Monday, April 30, 2018

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia 2018

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia 2018

Demokrasi adalah sebuah sistem kerajaan oleh seluruh penduduk atau semua ahli negara yang layak yang biasanya melalui wakil yang dipilih.

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia

Sesebuah negara itu dikatakan mengamalkan demokrasi jika mempunyai 4 elemen ini:

1. Sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

2. Penyertaan aktif rakyat, sebagai warganegara, dalam politik dan kehidupan sivik.

3. Perlindungan hak asasi semua warganegara.

4. Peraturan undang-undang, di mana undang-undang dan prosedur berlaku sama rata kepada semua warganegara.

Menurut Indeks Demokrasi pada tahun 2017, Malaysia memperoleh skor 6.54 daripada 10 mata dan berada di tangga ke-59 daripada 167 negara paling demokratik di bawah negara seperti Indonesia, India dan Taiwan.

Jumlah skor yang diperoleh Malaysia merupakan purata kepada 5 elemen penting demokrasi:

1. Proses pemilihan dan pluralisme: 6.92/10

2. Kefungsian kerajaan: 7.14/10

3. Penyertaan politik: 6.11/10

4. Budaya politik: 6.25/10

5. Kebebasan awam: 7.06/10

Dan seperti yang anda jangka, negara paling tidak demokratik di dunia, adalah Korea Utara, dengan skor elemen proses pemilihan dan kebebasan awam adalah 0.

Dengan itu, kami ingin kongsikan 5 negara paling demokratik di dunia.

1. Norway

Norway adalah sebuah negara yang sangat cantik, kaya, gembira dan dipenuhi dengan penduduk yang baik dan menarik.

Komitmen Norway terhadap demokrasi datang dalam pelbagai bentuk tetapi jelas untuk dilihat dalam semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh, pendaftaran mengundi adalah automatik yang mana sangat berguna kerana keperluan pendaftaran yang sukar adalah faktor utama mengapa anda sentiasa mendengar orang menuduh negara-negara tertentu seperti Amerika Syarikat sebagai tidak adil dalam hak mengundi dan pilihan raya.

Juga kadar penyertaan politik oleh rakyat Norway tersangat tinggi, bermakna orang lebih suka keluar mengundi daripada menghabiskan waktu petang di rumah.

Ia juga menunjukkan rakyat yakin dengan sistem demokrasi negara kerana mereka tahu pilihan mereka mampu mengubah kerajaan Norway.

2. Iceland

Jika dilihat dari atas kertas, Iceland dikatakan tidak boleh berfungsi sebagai sebuah negara.

Ia merupakan sebuah tanah beku yang bersaiz kira-kira sebesar England, dan tempat meletusnya gunung berapi.

Namun, Iceland bukan sahaja mampu berfungsi sebagai sebuah negara, tetapi negara ke-2 terbaik dari segi demokrasi di dunia.

Seperti kebanyakan negara Nordik, Iceland mempunyai komitmen panjang terhadap kesaksamaan dalam melayan semua orang, tidak mengira parti mana yang anda undi.

Wanita diwakili dengan baik dalam politik, kebanyakan rakyatnya terlibat dalam demokrasi negara dan kebebasan dijamin oleh undang-undang.

Namun, dua skandal kes Panama Papers (kebocoran 11.5 juta fail maklumat dari pangkalan data firma undang-undang keempat terbesar di dunia) dan perjanjian rahsia mengampunkan pedofil telah menyebabkan Perdana Menteri, atau kerajaan Iceland runtuh beberapa yang lalu.

3. Sweden

Bermula dari tangga ke-1 hingga ketiga, semua adalah negara Nordik.

Negara Eropah sangat komited dalam menegakkan prinsip-prinsip demokrasi seperti yang diharapkan.

Walaupun begitu, kedudukan ini sedikit jatuh berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2006, Sweden berada di kedudukan pertama di dunia.

Menariknya, walaupun sangat demokratik, Sweden juga merupakan negara di mana berlakunya korupsi berkenaan penyiasatan yang dilakukan dengan cuai dalam sejarah.

