anda mendapat tekanan untuk mencapai sasaran prestasi tugasan.

Tetapi anda tidak sedar bahawa banyak masa anda hanya dihabiskan dengan bekerja sehingga amat jarang melakukan aktiviti bersama keluarga.

2. Kerap melihat email kerja di mana-mana

Dengan kemudahan teknologi dan juga sambungan internet, kini tugas kerja boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Namun, anda mungkin tidak sedar bahawa anda menggunakan kemudahan ini dengan kerap ‘bersama’ tugas kerja anda tanpa mengira masa dan tempat.

Sebagai contoh, anda memeriksa email kerja walaupun pada ketika anda sedang berehat, baring atau hendak tidur.

Anda juga mungkin memeriksa email atau tugasan anda sewaktu membuang air di dalam tandas.

3. Rumah juga menjadi pejabat anda

Kebiasaan waktu bekerja hanyalah antara 8 ke 9 jam sehari.

Namun, bagi mereka yang sibuk bekerja sehingga mengalami ketagihan, tugas kerja dibawa pulang ke rumah dan disambung sehingga waktu tidur. Tabiat ini diulang-ulang setiap hari tanpa disedari.

Anda juga kerap melihat telefon bimbit, tablet mahupun komputer riba di mana-mana sahaja walaupun ketika di meja makan.

4. Tidak wujud keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan

Sepatutnya, apabila telah pulang ke rumah, apa yang perlu anda lakukan ialah berehat dan menikmati masa bersama keluarga.

Banyak perkara boleh dilakukan di rumah seperti menonton televisyen, bersenam, berkebun, memasak dan pelbagai lagi.

Namun, jika sudah terlalu ketagih bekerja, kesemua perkara ini tidak lagi dilakukan.

Anda tidak lagi menonton televisyen bersama ahli keluarga atau melancong bersama rakan. Apa yang anda fikirkan hanyalah kerja, kerja dan kerja.

5. Tidak mengambil cuti tahunan

Individu lain mungkin gembira ketika mengambil cuti tahunan, tetapi tidak bagi anda.

Apa yang anda fikirkan ialah, kerja yang semakin bertimbun atau risau jika rakan sekerja mencari anda untuk tugasan kerja.

Hasilnya, anda takut untuk mengambil cuti tahunan dan terus bekerja sehingga akhir tahun.

Apa yang perlu dilakukan adalah, menggantikan individu lain untuk melakukan kerja bagi pihak anda buat sementara waktu.

Dengan itu, anda dapat mengambil cuti dan berehat dengan tenang tanpa risau.

Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami perkara-perkara seperti berikut:
  • Kerap mencari lebih banyak masa terluang untuk melakukan kerja, bukan untuk berehat.
  • Bekerja dengan tujuan menunjukkan kebolehan anda walaupun anda sendiri rasa terbeban dan tidak berkemampuan.
  • Tidak mengurangkan tugas kerja walaupun telah disuruh oleh individu lain.
  • Mengalami masalah kesihatan akibat terlalu kuat bekerja seperti insomnia, pertambahan berat badan dan keresahan.
  • Jika mempunyai masa lapang, anda menggunakannya untuk membuat kerja.
  • Kerap berasa resah dan gelisah apabila kerja bertambah, tetapi tetap mahu menyiapkannya.
Semak diri anda kembali

Semak semula diri anda. Adakah anda mengalami satu atau lebih tanda-tanda yang dinyatakan ini?

Jika ya, maka ia bermaksud bahawa anda sedang mengalami ketagihan bekerja atau gila kerja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: hellodoktor

Wednesday, September 02, 2020

Apa Itu Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Apa Itu Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau lebih dikenali sebagai (ADHD), adalah gangguan yang dicirikan oleh tingkah laku impulsif, hiperaktif dan ketaktumpuan, yang biasanya didiagnosis semasa kanak-kanak, tetapi simptom-simptom ADHD boleh bersambung sehingga remaja dan dewasa.

Apa itu ADHD

ADHD sangat biasa berlaku dan dilihat sebagai satu gangguan yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak.

