Friday, December 23, 2022

9 Mitos Ubat Gigi Ramai Tidak Tahu!

9 Mitos Ubat Gigi Ramai Tidak Tahu!

Terdapat pelbagai jenama dan jenis ubat gigi yang kini berada di pasaran, namun kebanyakan dari kita masih tidak mengetahui kepentingan dan fakta tentang penggunaan ubat gigi.

Ubat gigi sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Mari kita rungkai mitos-mitos yang sering didengar tentang ubat gigi. 

Mitos ubat gigi

1. Semua ubat gigi sama je!

Tidak! 

Kebanyakan pengguna ubat gigi percaya bahawa semua ubat gigi adalah sama. Memandangkan perasa dan bahan-bahan yang terkandung tidak benar-benar menunjukkan perbezaan, maka ramai yang mula percaya formula asas ubat gigi adalah sama. 

Penghasilan ubat gigi sememangnya berkongsi formula yang tidak jauh beza, tetapi terdapat perbezaan besar dalam perumusan ubat gigi yang terhasil sesuai untuk masalah gigi yang tertentu seperti ubat gigi pemutihan dan ubat gigi sensitif.

Rujuk pada pakar gigi untuk mengetahui jenis ubat gigi yang sesuai untuk keperluan anda.

2. Kalau tahu teknik berus, pakai apa pun okay 

Tidak semestinya! 

Teknik memberus gigi sememangnya penting, tetapi ubat gigi juga memainkan peranan penting dalam memastikan gigi dan gusi anda dalam keadaan sihat. Teknik memberus dan pemilihan jenis ubat gigi yang sesuai dapat mengelakkan pengeluaran plak pada gigi sekaligus mengurangkan masalah mulut. Ini kerana, jika anda mempunyai masalah gigi yang tertentu, tidak semua jenis ubat gigi anda boleh gunakan. 

3. Tiada bahan kimia dalam ubat gigi ‘semula jadi’.

Tidak! 

Ubat gigi yang diiklankan mempunyai bahan semua jadi bukanlah bermakna ia benar-benar bebas daripada bahan kimia. Ubat gigi semula jadi selalunya kurang mengandungi bahan kimia terutama sekali bahan kimia tambahan. 

Oleh itu, ubat gigi semula jadi tidaklah menjamin 100% penggunaan bahan bebas kimia.

Apa yang perlu dititik beratkan sebenarnya adalah keselamatan dalam penggunaan ubat gigi yang boleh digunakan tanpa was-was dan tiada sebarang ujian terhadap hidupan seperti haiwan. 

4. Flourida memang ada dalam semua ubat gigi kan?

Tidak semua ubat gigi mengandungi flourida

Flourida merupakan salah satu elemen penting dalam penghasilan ubat gigi yang membantu dalam mencegah penularan plak serta menguatkan gigi. 

Tetapi tidak bermakna ubat gigi tanpa flourida adalah ubat gigi tidak berkualiti.

Ubat gigi tanpa flourida selalunya mengandungi kandungan semula jadi seperti silika hidrat yang mencegah penghasilan plak, kotoran dan juga bakteria secara lembut dan selamat. 

5. Beli ubat gigi mahal lah lagi baik

Tidak semestinya! 

Untuk menghasilkan ubat gigi yang terbaik dan mampu menyelesaikan segala masalah mulut bukanlah perkara yang mudah dan ia memakan masa dan juga agak mahal.

Penggunaan bahan yang digunakan untuk ubat gigi premium juga agak berkualiti tinggi yang menyebabkan harganya bukanlah di dalam kategori mampu milik. 

Walau bagaimanapun, harga dan cara penghasilan tidak menjamin keberkesanan sesuatu produk.

Penjagaan kesihatan mulut adalah satu tuntutan dalam mengekalkan kesihatan diri. Jika anda tidak mempunyai masalah gigi atau mulut yang serius, terdapat ubat gigi yang jauh lebih murah dan mampu milik tetapi mempunyai kualiti yang baik serta selamat digunakan.

6. Lebih banyak, lebih bersih

Mungkin, tapi masalah lain akan timbul. 

