Thursday, June 02, 2022

Amber Heard Penipu, Johnny Depp Menang Saman Fitnah!

Amber Heard Penipu, Johnny Depp Menang Saman Fitnah!

Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58, terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, juri yang bersidang di Mahkamah Circuit, Fairfax Country, Virginia, memutuskan bahawa pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Johnny Depp Menang Saman Fitnah

Juri memutuskan Johnny Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.

Jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Amber Heard pada tahun 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.

Juri juga membuat keputusan Amber Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

Juri memihak kepada Amber Heard dalam satu tuntutan balasnya kepada Johnny Depp dan mengarahkannya membayar bekas isterinya itu AS$2 juta (kira-kira RM8.78 juta).

Pasangan ini bertemu pada tahun 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary, sebelum berkahwin pada Februari 2015.

Bagaimanapun, mereka disahkan berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian.

Saman Fitnah

Sebelum ini, Johnny Depp memfailkan saman fitnah terhadap Amber Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Amber Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami 'penderaan serta keganasan fizikal' daripada Johnny Depp.

Dalam keterangan kepada mahkamah, Johnny Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) selepas keputusan itu, Johnny Depp meraikan kejayaan memenangi kes saman malu tersebut.

"Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.

"Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.

"Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, juri beri kehidupan saya semula. Saya sangat rendah diri," katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.

Melalui kenyataan penuh emosi itu, Johnny Depp berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.

Johnny Depp berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk kumpulan peguam yang melakukan tugas terbaik membantunya menegakkan kebenaran.

Amber Heard Tukang Fitnah

Sementara itu, dalam kenyataannya, Amber Heard meluahkan rasa kecewa dengan keputusan juri.

"Kekecewaan yang saya rasakan hari ini tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Saya patah hati. Semua bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Saya lebih kecewa dengan impak keputusan juri ini terhadap wanita. Ini suatu 'setback' (langkah berundur) apabila wanita yang menegakkan hak namun akhirnya dimalukan.

"Ini suatu 'setback' apabila keganasan terhadap wanita tidak diberi perhatian serius.

"Saya sedih tewas kes ini. Tetapi saya lebih sedih apabila saya hilang hak yang saya fikir ada sebagai rakyat Amerika Syarikat (AS)," katanya.

TIADA PIHAK YANG MENANG

Amber Heard Liar

Kehidupan Johnny Depp dan Amber Heard tiada lagi privasi apabila kisah mereka seolah-olah 'ditelanjangkan' sepanjang prosiding berlangsung di Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Lebih-lebih lagi apabila perbicaraan disaksikan secara langsung di seluruh dunia melalui penstriman.

Agensi berita CNN menemuramah beberapa pakar dan pemerhati industri hiburan dengan masing-masing memberi pendapat sendiri sejauh mana prosiding itu memberi kesan kepada kerjaya Johnny Depp dan Amber Heard.

Seorang 'publicist' yang enggan mendedahkan nama memberitahu, Johnny Depp mendapat sokongan padu peminat dalam media sosial terutama di platform TikTok.

Individu terbabit yang dilaporkan sudah lama mengenali Johnny Depp memberitahu, sokongan peminat sedikit sebanyak membantu Johnny Depp melangkah ke hadapan.

"Saya tidak pasti dan tidak dapat jangka apa yang membuatkan Johnny Depp nekad (mengemukakan saman fitnah). Saya percaya prosiding itu dapat membantu menaikkan semula imejnya di mata orang awam," katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, karier seni Johnny Depp agak merudum dikatakan berpunca sikap dan disiplinnya.

Johnny Depp juga dikatakan boros dan sering lewat tiba di lokasi.

Seorang lagi 'publicist' terkemuka Hollywood berpendapat baik, Johnny Depp mahupun Amber Heard, masing-masing tidak bernasib baik.

"Kedua-duanya bersalah. Wang adalah toksik dan sifat tamak boleh memusnahkan seseorang. Tiada siapa antara mereka akan menang dalam kes ini," katanya.

Ejen hiburan, Darryl Marshak, pula dipetik berkata penerbit filem mungkin keberatan mengambil pelakon yang terpalit dengan kontroversi berikutan kisah mereka terlalu menjadi perhatian umum.

"Hollywood adalah tempat pelik. Apabila anda mempamerkan keburukan, semua orang yang terbabit di dalamnya akan cuba berundur daripada api yang panas," katanya.

Bagaimanapun, Marshak dilaporkan berkata, dia yakin bakat hebat dimiliki Johnny Depp dapat membantunya kembali ke layar perak.

"Hollywood mudah memaafkan. Apabila kes mereka berakhir kelak, Johnny Depp akan kembali semula ke dalam bisnes ini. Hollywood sering berubah-ubah," katanya.

Sementara itu, wakil peguam kedua-dua pihak mendakwa, masa depan anak guam mereka terjejas teruk akibat kes saman fitnah itu.

Pasukan peguam yang mewakili Johnny Depp berkata, angkara fitnah Amber Heard dalam sebuah artikel, nama anak guam mereka digugurkan daripada sekuel keenam filem Pirates of The Carribean.

Penerbit filem itu, Jerry Bruckheimer memberitahu The Times, mereka masih belum membuat keputusan mengenai pembabitan Johnny Depp dalam sekuel akan datang.

Pasukan produksi filem itu, katanya, membuat dua skrip di mana, satu daripadanya mungkin membabitkan Margot Robbie dan satu lagi tanpa Robbie.

Kali terakhir francais itu menemui penonton adalah pada tahun 2017 menerusi Pirates of The Carribean: Deam Men Tell No Tales.

Sementara itu, seorang pengarah filem Hollywood memberitahu CNN, Johnny Depp tidak akan diberi peluang menerajui filem francais besar lagi.

"Saya yakin dia masih berpeluang membintangi filem bebas kerana Johnny Depp masih mempunyai nama dan pengikut.

"Tetapi syarikat produksi terkemuka mungkin lebih berhati-hati dengan alasan insurans yang mungkin menghentikan perlindungan ke atas aktor itu kerana bimbang dengan penerimaan orang ramai berbanding syarikat berskala kecil," katanya.

Menyentuh mengenai Amber Heard pula, pengarah itu percaya perhatian yang diberikan terhadap kes perbicaraan pasangan itu tidak membantu memulihkan kembali imej Amber Heard.

Malah, wujud petisyen yang meminta agar wanita itu digugurkan daripada sekuel filem Aquaman yang sudah selesai menjalani penggambaran.

Sementara itu bagi Amber Heard, yang kurang popular berbanding bekas suaminya, pemerhati berkata kerjaya aktres itu sukar untuk diramalkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)

Thursday, May 19, 2022

Potret Marilyn Monroe 'Shot Sage Blue Marilyn' Terjual RM853 Juta!

