Saturday, May 29, 2021

Khasiat Dan Manfaat Rempah Sumac Tinggi Anti-Oksidan

Khasiat Dan Manfaat Rempah Sumac Tinggi Anti-Oksidan

Sumac atau juga disebut sumach, sumak, soumak, sumaq, berasal dari bahasa Perancis Lama, Bahasa Syria atau Arab سُمَّاق‎ (summāq) yang bermaksud 'merah', terkenal di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Utara.

Sumac

Rempah Sumac mempunyai rasa masam seakan lemon dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Secara botaninya, sumac adalah pokok renek dan kecil yang boleh mencapai ketinggian 1–10 meter, daun berpilin, bunganya padat dan sangat kecil, kehijauan, putih krim atau merah dengan 5 kelopak buahnya membentuk kelompok padat buah berbiji merah.

Rempah Sumac dihasilkan daripada biji kering pohon Rhus coriaria, iaitu nama saintifiknya.

Khasiat Sumac Untuk Kesihatan

Rempah Sumac ini telah digunakan sejak sekian lama bukan hanya kerana warna dan rasanya yang menaikkan lagi selera dalam hidangan, tetapi juga pelbagai kelebihan sumac terhadap kesihatan.

Berikut adalah antara khasiat sumac yang telah dikaji secara saintifik.

1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah

Menurut Dr. Josh Axe menerusi Dr. Axe.com, kajian telah membuktikan bahawa khasiat sumac dapat membantu mengekalkan bacaan gula normal dalam darah, serta membantu menurunkan kadar gula sehingga 13%.

Hal ini turut disokong oleh sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 menerusi Journal of Research in Medical Sciences, di mana ia dikatakan berpotensi mengawal kadar insulin dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

2. Kaya Anti-Oksidan

Salah satu kelebihan sumac juga adalah kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi berbanding kebanyakan herba dan rempah lain.

Menurut sumber, kandungan anti oksidan yang terdapat dalam sumac adalah melebihi kayu manis, oregano, acai berry serta banyak lagi buah-buahan dan sayuran lain.

3. Mengurangkan Kadar Kolesterol

Dalam sebuah kajian oleh Tehran University of Medical Sciences di Iran, antara khasiat sumac adalah, ia berupaya mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida.

Seperti yang kita tahu, kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam arteri akan membentuk sumbatan pada otot jantung hingga terpaksa bekerja lebih keras sekali gus menjadi faktor risiko terhadap penyakit jantung.

4. Digunakan Secara Tradisional Untuk Kesihatan Wanita

Sumac juga boleh dijadikan jus atau teh dan ia digunakan secara turun-temurun untuk merawat masalah kesihatan wanita, menambah susu ibu, mengurangkan kesakitan senggugut dan cramp (krem).

Ia turut digunakan secara luaran untuk mengatasi masalah discaj vagina yang berlebihan.

5. Membantu Kekuatan Tulang

Terdapat kajian mendakwa sumac berpotensi digunakan untuk meningkatkan kekuatan tulang.

Ini kerana ia mampu mencegah pereputan tulang serta menghilangkan risiko kehilangan jisim tulang.

6. Tinggi Vitamin C

Jus sumac biasa dijadikan minuman oleh orang asli Amerika untuk merawat demam, batuk dan penyakit skurvi oleh kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin C.

7. Mengurangkan Kesakitan Otot

Dalam Hungarian Academy of Sciences, kajian mendapati bahawa jus sumac mampu mengurangkan kesakitan otot yang dialami selepas bersenam.

Disebabkan kandungan anti-oksidannya yang tinggi, ia turut membantu mengurangkan inflamasi dan memberi kelegaan kepada sesiapa yang mengambilnya secara sederhana.

CARA GUNA SUMAC

Letakkan 1 sudu teh serbuk sumac ke dalam cawan dan campurkan dengan air panas. Minum ketika suam. Juga boleh dibancuh sejuk dan boleh dicampurkan dengan madu. Minum sehari sekali pun sudah mencukupi.

Juga boleh dicampurkan ke dalam makanan seperti salad, untuk perapan daging, ayam dan sebagainya.

Rasanya masam seperti ribena, roselle dan delima.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: mysihat

Thursday, December 10, 2020

3 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kulit, Rambut Dan Kesihatan

3 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kulit, Rambut Dan Kesihatan

Minyak Zaitun sememangnya telah diakui mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang dapat membantu mencegah beberapa jenis penyakit, juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri.

Minyak Zaitun

Walau bagaimanapun, minyak zaitun tidak boleh menggantikan rawatan konvensional seperti ubat-ubatan yang dibekalkan doktor untuk merawat penyakit berkaitan gangguan sistem kardiovaskular.

FAKTA NUTRISI MINYAK ZAITUN

Satu sudu makan Minyak Zaitun mengandungi:
  • 119 kalori.
  • 13.5 gram lemak (9.8 darinya ialah lemak mono tak tepu).
  • Tiada langsung gula, karbohidrat atau protein.
  • 1 miligram vitamin K.
  • 9 miligram vitamin E.

Terdapat pelbagai khasiat minyak Zaitun dari tiga aspek utama iaitu khasiat untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan.

KEBAIKAN UNTUK KULIT

Melembapkan kulit

Minyak Zaitun mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat.

Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit dan tahan lama serta sesuai dengan semua jenis kulit.

Memperbaiki kesihatan kulit

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

Membantu membuang mekap di muka

Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding jenama lain yang berada di pasaran.

Minyak Zaitun bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.

Mempunyai elemen antipenuaan

Apabila umur semakin meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk, tetapi boleh dikurangkan dengan menggunakan minyak zaitun.

Sebagai skrub bibir

Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir.

Menyembuhkan kulit tumit yang merekah

Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan.

Anda boleh memakai stokin untuk kelegaan yang lebih cepat.

KEBAIKAN UNTUK RAMBUT

Memastikan rambut kekal sihat

Minyak zaitun, bersama dengan kombinasi beberapa bahan yang lain seperti madu dan kuning telur, boleh bertindak dengan baik untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang membantu melawan rambut gugur, manakala madu boleh memberikan kelembapan terhadap rambut.

Minyak Zaitun juga mengandungi nutrien yang lain seperti magnesium, zink, sulfur, kalsium, dan vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut.

Kuning telur kaya dengan protein, nutrien yang membentuk elemen pada rambut.

Boleh digunakan sebagai rawatan pra-syampu

Urutan minyak zaitun sebelum syampu membantu memberikan kilauan dan kekuatan kepada rambut anda.

KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

Memperbaiki kesihatan kuku

Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.

Membantu mencegah kanser payudara

Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.

Di dalam percubaan klinikal lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.

Membantu mencegah diabetes

Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan 'polyunsaturated', seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes.

Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes di kalangan wanita.

Mengelakkan daripada penyakit Alzheimer

Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer.

Kajian Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa, yang mana minyak zaitun 'extra virgin' didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

Menguatkan tulang

Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat.

Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

Merawat kemurungan

Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

Membantu kurangkan berat badan

Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan.

Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan.

Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

Membantu mengawal kolesterol dalam badan

Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima, membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan.

Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak 'monounsaturated' sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

Melegakan sembelit

Minyak zaitun kaya dengan lemak 'monounsaturated', membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah.

Minyak Zaitun juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

Membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang

Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

Membantu mencairkan tahi telinga

Minyak Zaitun juga dapat membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga.

Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

CARA PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN

Caranya:
  • Minum satu sudu pagi dan satu sudu petang atau malam (boleh minum air selepasnya).
  • Letak sebagai dressing dalam salad atau ulam.
  • Renjis sedikit pada masakan seperti lauk, sayur-sayuran, telur dadar dan telur hancur.
  • Gunakan ketika memasak pada suhu rendah untuk menggoreng telur mahupun merenih sayur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: DOC

Friday, July 03, 2020

Ketahui Khasiat Dan Manfaat Lidah Buaya

Ketahui Khasiat Dan Manfaat Lidah Buaya

Lidah buaya (Aloe vera) adalah spesies tumbuhan herba dari keluarga Liliaceae, dengan hampir 420 spesies, berasal dari Afrika Utara dan mudah ditemui di seluruh dunia kerana tumbuhan ini dapat beradaptasi dalam semua iklim.

Pokok Lidah Buaya

Orang-orang Mesir purba telah mula menggunakan Aloe vera sebagai antiseptik sejak tahun 1500 sebelum Masihi untuk merawat jangkitan kuman, serangan penyakit dan kelecuran akibat terbakar.

Nama 'aloe' juga berasal daripada perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit, mengandungi 96% kandungan air, manakala 4% lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

MANFAAT LIDAH BUAYA

Pokok lidah buaya mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik.

80% populasi dunia menggunakan tumbuhan herba untuk merawat penyakit.

Pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan herba yang wajib ditanam di rumah kerana dapat digunakan sebagai antiseptik tatkala kita berhadapan detik kemalangan atau kecemasan di rumah mahupun ketika ingin dijadikan sebagai makanan tambahan.

