Saturday, November 18, 2017

10 Hukuman Mati Paling Sadis Dalam Sejarah Dunia

10 Hukuman Mati Paling Sadis Dalam Sejarah Dunia

Selama berabad-abad lamanya dunia telah menyaksikan banyak bentuk hukuman dimana beberapa dianataranya berbentuk kejam dibandingkan dengan hukuman lain.

Beberapa bentuk hukuman yang sadis dan tidak bertamadun ini mungkin sudah tidak ada lagi dan hanya dapat kita baca dari catatan sejarah.

1. Ditanam Hidup-Hidup

Ditanam Hidup-Hidup

Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi adalah, mangsa yang dijatuhui hukuman akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana sesak nafas.

2. Sarang Ular

Sarang Ular

Kebiasaannya, mangsa akan dimasukkan ke dalam lubang yang dipenuhi ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan kegagalan jantung kerana bisa daripada ular-ular tersebut.

3. The Spanish Tickler

The Spanish Tickler

Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak.

4. Menghiris

Menghiris

Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak.

5. Unggun Api

Unggun Api

Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir dan popular di Eropah pada abad ke-18.

6. Necklacing

Necklacing

Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.

7. Dipijak gajah

Dipijak gajah

Hukuman mati yang popular di kawasan seperti India dan Indochina. Mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan lapang dan kemudiannya dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The Five Pains

The Five Pains

Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong secara perlahan-lahan.

9. Colombian Necktie

Colombian Necktie

Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti hukuman mati yang lain, namun realitinya hukuman yang dijalankan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan.

Mangsa akan dikelar di bahagian leher, lidah mangsa ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.

10. Gantung Dan Sembelih

Gantung Dan Sembelih

Merupakan sebuah hukuman mati yang paling sadis sekali di Britain yang biasanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianatan kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.

Sadis kan?

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

sumber: taikotai

Tuesday, October 31, 2017

8 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

8 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

Selain teknik gantung, kita mungkin pernah mendengar beberapa kaedah lain yang dilaksanakan bagi hukuman mati dan antara yang paling popular adalah hukuman pancung dengan cara memenggal kepala, hukuman tembak, rejam sehingga mati atau dikenakan renjatan kerusi elektrik.

Dalam sejarah dunia, sebenarnya terdapat pelbagai kaedah hukuman mati yang dijalankan.

Secara rasmi, hukuman mati diakui tercatat ketika wujud undang-undang bertulis, iaitu ketika zaman pemerintahan Raja Hamurabi di Babylon pada abad ke-18 sebelum masihi.

Melangkah semula ke zaman silam, ini merupakan antara 8 kaedah perlaksanaan hukuman mati paling kejam dan menyakitkan pernah dijalankan dalam sejarah.

1. Tab Mandi

Tab Mandi

Hukuman yang satu ini antara yang menyiksakan. Hukuman ini dikenali sebagai hukuman ‘duduk di dalam tab mandi’.

Dalam kaedah ini, individu yang disabitkan dengan kesalahan akan diletak di dalam tab mandi, hanya kepala mereka dikeluarkan. Kemudian, Sang Al-Gojo akan melukis wajah mereka menggunakan susu dan madu.

Mangsa turut akan diberikan makanan secara berskala, ini menyebabkan lama-kelamaan mereka berenang di dalam najis sendiri yang berada di dalam tab tersebut.

Dalam beberapa hari tubuh mereka akan mula membusuk dan akan dimakan ulat dan cacing sehingga mati.

2. Brazen Bull

Brazen Bull

Brazen Bull juga dikenali dengan nama Sicilian Bull, hukuman mati ini dicipta ketika zaman Yunani Purba.

Dalam kaedah perlaksanaan, pesalah akan dimasukkan ke dalam patung lembu yang diperbuat daripada tembaga dan akan dipanggang secara hidup-hidup sehingga mati.

Apa yang lebih menakutkan, jeritan mangsa akan kedengaran seolah-olah suara yang keluar dari patung lembu tersebut.

3. Sula

Sula

Di era zaman Uthmaniyah iaitu pada ke-15, Vlad Tepes sangat terkenal dengan hukuman matinya sehingga ia digelar ‘Vlad the Impaler’. Hukuman berbentuk sulaan ini memaksa mangsa untuk duduk di atas sebatang tiang yang tajam.