Potret Marilyn Monroe 'Shot Sage Blue Marilyn' Terjual RM853 Juta!

Potret ikonik Marilyn Monroe yang dihasilkan pada tahun 1964 oleh artis pop Andy Warhol terjual pada harga AS$195 juta (RM853 juta), menjadikan ia nilai lelongan tertinggi dalam sejarah karya seorang artis Amerika Syarikat (AS).

Shot Sage Blue Marilyn
Shot Sage Blue Marilyn.

Shot Sage Blue Marilyn ialah satu dalam siri potret yang dilukis oleh Andy Warhol mengenai pelakon itu selepas kematiannya pada 1962 dan sejak itu, ia menjadi salah satu karya seni pop yang paling terkenal.

Potret dimiliki dalam peniaga seni Switzerland, Thomas dan Doris Ammann itu dijual oleh rumah lelong, Christie's dalam satu acara lelongan di New York.

Anggaran prajualan mencapai setinggi AS$200 juta (RM200 juta). Lukisan itu dijual dengan lelongan AS$170 juta (RM744 juta). Bayaran tambahan memberikannya harga akhir AS$195 juta.

Penjualan itu memecahkan rekod sebelumnya untuk karya seni di AS.

Sebelum ini, rekod dipegang oleh lukisan dihasilkan pada tahun 1982 oleh Jean-Michel Basquiat yang dilelong dengan harga AS$110.5 juta (RM484 juta) pada 2017.

Shot Sage Blue Marilyn ialah 'kemuncak mutlak American Pop', kata Pengerusi Seni Abad ke-20 dan ke-21 di Christie's, Alex Rotter dalam satu kenyataan ketika mengumumkan lelongan.

"Lukisan itu mengatasi genre potret, menggantikan seni dan budaya abad ke-20.

"Lukisan itu dibina atas gambar promosi Marilyn Monroe untuk filem pada 1953, Niagara yang ditayangkan dengan warna terang di atas mata, rambut dan bibirnya.

"Tajuknya merujuk kepada insiden di mana seorang wanita menembak timbunan empat potret Marilyn di studio Warhol dengan pistol, walaupun Shot Sage Blue Marilyn tidak terkena peluru," katanya.

Marilyn Monroe ialah salah seorang bintang Hollywood paling terkenal sebelum kematiannya akibat mengambil pil tidur dengan dos berlebihan di rumahnya di Los Angeles pada 4 Ogos 1962.

Andy Warhol dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1987.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Saturday, April 30, 2022

Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik!

Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik!

Ketika ini nama pelakon Amber Heard menjadi bualan hangat apabila sikap buruknya terbongkar di dalam mahkamah apabila pelbagai bukti menunjukkan dia mendera bekas suaminya, aktor Johnny Depp ketika mereka berkahwin.

Amber Heard dan Johnny Depp

Namun sebelum ini, Amber mendakwa dia menjadi mangsa dera pelakon itu sehingga mengalami kecederaan dan memutuskan untuk bercerai.

Pendedahan Amber itu telah menyebabkan Johnny dibenci dan dipulau oleh rakan-rakan malah namanya digugurkan daripada membintangi filem terbaharu The Pirates of Carribean dan beberapa naskah lain.

Berang dengan keadaan itu, Johnny memfailkan saman terhadap bekas isterinya itu atas tuduhan memfitnah dan pelbagai perkara terbongkar mengenai sikap Amber.

Aktres itu dikatakan menderita masalah kecelaruan identiti iaitu Boderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD).

Perkara itu disahkan oleh pakar psikologi forensik California, Dr Shannon Curry dalam salah satu perbicaraan kes itu baru-baru ini.

Ketika memberi kenyataan kepada mahkamah, Dr Shannon memberitahu diagnosis ini dibuat berdasarkan kajian dan temubual bersama Amber selama 12 jam malah ketika ini kesihatan mentalnya masih lagi dibawah pemantaun pakar.

Tentang BPD

Mengenai BPD yang dialami Amber, ia adalah sejenis masalah mental yang memberi kesan terhadap cara pemikiran tentang diri sendiri dan orang di sekeliling secara berterusan.

Individu yang mengalami masalah ini sukar mengawal emosi dan tingkah laku mereka selain ketidakstabilan dalam hubungan.

Orang yang menghidap BPD juga akan melakukan pelbagai percubaan untuk mencegah hal yang ditakutinya walaupun dalam keadaan terdesak.

Mereka yang menjalinkan hubungan dengan peskait BPD sangat berisiko mengalami perubahan tingkah laku yang mana pada awalnya mereka mudah didekati tetapi boleh berubah dengan drastik termasuk mengganas.

Tentang HPD

Kecelaruan Histrionic Personality Disorder (HPD) pula merupakan tingkah laku yang gemar mencari perhatian dan emosi secara berlebihan.

Menurut Dr Curry, terdapat kaitan antara dua kecelaruan personaliti ini yang secara fizikalnya sangat menarik untuk mendapatkan perhatian.

Pakar kesihatan ini turut menjelaskan artis tersebut tidak menderita Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat penceraian.

Amber dan Johnny berkahwin pada 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, December 16, 2021

Robot Star Wars 'R2-D2' Bernilai RM12 Juta!

Robot Star Wars 'R2-D2' Bernilai RM12 Juta!

Robot paling terkenal, R2-D2, yang digunakan dalam beberapa filem Star Wars berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), dan menurut agensi di Los Angeles dalam katalog profil sejarahnya menyatakan, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

R2-D2 and C-3PO

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang terkenal dengan jenakanya.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood.

Ia termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, 'A New Hope' dan 'The Empire Strikes Back' berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta).

Manakala topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000).

Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO

Robot kecil dan comel, R2-D2 seringkali menjadi antara robot ikonik di dalam filem Star Wars dan ramai yang tahu bahawa robot tersebut dinamakan R2-D2 kerana ianya singkatan dari "Second Robotic Droid Series-2".

Namun, di sebalik nama itu, ramai yang tidak tahu bahawa pada asalnya, George Lucas tidak mahu menamakan robot tersebut R2-D2.

Dalam satu post Twitter, pengarah kreatif Lucasfilm, Phil Szostak mendedahkan bahawa nama R2-D2 sebenarnya diambil daripada teriakan seorang kru ketika penggambaran filem tersebut.

Sekarang anda sudah tahu asal usul nama robot R2D2.

Bagaimana pula dengan sahabatnya, C-3PO? Nama C-3PO diambil dari lokasi sebuah pejabat pos yang terletak pada titik rujukan C3 di peta bandar kelahiran George Lucas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Thursday, March 04, 2021

Bisnes Ganja Mike Tyson Hasilkan Untung RM2 Juta Sebulan!

