Friday, October 13, 2017

Joy Revfa Tarik Dakwaan Pernah ‘Disentuh’ Hafiz Hamidun

Joy Revfa Tarik Dakwaan Pernah ‘Disentuh’ Hafiz Hamidun

Beberapa hari lepas, Joy Revfa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah ‘disentuh’ oleh Hafiz Hamidun sepanjang perkahwinan mereka sejak 1 Mei dahulu. Tetapi kini Joy sudah menarik balik kata-katanya itu.

Joy Revfa

“Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.

“Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

“Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Turut kelihatan ketika sidang media itu ialah peguam syarie yang mewakili dirinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan bersama dengan ibu dan kakaknya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 November depan sebagai sebutan kes faraq nikah yang telah difailkan oleh Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Walaupun permohonan itu dilakukan atas sebab Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy memaklumkan bahawa Hafiz telah cuba untuk mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai hal itu.

“Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.

“Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” tambahnya lagi.

Joy juga telah memaklumkan bahawa Hafiz telah berkeras ingin meneruskan perkahwian walaupun sudah mengetahui bahawa dia amsih belum menerima surat penceraian yang sah.

“Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

“Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,” katanya.

Pernikahan mereka sebenarnya dilangsungkan dengan akur janji bahawa Joy akan memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas selesai majlis akad nikah. Tapi apabila diminta berkali-kali oleh Hafiz, pelbagai alasan diberikan olehnya.

Hafiz dan Joy telah ke Songkhla, Thailand bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis gama Islam Wilayah Songkhla.

Selain itu, pasangan itu juga turut ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi menyerahkan surat perakuan taklik tersebut.

“Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp.

"Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” kata Hafiz di dalam kenyataan rasminya pada 22 Ogos yang lalu.

Bertambah rumit perkara ini apabila kenyataan berubah-ubah. Keadaan kembali tegang apabila Joy dikatakan bakal menfailkan saman keatas beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukan pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu. Berita yang dipaparkan blog berkenaan menyebabkan netizen mencaci saya sebagai pelacur dan anak kandung saya sebagai anak haram,” katanya.

Jelas didalam sidang media yang dilakukan Hafiz pada Ogos yang lalu, dia sudah pun menyebut sebab utama mengapa dia mahu menceraikan Joy.

Bilakah sebenarnya kemelut rumah tangga mereka ini akan selesai? Meluat!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Wednesday, October 11, 2017

Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz Hamidun!

Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz Hamidun!

Akhirnya terjawab sudah segala tanda tanya mengenai status pernikahan dan penceraian usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa dengan bekas suaminya, Datuk Ray.

Joy Revfa

Menerusi laman Facebook milik Joy, dia telah memuat naik posting rasa syukurnya kerana Mahkamah Syariah telah mengesahkan bahawa penceraiannya bersama bekas suami pada dua tahun lalu adalah sah!

“Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah SWT benar-benar membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yang lalu. Bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai 2 tahun lalu. Nikah saya dengan “suami” sekarang adalah SAH dalam agama Islam di Malaysia,” tulisnya pada posting tersebut.

Namun, Hafiz Hamidun masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.

Sebagai bekas suami, Datuk Ray, atau nama sebenarnya Mohd Rayus Abdul Rahim telah memohon maaf kepada semua pihak berkenaan isu yang telah bangkit semenjak Mei lalu.

“Alhamdulillah kes melibatkan saya dan Joy selesai. Pendaftaran tidak dibuat kerana ada sebab teknikal. Kenyataan Hafiz yang mengatakan saya tidak memberi kerjasama kepada Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand adalah tidak benar,” katanya.

Kata Joy lagi, perkahwinan dia bersama Hafiz Hamidun yang agak terburu-buru itu adalah kerana kehendak suaminya sendiri yang ingin mempercepatkan majlis pada 1 Mei 2017 lalu.

Tambah Joy lagi, dia menepis sekerasnya mengenai kenyataan Hafiz berkenaan mereka tidak pernah menjalinkan hubungan sebagai suami isteri sepanjang perkahwinna mereka.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” pada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh/instimta‘ bersama saya, dengan nama Allah SWT, saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia.”

Bagi Joy, atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa mengenai hal ini kerana sebagai usahawan, dia mahu menjaga nama baiknya serta syarikat yang diusahakan olehnya itu.

