Tuesday, June 05, 2018

Benarkah Pil Paracetamol P/500 Mengandungi Virus 'Machupo'?

Benarkah Pil Paracetamol P/500 Mengandungi Virus 'Machupo'?

Penularan berita kononnya terdapat pil Paracetamol P/500 yang mengandungi virus 'Machupo' dijual di pasaran dinafikan kebenarannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Paracetamol P500 Machupo

Menurut kementerian tersebut, pil jenis Aeknil yang disebarkan dalam media sosial berwarna putih berkilat berbeza dengan yang didaftarkan dengan kementerian.

Kementerian Kesihatan juga tidak pernah menerima sebarang laporan atau amaran berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain.

Virus Machupo hanya ditemui di Amerika Selatan dan tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang dijangkiti.

Seperti kebanyakan virus lain, virus Machupo tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.

***

CONTOH PENYEBARAN BERITA PALSU VIRUS MACHUPO DI LAMAN SOSIAL

AMARAN URGENT!

Berhati-hati untuk tidak mengambil paracetamol yang ditulis P/500.

Ia adalah paracetamol yang baru, sangat putih dan berkilat, doktor menasihati bahawa ia mengandungi virus "Machupo", dianggap sebagai salah satu virus paling berbahaya di dunia, dengan kadar kematian yang tinggi.

Sila kongsi mesej ini, dengan semua orang di senarai kenalan anda serta keluarga dan menyelamatkan nyawa.

Saya telah melakukan bahagian saya, kini giliran anda.

Ingat bahawa Tuhan membantu mereka yang membantu orang lain dan diri sendiri!

***

Orang awam dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita bohong atau mesej yang belum tentu kesahihannya.

Pastikan produk yang diguna berdaftar dengan kementerian dan mempunyai pelekat hologram serta dilabel dengan nombor pendaftaran MAL.

Virus 'Machupo' dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah.

Berdasarkan maklumat yang tersebar dalam media sosial, pil P/500 berkenaan kononnya berwarna putih berkilat.

Sebaliknya, pil yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter setengah inci dan mempunyai perkataan aeknil atau 'therapeutic' pada permukaannya,

Pil yang berdaftar dengan kementerian mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ bagi tujuan meredakan sakit sederhana dan demam.

Orang ramai boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk kesihatan melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ atau menghubungi NPRA di talian 03-78835400.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Wednesday, February 24, 2016

Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Bertahun dulu ada tersebar, sekarang disebar lagi, kononnya kod warna merah, biru, hijau, hitam pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan atau bahan asas yang digunakan dalam ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi [2]

Benarkah warna ditiub ubat gigi mempunyai klu kandungan ubat gigi?

TIDAK BENAR. Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut.

Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi.

Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna:
  • MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
  • BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
  • HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
  • HITAM: Bahan kimia sahaja

Sebenarnya, tanda warna merah, biru, hijau, hitam berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.

Jadi, adakah maklumat ini benar seperti yang disebarkan?

TIDAK BENAR. Kod warna itu langsung tidak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi. Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi

Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots" yang digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut untuk melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain.

Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah potong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap kod ubat gigi itu warnanya lain-lain?" Ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain.

Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.

Jika anda perhatikan, banyak lagi produk di sekeliling anda ada tanda-tanda seperti ini. Ia digunakan secara meluas baik pada tiub ubat gigi mahupun kotaknya.

Tambahan pula, mengapa pihak pengilang perlu bersusah-payah memberikan kod warna untuk memberitahu kandungan produk sedangkan mereka sudahpun menceritakan segala kandungannya di bahagian "isi kandungan" di kotak produk?

Itu lebih bermaklumat bagi kita berbanding untuk meneka apakah kandungan "bahan semula jadi", "bahan kimia" atau "bahan ubat-ubatan" itu kan.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kod Bar?

sumber: keindahanpengalaman

Wednesday, March 25, 2015

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, disahkan sebagai tidak benar.

Bayi-duyung

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari berkenaan, seperti yang didakwa oleh berita palsu tersebut.

Beliau menyatakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial adalah palsu.

Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari tersebut, jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar katanya.

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, October 27, 2014

Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah?

Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah?

Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai telah dibaham seekor ular sawa di kampung Labuaya, Tuaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah

Walau bagaimanapun, admin masih mencari kisah sebenar tentang kejadian ini dan akan dikongsikan di sini.