Kemudian tiang tersebut akan dinaikkan di mana tubuh mereka kekal di bawah disebabkan menampung berat badan sendiri. Hukman ini boleh mengambil masa selama 3 hari untuk mangsa mati.

Lebih kejam, dikatakan Vlad pernah melaksanakan hukuman ini ke atas 20,000 secara serentak sambil menikmati hidangan. Dan ini merupakan kaedah hukuman mati paling disukai oleh Vlad.

4. Iron Maiden

Iron Maiden

Alat yang diciptakan untuk menyiksa manusia ini terdiri daripada kabinet besi dengan bahagian pintu yang tajam di hadapan. Dalam kaedah ini, mangsa akan dimasukkan di dalam kabinet besi yang sempit kemudian akan ditutup.

Satu cara yang cukup menyiksakan, mangsa yang berada di dalamnya tidak mampu bergerak oleh kerana ditusuk besi tajam dari pelbagai arah.

5. Sangkar Keranda

Sangkar Keranda

Hukuman menyeksa mangsa di dalam sangkar keranda ini sangat popular dijalankan pada abad pertengahan.

Hukuman mati berbentuk ini meletakkan manusia di dalam sangar keranda bersaiz manusia kemudian akan dibiarkan tergantung pada pokok atau tiang.

Dalam tempoh penyiksaan dijalankan, mangsa akan dibiarkan mereput sehingga mati dan menjadi makanan kepada burung gagak si pemakan bangkai.

6. Guillotine

Guillotine

Guillotine merupakan salah satu hukuman mati yang paling terkenal. Ia berbentuk seperti pisau cukur yang diikat pada tali. Mangsa akan diletakkan secara meniarap dengan kepala berada di tengah-tengah bingkai.

Pisau tajam kemudian akan dilepaskan menyebabkan kepala terpotong dari badan. Walaupun nampak agak menyeramkan, namun hukuman mati jenis ini dikatakan antara hukuman mati yang paling berperikemanusiaan.

7. Tikus

Tikus

Kaedah ini turut berlaku pada abad pertengahan di mana tikus digunakan untuk membunuh manusia. Cara perlaksanaannya sangat mudah, mangsa akan diikat terbaring dengan diletakkan tikus hidup di dalam sangkar berlubang di atasnya.

Di bahagian atas sangkar tersebut terdapat satu bahagian yang digunakan untuk memanaskan sangkar.

Apabila sangkar memanas, tikus tersebut akan marah dan cuba melepaskan diri dengan menggigit tubuh mangsa serta merobeknya sehingga mati. Biasanya diletak pada bahagian perut atau kepala.

8. Gergaji

Gergaji

Ini antara kaedah hukuman mati yang kejam. Mangsa akan dikikat pada kaki secara terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah terlebih dahulu. Ini supaya lebih banyak darah menurun di kepala.

Seterusnya, mangsa akan dipotong menggunakan gergaji tajam bermula di bahagian tengah tubuh sehinggalah perut dan dibiarkan meraung kesakitan sehingga mati. Aduh!

Apa pun bentuk penyeksaan, sememangnya detik yang amat menakutkan bagi semua pesalah yang dihukum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Pesalah Yang Terselamat Selepas Hukuman Mati

sumber: thevocket

Tuesday, June 20, 2017

Gadis Islam Dipukul, Dibunuh Sebelum Dicampak Ke Dalam Kolam

Gadis Islam Dipukul, Dibunuh Sebelum Dicampak Ke Dalam Kolam

Seorang remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman terbaharu di negara itu apabila diculik dan dipukul sehingga mati sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Virginia pada Ahad.

Nabra Hassanen

Mayat gadis malang itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah kolam.

Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.

Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit.

Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit.

Gadis itu kemudiannya dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri.

Pada pukul 3 petang, mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.

Susulan insiden itu, polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.

Polis kemudiannya mendapatkan waran tangkap atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.

BACA INI JUGA: 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

sumber: astroawani

Friday, May 20, 2016

Kronologi Dan Punca Gadis Maut Ditonyoh Batang Cangkul Dalam Kemaluan!

Kronologi Dan Punca Gadis Maut Ditonyoh Batang Cangkul Dalam Kemaluan!

Ngeri dan sadis. Kisah kematian seorang gadis berusia 18 tahun bernama Enno Faridah kini menjadi perbualan paling hangat diperkatakan di Indonesia.

