Sunday, July 21, 2019

Biji Buah Rambutan Terbukti Menyembuhkan Pesakit Kencing Manis

Biji Buah Rambutan Terbukti Menyembuhkan Pesakit Kencing Manis

Masih ramai dikalangan kita tidak tahu khasiat biji buah rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi, iaitu sejenis antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

Biji Rambutan rawat Diabetes

Polifenol dapat memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan antipatogen, selain itu biji rambutan mampu membantu merawat penyakit kencing manis.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium.

Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandungi tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance, manakala daun rambutan mengandungi saponin dan tannin.

Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya.

Menurut kajian pakar pemakanan, biji rambutan dipercayai mampu merawat sakit pinggang, manakala asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

Kajian mendapati, biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein (7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus), asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus), palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus).

Dengan banyaknya kandungan khasiat di dalam buah rambutan, ia sangat sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh, juga bagi mereka yang sedang berdiet.

Menyembuhkan Kencing Manis

Untuk pengidap kencing manis – kajian makmal telah membuktikan, ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah biji buah rambutan.

Cara penggunaannya:
  • Ambil 5 biji (seeds) rambutan.
  • Goreng.
  • Tumbuk sehingga hancur menjadi tepung.
  • Campurkan dengan air sejuk dan minum.
  • Minumlah beberapa kali dalam sehari.
  • Amalkan sehingga sembuh.

Penggunaan biji rambutan untuk membebaskan penderitaan pesakit kencing manis tahap 2 telah terbukti berjaya.

Kajian yang dilakukan di Eropah telah berjaya membebaskan penderitaan seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 pada tahun 2014.

Kita rakyat Malaysia cukup bertuah kerana memiliki buah tersebut di negara sendiri.

Apa yang penting, jangan sesekali tinggalkan ubat hospital ketika menggunakan biji rambutan sebagai alternatif rawatan.

Cuma, jarakkan pengambilan selama beberapa jam.

Diabetes tahap 2 bukanlah hukuman mati kepada pengidapnya. Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan yang tertera diatas. Bebaskan diri kita daripada diabetes.

Insyaa Allah.

BACA INI JUGA:

sumber: kertaspaper

Saturday, February 10, 2018

Fakta Penting Dan Sejarah Penyakit Kencing Manis

Fakta Penting Dan Sejarah Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak zaman purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek) dengan tanda-tanda seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing.

Fakta Penting Dan Sejarah Penyakit Kencing Manis

Simptom penyakit kencing manis telah digambarkan oleh orang Mesir di atas kertas paprus pada 1550 Sebelum Masihi manakala pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenisdua jenis semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis ditemui pada tahun 1897, apabila dua orang pakar saintis, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

APA ITU INSULIN?

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets yang berfungsi untuk mencerna glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut:-
  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Kerap ke ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat.
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda dan hanya dengan pemeriksaan doktor dapat mengesan kencing manis pada peringkat awal.

Bagi mereka yang berisiko tinggi, penghidap perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah:-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik).
  • Mereka yang berat badan agak tinggi.
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas.
  • Wanita mengandung yang pernah menghidap kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun, penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja.

Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos.

Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

BAGAIMANA MENGELAK PENYAKIT KENCING MANIS

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose – IFG).

Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: –

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya boleh dimakan sesuka hati.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat juga seharusnya dikurangkan kerana kadar kalori sehari seharusnya dikurangkan.

Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih semasa dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat menambah kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40%–60%.

Penjagaan berat badan

Telah diketahui mereka yang berat badan tidak tinggi (obesiti) lebih mudah dikawal paras gula di dalam darah.

Setengah pesakit kencing manis boleh menghentikan pengambilan ubat sama sekali setelah berat badan berjaya dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit terutamanya pada bahagian kaki, rasa sebal atau kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.

Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara kerap.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal bagi membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal merawat penyakit mereka.

Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40%.

Selain itu, rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang.

Penjagaan anggota juga mampu mengurangkan risiko anggota badan dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45%–85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat.

Ubat seperti metformin didapati mampu mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%.

Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang muda dan gemuk namun kurang berkesan pada mereka yang sihat untuk tujuan mengelakkan kencing manis.

