Thursday, October 17, 2019

Tabung '10 For Smiles' Bantu Rakyat Palestin Dan Syria

Tabung '10 For Smiles' Bantu Rakyat Palestin Dan Syria

Aman Palestin menerusi kempen '10 For Smiles' yang sedang dijalankan ketika ini, bertujuan mengumpul RM15 Juta bagi membantu membangunkan semula Palestin dan warganya yang menjadi pelarian serta sengsara di tanah air sendiri angkara kekejaman pengganas zionis Israel.

Save Palestine

Kempen yang dilancarkan sehingga Disember tahun 2019 ini, mengajak semua lapisan masyarakat di Malaysia, untuk menghulurkan sumbangan masing-masing sekurang-kurangnya RM10.

Aman Palestin menerusi pejabat cawangannya di luar negara turut menggerakkan sumbangan dari negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Kempen berkenaan juga tidak terhad kepada sumbangan dalam bentuk wang ringgit, malah apa saja yang mampu memenuhi keperluan masyarakat di negara berkenaan.

Aman Palestin berusaha membantu dalam setiap sudut bertujuan membangunkan semula Palestin sehingga warganya mampu meneruskan kehidupan seharian, walaupun mungkin tidak sebaik yang diharapkan.

Sebagai negara yang paling aktif membantu Palestin, sumbangan masyarakat Malaysia terhadap '10 For Smiles' juga diharap dapat membantu pelarian Syria yang melarikan diri daripada peperangan dan mendiami kem pelarian sekitar sempadan Jordan dan Lubnan.

Bantuan yang diharapkan termasuklah untuk tujuan pembelian pek makanan dan kelengkapan musim sejuk yang bakal dihadapi pelarian.

Aman Palestin memberikan keutamaan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria kerana sinonimnya mereka menanti kematian disebabkan cuaca sejuk ekstrem, selain musim hujan yang boleh menyebabkan kebanyakan khemah didiami akan ranap dilanda banjir.

Pegawai Media Aman Palestin dari Gaza, Hamza Deirawi, yang berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis, mengharapkan sokongan berterusan rakyat Malaysia dalam membangkitkan kesedaran seluruh masyarakat dunia terhadap kekejaman yang dilalui penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Perkongsian di media sosial, disifatkan ikon media dari Palestin itu sebagai medium paling berkesan menyampaikan kekejaman yang dilakukan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tanpa mengira peringkat usia.

Nyawa rakyat Palestin seumpama tidak bernilai bagi tentera Zionis kerana ada saja kesengsaraan yang perlu dilalui setiap hari tidak kira wanita hingga bayi dan kanak-kanak.

Kehidupan rakyat tidak pernah tenteram kerana setiap hari akan diganggu tentera Israel yang memecah masuk rumah dan mengacukan senjata kepada wanita serta kanak-kanak yang sedang tidur.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan yang diperlukan pelarian Palestin dan Syria boleh menghubungi ibu pejabat Aman Palestin 03-8926 7019 atau melayari sesawang www.amanpalestin.net atau boleh menyumbang terus menerusi link https://www.billplz.com/10forsmiles.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Friday, June 07, 2019

Kenapa Umat Islam 'Diharamkan' Melawat Masjid Al-Aqsa?

Kenapa Umat Islam 'Diharamkan' Melawat Masjid Al-Aqsa?

Pasti amai di antara kita yang bercita-cita mahu menziarahi Masjid Al-Aqsa kerana selain dikatakan salah satu masjid suci bagi umat Islam, pengkisahan Nabi Muhammad ketika peristiwa Israk Mikraj saat dibawa dari Masjidil Haram sebelum dibawa ke langit ke tujuh turut membuatkan kita mempunyai keinginan tinggi untuk menziarahi sekali gus bersolat di masjid ini.

Masjid Al-Aqsa and Dome of Rock
Masjid Al-Aqsa (kiri) and Dome of Rock (kanan).

Malah, Nabi Muhammad SAW turut mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid Al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan.

Dalam masa yang sama juga kita pasti terfikir dengan menziarahi Masjid Al-Aqsa dapat membantu secara tidak langsung ekonomi Palestin tanpa kita sedar bahawa selama ini kita telah tertipu.

Malah, sejak berpuluh tahun dahulu, ulama sudah mengharamkan kita menziarahi Masjid Al-Aqsa ini sejak Israel menjajah Baitulmaqdis.

LAWATAN KE MASJID AL-AQSA? FIKIR-FIKIRKAN

Baca catatan dari page fb Aqsa Syarif ini. Bacalah dengan mata hati agar kita faham, perjuangan membantu Palestin ini sebenarnya adalah jihad paling besar.

Membantu Ekonomi Israel

Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia cukup menghairankan. Kenapa? Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967? Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 50 tahun yang lalu!

Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel dengan pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

Malah, Israel telah menghadkan umur pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak: “Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali ISRAEL!”

Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?

Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!

Ramai penganjur menziarahi Masjid Al-Aqsa kerana pada tanggapan mereka masjid ini berada di bumi Palestin.

Hanya Jordan sahaja mengiktiraf Isreal sebagai negara!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?

Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?

Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!

Industri pelancongan bernilai USD 1 Bilion Tapi Satu Sen Pun Palestin Tak Dapat

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Maqdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun!

Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen pun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!

Berbanggalah, wang yang anda bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestin! Sangat tak berbaloi!

Adakah kita dilayan seperti mana penduduk Palestin dilayan ketika mengunjungi Al Aqsa? Jawapannya tidak, kerana kita membawa duit kepada Israel.

Dan yang lebih penting lagi ialah, pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.

Kalau tak, takkanlah Israel yang angkuh itu boleh dengan mudahnya membenarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis ‘tidak mengiktiraf Israel’ masuk?

Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.

Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN.

Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.

Tetapi, jika anda datang sebagai ‘pejuang pembebasan’ atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.

Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.

BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!

Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!

Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.

Tidak wajar kita merelakan diri menjadi ‘pelancong’ di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!

Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah dan diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskan, bukan menziarahinya.

Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.

Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa.

Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.

Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!

FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)

Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:
  • KESATUAN ULAMA SEDUNIA,
  • KESATUAN ULAMA PALESTIN,
  • ULAMA-ULAMA AL-AZHAR,
  • dan para pejuang Palestin yang tulus seperti HAMAS dan BRIGED AL-QASSAM.

Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.

Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977.

Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.

Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.

Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.

Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia; Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam Palestin 1948; Hamas dan al-Qassam dan Syeikh Ekrema Sobri, Khatib Masjid al-Aqsa TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.

Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa, namun sebahagian besarnya meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.

Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002).

ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.

Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!

ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH

Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.

JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?

Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!

Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis.

ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.

Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.

Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat r.a. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine.

Baginda memujuk para sahabat r.a. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000) namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!

Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis.

Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti; “Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: "..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis…” dan “…al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana.”

Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat r.a., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.

Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar kerana beliau menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib.

Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib.

Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.

PUN BEGITU, Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!

Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar ‘imarah’ sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!

Jika tidak, disarankan supaya anda menyalurkan wang kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Dan kalau boleh, berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi’ tabiin.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita. Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.

Sekali lagi kami ingatkan, FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.

“Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!”
“Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya, pembukanya, bukan pelancong!”
Berfikir selangkah kehadapan,
Agar tidak terus ditipu amal peribadi,
Sedang umat menderita,
Musuh tertawa,
Dan kemenangan terpaksa ditunda,
Untuk kesekian-kalinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thursday, May 16, 2019

Hari Nakbah, Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel

Hari Nakbah, Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel

Hari Nakbah yang bermaksud "hari kecelakaan" adalah merujuk kepada hari bagi memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 750,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Hari Nakbah negara haram israel ditubuhkan

Hari Nakbah disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara haram Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.

Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan.

Hari Nakbah dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab.

Malah, tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London pada tahun 2003 dan bandar raya New York pada tahun 2004.

An-Nakbah

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah.

"Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.” – Jeremy Bowen, Six Days

Mimpi indah Zionis Yahudi untuk memiliki sebuah negara khusus untuk orang-orang Yahudi akhirnya terlaksana pada malam 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan idea penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang diberkati’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun berada di bawah naungan kerajaan Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang di Palestin.

Pelan Dalet, Pembunuhan Beramai-ramai

Mimpi indah Zionis Yahudi ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre) rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach melalui satu pelan yang dikenali sebagai ‘Pelan Dalet’.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 750,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian ekoran keganasan Zionis Yahudi ini.

Jumlah sebenar korban an-Nakbah pula sehingga hari ini tidak dapat dipastikan. Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin.

Penderitaan ini setanding – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia kesan daripada rasisme (anti-semitisme) di Eropah dan holocaust semasa Perang Dunia Kedua.

Justeru, bagi memperingati penderitaan ini rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei (sehari selepas penubuhan Israel) sebagai hari an-Nakba (malapetaka besar/catastrophe).

Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin yang terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini.

Sejak Disember 2009, kita menyaksikan 3 ‘massacres’ ke atas Gaza yang mana di Tebing Barat yang dikuasai tentera Zionis, melaksanakan sistem pemerintahan apartheid versi Israel.

Masjid al-Aqsa dicemari dan diceroboh hampir setiap hari. Gaza terus dikepung. Pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman. Jumlah mereka kini telah mencecah 7 juta orang!

Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin.

Malangnya, pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang bersedia menuntut Zionis Yahudi mengakui jenayah an-Nakbah yang ia dilakukan ketika menubuhkan negara mereka.

Perbincangan tentang an-Nakbah sebaliknya dilihat sebagai tidak produktif dan ancaman kepada inisiatif damai.

Malah, mereka yang membangkitkannya akan dituduh sebagai anti-semitik!

Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas an-Nakbah.

Jenayah Kejam Zionis Israel

An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menuntut seluruh dunia agar mengiktiraf jenayah kejam yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka yang dizalimi benar-benar dapat dibela.

An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh.

Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak, usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.

Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama

Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga Hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme.

Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland.

Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai:

“Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam.”

Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin.

Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897:

“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.”

Cubaan membeli tanah Palestin dari Khalifah

Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda.

Sultan Abdul Hamid II berkata:

“Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami.”

Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu:

1. Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.

2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.

3. Membangunkan kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.

4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.

5. Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan:

“Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam.”

Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.

Deklarasi Balfour 1917

Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland.

Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat “simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi.”

Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.

Ini merupakan usaha paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

Holocaust dan kedatangan Yahudi ke Palestin

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua.

Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian.

Namun, jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin.

Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55,000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646,000 orang Yahudi pada tahun 1948.

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel.

Negara haram Israel Direstui Britain dan PBB

Negara Palestin sebelum dan selepas negara Israel

Penubuhan sebuah negara untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB.

Pada 29 November 1947, sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara, manakala Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.

Akhirnya, pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diisytiharkan.

British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.

Kesan dari penubuhan negara haram ini ialah, pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis telah bertindak kejam mengusir 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 750,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Inilah yang disebut sebagai Nakbah atau Malapetaka Besar Palestin.

FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
  1. 78% tanah Palestin dirampas.
  2. 750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian.
  3. 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk di Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma.
  4. 426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
  5. 530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan.
  6. 96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab.
  7. 20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948) pasca penubuhan Israel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Monday, April 01, 2019

Kesatuan Eropah Tolak Keputusan Donald Trump Iktiraf Israel Di Bukit Golan

Kesatuan Eropah Tolak Keputusan Donald Trump Iktiraf Israel Di Bukit Golan

Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini.

Bukit Golan bukan milik Israel

Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

"EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB," katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan memastikan kepentingan semua pihak.

Mengulas situasi di Yaman, Mogherini berkata semua pihak bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyokong negara itu bukan sahaja dari segi bantuan kemanusiaan malah membantu ia melaksanakan Perjanjian Stockholm bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis yang dihadapinya.

Menyentuh isu Libya, pegawai EU menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan perpaduan nasional Libya dan institusinya.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.

Sidang Kemuncak Liga Arab Gesa Penubuhan Palestin

Edisi ke-30 sidang kemuncak Liga Arab yang berakhir pada Ahad malam (31/3/2019), menggesa penubuhan negara Palestin dan mengulangi sokongan kuatnya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita China Xinhua.

"Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima untuk meneruskan situasi ketika ini yang menjadikan dunia Arab kepada rantau yang penuh dengan ketegangan dan konflik yang mengancam keselamatan, kestabilan dan pembangunan negara-negara kita," kata Menteri Luar Tunisia Khemaies Jhinaoui ketika menggariskan pernyataan akhir sidang kemuncak itu.

Jhinaoui menyeru masyarakat antarabangsa agar memberikan perlindungan yang diperlukan kepada rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka.

"Kami mengulangi penolakan semua langkah unilateral bagi menukar status perundangan Baitulmaqdis," katanya.

Menteri Tunisia menegaskan bahawa keselamatan dan kestabilan di rantau Arab memerlukan usaha yang lebih intensif bagi menghentikan semua bentuk ketegangan dan konflik serta mengambil inisiatif dalam mempercepat laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara menyeluruh bagi krisis yang dihadapi.

Beliau turut menegaskan bahawa perdamaian mewakili titik mula bagi memperkukuh keselamatan dan kestabilan rantau Arab terhadap gangguan luar.

Juga dalam pernyataan akhir itu, sidang kemuncak tersebut mengesahkan hasrat para pemimpin Arab untuk menyatupadukan Libya serta menjamin kedaulatannya, menolak penyelesaian ketenteraan dan semua bentuk campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

Liga Arab turut menyeru ke arah langkah mempercepat pencapaian satu penyelesaian politik yang menyeluruh menerusi satu proses dialog selaras dengan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengakhiri penderitaan rakyat Libya.

Berkenaan isu Syria, yang dibincang secara serius di sidang kemuncak itu meskipun tanpa kehadiran presiden Syria, pernyataan akhir tersebut mengesahkan kehendak para pemimpin Arab untuk mencapai satu penyelesaian politik bagi menamatkan krisis di Syria dan penderitaan rakyatnya dengan mencapai aspirasi mereka untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat, selain memelihara perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan Syria.

Pernyataan akhir itu menganggap Golan Heights sebagai wilayah Syria yang diduduki, selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB dan Majlis Keselamatan.

Para pemimpin Arab menolak sekeras-kerasnya keputusan AS yang mengiktiraf Golan Heights sebagai wilayah Israel kerana ia merupakan satu pencabulan serius terhadap resolusi antarabangsa dan ancaman kepada kestabilan rantau Arab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, December 07, 2017

Celaka Jerat Zionis Menjajah Baitulmaqdis

Celaka Jerat Zionis Menjajah Baitulmaqdis

Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Celaka Jerat Zionis Menjajah Baitulmaqdis

Bahaya sekali tindakan Donald Trump ini kerana ia mengukuhkan dakwaan bahawa Baitulmaqdis – tempat suci ketiga umat Islam – adalah sememangnya ibu negara Israel seperti mana yang diidam-idamkan Zionis Israel sejak sekian lama selepas menakluknya secara haram melalui siri peperangan dengan negara-negara Arab.

Mengapa Donald Trump berani bertindak sebegini meskipun telah diberi amaran oleh kuasa seperti Turki, Jerman, Perancis dan Kesatuan Eropah?

Langkah kontroversi Donald Trump ini selari dengan lobi kuat pro-Israel dalam kempen pilihan raya presiden AS 2016 antaranya oleh Sheldon Adelson, seorang pemilik kasino Yahudi yang menderma sebesar AS$25 juta kepada kempen Donald Trump.

Adelson bahkan sebenarnya sejak Jun lagi menunjukkan kemarahan kepada Donald Trump kerana menangguhkan rancangan pengalihan kedutaan AS ke Baitulmaqdis ini.

Donald Trump jelas sekali ingin terus menambat hati para pendukung kuatnya dengan memenuhi janji manifesto pilihan raya beliau tentang Baitulmaqdis.

Maka tidak menghairankan apabila Israel menyambut gembira keputusan Donald Trump ini, hingga ke tahap di mana Menteri Naftali Bennett sanggup mengecam Presiden Turki Erdogan yang menentang langkah Donald Trump itu.

Faktor utama yang memudahkan Donald Trump mengambil langkah ini ialah hakikat bahawa negara-negara Arab dilihat semakin bergantung pada AS sama ada dari segi perlindungan ancaman politik, kepentingan ekonomi, mahupun dari segi aset sistem persenjataan. Kesepakatan AS-Arab sewaktu Riyadh Summit 2017 membuktikan hal ini.

Meskipun para pemimpin Arab seperti Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden al-Sisi dari Mesir, dan bahkan Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman turut dilaporkan menzahirkan kebimbangan kesan buruk yang bakal tercetus, namun reaksi mereka tidak seagresif Turki.

Keadaan ini berbeza sama sekali dengan nasib yang diterima Qatar yang serta-merta dipulau secara besar-besaran oleh pakatan Arab kerana kurang akur kepada agenda mereka.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bahkan telah sejak dari awal lagi memberi amaran keras betapa tindakan Donald Trump mengalihkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis bakal memutuskan hubungan diplomatik Turki-Israel.

Erdogan melaungkan bahawa Baitumaqdis adalah ‘garisan merah’ yang sama sekali tidak boleh dicerobohi penjajahan Israel dengan izin Washington.

Perlu diingat, Erdogan pernah menggantung hubungan Turki-Israel selepas peristiwa pembunuhan Mavi Marmara.

Malah, meskipun negara-negara Arab memiliki kerangka pakatan ketenteraan ala Nato Arab, hampir mustahil pakatan itu dijadikan sandaran tekanan apatah lagi dikerahkan untuk melindungi tempat suci ketiga umat Islam itu.

Hal ini sama sekali berbeza dengan nasib yang diterima Yaman yang diserang sejak 2015 kerana menggulingkan Abd Rabu Mansour Hadi yang direstui Arab Saudi.

Mungkin negara-negara Arab masih mengingati bagaimana mereka dikalahkan dengan begitu memalukan oleh Israel yang disokong Amerika dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Ramadan (Yom Kippur) 1973.

Maka, boleh difahami apabila mereka hari ini mengutamakan kekuasaan politik di negara mereka sendiri dengan dibantu modal dari pelaburan Amerika.