Pada tahun 1986, Perdana Menteri ketika itu Olof Palme ditembak mati ketika keluar daripada sebuah teater dan pelakunya tidak diketahui sehingga hari ini.

Teori konspirasi yang berterusan mendakwa pihak polis yang lambat memberikan respon dan lambat memulakan siasatan, terlibat sama.

Jika ia terbukti benar, mungkin Sweden tak layak berada dalam senarai ini.

4. New Zealand

New Zealand sangat komited terhadap kebebasan, sehinggakan ia membuatkan Denmark kelihatan seperti penjara.

Malah, New Zealand sebenarnya menduduki kedudukan antara yang terbaik sebagai negara paling bebas di dunia.

Antaranya termasuklah toleransi terhadap golongan homoseksual, negara yang memberikan hak mengundi kepada wanita paling awal di dunia, tidak pernah menindas penduduk pribumi ketika mana negara lain memaksa kumpulan etnik untuk keluar daripada tanah mereka.

Berkenaan dengan demokrasi yang lebih praktikal, kerajaan New Zeland berfungsi dengan sangat baik, golongan minoriti diwakili dan pemimpin tertingginya adalah wanita (Jacinda Ardern), menunjukkan betapa efisyen dan telusnya kerajaan negara ini.

5. Denmark

Entah mengapa setiap kali ada senarai mengenai negara dengan perkara yang baik, Denmark pasti akan tersenarai.

Denmark merupakan antara negara paling gembira di dunia, antara negara mempunyai kebajikan terbaik, dan peneraju dari segi tenaga hijau.

Dan sudah tentunya, antara negara yang paling demokrasi di dunia.

Kebebasan individu adalah komponen teras undang-undang dan masyarakat di Denmark dan segala perkara di Denmark mencerminkan undang-undang ini.

Orang Denmark mentafsirkan perkara ini sedikit berbeza dengan negara-negara lain, iaitu kebajikan yang sangat murah hati.

Namun, di peringkat individu, konsep terasnya tetap sama.

Denmark juga mencatatkan prestasi yang tersangat baik dari segi keseimbangan jantina di tempat kerja dan kehidupan politik yang memperlihatkan ketelusan kerajaan Denmark.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, September 11, 2014

Informasi Top 5

Informasi Top 5

Top 5
Bertemu pula kita di ruangan yang memaparkan informasi berkaitan dengan keyword Top 5.

Ruangan ini diwujudkan khusus buat para pembaca blog SP bagi memudahkan pencarian info-info dan maklumat mengenai artikel Top 5.

Semoga pembaca sekalian menjenguk selalu ruangan Top 5 ini..:)

  1. 5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS
  2. Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui
  3. Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud
  4. Top 5 Pen Paling Mahal Di Dunia!
  5. Top 5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia
  6. Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia
  7. Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik
  8. Top 5 Kerugian Termahal Dunia Atas Kesilapan Manusia
  9. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [5]
  10. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [4]
  11. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [3]
  12. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [2]
  13. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai
  14. Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia
  15. Top 5 Tiang Bendera Paling Tinggi Di Dunia
  16. Top 5 Blog Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia
  17. Top 5 Bandar-bandar Asia Yang Bakal Tenggelam
  18. Top 5 Pemimpin Kejam Paling Dibenci Dunia
  19. Top 5 Fakta Yang Sebenarnya Tidak Tepat
  20. Top 5 Makanan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia
  21. Top 5 Lukisan Lucah Termahal Didunia
  22. Top 5 Pantai Paling Merbahaya Di Dunia
  23. Top 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Dunia
  24. Top 5 Haiwan Darat Yang Paling Berbisa
  25. Top 5 Haiwan Laut Yang Paling Berbisa
  26. Top 5 Rumah Paling Mahal Di Dunia
  27. Top 5 Hibrid Tablet + Laptop Terbaik 2012
  28. Top 5 Tablet Terbaik 2012
  29. Top 5 Smartphone Terbaik 2012
  30. Top 5 PC Games Terbaik 2012