Menurut kebanyakan pakar gigi, kuantiti penggunaan ubat gigi yang sebaiknya adalah berukuran sebesar kacang tanah.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang menggunakan ubat gigi dalam kuantiti yang banyak kerana kepercayaan logik bahawa lebih banyak penggunaan, lebih menjamin keberkesanan. 

Hakikatnya, menggunakan terlalu banyak pes berpotensi meningkatkan kemungkinan pelbagai sisa tertinggal di dalam mulut anda selepas dibilas.

Jenis sisa yang boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan apabila ia kekal dalam jangka panjang.

Oleh itu, menggunakan terlalu banyak ubat gigi hanyalah satu pembaziran wang dan tidak merugikan kesihatan mulut anda.

7. Gosok lebih, kebersihan terjamin

Jangan!

Memberus dengan kuat tidak menjadikan gigi anda lebih bersih. Malah, terlalu banyak tekanan pada gusi boleh merosakkan enamel anda dan menyebabkan pereputan dengan lebih mudah.

Inilah sebabnya berus gigi yang lembut lebih disyorkan. Walau bagaimanapun, terdapat berus gigi di pasaran yang berfungsi dalam mengurangkan tekanan ketika memberus. 

8. Kanak-kanak boleh guna ubat gigi dewasa kan?

Mungkin, tetapi bergantung kepada usia kanak-kanak tersebut. 

Cara penjagaan gigi orang dewasa dan kanak-kanak adalah sangat berbeza. Ubat gigi dewasa yang tertentu boleh digunakan kanak-kanak pada usia tertentu.

Namun, ubat gigi khusus buat kanak-kanak yang masih kecil telah dirumuskan atas sebab tertentu yang disyorkan para doktor.

Ubat gigi kanak-kanak direka dengan perasa dan warna yang menarik bertujuan untuk menjadikan proses memberus gigi mereka lebih mudah dan nyaman serta mengurangkan risiko jika pes ubat gigi tersebut ditelan kerana pesnya lebih selamat. 

9. Kalau pandai jaga, tak perlu pergi jumpa doktor gigi kan?

Salah tu, kena jumpa juga!

Penjagaan mulut dengan teknik dan barangan yang sesuai pada setiap hari amatlah penting, tetapi ia tidak mengecualikan anda daripada melakukan pemeriksaan gigi oleh doktor.

Terdapat bahan asas di dalam ubat gigi yang membantu dalam pengurangan pembentukan plak atau tartar, tetapi ia hanya memelihara pada bahagian luar gusi dan permukaan atas gusi.

Setiap pemakanan yang kita ambil juga mendorong kepada masalah gigi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Oleh itu, sentiasa dapatkan pemeriksaan pakar bagi mengetahui masalah gigi yang mungkin anda alami dan terapkan penjagaan gigi yang disyorkan doktor gigi anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, January 18, 2017

5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

“Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je. Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit..”

Lesung Pipit
Gambar hiasan.

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang istimewa.

Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Di sebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.

2. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara 'added value' yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau 'mood' anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!

3. Kelihatan lebih muda

Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

4. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

5. Ramai selebriti jadi lebih popular

Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Kerana itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut!

BACA INI JUGA: Lesung Pipit, Kecantikan Akibat Kecacatan Gen!

Sumber: mynewshub

Tuesday, January 03, 2017

10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

Dunia sememangnya dipenuhi dengan pelbagai perkara pelik dan aneh yang adakalanya sukar diterima logik akal.

Namun, itulah yang menjadikan sesuatu perkara itu unik dengan ‘jalan cerita’ yang belum diketahui kebanyakan orang.

Berikut kami kongsikan 10 fakta yang mungkin menjadikan anda seorang yang lebih berpengetahuan dan pada masa yang sama seorang yang agak pelik. Selamat membaca!

1. Mesin layan diri lebih bahaya daripada ikan jerung

Mesin layan diri

Mesin layan diri (vending machine) yang kebiasaanya menjual minuman bertin bukan sesuatu perkara yang asing.

Pengguna boleh membeli makanan, panas, payung, rokok, gajet, waima seluar dalam juga dari mesin layan diri ini.

Namun tahukah anda, pada tahun 1978 sehingga 1995 di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan seramai 37 orang telah terbunuh disebabkan kegagalan fungsi mesin ini, menjadikan kadar purata kematian 2.18 setiap tahun, iaitu kadar yang lebih tinggi daripada jumlah serangan ikan jerung.

