Tuesday, June 04, 2013

GRO 16 Tahun Sebagai Pelaris Pusat Hiburan

GRO 16 Tahun Sebagai Pelaris Pusat Hiburan

Seorang remaja perempuan warga Vietnam berusia 16 tahun dikatakan antara pelaris sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, memerangkap lelaki hidung belang berbelanja lebih di premis itu.

Wanita warga asing disyaki pelayan dalam operasi Ops Sayang.

Malah, semua 19 gadis pelayan termasuk seorang dari Indonesia dikatakan akan merayu pelanggan membelikan mereka ‘ladies drink’ untuk mendapat pendapatan lebih, sekali gus memberikan keuntungan berganda kepada majikan mereka.

Bagaimanapun, helah pengusaha pusat itu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Dalam ops Sayang bermula jam 11.50 malam itu, seramai 18 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia 16 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan.

Ketua Operasi Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pemeriksaan mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak tiga bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial.

-Hmetro

Monday, January 28, 2013

245 Pengunjung Mati Kelab Malam Terbakar

245 Pengunjung Mati Kelab Malam Terbakar

Kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi semalam mengorbankan kira-kira 245 orang dan mencederakan sekitar 200 orang, kata polis dan bomba.


Seorang pegawai polis tempatan, Cleberson Braida ketika memberitahu media tempatan berkata, 245 mayat dibawa untuk proses pengecaman ke sebuah gimnasium di bandar Santa Maria.

Jumlah kematian itu menjadikan ia salah satu insiden kebakaran kelab malam paling buruk dalam tempoh lebih satu dekad.

Menurut beberapa pegawai, punca kebakaran belum diketahui. Kebanyakan yang maut kerana terhidu asap atau menjadi mangsa rempuhan pengunjung yang berasak-asak untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, menurut laporan tempatan, kebakaran berlaku akibat percikan bunga api. Beberapa pegawai berkata, kebakaran tersebut berlaku semasa sebuah band membuat persembahan.

Pada awalnya, para pegawai menganggarkan jumlah kematian seramai 180 orang.

Jurucakap polis awam dan pentadbiran serantau, Marcelo Arigoni pada awalnya memberitahu Radio Gaucha bahawa jumlah sebenar mangsa masih tidak jelas dan mungkin ada beratus-ratus mangsa yang cedera.

Akhbar Diario de Santa Maria melaporkan, api mula marak pada pukul 2 pagi di kelab malam Kiss di bandar selatan Brazil itu dekat sempadan Argentina dan Uruguay.

Seorang pengawal keselamatan kelab malam itu, Rodrigo Moura dilaporkan berkata, pusat hiburan tersebut mencapai kapasiti maksimum antara 1,000 dan 2,000 pengunjung dan mereka menolak dan merempuh untuk menyelamatkan diri.

Seorang pengunjung kelab malam itu, Ezekiel Corte Real, 23, dipetik sebagai berkata, dia membantu orang ramai menyelamatkan diri.

Bandar Santa Maria merupakan sebuah bandar universiti utama dengan jumlah penduduk sekitar suku juta orang. - Agensi

[Sumber]

Tuesday, December 11, 2012

Pelacur Di Tangkap Ketika Mencari Pelanggan

Pelacur Di Tangkap Ketika Mencari Pelanggan

Seramai 45 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan polis ketika mencari pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Serbuan dijalankan Bahagian Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut mencekup seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang asyik melayan pelanggan berhibur dalam pusat hiburan terbabit.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Hatta Che Din berkata, operasi yang bermula jam 1 pagi itu dibantu 13 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 18 hingga 30-an yang rata-rata menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Lebih 200 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa dan kami menahan lima lelaki dipercayai penjawat awam dalam serbuan terbabit,” katanya.

Hatta berkata, pusat hiburan itu menjadi tumpuan pelancong asing dan anak muda untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing terbabit yang menawarkan harga murah.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tujuan dokumentasi dan soal siasat.

-Hmetro

Monday, November 26, 2012

Rupanya Suami Memancing Ikan 'GRO'

Rupanya Suami Memancing Ikan 'GRO'

Bagi mendapat lesen keluar rumah daripada isteri, mereka memberi alasan pergi mengail di sebuah kolam pancing di Lembah Klang.

Premis karaoke dangdut yang dipercayai turut menyediakan khidmat GRO .

Bagaimanapun, pada masa sama segelintir warga emas terbabit sebenarnya menyelam sambil minum air apabila turut menikmati belaian pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke dangdut bersebelahan kolam berkenaan.

Lebih mengejutkan, siasatan Metro Ahad (MA) mendapati GRO yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an hingga 50-an itu turut boleh dibawa hingga ke bilik tidur berdasarkan rundingan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, GRO dangdut berkenaan hanya akan disediakan pada hari tertentu dipercayai bagi mengelak aktiviti tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa.

Berbanding kebanyakan pusat hiburan lain yang menawarkan wanita bergetah, premis yang beroperasi seawal jam 5 petang sehingga awal pagi ini pula menampilkan beberapa kelainan dengan kehadiran pelayan pelanggan wanita tempatan yang ada antaranya layak digelar nenek.

-Hmetro

Wednesday, November 21, 2012

13 GRO Terkedu Kena Cekup

13 GRO Terkedu Kena Cekup

Sebanyak 13 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang asyik melayan pasangan terkedu apabila mereka dicekup sepasukan anggota imigresen di dua premis hiburan di sekitar bandar ini malam kelmarin.

Pegawai imigresen memeriksa dokumen perjalanan GRO yang ditahan dalam operasi di dua buah premis hiburan di bandar Seremban.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menyerbu pusat hiburan di Seremban 2 dan Kemayan Square pada pukul 10 malam.

“Semasa serbuan di Taman AST, GRO terbabit sedang melayan pelanggan dan cuba melarikan diri tetapi gagal.

“Lapan lagi wanita ditahan di Seremban 2 yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut,” katanya.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan warga China, Vietnam dan Thailand berusia 20 hingga 30-an.

“Kebanyakan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di sini,” katanya.

-Mstar

Thursday, November 15, 2012

Kelab Malam Yang Menyediakan Penari Bogel 24 Jam!

Kelab Malam Yang Menyediakan Penari Bogel 24 Jam!

Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow, Rusia.


Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini.

Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam.

Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sunday, November 11, 2012

Nenek 60 Tahun Jadi Penjaga Pusat Hiburan

Nenek 60 Tahun Jadi Penjaga Pusat Hiburan

Usianya mencecah 60 tahun dan kebanyakan wanita seusianya berada di rumah bermesra dengan anak cucu pada waktu malam, namun berbeza dengan ‘nenek ranggi’ ini apabila masih berada di sebuah pusat hiburan.

Gambar hiasan

Lebih mengejutkan, dia bukan pengunjung, malah menjadi penjaga pusat hiburan yang memiliki 60 wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam satu serbuan bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, hasil maklumat orang ramai, serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, jam 9.30 malam kelmarin.

Menurutnya, dalam operasi diketuai Inspektor Nasir Ismail itu, 50 wanita Vietnam, China (9) dan Kemboja (1) ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen.

“Ketika serbuan, beberapa wanita cuba menyembunyikan diri di celah sofa dalam bilik yang diterangi cahaya samar itu, selain ada memanjat siling, namun semuanya ditahan.

“Siasatan mendapati pusat hiburan itu beroperasi menggunakan lesen sah. Sehubungan itu, kami akan mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membatalkan lesen pusat hiburan yang melakukan kesalahan berulang,” katanya.

-Hmetro