Selain itu, Joy juga mahu membersihkan namanya kerana sebelum ini, ramai netizen menganggap dia menipu serta menuduh anaknya, Muhammad Arryan Firdaus sebagai anak haram.

Kononnya netizen menyifatkan perkahwinannya bersama dengan Ray tidak sah kerana dia masih dalam tempoh iddah bersama dengan suami yang pertama.

Itulah dia, bila orang luar menyibuk dan memandai-mandai dalam urusan orang lain. Sampai sanggup melemparkan fitnah demi menjatuhkan maruah seseorang.

Tambah memilukan apabila Joy dilihat sangat kecewa dengan tindakan Hafiz Hamidun, selaku suami yang tidak mampu untuk mempertahankan dirinya, malah lagi menjatuh dan memburukkan lagi keadaan.

“Dan jika org tanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH, 1000x saya akan katakan TIDAK kerana bagi saya dia tak layak jadi seorang suami kepada saya dan keturunan, anak-anak saya nanti,” tulisnya lagi.

Tambahan pula sebenarnya apa yang terjadi ini merupakan satu pengajaran kepada orang ramai agar mengambil berat mengenai isu pernikahan yang tidak didaftarkan di Malaysia.

Joy Revfa

Hari ini, 10/10/2017 merupakan tarikh pemergian ayahnda tercinta Joy, Mohd Amin Awang yang telah meninggal dunia pada tahun 2009 yang lalu.

Tarikh ini juga merupakan tarikh yang bermakna dalam hidupnya kerana pada hari ini dia telah memenangi kes di mahkamah berkaitan isu pencerianya itu.

Diharapkan selepas ini pihak Hafiz Hamidun dapat memberikan penjelasan mengenai isu yang berpanjangan ini. Ramai juga yang mahu tahu apakah kesinambungan kontroversi ini.

Siapa yang benar dan siapa yang salah? Adakah perkahwinan Hafiz dan Joy sememangnya sah sebelum ini?

Semoga kedua-dua pasangan ini dapat menyelesaikan masalah yang telah lama menjadi bualan hangat di bibir netizen.

Pihak yang benar pasti akan dilindungi oleh Allah SWT.

BACA INI JUGA: Biodata Siapa Joy Revfa, Pengasas Merve Cosmetics

sumber: mynewshub

Friday, September 29, 2017

Kontroversi Status Nikah Joy Revfa Dan Bekas Suami Sah Ikut Syarak!

Kontroversi Status Nikah Joy Revfa Dan Bekas Suami Sah Ikut Syarak!

Akhirnya, kontroversi status sah pernikahan Joy Revfa dan bekas suaminya terjawab apabila Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor mengesahkan status pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas suami di Songkhla, Thailand, adalah SAH.

Joy Revfa

Meskipun ia berlangsung empat tahun lalu, namun Hakim Syarie, Salehan Yatim dalam keputusannya memperakui pernikahan tersebut adalah sah mengikut syarak.

Beliau berbuat demikian selepas berpuas hati dengan segala dokumen dan keterangan secara lisan mahupun hujah bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak kepada mahkamah.

“Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand, adalah sah mengikut hukum syarak,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Ketika perbicaraan, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa diwakili peguam syarie, Aznor Suhaida Dollah.

Manakala Mohd Rayus (baca dayus) atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim pula dilaporkan hadir tanpa peguam.

Sebelum ini, dalam prosiding, saksi yang juga adik kepada Joy Revfa, Mohd Zarif, memaklumkan pada pihak mahkamah bahawa beliau mengetahui perkara tersebut.

Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menghadirkan diri berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, menurut Aznor Suhaida pula, selepas ini pihaknya akan memfailkan pula permohonan perceraian pasangan tersebut dalam masa terdekat.

“Mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,” ujarnya dipetik BH Online.

Difahamkan, Joy Revfa memfailkan permohonan pernikahan antara beliau dengan bekas suami sekitar 23 Ogos 2017 lalu.

Kesian Joy Revfa, dapat suami pun bodoh.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Friday, August 25, 2017

Biodata Siapa Joy Revfa, Pengasas Merve Cosmetics

Biodata Siapa Joy Revfa, Pengasas Merve Cosmetics

Joy Revfa merupakan pengasas empayar komestik iaitu Merve Cosmetics dan sering digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna, muda, cantik, lemah lembut, kaya dan bergaya!