Bisnes Ganja Mike Tyson Hasilkan Untung RM2 Juta Sebulan!

Mike Tyson yang berjaya menghasilkan kekayaan sekitar £500,000 atau RM2 juta sebulan, hasil daripada hasil penanaman ganja di tanah seluas 169,1586 hektar, kini sedang merancang untuk membina sebuah kerajaan ganja.

Bisnes Ganja

Legenda sukan tinju ini mula menjual ganja sejak 2016 melalui label Tyson Holistic, melalui perniagaan yang menawarkan ganja jenis premiun sahaja, berjaya menghasilkan keuntungan RM2 juta setiap bulan.

Selain daripada itu, Mike Tyson juga sedang membangunkan pusat percutian di tanah yang sama dan bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai kawasan festival muzik.

Mike Tyson juga bercadang untuk membina Tyson University yang akan memberi pendidikan kepada petani mengenai penanaman ganja.

Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan dadah, Mike Tyson mengakui merasa selesa dengan penggunaan ganja.

Menurut Mike Tyson, mengambil ganja menjadikan seseorang itu lebih tenang dan disebabkan itu, dia memilih untuk bekerjasama dengan ahli perniagaan Rob Hickman, dengan tujuan untuk mengubah hidupnya dan mengenali selok belok perniagaan ganja.

Rancangan untuk membina kerajaan ganja hadir pada 2018, Tyson mendedahkan bahawa dia mahu mengembangkan perniagaannya kepada taman tema yang bertemakan ganja pada tanah seluas 169,5168 hektar.

Digambarkan sebagai 'wonderland of weed', para tetamu boleh menghisap ganja di mana sahaja di dalam taman tema terbabit.

Namun, apa yang beliau harapkan adalah taman tema ini bukan sahaja menjadi tempat percutian, tetapi ia juga akan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.

Pelanggan juga boleh memilih untuk tinggal di hotel mewah atau berkhemah di kawasan lapang.

Taman tema ini juga akan menawarkan sungai terpanjang di dunia dan membolehkan para pengunjung menaiki rakit untuk meninjau kawasan sekitar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Thursday, January 07, 2021

Kim Kardashian Dan Kanye West Bercerai!

Kim Kardashian Dan Kanye West Bercerai!

Bintang realiti, Kim Kardashian, 40, dan penyanyi rap Kanye West, 43, dilaporkan bercerai selepas tujuh tahun berkahwin, namun kedua-dua pihak masih mengunci mulut mengenai perpisahan itu kerana masih dalam proses menguruskan perceraian.

Kim Kardashian

Menurut sumber, Kardashian dan West seboleh-bolehnya tidak mahu berita berkenaan diperbesar-besarkan.

"Mereka tidak mahu menghebohkannya namun hubungan memang sudah berakhir," katanya.

Menurut laporan E! News, Kardashian belum memfailkan cerai secara rasmi kerana mahu memastikan dia mengambil keputusan yang tepat untuk anak-anak mereka.

Kardashian dan West mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7; Saint, 5; Chicago, 2; dan Psalm, 1.

Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung selama beberapa bulan dan rumah tangga mula bermasalah besar sejak pertengahan tahun 2020 yang lalu.

Kanye West Hidap Bipolar

Pada tahun 2018 yang lalu, Kanye West pernah mendedahkan dia menghidap penyakit mental, Bipolar.

Menurut Kanye, dia sudah lama mengalami masalah tersebut namun hanya mula mendapatkan bantuan kerana ingin berhadapan dengan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Kanye berkata, dia tidak pernah melihat penyakit itu sebagai satu kecacatan atau kelemahan sebaliknya menyifatkan ia memberi banyak kelebihan kepadanya.

Apa Itu Bipolar?

BIPOLAR adalah sejenis penyakit mental melibatkan gangguan emosi yang ketara, yang dahulunya dikenali sebagai 'manic depression' tetapi istilah ini tidak lagi diguna pakai dalam bidang perubatan masa kini.

Adakalanya penyakit ini juga dikenali sebagai kecelaruan dwikutub, kerana terdapat kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami oleh seseorang individu.

Perasaan gembira yang melampau ini dikenali sebagai fasa 'mania' dan jika gejala 'mania' tersebut tidak begitu ketara, ia dikenali sebagai 'hypomania'.

Kecelaruan emosi berbeza mengikut individu

Ada individu mengalami perubahan emosi yang berubah silih berganti dalam jangka masa cepat pada suatu masa dan ada juga mengalami fasa kemurungan atau fasa mania berpanjangan.

Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.

Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.

Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Kedua-dua bahan kimia ini adalah lebih tinggi dari biasa pada fasa mania dan rendah pada fasa kemurungan.

Serotonin memainkan peranan yang penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus dan motivasi.

Bagaimanapun, berbanding penyakit kecelaruan psikosis seperti schizophrenia, penyakit yang melibatkan kecelaruan emosi seperti bipolar mempunyai tahap penyembuhan serta prognosis yang lebih baik.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit ini boleh berfungsi dengan baik di antara episod penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2 | 3

Wednesday, November 04, 2020

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Pemergian bintang Hollywood legenda, Sean Connery, 91, mati dalam tidur di kediamannya di The Bahamas, Kepulauan Caribbean, pada Sabtu (31 November 2020) diratapi keluarga, rakan selebriti, penerbit dan peminat seluruh dunia.

Sean Connery

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu, selain diumumkan dalam akaun Twitter rasmi, James Bond.

Isteri, Micheline Roquebrune dan dua puteranya, Jason dan Stephane mengesahkan Connery menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang ketika tidur dan dikelilingi ahli keluarga.

"Upacara pengebumian akan diadakan secara tertutup, diikuti dengan majlis peringatan yang masih dalam perancangan selepas pandemik COVID-19 berakhir," kata wakil keluarga.

Micheline, 91, menceritakan detik terakhir sebelum mendiang suaminya yang menderita penyakit Demensia meninggal dunia.

Penyakit Demensia atau lebih dikenali sebagai 'nyanyuk' yang berkaitan dengan daya ingatan disebabkan kematian sel otak secara abnormal.

Menerusi dailymail.co.uk, Micheline mengakui, penyakit Demensia mengorbankan suaminya, bagaimanapun sempat menghabiskan masa bersama pada saat akhir.

Pelukis Maghribi-Perancis itu memberitahu, "Tiada lagi kehidupan baginya. Beliau sudah tidak dapat menguruskan diri, sejak akhir ini. Mati dalam tidur, keadaannya amat tenang. Saya bersamanya sepanjang masa.

"Penyakit Demensia merugikannya. Bagaimanapun, beliau dapat menunaikan hasrat terakhir iaitu melarikan diri daripada keributan dunia selebriti.

"Dia lelaki hebat sepanjang kami hidup bersama selama 45 tahun. Bagi saya, beliau adalah lelaki yang boleh dijadikan teladan.

"Tentunya, kehidupan saya sukar tanpanya. Tetapi, saya tidak mampu menghalangnya pergi untuk selamanya. Biarlah beliau pergi dengan tenang," katanya kepada dailymail.co.uk.

Berikutan kematian Sean Connery, selebriti dan peminat berkumpul dalam media sosial untuk memberi penghormatan kepada aktor itu.

Sean Connery dilahirkan tanggal 25 Ogos 1930. Ibunya, Euphemia McBain berkerja sebagai tukang cuci, manakala bapa, Joseph Connery pula mencari rezeki dengan bekerja di kilang.

Dari seorang budak kampung yang bersekolah sehingga usia 14 tahun, Sean Connery pernah melakukan kerja kolar biru seperti pemandu trak, penjual susu dan mengelap keranda.

Siapa sangka namanya menjadi tersohor seluruh pelosok dunia sebagai aktor yang terkenal dengan watak ejen perisik James Bond pada 1962.

Pembabitan Sean Connery dalam dunia seni bermula pada 1950, ketika menyertai pertandingan bina badan, Mr Universe yang berlangsung di London.

Susuk tubuh yang tegap menyebabkannya dilamar untuk membintangi drama terbitan BBC, Requiem for a Heavyweight dan diberikan watak utama sebagai peninju.

Dari situ, Sean Connery ditawarkan kontrak di bawah syarikat penerbitan terkemuka di Hollywood, Paramount Pictures.

Pembabitan pertamanya dalam industri filem Hollywood bermula apabila penerbit Albert Broccoli dan Harry Saltzman mencari calon yang sesuai membawakan watak James Bond daripada kisah adaptasi novel kepada layar lebar.

Rezeki berpihak kepada Sean Connery apabila aktor, Cary Grant menolak tawaran berkenaan, memaksa penerbit mencari pengganti yang bersedia menerima tawaran murah dan kurang dikenali.

Dengan ketinggian 6 kaki 2 inci, Sean Connery dilihat paling layak, namun penulisnya Ian Fleming menganggap beliau tidak menepati ciri yang dicari.

Penonton nyata tidak bersetuju dengan pendapat Fleming, buktinya sebaik filem berkenaan muncul di pawagam berjaya mencatat kutipan pecah panggung, sekali gus mengangkat nama Connery.

"Beliau akan terus dikenang sebagai James Bond yang asli. Sejarah pembabitan dalam dunia filem akan kekal diingati sampai bila-bila.

"Ayat popularnya, 'The name's Bond, James Bond, masih segar diingati peminat hingga hari ini," kata penerbit siri James Bond, Micahel G Wilson dan Barbara Broccoli daripada EON Production.

Sean Connery licik dan cerdik dalam membawakan watak ejen perisik 007 itu. Malah kemampuannya sebagai ejen seksi dan berkarisma tidak boleh disangkal hingga dinobatkan gelaran 'Sexiest Man Alive' oleh majalah People pada 1989 ketika berusia 59 tahun.

Sementara itu, aktor kelahiran Australia, Geoge Lazenby yang pernah membawakan watak James Bond masih terkejut dengan berita pemergian Connery.

"Saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-90 kepadanya, beberapa minggu lalu. Tetapi, sekarang saya dengan berat hati terpaksa menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga dan teman rapatnya.

"Secara peribadi, Connery menjadi sumber inspirasi saya. Saya pernah bertemu dengannya beberapa kali dan amat berbesar hati apabila beliau memberikan restu kepada filem On Her Majesty's Secret Service. Apa yang mengagumkan, kerja yang dilakukan melangkaui filem James Bond.

"Beliau aktif melakukan kerja amal, sangat menyayangi keluarga, menyertai politik dan sukan golf. Seorang insan yang baik dan aktor yang hebat di layar perak.

"Kini, aktor yang tidak begitu dihargai sudah pun meninggalkan kita. Ingatan tulus ikhlas dari saya buat Lady Micheline, anak dan cucu Connery, " tulisnya menerusi laman Instagram (IG).

Seorang lagi bintang James Bond, Pierce Brosnan berkata, beliau amat mengagumi Connery yang membawakan watak ejek perisik itu ketika masih kecil. Connery menjadi dirinya sendiri.

Katanya, Sean Connery juga membawa bayang-bayangnya ke dalam watak berkenaan dan ia akan kekal sampai bila-bila.

"Sean Connery menunjukkan jalannya dan saya hanya mengikut jejak langkahnya. Setiap pelakon yang dipertanggungjawabkan membawakan watak Bond pasti akan melihat Connery dengan rasa kagum dan hormat.

"Anda seorang yang hebat daripada pelbagai sudut, sama ada aktor, manusia dan akan terus kekal diingati sampai bila-bila," katanya yang dipetik menerusi IG.

Daniel Craig berkata, dia amat sedih sebaik mengetahui berita pemergian aktor yang sangat hebat.

"Sean Connery akan terus diingati sebagai Bond. Beliau menterjemahkan watak ejen perisikan 007 itu dengan penuh bergaya, cerdik dan mempesona di layar lebar.

"Beliau mampu menggegarkan panggung dan akan terus menjadi aktor yang berpengaruh," katanya menerusi Twitter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: bharian

Thursday, July 23, 2020

10 Selebriti Instagram Dengan Bayaran Pengiklanan Paling Mahal Di Dunia

10 Selebriti Instagram Dengan Bayaran Pengiklanan Paling Mahal Di Dunia

BBC News melaporkan, pelakon aksi Hollywood, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock dinobatkan sebagai selebriti paling bernilai tinggi di Instagram (IG), berdasarkan penilaian laman sosial Hopper HQ.

10 Instagram Selebriti

Berikut adalah kedudukan terkini pada tahun 2020 senarai selebriti yang meraih pendapatan tertinggi di media sosial Instagram, berdasarkan bayaran bagi setiap hantaran di IG.

1. Dwayne Johnson atau The Rock (pelakon)
  • Jumlah pengikut IG: 188 juta
  • Bayaran setiap hantaran (posting): AS$1 juta (RM4.25 juta)

2. Kylie Jenner (ahli perniagaan, bintang realiti televisyen)
  • Jumlah pengikut IG: 183 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$986,000 (RM4.19 juta)

3. Cristiano Ronaldo (pemain bola sepak)
  • Jumlah pengikut IG: 228 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$889,000 (RM3.78 juta)

4. Kim Kardashian (ahli perniagaan, bintang realiti televisyen)
  • Jumlah pengikut di IG: 178 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$858,000 (RM3.64 juta)

5. Ariana Grande (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut di IG: 193 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$853,000 (RM3.62 juta)

6. Selena Gomez (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut di IG: 182 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$854,000 AS$ (RM3.63 juta)

7. Beyonce Knowles (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut: 149 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$770,000 (RM3.27 juta)

8. Justin Bieber (penyanyi)
  • Jumlah pengikut: 140 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$ 747,000 AS$ (RM3.17 juta)

9. Neymar da Silva Santos Junior (penyanyi, pelakon)
  • Jumlah pengikut: 139 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$704,000 (RM2.9 juta)

10. Taylor Swift (penyanyi, pelakon)
  • Jumlah pengikut: 136 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$722,000 (RM3 juta)

Jadi, jika anda mahu mempromosikan sesuatu produk dengan menggunakan khidmat selebriti diatas, pastikan akaun bank anda memiliki sekurang-kurang RM3 juta untuk membayar bagi satu posting oleh mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Monday, June 22, 2020

11 Hollywood Child Stars That Are Still Rich

11 Hollywood Child Stars That Are Still Rich

Writers love stories of child stars that have lost fame and fortune. Still-doing-great child stars, on the other hand, are rarely reported. But quite a lot of them are still maintaining a big chunk of money they have made as a child star.

Meet the 12 child stars who are still doing well.

1. Parker Schnabel - $2 Million

Hollywood Child Stars

Parker was a born gold miner and gold digger. He rose to fame and made lots of money for his performance on the famous reality Show Gold Rush. After the show, Parker started his own gold mining operations, and it's certain that he'll increase his net worth rapidly through hard work.

2. Macaulay Culkin - $15 Million

Hollywood Child Stars

Surprise? Yes, Culkin is still on the list. Although negative reports about him are filling up the newspaper, Culkin is still worth a staggering big amount of money thanks to his huge earnings as a child star.

3. Angus T. Jones - $15 Million

Hollywood Child Stars

As a 25-year-old young man, the money Jones amassed is beyond your imagination. Jones starred as Alan Harper on Two and a Half Men for nearly a decade. Although he later left the show, still, he's able to put $15 million into his pocket thanks to his time on CBS sitcom.

4. Selena Gomez - $18 Million

Hollywood Child Stars

Gomez was recruited by Disney at a very young age and became a star on the show Wizards of Waverly Place.

Now as she stepped into her twenties, Gomez is making her progress on the radio. This is priceless considering that she had been Justin Bieber's girlfriend for a while.

5. The Jonas Brothers - $18 Million

Hollywood Child Stars

The Jonas Brothers took the world by storm as a band from 2005 to 2013. They were wildly successful with multiple hits like Year 3000, Burnin Up, and When You Look Me In The Eyes.

6. Frankie Muniz - $40 Million

Hollywood Child Stars

Muniz was best known for playing the title character in family sitcom Malcolm in the Middle as well as many movies. He's also a racecar driver and a band member. Muniz now is worth $40 million.

7. Emma Watson - $60 Million

Hollywood Child Stars

Emma Watson is only 28 years old but she has $60 million to her name. Nobody knew who Watson was until she landed the role of Hermione Granger in the Harry Potter films that were almost guaranteed to be a smash hit.

8. Daniel Radcliffe - $110 Million

Hollywood Child Stars

Only 29 years old, Radcliffe has gathered a staggering amount of money - 110 Million Dollars! And no wonder you know what he had played as a child. He is also doing quite well after the Harry Potter series, but maybe not the type when he was a kid.

9. Miley Cyrus - $150 Million

Hollywood Child Stars

Cyrus was born with an already impressive net worth. She's lucky enough to be recruited as a Disney child star and starred in the ever popular Hannah Montana.

Today, she's still making Disney-type money and making big money with a net worth of an estimated $150 million.

10. Justin Bieber - $200 Million

Hollywood Child Stars

Born into a lower-class family in Canada, Bieber fell in love with music at a young age. After Bieber got picked up by Scooter Braun and Usher, his singing career began to rocket. He is still young, but he is rich, and he might become richer in the future.

11. Mary-Kate & Ashley Olsen - $300 Million

Mary-Kate & Ashley Olsen

Though the Olsen twins haven't been in any notable movie or TV show since Full House, they are still multi-millionaires and much of their money was made when they were kids.

After their acting career came to a halt, the twins went into the fashion world and made tons of money.

BACA INI JUGA:

sumber: appurse

Saturday, June 15, 2019

5 Selebriti Terkenal Hollywood Yang Di Tuduh Gay

5 Selebriti Terkenal Hollywood Yang Di Tuduh Gay

Berbanding di Asia, pentas Hollywood menyaksikan ramai selebriti antarabangsa mengambil sikap terbuka dengan mendedahkan status sebenar mereka yang menyukai sesama jenis (gay dan lesbian).

Namun disebalik pengakuan tersebut, timbul juga kisah beberapa selebriti terkenal lain yang dikaitkan dengan gay atas beberapa spekulasi yang timbul.

Anda pasti tidak sangka 5 selebriti ini turut terpalit dengan isu gay.

1. Shawn Mendes

Selebriti Hollywood Gay

Penyanyi remaja terkenal ini sudah terpalit dengan kontroversi suka kaum sejenis dan menerusi beberapa wawancara antarabangsa, Shawn Mendes turut mempertikaikan mengapa ramai yang bertanyakan hal ini.

Namun, terdapat sekeping gambar yang tular melihatkan Mendes telah melakukan hubungan sejenis dengan penyanyi dan pelakon popular.

Siapakah penyanyi itu? Jawapannya ada pada selebriti yang kelima di bawah.

2. Tom Cruise

Selebriti Hollywood Gay

Mengejutkan apabila hero kesayangan ramai ini didakwa sebagai gay.

Melihat kepada kes perceraiannya bersama Nicole Kidman dan Katie Holmes, peminat tidak menolak bahawa mungkin Tom Cruise adalah ‘sesuatu’.

3. James Franco

Selebriti Hollywood Gay

Pernah melakukan aksi bercumbu bersama pelakon lelaki lain, Franco ketika ditanya mengenai isu ini tidak menolak bahawa dia adalah gay dan straight pada masa yang sama.

Namun itu semua bergantung pada peminat untuk mentafsir.

4. Jared Leto

Selebriti Hollywood Gay

Jared Leto di dalam dunia LGBT bukanlah sesuatu yang asing, pernah memenangi anugerah Oscar pada 2014 melalui “The Dallas Buyers Club” dan lebih mengejutkan pelakon transgender, David Arquette mengaku pernah meniduri pelakon ini. Apa pendapat anda?