Ianya boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Terdapat tiga jenis ADHD:
  • Hiperaktif-impulsif predominan: Orang yang ADHD jenis ini yang kebanyakannya hiperaktif dan impulsif.
  • Ketaktumpuan predominan: Orang yang mempunyai ADHD yang sangat hiperaktif terutamanya mempunyai gejala ketaktumpuan.
  • Gabungan hiperaktif-impulsif dan ketaktumpuan: Orang dalam kumpulan ini mempunyai gejala hiperaktif, impulsif, dan ketaktumpuan.

SIMPTOM ADHD

Simptom biasa ADHD di kalangan kanak-kanak adalah:

Orang dengan ADHD biasanya:
  • Tidak suka dan mengelakkan tugas-tugas yang memerlukan usaha mental jangka panjang, seperti kerja rumah.
  • Mempunyai masalah dengan organisasi.
  • Tidak mematuhi arahan, gagal menyelesaikan kerja atau tugas sekolah, dan kehilangan fokus atau mudah beralih perhatian.
  • Mengabaikan penceramah.
  • Menjadi pelupa.
  • Mudah beralih perhatian.

Simptom-simptom hiperaktif ialah:
  • Kelihatan sentiasa bergerak.
  • Bercakap berlebihan.
  • Mengalami kesukaran untuk menunggu giliran mereka.
  • Resah di tempat duduk mereka, mengetuk tangan atau kaki mereka, atau kelihatan gelisah.
  • Bangun dari tempat duduk apabila mereka dijangka tetap berada di tempat mereka.
  • Berjalan-jalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.
  • Tidak dapat bermain secara senyap-senyap atau mengambil bahagian dalam aktiviti riadah.
  • Memberikan jawapan sebelum soalan selesai dibaca.
  • Mencelah dan mengganggu orang lain secara berterusan.
  • Orang yang mengalami ADHD boleh melakukan tindakan berisiko tanpa mengambil kira akibatnya.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

BILA HARUS BERJUMPA DENGAN DOKTOR?

Anda harus menghubungi doktor jika tingkah laku anak anda mempengaruhi kehidupan anda. Ingat bahawa ADHD boleh dikawal dengan bantuan ubat dan sokongan.

PUNCA

Apakah Punca Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Tidak cukup maklumat yang mencukupi tentang apa yang menyebabkan ADHD. Walau bagaimanapun, saintis percaya bahawa ia mungkin ada kaitan dengan bahan kimia otak.

Apabila bahan kimia otak tidak seimbang, ia mungkin akan mempengaruhi kelakuan anda juga.

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Terdapat banyak faktor risiko ADHD, seperti:
  • Genetik (ADHD diturunkan dalam keluarga).
  • Pendedahan kepada alam sekitar, terutamanya plumbum.
  • Penggunaan alkohol atau tembakau semasa kehamilan.
  • Kecederaan otak.
  • Kelahiran pramatang atau berat kelahiran rendah.

DIAGNOSIS DAN RAWATAN

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) didiagnosis?

Walaupun ujian boleh mendiagnosis AHDH, diagnosis ADHD kebanyakannya dilakukan berdasarkan pemerhatian tingkah laku anda dan bagaimana anda bertindak balas terhadap keadaan tertentu:
  • Pemeriksaan perubatan: Doktor anda mungkin melakukan beberapa ujian pengimejan dan ujian makmal untuk mengetepikan punca-punca lain yang menyebabkan simptom.
  • Pengumpulan maklumat: seperti sebarang masalah perubatan semasa, sejarah perubatan peribadi dan keluarga, dan rekod sekolah.
  • Temu bual atau soal selidik yang dilakukan untuk ahli keluarga, guru kanak-kanak atau orang lain yang mengenali anak dengan baik, seperti penjaga bayi dan jurulatih.
  • Kriteria ADHD dari Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental.
  • Penarafan ADHD untuk mengumpulkan dan menilai maklumat mengenai anak anda.

Bagaimana pesakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dirawat?

Rawatan standard untuk ADHD pada kanak-kanak termasuk ubat-ubatan, pendidikan, latihan dan kaunseling.

Ubat boleh membantu memperbaiki tanda-tanda dan gejala ketaktumpuan dan hiperaktif, sebagai contoh:
  • Amphetamine termasuk dextroamphetamine (Dexedrine), dextroamphetamine-amphetamine (Adderall) dan lisdexamfetamine (Vyvanse).
  • Methylphenidates termasuk methylphenidate (Concerta, Metadate, Ritalin, yang lain) dan dexmethylphenidate (Focalin).
  • Atomoxetine (Strattera).
  • Antimurung seperti bupropion (Wellbutrin, yang lain).
  • Guanfacine (Intuniv, Tenex).
  • Clonidine (Catapres, Kapvay).