2. Cip procesor kalkulator saintifik

Cip procesor

Lihat sahaja kalkulator yang sering digunakan untuk memudahkan pelajar di sekolah ini, bagaimana sekiranya kami memberitahu bahawa kalkulator ini mempunyai enam kali lebih berkuasa daripada komputer yang digunakan ketika roket Apollo 11 mendarat di bulan? Gila!

3. Manusia menyalin kulit

kulit

Mungkin perkara ini hanyalah desas desus sahaja, namun ‘khabar angin’ ini adakalanya benar dari segi saintifik.

Secara purata sel-sel kulit manusia yang tua dan mati akan jatuh ke tanah sebanyak 18 kilogram kulit seumur hidup!

4. Manusia kidal dan risiko kematian lebih tinggi?

Kidal

Dikatakan lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

Mungkin desas-desus mengenai statistik kematian adalah kurang tepat namun apa yang pasti, barangan yang dicipta untuk pengguna tangan kanan akan menjadi lima kali lebih berbahaya sekiranya digunakan pengguna kidal.

5. Badan manusia dewasa menghasilkan bakteria

Bakteria

Tubuh seorang manusia dewasa secara puratanya akan menghasilkan kira-kira 1 hingga 4 kilogram bakteria.

Cuba anda bayangkan sekiranya anda boleh mengecilkan badan sehingga ke saiz mikroskopik dan lihat di kawasan kulit badan anda, pastinya begitu terkejut dengan jumlah kuman yang terdapat.

6. Tapak sulaiman sama seperti cicak

Tapak sulaiman

Jika ekor cicak putus, anggota yang hilang ini dapat dihasilkan semula daripada tubuhnya yang masih hidup.

Hidupan laut seperti tapak sulaiman juga dapat menumbuhkan semula anggotanya yang putus.

Seperti cicak, tapak sulaiman menanggalkan tangannya untuk melarikan diri daripada pemangsa.

7. Semut lebih dominan berbanding manusia?

Semut

Nisbah antara bilangan manusia di dunia dengan serangga semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia.

Apa yang lebih menarik adalah serangga semut merupakan antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya, berbanding manusia.

8. Dinasour Velociraptors hanya sebesar ayam

Velociraptors

Pasti ramai yang menyaksikan watak dinasour ini di dalam filem Jurassic Park yang buas berlari mengejar mangsa yang terdiri daripada haiwan kecil, namun hakikat yang sebanarnya adalah saiz sebenar dinousour ini hanyalah sebesar ayam.

9. Janis Joplin yang dikenali ‘Generous’ Janis

Janis Joplin

Kematian legenda penyanyi country Amerika Syarikat ini berkait rapat dengan ‘Sumpahan 27’ yang turut dikaitkan dengan kematian penyanyi Jim Morrisson, Jimmy Hendrix, Kurt Cobain dan ramai lagi sewaktu usianya mencecah 27 tahun.

Janis sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menghulurkan AS$2,500 kepada rakannya dengan mengatakan ‘buatlah satu majlis penghormatan’ dengan menggunakan duit yang diberikan kepada rakannya itu.

10. Efek ‘ubi kentang’

Ubi kentang

Mungkin kedengaran agak kelakar namun disebabkan ubi kentang, populasi penduduk di Ireland pada tahun 1845 telah menurun sehingga menyebabkan ribuan rakyatnya mati disebabkan memakan tanaman ini.

Insiden Kebuluran Ireland 1845 berlaku disebabkan oleh kebergantungan yang tinggi terhadap ubi kentang sebagai sumber makanan utama.

Apabila ubi kentang tidak dapat dihasilkan dengan banyak disebabkan oleh serangan ‘penyakit ubi kentang’, maka ramai penduduk yang tidak mendapat makanan.

Ini berlarutan sehingga kes kebuluran yang serius dan akhirnya mengakibatkan jumlah kematian meningkat.

BACA INI JUGA: Cara Aneh Dan Pelik Untuk Kelihatan Cantik

Sumber: mynewshub

Friday, March 04, 2016

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

Sudah terbukti, wanita mempunyai 'kuasa' untuk membuatkan lelaki menjadi dungu.