Pastinya nasib negara-negara seperti Iran, Korea Utara, Cuba dan Venezuela yang dikenakan sekatan perdagangan dan transaksi antarabangsa ingin dielakkan.

Kuatnya pengaruh lobi Yahudi Zionis dalam pentadbiran AS bukanlah rahsia. Sarjana Profesor John Mearsheimer dari University of Chicago dan Profesor Stephen Walt dari Harvard University telah mengupas secara akademik peranan “gabungan pakatan longgar Yahudi di Amerika” dalam karya mereka “The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy”.

Sarjana Mearsheimer dan Stephen Walt menunjukkan secara jelas bagaimana pertubuhan seperti American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) mencengkam sebahagian besar proses pembuatan keputusan dan dasar utama di Amerika – dari badan eksekutif hinggalah ke badan legislatif seperti Kongres.

Lobi Zionis ini pada hakikatnya bukan sahaja menjadikan Amerika sebagai ‘proksi’ Israel, bahkan bertentangan pula dengan kepentingan nasional Amerika itu sendiri.

Dasar Amerika di Asia Barat ialah antara isu di mana kepentingan Israel bercanggahan pada asasnya dengan kepentingan nasional Amerika.

Dalam pada Amerika terpaksa membiayai pelbagai kelengkapan persenjataan luar biasa Israel, Amerika juga dalam masa yang sama terpaksa turun berperang dan membiayai kempen serangan di Iraq, Afghanistan, Syria, dan juga Libya.

Keadaan yang sama boleh dilihat dalam kes kali ini di mana Donald Trump berani merancang untuk mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya memindahkan kedutaan AS ke sana.

Sama sekali berbeza dengan lobi kumpulan berkepentingan lain, lobi Zionis di Amerika cukup berkesan.

Hal ini disokong kekuatan kewangan yang mereka miliki, disamping hubungan yang cukup mendasar dengan para elit di sana – termasuklah dengan Donald Trump.

Masjid al-Aqsa pula sememangnya seringkali menjadi sasaran agresif Yahudi Zionis kebelakangan ini.

Beberapa bulan sebelum ini, buat pertama kali dalam sejarah sejak 1969, Israel telah berani menghalang umat Islam daripada beribadat di Masjid Al-Aqsa.

Dalam peristiwa itu, tentera Zionis bukan setakat menembak mati tiga warga Palestin yang menentang halangan Israel ini serta mencederakan 140 yang lain, mereka bahkan menembak Imam Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan bekas Mufti Besar Palestin Sheikh Ikrima Sabri selepas solat.

Hakikatnya, Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel pada hari ini 86 peratus berada di bawah kawalan Israel dengan 200,000 penduduk Yahudi yang membuka petempatan haram di atas tanah yang diiktiraf dunia sebagai milik Palestin.

140,000 daripada penduduk Palestin yang sah di Baitulmaqdis sebaliknya dikepung secara kejam oleh tembok haram yang dibina Israel sejak 2002 tanpa akses terus kepada bekalan keperluan harian.

Penderitaan 324,000 warga Palestin di Baitulmaqdis juga tidak boleh disembunyikan. Media utama melaporkan hanya 59 peratus sahaja daripada mereka yang memiliki akses sumber air rasmi, pembangunan infrastruktur yang dihalang, pemaksaan membayar cukai kepada pihak berkuasa Israel, dan seterusnya penangkapan mereka yang tidak berupaya membayar cukai berkenaan.

Ternyata, jerat Zionis yang dipasang sejak sekian lama semakin membuahkan hasil bagi menguasai Baitulmaqdis sepenuhnya.

Bermula dengan proksi Empayar British, seterusnya lobi di Amerika dan kini berjaya pula mengekang kuasa Arab dan menyahstabilkan Asia Barat, Israel semakin hampir bakal diisytiharkan pemilik tanah suci ketiga umat Islam oleh Donald Trump.

Sejauh manakah umat Islam akan bertindak balas? Adakah jalan perang Intifada akan dimulakan kembali atau langkah jangka panjang menjadi pilihan? Ataukah kedua-duanya sekali?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!

sumber: sinarharian

Tuesday, July 25, 2017

Kisah Tentera Berjubah Putih, Bantuan Allah Untuk Palestin

Kisah Tentera Berjubah Putih, Bantuan Allah Untuk Palestin

Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.

Tentera Berjubah Putih
Gambar hiasan.

"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.

Sumpah Sharon

Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.

Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.

Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.

Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.

"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.

"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.

"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.

Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.

Seragam putih

Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'

Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.

Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.

Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemuramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.

"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.

"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.

Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.

Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.

"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.

"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.

"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.

"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.

Al-Quran penyelamat

"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.

"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.

"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.

"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.

Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.

"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.

"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.

"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.

Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.

Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.

"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.

"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

sumber: kosmo

Monday, July 24, 2017

Israel Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Yahudi?

Israel Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Yahudi?

Untuk pertama kalinya dalam sejarah sejak 1969, Israel berani menghalang umat Islam daripada beribadat di Masjid Al-Aqsa, Palestin.

Palestin menentang Yahudi

Lebih dahsyat, tentera Zionis bukan setakat menembak mati tiga warga Palestin yang menentang halangan Israel ini serta mencederakan 140 yang lain, mereka bahkan menembak Imam Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan bekas Mufti Besar Palestin Sheikh Ikrima Sabri selepas solat.

Tragedi terbaru Al-Aqsa ini sebenarnya hanya membuktikan satu perkara, Israel tidak teragak-agak untuk meluaskan penjajahan mereka ke atas Palestin dan Baitulmaqdis setiap kali negara Arab saling bertelingkah sesama sendiri.

Berulang kali dapat kita saksikan pola ini, apabila tentera Syria berundur dari Lubnan, Israel tidak mengambil masa lama untuk melancarkan serangan ke atas Selatan Lubnan dan seterusnya Gaza.

Apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin diboikot negara Arab, terus sahaja Israel menyerang Gaza.

Apabila Presiden Mohammed Mursi dari Ikhwan Muslimin dikudeta tentera Mesir, terus sahaja Israel meningkatkan serangan dan kepungan berkali ganda ke atas Gaza.

