Saturday, March 03, 2018

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok kelor juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca dan berasal dari India.

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Pokok Kelor.

Pokok Kelor merupakan spesis yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa, merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil moringa, pokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben atau pokok benzoil (dari minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Kelor merupakan pokok yang cepat tumbuh, tahan kemarau di kaki bukit selatan Himalaya di barat laut India dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran.

Kelor juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan dan turut digunakan dalam perubatan herba.

Pokok Kelor

Kelor tumbuh menegak dan mempunyai banyak cabang, tumbuh sehingga ketinggian batang 7-11 meter.

Daun kelor berbentuk bulat telur dengan ukuran kecil bersusun majmuk dalam satu tangkai yang merupakan bahagian penting untuk dimakan sebagai sayur dan dijadikan sebagai bahan untuk ubat.

Bunganya Kelor berwarna putih kekuning-kuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau.

Bunga Kelor di Malaysia lazimnya keluar sepanjang tahun dengan aroma bau semerbak pada kadar sederhana.

Buah Kelor berbentuk segitiga memanjang yang disebut 'kelentang' dimana ia juga dapat dimakan sebagai sayuran.

Ciri-ciri Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Bunga Kelor.

Kelor juga dipanggil sebagai Kelor, Limaran (Indonesia), Moringa, Ben-oil tree, clarifier tree, drumstick tree (Inggeris), Kalor, merunggai (Melayu), Chùm ngây (Vietnam), Ma-rum (Thailand) dan Malunggay (Filipina).

Kelor mempunyai batang berkayu (lignosus) yang tumbuh menegak dengan kulit berwarna putih kotor yang mana ia adalah kulit nipis serta ada permukaan kasar.

Bentuk cabang pokok Kelor adalah simpodial dimana arah cabang tegak atau senget yang tumbuh lurus dan memanjang.

Bahagian daun Kelor adalah jenis majmuk yang mempunyai tangkai panjang dimana daunya bersusun bersilang (Alternate).

Warna daun muda adalah hijau muda dan menjadi hijau gelap apabila matang.

Buah Kelor adalah berbentuk panjang bersegi tiga dengan ukuran panjang sekitar 20-60 cm. Buah muda berwarna hijau kemudian bertukar kepada coklat setelah tua.

Bentuk biji Kelor adalah bulat berwarna coklat kehitaman dimana pokok Kelor yang telah berumur 12-18 bulan akan mula berbuah.

Akar pokok Kelor jenis tunjang berwarna putih dan ia lazimnya akan membesar seperti lobak.

Pokok Kelor Rimbun

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Buah Kelor.

Jika pokok Kelor dibiarkan tumbuh secara semulajadi, ia akan tumbuh tinggi lebih 10-12 meter dan sukar untuk menuai hasilnya.

Aktiviti memangkas tunas Kelor pada batang utama pokok diperlukan bila pohon mencapai ketinggian 50 cm sampai 1.0 meter.

Aktiviti ini akan membolehkan pertumbuhan cabang lateral Kelor yang banyak dimana ini akan meningkatkan hasil serta mengurangkan ketinggian pokok.

Selain itu, dengan pemangkasan ranting pokok Kelor akan mengurangkan risiko kerosakan pokok tumbang akibat angin kencang.

Aktiviti memungut hasil dari pokok Kelor akan lebih mudah apabila pokok tidak terlalu tinggi.

Pada peringkat awal cantasan, hanya patahkan pucuk dengan kuku jari kerana batang pucuk pokok masih lembut.

Bagaimana pun, jika batang atau dahan sudah keras perlu gunakan parang atau gergaji yang ssuai. Sapu dengan racun kulat dikawasan dipotong untuk mengelakkan serangan penyakit kulat.

Penanaman Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Biji benih Kelor.

Penanaman Kelor secara komersil dan monokrop boleh dijalankan diatas tanah subur dengan sistem saliran yang baik.

Biji benih Kelor dapat bercambah dengan mudah walau pun tanpa sistem pengairan sempurna asalkan ada hujan mencukupi.

Akar anak benih Kelor yang tumbuh akan terus naik berkembang dalam tempoh dua puluh hari dan amat kritkal serta perlu dibekalkan air melalui sistem pengairan untuk terus sihat.

Sebaiknya 3 bulan pertama penanaman Kelor, air diberikan sehingga akarnya mampu hidup stabil didalam tanah.

Sistem pengairan titis atau renjis boleh dipasang untuk memastikan hasil tanaman Kelor yang tinggi dan keperluan dimusim kemarau.

