Tuesday, April 28, 2015

Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

GST zalim

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat.

Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu ‘merawat’ segera pelaksanaan GST.

“Pentadbiran Najib perlu lakukan ‘pengubahsuaian’ GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!,” tegasnya.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Senaraikan Kegagalan Najib

Sumber: SH


Monday, April 20, 2015

Hukum GST Adalah Harus, Tapi Yang Kaya Terus Kaya

Hukum GST Adalah Harus, Tapi Yang Kaya Terus Kaya

Sejujurnya, daripada pengalaman singkat kita dikenakan GST, terbukti ianya sangat membebankan terutamanya rakyat miskin yang merasakan nilai RM1 sama seperti RM10. Apalah sangat yang difahami oleh para pemimpin kita kerana ketika mereka membuat perbincangan, segala keputusan dilakukan dari atas kerusi empuk dalam suasana sejuk yang sangat selesa oleh tiupan penghawa dingin.

Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin

Dan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah harus selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata pelaksanaan sistem cukai baharu itu bagaimanapun perlu berpandukan kepada enam parameter syarak yang digariskan jawatankuasa tersebut.

Antaranya, kata beliau, kerajaan komited bahawa tujuan kutipan adalah untuk melaksana dan meningkatkan syariat Islam.

Ia juga harus bersandarkan syarat bahawa kerajaan memerlukan sumber kewangan untuk pembangunan umum seperti membina jalan raya, membantu orang miskin atau membina hospital.

Cukai yang dikutip hendaklah juga hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat iaitu memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat dan negara, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini.

“Harus, selagi bebanan cukai dikutip secara adil, cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat dan agihan cukai hendaklah bertepatan, adil dan mengikut pandangan ahli ulama atau pakar semasa dan setempat,” katanya.

Abd Shukor menolak dakwaan bahawa keputusan jawatankuasa itu berkenaan GST adalah berdasarkan hujah yang longgar dan tidak menepati hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah.

Katanya selain mendapat pandangan ulama, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan intensif yang disediakan kumpulan penyelidik dari kalangan pakar syariah dan ekonomi dari Universiti Teknologi MARA.

Abd Shukor juga berkata jawatankuasa itu turut mengambil maklum mengenai laporan ketirisan perbelanjaan kerajaan seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

Namun, katanya, mereka (jawatankuasa itu) hanya bertanggungjawab dalam memberi pandangan mengenai GST.

Ditanya apakah jawatankuasa itu akan mengeluarkan fatwa baharu jika kerajaan gagal memenuhi syarat yang digariskan, Abd Shukor berkata kerajaan perlu diberi peluang sehingga setahun (laksana GST) sebelum penilaian semula dibuat. –BERNAMA

Kerajaan seolah-oleh begitu terdesak bagi meningkatkan pendapatan negara namun persoalan utamanya, berapa peratuskah yang benar-benar sampai kepada rakyat? Dan berapa peratus pula yang masuk ke dalam kocek para pemimpin yang korup?

Bukannya rahsia, pemimpin-pemimpin politik di Malaysia sememangnya sangat kaya-raya dengan gaji mereka yang tidak seberapa itu. Lebih malang tiada seorang pun yang 'sudi' mengisytiharkan jumlah harta kekayaan masing-masing.

Yang kaya terus kaya, yang miskin bertambah miskin dan yang susah semakin parah..

BACA INI JUGA: Nasihat Dr. Mahathir, "Kurangkan Kos Bukannya Naikkan Harga"!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 04, 2015

GST, Syarikat TELCO Besar Kepala!

GST, Syarikat TELCO Besar Kepala!

GST, masyarakat beria-iya mahukan resit. Dulu main bayar sahaja berapa jumlah yang diminta peniaga. Sekarang semuanya mahukan resit.

TELCO

Satu tindakan yang bijak selaku pembeli. Diharap perkara ini berterusan agar menjadi ingatan buat peniaga/pemborong/pengilang akan betapa besarnya kuasa pembeli.