Jelas sekali Israel tidak pernah berlengah menyerang Palestin apabila berlakunya krisis antara negara-negara Arab.

Terkini, negara-negara Arab yang sepatutnya dalam proses pembentukan pakatan tentera ala-NATO Arab telah berpecah sesama sendiri dalam kes pemulauan ke atas Qatar.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, dan Bahrain telah memboikot Qatar dan mendesak Doha menghentikan bantuan kepada Hamas yang mempertahankan Palestin daripada dijajah pendudukan haram Yahudi.

Malah, negara-negara Arab ini juga mendesak Qatar menutup pangkalan tentera Turki di negaranya. Langkah ini menunjukkan negara-negara Arab tidak mengambil iktibar akan apa yang Israel mampu lakukan ke atas Palestin setiap kali negara Arab sibuk bercakaran sesama sendiri.

Hal ini cukup mengecewakan kerana negara-negara Arab , termasuklah Qatar yang sudah pun menjalani latihan ketenteraan bersama sewaktu latihan North Thunder 2016 dan mereka telah pun bekerjasama dalam krisis Syria dan Yaman.

Tambahan pula, Arab Saudi baru sahaja memeterai pembelian persenjataan melebihi 100 bilion USD dengan Amerika Syarikat (AS) sewaktu kunjungan presidennya Donald Trump ke Riyadh Summit.

Kesemua persediaan ini sepatutnya dijuruskan ke arah mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan Palestin, bukannya dihalakan ke arah sesama sendiri, apatah lagi ke atas Qatar iaitu sebuah negara yang memiliki potensi ekonomi besar dengan bekalan simpanan gas terbesar dunia.

Lebih mengecewakan, hubungan antara negara Arab dengan Turki turut terjejas akibat peristiwa ini manakala sebahagian negara Islam lain turut berdepan dilema apabila Arab Saudi mengenakan desakan agar mengikut serta tindakan mereka memulau Qatar.

Ternyata pertelingkahan demi pertelingkahan sesama negara Arab ini sangat tidak strategik buat kepentingan umat Islam, khususnya di Palestin yang sentiasa menjadi tumpuan peluasan penjajahan Israel.

Kajian sarjana Patricia A Weitsman dalam karya beliau ‘Waging War: Alliances, Coalitions, and Institutions of Interstate Violence’ terbitan Stanford University Press perlu didalami dalam memahami realiti ini.

Beliau telah mengkaji lima siri peperangan iaitu Perang Teluk Pertama, Perang Kosovo, Perang Afghanistan, Perang Iraq, dan Perang Libya.

Ternyata, banyaknya perjanjian pakatan ketenteraan, tingginya teknologi tentera yang dimiliki, hebatnya latihan ketenteraan yang dijalani, serta besarnya keupayaan ketenteraan yang dimiliki sesebuah pakatan tentera tidak menjamin kelancaran mahupun keberkesanan pakatan tersebut.

Sebaliknya, struktur pembuatan keputusan, imbangan kepentingan negara-negara sekutu dan serantau juga perlu diambil kira.

Demikianlah halnya dengan Arab Saudi yang dilihat kini mengetuai pakatan negara Arab.

Dalam keadaan hari ini, hubungan Arab Saudi yang makin renggang dengan Qatar dan Turki telah melemahkan sama sekali potensi pakatan NATO Arab untuk mempertahankan Palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Negara Arab tidak sepatutnya alpa bahawa Israel telah pun secara haram mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka.

Negara Arab tidak sepatutnya lupa Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Negara Arab juga tidak sepatutnya leka dengan hakikat bahawa Israel berjaya merampas Baitulmaqdis Timur selepas menewaskan pakatan negara Arab pada 1967 hanya dalam tempoh enam hari.

Ketahuilah, segala kekuatan persenjataan moden milik negara-negara Arab pada hari ini, termasuklah Arab Saudi yang baru menandatangani perjanjian perolehan aset dengan AS, ditambah pula dengan kekuatan Turki yang mendapat manfaat daripada penyertaan dalam NATO, tidak bermakna sama sekali selagi darah warga Palestin ditumpahkan secara berterusan manakala bumi Palestin terus dijajah dengan lebih rakus oleh Zionis.

BACA INI JUGA: Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus Dan Baitulmaqdis Ditawan

sumber: sinarharian

Friday, August 26, 2016

Penyokong Celtic Kumpul Duit Derma Untuk Palestin, Dihukum UEFA Kibar Bendera!

Penyokong Celtic Kumpul Duit Derma Untuk Palestin, Dihukum UEFA Kibar Bendera!

Peminat bola sepak sering memperjuangkan idea bahawa politik tak sepatutnya dicampur-adukkan dengan bola sepak. Politik dan bola sepak ibarat air dan minyak. Ia tak boleh bercampur.

Celtic-Palestine-flags

Tetapi ada kalanya bola sepak menjadi platform terbaik untuk menyampaikan mesej politik.

Contoh terbaik adalah seperti apa yang berlaku ketika perlawanan play-off Champions League antara kelab gergasi Scotland, Celtic dengan kelab Israel, Hapoel Beer Sheva di Celtic Park pada 17 Ogos 2016 yang lepas.

Solidariti penyokong Celtic kepada Palestin

Dalam perlawanan yang menyaksikan Celtic menang 5-2 itu, ribuan penyokong Celtic yang diketuai oleh ultras The Green Brigade mengibarkan beribu-ribu bendera Palestin.

Pengibaran bendera Palestin ini merupakan aksi solidariti dan protes penyokong Celtic terhadap pencerobohan wilayah yang dilakukan oleh kerajaan Israel kepada Palestin.

Dan seperti yang sudah dijangka, aksi solidariti penyokong Celtic ini tidak terlepas daripada hukuman UEFA. Menurut UEFA dalam kenyataan rasminya di UEFA.com menjelaskan:

“Hukuman bakal dikenakan kepada Celtic atas kesalahan mempamerkan kain rentang atau bendera yang tak dibenarkan.”

“UEFA melarang sebarang ekspresi mesej politik terutama sekali yang mengundang rasa ofensif kepada pasukan lawan.”

Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong, seperti mengibarkan bendera terlarang dan membakar suar, boleh menyebabkan kelab didenda melebihi £100,000 oleh UEFA.

‘Kesalahan’ mengibarkan bendera Palestin ini bukanlah aksi solidariti pertama dari penyokong Celtic kepada penderitaan rakyat Palestin.

Pada 2014, mereka pernah mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang KR Reykjavik pada Julai 2014.

Akibatnya, Celtic didenda £16,000 oleh UEFA.

Bakal derma kepada Palestin jumlah sama dengan jumlah denda UEFA

Menyedari kelab mereka hampir pasti bakal didenda oleh UEFA kerana mengibarkan bendera Palestin pada 17 Ogos 2016 lepas, penyokong Celtic tampil bersedia.

Kali ini penyokong Celtic merancang untuk mengumpul derma sama banyak dengan amaun denda yang bakal UEFA kenakan kepada kelab mereka sebelum mendermakannya kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Mereka merancang untuk mengumpul derma sebanyak £15,000 dahulu sebelum dibahagi-bahagikan 50/50 kepada:
  • Medical Aid Palestine (MAP) – sebuah badan kebajikan yang membekalkan servis kesihatan dan penjagaan perubatan kepada mangsa konflik dan pencerobohan wilayah di Palestin.
  • Lajee Centre – sebuah pusat bertanggungjawab menawarkan harapan dan medium ekspresi kepada kanak-kanak pelarian Palestin di kem pelarian Aida, Bethlehem melalui program-program kebudayaan dan sukan.

Mengapa £15,000 dahulu? Ini kerana £15,000 merupakan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Celtic pada 2014 selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin.

Jika UEFA mengambil keputusan untuk mendenda Celtic lebih daripada £15,000, penyokong Celtic akan terus mengumpul derma sehingga mencapai amaun sama dengan denda UEFA tersebut.

Sehingga waktu ketika artikel ini ditulis, jumlah kutipan derma mereka di laman web Go Fund Me sudah mencapai jumlah £140,531!

Mengapa penyokong Celtic beria-ia bantu Palestin?

Jika kita lihat dari mata kasar, sosiologi dan teologi, tiada satu aspek persamaan pun antara penyokong Celtic dengan orang Palestin.

Berbeza dengan orang Palestin, penyokong Celtic rata-ratanya merupakan rakyat Scotland berketurunan pendatang bangsa Irish yang beragama Kristian mazhab Roman Katolik.

Untuk menjawab soalan ini dengan tepat, kami ingin berkongsi bait-bait perenggan dari artikel Al-Jazeera ini:

“Ia (motif penyokong Celtic bantu orang Palestin) ada kena-mengena dengan fakta bahawa orang Irish bermazhab Katolik sendiri pernah ditindas selama beberapa generasi di Scotland.”

“Orang Irish yang berfahaman nasionalis sentiasa menyokong gerakan kemerdekaan yang didukung oleh keadilan fakta sejarah.”

“Situasi di Palestin ini adalah contoh klasik kes rampasan tanah daripada penduduk asal. Ia mempunyai banyak persamaan dengan sejarah bangsa Irish.”

UEFA berat sebelah?

Tahniah dan sekalung rasa penghormatan kami berikan kepada penyokong Celtic yang mengibarkan bendera Palestin, menyumbang duit dan mengatur gerakan kebajikan sosial ini.

Kepada UEFA, mereka perlu jelaskan amalan ‘talam dua muka’ atau double standard yang berlaku dalam organisasi anda.

Apabila penyokong Ajax Amsterdam, sebuah kelab yang berasal dari kawasan kejiranan Yahudi di Amsterdam, mengibarkan bendera Israel semegah-megahnya, mengapa tiada denda dikenakan kepada Ajax Amsterdam?

Celtic-Palestine-flags [2]

Mengapa apabila penyokong kelab Celtic mengibarkan bendera Palestin, mereka ‘bersusah-payah’ mahu mendenda Celtic?

Mereka mendenda pengibaran bendera Palestin kerana membawa motif politik. Sedangkan keputusan mereka untuk memasukkan Israel dalam UEFA sendiri merupakan motif politik!

Celtic-Palestine-flags [3]

Maka tak hairanlah ini jawapan yang diberi oleh penyokong Celtic kepada soalan-soalan di atas..

BACA INI JUGA: Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Sumber: Semuanyabola

Wednesday, November 25, 2015

Israel Lulus Undang-undang Penjara Budak 12 Tahun!

Israel Lulus Undang-undang Penjara Budak 12 Tahun!

Kezaliman pengganas Zionis Yahudi berterusan terhadap kanak-kanak Palestin. Selain membunuh kanak-kanak tanpa perikemanusiaan, seolah direstui dunia, kini satu lagi undang-undang baru diperkenalkan.

Pembunuhan Kanak-kanak Palestin [2]
Kanak-kanak Palestin dibunuh pengganas Yahudi.

Sebuah jawatankuasa kehakiman Israel meluluskan satu rang undang-undang yang dikritik hebat pertubuhan hak asasi manusia kerana membenarkan kanak-kanak Palestin seawal umur 12 tahun dipenjarakan.

Diluluskan oleh Jawatankuasa Kementerian untuk Undang-Undang Israel minggu ini, rang undang-undang itu membolehkan Israel memenjarakan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas yang didapati bersalah melakukan kesalahan ‘berunsur nasionalis’ termasuk membunuh, cubaan membunuh, dan membunuh tanpa niat.

Ahmed Manasrah, 13
Ahmed Manasrah, 13, menerima rawatan selepas dipukul tentera pengganas Israel, baru-baru ini.

Bagaimanapun portal Al Jazeera melaporkan, rang undang-undang itu masih perlu diluluskan Parlimen Israel atau Knesset.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, rang undang-undang itu akan memberi kesan kepada kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dirampas pengganas Zionis termasuk penduduk yang tinggal di bandar dan kampung di seluruh wilayah tersebut.

Buat masa ini, kanak-kanak Pa­lestin di Baitulmaqdis Timur tidak boleh dipenjarakan melainkan mereka berusia 14 tahun ke atas.