*PENAFIAN – Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

sumber: panduanpercuma

Tuesday, November 14, 2017

Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

MANFAAT DAUN SUKUN. Daun sukun sering dijadikan sebagai ubat tradisional kerana dipercayai memiliki manfaat dan khasiat yang sangat baik untuk tubuh, terutamanya bagi pesakit Diabetes, gula darah atau kencing manis.

Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Kami sebenarnya sangat tertarik untuk berkongsi artikel ini kerana mendengar sendiri pengakuan anak seorang pesakit kencing manis yang berjaya sembuh sepenuhnya setelah mengamalkan meminum air rebusan daun sukun, namun tetap mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital.

Menurut beberapa kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan, daun sukun memiliki kandungan zat yang sangat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan seperti vitamin B1, vitamin B2, protein, lemak, vitamin C, kalsium, karbohidrat, zat besi dan asam amino.

Selain itu, terdapat juga kandungan lain dalam daun sukun seperti hidrosianat, asetilcolin, tannin serta riboflavin yang dapat membantu tubuh menangkis beberapa penyakit berbahaya.

Kajian juga pernah dilakukan oleh pakar perubatan di Amerika Syarikat (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/20931077/) dan hasil dari kajian tersebut membuktikan daun sukun berguna sebagai ubat anti diabetes secara kajian makmal menggunakan enzim Alfa Glukosasidase.

Enzim Alfa Glukosasidase diperlukan dalam proses pembentukan glikoprotein, disebut sebagai enzim kunci dan berada pada tepi permukaan sel usus. Enzim ini berperanan penting dalam proses metabolisme karbohidrat.

Dalam prosesnya, Enzim Alfa Glukosasidase menguraikan karbohidrat dalam usus dan menukarkannya menjadi glukosa.

Indikator dari proses ini yakin sel yang menghambat aktiviti enzim menunjukkan bahawa proses tersebut berpotensi sebagai anti diabetes dengan menurunkan kadar gula dalam darah pada tubuh manusia.

Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Cara merebus daun sukun untuk pesakit diabetes (kencing manis):
  • Ambil sukun tua, tidak cacat dan di petik terus dari pokok supaya hasil yang bakal diperolehi lebih baik.
  • Jemur daun sukun di bawah terik matahari sehingga kering.
  • Rebus daun sukun yang sudah kering berisi 2 liter air di dalam cerek. Sebaik-baiknya gunakan cerek yang terbuat daripada tanah liat atau stainless steel. Hindari penggunaan cerek daripada aluminium, kerana kandungan pada alumunium dikatakan boleh menimbulkan reaksi yang buruk bagi kesihatan.
  • Rebuslah sehingga air tinggal separuh atau kira-kira 1 liter.
  • Tambahkan lagi air sebanyak 1 liter dan rebus sehingga air tinggal separuh.
  • Tunggu air rebusan daun sukun suam.
  • Kemudian, minum air rebusan daun sukun secara rutin untuk merawat penyakit diabetes.
  • Minum rebusan air daun sukun satu gelas pagi, tengahari dan malam secara rutin.
  • Air daun sukun yang tidak habis boleh disimpan dalam termos atau botol plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Khasiat Daun Sukun Merawat Penyakit Kronik

sumber: ahlinyaobatmaag

Wednesday, April 05, 2017

Jenis-jenis Diabetes Dan Fakta Ringkas Mengenai Penyakit Kencing Manis

Jenis-jenis Diabetes Dan Fakta Ringkas Mengenai Penyakit Kencing Manis

Kencing Manis (Diabetes) ataupun selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes mellitus ialah suatu penyakit metabolik yang mana pengidapnya mempunyai tahap glukosa dalam darah (gula darah) yang tinggi pada suatu jangka waktu yang agak lama.

Jangan abai tanda awal diabetes

Ianya terjadi samada pengeluaran insulin yang tidak mencukupi ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan betul pada insulin.

Pengidap yang mempunyai gula darah yang tinggi kebiasaannya akan mengalami kerap buang air kecil (polyurea - frequent urination), menjadikan mereka selalu dahaga (polydipsia - increasingly thirsty) dan lapar (polyphagia).

Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Diabetes adalah suatu ganguan metabolik yang menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi dan pada tahun 2013 dianggarkan seramai lebih dari 382 juta manusia di seluruh dunia mengidap diabetes.

1. Diabetes Jenis 1 (type 1)

Tubuh gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Dianggarkan 10% kes diabetes adalah jenis 1.

