Sunday, February 23, 2014

Derita 6 Jam Diperkosa 30 Lelaki!

Derita 6 Jam Diperkosa 30 Lelaki!

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Gadis Pakistan Kena Rogol
Gambar hiasan.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

(Baca: Ngeri! Masih Hidup Leher Hampir Putus Di Tetak Pencuri)

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Shaista Gohir
Shaista Gohir.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan. -Agensi

Thursday, January 16, 2014

Pelancong Sesat Dirogol 6 Lelaki Di India

Pelancong Sesat Dirogol 6 Lelaki Di India

Seorang pelancong Denmark yang tersesat menjadi mangsa terbaru serangan seksual berkumpulan di India, kata pihak berkuasa semalam.

Danish woman allegedly gang-raped, robbed in India
Gambar hiasan.

Mangsa - berusia 51 tahun - dilaporkan sedang mencari jalan kembali ke bilik hotelnya di Paharganj apabila dia gagal dikesan pada Isnin lalu.

Wanita terbabit melancong bersendirian dan tiba di New Delhi pada Isnin lalu.

Sehari kemudian dia pergi melawat sebuah muzium apabila dia tersesat ketika pulang.

Jurucakap polis berkata, mangsa cuba bertanya arah kepada beberapa lelaki tempatan tetapi diperdaya dan dirogol beramai-ramai oleh enam lelaki.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di tempat yang sangat hampir dengan pusat bandar New Delhi dan sekali lagi menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan wanita di negara yang mempunyai penduduk kedua teramai dunia itu.

Sementara itu Pesuruhjaya Khas Polis, Deepak Mishra berkata, sejumlah suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Mishra tidak mendedahkan jumlah tangkapan tetapi media menjangkakan 15 orang sudah disoal siasat.

Katanya, mangsa turut dirompak.

Sementara itu pekerja hotel tempat mangsa menginap berkata, wanita terbabit kelihatan tenang ketika pulang ke hotel kira-kira jam 8.30 malam tetapi memberitahu tentang kejadian berkenaan kepada pelancong lain.

“Dia datang menemui saya di kaunter hotel dan meminta 200 rupee (RM10) untuk membayar tambang teksi kerana dia telah dirompak,” katanya.

Penyelamat di Thailand Disyaki Rogol, Bunuh Wanita

Thawatchai Sae Sim, 32

Seorang pekerja penyelamat ditahan polis selepas seorang wanita yang sepatutnya dikejarkan ke hospital ditemui mati dalam sebuah parit di Samut Prakan.

Thawatchai Sae Sim, 32, ditahan berikutan penemuan mayat seorang pekerja firma pembangunan hartanah, Chananchita Suasew, 29.

Menurut polis, Thawatchai mengaku cuba merogol dan merompak mangsa namun menafikan membunuhnya.

Thawatchai pula berkata, keadaan menjadi tidak terkawal apabila wanita terbabit tersedar ketika dia cuba merogolnya.

Suspek berkata, keadaan berkenaan menyebabkan dia berasa panik dan melarikan diri.

Thawatchai berdepan dakwaan cuba merogol dan merompak mangsa.

Namun polis kini menunggu hasil laporan forensik sebelum memutuskan sama ada perlu mengemukakan tuduhan tambahan terhadap suspek itu.

Hasil ujian turut mendapati dia positif dadah.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika mangsa pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

Jurugambar Disaman ambil gambar bogel

Shelby Carter

Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.

Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter.

Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu.

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.

“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.

“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya.

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman.

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga.

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga.

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu.

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong.

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.

Sumber: AFP/Agensi

Tuesday, December 03, 2013

Sasterawan Terkenal Nodai Siswi Sehingga Hamil

Sasterawan Terkenal Nodai Siswi Sehingga Hamil

Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).

Sitok Srengenge Nodai Siswi

Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.

Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu.

Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa.

Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan.

“Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku.

“Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.

“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.

“Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental,” katanya.

Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang.

Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi

Wednesday, November 20, 2013

Wanita Dipaksa Minum Arak Sebelum Dipaksa Melakukan Hubungan Seks

Wanita Dipaksa Minum Arak Sebelum Dipaksa Melakukan Hubungan Seks

Seorang wanita mendakwa dipaksa meminum minuman beralkohol dan mengambil sejenis dadah sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki warga emas tiga minggu lalu.

Kena Rogol
Gambar hiasan.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 29 tahun dan merupakan pekerja am di sebuah stesen minyak mendakwa kawannya seorang wanita bersama tiga lelaki datang ke rumah sewanya yang terletak di Petra Jaya di sini.

Mangsa diarah mengambil beberapa pil ekstasi dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki ‘tua’ dan diberitahu akan dibayar RM500 atas perbuatannya itu.