Joy Revfa

Malangnya, penyanyi ketuhanan Hafiz Hamidun dan isterinya terpalit kontroversi, kedua-dua pasangan itu memfailkan permohonan pembubaran nikah.

Sekalipun bagai pinang dibelah dua, kebahagiaan nampaknya jauh dari menyinggah dalam kehidupan kedua pasangan ini.

Jom kami kongsikan biodata siapa Joy Revfa dan empayar produk kecantikan miliknya disebali kontroversi rumah tangga yang sering melanda.

Biodata Joy Revfa

Fakta Menarik Tentang Joy Revfa
  • Graduan diploma dalam bidang fotografi dan solekan fesyen di Puspita Martha International Beauty School, Jakarta.
  • Selepas tamat pengajian, wanita ini dipilih sebagai jurusolek kesan khas untuk filem yang diarahkan oleh pengarah popular Indonesia, Affandi Abdul Rahman berjudul The Perfect House.
  • Turut diberi tanggungjawab untuk membuat solekan khas buat pelakon cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari untuk filem pecah panggung berjudul Habibie & Ainun.
  • Merupakan anak kepada jurusolek terkenal, Sofia Abbas.
  • Figura ini bersama-sama ibu dan kakaknya turut membuka Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam sejak tahun 1990 untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya.
  • Pasangan Joy Revfa dan Hafiz Hamidun melangsungkan pernikahan pada 1 Mei 2017.
  • Beliau menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang sangat tenang dan penyayang.
  • Joy Revfa sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Dato’ Ray Imran dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
  • Memulakan perniagaan sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada 11 Februari 2015.
  • Merupakan pengasas kepada empayar komestik Merve Cosmetics.
  • Mencipta produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan Fairy Tales termasuklah packaging produk yang sangat cantik.
  • MERVE kini mempunyai lebih 60 stokis serta lebih 1,000 agen dan dropship di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
  • Pernah digelarkan sebagai wanita kampung yang tidak tahu buat apa-apa dan tidak mungkin berjaya tanpa suami.
  • Seorang yang sangat gemar berselfie.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Kontroversi Kes Perkahwinan Joy Revfa Dan Hafiz Hamidun
  • 1 Mei 2017 - Joy dan Hafiz berkahwin.
  • 1 Jun 2017 joy ke majlis agama Islam Songkhla Thailand untuk membuat aduan taklik dgn bekas suami.
  • 6 Julai 2017 - Joy dan bekas suami perlu hadir ke pejabat agama islam Songkhla.
  • 13 Julai 2017 - Majlis Agama Islam Songhkla mengesahkan gugur talak 1 secara taklik di antara Joy dan bekas suami.
Joy Revfa

Adakah perkahwinan di antara Joy dan Hafiz sah dari segi Hukum Syarak?
  • Joy mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan bekas suami telah bercerai sejak dari tahun 2015 namun tiada bukti.
  • Merujuk kepada surat pengesahan cerai yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand, alasan taklik ialah suami telah meninggalkan isteri melebihi 2 tahun, bermaksud 2 tahun sebelum tarikh bercerai (cerai 13 Julai 2017).
  • Joy ditinggalkan dari tahun 2015 tetapi bukannya bercerai, sekadar ditinggalkan.
  • Tindakan meninggalkan isteri masih belum boleh dikatakan sah bercerai menurut Hukum Syarak.

Gambar Cantik Joy Revfa

Joy Revfa
Joy Revfa
Joy Revfa
Joy Revfa

Semoga Joy Revfa diberi ketabahan mengharungi dugaan.

BACA INI JUGA: Perbezaan Antara Dara Dan Janda

sumber: azhan

Kenapa Hafiz Lambat Bubar Nikah, Soal Imam Besar

Kenapa Hafiz Lambat Bubar Nikah, Soal Imam Besar

Imam Besar Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin menegur tindakan Hafiz Hamidun yang lambat membubarkan pernikahannya dengan Joy Revfa.

Hafiz

Kata Hazaruddin, Hafiz sepatutnya mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap pernikahannya dengan Joy atau nama sebenarNya Siti Arifah Mohd Amin, tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan.

“Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

“Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

“Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak,” ujarnya kepada mStar Online.

Hazaruddin turut mengulas tentang isu rumah tangga Hafiz dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah apabila usahawan kosmetik berkenaan gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya selepas mereka berkahwin pada 1 Mei lalu.