Bahagian lidah buaya yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik ialah daunnya. Rahsia keajaibannya terletak pada nutrien dan bahan penting termasuk air, vitamin A, B, C, dan E.

Malah, Lidah Buaya dikatakan mengandungi lebih daripada 20 mineral yang secara tidak langsung membuatkan ia bukan saja unik dan menarik sebagai tanaman hiasan serta penawar.

MANFAAT KECANTIKAN

Melembapkan Kulit

Anda mengalami masalah kulit kering? Aloe Vera boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Antara manfaat utama pokok ini ialah ia mempunyai tinggi kandungan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.

Mencerahkan Kulit

Pernahkah anda terdengar tentang khasiat lidah buaya sebagai pencerah kulit wajah? Jika tidak, ia merupakan sumber semula jadi yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit kusam.

Bahan seperti Aloesin dan Aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah.

Walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang berkesan maka, ia harus digunakan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Mengurangkan jerawat

Jika anda melihat pencuci muka di pasaran mengandungi Aloe vera, anda tidak lagi perlu berasa was-was.

Hal ini kerana, Aloe Vera digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Apabila anda melihat terdapat jerawat pada wajah, sapukan gel tersebut pada permukaan jerawat dan biarkan ia semalaman.

Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi kurang daripada biasa.

Mengecilkan pori-pori wajah

Jika anda sering terganggu dengan pori-pori yang kerap timbul pada wajah, anda boleh gunakan pokok Lidah Buaya untuk mengatasinya.

Aloe vera memiliki kebolehan untuk mengurangkan pori-pori pada wajah.

MANFAAT PERUBATAN

Jika anda sedang mengalami masalah kulit yang kronik, anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan ini untuk mengelakkan masalah tersebut.

Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar

Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit, anda boleh meletakkan gel aloe vera pada bahagian kulit yang terjejas.

Ia berupaya untuk mengurangkan iritasi dan keradangan pada kawasan terjejas. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Membantu merawat luka

Luka-luka kecil yang boleh menyebabkan gejala seperti pedih boleh dirawat menggunakan tumbuh-tumbuhan ini.

Aloe Vera mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan parut luka.

Membantu merawat Ekzema, Seborrheic Dermatitis

Manfaat melembabkan kulit juga boleh membantu merawat penyakit kulit kering ini namun, rawatan yang diberikan doktor harus dilaksanakan dan diberi keutamaan.

Merawat lesi vesikular jangkitan virus Herpes pada bibir 'cold sore'

Anda boleh meletakkan gel Aloe Vera dua kali sehari pada permukaan vesikular tersebut. Ia boleh membantu menyembuhkan jangkitan virus Herpes.

CARA BUAT MASKER LIDAH BUAYA

Aloe Vera boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain untuk menghasilkan masker yang berkesan.

Pelbagai alternatif bahan yang boleh digunakan seperti kacang badam, madu, susu, buah pisang dan sebagainya.

Kami akan menerangkan cara penghasilan masker lidah buaya dan madu, yang berperanan untuk mengurangkan keradangan kulit serta berfungsi sebagai antibakteria kepada kulit.

Bahan-bahan:
  • 1 sudu kecil gel lidah buaya.
  • 1 sudu kecil madu.

Cara-cara:
  • Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati.
  • Lumurkan masker tersebut pada wajah dengan rata.
  • Biarkan masker selama 20 minit untuk diserap oleh wajah.
  • Bilas dengan air suam.
  • Keringkan wajah dengan tuala yang bersih.
  • Selesai.

KHASIAT LIDAH BUAYA

Pengamal perubatan moden mula menggunakan lidah buaya semenjak tahun 1930an.

Lidah buaya digunakan sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem pertahanan badan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing, hati dan sistem penghadaman serta mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan.

Apabila digunakan secara luaran, Lidah Buaya sangat berkesan untuk membantu merawat termasuk gigitan serangga, jerawat, selaran matahari, ruam, parut, cela dan kudis.

Cara Penggunaan Lidah Buaya

Bagi kegunaan di rumah, gel daripada daun lidah buaya boleh digunakan untuk merawat bahagian badan yang melecur atau melepuh.

Selain itu, lidah buaya juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan ketika demam dengan menyapu gel pada kepala dan dahi. Proses penyembuhan luka juga dapat dipercepatkan dengan menyapu bahagian luka dengan gel Aloe vera.

Bukan itu sahaja, bagi wanita-wanita yang mementingkan kecantikan menggunakan bahan semulajadi, lidah buaya merupakan tumbuhan herba terbaik untuk digunakan bagi menggantikan produk kosmetik di pasaran.

Gel daripada daun lidah buaya dapat membantu mencegah jerawat, menegangkan kulit muka dan menambahkan kelembapan kulit, juga dapat melebat dan menyuburkan rambut.

Gel aloe vera juga boleh diminum.

Penting:
  • Sebelum menggunakan gel lidah buaya, rendam keratan batang di dalam air selama 1-2 jam untuk menghilangkan pulutnya kerana beracun.
  • Selepas direndam, ia selamat digunakan, malah boleh diminum untuk kesihatan.

CARA TANAM LIDAH BUAYA

Lidah buaya memerlukan cahaya matahari selama lapan hingga 10 jam sehari, sementara pertumbuhan paling baik adalah pada suhu hangat atau panas.

Namun, Lidah Buaya juga mampu bertahan dan hidup pada cuaca sejuk tapi bukan di bawah negatif empat darjah Celsius.

Jika anda menanam pokok lidah buaya di dalam pasu, pastikan bekas tanaman itu mempunyai lubang pada dasarnya supaya sistem pengaliran air sempurna.

Ini kerana pengaliran air yang tidak sempurna boleh menyebabkan tanah di dalam bekas tanaman itu basah dan lembap.

Kondisi tanah yang sentiasa lembab boleh menyebabkan Lidah Buaya cepat mati.

Jika daunnya tumbuh mendatar atau rapat ke tanah itu bermakna ia memerlukan cahaya matahari yang banyak. Daun lidah buaya seharusnya tumbuh meninggi atau melebar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Monday, June 29, 2020

19 Petua Merawat Penyakit Dengan Kurma

19 Petua Merawat Penyakit Dengan Kurma

Khasiat buah kurma sememangnya diakui diseluruh dunia dan buah kecil ini memang sangat dianjurkan untuk dimakan sebelum berbuka puasa bagi umat Islam untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Khasiat Kurma

Tak kisahlah buah Kurma yang mahal atau murah, apa yang penting sebelum jamah kena kopek dulu. Bimbang ada serangga kecil di dalamnya.

Berikut adalah 19 petua amalan tradisi ketika memakan buah kurma yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit. Insya-Allah hasilnya berkesan.

1. Denggi berdarah

Ambil 500 gm kurma dan 5 gelas air. Kisar sehingga hancur. Kemudian minum segelas setiap satu jam selama sehari.

2. Cirit birit

Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum tiga kali sehari.

3. Insomnia (Sukar tidur malam)

Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.

4. Meningkatkan stamina

Celur kurma dalam segelas air sehingga mendidih. Kemudian tambahkan susu dan madu secukup rasa. Minum setiap kali hendak tidur.

5. Menghilangkan rasa mual

Cincang atau lumatkan buah kurma. Rebus dalam air mendidih. Kemudian minum air tersebut ketika masih panas.

6. Mengelakkan cacing dalam perut

Makan beberapa biji kurma pada waktu pagi ketika perut masih kosong.

7. Radang usus

Ambil Sembilan biji kurma gred A dan buang bijinya. Rendam dalam air panas. Kemudian kisar dengan 500 ml susu berkalsium tinggi dan diminum. Amalkannya sehingga sembuh.

8. Sakit perut

Rebus beberapa biji kurma. Kemudian hancurkan dan campur dengan susu kambing atau susu lembu asli segar. Minum dua kali sehari.

9. Sembelit

Rendam beberapa biji kurma semalaman. Kemudian minum air rendaman itu pada waktu pagi.

10. Bengkak kaki

Tumbuk kurma beserta bijinya. Kemudian campurkan resin sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada kaki bengkak.

11. Batuk pada kanak-kanak

Hancurkan kurma kering. Kemudian campurkan dengan susu dan beri minum kepada kanak-kanak.

12. Bersin

Sapukan jus kurma pada hidung.

13. Lemah tenaga batin

Tiga kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu.

14. Badan letih

Buah kurma dicampurkan susu kambing asli atau susu lembu asli, lalu diminum.

15. Angin dalam perut

Hancurkan beberapa biji kurma kemudian gaulkan dengan biji Habbatus Sauda yang ditumbuk hancur. Amalkan setiap hari.

16. Sukar bersalin

Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian minum air rebusan tersebut.

17. Mendapatkan tenaga sebelum bersalin

Makan beberapa biji buah kurma (sebaik-baiknya bilangan ganjil). Kemudian minum segelas air kosong.