5. Nick Jonas

Selebriti Hollywood Gay

Ya! Nick telah digosipkan dengan Shawn Mendes sehingga tersebarnya gambar mereka melakukan hubungan intim.

Sejauh manakah kebenaran tersebut kami tidak pasti. Apa pun gambar Nick untuk kempen AIDS membuatkan peminat terfikir sesuatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hangat

Thursday, April 04, 2019

Kelleth Cuthbert, Gadis Penghidang Air Anugerah Golden Globe Yang Mengalahkan Artis

Kelleth Cuthbert, Gadis Penghidang Air Anugerah Golden Globe Yang Mengalahkan Artis

Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang menghadiri majlis yang penuh gilang gemilang apatah lagi dapat melihat dan bertemu ramai artis ternama seperti Anugerah Golden Globe yang berlangsung dengan sungguh meriah.

Anugerah Golden Globe

Tidak terkecuali juga seorang gadis penghidang air yang tidak melepaskan peluang keemasan untuk menjadi bintang di permaidani merah.

Menerusi laman Twitter Enews!, gadis tersebut sempat 'photo bomb' di dalam setiap gambar selebriti di Anugerah Golden Globes.

Enews! dengan kapsyenya “Wanita yang memegang FIJI Water di #GoldenGlobes benar-benar datang untuk menghidang”.

Gambar yang dimuat naik oleh Enews itu telah menarik perhatian masyarakat dan telah mendapat 100 ribu likes dan 22,400 ribu Retweet.

Wartawan dari The Guardian, Benjamin Lee juga menjangkakan bahawa gadis tersebut akan mempunyai akaun parodi, juga menjadi kenyataan selepas gambarnya tersebar luas di internet.

Anugerah Golden Globe

Kelleth Cuthbert, gadis yang menghidangkan Air Fiji kepada semua selebriti itu, merupakan seorang model di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Golden Globe 2019 diadakan di Beverly Hilton, Los Angeles dan ia dihoskan oleh Andy Samberg dan Sandra Oh yang turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama) menerusi Killing Eve.

Berikut adalah senarai pemenang trofi utama Golden Globe 2019;

1. Kategori Filem
  • Filem Terbaik (Drama): Bohemian Rhapsody
  • Filem Terbaik (Mizukal atau Komedi): Green Book
  • Filem Terbaik (Animasi): Spider-Man: Into the Spiderverse
  • Persembahan Terbaik Aktres Dalam Filem (Drama): Gleen Close (The Wife)
  • Persembahan Aktor Terbaik Dalam Filem (Drama): Rami Malek (Bohemian Rhapsody)
  • Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem (Muzikal atau Komedi): Olivia Colman (The Favourite)
  • Persembahan Terbaik Aktor Dalam Filem (Muzikal atau Komedi): Christian Bale (Vice)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Dalam Filem: Regina King (If Beale Street Could Talk)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Pembntu Lelaki Dalam Filem: Mahershala Ali (Green Book)
  • Pengarah Terbaik Filem: Alfonso Cuaron (ROMA)
  • Lagu Terbaik Filem: Shallow (A Star Is Born)

2. Kategori Televisyen
  • Drama Bersiri Terbaik: The Americans
  • Drama Bersiri Terbaik (Muzikal atau Komedi): The Kominsky Method
  • Filem Televisyen Terbaik: The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story
  • Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama): Sandra Oh (Killing Eve)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Siri Televisyen (Drama): Richard Madden (Bodyguard)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Siri Televisyen (Muzikal atau Komedi): Rachel Brosnahan (The Marvelous Mrs. Maisel)
  • Persembanah Terbaik Pelakon Lelaki Siri Televisyen (Musical atau Komedi): Michael Douglas (The Kominsky Method)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Dalam Filem Televisyen: Patricia Arquette (Escape at Dannemora)
  • Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Dalam Filem Televisyen: Darren Criss (The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Friday, March 15, 2019

Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

Siapa sahaja tidak mengenali pelakon terkenal Johnny Depp yang berbakat dan sentiasa berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan seperti dalam filem Pirates of Caribbean, Charlie Chocolate Factory, Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald dan banyak lagi.

Johnny Depp vs Amber Heard

Pasti ramai tidak tahu bahawa Johnny Depp sebenarnya menjadi mangsa dera bekas isterinya, Amber Heard dan untuk pengetahuan anda, sebelum ini Amber Heard memfitnah Johnny Depp dengan mengatakan beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Justeru itu, ada warganet yang mengambil inisiatif untuk memboikot filem lakonan Johnny Depp sebagai tanda sokongan terhadap Amber.

Pada tahun 2015, jari Johnny Depp pernah cedera parah kerana ditoreh oleh Amber namun, Johnny Deep tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada sesiapa.

Namun, beliau tetap berjenaka kepada sesiapa yang bertanya tentang jarinya dan mengatakan luka berkenaan berpunca daripada satu kemalangan yang beliau alami.

Disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh Amber Heard, ia sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi Johnny Depp dalam industri seni dan kenyataan tersebut sebenarnya hanya untuk kepentingan Amber Heard meraih simpati serta publisiti.

Kontroversi yang melanda Johnny Depp dan Amber Heard ternyata menjadi buah mulut warganet tentang siapa yang betul, siapa yang salah.

Johnny Depp baru-baru ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak $50 juta (~RM200 juta) terhadap Amber Heard setelah Amber tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun, berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2016.

Menurut peguam Johnny Depp, sebelum ini Amber Heard pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa beliau pernah bertindak ganas pada Johnny Depp.

Malah, Johnny juga mendakwa Amber pernah bermain cinta dengan pemilik Tesla, Elon Musk sebulan selepas mereka berkahwin.

Akhirnya kecoh di Twitter apabila Johnny Depp menyerahkan bukti seperti rakaman daripada CCTV dan gambar beliau tercedera kepada mahkamah menjadi bualan warganet.

Johnny Depp vs Amber Heard

Warganet mula berasa bersalah kerana berpihak kepada Amber Heard sebelum ini dan memboikot Johnny Depp sedangkan beliau tidak bersalah.

Rakan selebriti yang mengenali Johnny Depp mengatakan bahawa beliau seorang yang penyayang dan tidak akan bertindak ganas seperti yang didakwa oleh Amber.

Malah, bekas isteri Johnny Depp terdahulu dan anaknya juga mengatakan hal yang sama.

Kini anda tahu siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Amber Heard ‘berlakon’ menjadi mangsa tetapi mangsa yang sebenar dalam isu ini adalah Johnny Depp.

