Friday, March 29, 2013

Jamalul Kiram III Tiada Darah Raja!

Jamalul Kiram III Tiada Darah Raja!

“Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.


“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.

“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).

“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.

“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

-Hmetro

Wednesday, March 13, 2013

Bomoh Bongkar Rahsia Kekebalan Pengganas Suluk

Bomoh Bongkar Rahsia Kekebalan Pengganas Suluk

Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.


Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.

Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.

Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari dan setiap hari, mantera khas akan dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah sambil berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".

Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.

"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang baru bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

"Ketika ular berada pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."

[Sumber]

Monday, March 11, 2013

Seorang Lagi Pengganas Mengaku Sultan Sulu!

Seorang Lagi Pengganas Mengaku Sultan Sulu!

Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.


Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam.

Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012.

Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza.

Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

-Philippines Daily Inquirer

Wednesday, March 06, 2013

Keturunan Sultan Kiram Pernah Menjadi Tali Barut Amerika

Keturunan Sultan Kiram Pernah Menjadi Tali Barut Amerika

Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).


Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I.

[Sumber]

Bagaimana Bermulanya Sejarah Kaum Suluk (Tausug)?

Bagaimana Bermulanya Sejarah Kaum Suluk (Tausug)?

Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan.

Tausug

Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu".

Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.

Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluknya dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu.

Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab.

Pulau Tambisan telah melahirkan pemimpin yang di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau).

Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.

Kaum Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini.

Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya.

Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao.

Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar.

Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha, nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan.

Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

BACA INI JUGA: Jamalul Kiram III Khianati Bangsa Tausug?

Sumber: Wikipedia

Asal-usul Istilah Kaum Suluk (Tausug)

Asal-usul Istilah Kaum Suluk (Tausug)

Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut.

Tausug

Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara.

Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan.

Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.

Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus. Justeru itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang sulog ataupun orang arus.

Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanau) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus.

Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau arus.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani".

Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu.

Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Sepanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Suluk. Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk.

Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan Suluk itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari kata Sulog (disebut Sul-og) yang bererti ARUS.

Orang-orang pelaut dari Johor (Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ), orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan )dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).

Suku bangsa gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa suluk yang ertinya ORANG ARUS).

Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan SULUK akibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini.

Istilah SULOG juga akhirnya bertukar ke istilah SULUKapabila perkataan Sulog itu dimelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang menggunakan bahasa Melayu Brunei.

Justeru itulah semua suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau.

Orang-orang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK. Kata SUK berasal dari kata SUD dalam istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK. SUK pula berasal dari perkatan MASUK dari bahasa Melayu.

Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK.

Ketiga: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara.

Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu.

Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Seorang khalik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt.

Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.

Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:

“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.

BACA INI JUGA: Bangsa Yakjuj dan Makjuj Yang Tinggal Diantara Dua Pergunungan

Sumber: Wikipedia

Tuesday, March 05, 2013

Akaun Facebook Dedah Konspirasi Lahad Datu Lebih Awal

Akaun Facebook Dedah Konspirasi Lahad Datu Lebih Awal

Satu akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.


Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:
  1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.
  2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.
  3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.

Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: "MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia... kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13".

[Sumber]