Thursday, June 26, 2014

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?

Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad bersama kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil).

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria

Kementerian Luar mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

“Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”

Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kami sebenarnya sangat tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan Malaysia yang menuduh pejuang-pejuang ini sebagai ekstremis. Umat Islam sedang ditindas di Iraq-Syria dan menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain untuk membantu saudara seagamanya. -sentiasapanas

Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti perjuangan di kedua-dua negara tersebut.

Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.

Kita sedia maklum, umat Islam yang bangkit menentang penceroboh luar dan pengganas besar dunia seperti Amerika dan Israel akan dituduh sebagai pengganas. -sentiasapanas

Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.

Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu.

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Sementara itu, video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk “Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

“Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti perjuangan di negara Timur Tengah itu. –BERNAMA




Tuesday, May 13, 2014

Jihad Di Syria, Rakyat Malaysia Hanya Tahu Komplen Tapi Takut Mati

Jihad Di Syria, Rakyat Malaysia Hanya Tahu Komplen Tapi Takut Mati

Konflik di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam.

Mohd Lotfi Ariffin

Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.

SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?

MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan. Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.

SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?

MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,
  1. Membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
  2. Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
  3. Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
  4. Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?

Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?

MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.

MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.

Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?

MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.

SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?

MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?

MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?

MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?

(Maaflah, Sentiasapanas terpaksa mencelah; Bukan soalan BODOH ke ni? Sinar Harian takde ayat yang lebih MATANG ke? Soalan ciri-ciri Melayu yang suka fitnah-memfitnah).

MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan. Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.

SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?

MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?

Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.

Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?

MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikut jejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?

MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janji-janji manis.

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.

Kami difitnah…

SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?

MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing.

Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusahamenyempurnakan. Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu. -Sinar Harian

"Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya; "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"." Hadis Riwayat Abu Daud.

Thursday, April 10, 2014

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [2]

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.

Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [3]

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.

Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [4]

Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini.

Sumber: Facebook Issey Tourist Guide/gayapeneroka.blogspot.com

Tuesday, August 06, 2013

Misi Perjuangan Faisal Hari ke-2 Di Syria

Misi Perjuangan Faisal Hari ke-2 Di Syria

Selesai misi hari ke-2 di Idlib.. Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.


Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration.

(Baca: Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!)

Ada beberapa pencerahan di sini:

1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.

2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari berkaitan Syria.

3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g: blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari fakta sebenar.

4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa. Ditempat tersebut juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.

5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa? Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan. Tapi untuk bergelar mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia kecoh tentang ‘haram’nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri. Di bawah gambar viral tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan meninggalkan terus nikmat dunia. Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para mujahidin.

6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut disia-siakan. Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan fakta sebenar apa yang berlaku?

7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa “biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah”.

8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.

9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai tanpa usul periksa. Masih lagi…………

Kita sendiri ada sambungan jawapannya…

Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..

Salam perjuangan,

Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria

Monday, August 05, 2013

Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!

Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!

Seorang pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.


Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.

Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan ‘disclaimer’ bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.

Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.

Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar.


-Mynewshub