18. Selepas bersalin

Ambil sekurangnya-kurangnya tujuh biji kurma kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga menjadi segelas atau segelas setengah. Amalkan meminumnya sekurang-kurangnya dua gelas sehari.

19. Dispepsia (sakit seolah-olah terdapat gas, sakit dan terbakar di bahagian perut)

Makan bawang merah dengan kurma, kacang dhal, Habbatus Sauda, thyme dan keju.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hijabista

Saturday, June 27, 2020

Halia Hitam, Manfaat Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Halia Hitam, Manfaat Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Halia hitam merupakan tumbuhan herba daripada kumpulan keluarga Zingiberaceae dalam genus halia dengan nama saintifik Kaempferia parviflora, dan sering disalah anggap sebagai Kunyit Hitam (Curcuma caesia) namun kedua-duanya adalah berbeza.

Rizom Halia hitam
Rizom Halia hitam.

Halia hitam mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan bagi tujuan pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan.

Dari segi ciri botani, ia merupakan jenis tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah, berwarna hitam ungu dan kepekatan warna bergantung kepada tanah, ciri-cirinya adalah hitam ungu.

Khasiat Utama Halia Hitam

1. MENCUCI DARAH

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa halia hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

2. ANTI KANSER TERBAIK

Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam tumbuhan ini bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit

3. UBAT KUAT (VIAGRA) SEMULAJADI

Halia hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan di Thailand secara tradisional sebagai 'ubat kuat' (semula jadi), merawat saraf dan membina otot.

Khasiat Lain Halia Hitam:
  • Mampu meningkatkan tenaga.
  • Meningkatkan organ kekuatan otot.
  • Diperkaya dengan antioksidan.
  • Membantu rawatan resdung tahap kronik.
  • Merawat alahan dan kegatalan.
  • Berfungsi sebagai antigastrik atau ulser.
  • Merangsang penghadaman dan dapat mengelakkan sembelit serta buasir.
  • Merangsang prestasi seksual (wanita) dan menopaus.
  • Mencegah masalah obesiti dan diabetes.
  • Membantu rawatan migrain dan sakit kepala.
  • Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung).
  • Peningkatan peredaran darah.
  • Agen antibarah.
  • Membantu meningkatkan prestasi seksual dan tenaga fizikal.

Kajian MARDI

Kunyit Hitam Curcuma Caesia
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia) yang sering disalah anggap sebagai Halia Hitam.

Hasil kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga mendapati Halia Hitam mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan tenaga manusia dan dikatakan sesuai untuk kosmetik serta bahan rawatan penyakit jantung.

Berbanding di Thailand, penghasilan produk berasaskan halia hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang menanamnya dalam skala yang besar.

Maka tidak hairanlah di negara gajah putih itu terdapat produk berasaskan halia hitam yang diaplikasikan dalam pelbagai bentuk makanan kesihatan tambahan selain kosmetik.

Kekurangan halia hitam di Malaysia, menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dalam kuantiti yang banyak dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti pokok herba lain seperti tongkat ali dan kacip fatimah.

Penanaman

Pokok halia hitam
Halia hitam.

Halia hitam tidak sesuai ditanam menggunakan tanah liat dan memerlukan kawasan yang redup bagi mengelak terkena cahaya matahari berlebihan.

Pokok halia hitam akan mencapai tahap matang antara 10 hingga 12 bulan dan memerlukan pemantauan rapi terutama dari segi baja serta air.

Halia hitam jika ditanam secara komersial, ia boleh membawa pulangan lumayan kepada pengusaha bukan saja untuk pasaran tempatan, malah luar negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, June 26, 2020

Khasiat Halia Dan Kesan Sampingan Pengambilannya

Khasiat Halia Dan Kesan Sampingan Pengambilannya

Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan, dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.

Khasiat Halia

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia adalah, China, India, Nigeria, Australia dan Thailand, manakala di Malaysia, penanamannya boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia adalah sejenis rempah berakar yang mempunyai rasa yang agak pedas dan bau yang agak kuat. Ia paling dikenali dengan sifatnya yang sangat bermanfaat buat kesihatan individu.

Ia berasal daripada kawasan-kawasan panas di Asia, termasuk China, Jepun, dan India namun sangat terkenal di negara China.

Sewaktu zaman pemerintahan Dinasti China dahulu, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan pelbagai jenis kondisi kesihatan yang dialami individu ketika itu tidak kira ringan atau berat seperti loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.

Disebabkan oleh pelbagai manfaat kesihatan yang dimilikinya, halia kini berkembang di pelbagai tempat di seantero dunia seperti Amerika Selatan, Afrika, dan Timur Tengah.

Ia antara bahan versatil yang boleh ditambahkan dalam pelbagai jenis minuman seperti smoothie atau teh dan makanan seperti kari, kuah atau.

Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

SIFAT HALIA YANG BAGUS UNTUK KESIHATAN

Selalu kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu adalah bagus buat kesihatan manusia, bukan? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia itu sendiri, berikut adalah sifat-sifatnya:

Antiradang

Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.

Antioksidan

Halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, dan Huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.

Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilakn ROS dengan lebih banyak.

Pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS – tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh.

MANFAAT HALIA UNTUK KESIHATAN

Halia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh dunia. Ia sangat kaya dengan bahan kimia semula jadi yang dapat memperbaiki tahap kesihatan anda.

Walaupun masih terdapat banyak kajian yang perlu dilakukan untuk lebih memahami dan membuktikan keberkesanan tumbuhan ini dalam kesihatan, terdapat beberapa manfaatnya untuk kesihatan yang tidak dapat dinafikan.

Merawat loya dan muntah-muntah

Halia dipercayai dapat meredakan ketidakselesaan dalam perut terutamanya ketika sedang hamil. Ia mungkin berfungsi dengan menyingkirkan gas-gas yang terperangkap di dalam usus badan kita.

Ia juga dikatakan dapat mengurangkan ibu hamil mengalami 'morning sick' yang kadangkala amat mengganggu ketenteraman waktu pagi buat wanita yang sedang hamil.

Wanita hamil dengan masalah loya seharusnya mengambil manfaat daripada tumbuhan ini. Adalah dianggap selamat untuk wanita hamil mengambil ia dalam bentuk lozeng atau gula-gula.

Walau bagaimanapun, selalulah berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang jenis makanan tambahan atau ubat-ubatan semasa mengandung.

Selain itu, loya dan muntah-muntah yang disebabkan oleh ubat-ubatan untuk HIV/AIDS juga boleh dilegakan dengan mengambil halia pada setiap hari.

Kajian mendapati bahawa dos harian halia yang diambil 30 minit sebelum rawatan antiviral selama 14 hari dapat mengurangkan risiko seseorang loya dan muntah-muntah. Tumbuhan ini juga berfungsi untuk loya dan muntah-muntah selepas pembedahan.

Ramai pesakit melaporkan gejala loya dan muntah-muntah mereka kurang teruk dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan jika mereka mengambil 1 – 1.5 gram halia 1 jam sebelum prosedur.

Selain itu, sebatian fenolik yang terdapat dalam halia dipercayai berkesan dalam mengurangkan kerengsaan gastrousus, merangsang penghasilan air liur dan hempedu.

Mencegah kuman dalam tubuh badan

Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

Menguatkan imunisasi tubuh badan

Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

Mengurangkan berat badan

Halia mungkin membantu dalam mengurangkan berat badan apabila ia digabungkan dengan pengambilan diet pemakanan yang sihat dan juga senaman secara berkala.

Kajian menunjukkan jika seseorang individu itu meminum air halia panas setiap kali selepas makan, mereka akan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

Jika anda sedang berdiet atau ingin mengurangkan pengambilan gula, pengambilan air yang berasaskan halia ini sangat membantu untuk menjayakan misi itu.

Anda boleh mengamalkan pengambilan teh halia pada waktu pagi dan petang. Ia boleh membantu untuk menghilangkan keinginan atau 'craving' terhadap gula.

Selain itu, ia juga boleh membantu dalam proses pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma secara semula jadi. Disebabkan itu, ia selalu digunakan dalam produk pelangsingan tubuh badan.

Sekiranya anda ingin mencuba air halia asli, caranya adalah mudah sahaja. Anda cuma perlu memasukkan tumbuhan ini ke dalam teh atau rendam halia ke dalam air panas dan campurkan sedikit dengan madu untuk mendapatkan rasa yang sedikit manis.

Anda boleh minum ia setiap kali sebelum makan dan sudah pasti anda akan dapat merasai kebaikannya selepas itu.

Membantu sistem penghadaman

Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai 'bile'.

Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia. Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.

Jadi, kita boleh cuba ambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu sistem penghadaman.

Melegakan kesakitan otot

Halia tidak akan menghilangkan kesakitan otot secara serta-merta, tetapi ia akan mengurangkan rasa sakit secara perlahan-lahan.

Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan, individu yang mengalami sakit otot akibat melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, dan mengambil tumbuhan ini tidak mengalami kesakitan pada hari yang berikutnya berbanding individu yang tidak mengambil tumbuhan ini .