Oleh kerana Hafiz mula meragui perkahwinan mereka sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, Joy telah memfailkan tuntutan faraq pada Jumaat, 17 Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sementara itu, mengenai tindakan Hafiz yang mengambil keputusan untuk menjauhi isterinya itu, Hazarudiin berpendapat tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya.

Selain itu, apa yang menjadi kebimbangan adalah jika perbuatan Hafiz membubarkan perkahwinannya itu menjadi ikutan golongan yang tidak menghormati kesucian ikatan pernikahan.

“Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang perkara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah,” ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijab kabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

BACA INI JUGA: Kisah Sebenar Kemelut Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

sumber: mynewshub

Thursday, August 24, 2017

Kisah Sebenar Kemelut Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Kisah Sebenar Kemelut Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Ada bidalan berbunyi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya dan barangkali, peribahasa itu sesuai menggambarkan kemelut kisah rumah tangga penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun dan pengasas kosmetik Merve, Siti Arifah Mohd. Amin, 30, atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa.

Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Setelah bertalu-talu serangan provokasi yang dibuat oleh Joy demi memancing perhatian si lelaki, akhirnya Hafiz tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan.

Ramai yang ingin tahu apa sebenarnya isu antara Hafiz dan Joy, yang rumahtangga mereka baru sahaja dibina tidak sampai empat bulan.

Malah, permasalahan mereka bukannya cuba dikorek pihak media, sebaliknya, tindakan Joy yang sentiasa mengemaskini statusnya dalam laman sosial seperti Facebook dan Instagram sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk media dan khalayak mengetahui perkembangan rumah tangga mereka.

Joy sering memuat naik status sedih, malah pernah meluahkan perasaan tentang peranan seorang suami secara umum sehingga menimbulkan persepsi negatif tentang perkahwinan mereka.

Kemuncaknya, Joy telah memfailkan pembubaran pernikahannya dengan Hafiz di Mahkamah Rendah Shah Alam, Selangor, pada 18 Ogos lalu, sekaligus membuat Hafiz terkejut kerana dia yang sepatutnya melakukan perkara itu pada 21 Ogos 2017.

Saat Hafiz tiba untuk memulakan sidang media khas, dia kelihatan sangat tenang malah, masih ramah bertegur sapa dengan wakil media yang hadir. Tiada sekelumit rasa gusar yang terlihat pada air mukanya.

Saat bicara bermula, bertubi-tubi soalan menghujani lelaki kelahiran Teluk Intan, Perak itu tentang mengapa soal ‘kain dalam’ perlu diuar-uarkan. Mengapa dia seperti mahu membuka aib sendiri.

“Ini ‘pernikahan’ saya, jadi memang saya kena bercakap tentangnya terutama apabila ia sudah menjadi tidak terkawal seperti ini.

“Selama ini, saya tidak pernah membuat kenyataan balas terhadap semua status-status laman sosial Joy yang cuba membuat provokasi kerana tidak mahu hal ini menjadi lebih rumit apabila sudah membabitkan emosi,” terangnya panjang lebar.

Dalam pada itu, Hafiz turut tidak mengakui Joy sebagai isterinya memandangkan perceraian pertama wanita itu berlaku selepas majlis pernikahan mereka.

“Jika mengikut undang-undang Islam, Joy bukan isteri saya kerana kami bernikah sewaktu dia masih memegang status isteri orang.

“Saya bersamanya telah ke Songkhla, Thailand pada 1 Jun lalu untuk mendapatkan surat cerai taklik kerana Joy gagal mengemukakan surat tersebut sebelum dan selepas majlis perkahwinan kami berlangsung,” katanya yang memburaikan kisah sebenar punca polemik ‘rumah tangga’ mereka.

Percaya

Diselar mengapa dirinya meneruskan juga pernikahan andai sudah timbul keraguan, Hafiz berkata pada waktu itu, dia mempercayai aku janji Joy yang diberikan kepada Pejabat Agama Daerah Petaling dan dirinya bahawa surat itu akan dikemukakan sebaik sahaja mereka disatukan.

Meskipun begitu, lelaki berusia 33 tahun tersebut masih mengambil langkah berjaga-jaga selagi isu surat cerai itu tidak diselesaikan dengan tinggal berasingan bermula pada hari pertama perkahwinan.

“Saya tidak pernah berkahwin, tidak pernah bernikah atau bercerai di Siam. Jadi saya memang tidak tahu bagaimanakah prosedur yang perlu dijalani untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.