Beberapa rawatan ubat alternatif yang telah dicuba, termasuk:
  • Yoga atau meditasi membantu kanak-kanak bertenang dan belajar berdisiplin.
  • Diet khas. Banyak diet yang dipromosikan untuk ADHD melibatkan menyingkirkan makanan, seperti gula, dan alergen yang biasa seperti gandum, susu dan telur.
  • Formulasi proprietari yang dibuat daripada vitamin, mikronutrien dan bahan-bahan lain yang dijual sebagai suplemen rawatan yang mungkin untuk kanak-kanak dengan ADHD.
  • Asid lemak penting termasuk minyak omega-3 yang diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik.
  • Latihan maklumbalas neuro membantu kanak-kanak belajar untuk memastikan gelombang otak aktif di bahagian otak depan.
  • Senaman apabila ditambah kepada rawatan boleh memberi kesan positif terhadap tingkah laku pada kanak-kanak dengan ADHD.

PERUBAHAN GAYA HIDUP & RAWATAN SAMPINGAN

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang boleh membantu anda menguruskan ADHD:
  • Terapi tingkah laku: membantu guru dan ibu bapa belajar strategi mengubah tingkah laku, seperti sistem ganjaran token dan 'minta rehat' untuk menangani situasi yang sukar.
  • Psikoterapi: membolehkan kanak-kanak dengan ADHD yang lebih tua untuk membincangkan isu-isu yang mengganggu mereka, meneroka corak tingkah laku negatif dan mempelajari cara untuk mengatasi gejala mereka.
  • Latihan kemahiran keibubapaan: membantu ibu bapa mengembangkan cara untuk memahami dan membimbing tingkah laku anak mereka.
  • Terapi keluarga: membantu ibu bapa dan adik-beradik menangani tekanan hidup dengan seseorang yang mempunyai ADHD
  • Latihan kemahiran sosial: membantu kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial yang sesuai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Sunday, August 23, 2020

13 Penyakit Berbahaya Jika Anda Terlalu Stres

13 Penyakit Berbahaya Jika Anda Terlalu Stres

Bahayanya stres boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang boleh terjejas. Dari segi saintifik, stres atau tekanan adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan.

Menangani Stres

Stres juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.

Sekiranya mengalami stres, anda boleh menjejaskan kualiti hidup, juga akan memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan yang akan turut terkena kesan dengan situasi stres tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah cuba tangani stres dengan bijak dan teratur.

Bahayanya stres kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simptom yang tidak baik untuk tubuh badan kita.

Ini antara kesan yang dibawa oleh sebab tidak pandai mengurus stres dengan baik.

1. Penyakit Jantung (Kardiovaskular)

Stres boleh menyebabkan terganggunya sistem arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung.

Sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat. Ia seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Stres yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun strok.

2. Sistem Imun Menjadi Lemah

Stres yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Stres yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

3. Mengganggu Sistem Penghadaman

Stres yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simptom-simptom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

Sekiranya kita menghadapi simptom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup anda dan keluarga.

4. Penyakit Kulit

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simptom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stres.

Bagi yang menghidapi penyakit kurap, ia akan menjadi lebih teruk. Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri.

5. Asma

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa stres boleh memburukkan lagi penyakit asma. Beberapa bukti menunjukkan bahawa stres kronik ibu bapa mungkin meningkatkan risiko penyakit asma pada anak-anak mereka.

Satu kajian melihat bagaimana ibu bapa yang mengalami stres mempengaruhi kadar asma anak-anak yang terdedah kepada pencemaran udara atau ibu yang merokok semasa hamil.

6. Organ Pembiakan

Kurang subur (fertiliti rendah) juga boleh dikaitkan dengan stres. Bagi lelaki pula adalah masalah lemah tenaga batin dan bagi wanita akan mengalami masalah ketika hamil.

Lebih bahaya lagi bagi wanita yang mengandung, anak yang akan dilahirkan berisiko tinggi menghadapi penyakit asma dan alergi.