Kami yakin, ‘Jack Sparrow’ kami tidak akan bertindak ganas pada wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, September 19, 2018

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Sejak 2008, Marvel Studios telah menakluk dunia dengan filem adiwira mereka di bawah projek Marvel Cinematic Universe (MCU). Dunia filem adiwira mereka dimulakan dengan filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr. dan sehingga kini sudah 20 buah filem MCU telah ditayangkan kepada dunia.

Filem di bawah MCU juga turut dikenali sebagai filem yang melonjakkan nama-nama pelakon mereka menjadi pelakon A-list di Hollywood termasuk Chris Evans, Chris Pratt, Zoe Saldana dan ramai lagi.

Tetapi tahukah anda, bukan semua pelakon yang kini memegang watak adiwira Marvel adalah pilihan pertama pengarah atau penerbit filem berkenaan?

Berikut merupakan enam pelakon yang hampir masuk MCU dan menjadi ahli Avengers.

1. TOM CRUISE (Iron Man)

TOM CRUISE (Iron Man)

Downey Jr. berjaya membawa watak Tony Stark/Iron Man dengan sangat baik sehingga ramai yang menggelar beliau Tony Stark sejati dan tiada lain yang layak untuk menggantikan beliau.

Tetapi sebelum Downey Jr., Tom Cruise hampir memegang watak adiwira itu yang juga merupakan seorang jutawan, dermawan yang genius dan playboy.

Pada fikiran anda, sesuai tak kalau Cruise menjadi Tony Stark atau Iron Man?

2. EMILY BLUNT (Natasha Romanoff/ Black Widow/Agent Carter)

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Sudah dua kali Emily Blunt terlepas peluang menyertai MCU dan menjadi ahli Avengers.

Kali pertama, pelakon cantik dan serba boleh ini ditawarkan watak Natasha Romanoff/Black Widow di dalam filem Iron Man 2, tetapi beliau terpaksa menolak kerana pertembungan jadual penggambaran dengan filem Gulliver's Travels.

Masalah yang sama berlaku ketika kali kedua beliau ditawarkan, kali ini bagi watak Peggy Carter di dalam filem Captain America: The First Avenger.

Mungkinkah jodoh kali ketiga akan menjadi?

3. GLENN HOWERTON (Peter Quill/Star Lord)

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Glenn Howerton, pelakon siri It's Always Sunny in Philadelphia menjadi pilihan kedua pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn untuk memainkan watak Peter Quill/Star Lord jika lakonan Chris Pratt tidak menjadi.

Tetapi melihat lakonan Pratt yang baik sebagai ketua pasukan Guardians, rasanya beliau mungkin terus dikekalkan walaupun menjadi antara punca Thanos menang dalam filem Avengers: Infinity War.

4. JASON MOMOA (Drax The Destroyer)

JASON MOMOA (Drax The Destroyer)

Memiliki fizikal yang 'sado' dan rupa yang sangat rugged, Jason Momoa hanya menunggu tawaran yang sesuai untuk membintangi filem superhero.

Mungkin ramai yang sudah tahu, Momoa adalah Aquaman di dalam DC Extended Universe (DCEU), tetapi beliau sangat hampir untuk melakonkan watak Drax The Destroyer di dalam MCU yang dilakonkan oleh penggusti terkenal, Dave Bautista (Batista).

Akhirnya, beliau memilih untuk menjadi Raja Lautan Atlantis dan ahli Justice League kerana merasakan watak Drax The Destroyer agak sama dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya.

5. JIM CARREY (Rocket Raccoon)

JIM CARREY (Rocket Raccoon)

Siapa yang tak mengenali Jim Carrey yang sangat versatil dan tidak asing dalam dunia filem adaptasi komik (The Mask, Kick-Ass 2) tetapi beliau tidak pernah berjaya mendapatkan watak didalam MCU.

Bagaimanapun, pada tahun 2013, khabar angin kuat menyatakan Carrey dan Adam Sandler telah disenaraikan untuk watak Rocket Raccoon.

Carrey jadi adiwira rakun angkasa lepas?

6. JOAQUIN PHOENIX (Doctor Strange)

JOAQUIN PHOENIX (Doctor Strange)

Sebelum Benedict Cumberbatch menjadi penjaga Time Stone, Joaquin Phoenix terdahulu menjadi pilihan utama untuk watak Doctor Strange di dalam MCU.

Tetapi beliau menolak watak itu kerana kononnya tidak bersetuju dengan filem adiwira dan tidak mahu terlibat dengan filem yang mempunyai elemen seperti itu.

Ironinya, Phoenix bersetuju untuk membawa watak Joker didalam filem arahan Todd Philips yang akan ditayangkan tahun 2019.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, February 21, 2018

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Lindsay Lohan bintang terkenal Hollywood yang sering dihimpit kontroversi sekali lagi menimbulkan tanda tanya peminat tentang status agamanya apabila muncul mengenakan hijab semasa menghadiri London Modest Fashion Week 2018 yang berlangsung di London.

Lindsay Lohan Berhijab - London Modest Fashion Week 2018

Sejak beberapa tahun ini, Lindsay sering bercerita tentang kebaikan Islam dan pernah dilihat memegang Al-Quran semasa berada di kota New York.

Lindsay Lohan juga mengenakan burkini (baju renang muslimah) semasa melakukan aktiviti mendayung ketika berada di Phuket, Thailand.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa



sumber: mstar

Friday, February 02, 2018

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Ford Mustang merupakan salah sebuah kereta Muscle Amerika paling ikonik pernah dikeluarkan dan setelah lebih 50 tahun Ford Mustang dikeluarkan, Ford Motor Co. mengeluarkan kenyataan bahawa Ford Mustang telah muncul lebih di lebih 500 buah filem sejak ia dikeluarkan pada tahun 1964.

Berikut kami senaraikan lima filem terbaik bagi anda untuk melihat adegan ataupun babak yang melibatkan Ford Mustang.

1. Gone In Sixty Seconds (2000)
Ford Mustang Shelby GT500

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Filem lakonan mantap Nicolas Cage dan Angelina Jolie ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penggemar Muscle Car.

Shelby GT500 yang dinamakan Eleanor dalam filem yang dibikin semula ini seringkali menjadi sebutan peminat Muscle Car.

Kebanyakan pemilik Ford Mustang menjadikan model yang digunakan dalam filem ini sebagai panduan mereka mengubahsuai kereta mereka.

Dalam lebih 50 buah kereta dari jenama Lexus ke Hummer hingga ke AC Cobra, pengarahnya menampilkan kereta Shelby GT500 ini sebagai kereta utama yang digunakan dalam filem ini.

Sejujurnya, jika ada salah seorang dalam kalangan anda yang tidak pernah menonton filem-filem yang disenaraikan di atas ini, luangkanlah sedikit masa menonton setidak-tidaknya Gone In Sixty Seconds kerana keseluruhan filem ini bertemakan kereta.