2. Diabetes Jenis 2 (type 2)

Bermula dengan kerintangan insulin (insulin resistance) di mana sel-sel tubuh gagal bertindak ataupun kurang sensitif terhadap insulin. Jika penyakit ini berkembang maka akan terjadi juga keadaan kekurangan insulin.

3. Diabetes Gestasi (Gestational Diabetes)

Jenis ketiga yang dihidap oleh wanita sewaktu mengandung.

Simptom

Tanda-tanda ataupun symptom yang biasa termasuklah kerap kencing, selalu dahaga atau lapar, pertambahan berat atau kehilangan berat yang mendadak, keletihan, luka yang lambat sembuh, alat kelamin lelaki kurang berfungsi, mata kabur, kebas dan berdenyut-denyut pada tangan dan kaki.

Jika anda pengidap Jenis 1 - dengan mengikuti pelan pemakanan sihat, melakukan senaman yang mencukupi, dan mengambil insulin, anda boleh hidup secara normal.

Jika anda pengidap Jenis 2 - anda perlukan makan secara sihat, aktif secara fizikal, selalu mengambil ujian gula darah anda. Anda munkin perlu juga mengambil ubat makan, dan/atau mengambil insulin untuk mengawal tahap gula di dalam darah anda.

Risiko penyakit kardiovaskular ( jantung dan pembuluh darah) adalah lebih tinggi pada diabetik. Maka adalah sangat penting untuk menjaga dan memantau tekanan darah dan tahap kolesterol di dalam badan.

Hypoglycemia ialah keadaan gula (glukosa) darah rendah atau gula dalam darah kurang dari sepatutnya .

Manakala Hyperglycemia pula adalah keadaan gula darah tinggi atau gula dalam darah lebih dari sepatutnya.

Diabetes dibahagi kepada tiga jenis:

1. Diabetes Jenis 1

Tubuh tidak menghasilkan insulin. Nama lain bagi jenis ini ialah insulin-dependent diabetes, juvenile diabetes, or early-onset diabetes. Ianya bermula kebiasaannya pada umur kurang dari 40 tahun, selalunya pada peringkat umur remaja atau belasan tahun.

Diabetes jenis 1 ini sangat jarang berlaku, hanya 10% dari keseluruhan kes diabetes adalah Jenis 1.

Pengidap diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya. Dia perlu selalu mengambil ujian darah dan mematuhi diet pemakanan khas untuk kekal sihat.

2. Diabetes Jenis 2

Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan baik atau kurang sensitif terhadap insulin (kerintangan insulin).

Lebih kurang 90% dari keseluruhan kes diabetes di seluruh dunia adalah dari jenis 2.

Sesetengah orang mungkin boleh mengawal gejala kencing manis jenis 2 mereka dengan cara mengurangkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan banyak senaman dan memantau tahap glukosa dalam darah mereka.

Walau bagaimanapun, diabetes jenis 2 biasanya adalah sejenis penyakit progresif jika tidak dikawal rapi - ia beransur-ansur menjadi lebih teruk - dan pesakit akhirnya mungkin perlu juga mengambil insulin.

Orang yang berlebihan berat badan dan obes (kegemukan) mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat diabetes jenis 2 berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sihat.

Orang yang mempunyai banyak lemak visceral, juga dikenali sebagai obesiti di bahagian tengah, perut buncit, atau obesiti abdomen, sangatlah berisiko.

Berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan tubuh melepaskan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kestabilan sistem kardiovaskular dan metabolik badan.

Dengan berat badan yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal dan memakan makanan yang salah - semua ini menambahkan risiko dihinggap diabetes jenis 2.

Hanya dengan meminum satu tin soda (minuman berkarbonat) sehari boleh meningkatkan risiko sebanyak 22% (dilaporkan oleh penyelidik dari Imperial College London dalam jurnal Diabetología ).

Para saintis percaya bahawa kesan minuman ringan bergula pada risiko diabetes adalah secara langsung, bukan sekadar mempengaruhi berat badan.

Risiko mendapat diabetes jenis 2 juga lebih besar apabila kita meningkat lebih tua. Pakar-pakar tidak pasti kenapa, tetapi mengatakan bahawa apabila kita semakin tua kita cenderung menambah berat badan dan menjadi kurang aktif secara fizikal.