Enno Faridah

Enno maut dalam keadaan menyedihkan apabila ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah selain, sebatang cangkul tertusuk di dalam kemaluannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mei lalu ini, mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Menurut Tribune News, mayat mangsa ditemui di rumahnya di Tengerang, Indonesia kira-kira jam 9 pagi oleh rakan sekerjanya.

“Mangsa hari itu tidak masuk kerja. Tiga orang rakannya, Fitroh, Eroh dan Novi, kemudian pergi ke rumah Enno sebelum mendapati keadaan di luar rumah mangsa dalam keadaan berselerak.

“Setelah membuka pintu rumah mangsa, mereka mendapati Enno sudah tidak bernyawa. Tubuh mangsa ditutupi bantal dan baju mangsa.

Enno Faridah [2]

“Manakala, sebatang cangkul dilihat berada dalam kemaluan mangsa”, kata pihak berkuasa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pihak polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini termasuklah teman lelaki mangsa serta dua rakan lelaki itu.

Hasil soal siasat, teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Rar mengaku bertindak sedemikian gara-gara berang ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak seterusnya dihalau dari rumah.

Mereka dikatakan menyerbu rumah seterusnya merogol mangsa sebelum bertindak diluar kawalan dengan memasukkan batang cangkul dalam alat sulitnya.

Berdasarkan laporan polis, batang cangkul itu ditusuk sepanjang 60 cm ke dalam kemaluan Enno ketika mangsa masih hidup hingga menembusi paru-parunya. -Mynewshub.cc

Kronologi kejadian:diceritakan suspek sendiri

Enno Faridah [3]
Teman lelaki.

Difahamkan bernama Rahmat Alim seorang pelajar yang baru berusia 15 tahun, warga Gang Musala Mustaddin, Desa Jatimulya, Kecamatan Kosambi, Kabupaten Tangerang, Banten.

Mangsa dengan suspek baru kenal lebih kurang satu bulan. Kemudian pada malam kejadian, Khamis (12/5) sekitar pukul 23.30, suspek dan mangsa berjanji untuk bertemu di bilik mangsa.

Setelah bertemu, kedua-duanya pun bercumbu. Namun, ketika Rahmat mahu menyetubuhi mangsa, ajakan tersebut ditolak. Rahmat kecewa, kemudian dia keluar dari bilik mangsa.

Ketika keluar bilik, Rahmat bertemu dengan dua orang lelaki, yang tidak dikenalinya.

Rahmat mengaku ditanya kedua lelaki itu apakah dia teman lelaki mangsa atau tidak? Kemudian Rahmat menjawabnya, “Saya bukan teman lelakinya,” kata Rahmat.

Menurut Rahmat, tiba-tiba ketika itu Rahmat diajak kedua orang tersebut ke dalam bilik mangsa, “untuk memastikan kebenaran,” kata Rahmat.

Seterusnya, kedua-dua lelaki itu terus mendakap wajah mangsa dengan menggunakan bantal dan menyuruh Rahmat mencari pisau di dapur.

Kerana di dapur tidak ada pisau, kemudian Rahmat keluar bilik dengan untuk mencari benda lain selain pisau.

Dia melihat cangkul yang berada tidak jauh dari bilik mangsa.

Rahmat kemudian mengambil cangkul tersebut dan kembali lagi ke bilik mangsa.

Pada masa itu kata Rahmat, dia melihat seorang lelaki tadi masih menekup wajah mangsa dengan bantal, manakala orang kedua memegang kaki.

Seterusnya mereka menyuruh Rahmat untuk memukulkan cangkul tersebut kepada mangsa dan dia lantas memukulkan cangkul tersebut kepada mangsa yang mengenai bahagian wajah mangsa.

Rahmat kemudian keluar dari bilik kerana merasa jijik melihat keadaan mangsa berlumuran darah. Namun Rahmat kembali masuk untuk memastikan mangsa sudah meninggal dunia atau belum.

Melihat mangsa masih bernafas. Rahmat yang masih kesal dengan keengganan mangsa menolak ajakan seks, terus menggigit payudara mangsa dibahagian kiri hingga hingga putingnya tercabut.

Enno Faridah [4]

Setelah mangsa tidak berdaya, seorang daripada lelaki tadi menyuruh Rahmat untuk memegang kaki mangsa disebelah kanan dan mengangkangkannya.

Kemudian mereka menusukkan tangkai cangkul tersebut ke dalam kemaluan mangsa sehingga mangsa meninggal dunia.

