Goji Berry adalah
Super Fruit, buah yang paling kaya nutrisi, berasal dari Tibet, di dataran tinggi Gunung Himalaya, kaya vitamin, mineral, protein dan antioksidan.
Chinese Wolfberry (Lycium chinese) atau juga dikenali dengan nama Buah GOJI atau Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (sama dengan terung dan cili).
Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.
Goji Berry mengandung zat besi lebih banyak daripada bayam, beta karoten lebih banyak daripada wortel dan tingkat kandungan proteinnya pun lebih banyak daripada Gandum.
CARA PEMAKANAN GOJI
Buah Goji adalah makanan tambahan berkhasiat dan boleh dimakan 3, 5, 7 biji sehari dengan mengunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit sebelum diminum.
Jangan makan terlalu banyak sekali gus kerana kandungan Vitamin C yang terlalu tinggi selain membazir, anda juga akan overdose.
Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)
Menurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute China, “Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel dan zeaxanthin (menyihatkan mata) dan melebihi 500 kali ganda vitamin C berbanding oren apabila di ukur sama berat, (bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu."
Selain itu, Goji juga mengandungi 18 Amino Asid, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.
Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.
Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkali (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).
Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.
Legenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut.
Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab, “Saya sedang memukul cucu saya!”
Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda.
Wanita itu menjawab, ”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya."
Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry.
Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.
Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini.
Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:
Ben Cao Hui Yan menyatakan, “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.
Ben Cao Bei Yao menyatakan, “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata."
Ben Cao Gang Mu menyatakan, “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur."
34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell
Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI:-
1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”.
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5. Goji mengurangkan risiko kanser.
6. Goji mengurangkan kolestrol.
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13. Goji menguatkan jantung anda.
14. Goji menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung).
15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22. Goji meningkat limfosit.
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25. Goji merawat simptom-simptom menapouse.
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27. Goji meningkatkan kesuburan.
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34. Goji membantu sistem penghadaman.
KEGUNAAN GOJI
Jual
Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket dan negara China adalah pengeluar terbesar di dunia.
Masakan
Secara tradisional, gojiberry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.
Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan gojiberry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis.
Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt dan minyak essential.
Perubatan Tradisional
Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India, bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkatkan tenaga batin dan sistem kesuburan, menguatkan kaki dan tulang, menguatkan sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah dan melanjutkan usia.
Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam arak.
KANDUNGAN GIZI GOJI
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
- 19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.
- 21 unsur zat, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ditemui dalam makanan.
- 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
- Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
- Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
- Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
- Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
- Vitamin E, jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam bijiran.
- Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk dan masalah prostat.
- Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon dan melancarkan fungsi otak serta sistem saraf.
- Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidak-selesaan ketika haid dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
- Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.
- Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung.
Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang sangat istimewa untuk kesihatan!
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber:
khazanahpurba