Women makes men stupid

Dalam satu eksperimen oleh saintis Belanda, lelaki didapati menunjukkan pencapaian paling teruk dalam ujian fungsi kognitif bila terdapat seorang wanita atau bila diberitahu bahawa terdapat seorang wanita dibilik sebelah.

Memandangkan lelaki secara semulajadinya sentiasa mencari peluang 'mengawan' untuk meneruskan spesisnya, respon pantas ini nampaknya menggangu kuasa mental mereka.

Bahagian paling menarik?

Lelaki tidak mampu memberi kesan yang sama pun kepada wanita!

BACA INI JUGA: Kisah Takut Bini Yang Lucu

Women makes men stupid [2]

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, July 22, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #21

Info Fakta Menarik Dunia #21

Bertemu lagi dalam ruangan info fakta menarik dunia. Minggu ini SentiasaPanas akan membawakan beberapa lagi info menarik kepada anda mengenai informasi yang berlaku disekeliling kita dan diserata dunia.

1. Antartika


Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktirafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu diketahui umum pada tahun 1955 apabila buku log kapalnya dijumpai dan diteliti.

2. A-Z


Ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog', menggunakan setiap huruf dari abjad A hingga z.

3. Bunuh Diri


Pada tahun 1800-an, jika ada orang yang gagal membunuh diri, mereka harus menghadapi hukuman mati.

4. Cermin Mata


Manusia telah menggunakan kaca mata sejak 700 tahun dahulu.

5. Traffic Light


Lampu lalu-lintas telah digunakan sebelum penemuan kereta.

6. Ketawa


Seorang yang normal akan tertawa lima kali sehari.

7. Kicap


Kicap sebelum ini dijual sebagai ubat.

8. Negara Kanada


Kanada dalam bahasa India bererti 'Desa Besar'.

9. Ikan Emas


Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

10. Pembuat Peta


Seni membuat peta telah wujud lebih awal daripada seni tulisan.

11. Pengguna Peta Terawal


Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali.

12. Peta Tertua


Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babylon bertarikh 2500 SM.

13. Monyet


Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan.

Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

14. Lempeng Batu


Pada zaman Mesir kuno, lempeng batu digunakan sebagai bantal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, July 15, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #20

Info Fakta Menarik Dunia #20

Selamat berpuasa diucapkan kepada pembaca yang beragama Islam. Bertemu lagi dalam ruangan info fakta menarik dunia. Minggu ini SentiasaPanas akan membawakan kepada anda beberapa lagi info fakta menarik yang berlaku disekeliling kita dan diserata dunia.

1. Kerlipan Mata


Kerlipan mata diumpamakan seperti wiper cermin kereta. Setiap kerlipan akan membawa dan meratakan air keseluruh permukaan mata.

2. Negara Paling Banyak Telefon Bimbit


Hanya di Taiwan dan Luxembourg yang mana jumlah telefon bimbitnya melebihi jumlah penduduknya.

3. Sumber Air Terbanyak


Negara Kanada mempunyai sumber air terbanyak berbanding mana-mana negara di dunia.

4. Negara Paling Taksub Tonton Wayang


Orang-orang India akan keluar untuk menonton wayang sebanyak 3 bilion kali bagi setiap tahun.

5. Pembedahan Plastik


Negara yang paling banyak melakukan prosedur pembedahan plastik ialah Amerika Syarikat dan diikuti seterusnya oleh Mexico.

6. Demokrasi


Daripada lapan buah negara yang terkandung dalam nama negaranya perkataan 'Demokratik', tiga buah daripadanya ialah sebenarnya negara yang mengamalkan konsep diktator iaitu Korea Utara, Laos dan Congo.

7. Nepal


Bendera negara Nepal tidak berbentuk segiempat tepat ataupun segi empat sama sebaliknya ialah dua buah segitiga.

8. Chernobyl


Sehingga hari ini, debu tanah daripada Chernobyl masih lagi mengandungi sinaran radioaktif. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dikalangan saintis kerana debu halus ini boleh mengancam nyawa penduduk dunia.