Pastinya anda tidak ingin bayi menghidapi penyakit walaupun hanya sekadar demam biasa.

Jadi mulai sekarang anda semua perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya tidak dibebani stres.

7. Sistem Penafasan Terjejas

Antara kesan yang diakibatkan oleh stres yang tidak terkawal adalah sistem penafasan anda akan terganggu. Ia juga boleh mengakibatkan asma dan masalah paru-paru yang lain.

Semasa menghadapi stres, seseorang itu akan bernafas dengan cepat sehingga terasa seperti sesak nafas.

Jika tidak diubati, keadaan ini akan mengakibatkan paru-paru mudah berjangkit dengan penyakit.

8. Kemurungan dan Anxiety Disorder

Mungkin tidak mengejutkan bahawa akibat terlalu stres yang kronik, risiko mendapat kemurungan dan anxiety disorder menjadi lebih tinggi.

Kajian mendapati orang yang selalu stres berkaitan dengan pekerjaan mereka mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami kemurungan dalam masa beberapa tahun berbanding orang yang mengalami tekanan yang lebih rendah.

9. Masalah Gastrointestinal

Stres tidak menyebabkan ulser. Walau bagaimanapun, ia boleh membuat masalah jadi lebih teruk.

Stres juga merupakan faktor umum dalam banyak masalah lain seperti penyakit pedih ulu hati kronik (atau penyakit refluks gastroesophageal, GERD) dan sindrom usus besar (IBS).

10. Penyakit Alzheimer

Stres boleh memburukkan lagi penyakit Alzheimer, menyebabkan luka pada otak membentuk lebih cepat.

Sesetengah penyelidik membuat spekulasi bahawa mengurangkan stres berpotensi untuk melambatkan perkembangan penyakit alzheimer.

11. Obesiti

Lebihan lemak dalam perut menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar daripada lemak pada kaki atau pinggul.

Orang yang selalu stres selalunya menyimpan lemak dalam perut berlebihan.

Tekanan menyebabkan tahap kortisol hormon yang lebih tinggi dan ia meningkatkan jumlah lemak yang disimpan ke dalam perut.

12. Kencing Manis

Stres akan memburukkan lagi masalah kencing manis dengan dua cara.

Pertama, meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang buruk, seperti makan tidak sihat dan minum berlebihan. Kedua, stres meningkatkan kadar glukosa orang yang ada kencing manis.

13. Sakit Kepala dan Migrain

Doa ketika stres

Stres dianggap salah satu pencetus yang paling biasa untuk sakit kepala. Bukan sekadar sakit kepala ketegangan, tetapi migrain juga.

Kesimpulan

Jadi, inilah antara kesan-kesan akibat stres yang tidak dicegah ataupun dirawat dan sudah tentu kesan-kesan ini akan memberi impak negatif di dalam kehidupan anda dan keluarga.

Mungkin ramai antara kita yang kurang pendedahan tentang bahayanya stres di dalam kehidupan.

Sekiranya anda menghadapi simptom di atas, apa yang anda perlu buat ialah cuba untuk mengurus stres yang anda alami dengan berjumpa pakar kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat dan cuba mengelakkan perkara atau suasana yang boleh menyebabkan stres.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: encikshino

Wednesday, July 29, 2020

Bahaya Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Tempoh 24 Jam!

Bahaya Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Tempoh 24 Jam!

Wabak bubonik adalah berpunca daripada bakteria dan disebarkan melalui kutu yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bakteria itu mampu membunuh dalam tempoh 24 jam sekiranya tidak mendapat sebarang rawatan.

Wabak Bubonik

Namun, bagaimana bakteria wabak Bubonik ini tersebar dan bagaimana langkah dan cara terbaik mengelakkannya?

Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus yang berlaku di merata tempat di seluruh dunia, yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis yang menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia.

Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan di sebahagian besar Asia.

Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak.

Jangkitan manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan.

Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar (contoh: tisu/tuala), atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti, dengan tempoh pengeraman antara 1 hingga 7 hari.

Pelancong adalah berisiko rendah, walau bagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana penyakit hawar biasa berlaku (endemik) di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus.

JANGKITAN

Jangkitan terbahagi kepada 3 jenis:

Hawar Bubonik

Berpunca dari gigitan kutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar limfa (limfadenitis) dan sekitar kelenjar limfa.