Sejak perlaksanaan GST, banyak aduan diterima:

Kastam Hari 1 = 800 Hari 2 = 202

KPDNKK Hari 1 = 1,109 Hari 2 = 720

Premis perniagaan yang diperiksa Kastam adalah sebanyak 7,630 buah. Manakala premis yang gagal menepati kriteria GST pula adalah sebanyak 51 buah.

Perlu diingat, bilangan syarikat yang mendaftar GST adalah sebanyak 364,862. Apa yang menghairankan, mengenai syarikat telekomunikasi.

Bagi kita, talian komunikasi merupakan sesuatu keperluan. Ibu bapa hendak hubungi anak-anak dan begitu juga sebaliknya. Bukankah institusi keluarga perlu dipelihara?

Soalnya, kenapa bila hari perlaksanaan GST, suasana menjadi kelam-kabut? Ia melibatkan syarikat-syarikat telco.

Kastam kata tidak perlu dikenakan GST 6%, tetapi syarikat telco tetap cas 6% kepada pengguna!

Sekarang, selepas berjumpa kedua-dua belah pihak, Kastam kata kad tambah nilai ini perlu dikenakan GST.

Dalam masa sama syarikat telco akan memberi bonus masa perbualan dan SMS berjumlah RM1.00.

Sedang keputusan sudah dibuat, kenapa perlu ada lagi perjumpaan dan tunduk kepada syarikat telco?

Adakah kuasa syarikat telco melebihi Kastam? Atau syarikat telco masih tidak faham kepada kuasa pembeli?

Perlu diingat, ramai dikalangan kita yang menggunakan kad tambah nilai ini adalah dikalangan anak-anak mahupun pelajar. Kastam dan kerajaan sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara ini.

Apa syarikat telco masih rakus kepada pengguna kecil ini? Kenapa Mydin boleh serap 6% GST untuk pengguna, Jakel juga membuat tindakan sama.

Setelah bertahun-tahun bertapak, dimana nilai kebajikan didalam syarikat telco yang besar-besar ini?

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Sumber: Suaralensa

Thursday, April 02, 2015

Bayaran Balik PTPTPN Dikenakan GST?

Bayaran Balik PTPTPN Dikenakan GST?

Pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

PTPTN GST
Gambar hiasan.

Katanya, sebarang bayaran balik pinjaman yang dilakukan melalui kaunter atau kios di mana-mana cawangan milik PTPTN tidak akan dikenakan GST.

“Bagaimanapun bayaran balik melalui perbankan internet atau di luar daripada cawangan PTPTN akan tertakluk kepada institusi perbankan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Cabutan Hadiah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata pengecualian cukai itu memberi lebih peluang kepada peminjam PTPTN untuk terus melangsaikan hutang pinjaman mereka yang tertunggak.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata langkah kerajaan memberikan insentif diskaun 20 peratus bagi bayaran balik keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya menggalakkan peminjam yang telah disenarai hitam membuat bayaran balik.

Sehingga Selasa lepas, 33,059 peminjam telah mengambil peluang mendapatkan insentif diskaun itu yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM404.75 juta.

Daripada jumlah peminjam itu, 1,392 orang merupakan peminjam tegar yang tidak pernah membuat bayaran balik, melibatkan pinjaman keseluruhan sebanyak RM18.03 juta.

Sepanjang tempoh pemberian insentif berkenaan, sejumlah RM80.95 juta diskaun telah diberikan kepada peminjam manakala bayaran balik yang diterima adalah sebanyak RM323.80 juta.

“Daripada angka ini kita akan kaji dan lihat daripada pelbagai aspek dan menilai dapatan baru yang mungkin kita akan buat supaya trend pembayaran yang meningkat ini akan terus berlaku,” katanya.

Pemberian insentif diskaun 20 peratus telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2015, bagi membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.