BACA INI JUGA: Dendam Yahudi dan Nasrani (Kristian) Terhadap Islam

Sumber: Utusan.com.my

Sunday, August 31, 2014

20 Tahun Untuk Pembinaan Semula Gaza

20 Tahun Untuk Pembinaan Semula Gaza

Sebuah organisasi antarabangsa yang menilai proses pembinaan semula Gaza menyatakan, masa 20 tahun diperlukan untuk membina semula kediaman yang musnah dalam peperangan dengan Israel.

Gaza Destroyed by Terrorist

Penilaian tersebut dibuat oleh pertubuhan bantuan antarabangsa, Shelter Cluster yang turut dipengerusikan bersama oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terdahulu, beberapa pegawai Palestin menganggarkan usaha membina semula Gaza menelan kos lebih AS$6 bilion (RM18.9 bilion).

(Baca: Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?)

"Sejumlah 17,000 unit rumah sama ada musnah atau rosak teruk dalam perang terbaharu di Gaza manakala 5,000 unit lagi masih perlu dibaiki akibat kerosakan yang dialami dalam beberapa kempen ketenteraan Israel sebelum ini," menurut Shelter Cluster dalam laporannya.

Kenyataan sama menyebut usaha membina semula Gaza mengambil masa lama ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah Palestin itu pada 2007.

Perang terbaharu di Gaza tercetus yang berlarutan lebih sebulan tercetus selepas Israel melancarkan udara dan darat dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas ke dalam wilayahnya.-Agensi

Thursday, August 28, 2014

Israel Akhirnya Tunduk Tuntutan Hamas

Israel Akhirnya Tunduk Tuntutan Hamas

Walaupun Israel dan Hamas masing-masing mendakwa mereka menang dalam peperangan 50 hari rejim Zionis itu di Gaza yang meragut lebih 2,100 nyawa warga Palestin, kebanyakannya orang awam, penganalisis mengambil pendekatan lebih realistik, malah akhbar Israel, Maariv menganggapnya ‘seri’.

Israel-Kalah
Warga Palestin berhimpun di Gaza meraikan kejayaan Hamas.

Berikut terma dipersetujui yang antara lain melihat kedua-dua pihak bersedia membincangkan isu lebih kompleks termasuk pembebasan tawanan Palestin dan tuntutan Gaza untuk mendapat pelabuhan yang bakal dibincangkan bulan depan.

Langkah segera:

• Hamas dan kumpulan pejuang lain bersetuju menghentikan semua serangan terhadap Israel manakala Israel menghentikan semua keganasan udara dan darat.

• Israel bersetuju membuka sempadan laluan dengan Gaza bagi memudahkan kemasukan barangan termasuk bantuan kemanusiaan dan barangan diperlukan untuk kerja pembaikpulihan.

• Dalam perjanjian dua hala berasingan, Mesir bersetuju membuka sempadannya seluas 14 kilometer di Rafah.

• Pihak Berkuasa Palestin (PA) diketuai Presiden Mahmoud Abbas mengambil alih pentadbiran sempadan Gaza daripada Hamas. Israel dan Mesir berharap ia memastikan senjata dan barangan ‘dwi-kegunaan’ dihalang memasuki Gaza selain pemantauan ketat pengimportan bahan binaan supaya hanya digunakan untuk membaik pulih atau membina kediaman, bukannya terowong.

• PA menyelaraskan pembaikpulihan di Gaza dengan penderma antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU), Qatar, Turki dan Norway.

• Israel mengecilkan zon penampan keselamatan, kawasan yang dilarang untuk orang Palestin di dalam sempadan Gaza iaitu daripada 300 meter (m) menjadi 100m bagi memberi lebih akses ke kawasan pertanian di sempadan.

• Israel meluaskan had penangkapan ikan di pesisiran pantai Gaza kepada 10 kilometer (km) daripada 5km dan tidak menolak kemungkinan diperluaskan lagi kelak.

Israel-Kalah [2]
Pejuang Palestin dijulang oleh penduduk Gaza.

Isu jangka panjang:

• Hamas menuntut pembebasan ratusan tahanan Palestin yang ditahan dalam siasatan penculikan dan pembunuhan tiga pelajar Yahudi Jun lalu - kejadian yang mencetus peperangan itu.

• Fatah menuntut pembebasan tahanan lama dari Palestin yang dijanjikan sebelum rundingan damai PA-Israel gagal sebelum ini.

• Israel menuntut Hamas dan kumpulan pejuang lain menyerahkan semua anggota dan barangan milik askar Israel yang terbunuh.

• Hamas mahukan pelabuhan dibina di Gaza.

• Hamas menuntut diberi dana yang dibekukan PA untuk membolehkan gaji tertunggak sejak tahun lalu dibayar kepada 40,000 anggota polis, pekerja kerajaan dan pentadbiran.

• Israel mahukan Gaza bebas daripada sebarang kegiatan ketenteraan, cadangan yang disokong Amerika Syarikat dan EU.

• Palestin mahukan pembinaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat yang dibuka pada 1998 tetapi ditutup pada 2000 selepas dibom tentera Israel.

Di Gaza, 1.8 juta penduduknya meraikan gencatan senjata itu dengan menganggapnya kemenangan Hamas.

Sumber: Reuters/AFP

-SENTIASAPANAS.COM


Tuesday, August 26, 2014

Mangsa Holocaust Kutuk Kekejaman Pengganas Zionis!

Mangsa Holocaust Kutuk Kekejaman Pengganas Zionis!

Ratusan mangsa Holocaust yang terselamat dan keturunan mereka menandatangani sepucuk surat yang disiarkan sebagai iklan dalam akhbar New York Times bagi mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

Holocaust-Sucks

Mereka juga menggesa orang ramai supaya memboikot sepenuhnya Israel. Menurut surat itu, mereka terdorong melakukan kecaman berkenaan selepas aktivis politik dan profesor Yahudi Elie Wiesel membeli iklan di media massa utama seluruh dunia untuk menuduh Hamas sebagai pembunuh kanak-kanak.