Ciri utama: Bengkak yang sakit dan bernanah.

Hawar Septisemik

Merebak dari wabak bubonik atau berlaku semasa ketiadaan limfadenitis. Jangkitan menular ke dalam aliran darah menyebabkan keradangan di selaput otak (meningitis), renjatan endotoksid dan pendarahan yang teruk akibat Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation – DIVC).

Hawar Pneumonik

Jangkitan boleh menular ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia yang teruk. Pesakit boleh merebakkan penyakit melalui titisan cecair pernafasan.

Individu yang terkena titisan/cecair tersebut boleh mendapat jangkitan paru-paru.

SIMPTOM

Bergantung kepada jenis Hawar, simptom boleh berubah-ubah, sebagai contoh:

Hawar Bubonik

Simptom umum adalah bubo (kelenjar limfa bengkak) yang terletak di pangkal paha, ketiak, leher, pada saiz kira-kira seperti telur ayam, serta hangat dan menyakitkan apabila disentuh.

Simptom-simptom lain pula boleh timbul secara tiba-tiba seperti demam, menggigil, sakit kepala, keletihan, kelesuan dan sakit otot.

Hawar Septisemik

Simptom-simptom yang biasa adalah demam, menggigil, kelemahan yang melampau, sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, pendarahan dari mulut, hidung, rektum atau di bawah kulit, kejutan, ataupun kehitaman (kelemayuh / gangren) pada jari tangan, jari kaki, dan hidung.

Hawar Pneumonik

Simptom umum adalah batuk, dengan kahak berdarah, kesukaran bernafas, mual, muntah, demam panas, sakit kepala dan kelemahan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor.

KOMPLIKASI

Tanpa rawatan segera dan berkesan, 50 hingga 60% dari kes boleh membawa maut.

Kesan septisemik yang tidak dirawat boleh menyebabkan renjatan endotoksid dan Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation – DIVC) manakala pneumonia teruk berlaku semasa wabak pneumonik.

PUNCA

Apakah punca Hawar (Plague)?

Penyakit Hawar disebabkan oleh jangkitan Yersinia pestis yang menular kepada manusia apabila mereka digigit oleh kutu yang sebelum ini menghinggapi haiwan yang dijangkiti, seperti:
  • Tikus.
  • Tupai.
  • Arnab.
  • Prairie dog.
  • Tupai tanah.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hawar (Plague)?

Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit Hawar, seperti:

Lokasi

Wabak penyakit Hawar paling biasa berlaku di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang dicirikan oleh kesesakan, pembersihan / sanitasi yang kurang baik, dan populasi tikus yang tinggi.

Pekerjaan

Veterinar dan pembantu mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk bersentuhan dengan kucing dan anjing domestik yang mungkin dijangkiti penyakit.

Orang yang bekerja di kawasan di mana haiwan yang dijangkiti wabak adalah biasa.

Hobi

Berkhemah, memburu atau mengembara di kawasan di mana haiwan yang dijangkiti wabak boleh meningkatkan risiko anda digigit oleh kutu yang dijangkiti.

BILA SAYA HARUS BERJUMPA DOKTOR?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza dan anda dinasihatkan untuk membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan semasa.

RAWATAN

Rawatan khusus: Streptomisin adalah disarankan. Ubat lain termasuklah gentamisin, tetrasiklin dan kloramfenikol.

PENCEGAHAN

Jika anda melawat kawasan yang dijangkiti:
  • Elakkan memegang tikus yang hidup atau mati.
  • Elakkan berada di tempat yang sesak.
  • Elakkan gigitan kutu dengan menggunakan repelan dan racun serangga.
  • Elakkan mengendali tikus mati dan laporkan kepada pihak kesihatan jika terjumpa bangkai tikus.

Jika anda berhubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan menyentuh cecair tubuh pesakit dan dapatkan rawatan awal.

Simpan dan lupuskan sisa makanan/sampah dengan betul supaya tikus tidak mencerobohi makanan dan tempat tinggal anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Psoriasis: Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

Psoriasis: Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik (berkait dengan imuniti badan), yang menjejaskan kulit dan berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit, menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal.

Psoriasis dan Eczema

Sel kulit berlebihan ini akan menjadi kering dan berkeruping atau bersisik yang berwarna putih (sel mati).