Apabila mangsa enggan melakukan hubungan seks dengan lelaki tersebut, salah seorang daripada tiga lelaki yang datang ke rumahnya mencekik dan mengancam mahu membunuhnya.

Laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut dan siasatan kini masih dilakukan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pemandu van membuat laporan polis selepas van miliknya musnah dipercayai dibakar di Kampung Gita Lama tengah hari semalam.

Pemandu berusia 29 tahun itu dikatakan sedang memperbaiki sebuah kereta di hadapan sebuah rumah apabila isteri rakannya memaklumkan van miliknya sedang terbakar.

Dia dan beberapa rakannnya tergegas ke lokasi van dimaksudkan dan melihat tayar sebelah kiri bahagian belakang van terbakar.

Dipercayai insiden itu disyaki disebabkan buatan khianat kerana terdapat kesan petrol di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan polis.

Sumber: Theborneopost

Monday, November 18, 2013

Bekas Guru Rogol Pelajar Gagal Dalam Rayuan

Bekas Guru Rogol Pelajar Gagal Dalam Rayuan

"Kamu telah mengambil kesempatan terhadap pelajar kamu," kata seorang anggota panel Mahkamah Rayuan kepada seorang bekas guru yang diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan kerana merogol serta menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang murid berusia 12 tahun pada 2009.

Guru Rogol pelajar

Datuk Azahar Mohamed, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kota Baharu ke atas Yek Hock Soon adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Menyifatkan kesalahan itu sebagai serius, Azahar yang bersidang bersama-sama Datuk Mohtaruddin Baki dan Datuk Rohana Yusuf, membuat keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan terakhir Yek berhubung sabitan, hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atasnya.

"Kami telahpun mempertimbang hukuman yang dijatuhkan terhadap kamu dan sependapat dengan Mahkamah Sesyen bahawa kesalahan yang kamu lakukan adalah serius lebih-lebih lagi ketika kamu merogol mangsa, kamu adalah seorang guru. Kamu telah mengambil kesempatan terhadap pelajar kamu," katanya.

Yek, 30, dari Setiawan, Perak dihantar ke penjara hari ini untuk memulakan hukuman kerana sebelum ini, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan.

Pada 26 Januari tahun lepas, Mahkamah Sesyen memutuskan tertuduh bersalah merogol seorang pelajar yang ketika itu berusia 12 tahun 3 bulan di makmal sains sebuah sekolah di Pasir Putih, Kelantan antara 8 pagi dan 3 petang bulan Ogos 2009.

Yek turut didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan pelajar itu di tempat dan pada masa sama.Dia dihukum penjara sembilan tahun dengan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dengan dua sebatan bagi kesalahan mencabul kehormatan dan diarah menjalani hukuman secara serentak.

Yek kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak Mahkamah Tinggi pada 19 Februari lepas.

Dalam penghakimannya, Azahar berkata Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang tepat apabila menerima penjelasan mangsa mengapa beliau tidak menyebut tentang insiden rogol dalam laporan polisnya.

"Penting untuk kita ambil perhatian bahawa mangsa ketika itu berusia 12 tahun serta dalam keadaan trauma, dan penjelasan bahawa beliau malu untuk memaklumkannya kepada polis (kejadian rogol) adalah munasabah," katanya.

Azahar berkata Mahkamah Sesyen berpeluang mendengar keterangan mangsa dan menilai sama ada beliau saksi yang boleh dipercayai.

Oleh itu, katanya, sabitan terhadap Yek adalah selamat dan Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen.

Terdahulu, Yek, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Sukri Mohamad, mendakwa mangsa bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana tidak menyatakan kejadian rogol itu dalam laporan polisnya.

Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi pula berhujah mangsa memang tidak menyebut tentang kejadian rogol dalam laporan polisnya namun memberi keterangan berhubung perkara itu di mahkamah.

Beliau berkata mangsa juga memaklumkan kejadian itu kepada seorang guru lain dan ibunya sebelum membuat laporan polis.

Sumber: BERNAMA

Takut Video Disebar, Remaja Jadi Hamba Seks Kekasih!

Takut Video Disebar, Remaja Jadi Hamba Seks Kekasih!

Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Hamba Seks

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

“Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya,” katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi sabtu lalu.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi kelmarin. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.

Sumber: Sinar Harian Online

Friday, November 15, 2013

Wanita Di Samun Sebelum Di Nodai Depan Anak!

Wanita Di Samun Sebelum Di Nodai Depan Anak!

Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.

Rogol_Dalam_Kereta

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.

Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa.

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan.

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu.

“Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit.

Sumber: Harian Metro