Maka, amatlah memalukan jika anda menggelarkan diri anda penggemar kereta namun tidak pernah menonton filem ini.

2. Bullitt
Ford Mustang GT390

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Filem penyiasatan yang menampilkan aktor legenda, Steve McQueen sebagai Leftenan Frank Bullitt ini merupakan antara filem yang sering kali dikaitkan dengan Ford Mustang.

Ini kerana filem Bullitt dibintangi oleh Steve McQueen yang sememangnya penggemar kereta, bahkan beliau mempunyai beberapa buah koleksi kereta seperti Porsche 356 Speedster dan Ford GT40.

Seterusnya kerana adegan kejar mengejar diantara Ford Mustang GT390 yang dipandunya dan 1968 Dodge Charger yang dipandu penjenayah.

3. Gone In Sixty Seconds (1974)
Ford Mustang Mach 1

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Ford Mustang Mach 1 telah digunakan dalam filem Gone in Sixty Seconds oleh H.B. Halicki sebagai Maindrian Pace yang merupakan pengarah, produser serta pelakon utama dalam filem ini.

Aksi kejar mengejar selama 40 minit membabitkan 'Eleanor' dalam filem ini merupakan aksi kejar mengejar paling lama dalam sejarah perfileman dunia.

4. James Bond Diamonds Are Forver
1971 Ford Mustang Mach 1

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Filem terakhir yang menampilkan Sean Connery sebagai James Bond ini turut menayangkan babak kejar mengejar diantara James Bond dan polis.

Apa yang menariknya adalah pengakhiran babak ini dimana Ford Mustang Mach 1 yang dipandu James Bond mampu terus bergerak lebih 100 meter meskipun hanya dua tayar sebelah kanan sahaja yang berada di atas tanah.

5. James Bond Goldfinger
1964 Ford Mustang Convertible

5 Kemunculan Paling Ikonik Ford Mustang Dalam Filem Hollywood

Filem lakonan Sean Connery ini menunjukkan aksi kejar mengejar di antara James Bond yang memandu Aston Martin DB5 dan Tilly Masterson lakonan Tania Mallet yang memandu FOrd Mustang Convertible.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Koleksi Supercar Dalam Filem Need For Speed

sumber: classiccarsmalaysia

Thursday, December 14, 2017

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini. Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. George Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah George Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman George Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda.

"Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda.

"Sementara kita masih ada, saya perlu balas budi baik anda jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta George Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, George Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya.

"Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar George Clooney.

Hebat kan!

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

sumber: astroawani

Saturday, October 14, 2017

Bintang Musical Kristen Hancher Tak Sedar Aksi ‘Asmara’ Dirakam Secara ‘Live’!

Bintang Musical Kristen Hancher Tak Sedar Aksi ‘Asmara’ Dirakam Secara ‘Live’!

Bintang Musical.ly, Kristen Hancher telah berhadapan dengan satu situasi mengaibkan apabila aksi hubungan seksnya dengan teman lelaki, Andrew Gregory dirakam secara live tanpa sengaja.

Kristen Hancher

Kejadian dipercayai bermula ketika Kristen sedang ‘berasmara’ bersama Andrew dan salah seorang diantara mereka 'mungkin' secara tidak sengaja tertekan butang rekod di Instastory lalu mengakibatkan aksi jimak itu dirakam.

Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan bernasib baik kerana kamera tidak menghadap mereka secara terus, sebaliknya hanya bunyi sahaja yang dirakam dan bukan visual.

Lapor We The Unicorns, lebih kurang 14,000 orang dikatakan telah mendengar rakaman persetubuhan berkenaan dan menerima pelbagai reaksi serta komen daripada peminat.

Difahamkan, Kristen dan Andrew sempat ‘bersenggama’ lebih kurang tiga minit sebelum menyedari apa yang dilakukan mereka tersiar secara langsung kepada orang ramai.

“Sesiapa pun yang telah menonton cerita ‘live’ saya, saya hanya ingin memohon maaf dan ia sama sekali tidak disengajakan.

“Padamkannya daripada fikiran anda. Ia sangat memalukan dan agak tidak selesa. Yang pasti, perkara itu sudah berlaku.

“Anda perlu meneruskan hidup dengan menganggap seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Itulah yang saya akan lakukan,” tegas Kristen mengakui tidak menyedari dirinya sedang dirakam.

Tambah Kristen lagi, dia sekali lagi mohon maaf kepada semua peminat atas apa yang berlaku dan berharap agar mereka faham bahawa ia betul-betul tidak disengajakan.

“Saya memohon maaf kepada semua peminat saya. Saya tahu anda semua kecewa kerana saya tidak memberikan penjelasan secara penuh mengenai apa yang berlaku dalam cerita ‘live’ saya.

“Saya tidak sengaja telah dirakam secara ‘live’ dan hanya menyedarinya tiga minit kemudian selepas ditonton oleh 14,000 orang. Saya minta maaf,” tambahnya.

Kristen merupakan bintang Musical.ly yang ada lebih 3.5 juta pengikut di laman Instagram. Bintang ini telah jalin hubungan cinta dengan Andrew selama setahun setengah.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

sumber: mynewshub

Friday, October 06, 2017

Kisah Kehebatan Mr T Yang Ramai Tidak Pernah Tahu!

Kisah Kehebatan Mr T Yang Ramai Tidak Pernah Tahu!

Mr T atau nama sebenarnya Lawrence Tureaud, dulahirkan pada 21 Mei 1952, adalah pelakon Hollywood dan seorang bekas pensyarah yang sudah bersara popular dengan peranannya sebagai BA Baracus dalam siri televisyen 1980-an The A-Team.

Mr T

Mr T juga merupakan aktor yang berlakon sebagai petinju Clubber Lang dalam filem Rocky III dalam tahun 1982.

Mr T terkenal dengan gaya rambut pahlawan Afrika, Mandinka, perhiasan emasnya dan imej lelaki yang gagah.

Pada tahun 2006, dia membintangi I Pity the Fool, sebuah rancangan realiti di TV Land. Tajuk rancangan ini berasal dari kata kunci yang terkenal yang digunakan oleh wataknya, Clubber Lang.

Semasa berada dalam angkatan tentera, Mr.T diceritakan telah diberikan hukuman untuk menebang pokok namun sarjan yang mengarahkannya tidak memberitahu jumlah yang perlu ditebang.

Jadi, Mr.T telah menebang sebanyak 70 batang pokok dalam tempoh 3 jam setengah sahaja!

BACA INI JUGA: Jet Li, Lagenda Kung Fu Master

-SENTIASAPANAS.COM