Ini disebabkan oleh tumbuhan ini mempunyai enzim yang dapat membantu untuk mengawal kesakitan yang dialami oleh individu. Jadi, ia sangat bagus untuk sakit otot ketika bersukan atau 'period pain'.

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk melegakan sakit kepala. Caranya mudah sahaja iaitu campur ia bersama minyak angin dan sapu ke kawasan itu untuk mengurangkan rasa sakit.

Mengurangkan kesakitan menstrual

Kesakitan menstrual merujuk kepada kesakitan yang dihadapi individu wanita ketika kitaran menstrual. Ia mampu untuk mengurangkan kesakitan dan berfungsi seperti ibuprofen.

1500 mg tumbuhan ini dilaporkan dapat mengurangkan kesakitan haid apabila diambil dalam 3 dos berasingan setiap hari semasa 3 hari pertama kitaran haid seseorang.

62% wanita mengalami pengurangan sakit segugut yang besar selepas diberikan 250 mg ekstrak tumbuhan ini yang tertentu (Zintoma dan Goldaru) empat kali sehari selama 3 hari pertama haid. Ia berkesan seperti ibuprofen atau asid mefenamic.

Berkaitan manfaatnya melegakan kesakitan, tumbuhan ini terbukti dapat melegakan kesakitan otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal sebanyak 25%.

Mengurangkan pening kepala

Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil.

Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

Memastikan kitaran darah yang normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan.

Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, menyatakan tumbuhan ini mungkin dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik. Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

Menurut pengkaji yang lain pula, dikatakan halia mungkin dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.

Menjaga kesihatan oral

Halia mengandungi fungsi antibakteria, jadi secara tidak langsung ia meningkatkan tahap kesihatan mulut menjadi lebih baik.

Sebatian aktif dalam tumbuhan ini yang dipanggil gingerol menghalang bakteria oral daripada membiak dalam mulut – bakteria yang sama boleh menyebabkan penyakit periodontal, jangkitan gusi yang serius.

Dalam masa yang sama, ia juga sebenarnya amat membantu untuk menghilangkan masalah mulut berbau, di samping dapat menguatkan gusi dan memberi nafas yang lebih segar. Anda pasti akan rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai.

Jadi, jika anda adalah seorang yang mempunyai masalah dengan kesihatan mulut, cuba minum air yang berasaskan tumbuhan ini.

Selain itu, ia juga adalah sangat bagus untuk merawat batuk dan sakit tekak. Untuk melegakan sakit pada kerongkong anda, potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit.

Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit pada kerongkong anda.

Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil tumbuhan ini sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

Mencantikkan kulit wajah

Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini.

Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela.

Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit dan selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

ADAKAH TERDAPAT KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN HALIA?

Di sebalik kesemua manfaat yang dinyatakan, terdapat juga kesan sampingan pengambilan tumbuhan ini.

Hakikatnya, dos oral tumbuhan ini umumnya selamat bagi kebanyakan orang, walau bagaimanapun dalam beberapa kes, mungkin terdapat kesan sampingan yang ringan seperti pedih hulu hati, cirit-birit, dan ketidakselesaan perut.

Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan haid yang lebih berat. Kegunaan luar halia juga dianggap selamat jika digunakan dengan betul pada jangka masa pendek.

Bagi mereka yang sedang hamil atau menyusukan bayi, berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk menimbang manfaat terhadap kemungkinan risiko.

Ia boleh meningkatkan risiko pendarahan pada orang dengan gangguan pendarahan dan memburukkan beberapa masalah jantung.

Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil tumbuhan ini kerana ia boleh menjejaskan tahap insulin dan tahap gula dalam darah; yang dengan itu memerlukan pelarasan dalam ubat-ubatan.

ALTERNATIF BAGI HALIA

Sekiranya anda mahu mencuba alternatif yang lain selain tumbuhan ini, terdapat beberapa pengganti halia yang anda boleh gunakan.

Anda boleh cuba guna lada benggala, lada merah, atau paprika untuk menambahkan rasa ekstra pada makanan anda yang lebih kurang sama dengan tumbuhan ini. Selamat mencuba!

Konklusi

Konklusinya, halia adalah sejenis herba yang sangat bermanfaat buat kesihatan kita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menaikkan lagi seri wajah kita kerana ia juga sangat bermanfaat buat kecantikan kulit kita. Jadi, apa kata anda mencubanya sekarang?

Akan tetapi, terdapat juga mitos yang mengatakan tumbuhan ini mungkin tidak sesuai diambil oleh sesetengah individu.

Jadi, sebelum mengambilnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan dengan lebih lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Saturday, June 20, 2020

Khasiat Temu Lawak Untuk Kesihatan

Khasiat Temu Lawak Untuk Kesihatan

Khasiat Temu lawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorhizal untuk kesihatan tidak perlu diragukan lagi kerana ia sudah lama digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional, selain menjadi bahan wajib dalam pembuatan jamu.

Khasiat Temu Lawak

Temu lawak mempunyai rupa fizikal seperti kunyit, halia, lengkuas dan temu pauh, bezanya adalah dari segi lebar dan ketebalan daun dan juga rasa ubinya.

Daun temu lawak mempunyai sejalur warna ungu ditengah-tengah daun, malah tidak berbau seperti kunyit.

Temu lawak (Curcuma) adalah dari keluarga halia (Zingiberaceae) yang merupakan tumbuhan asli Indonesia, dan ditanam di Thailand, Filipina Sri Lanka dan Malaysia.

Temu temu lawak jarang digunakan dalam masakan kerana rasanya pahit dan berangin, namun digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan juga mandian untuk wanita selepas bersalin.

Ubi temu lawak mempunyai rasa sedikit pahit dan berangin, manakala ubinya agak besar berbanding halia.

Warna temu lawak akan berubah mengikut keadaan, contohnya jika masih baru, warnanya seperti halia muda-kuning cair.

Jika sudah tua dan telah beberapa hari dikeluarkan dari tanah, warna kulitnya akan bertukar ke warna coklat.

Berikut merupakan khasiat temulawak untuk kesihatan badan:

1. Menghilangkan Rasa Sakit Ketika Haid

Bagi wanita, sakit senggugut ketika haid pastinya menyeksakan. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana temu lawak dapat menjadi penawar kepada sakit itu.

Minumlah jamu temu lawak secara teratur dan rasa sakit senggugut itu akan hilang.

2. Menambahkan Nafsu Makan

Kandungan minyak atsiri dalam temu lawak dapat membantu meningkatkan nafsu makan, kerana kebanyakan masyarakat zaman dahulu menggunakan temu lawak untuk diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang nafsu makan.

Caranya, rebus sedikit temu lawak, gula merah dan asam jawa, kemudian minum airnya.

3. Menurunkan Kolesterol Dalam Darah

Temu lawak mampu menurunkan kadar kolesterol dan membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah.

Zat kurkumin yang terkandung dalam temu lawak, berperanan dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah ini.

4. Mengatasi Radikal Bebas

Zat kurkumin pada temu lawak terbukti mempunyai manfaat lain iaitu sebagai antioksidan.

Kurkumin dapat membantu tubuh menangkap radikal bebas oksigen yang membahayakan kesihatan tubuh.

5. Menyelesaikan Masalah Jerawat

Bagi anda yang berjerawat, temu lawak mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

Selain daripada bertindak sebagai antioksidan dan juga menurunkan kolesterol dalam darah, kurkumin juga dapat membantu menghilangkan kotoran-kotoran pada wajah yang berjerawat.

Hanya ambil sedikit temu lawak yang sudah dibersihkan, kemudian potong nipis-nipis dan rebus.

Apabila air rebusan telah sejuk sedikit, tapis air rebusan temu lawak itu dan tambahkan madu ke dalamnya.

Minum air rebusan temu lawak ini dua kali sehari secara berterusan sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

6. Menyembuhkan Penyakit Buasir

Temu lawak juga berfungsi memelihara organ penghadaman dan dapat menyembuhkan penyakit buasir.

Zat di dalam temu lawak dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah dan juga memperbaiki fungsi usus besar.

7 . Mencegah Serangan Jantung dan Stroke

Khasiat lain temu lawak adalah melancarkan pengaliran darah di dalam badan sekali gus dapat mengelakkan berlakunya serangan jantung dan juga stroke.

Penyakit jantung dan stroke merupakan penyakit yang berlaku disebabkan darah bergumpal di dalam salur darah.

Khasiat lain:
  • Merawat penyakit banyak angin dalam badan.
  • Sakit kepala.
  • Sistem pencernaan bermasalah.
  • Sakit jantung.
  • Muntah.
  • Cirit-birit.
  • Disentri.
  • Asma.
  • Sakit perut.
  • Reumatisme.
  • Pengaliran darah bermasalah.
  • Mati pucuk.
  • Lemah tenaga batin.
  • Keracunan udang.
  • Badan kesejukan.
  • Sakit pinggang.
  • Urat saraf lemah.
  • Mabuk kenderaan.
  • Batuk kering.
  • Kejang.
  • Buang air berlendir.
  • Darah haid berbau hamis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Apa Itu Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser?