“Oleh sebab itu, saya menggunakan ruang berjauhan itu untuk bertanya pada mereka yang lebih arif. Saya bukan orang alim, tetapi masih ada asas agama untuk memikirkan baik buruk sesuatu tindakan itu,” katanya yang bertunang dengan Joy pada 22 Mac tahun 2017.

Hafiz kemudian memanaskan ruang sidang media dengan pengakuannya yang tidak pernah menjalin hubungan kelamin selepas berkahwin.

“Sejak hari pertama kami tidak pernah tinggal bersama, sekali gus tidak pernah melakukan sebarang hubungan kelamin seperti pasangan suami isteri yang lain,” katanya.

Kata Hafiz lagi, jika pihak di sebelah sana mengatakan dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dari segi nafkah zahir dan batin, maka ia perlu dibuktikan di mahkamah kelak.

Hal ini kerana setiap kenyataan yang diberi oleh Joy mempunyai fakta yang disembunyikan dan dia perlu bertanggungjawab dengan setiap apa yang keluar daripada mulutnya.

Kesal

Ketika ditanya adakah tindakan melibatkan media ialah satu jalan tepat dalam menyelesaikan masalah peribadi seperti ini, Hafiz berkata hal ini tidak bermula daripada pihaknya.

Malah, pihak Joy sebenarnya telah berjanji dengan Hafiz untuk sama-sama duduk berbincang dan mencari ruang bagaimana hendak menyelamatkan masjid yang baru dibina dalam keadaan paling berhemah dan secara tertutup.

Pelantun lagu Zikir Terapi itu turut mengakui dia pada mulanya bersungguh-sungguh untuk mempertahankan mahligai yang dibina sejak tanggal 1 Mei lalu sehingga Joy membuat perancangan lain di belakang pengetahuannya.

“Pada 8 Ogos, saya dan Joy bersama keluarganya telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Petaling untuk menyerahkan dokumen perceraian yang jelas tertulis bahawa jatuh talak untuk perkahwinan pertama Joy ialah pada 13 Julai, dua bulan selepas kami bernikah.

“Keluarga Joy memohon saya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan umum dan kami bersetuju bahawa saya yang akan failkan permohonan farraq (pembubaran perkahwinan) pada Isnin lepas (21 Ogos).

“Bayangkan perasaan saya apabila tiba di Pejabat Agama Daerah Petaling dan diberitahu Joy telah membuat permohonan sama di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor dua hari sebelumnya,” ujarnya dengan suara yang sedikit ditekankan.

Tambah Hafiz, tiada sebarang tekanan yang timbul dalam dirinya dengan apa yang berlaku, namun dia akui sedikit kesal kerana perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara mudah telah dihebahkan seperti ini.

Tatkala ditanya adakah masih ada ruang dalam hati untuk menerima Joy kembali sekali gus menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sah, dia kelihatan termenung sebentar sambil mengukir senyuman hambar.

Jawabnya ringkas: “Soal hati dan perasaan itu, biarlah ia dibicarakan sebaik sahaja kes ini diselesaikan selepas sebutan semula pada 14 September depan. Saya tidak mahu mencari siapa salah atau benar, sebaliknya cuma mahu kekecohan ini tamat.

“Pada awal dahulu, saya beria untuk dia tetapi sekarang, saya mohon Allah berikan pengakhiran yang terbaik untuk kami berdua. Bersatu kembali atau tidak, hanya Dia sahaja yang tahu.”

Trauma

Tiada siapa yang berumah tangga mengharapkan pengakhiran yang kecewa namun bagi Hafiz, ia bukanlah menjadi sebab untuk dirinya takut kepada institusi perkahwinan.

Sama seperti alunan lagu-lagu nyanyiannya, lelaki berlesung pipit ini cukup positif dalam menerima semua dugaan yang berlaku malah melihat ia sebagai tanda Tuhan menyayangi dirinya.

“Mengapa perlu trauma untuk berkahwin lagi sedangkan pernikahan itu satu ibadah dalam Islam. Saya telah mencuba sedaya-upaya bagi menjalankan amanah untuk perkahwinan pertama.

“Selain memberi pengajaran kepada saya, semoga orang lain di luar sana juga memperoleh sesuatu untuk dijadikan sempadan dalam kehidupan kita,” ujarnya menyimpul perbualan.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: kosmo