(Baca: Info Ngeri Dan Menakutkan)

Info yang baru diterima dari IPD Tuaran;

Merujuk pada gambar di atas yang tersebar luas di laman sosial seperti facebook, whatapps dan lain-lain adalah tidak benar sama sekali. Tiada kejadian remaja yang ditelan ular seperti yang dikatakan. Orang ramai dimohon agar tidak mudah percaya dengan berita yang disebarkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi bilik gerakkan IPD Tuaran di talian 088 794313.
Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah [2]

Rupanya gambar ini disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber:
http://www.mummynemo.com/2014/10/ular-sawa-baham-kanak-kanak-11-tahun-di-labuaya-tuaran/

Thursday, March 20, 2014

"Berita Tergempar, Pesawat MH370 Dijumpai"

"Berita Tergempar, Pesawat MH370 Dijumpai"

Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi mereka.

Berita Tergempar Pesawat MH370 Dijumpai

Sebuah firma keselamatan internet, TrendMicro semalam memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menekan pautan dikongsi di laman-laman sosial yang memaparkan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 tersebut.

Pusat kajian, perkhidmatan dan sokongan rangkaian global milik firma itu mengesan beberapa fail pengaturcaraan komputer yang menyamar sebagai satu klip video yang membolehkan penjenayah siber mengumpul data pengguna.

“Kehilangan misteri pesawat ini menarik perhatian dunia dan hanya menunggu masa untuk penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap peristiwa ini,” kata pakar TrendMicro, Paul Oliveria.

Katanya, penjenayah siber akan menggunakan tajuk pada pautan di laman sosial Facebook seperti: “Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai” untuk mengumpan pengguna menekan pautan berkenaan.

“Apabila pautan itu ditekan pengguna dibawa ke laman palsu dan mereka diminta untuk menekan satu lagi fail bagi memainkan video berkenaan sebelum fail tersebut dikongsi kepada akaun Facebook milik rakan mangsa.

“Pengguna juga diminta mengesahkan umur mereka dengan membuat satu ujian yang sebenarnya satu helah untuk mendapatkan data peribadi pengguna internet,” katanya.

Penjenayah siber sebelum ini pernah mengeksploitasi beberapa tragedi seperti kejadian Taufan Haiyan di Filipina pada tahun lalu dan serangan bom di acara maraton di Boston, Amerika Syarikat untuk mengumpan mangsa melayari laman web palsu. –AFP

Wednesday, November 13, 2013

Masukkan Pin Terbalik Jika Anda Dirompak Dimesin ATM?!

Masukkan Pin Terbalik Jika Anda Dirompak Dimesin ATM?!

Sebilangan daripada kita tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

perompak mesin atm

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

perompak mesin atm

Rupanya perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook kelmarin memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

perompak mesin atm

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. 

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

*Apa salahnya kalau perkhidmatan sebegini diperkenalkan. Takkan dah kena tembak kat muka baru nak terkejar-kejar buru perompak dan pembunuh kan..

-Sentiasapanas.com

Sunday, April 21, 2013

Gempar! Pokok Berbuah Menyerupai Wanita

Gempar! Pokok Berbuah Menyerupai Wanita

Info Pelik. Ada-ada saja kreativiti manusia di internet, dengan begitu banyak HOAX (berita palsu) yang disebar, kali ini sebuah pohon di Thailand menjadi objek tangan kreativiti manusia. Lihat saja gambar-gambar di bawah.


Makin hari semakin banyak keanehan yang terjadi di dunia ini. Bermula dengan keanehan yang dibuat-buat untuk mencipta sensasi dan juga kontroversi dan ada juga keanehan yang benar-benar terjadi.

Sebuah pohon telah menghasilkan buah yang aneh yang menyerupai tubuh wanita. Kelihatan luar biasa sekali. Nama pokok ini adalah Narepol, yang dalam bahasa sanskritnya bererti Tanaman Wanita. Naree bererti wanita dan pol bererti tanaman atau pohon.


Pohon ini terletak di daerah Petchaboon kira kira 500 km dari Bangkok, Thailand. Namun kewujudan pokok yang berbuah wanita ini belum dapat dipastikan kebenarannya. Kemungkinan satu lagi  HOAX yang beredar di internet.

Jikalau benar wujud pokok yang berbuah pelik ini, sudah pastilah para saintis berbondong-bondong mengkaji  tentang pokok ini dan akan disebarkan diseluruh dunia, bukan begitu?

-SENTIASAPANAS.COM