Ia juga boleh hadir dalam tompokan merah yang gatal dan kadangkala menyakitkan, biasanya terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang.

Mereka yang menghidap penyakit ini akan mempunyai permukaan kulit yang seakan-akan bersisik berbanding dengan kulit individu lain yang lebih lembut dan licin.

Penyakit Autoimun Punca Psoriasis

Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut adalah sel asing.

Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari 'ancaman' yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Tidak Berjangkit

Walaupun kelihatan dahsyat dan menakutkan, hakikatnya penyakit ini tidak berjangkit, namun begitu, mereka masih mengalami pelbagai tindakan daripada masyarakat sekeliling yang berbentuk tekanan dan isolasi.

Sukar untuk kita padamkan tabiat sebegitu jika usaha untuk mendidik hilang ditelan arus stigma.

Bayangkan jika seorang penderita psoriasis menghulurkan tangan, mampukah anda membuang tanggapan buruk terhadap rupa kulit tangan yang seakan bersisik dan terus berjabat dengan individu tersebut?

Tanpa ilmu, kebanyakan individu pasti akan mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang melibatkan sentuhan dengan penderita penyakit psoriasis.

Diskriminasi

Kajian yang telah dijalankan di Universiti Pennsylvania melibatkan 187 pelajar perubatan dan 198 orang dewasa telah menggambarkan betapa kuatnya stigma terhadap individu psoriasis.

Mereka telah dipilih secara rawak dan tidak pernah didiagnosis dengan masalah tersebut. Dalam kajian itu:
  • 54% subjek tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan intim dengan pesakit psoriasis.
  • 40% subjek tidak mahu berjabat tangan dengan pesakit psoriasis.
  • 32% subjek tidak mahu menjemput pesakit psoriasis ke rumah mereka.

Sebahagian besar daripada mereka juga berpendapat bahawa penderita psoriasis kelihatan tidak menawan, tampak sakit dan tidak selamat.

Ia disertakan dengan penyataan mitos yang mengatakan bahawa penyakit tersebut hanya melibatkan organ kulit dan ia bukanlah sesuatu yang serius.

Berdasarkan daripada kajian tersebut, ia menunjukkan bahawa pemahaman merupakan perkara yang penting bagi memastikan individu tidak mengaitkan maklumat penyakit ini dengan mitos yang banyak dikongsikan dalam masyarakat setempat.

Penyakit Artritis

Sebanyak 30% daripada jumlah pesakit psoriasis akan mendapat permasalahan artritis (keradangan pada sendi).

Itu hanya salah satu daripada penderitaan yang bakal ditanggung oleh individu yang menghidap keadaan kesihatan ini.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, mereka boleh mendapat komplikasi yang lain seperti hipertensi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit mental.

Psoriasis bukanlah penyakit yang hanya melibatkan kulit sahaja, ia dapat memberikan kesan negatif sistemik jika dibiarkan berlarutan.

RAWATAN
1. Antara ubat topikal:

Emolien (pelembap)

Emolien (pelembap) melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit, sebaiknya disapu selepas mandi sementara air masih terperangkap pada kulit untuk mendapatkan lebih hidrasi.

Emolien perlu disapu lembut mengikut arah garis rambut secara kerap sekurang-kurangnya tiga kali sehari mengikut arahan doktor.

Jangan sesekali menggosok ke atas dan ke bawah dengan kuat kerana akan menyebabkan kegatalan, menyumbat folikel rambut atau menyebabkan kulit berasa panas.

Kadangkala, pelembap (krim aqueous) digunakan seperti sabun untuk menggantikan penggunaan sabun mandi.

Tar

Tar melambatkan pertumbuhan sel-sel kulit dan mengurangkan radang, gatal dan sisik-sisik psoriasis, disapu bergantung kepada bahagian tubuh badan yang mengalami psoriasis.

Misalnya, syampu politar dan ung cocois co digunakan untuk psoriasis kulit kepala manakala mandian tar arang 20 peratus dan liquid picis carbonis (LPC) digunakan untuk tompokan di badan.

Syampu Politar

Syampu politar digunakan dua kali seminggu. Setelah rambut dan kulit kepala dibasahkan, syampu digosok pada kulit kepala dengan lembut selama lima hingga 10 minit.