Apa Itu Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser?

Berdasarkan laporan oleh Google 2016 Food Trend Report, carian tentang kunyit (turmeric) atau curcumin meningkat sebanyak 56% daripada November 2015 hingga Januari 2016, menunjukkan minat masyarakat dunia kepada bahan curcumin yang terkandung dalam kunyit.

Kurkumin Kunyit

Berdasarkan laporan oleh University of Maryland Medical Centre menyatakan, WHO telah membuat anggaran bahawa 80% penduduk dunia mula bergantung kepada ubat-ubatan herba dalam perubatan primari mereka.

Di Jerman, lebih kurang 600 ke 700 ubat-ubatan berasaskan tumbuhan herba boleh di dapati dipasaran dan 70% daripada di berikan preskripsi oleh doktor-doktor disana.

Di USA juga sejak 20 tahun yang lepas, akibat ketidakpuasan hati masyarakat di sana dengan ubat preskripsi biasa maka terdapat ramai masyarakat disana telah mula menggunakan ubat-ubatan herba.

Bahan aktif didalam kunyit adalah 'kurkumin' (curcumin) iaitu sejenis bahan anti oksidan dan anti radang yang kuat. Disamping itu kunyit juga mengandungi mineral seperti manganese, zat besi, vitamin B6, kalium, vitamin C, magnesium dan serat yang tinggi.

Keradangan atau inflammasi adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, kanser, sakit jantung, darah tinggi, sindrom metabolik, pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan penyakit Alzheimer.

Komponen utama dalam kunyit adalah 'kurkumin' yang merupakan bahan anti keradangan dan pengambilan kurkumin daripada kunyit boleh membantu melawan dan mencegah pelbagai penyakit kronik ini.

Kurkumin bertindak sebagai agen anti keradangan di peringkat molekul dengan menghalang molekul NF-κB masuk ke bahagian nukleus dalam sel yang akan mengaktifkan gen yang berkaitan dengan keradangan atau inflammasi.

Kajian terkini juga menunjukkan kurkumin boleh membantu dalam penyakit-penyakit akibat keradangan seperti penyakit keradangan usus besar (IBS), keradangan sendi rheumatoid, bengkak sendi dan mengurangkan sakit sendi dan urat.

Kurkumin juga didapati boleh menurunkan paras kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan masalah penghadaman dan meningkatkan fungsi hati.

Masyarakat moden hari ini sentiasa terdedah dengan pelbagai kerosakan akibat radikal bebas daripada pencemaran udara, air dan makanan disamping faktor stres dan merokok.

Antioksidan

Kajian membuktikan radikal bebas adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kardiovaskular dan sebagainya dan Kurkumin adalah bahan anti oksidan yang melawan kesan radikal bebas dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang sel-sel di otak, buah pinggang, hati dan jantung.

Menurut laporan oleh Institute Linus Pauling di Oregon State University, kurkumin yang diambil secara oral akan mencapai kepekatan yang mencukupi dalam gastro usus kita untuk menentang radikal bebas yang menyebabkan kesan oksidatif kerosakan DNA pada lapisan mukosa usus.

Disamping itu, kurkumin juga mencetuskan ekspressi Fasa II enzim anti oksidan termasuklah 'glutamate-cysteine ligase' (GCL) dan enzim untuk sintesis glutathione (GSH).

Glutathion ini adalah anti oksidan semulajadi dalam sel-sel tubuh kita yang sangat penting untuk sel-sel tubuh menghadapi stres atau tekanan.

Kajian menunjukkan curcumin meningkatkan ekspressi GCL dengan mengaktifkan pelbagai laluan isyarat dan lain-lain enzim detoksifikasi.

Kurkumin Mencegah Kanser

Kajian menunjukkan kurkumin boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Terdapat juga kajian menunjukkan kurkumin boleh merencat perkembangan dan pertumbuhan sel-sel kanser di peringkat molekul lagi.

Kajian khusus dalam makmal dan juga kepada haiwan menunjukkan kurkumin mencegah kanser kolorektal.

Disamping itu, kurkumin juga menghalang pertumbuhan saluran darah baru (angiogenesis) kepada ketumbuhan kanser dan juga ia membantu menghalang merebaknya kanser atau metastases.

Kurkumin juga boleh membunuh sel-sel kanser secara terus. Satu kajian yang menarik melibatkan 44 orang peserta yang mempunyai ketumbuhan (lesion) dalam usus besar yang boleh berubah menjadi kanser.

Selepas di berikan 4 gram kurkumin selama 30 hari didapati 40% pengurangan jumlah ketumbuhan tersebut.

Kajian lain juga menunjukkan kurkumin boleh mencegah penyakit neurodegeneratif Alzheimer dan tiada rawatan untuk pemulihan penyakit ini dan cara terbaik adalah mencegahnya sebelum terkena.

Kurkumin adalah bahan yang boleh merentasi halangan lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan kajian menunjukkan ia boleh membantu meningkatkan fungsi kecerdasan otak seseorang.

Kajian menunjukkan kurkumin mengurangkan pengumpulan bahan plak beta amyloid, mengurangkan degradasi sel saraf otak, 'chelation' logam berat, mengurangkan penghasilan sel mikroglia, anti keradangan dan anti oksidan.

Secara umumnya didapati kurkumin meningkatkan memori pesakit Alzheimer apabila mengambilnya.

Kajian oleh Stanford University School of Medicine menunjukkan bahan protin beta amyloid merosakkan sinapses saraf sebelum ia bergumpal sebagai plak yang akan membunuh sel-sel saraf. Kerana itulah seseorang pesakit Alzheimer mempunyai masalah ingatan kerana kerosakan.

Cara Pengambilan Curcumin (Kunyit) Yang Betul

Kandungan kurkumin dalam kunyit hanyalah 3% setiap gram berat. Oleh itu ekstrak kurkumin adalah cara terbaik untuk mendapat kesan yang optimum kerana hanya dengan pengambilan melalui makanan seperti kari dan masakan tidak akan mampu mencapai dosage yang diperlukan iaitu melebihi 1 gram sehari.

Kurkumin juga lebih susah di serap ke dalam saluran darah dan cara terbaik untuk meningkatkan penyerapannya adalah dengan pengambilan lada hitam sekali dengannya kerana lada hitam mengandungi bahan 'piperine' yang meningkatkan penyerapan kurkumin sehingga 2,000 peratus.

Kunyit adalah secara umumnya selamat dimakan, tetapi pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kembung angin, loya, cirit-birit, reaksi kulit, pedih ulu hati, sakit kepala dan darah cair.

Amalkan pengambilan kunyit setiap hari dalam masakan harian kita dan untuk mendapatkan kesan terbaik, bolehlah mengambil suplemen curcumin setiap hari sebagai satu kaedah menjaga kesihatan kita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: drnorman

Thursday, June 18, 2020

Potensi Halia Hitam Lumayan Di Tanam

Potensi Halia Hitam Lumayan Di Tanam

Halia Hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora, merupakan sejenis tanaman cekur yang sangat bernilai tinggi dan digunakan secara tradisional sebagai aphrodisak dan tonik serta mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Kunyit Hitam
Halia Hitam.

Tumbuhan herba ini terdiri daripada kumpulan halia yang didapati di bahagian timur laut Thailand dan sangat popular di kalangan kaum lelaki kerana ia dikenali sebagai viagra semula jadi dan telah disahkan tiada kesan sampingan.

Di samping itu, halia hitam dikatakan dapat memberi kekuatan dan tambahan tenaga.

nota: Halia hitam dengan nama saintifknya Kaempferia parviflora, adalah berbeza dengan Kunyit Hitam (Curcuma Caesia).

Potensi Herba

Kebimbangan terhadap kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia sintetik dan tanggapan positif terhadap produk berasaskan bahan semula jadi menyebabkan peningkatan dalam industri penanaman herba.

Permintaan terhadap produk berasaskan bahan semula jadi meningkat secara mendadak dan pengusaha seluruh dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai produk yang didakwa berasaskan bahan semula jadi.

Produk ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan seperti penjagaan kesihatan tambahan (suplement), ubat-ubatan, kosmetik dan penjagaan diri.

Di Amerika contohnya, permintaan terhadap produk kosmeseutikal sahaja meningkat hampir 11% setiap tahun dan nilainya pada tahun 2008 mencapai USD7 bilion.

Di Malaysia, industri pasaran produk berasaskan herba dianggar bernilai lebih daripada RM4.5 bilion dan dijangka akan terus meningkat.

Kajian

Hasil kajian di Thailand menunjukkan halia hitam mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi, antidiabetik, meningkatkan kepadatan sperma dan antidepresi yang sesuai untuk kesihatan dan telah lama digunakan untuk tujuan perubatan.

Walaupun permintaan produk herba terus meningkat kebelakangan ini, penghasilan produk berasaskan halia hitam masih dipandang sepi berikutan kekurangan bahan tanaman untuk penghasilan secara berskala besar.