Kekurangan air di musim kemarau akan menyebabkan daun pokok Kelor mengugurkan daun walaupun sebenarnya pokok tidak mati.

Aktiviti membuat cantasan dahan Kelor sebaiknya dibuat pada awal musim hujan setelah kita menambahkan baja organik.

Kawasan Penanaman Pokok Kelor

Kawasan penanaman Kelor sering tumbuh rumpai yang perlu dihapuskan. Ini kerana rumpai yang tumbuh akan terus bersaing dengan pokok kelor untuk makanan, air, cahaya matahari selain daripada perumah kepada perosak.

Kerja merumput kawasan tanaman Kelor boleh dijalankan secara manual dengan cara menggunakan cangkul disamping dapat menggemburkan tanah dan menambah baja kompos dari pereputan rumpai.

Rumpai yang tebal akan menyebabkan daun Kelor kekuningan kerana kurang baja Nitrojan (N) yang diambil oleh rumpai.

Aktiviti untuk membuang rumpai lebih kerap ketika pokok Kelor masih muda dimana cahaya matahari sampai kepada tanah tetapi akan berkurangan apabila pokok Kelor menjadi dewasa.

Lazimnya kerja mengawal rumpai dijalankan 4 kali setahun apabila pokok Kelor dewasa dan kekerapan mungkin lebih dimusim hujan.

Rumput yang dipotong sebaiknya diletakkan dibawah pokok Kelor untuk mengawal kelembapan selain dari meningkatkan baja apabila ia mereput.

Penggunaan penutup bumi plastik silvershine kini lebih praktikal untuk mengawal rumpai disekitar pokok Kelor.

Pembajaan

Pembajaan pokok Kelor adalah penting untuk mendapatkan hasil tinggi. Pokok Kelor dapat menghasilkan daun dalam jumlah besar apabila ia mendapat cukup zat penting atau pun baja organik.

Kandungan daun Kelor kaya protein dan mineral bermakna tanah dikawasan penanaman mestilah menyediakan nitrogen dan mineral yang cukup bagi tanaman.

Berbanding dengan baja kimia, baja organik seperti tahi kambing atau baja kompos dapat memberikan zat baja yang diperlukan pokok Kelor serta mampu memperbaiki struktur tanah.

Pemberian bokashi yang merupakan campuran tahi kambing, kompos dan jerami padi kering yang diproses dengan mikrob (organisma berfaedah) amat digalakan penggunaannya.

Program pembajaan perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga pokok Kelor dewasa.

Setelah dibuat cantasan awal pembentukan selesai, maka cantasan penyelenggaraan pokok Kelor perlu dilakukan.

Aktiviti ini dapat dilakukan pada setiap kali aktiviti menuai hasil Kelor dilakukan iaitu dengan cara memotong semua batang di atas ketinggian tertentu.

Sebaiknya ia dijalankan pada awal musim hujan untuk membuat cantasan dan elakkan musim kemarau. Amalan agronomi yang baik untuk tanaman pokok Kelor mampu memberikan pendapatan tambahan yang lumayan kepada petani.

Jana Pendapatan

Kelor boleh dijadikan tanaman sampingan di tapak atau ladang tanaman komoditi lain dan berdasarkan kajian dijalankan, tanaman moringa ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh enam bulan saja dan mampu memberi pulangan sehingga RM3,000 sebulan bagi setiap 0.4 hektar atau satu ekar tanah.

Produk atau hasil daripada tanaman Kelor juga semakin mendapat permintaan di seluruh dunia memandangkan ia mempunyai banyak manfaat dan kelebihan tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

sumber: animhosnan | wikipedia | pressreader

Thursday, March 01, 2018

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, adalah "superfood" yang sangat berkhasiat, anti-radang, antioksidan dan sifat-sifat tisu-pelindung.

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Pokok kelor yang berasal dari India mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca.

Kelor boleh mencapai ketinggian 10-12 meter dan batang diameter boleh mencapai 45 cm, manakala kulit batang pokok Kelor mempunyai warna putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal.

Pucuk muda Kelor mempunyai kulit keunguan, kehijauan-putih dan berbulu.

Kandungan Khasiat Daun Kelor

Berikut adalah kandungan khasiat di dalam daun Kelor menurut kajian (Food Weight) bagi setiap 100 gram daunnya.
  • Lemak: 1.7 gram.
  • Karbohidrat: 14.3 gram.
  • Protein: 6.7 gram.
  • Fosfor: 70 mg.
  • Zat Besi: 7 mg.
  • Kalsium: 440 mg.
  • Magnesium: membekalkan 8% gizi seimbang harian tubuh.
  • Tenaga: 82 kkal.
  • Vitamin B1: 0.21 mg.
  • Vitamin B2: membekalkan 11% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin B6: membekalkan 19% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin C: 220 mg.
  • Vitamin A: 11300 IU.

