Sunday, August 13, 2017

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day disambut pada 13 Ogos setiap tahun bertujuan untuk mempromosikan kesedaran terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna tangan kidal (kiri) di seluruh dunia.

Hari Tangan Kidal Antarabangsa

Ia disambut setiap tahun bertujuan mendedahkan kesukaran orang tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan.

Biarpun menjalani kehidupan seperti insan normal lain tetapi mereka sering didiskriminasi dan Hari Tangan Kidal diwujudkan untuk menangkis persepsi negatif terhadap golongan itu.

Sambutan ini juga adalah untuk meraikan keunikan dan perbezaan pengguna tangan kidal yang terdiri dari tujuh hingga sepuluh peratus penduduk dunia.

Sambutan orang tangan kidal mula disambut sejak tahun 1976, yang diisytiharkan oleh Kelab Hari Tangan Kiri pada 13 Ogos 1997, bagi meningkatkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan orang kidal.

Setiap tahun, 10,000 orang kidal dilaporkan mengalami kecederaan kerana menggunakan peralatan orang kanan.

Orang kidal selalunya dihina dan dikritik serta mengalami tekanan emosi. Orang kidal pada zaman Gelap dilabel sebagai ahli sihir, wajib dibunuh.

Di negara-negara Islam, tangan kiri dianggap sebagai jijik dan hanya digunakan untuk mencuci najis.

Tangan kiri juga selalu dikaitkan dengan kejahatan, contohnya bila di alam akhirat nanti, buku amalan akan diberi, jika terima tangan kiri maka nerakalah tempatnya.

Dalam bahasa Itali sinestro bermaksud kiri, berasal dari perkataan sinister dan dalam bahasa Inggeris, left, selain dari kiri, bermaksudnya adalah ditinggalkan. Manakala right, adalah benar selain kanan.

Keunikan Pengguna Tangan Kidal

Selain gelaran kidal, orang yang cenderung menggunakan tangan kiri juga digelar "Lefties dan "Southpaws".

Dikatakan, orang yang menggunakan tangan kidal lebih genius daripada orang yang menggunakan tangan kanan.

Individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Buktinya, seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal dan 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh juga bertangan kidal.

Antara selebriti dan orang kenamaan bertangan kidal George W.Bush, Bill Clinton, Barack Obama, Oprah,Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci dan Michelangelo.

Di Malaysia, artis yang bertangan kidal yang paling dikenali tentulah Man Kidal dan Mawi.

Soalnya, hina sangatkah pengguna tangan kiri ini?

Sambutan menyambut Hari Tangan Kidal.

BACA INI JUGA:

sumber: cikgushamsudin