Peluang ini membolehkan MARDI untuk memperkenalkan tanaman halia hitam yang merupakan tanaman berpotensi dan bernilai tinggi yang perlu dieksploitasi dengan kadar segera.

Produk berasaskan halia hitam ini boleh diaplikasi dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, (campuran produk bersama kopi) kosmetik dan farmaseutikal yang telah banyak dihasilkan di Thailand.

Berasaskan penemuan terdahulu oleh penyelidik Thailand, halia hitam didapati selamat untuk dimakan malah terbukti keberkesanannya serta mempunyai nilai yang tinggi dan dijangka mampu memberi keuntungan lumayan.

Ia berpotensi sebagai tanaman yang dapat memberi pulangan yang tinggi kepada negara jika dihasilkan pada skala yang besar dan selari dengan R&D yang dilakukan.

Pembangunan produk berasaskan herba dan nilai tambahnya, bukan sahaja akan menggalakkan pertumbuhan industri herba, tetapi juga menyediakan peluang penjagaan kendiri kepada orang ramai.

Permasalahan dalam pengeluaran produk halia hitam ialah tidak ramai yang mengetahui khasiat dan kebaikannya.

Secara saintifiknya, khasiat halia hitam telah dibuktikan oleh kajian yang telah dilaporkan di dalam beberapa jurnal.

Namun begitu, kekurangan bahan tanaman ini di Malaysia menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan merupakan faktor utama halia hitam tidak popular seperti tanaman lain.

Malah, aktiviti R&D di Malaysia masih tidak menghasilkan banyak produk berasaskan tanaman halia hitam walaupun banyak institusi penyelidikan dan universiti yang mengetahui potensi besar tanaman ini.

Kesukaran untuk mendapatkan rizom sebagai bahan utama dalam penghasilan produk merupakan masalah utama.

Harga rizom yang terlalu mahal mencecah sehingga RM6,000/kg telah menyukarkan pengusaha industri herba untuk mengeksploitasi dan memperkenalkan tanaman ini dalam pasaran industri herba.

(Sumber: Buletin Teknologi MARDI)

HALIA HITAM BERHARGA RM200 SEKILO!

Rizom Halia Hitam
Halia Hitam.

Tumbuhan herba ini terdiri daripada kumpulan halia yang didapati secara meluas ditanam di Thailand berbanding di negara ini.

Mungkin faktor itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya.

Situasi itu turut diakui pembekal dan pengedar anak benih pokok buah-buahan dan herba, Othman Saidon.

Katanya, dari segi fizikal tanaman itu hampir serupa dengan halia biasa, namun bentuk ubinya berbeza dan berwarna ungu hitam walaupun saiz seakan-akan sama.

"Ketika ini sukar memperoleh benih halia hitam kerana ia tidak terdapat di pasaran atau nurseri. Biasanya saya mendapatkan benihnya dari Thailand pada RM200 sekilogram.

"Halia hitam mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan bagi tujuan pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan," katanya.

Othman berkata, berbanding di Thailand, penghasilan produk berasaskan halia hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang menanamnya secara berskala besar.

Tidak hairanlah di negara gajah putih itu terdapat produk berasaskan halia hitam yang diaplikasikan dalam pelbagai bentuk makanan kesihatan tambahan selain kosmetik.

"Kekurangan halia hitam di negara ini menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti pokok herba lain antaranya tongkat ali dan kacip fatimah."

Beliau turut mengakui halia hitam mudah ditanam sama ada di atas tanah, dalam pasu atau menggunakan beg semaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, June 16, 2020

Ketahui Perbezaan Halia Hitam Dan Kunyit Hitam

Ketahui Perbezaan Halia Hitam Dan Kunyit Hitam

Halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora, juga dikenali dengan nama Thai black ginger, Thai ginseng atau krachai dum, adalah tumbuhan herba dari genus halia yang ditanam secara komersial di Thailand dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Beza Kunyit Hitam dan Halia Hitam

Manakala Kunyit hitam atau nama saintifiknya Curcuma Caesia, juga dikenali sebagai Kali Haldi, Black Turmeric, Black Zedoary, berasal dari India, dari genus kunyit.

Dari segi warna fizikal, halia hitam (Kaempferia parviflora) hampir serupa dengan kunyit hitam (Curcuma caesia) yang seakan-akan sama, namun sebenarnya berbeza.

Tujuan artikel ini dibuat adalah bagi membezakan antara Halia hitam dan Kunyit hitam kerana begitu berleluasanya kesalah-fahaman masyarakat terutamanya penjual kedua-dua herba ini.

Namun, dari segi manfaat, diakui kedua-duanya memiliki khasiat masing-masing untuk kesihatan dan tiada salahnya jika digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah perbezaan Halia Hitam dan Kunyit Hitam:

1. Rizom (Isi dan Warna)
  • Halia hitam: Rizom (isi) halia hitam berwarna ungu terang atau merah cerah keunguan apabila rizom sudah matang dan merah jambu terang ketika rizom masih muda.
  • Kunyit hitam: Berwarna ungu cerah dan ungu gelap atau kebiru-biruan (dipengaruhi faktor penanaman dan kematangan) dan ada yang dilaporkan berwarna kehijau-hijauan, mungkin ditanam ditempat asalnya, India.

2. Daun
  • Halia hitam: Daun halia hitam hampir serupa dengan kunyit hitam, warna hijau lebih lebar berbanding daun halia sebenar.
  • Kunyit hitam: Daun kunyit hitam memilki jalur gelap ditengah-tengahnya.

3. Bau
  • Halia hitam: Bau halia hitam adalah sama seperti halia biasa.
  • Kunyit hitam: Manakala bau kunyit hitam seperti kunyit.

4. Genus
  • Halia hitam: Kaempferia Parviflora sebenarnya lebih dikenali dengan nama "Halia Hitam", merujuk kepada "Ginger" (Halia), dikategorikan dalam genus halia atau cekur.
  • Kunyit hitam: Curcuma Caesia pula lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkatan Curcuma adalah merujuk kepada genus "Turmeric" (kunyit).

5. Bunga
  • Halia hitam: Pokok Halia hitam mempunyai bunga berwarna putih merah.
  • Kunyit hitam: Manakala pokok Kaempferia parviflora mempunyai bunga bewarna putih merah.

6. Asal
  • Halia hitam: Berasal dari Thailand, Burma dan Vietnam.
  • Kunyit hitam: Dilaporkan berasal dari India, China dan juga Timur Tengah seperti Turki.

7. Harga Pasaran
  • Kunyit hitam: Harga pasaran dunia bagi Curcuma Caesia mencecah ribuan ringgit sekilo disebabkan permintaan yang tinggi dari serata dunia sedangkan bahan mentahnya sangat terhad dan terkawal kerana diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal.
  • Halia hitam: Harganya lebih rendah berbanding Curcuma Caesia kerana Kaempferia Parviflora mudah didapati dan banyak pengusaha yang menanamnya secara komersial.

8. Negara Pengeluar
  • Halia hitam: Negara pengeluar utama Halia hitam di dunia adalah Thailand, Vietnam dan Myanmar.
  • Kunyit hitam: Antara negara pengeluar terbesar adalah Taiwan dan India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 03, 2020

20 'Keburukan' Kunyit Jika Diambil Secara Berlebihan

20 'Keburukan' Kunyit Jika Diambil Secara Berlebihan

Tidak dapat dinafikan bahawa kunyit mempunyai banyak manfaat kesihatan yang baik untuk tubuh, termasuk sebagai agen penyingkiran anti-radang, anti-depresan, anti-bakteria dan baik untuk pernafasan.

Kesan Kunyit

Walaupun banyak faedahnya, itu tidak bermakna kita boleh menggunakan kunyit secara berlebihan.

Kesan Sampingan Kunyit Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun semulajadi, kunyit masih boleh menyebabkan kesan sampingan, terutama jika diminum dalam dos yang tinggi. Jadi apa kesan sampingan kunyit?

1. Denyutan Jantung Abnormal

Ada laporan menyebutkan bahawa seseorang yang meminum kunyit dalam dos tinggi, lebih daripada 1500mg 2 kali sehari, mempunyai denyutan jantung yang tidak normal.

Walaupun penyebab sebenar keadaan ini belum diketahui, lebih baik jika anda menghindari penggunaan kunyit secara berlebihan.

2. Menyebabkan Ruam Yang Terasa Gatal

Salah satu kesan sampingan kunyit ialah menyebabkan ruam yang terasa gatal. Jika ini berlaku kepada anda, henti menggunakannya dengan segera.

Mungkin penyebabnya adalah pulut yang ada pada rizom kunyit. Jadi, sebelum menggunakannya, rendam kunyit hidup selama satu jam di dalam air untuk menghilangkan pulut yang ada.

3. Masalah Gastrik

Kunyit selamat untuk perut apabila digunakan dengan tepat, contohnya dalam perasa makanan atau dalam segelas ubat herba.

