Tuesday, December 17, 2013

Kontroversi SAIZ Sebenar Zakar Rasputin!

Kontroversi SAIZ Sebenar Zakar Rasputin!

Siapa sebenarnya Grigori Efimovich Rasputin? Dia adalah DALANG di sebalik kejatuhan keluarga diraja Tsar di Rusia, dalang kejatuhan dinasti diraja Romanov pada tahun 1917 sehingga tertubuhnya Soviet Union.

Grigori_Rasputin

Pengaruh Rasputin dalam keluarga diraja Tsar cukup gah sehingga menyebabkan beliau diangkat menjadi orang kepercayaan dan penasihat peribadi Alexandra Tsaritsa .

Sehingga satu peringkat, Rasputin boleh memilih sesiapa sahaja untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.

Namun kerana dia jugalah, ekonomi Rusia jatuh merudum sehingga tercetusnya revolusi di Rusia.

Rahsia Rasputin berjaya mengangkat dirinya di kalangan pemerintah ketika itu cukup mudah – iaitu menggunakan kedudukannya sebagai pendeta agama yang kononnya mempunyai kuasa sihir sehingga pihak istana pun tunduk dengan kemahuannya

Grigori_Rasputin

Dari satu sudut lagi, Rasputin juga dikenali kerana sikap kaki perempuannya dan kehebatannya di ranjang.

Rasputin menggunakan kesempatan tinggal di istana dengan meniduri gundik-gundik termasuk permaisuri rajanya sendiri!

Dan kini, walapun Rasputin telah lama mati akibat dibunuh, kisah Rasputin masih lagi diperdebatkan.

Grigori_Rasputin

Yang paling menjadi kontroversi adalah zakarnya yang dikatakan ‘sangat besar’ hingga menjadi ‘rebutan’ banyak pihak terutama pihak muzium yang mahu menjadikannya tarikan utama untuk menarik lebih ramai pelawat.

Menurut rekod, seorang pembantu menemui zakar Rasputin di lokasi pembunuhan lelaki itu.

Pembantu berkenaan menyimpan zakar tersebut sehingga sekitar tahun 1920-an.

Grigori_Rasputin

Kemudian zakar ini disimpan oleh sekepulan wanita Rusia di Paris. Mereka menyembah zakar ini sebagai lambang kesuburan, menyimpannya di dalam sebuah kotak kayu.

Setelah mendapat tahu mengenai hal ini, anak Rasputin, Marie, meminta mereka mengembalikan zakar itu kepadanya.

Grigori_Rasputin

Beliau kemudian menyimpannya sehingga dia meninggal pada 1977. Setelah itu tiada ada sesiapa pun tahu di mana Marie menyimpan zakar bapanya itu

Tiba-tiba beberapa tahun lalu, pihak Museum St. Petersburg, Rusia mendakwa mereka memiliki zakar berkenaan dan telah menayangkannya kepada orang ramai.

Pengarah muzium mendakwa mereka berjaya memiliki zakar Rasputin dan beberapa helai surat tulisan tangannya dari seorang peminat dan pengumpul barangan antik.

Grigori_Rasputin
Timun Laut.

Namun beberapa pakar urulogy mendakwa zakar yang kini diawet oleh pihak muzium tersebut hanyalah sejenis timun laut!

Kisah saiz zakar Rasputin nampaknya akan terus menjadi perdebatan walaupun tiga tahun lagi, genaplah 100 tahun dia dibunuh.

Grigori_Rasputin

Yang pasti ‘anu’ Rasputin terus menjadi misteri, seperti mana misteri yang menyelubungi tuan punya zakar itu sendiri.

BACA INI JUGA: Benarkah Isteri Suka Zakar yang Besar?

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, December 11, 2013

Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?

Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?

Mereka sangat cekal, tahan hati, keras kepala dan mungkin boleh diketegorikan sebagai manusia luar biasa.

Ini adalah mengenai manusia-manusia yang sangat sukar dibunuh. Mereka ditembak, ditetak, dibelasah berulang kali tapi masih hidup!

Benarkah wujud manusia seperti itu?

Grigori Rasputin


Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dibawah Tsar Nikolas II di Rusia pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II (Raja Rusia) percaya bahawa Rasputin mampu mengubati anak mereka yang terkena penyakit Hemofilia bernama Alexei, jadi dia telah menjemput Rasputin untuk tinggal di Istana bersama keluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Dia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk.

Sering meminta rasuah daripada orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatkannya tidak disenangi oleh kerajaan yang memerintah.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Rasputin ditikam oleh seorang pembunuh upahan pada tahun 1914 tetapi terselamat dan terus hidup.

Setelah sembuh, Rasputin diracun dengan mencampurkannya ke dalam wain. Malangnya, Rasputin tidak mati!

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka cuba membunuhnya sekali lagi. Kali ini dengan menembak kepalanya.

Rasputin rebah ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasakan Rasputin sudah mati, para 'pembunuhnya' pun meninggalkan tempat itu.

Lucunya, salah seorang pembunuh tertinggal jaket dan kembali ketempat itu untuk mengambil jaketnya semula.

Apabila sampai disana, Rasputin bangun dan mencekiknya.

Mendengar rakan mereka menjerit, para pembunuh itu datang semula ke tempat itu. Mereka menembak Rasputin sebanyak tiga kali di kepala sehingga Rasputin terjatuh ke tanah. Tapi... Rasputin belum mati!

Dia bangun, tapi dibelasah sehingga sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang sangat sejuk.

Ketika mayat Rasputin dipungut untuk dikebumikan, selimut itu berlumuran darah dan badannya dipenuhi luka tembakan, perutnya penuh dengan racun dan lebam diseluruh badan akibat dipukul.

Selepas diperiksa, Rasputin dikatakan mati akibat kesejukan!

Ferdinand Magellan


Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah yang berasal dari Portugis. Dia orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia dan orang Eropah pertama yang memijakkan kaki di Filipina.

Ketika tiba di sana, Magellan bersetuju untuk membunuh seorang bernama Lapu-Lapu, musuh dua raja lain Filipina.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan dan Lapu-Lapu tahu mereka akan datang, kerana sebuah bala tentera telah siap-sedia menanti kedatangan mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika menginjakkan kaki di Mactan. Tetapi dia terus berlari ke hadapan dan di belakangnya sebuah kapal yang dipenuhi tentera Magellan.

Dia ditusuk di muka dengan sebuah tombak buluh, lengannya putus ditetak, kemudian  kakinya juga di potong. Dia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak bermaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan berteriak supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur.

Ketika dibelasah pihak musuh, Magellan melihat anak buahnya berundur, kemudian barulah dia mati.

Gabriel Garcia Moreno


Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia adalah individu yang telah bertanggung jawab dalam menubuhkan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahawa agama rasmi negara adalah Katolik, dan mewajibkan siapa-siapa yang ingin memasuki bidang politik haruslah seorang Katolik. Peraturan ini telah ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Suatu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito dan tiba-tiba diserang oleh sekumpulan penyerang dengan kapak, menetak leher dan kepalanya dan memutuskan tangan kiri dan tangan kanannya.

Namun, Moreno tetap berdiri tegak. Penyerangnya menembak enam das di dada. Dia diserang sekali lagi dengan pedang tidak kurang lebih dari 14 kali.

Malah, setelah itu, Moreno masih sempat menulis "Tuhan takkan mati", di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya berlalu pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, di mana dia hidup untuk 15 minit lagi sebelum akhirnya mati.

Leon Trotsky


Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin. Selepas Lenin meningggal, dia cuba beralih kepada Stalin.

Tetapi Stalin telah mengeluarkanya dari Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia.

Trotsky bertekad untuk membalas dendam terhadap Stalin dan mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Trotsky tidak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat oleh Imigresen dan akhirnya dia berpindah ke Mexico City, dimana dia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader berjaya menetak kepala Trotsky dengan kapak tapi Trotsky bangun dari tempat duduk dan terus meludah Mercader. Dia mengejar Mercader dan berlawan dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Pembantu-pembantu Trotsky akhirnya berjaya masuk ke dalam bilik dan terus membunuh Mercader.

Trotsky dibawa ke hospital dan meninggal kerana komplikasi luka di kepalanya beberapa hari kemudian.

Ned Kelly


Ned Kelly adalah seorang penjenayah yang berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia bertanggungjawab di atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga anggota polis ketika melarikan diri dari kepungan.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Ned Kelly dan gengnya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn kerana mereka tahu bahawa kereta api yang dipenuhi anggota polis sedang mengejar mereka. Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, namun gagal.

Malah, kesemua penjenayah tersebut memasang baju kalis peluru ciptaan mereka sendiri.

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menyerang anggota polis yang menembak ke arahnya. Namun, pahanya yang tidak dilindungi menjadi titik lemahnya.

Kelly akhirnya menyerah diri kerana terlalu banyak luka akibat tembakan di kakinya. Semua anggota kumpulannya pula mati semasa tembak-menembak, namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah.

Dia dihukum mati, dan kata-kata terakhirnya sebelum meninggalkan mahkamah adalah, "Aku akan bertemu kau selepas aku mati."

Dua minggu kemudian, hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly meninggal akibat serangan jantung.

Pablo Escobar


Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah Colombia yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia.

Pada tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak USD$ 25 bilion.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas, Search Bloc, gabungan US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dalam hujan peluru diseluruh tubuhnya.

Escobar terselamat namun akhirnya membunuh diri dengan menembak kepalanya.

Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka tembakan di seluruh badan dan kakinya.

Edward Teach a.k.a Blackbeard


Edward Teach yang juga dikenali sebagai Blackbeard adalah kapten lanun di perairan Inggeris. Dia juga terkenal kerana memiliki 16 isteri.

Bagaimana dia akhirnya mati?

Blackbeard telah melarikan diri ke North Carolina di Amerika Syarikat, untuk bersenang-lenang dengan harta kekayaan rampasannya.

Namun, gabenor Virginia waktu itu, tidak suka dengan kehadiran Blackbeard. Dia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dibawah pimpinan oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak melarikan diri dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya dan meletupkan kapal tersebut dengan granit dan kemudiannya mencari Maynard.

Maynard hampir kehilangan semua jarinya akibat ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Malah, pedang Maynard patah ketika cuba melibas punggung Blackbeard.

Setelah pertarungan tamat, Blackbeard didapati telah ditikam sekurang-kurangnya dua puluh kali dan ditembak lima kali

Blackbeard akhirnya mati kerana pendarahan dan sebelum mati, dia sempat mengisi pistolnya dan terus menembak ke arah anak buah Maynard.

BACA INI JUGA: Top 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

-Sentiasapanas.com