Kemudian, Rahmat mengambil telefon bimbit milik mangsa.

GILER! SANGAT KEJAM! SEMOGA MEREKA DIHUKUM DENGAN KEJAM!

BACA INI JUGA: The Devil's Breath, Pohon Durjana Nafas Syaitan

Wednesday, February 25, 2015

Pelajar Kolej Sah Dibunuh Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Pelajar Kolej Sah Dibunuh Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Tanda tanya mengenai punca kematian seorang penuntut kolej yang mayatnya ditemui berlumuran darah di dalam tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau, terjawab apabila bedah siasat dilakukan mendapati dia dibunuh.

Sairah Fitri Tifanus

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, hasil bedah siasat dilakukan terhadap mayat Sairah Fitri Tifanus, 20, menemui dua kesan tikaman di tengah dada mangsa.

“Terdapat kesan tusukan benda tajam sedalam lima sentimeter selain kesan koyak pada baju mangsa.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan pergelutan di sekitar tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang menetap di Kampung Durok, Keningau, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya ketika memasuki tandas di tingkat dua bangunan itu.

Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Selangor menjalani latihan amali di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak tiga bulan lalu.

Mangsa yang tiba di bangunan tersebut pada pukul 8 pagi dikatakan telah ke tandas tanpa sempat memulakan latihan.

Bagaimanapun rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa telah cuba memanggil gadis itu selama setengah jam sebelum terlihat darah.

Tindakan sebar gambar Sairah aibkan keluarga

Ahli keluarga pelajar kolej yang dibunuh, meminta agar penyebaran gambar mangsa terutama menerusi laman media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp, dihentikan segera.

Mereka nyata kesal dengan sikap tidak sensitif segelintir pihak yang menyebarkan gambar mangsa di tempat kejadian kepada umum tanpa memikirkan perasaan ahli keluarganya.

Seorang ahli keluarga terdekat Rosdee Razali berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan dan berhenti daripada membuat pelbagai andaian, sebaliknya menunggu siasatan polis berhubung kejadian itu.

“Pelbagai andaian dan penyebaran gambar orang ramai di laman sosial mengenai kejadian itu bukan sahaja mengganggu siasatan pihak polis akan tetapi turut mengaibkan seluruh ahli keluarga mangsa,” katanya.

Difahamkan, gadis tersebut sebelum ini telah dipaksa berkahwin.

BACA INI JUGA: Cinta Berakhir Di Kerongkong Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, February 04, 2015

Bagaimana Sebenarnya Sikap Nursyuhada?

Bagaimana Sebenarnya Sikap Nursyuhada?

Kematian ngeri penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20, masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara.

Nursyuhada Johari

Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakkan masih lagi jauh.

Kita semua mahu lelaki tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.

Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.

Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu.

Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.

Nursyuhada Johari [2]

“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.

“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.

“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.

Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada.

Nursyuhada Johari [3]

Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.

Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.

Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk meragut nyawa budak itu!

Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila.

BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, May 30, 2014

NGERI! Video Budak Perempuan Mati Di Penggal

NGERI! Video Budak Perempuan Mati Di Penggal

Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

NGERI! Video Budak Perempuan Mati Di Penggal

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

“Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

“Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya,” katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –HARIAN METRO



Monday, April 28, 2014

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar satu pasangan yang duduk di bahagian tingkap sebuah teksi untuk merakamkan gambar ‘selfie’ mereka mendapat kritikan hebat pengguna Internet apabila ia dimuat naik di laman sosial China baru-baru ini.

Stupid_Selfie

Mereka dilabel sebagai ‘mabuk atau bodoh’ kerana melakukan perkara berkenaan dalam keadaan teksi yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam, sekali gus membahayakan keselamatan sendiri.

Ketika ditanyakan pemberita mengenai hal itu, pemandu teksi berkenaan menyatakan, pasangan itu tiba-tiba mengeluarkan badan mereka melalui tingkap di bahagian penumpang dan duduk sambil mengambil gambar berdua ketika dia sedang memandu di bandar dalam wilayah Lioning itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Gambar ‘kebodohan’ pasangan itu tersebar secara meluas di Internet dan mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang melihatnya. –Agensi

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali


Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali

“Saya membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Pihak sekolah yang mendengar pengakuan remaja itu segera menghubungi pihak polis yang kemudiannya bergegas ke rumah mangsa dan menemui tompokon darah bermula dari dapur sehingga ke ruang tamu.

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali [2]

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai jenayah yang cukup menggerunkan.

Dua pisau yang sudah patah turut ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah tersebut.

Salah seorang bapa saudara remaja itu percaya pertengkaran antara Charles dengan neneknya ada kaitannya dengan televisyen.

Remaja itu kini ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraan di mahkamah hujung bulan ini. -DailyMail

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 18, 2014

Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!

Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!

Sumber terbaru semalam mendedahkan pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden ditembak lebih seratus kali dalam operasi membunuhnya pada 2011.

Osama

Laporan terbaru daripada satu laman web yang terkenal dalam kalangan perisik dan perkhidmatan bersenjata mendakwa, bilangan das yang ditembak untuk membunuh Osama adalah punca Amerika Syarikat enggan menyiarkan gambar mayatnya.

Dengan memetik dua sumber sulit, Laporan Situasi Operasi Khas Tentera mendedahkan bagaimana askar Amerika yang terbabit dalam pembunuhan itu bergilir-gilir melepaskan tembakan dengan menyasarkan mayat Osama.

Menurut laman itu, meskipun anggota komando tentera laut Amerika Syarikat merasakan tidak bersalah dari segi ‘moral, undang-undang dan etika’ untuk menembak pemimpin al-Qaeda itu berulang kali bagi memastikan dia benar-benar mati dan tidak lagi menjadi ancaman, tindakan mereka hingga menghancurkan mayat Osama adalah tidak wajar.

“Apa yang berlaku dalam serbuan terhadap Osama adalah melampaui batas.

Perbuatan mereka jelas bukan untuk memastikan Osama tidak lagi menjadi ancaman tetapi hanya untuk memuaskan hati mereka,” kata pengarang laporan berkenaan, Jack Murphy.

Selepas pembunuhan itu, Presiden Barack Obama dan pentadbirannya berkata, mereka mempunyai alasan untuk tidak mendedahkan gambar mayat Osama atau langkah mengebumikannya di laut.

Alasan mereka kononnya supaya ia tidak dijadikan propaganda oleh al-Qaeda.

Teori baru menunjukkan, mereka cuba mengelak daripada sebarang tindak balas kerana keganasan melampau dalam pembunuhan Osama.

Butir mengenai misi sulit itu terbongkar daklam buku anggota keenam pasukan komando Amerika yang terbabit dalam operasi itu, Mark Bissonnette.

Dalam buku No Easy Day itu, Bissonnette menulis: “Ketika dia (Osama) nazak, saya dan seorang anggota lain membidik senjata kami ke arah dadanya dan melepaskan tembakan.

“Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan kekejaman seperti itu,” kata Murphy.-Agensi

BACA INI JUGA: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

Saturday, March 01, 2014

Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Seorang penghidap sindrom Asperger maut apabila ditumbuk oleh seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan.

Asperger Andrew Young

Saat pesakit Asperger Andrew Young, 40 tahun, ditumbuk dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Charminster, Bournemouth, United Kingdom.

Pada awalnya Andrew menegur seorang lelaki yang menaiki basikal Victor Ibitoye, kerana berkayuh di atas bahu jalan yang menjadi kawasan pejalan kaki.

Andrew berkata kepada Victor perbuatan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Ketika Victor mahu beredar meninggalkan Andrew, datang rakannya Lewis Gill, 20 tahun, terus menumbuk Andrew tepat di muka.

Lewis Gill, 20

Andrew jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk permukaan jalan raya. Dia meninggal dunia pada keesokan harinya kerana kecederaan di kepala.

Kerana perbuatannya, Lewis dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun Jumaat lalu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian.

Ibu mangsa, bagaimanapun menganggap tempoh hukuman penjara yang dikenakan tidak mencukupi.

“Hukuman penjara ini umpama satu gurauan, saya fikir jika seseorang telah mengambil nyawa orang lain, orang itu pula perlu bersedia untuk nyawanya juga diambil,” kata Pamela Young.

Peguambela Lewis, Steven Perian dalam hujan pembelaannya berkata anak guamnya bertindak balas kerana Andrew membuat dakwaan bersifat perkauman.

Kejadian menyayat hati ittu berlaku pada 6 November tahun lepas. Sumber: Mynewshub



Tuesday, February 11, 2014

Video Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati!

Video Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati!

Seorang lelaki yang cedera parah dibelasah tiga hari lalu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, kelmarin.

Bunuh

Mangsa dilapor dipukul di kepala menggunakan pasu bunga dan sebatang kayu oleh seorang pekerja sebuah bengkel berusia 40 tahun dalam kejadian di Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 2 petang, 5 Februari lalu.

Harian Metro difahamkan, mangsa terbabit dengan pertengkaran selepas menuntut semula barangan miliknya daripada pekerja bengkel itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan awal, mangsa yang berusia 42 tahun ada pergi semula ke premis suspek bekerja untuk menuntut pengunci van miliknya yang belum dipasang pekerja bengkel berkenaan.

(Baca: Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!)

“Mangsa dan suspek kemudian terbabit dalam pertengkaran. Suspek yang hilang pertimbangan kemudian memukul kepala mangsa sehingga pengsan,” katanya memberitahu suspek dipercayai menggunakan pasu bunga dan kayu sebagai senjata.

Junaidi berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke HSB untuk diberikan rawatan dan keadaannya ketika itu dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun disahkan maut kira-kira jam 3 petang kelmarin,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Menurutnya, semakan mendapati suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampu. Sumber: Mynewshub


Saturday, January 25, 2014

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali.

Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya.

Video dibawah memaparkan bagaimana seekor arnab berwarna putih menjerit ketakutan ketika bulu mereka dicabut dengan menggunakan tangan.

Menyiat bulu arnab tersebut dilakukan hingga kulit arnab yang berwarna pink kelihatan jelas.



[Sumber]

Thursday, December 19, 2013

Anggota TLDM Dari Sabah Mati Di Bunuh Ketika Latihan?!

Anggota TLDM Dari Sabah Mati Di Bunuh Ketika Latihan?!

Pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 Dis lalu, jika ia mempunyai unsur jenayah.

Asrup Raidin, 27

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya akan menyiasat mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah setelah menerima laporan dari semua jabatan termasuk laporan bedah siasat dan patologi.

“Kalau ada unsur-unsur jenayah kita akan menjalankan siasatan lain yang ada kaitan. Setakat ini kita siasat kematian mengejut dan jika mati akibat itu, kita akan tutup kes,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

(Baca: Top 5 Pemimpin Kejam Paling Dibenci Dunia)

Menurut laporan, Laskar Kelas Pertama itu yang berasal dari Tenom dipercayai mati lemas ketika menjalani latihan renang di platform Danau di Stesen Uniform, Pulau Terumbu Ubi di Laut China Selatan.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Asrup Raidin, 27, dikatakan sedang melaksanakan latihan renang bersama beberapa pegawai TLDM yang lain sebelum mangsa dilihat letih dan lemah lalu dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Dibunuh?

Menurut pihak yang mula-mula memuat naik gambar ini, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.

Asrup Raidin, 27

Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.

Asrup Raidin, 27

Justeru, ada dua aspek penting di sini.

Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

(Baca: Kejam! Pesalah Dihiris Selama Tiga Hari Sebelum Dibenarkan Mati! )

Keduanya... andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.

Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah.

Sumber: Bernama/Mynewshub

Thursday, December 05, 2013

Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!

Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!

Seorang lelaki Australia yang dibicarakan kerana membunuh isterinya mengadu wanita terbabit sangat membosankan ketika di ranjang dan menjadi tukang masak yang sangat teruk.

Klaus Andres, 70

Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid. Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011.

(Baca: Tips Agar Hubungan Intim Suami Isteri Terus Hangat)

Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.

Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.

Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.

(Baca: Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!)

“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.

Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.

Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping. -Agensi

Monday, November 11, 2013

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Ardi Hamza Menghitung Hari Ke Tali Gantung!

Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.


Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.

Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.

Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.

Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.

Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.

Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.

Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.

Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.

Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.

Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti.

Sumber: Mynewshub

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Mati Di Tembak

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Mati Di Tembak

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah dirumahnya sekitar jam 2 petang kelmarin, menambahkan lagi beberapa siri pembunuhan bersenjata yang sudah berlaku sebelum ini.

Mati Di Tembak

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Indera Mahkota, tiga suspek berpakaian jubah telah datang ke rumahnya sebelum kemudiannya menembak mangsa.

Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu kepada The Malaysian Insider mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.

Kata-kata terakhir

Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan.

Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.

Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.

"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.

"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya.

Syiah, Ajaran Sesat

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.

Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa.

"Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang tadi.

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Sumber: BERNAMA