Walau bagaimanapun, apabila merawat keadaan kronik dengan kunyit, seperti arthritis atau radang sendi, ia berpotensi menyebabkan masalah gastrousus dan gastrointestinal.

Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang meminum kunyit lebih daripada 1000mg (dalam bentuk suplemen kurkumin) setiap hari.

Namun, sesetengah orang tidak mengalami kesan sampingan ini selepas menggunakannya dalam jumlah ini.

4. Meningkatkan Risiko Ketidaksuburan

Kunyit ternyata mengurangkan kadar testosteron dan memperlahankan kadar sperma. Oleh itu, kunyit tidak boleh dimakan terlalu banyak oleh mereka yang cuba mendapatkan zuriat.

5. Menghalang Penyerapan Zat Besi Dalam Badan

Dos kunyit yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menghalang penyerapan zat besi. Oleh itu, bagi anda yang sedang haid, anemia atau mengalami kekurangan zat besi harus membataskan penggunaannya.

6. Peningkatan Risiko Pendarahan

Kerana kunyit boleh melambatkan proses pembekuan darah (anti-koagulan), maka mereka yang mengalami pendarahan mungkin akan bertambah parah kerananya.

Oleh itu, jika anda ingin menjalani prosedur pembedahan, hentikan menggunakan kunyit sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan supaya tiada pendarahan serius berlaku semasa atau selepas pembedahan.

7. Membahayakan Keadaan Janin

Apabila anda sedang mengandung atau menyusukan, kunyit sebenarnya masih selamat untuk digunakan sebagai rempah dalam masakan.

Namun, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak menggunakan ubat atau suplemen yang mengandungi bahan kunyit, kerana ia boleh merangsang rahim untuk memasuki kitaran haid.

Keadaan ini sememangnya berbahaya bagi janin yang sedang berkembang di dalam rahim.

8. Meningkatkan Jumlah Darah Semasa Haid

Penggunaan kunyit yang berlebihan juga menyebabkan kehilangan darah yang berlebihan semasa haid.

Wanita yang telah memasuki fasa menopaus juga boleh mengalami pendarahan kecil selepas meminum suplemen kunyit.

9. Mengganggu Pundi Hempedu

Kunyit boleh memburukkan keadaan pesakit yang sebelum ini mempunyai gangguan pada pundi atau saluran hempedu.

10. Menggalakkan Batu Karang

Jika anda mempunyai masalah dengan saluran kencing juga harus mengelakkan atau menghadkan penggunaan kunyit. Ini kerana kunyit mempunyai kandungan oksalat dan kalium yang tinggi.

11. Hypotension (Tekanan Darah Rendah)

Curcumin (sejenis bahan kimia dalam kunyit) boleh mengurangkan gula darah dalam pesakit kencing manis. Oleh itu, berhati-hatilah apabila memakan kunyit supaya gula darah anda tidak jatuh secara dramatik.

12. Mencetuskan Alahan

Jika anda alah kepada halia, maka anda kemungkinan besar juga alergik terhadap kunyit.

Satu-satunya cara untuk mengelakkan kesan sampingan kunyit adalah untuk mengelakkan dari memakannya.

13. Kulit Menjadi Kuning

Penggunaan kunyit dalam dos yang tinggi bukan sahaja dapat menjadikan kulit kelihatan kekuningan, tetapi juga kuku, najis, bahkan peluh.

14. Peluh Sejuk

Kerana kunyit boleh mengawal tahap hormon dalam badan (dan itu bagus), maka anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti berpeluh sejuk.

15. Badan Bau

Walaupun gejala ini biasanya ditemui pada haiwan, tetapi sesetengah pengguna mendakwa juga mengalaminya.

Untuk mengelakkan kesan sampingan kunyit ini, cuba tambah serbuk kayu manis, atau makan kunyit sebagai bahan masakan.

16. Perut Menjadi Kurang Selesa

Apabila anda menggunakan kunyit untuk kali pertama, ia biasanya akan menyebabkan kesan sampingan ringan seperti kembung sehingga perut terasa penuh dengan gas.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kualiti makanan suplemen kunyit atau kerana penggunaan kunyit yang berlebihan.

17. Mual Atau Muntah

Mual boleh dirasakan terutamanya jika anda tidak suka kunyit. Kesan sampingan kunyit seperti muntah biasanya berlaku jika umbi tersebut tercemar dengan bahan lain.

18. Sakit Kepala Semakin Teruk

Malangnya, tidak ada penjelasan saintifik mengenai kesan sampingan kunyit ini. Ia seharusnya membantu melegakan sakit kepala, tetapi jika kesan sebaliknya anda rasa, maka berhenti menggunakannya untuk sementara waktu.

19. Mencetuskan Jerawat

Kunyit tidak selalu mencetuskan jerawat. Jadi, jika terdapat jerawat yang muncul, maka ia boleh menjadi tanda bahawa anda mungkin alergik atau ada bahan lain yang mencemarkannya.

20. Mengganggu Kinerja Ubat Lain

Mereka yang meminum ubat-ubatan tertentu juga harus berhati-hati jika ingin memasukkan kunyit dalam makanan mereka.

Alasannya, kunyit boleh mengganggu keberkesanan beberapa ubat seperti aspirin, clopidogrel dan warfarin.

Kesimpulan

Itulah beberapa kesan sampingan kunyit yang boleh kita kongsi dan sekiranya anda ingin mengelakkannya, pastikan anda tidak mengambilnya terlalu banyak.

Juga, pilih suplemen atau serbuk kunyit organik yang berkualiti tinggi atau sebaik mungkin menggunakan kunyit sebagai bahan masakan sahaja kerana kaedah ini lebih selamat.

Walau bagaimanapun, pakar berpendapat bahawa kunyit masih selamat jika dimakan atau digunakan untuk kulit selama 8 bulan berturut-turut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tarahap

Tuesday, May 12, 2020

Apa Itu Spirulina?

Apa Itu Spirulina?

Menurut kajian, khasiat dan manfaat spirulina untuk tubuh badan telah diiktiraf di seluruh dunia tetapi untuk sebilangan kecil pengguna makanan superfood ini, ia masih boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang boleh membahayakan.

Apa itu Spirulina

Spirulina adalah serbuk semulajadi 'alga' (cyanbacteria) yang kaya dengan protein dan sumber antioksidan yang berfaedah, B-vitamin dan nutrien lain.

Apabila diproses dengan betul dari kolam dan air yang tidak tercemar, ia adalah sumber nutrien yang paling mudah didapati.

Sebahagian besar spirulina mengandungi protein dan asid amino penting dan biasanya lebih disyorkan untuk golongan 'vegetarian' disebabkan zat besi semulajadi yang tinggi dalam spirulina sekali gus menjadikannya sesuai digunakan semasa kehamilan, selepas pembedahan atau apabila sistem imun memerlukan rangsangan.

APAKAH FUNGSI SPIRULINA?

Spirulina mempunyai beberapa elemen nutrisi yang dapat meningkatkan kesihatan, antaranya:

Sumber Protein

Spirulina dianggap sebagai sumber lengkap protein yang berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah protein setiap gram.

Vitamin B1

Juga dikenali sebagai Thiamin, vitamin ini diperlukan untuk penghadaman lemak dan protein.

Ia sering diambil untuk meningkatkan tenaga, fungsi otak dan fungsi saraf serta menambahbaik kesihatan mata.

Zat Besi

Spirulina adalah makanan kegemaran untuk vegetarian dan vegan kerana ia merupakan salah satu sumber tumbuhan terbaik untuk zat besi.

Bagi mereka yang mengambil daging, ia mempunyai bentuk besi yang mudah diserap oleh sistem pencernaan.

Kalsium

Mempunyai lebih daripada 26 kali ganda kalsium yang terdapat dalam susu dan bahan tenusu.

Sumber Utama Nutrien

Spirulina juga adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2 (riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E.

Ia juga merupakan sumber kalium, kalsium, kromium, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, selenium, sodium dan zink.

Spirulina juga mengandungi banyak pigmen yang bermanfaat pada badan.

Mengandungi Gamma Linolenic Acid (GLA) Dan Omega-3s

Spirulina mengandungi Gamma Linolenic Acid dan Omega-3s, juga mengandungi 65% protein dan asid amino termasuk asid gamma linolenic (GLA) yang berfaedah dari segi sifat anti-radangnya terutamanya apabila diambil dengan suplemen Omega-3 yang lain.

Boleh Membantu Seimbangkan Gula dalam Darah

Kajian menunjukkan bahawa spirulina mungkin dapat membantu dalam mengimbangkan gula dalam darah dan mungkin berfungsi sebagai suplemen tambahan untuk ubat diabetes.

Kajian lain menunjukkan bahawa ia bukan sahaja menurunkan gula dalam darah malah dapat menurunkan kadar HbA1c.

HbA1c merupakan penanda jangka masa panjang bagi paras gula dalam darah.

Antioksidan yang kuat

Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel tubuh badan daripada kerosakan, kerana penyelidikan bertahun-tahun telah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengambil bahan semula jadi yang mempunyai antioksidan.