Bahagian daun, buah dan batang Kelor boleh digunakan sebagai bahan merawat penyakit yang diyakini berkesan menyembuhkan masalah penyakit pencernaan, luka dalam perut dan usus.

Kandungan anti-oksidan dalam daun Kelor sangat tinggi sehingga mampu digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Antara 10 khasiat Kelor secara saintifik adalah seperti berikut:

1. Kaya Nutrien

Pokok kelor kaya dengan sumber vitamin, mineral dan asid amino dan sebahagian besar kandungannya ialah vitamin A, C dan E.

Kandungan lain Kelor adalah Kasium, Kalium dan protein.

2. Anti-oksidan

Pokok Kelor mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polifenol dan asid askorbik dalam daun, bunga dan biji.

Satu kajian mendapati bahawa ekstrak daun Kelor mengandungi tinggi antioksidan, tinggi lipid, protein dan pengoksidaan DNA daripada bunga dan bijinya.

3. Anti-Radang

Keradangan boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kencing manis, masalah pernafasan, penyakit kardiovaskular, arthritis dan obesiti.

Kelor mampu mengurangkan keradangan dengan menyekat enzim radang dan protein dalam badan dan sel tubuh.

4. Merawat kencing manis

Serbuk daun pokok Kelor berkesan mengurangkan tahap lipid dan glukosa dalam pesakit kencing manis, bermakna Kelor mampu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol serta meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.

5. Jantung sihat

Serbuk daun Kelor mempunyai manfaat kesihatan jantung, terutamanya dalam kawalan lipid darah, mencegah pembentukan plak dalam arteri, dan tahap kolesterol dikurangkan.

6. Untuk kesihatan otak

Kelor mempunyai fungsi kognitif kerana kandungan anti-oksidan. Kelor juga telah diuji sebagai rawatan untuk penyakit Alzheimer.

Kandungan yang tinggi vitamin E dan C mampu meningkatkan fungsi otak yang memainkan peranan penting untuk ingatan, mood, fungsi organ, tindak balas kepada rangsangan seperti tekanan dan keseronokan serta kesihatan mental.

7. Melindungi organ hati

Kelor mengandungi kepekatan tinggi polyphenols dalam daun dan bunga yang melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan dan kerosakan.

Kelor boleh mengurangkan kerosakan hati serta fibrosis dengan membalikkan pengoksidaan di dalam hati.

Minyak Kelor juga boleh memulihkan enzim hati ke tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan kandungan protein di dalam hati.

Hati berfungsi mengeluarkan racun dari dalam darah dan hempedu, metabolisme fruktosa, metabolisme lemak dan memroses nutrien dan ia hanya dapat menjalankan fungsi-fungsi ini dengan bantuan enzim yang sihat.

8. Mengandungi anti-bakteria dan anti-kulat

Kelor mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-kulat yang melawan jangkitan.

Khasiat Kelor sangat berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan jangkitan bakteria dalam darah dan saluran kencing dan merawat masalah penghadaman.

9. Menyembuhkan luka

Kelor mempunyai ciri-ciri pembekuan darah yang terkandung dalam daun, akar dan biji yang memberi manfaat penyembuhan luka dan mampu mempercepatkan pembekuan darah.

10. Rambut yang lebih sihat

Kesan baik daripada minyak biji Kelor untuk rambut yang sihat telah diketahui sejak zaman purba kala lagi.

Kelor amat berkesan dalam membersihkan rambut dan melindunginya daripada kerosakan, termasuk sinaran ultra violet.

Kelor juga berfungsi sebagai perapi berharga untuk kulit kepala, menguatkan akar dan merangsang pertumbuhan rambut.

11. Menguruskan Badan

Akar pokok Kelor boleh direbus dan dijadikan minuman herba untuk menguruskan badan.

Kelor dianggap sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya, dikatakan sukar untuk menambah semula berat badan.

Sejauhmana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

12. Khasiat untuk mata

Caranya ialah menggunakan perahan daun Kelor dan dititiskan ke dalam mata.

Mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan penglihatan.

13. Mencantikkan kulit

Caranya ialah menambahkan akar pokok Kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian.

Boleh juga dimasukkan ke dalam campuran beras, kunyit hidup, akar kelor, untuk mandi dan dianggap mampu melicinkan kulit sehingga 3 hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Saderi

sumber: pokokherba2u | fazlisyam | daunkelor