Setakat ini, belum ada satu pun kaedah yang berjaya dicipta untuk membuang radiasi pada debu tanah yang terdapat di bumi Chernobyl.

9. Nauru


Di Nauru, hampir 90 peratus penduduknya mempunyai berat badan yang berlebihan. Di percayai makanan ala barat yang diambil penduduknya menyebabkan masyarakat di kepulauan berkenaan menghadapi masalah obesiti.

Selain itu, budaya masyarakat ini yang memandang tinggi individu yang bersaiz besar juga menyebabkan wabak obesiti melanda negara kepulauan itu.

10. Mongolia


Dianggarkan di Mongolia, kepadatan penduduknya ialah empat orang untuk satu batu persegi. Keadaan itu menjadikan Mongolia sebagai negara paling kurang padat didunia.

11. Penduduk Paling Padat Di Dunia


Mong Kok, sebuah daerah di Hong Kong didiami oleh 340 ribu orang bagi setiap sebatu persegi. Keadaan itu menyebabkan Mong Kok menjadi kawasan paling sibuk dan padat di dunia.

12. Ulat Bulu


The Stinging Rose Caterpillar merupakan ulat bulu paling lucu. Ini kerana tubuhnya menyerupai kek lapis kerana berwarna-warni - merah, oren, kuning, hijau dan ungu. Mempunyai kepanjangan badan kurang daripada satu inci.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, July 08, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #19

Info Fakta Menarik Dunia #19

Bertemu lagi dalam ruangan info fakta menarik dunia. Minggu ini SentiasaPanas akan membawakan kepada anda beberapa lagi info fakta menarik yang berlaku disekeliling kita dan diserata dunia. Selamat membaca.

1. Negara Pemilik Kereta Terbanyak


Di Jerman dan Itali, bagi setiap sesaat yang berlalu, seorang daripada rakyatnya akan memiliki sebuah kereta.

2. Cukai Termahal


Orang-orang di Jerman, Belgium, Hungry dan Sweden terpaksa memperuntukkan separuh daripada gaji mereka untuk membayar cukai.

3. Manusia dan Air Mata


Manusia adalah satu-satunya makhluk menghasilkan air mata emosi.

4. Jalan Raya Terpendek


Pulau Pitcairn mempunyai sistem jalanraya yang paling pendek didunia dengan mempunyai hanya 6.4 kilometer 'jalanraya' malahan talian telefon mereka juga adalah yang keempat paling sikit didunia.

5. Atlet Finland


Orang-orang Finland mungkin merupakan atlet terbaik dunia kerana berada pada ranking yang pertama mengikut medal per kapita bagi olimpik musim panas dan tempat ketiga untuk olimpik musim sejuk.

6. Bandar Termoden


Bandar-bandar atau negara yang sepenuhnya moden ialah seperti Guadeloupe, Nauru, Monaco, Singapura, Gibraltar dan Bermuda.

7. Rumah Orang Tua


Rakyat dari Belanda atau Sweden mempunyai peluang yang paling tinggi untuk menghabiskan masa dirumah orang tua manakala rakyat Jepun pula berkemungkinan menghabiskan masa tua di rumah anak-anak mereka.

8. Pekerja Paling Ramai


Tenaga kerja di China dianggarkan berjumlah 706 juta orang iaitu hampir tiga kali ganda jumlah tenaga kerja yang berada di Eropah dan dua kali lebih besar walaupun tenaga kerja di Amerika Utara dan Amerika Selatan digabungkan.

9. Pulau Falkland


Di Pulau Falkland, mereka mempunyai tenaga kerja yang penuh iaitu tiada pengangguran dan kekurangan pekerja.

10. Rakyat Paling Gembira


Iceland diisyhtiharkan sebagai negara yang paling gembira.

11. Negara 'Malas' Guna Internet


Bagi setiap setiap 10 orang penduduk Belanda, 9 orang daripadanya tidak menggunakan internet.

12. Ulat Bulu Paling Kuat Makan


Cinnabar Moth Caterpillar merupakan ulat bulu daripada spesis yang kuat makan. Ia akan memakan ulat bulu lain jika kehabisan bahan makanan. Dan jangan sesekali menyentuhnya kerana badan anda akan berasa gatal-gatal dan ruam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com