Terdahulu Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dalam ucapan perasmian mengumumkan kadar dividen SSPN-i bagi tahun lepas ialah sebanyak 4.25 peratus melibatkan peruntukan sebanyak RM50.56 juta.

“Kadar yang diberikan ini adalah lebih tinggi daripada kadar faedah dan keuntungan untuk akaun simpanan yang diberikan oleh kebanyakan institusi kewangan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai melaksanakan perancangan kewangan yang baik melalui SSPN-i dengan membuat penabungan khusus bagi tujuan pendidikan tinggi di masa akan datang.

“Saya berkeyakinan penuh dengan adanya skim ini masalah keciciran di kalangan pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dapat diatasi,” katanya.

Sehingga 28 Feb lepas, sebanyak 2.2 juta akaun SSPN-i telah dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM1.6 bilion. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Kenapa Hutang Malaysia Naik 3 Kali Ganda?

Sumber: BERNAMA

Kad Prabayar Dikecualikan GST

Kad Prabayar Dikecualikan GST

Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) baru bermula, sudah banyak reaksi negatif mengenainya diluahkan menerusi laman-laman sosial.

GST

Ini termasuk rasa tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad tambah nilai prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di laman Facebook ialah "aku beli top up RM10 kena tambah lagi 60 sen menyusahkan aku.

"Aku baru sahaja topup.. Memang kena GST... kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan dalam twitternya berkata, berlaku salah faham di antara syarikat telco dengan kerajaan.

"Surat kastam telah dihantar kepada syarikat telco tentang top-up prabayar sebelum ini. Tindakan susulan akan segera diambil agar diikuti arahan harganya", tulisnya.

Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

BACA INI JUGA: Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, March 30, 2015

Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

KPDNKK melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Aplikasi MyKira GST

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.

“Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.

“Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.

Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).

Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.

Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.

Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya.

“Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan,” katanya.

Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon – utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak – bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini (1 April 2015).

Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.

Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Sumber: BERNAMA

Monday, March 09, 2015

Pengeluaran Wang Melalui Mesin ATM Sah Dikenakan GST!

Pengeluaran Wang Melalui Mesin ATM Sah Dikenakan GST!

Bermula 1 April 2015 ini, sebarang pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan cukai GST.

GST-mesin-ATM

Bagaimana pengiraan GST dikenakan bagi setiap pengeluaran wang dimesin ATM?

Adakah pengeluaran pada kad bank sendiri tidak dikenakan GST atau GST terpaksa dibayar bagi setiap pengeluaran di mesin ATM?

Contohnya, A pemegang kad ATM Bank Islam dan membuat pengeluaran di bank yang sama, si A tidak dikenakan sebarang bayaran GST. Bagaimana pula tu? Kan pengeluaran wang dimesin ATM akan dikenakan bayaran GST?

Sebenarnya, sebarang pengeluaran wang melalui mesin ATM di bank yang sama tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau caj, sama seperti sebelum ini.

Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Contohnya, si A adalah pemegang kad Bank Islam, membuat pengeluaran di mesin ATM Public Bank, si A akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Beza berbanding sebelum ini, pengguna dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.

Contohnya lagi, jika si A membuat pengeluaran sebanyak RM1,000, caj pengeluaran tetap sama iaitu RM1.06 termasuk GST dan bukannya dikenakan caj 6 peratus atau RM60.00 bagi setiap pengeluaran!

Bohong-GST

Bererti, sebarang pengeluaran memang dikenakan bayaran GST sebanyak RM0.06 sen bagi setiap pengeluaran di mesin ATM.

Bagaimanapun, cukai GST hanya dikenakan pada caj MEPS iaitu RM0.06 sen dan bukan pada jumlah transaksi.

Jadi, jika pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.

Manakala pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. RM0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.

BACA INI JUGA: Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai GST 2015

Sumber: Badutrakyat.blogspot.com