Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya.
Rasullulah SAW bersabda, ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang derhaka dan sering berbuat maksiat sering terkeliru dengan pemikirannya dengan merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana kasih Allah dengan perbuatan maksiat yang mereka lakukan.
Masih ada juga orang ragu-ragu kerana kalau untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti mengikuti jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja tapi, hidup mereka biasa-biasa sahaja.
Ada yang hidupnya tetap susah. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidupnya tidak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, banyak wang, hidup kaya dan mewah.
Bila kita bertanya, adakah kamu tidak takut mati? Namun dijawabnya, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya dan takburnya mereka.
Rasullulah SAW yang telah naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar kerajaannya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah pemerintahannya pun tidak sombong! Setampan-tampan Nabi Yusof dan merdunya suara Nabi Daud, namun mereka tidak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasakan Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.”
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, akan cuba hendak melawan Allah SWT.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah telah memberikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sehingga dia berasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah telah membinasakannya.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besarkah pangkat Namrud? Dia begitu sombong terhadap Allah, akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja perlu dipikul oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lebih kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita mengkaji dan berfikir, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ia bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita menolak kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kekayaan yang kita buru, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup adalah untuk mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu mampu menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu apabila dia sentiasa bersyukur diatas nikmatNya.
Dia akan mengunakan hartanya ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya
[Sumber]