Wiesel juga membandingkan kumpulan pejuang Palestin itu dengan Nazi. Surat ditandatangani 327 Yahudi mangsa Holocaust itu ditaja Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis dan mereka menganggap Elie menodai sejarah untuk menghalalkan serangan Israel ke atas Gaza.

International Jewish Anti-Zionist Network in The New York Times
Keratan iklan disiarkan dalam akhbar The New York Times.[Baca]

Surat itu menyatakan, “Kami meluat dan marah terhadap manipulasi sejarah oleh Elie Wiesel bagi menghalalkan usaha Israel memusnahkan Gaza dan membunuh lebih 2,000 warga Palestin yang kebanyakannya kanak-kanak.

"Tiada apa boleh mewajarkan pengeboman ke atas tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rumah, hospital dan universiti.

"Tiada alasan untuk menyekat bekalan air dan elektrik ke atas Palestin.”

Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis turut menyalahkan Amerika Syarikat kerana membantu Israel dalam operasi di Gaza tindak-tanduk mereka melindungi negara Yahudi itu daripada dikecam.

“Penghapusan bangsa bermula dengan kesenyapan dunia,” kata surat itu.

Surat berkenaan diakhiri dengan gesaan supaya Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan serta-merta serta penegasan supaya kezaliman itu ditamatkan sepenuhnya.-Agensi

Kami takkan berhenti

Sementara itu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, serangan ke atas Gaza akan diteruskan selagi ia dirasakan perlu.

“Operasi ini akan disambung sehingga matlamatnya tercapai.

“Ia mungkin mengambil masa,” katanya.

Dalam serangan udara tentera Israel semalam, dua pemuda Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis ketika pejuang terus melancarkan roket ke negara Yahudi itu.

Kekerapan serangan Israel semalam agak menurun berbanding kelmarin apabila 60 bom menggegarkan Gaza dan mengorbankan 10 penduduk awam, sebuah bangunan 12 tingkat juga runtuh.

Namun tiada tanda menunjukkan serangan akan dihentikan.

Tentera berkata, 20 “sasaran pengganas” di Gaza dibom pagi semalam (waktu tempatan) manakala pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 20 roket atau mortar ke Israel.

Netanyahu berkata, Hamas perlu menanggung akibat daripada perjuangan mereka.

“Saya menyeru semua orang awam meningalkan sebaranag struktur yang menjadi tempat Hamas melakukan aktiviti ke atas kami. Semuanya menjadi sasaran kami,” katanya.-AFP

-Sentiasapanas.com

Holocaust-in-Palestine
Holocaust-in-Palestine [2]
Holocaust-in-Palestine [3]
Holocaust-in-Palestine [4]
Holocaust-in-Palestine [5]
Holocaust-in-Palestine [6]
Holocaust-in-Palestine [7]

Wednesday, August 20, 2014

Kehebatan Briged Al-Qassam Menentang Pengganas Yahudi

Kehebatan Briged Al-Qassam Menentang Pengganas Yahudi

Dengan tekad yang jitu untuk mengecapi syahid di jalan-Nya dan tawakkal yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, anggota-anggota Briged Al-Qassam telah mempamerkan keberanian dan keperwiraan yang menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel.

Komando Darat Al-Qassam

Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis Israel, sekaligus menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka.

Berikut dipaparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dalam aspek keupayaan ketenteraan yang telah dipamerkan sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini:

Keberanian Komando Darat Al-Qassam

Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel adalah akibat operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al-Qassam. Operasi darat Al-Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis dan kemudiannya membunuh tentera penjajah.

Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Komando Al-Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang berjaya mengelirukan musuh.

Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam hanya mengambil masa sekitar 2 minit untuk menyelesaikan misi mereka, cukup untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam terowong.

Mereka juga melaksanakan operasi dengan cermat seperti tidak melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian tentera Israel di kem-kem yang lain.

Antara strategi peperangan Komando Darat Al-Qassam lain yang turut menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh.

Teknologi roket baru R-160 Al-Qassam

Roket R-160 Al-Qassam

Serangan roket Al-Qassam dalam peperangan kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau. Kalau sebelum ini Al-Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al-Qassam berjaya menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km.

Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh helikopter Apache Zionis Israel.

Laporan Al-Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram Israel yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza.

Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel kerana kini tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan roket Al-Qassam. Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Penggunaan Komando Amfibia Al-Qassam

Komando Amfibia Al-Qassam

Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al-Qassam masih berjaya menembusi negara haram Israel melalui jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sama sekali tidak pernah dijangkakan oleh tentera Zionis. Komando Amfibia Al-Qassam berhasil melaksanakan beberapa operasi untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan.

Inovasi roket yang berupaya mengelak sistem pertahanan Iron Dome

Iron Dome vs R160 Al-Qassam

Peperangan kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia. Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga 90%, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40% serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.

Malah pihak Israel sendiri mengakui dalam tempoh 24 jam sewaktu perang, Iron Dome mereka hanya mampu mematahkan 8 daripada hampir 120 roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam.

Situasi ini mencetuskan situasi panik dan huru-hara kepada rejim Zionis Israel apabila Iron Dome milik mereka ternyata tidak dapat menghalang sepenuhnya serangan roket ciptaan Al-Qassam.

Penganalisis tentera Israel sendiri mengakui bahawa inovasi Al-Qassam telah berjaya menghasilkan roket Jaabari 80 dengan teknologi yang mampu mengelak daripada Iron Dome. Pergerakan roket ‪Jaabari 80 secara berayun dan tidak tetap menyebabkan sistem pertahanan Iron Dome gagal untuk menangkis serangan tersebut.

Penghasilan senjata penembak tepat “Ghoul” buatan sendiri

Al-Qassam 'Ghoul'

Al-Qassam juga telah berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat (sniper) yang dinamakan “Ghoul” yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Sedangkan jarak tipikal sebuah sniper rifle biasa hanyalah dalam lingkungan 1 kilometer.

Sniper yang memiliki kaliber 14.5 mm ini diberi nama sempena salah seorang jurutera Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah syahid pada tahun 2004. Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik.

Pelancaran pesawat udara tanpa pemandu

Al-Qassam Drone - Ababil 1

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum.

Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel.

Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan.

Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini.

Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

sumber: peribadirasulullah