Kemudian bilas dengan air ke belakang tanpa terkena muka. Elakkan menggaru kulit kepala kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Penggunaan syampu tar ini boleh menyebabkan kulit merengsa, merah, kering, meninggalkan kesan kotor dan bau tidak menyenangkan.

Uji sediaan tar pada bahagian kecil kulit terlebih dulu. Jika kulit menjadi merah, cuba sapu sediaan tar selepas menyapu pelembap.

Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari, oleh itu sediaan tar perlu dibilas bersih.

Ung Cocois Co

Ung cocois co perlu disapu pada waktu malam dengan menyikat rambut kepada bahagian kecil dan sapu ubat pada tompok psoriasis di kulit kepala.

Balut kulit kepala dengan tuala atau topi mandi. Lapikkan bantal kerana ubat boleh meninggalkan kesan kotor pada bantal.

Biarkan semalaman dan bilas kulit kepala pada keesokan paginya.

Mandian Tar Arang

Mandian tar arang 20% digunakan dengan melarutkan 15 ml tar arang dalam 10 liter air.

Larutan disapu pada kulit menggunakan span/tuala atau merendam bahagian terjejas dalam larutan yang disediakan menggunakan tab mandi selama 15 hingga 20 minit.

Steroid
Steroid adalah rawatan utama psoriasis dan adalah berkesan untuk kebanyakan pesakit, bagi mengurangkan keradangan serta mengurangkan kemerahan pada tompok psoriasis.

Steroid mempunyai pelbagai kekuatan daripada sangat kuat kepada sangat lemah.

2. Rawatan sistemik:

Acitretin (retinoid)

Acitretin (retinoid) adalah analog sintetik vitamin A. Dos permulaan adalah 10mg hingga 30mg sehari mengikut arahan doktor.

Ubat perlu diambil bersama dengan makanan, bagaimanapun ia mempunyai risiko teratogenik yang tinggi.

Pencegahan kehamilan diperlukan empat minggu sebelum rawatan, semasa tempoh rawatan dan sehingga tiga tahun selepas berhenti rawatan.

Kesan sampingan ubat termasuklah bibir dan mulut kering, konjunktivitis dan hidung berdarah. Paras kolesterol juga perlu diperiksa sewaktu rawatan.

Methotrexate (MTX)

Methotrexate (MTX) mengurangkan radang, kemerahan dan sisik serta membantu mengurangkan sakit sendi.

Ubat ini diambil seminggu sekali dan diambil pada hari yang sama setiap minggu. Tablet asid folik diberikan bersama-sama untuk mengurangkan kesan sampingan MTX.

Asid folik tidak boleh diambil pada hari yang sama dengan MTX.

Ciclosporin

Ciclosporin adalah ubat yang mengawal psoriasis dalam jangka masa yang singkat diikuti dengan rawatan ubat yang lain.

Kontraindikasi ubat adalah kerosakan hati, kerosakan buah pinggang dan kelemahan pertahanan badan.

Ubat tidak boleh diberi bersama ubat yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti NSAID dan aminoglikosida.

3. Rawatan Biologik:

Rawatan biologik adalah seperti adalimumab etanercept, infliximab atau ustekinumab.

Rawatan biologik hanya digunakan apabila kesemua ubat topikal, fototerapi atau rawatan sistemik tidak menunjukkan respon yang baik.

RASA RENDAH DIRI

Persatuan Psoriasis Malaysia mendedahkan sehingga 800,000 rakyat di negara ini menghidap penyakit ini.

Di peringkat global, dianggarkan 125 juta orang menghidap psoriasis dan di Malaysia, keadaan kulit ini menjejaskan kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk.

Kira-kira 20 peratus pesakit psoriasis mempunyai anggota keluarga yang menghidap penyakit ini.

Dalam tinjau selidik global, didapati hampir 40 peratus daripada penghidap psoriasis mengalami masalah psikologi akibat penyakit kulit mereka.

Keadaan kulit yang memalukan itu menyebabkan sesetengah penghidap psoriasis berasa resah dan murung. Ada yang menolak apabila diajak keluar dan ramai pula berasa rendah diri dengan keadaan mereka.

Ternyata, penyakit ini bukan sekadar memberi kesan kepada fizikal malah menjejaskan emosi serta mental seseorang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2