Mereka yang mempunyai keturunan terdekat yang mengidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosterone yang rendah juga didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2.

3. Diabetes Gestasi

Jenis ini dihidapi oleh wanita semasa mengandung yang sebelumnya tidak pernah ada rekod diabetes.

Sesetengah wanita yang mengandung, tahap glukosa darah mereka sangat tinggi dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel badan, menyebabkan tahap glukosa darah meningkat secara progresif.

Diagnosis penyakit diabetes gestasi dibuat semasa mengandung

Majoriti pesakit diabetes gestasi boleh mengawal penyakit kencing manis mereka dengan senaman dan diet.

Antara 10% hingga 20% daripada mereka perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal glukosa di dalam darah.

Diabetes gestasi yang tidak dikenalpasti atau tidak dikawal boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa melahirkan anak. Mungkin bayi itu akan lebih besar daripada sepatutnya.

Ahli-ahli sains dari Institut Kesihatan Kebangsaan dan Universiti Harvard mendapati bahawa wanita yang diet mereka sebelum hamil, tinggi dengan lemak haiwan dan kolesterol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang diet yang rendah kolesterol dan lemak haiwan.

Diabetes Adalah Gangguan Metabolisme

Diabetes (diabetes mellitus) dikelaskan sebagai gangguan metabolisme. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk menghasilkan tenaga dan pertumbuhan.

Kebanyakan apa yang kita makan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah bentuk gula ringkas dalam darah - ia adalah sumber utama bahan api untuk badan kita.

Apabila makanan kita dihadamkan, glukosa itu akan masuk ke dalam aliran darah kita. Sel-sel kita menggunakan glukosa untuk tenaga dan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, glukosa tidak akan dapat masuk ke dalam sel-sel kita tanpa hadirnya insulin - insulin perlu untuk membolehkan sel-sel kita mengambil glukosa dari aliran darah.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Selepas makan, pankreas secara automatik mengeluarkan kuantiti insulin yang mencukupi untuk menggerakkan glukosa dari dalam darah masuk ke dalam sel.

Sebaik sahaja glukosa memasuki sel-sel, tahap glukosa dalam darah akan menurun.

Seseorang yang menghidap diabetes mempunyai keadaan di mana kuantiti glukosa dalam darah terlalu tinggi (hiperglisemia).

Ini adalah kerana badan samada tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun tidak menghasilkan insulin langsung, ataupun sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Ini menyebabkan terlalu banyak glukosa terkumpul dalam darah. Glukosa darah yang berlebihan itu akhirnya dialirkan keluar dari badan melalui air kencing.

Jadi, walaupun darah mempunyai banyak glukosa tetapi sel-sel tidak boleh mendapatkannya untuk keperluan tenaga dan pertumbuhan yang sangat penting bagi tubuh.

Kenapa Ianya Dipanggil "Diabetes Mellitus"?

Perkataan 'diabetes' berasal dari bahasa Yunani (Greek), dan ia bermaksud "sifon" (siphon).

Seorang doktor Yunani pada abad kedua dari Cappadocia bernama Aretus, menamakan keadaan penyakit itu sebagai "diabainein".

Beliau menyifatkan pesakit yang membuang terlalu banyak air kecil (polyuria) adalah seperti sifon. Perkataan ini menjadi "diabetes" daripada adopsi Bahasa Inggeris daripada Bahasa Latin Zaman Pertengahan.

Pada tahun 1675, Thomas Willis menambah perkataan "mellitus" kepada istilah itu, walaupun ia biasanya disebut hanya sebagai diabetes.

"Mel" dalam bahasa Latin bermaksud "madu"; air kencing dan darah pesakit diabetes mempunyai glukosa yang berlebihan, dan glukosa manis seperti madu.

Diabetes mellitus secara literalnya bermakna "siphoning off sweet water" ataupun "sifon keluarkan air manis".

Di zaman China kuno, orang memperhatikan bahawa semut akan tertarik kepada air kencing sesetengah orang, kerana rasanya manis. Maka istilah "Penyakit Kencing Manis" pun tercipta.

BACA INI JUGA: Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

sumber: fruitsetcetera

Wednesday, April 29, 2015

Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis

Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis

Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai.

Daun Ketum Hijau

Namun, khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Sekarang ini daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan.

Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.

Daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat.

Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan (diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama.

Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7

Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa.

Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.

Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.

Dengan itu, pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: saripetua