Sunday, May 14, 2017

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800an di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns-Katholik.

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan perang dunia ke 2.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Jururawat adalah profesion yang menggabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri.

Selain itu, profesion kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa.

Justeru, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi.

Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri.

Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jururawat1malaysia

Friday, May 12, 2017

Cerita Kurang Indah Jururawat Yang Ramai Tidak Tahu

Cerita Kurang Indah Jururawat Yang Ramai Tidak Tahu

Jururawat mungkin bukan pekerjaan yang glamor jika dibandingkan dengan kerjaya doktor atau pramugari. Apabila membayangkan kerjaya ini, ramai yang terlebih dulu membayangkan imej jururawat yang garang.

Jururawat

Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka perlu bertugas dan berjaga sepanjang malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Tatkala orang lain melayan karenah manusia normal yang gembira, jururawat pula perlu melayan karenah manusia yang sakit.

Malah, kisah jururawat berhadapan dengan pesakit yang garang dengan bertindak mengherdik dan memarahi mereka mungkin jarang diperkatakan dan disiarkan di media massa.

Perkara tersebut pastinya melibatkan emosi yang teruk. Mereka perlu sentiasa tersenyum sekalipun mungkin tidak menyukai sesetengah perkara. Mereka perlu menahan sebak sekalipun bersedih.

Demi tugasan yang diamanahkan, mereka perlu melakukan yang terbaik kerana ia merupakan satu-satunya cara memulih dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Tugas jururawat juga adakalanya sangat sukar untuk dibayangkan. Di sesetengah negara, terdapat jururawat yang perlu bertugas di medan perang. Mereka juga perlu melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja sekalipun kepada seorang penjenayah.

Ia merupakan salah satu contoh tugasan yang bermain dengan emosi saban hari. Mereka mungkin tidak sempat menjaga keluarga sendiri di rumah tetapi perlu menjaga orang lain di hospital.

Emosi

Sebab itu, tidak adil apabila ada satu gelaran atau label yang tidak baik dikaitkan dengan tugas jururawat. Mereka juga manusia biasa.

Sesekali sekiranya mereka mungkin garang, kemungkinan perkara itu hanyalah dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kajian-kajian yang dilakukan setakat ini menunjukkan tugas jururawat saban waktu terdedah dengan emosi terpendam. Selain itu, mereka berhadapan dengan kematian orang lain setiap hari.

Sebagai manusia biasa, mereka bersedih apabila ada pesakit yang meninggal dunia dalam penjagaan di hospital.

Ada yang membayangkan diri mereka berada pada tempat keluarga pesakit. Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka juga bertindak sebagai seorang profesional. Menyembunyikan perasaan sebenar yang dialami adalah sebahagian daripada punca tekanan kerja yang teruk.

Kita seharusnya bersikap adil terhadap golongan ini sungguhpun sesekali mendengar berita yang tidak enak berkenaan mereka.

Kajian ahli psikologi Barat, Profesor Sharon Glazer di beberapa buah negara seperti Israel, Itali, United Kingdom, Hungary dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa jururawat menghadapi semua simptom tekanan pekerjaan.

Mereka terdedah dengan beban tugas yang berat, pesakit yang ramai, persekitaran kerja yang tidak menyenangkan dan kebimbangan melakukan kesilapan.

Bahkan mereka juga perlu menahan emosi melihat manusia yang sakit dan berhadapan dengan kematian.

Risiko

Ia bukan pekerjaan yang mampu dilakukan oleh setiap individu. Kajian juga mendapati bidang kejururawatan adalah antara kerja yang terdedah dengan risiko kelesuan, keletihan dan kebimbangan.

Ia merupakan risiko psikologi yang mendedahkan seseorang dengan penyakit fizikal seperti penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit berisiko yang lain.

Jururawat juga dikatakan terdedah dengan pemindahan emosi daripada pesakit. Misalnya, apabila pesakit mengadu mereka mengalami kesakitan, jururawat terlibat juga mungkin akan mengalami kesan yang sama.

Dalam bidang psikologi, ini dinamakan sebagai Kesan Jangkitan (çontagion effect). Sekiranya ia hanya dialami sehari dua, ia mungkin tidak mengapa.

Bayangkan, sekiranya kesan psikologi negatif seperti ini perlu dilalui setiap hari selama sepanjang kerjaya seorang jururawat. Ia merupakan antara kisah hidup yang mungkin jarang diketahui oleh kebanyakan masyarakat.

Jururawat bukan sekadar cuba merawat, menyembuh dan menyelamatkan kita. Adakalanya mereka juga terkorban dalam situasi pekerjaan yang penuh emosi.

Semua ini adalah antara cerita kurang indah yang mungkin jarang dibincangkan.

Terima kasih kepada semua jururawat dan kasih sayang yang telah berikan kepada kami.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo