Friday, July 15, 2022

Petua Elak Gout Dengan Cara Memasak Yang Betul

Petua Elak Gout Dengan Cara Memasak Yang Betul

Bagi anda yang ada masalah gout sudah tentunya khuatir untuk makan atau memasak daging tersebut kerana makanan berasaskan daging boleh menyebabkan kesihatan terganggu, namun sebenarnya ada teknik tertentu bagi memasak daging agar terhindar dari kesulitan ini.

Basuh daging jika ada Gout

Gout menyebabkan keradangan, pembengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar lalu membataskan pergerakan pesakit.

Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan gout dan bahan ini wujud dalam makanan manakala kuantitinya bergantung kepada teknik memasak.

Berikut merupakan perkongsian Dr suri Roowi yang anda boleh ikut dan amalkan.

1. Teknik memotong daging

Daging yang dipotong kecil-kecil atau daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.

2. Membilas

Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan mengurangkan jumlah purine.

Kajian menunjukkan, membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5:1 selama 5 minit diikuti dengan cara membiarkan air mengalir akan menurunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purine daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas.

Selepas membilas dan memasak, penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.

Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak.

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purine dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purine yang lebih besar.

3. Teknik memasak

Merebus makanan lebih baik berbanding kukus atau menggunakan mikrowave oven.

Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min.

Sebaliknya, hanya 17% purine hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.

4. Masa memasak

Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian memunjukkan memasak sup cendawan pada masa yang lama akan menghasilkan bahan purine lebih banyak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, December 16, 2017

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

Gout terjadi disebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak asid urik atau kerana tubuh tidak dapat menyingkirkan asid urik dengan sepenuhnya. Sebenarnya, bukan orang tua sahaja, remaja pun berisiko mendapat gout.

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

Gout ialah salah satu jenis artritis yang berpunca daripada pembentukan terlalu banyak asid urik di dalam salur darah.

Asid urik yang berlebihan membentuk kristal-kristal kecil yang termendap pada sendi-sendi. Ini menyebabkan inflamasi atau radang, sakit dan bengkak.

Diet yang tinggi dengan kandungan purin boleh menyebabkan gout jadi untuk mengelak gout, 6 jenis makanan berikut hendaklah dikurangkan.

1. Makanan laut
  • Ikan bilis, kekapis, sardin, tuna, udang, ketam

2. Daging dan organ dalaman haiwan
  • Daging merah (daging lembu, daging kambing, daging ayam), hati, paru-paru, lidah

3. Minuman
  • Soda, minuman fruktosa, jus buah-buahan dalam tin atau botol.

4. Sayur-sayuran
  • Asparagus, bunga kobis, kekacang, bayam, kulat atau cendawan.

5. Karbohidrat
  • Oat, roti putih, ubi kentang, jagung, pasta.

6. Lain-lain
  • Kismis.

Walau bagaimanapun, agak sukar sebenarnya mengawal pemakanan kerana hampir semua makanan yang disenaraikan di atas merupakan makanan harian kita di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vitaminohvitamin

Sunday, November 02, 2014

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik.

Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus.

Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda.

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang.

Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini.

Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat gout dari rumah dan ia boleh disediakan sendiri oleh penderita gout:
  • Air alkali seperti jenama ECPI (TSM tidak menerima sebarang imbuhan dengan mempromosi jenama ini)
  • Cuka epal
  • Madu lebah
  • Air bertapis

Air Alkali

Kesakitan gout disebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah dan akhirnya ia berkumpul dan membentuk kristal tajam yang menyebabakan penderita merasa sakit yang amat sangat pada bahagian sendi yang diserang.

Oleh itu, tubuh pesakit memerlukan bahan yang bersifat alkali untuk membantu memberi keseimbangan asid-alkali dalam tubuh.

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) 

Cuka epal terhasil dari proses fermentasi (penapaian) buah epal. Cuka epal membantu meleraikan makanan di dalam tubuh dan mengelak bakteria merbahaya dari berkembang biak, membantu mempertahankan dari jangkitan dan membersihkan darah serta melancarkan peredaran darah.

Ia juga memastikan kesihatan buah pinggang. Ia memecahkan kristal yang terbentuk dalam buah pinggang akibat pengumpulan asid berlebihan dan melarutkannya.

Cuka epal tinggi kandungan pectin dan pelbagai mineral, vitamin serta beta-kerotina (yang melawan radikal bebas dan membantu pertumbuhan sel-sel baru), ketones potassium (membuang toksin dan mengawal tekanan darah), asid malic dan asid asetik (melawan jangkitan kulat dan melegakan dari kesakitan sendi).

Asid malic juga meleraikan asid urik dan mebantu mengeluarkan ia dari tubuh. Asid amino pula bertindak sebagai antibiotik dan antiseptik yang mengurangkan tahap toksik dalam tubuh.

Berikut ialah resepi untuk mengurangkan kesakitan gout pada kadar segera:
  • 1/2 liter air alkali - diminum terus
  • 1 sudu teh madu lebah
  • 2 sudu makan cuka epal
  • 1 gelas air masak bertapis

Mula-mula sekali, minum air alkali sebanyak setengah liter. Selepas habis minum, mulakan dengan resepi merawat gout.

Campurkan kesemua bahan b, c, dan d di atas (seeloknya gunakan air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur, Insyaallah anda tidak lagi akan diserang kesakitan dan jika diamalkan secara berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit gout dan arthritis.

(Perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.)

Kesannya mungkin berbeza mengikut individu tetapi bukti yang diperolehi oleh TSM, ia mula menunjukkan kesan positif selepas 20 minit meminumnya dan penderita gout yang mengamalkan cara ini memakan udang pada malamnya tetapi tiada serangan gout pada esok paginya.

Inilah sebahagian keajaiban dari alam semulajadi yang masih belum ramai orang memperakuinya.

Anda tidak perlukan ibuprofen atau colchicine dan bebas dari kesan sampingan.Buah pinggang anda juga selamat dari kerosakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Khasiat Garam Sebagai Penawar Kepada Penyakit

sumber: tsm