Boleh Membantu Mereka yang Mempunyai Alergi

Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa Spirulina dapat membantu mereka yang mempunyai alahan dan tindak balas alergi.

Hal ini demikian kerana ia mungkin mampu mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesesakan hidung dan isu-isu lain.

Berdasarkan kajian saintifik, sesetengah pengguna spirulina menyedari bahawa terdapat perbezaan dalam tahap serius simptom alergi mereka seperti kurang kesesakan hidung, gatal-gatal dan bersin.

Membantu Menyingkirkan Logam Berat dalam Badan

Spirulina juga boleh bergabung dengan logam berat di dalam badan dan membantu menyingkirkannya.

Ia juga tinggi dengan kandungan klorofil yang membantu menghilangkan toksin dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi.

Malah, terdapat kajian yang mendapati bahawa kombinasi 500 miligram spirulina dan suplemen zink setiap hari boleh mengurangkan separuh daripada tahap arsenik dalam badan.

Ketahanan otot

Spirulina boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak semasa senaman dan kandungan antioksidannya yang tinggi bermanfaat dalam mengurangkan proses oksidasi sel yang selalunya mengakibatkan keletihan otot.

Apakah Kesan Sampingan Spirulina?

Kesan sampingan yang memerlukan perhatian pengguna Spirulina adalah:

Mereka yang mempunyai PKU ('phenylketonuria') harus berunding dengan doktor sebelum mengambil spirulina kerana ia mengandungi asid amino.

Mereka yang mengambil ubat anti-darah beku perlu berunding dengan doktor sebelum memulakan (atau berhenti) mengambil Spirulina.

Sesetengah orang yang mempunyai penyakit autoimun tidak sesuai mengamalkan suplemen ini.

Jika anda sedang mengandung, menyusu atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu kerana ia tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusu.

APAKAH CARA UNTUK AMBIL SPIRULINA?

Terdapat dua cara pengambilan spirulina iaitu:

Serbuk Spirulina

Paling mahal tetapi mempunyai rasa yang kurang menyelerakan.

Kapsul Spirulina

Tablet kecil yang dipanggil 'EnergyBits' yang sangat mudah untuk diambil dan tiada rasa yang tidak menyelerakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: doctoroncall

Friday, April 10, 2020

Khasiat Dan Manfaat Pokok Semambu (Neem)

Khasiat Dan Manfaat Pokok Semambu (Neem)

Pokok Semambu (Azadirachta indica), Pokok Neem atau Pokok Margosa, adalah tumbuhan hijau berdaun lebat yang mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun, mempunyai helaian-helaian daun dimana setiap daun matang berwarna hijau gelap yang sama.

Pokok Semambu (Neem)
Pokok Semambu.

Pokok Semambu juga akan mengeluarkan bunga putih kecil di hujung ranting apabila cukup matang dan boleh membesar sehingga 30 kaki tinggi dengan lilitan batang pokok berukuran lebih kurang 6-9 kaki apabila cukup besar.

Pokok Semambu mudah ditanam dan tidak ada masalah serangan serangga perosak.

Minyak Neem

Biji Pokok Semambu mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem.

Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman.

Antara elemen pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai Nimbin, Nimbinin dan Nimbidin, iaitu bahan aktif yang penting di dalamnya.

Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan 'Nimbidin' mengandungi bahan iaitu Sulfur.

Bunga Pokok Semambu mampu menghasilkan bahan Glukosid, Nimbosterin dan minyak yang berbau sangat menusuk hidung.

Bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid fatty juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu, juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa.

KHASIAT DAN MANFAAT POKOK SEMAMBU

Banyak kajian dan penyelidikan mengenai kegunaan dan khasiat pokok Semambu telah dijalankan ke atas tumbuhan ini sejak dahulu.

1. Mencegah Penyakit Demam Malaria dan Kolera

Kaedah meminum air rebusan daun segar pokok Semambu sebagai tonik yang pahit adalah alternatif penting bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya ke atas organ hati.

Sediakan 2-3 helai daun untuk direbus ketika membuat persediaan untuk minuman.

2. Menyembuhkan Kudis Dan Luka

Dakwaan seterusnya adalah dimana daun Neem boleh digunakan atau disapu dibahagian luaran.

Ia didakwa sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan juga merawat luka.

Ia boleh digunakan dengan cara menuam, secara rebusan atau sapuan terus kepada bahagian yang bermasalah.

3. Merawat Buasir

Jika anda merebus kulit kayu pokok Semambu, iaitu diambil bahagian dalam kulitnya, dengan dicampur gula kelapa atau kabung setiap pagi, ia sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir.

Untuk mengatasi buasir berdarah, sebaiknya diambil 3-4 biji buah Semambu dicampur dengan air suam dan diminum untuk rawatan.

4. Merawat Kusta

Air dari pokok Neem juga mampu merawat penyakit kusta apabila ia diambil pada kadar 60 gram setiap hari.

Badan pesakit juga boleh di urut dengan air dari pokok ini dan perlu dilakukan secara berterusan selama 40 hari tanpa henti.

Jika air dari pokok Neem tidak boleh didapati, memadai dengan mengambil sebanyak 12 gram daunnya dan 3 decigram lada hitam yang ditumbuk bersama dengan air dan dimakan mengikut kesesuaian.

5. Menghalang Rambut Gugur

Amalan untuk membasuh rambut dengan air rebusan daun Semambu juga akan dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang.

Selain dapat mengelakkan rambut dari gugur, ia juga dapat membantu pertumbuhan rambut baru.

6. Mengatasi Masalah Kutu

Penggunaan minyak Semambu juga dapat menghapuskan dan mengatasi masalah serangga dan kutu dikepala.

7. Merawat Penyakit Mata

Ada dakwaan pengamal perubatan dimana Pokok Neem juga berguna pada penyakit mata.

Apabila dilakukan penitisan jus daun neem kepada mata setiap malam, didapati ia mampu memberi kesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam.

Daun Neem hendaklah ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan air. Jus akan diperolehi dengan memerahnya melalui kain yang bersih dan titiskan ke dalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.

Jus Neem juga boleh dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih dan sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis.

Selain titisan pada mata, titiskan beberapa titik kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali.

8. Membersihkan Gigi

Kegunaan lain daripada pokok Neem didakwa untuk membersihkan gigi dengan kayu ranting Neem yang dapat mengelakkan dari penyakit gusi.

Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk mulut dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.

9. Kebaikan Untuk Ibu Mengandung

Penggunaan jus daun Neem kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mewujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat mengelakkan kemungkinan keradangan.

Ia juga membantu memperbetulkan pergerakan perut serta mengawal demam dan dengan itu membantu ibu bersalin secara normal. Menggunakan air suam rebusan daun Neem untuk membasuh faraj juga dapat membantu menyembuhkan luka selepas bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj.

10. Membunuh Parasit Tanah

Pokok Semambu juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.

11. Melegakan Sakit Telinga

Wap hasil dari rebusan daun ini dapat memberikan kelegaan bagi kes-kes sakit telinga.

Beberapa helaian daun Neem hendaklah direbus dan dekatkan telinga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut.

Jika anda ada bisul ditelinga, rebus daun Neem, suamkan, campur sedikit madu, kemudian titiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.

Bagi kes dimana serangga memasuki telinga, jus daun neem suam dicampur dengan sedikit garam biasa dan titiskan kedalam telinga dapat membunuh serangga tersebut.

Dua titisan suam kuku minyak Neem kedalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak.

Racun Serangga

Pokok Semambu (Neem)
Pokok Semambu.

Dari satu penyelidikan makmal, mengesahkan hasil minyak yang diekstrak dari pokok semambu boleh bertindak sebagai racun serangga (insecticide), racun nematode (nematicides) dan racun kulat (fungicide).

Bahan aktif azadirachtin yang terkandung dalam tumbuhan ini berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Ianya dikatakan mampu mengawal serangan 400 hingga 500 spesies serangga seperti belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

Ini termasuk aphids, bena putih, teritip, kutu daun, lalat putih, lalat buah, nyamuk, lipas dan banyak lagi.

Manakala dalam penternakan ayam, penyakit sampar ayam boleh juga diubati dengan menggunakan minyak dari ekstrak daun semambu.

KKM NAFI REBUSAN DAUN SEMAMBU MAMPU SEMBUHKAN COVID-19

Sementara itu, KKM telah menafikan dakwaan amalan meminum rebusan daun semambu boleh memulihkan keadaan pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.

Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba, berkata rawatan dengan daun semambu pernah diuji untuk penyakit lain, bukan COVID-19, namun didapati tidak berkesan.

Apa yang didakwa berkesan itu mungkin dalam satu atau dua kes (penyakit lain) dan mungkin tiada kena mengena langsung dengan daun semambu.

Kesimpulan

Apa juga pun dakwaan diatas, sebaiknya anda sentiasa merujuk kepada doktor perubatan moden sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesihatan kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan