Thursday, July 02, 2020

Wanita Pengutip Tin Kosong Disangka Gelandangan, Rupa-rupanya Jutawan!

Wanita Pengutip Tin Kosong Disangka Gelandangan, Rupa-rupanya Jutawan!

Kira-kira tahun 2018 yang lalu, seorang wanita pengutip sampah yang dipandang hina penduduk tempatan di sekitar bandar New York, Amerika Syarikat, mengejutkan jirannya dengan status sebenarnya sebagai seorang jutawan.

Lisa Silversmith Millionaire

Lisa Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York.

Daily Mail melaporkan, latar belakang keluarganya juga berpendidikan tinggi apabila ibu bapanya pakar ekonomi kerajaan, manakala suaminya bertugas di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Bandar New York.

Sejak 10 tahun lalu, Lisa menolak troli sampah sambil mengutip tin setiap hari dan memperoleh sekitar AS$30 (RM122) sehari.

Katanya, mengutip tin adalah satu cara untuk dirinya bergerak aktif dan mendekati penduduk setempat.

Lisa Silversmith Millionaire

"Keluarga saya berpendapat tabiat saya ini teruk tapi saya rasa lucu. Ia menjadikan saya aktif, dapat berinteraksi dengan masyarakat.

"Mungkin saya sentiasa suka dengan kitar semula namun, alasan utama ialah kerana ia aktiviti fizikal.

"Pada masa yang sama, saya menjana sedikit pendapatan dan memastikan kawasan kejiranan ini sentiasa bersih," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Rampasan Dadah Amphetamin Terbesar Di Dunia Bernilai AS$1.12 Bilion!

Rampasan Dadah Amphetamin Terbesar Di Dunia Bernilai AS$1.12 Bilion!

Polis Itali berjaya merampas dadah jenis amphetamin seberat 14 tan yang dihasilkan oleh kumpulan pengganas Daesh di Syria, menjadikannya rampasan dadah terbesar di dunia, dalam bentuk 84 juta pil menggunakan jenama Captagon.

Rampasan dadah

Dadah tersebut tersembunyi di antara barang industri di dalam bekas yang dianggarkan bernilai sekitar AS$1.12 bilion (RM4.8 bilion) untuk dijual di pasaran Eropah, bertujuan membiayai keganasan, menurut kenyataan polis Napoli.

Pengganas Daesh membiayai kegiatannya terutama dengan mengedar dadah yang dihasilkan di Syria, di mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pengeluar amphetamin terbesar di dunia.

Jumlah dadah yang dirampas cukup untuk pasaran seluruh Eropah, tanpa menyatakan jangka waktu yang spesifik.

Memetik Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA), polis Napoli berkata, kumpulan Daesh memanfaatkan pengedaran dadah secara meluas di semua wilayah di mana ia mempengaruhi dan mengawal perdagangannya.

Menurut polis, kumpulan Daesh menghasilkan sejumlah besar dadah sintetik bagi pasaran dunia supaya dapat mengumpul dana yang banyak.

Antara kumpulan penjenayah yang mungkin terbabit dalam pengedaran dadah itu termasuklah Camorra Napoli yang sangat terkenal.

BAHAYA AMPHETAMIN

Rampasan Dadah Amphetamin
Syabu.

Penagih yang mengambil amphetamin (Syabu) sama ada melalui suntikan atau memakan terus akan merasai dua fasa kesan yang berbeza; fasa meningkat (rush) dan fasa menurun (crash).

Semasa fasa meningkat, penagih mengalami halusinasi bunyi dan penglihatan, perasaan seronok dan khayal (euforia).

Fasa ini lebih cepat diperoleh melalui suntikan. Dengan itu ia diambil secara suntikan, bukan lagi melalui mulut.

Fasa menurun pula merupakan fasa yang ditunjukkan oleh kesan pengurangan dadah di dalam badan.

Di antara kesannya ialah rasa mengantuk serta tidur untuk jangka masa lama, bergantung kepada jumlah dos yang diambil. Fasa ini akan dirasai sehingga beberapa hari selepas amfetamin diambil.

Kesan Buruk Amphetamin

Bagi pencuba yang baru pertama kali mengambil amphetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan tumpuan dalam aktiviti yang dilakukan, perasaan gembira, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.

Keracunan juga berlaku dan di antara gejala keracunan termasuklah gelisah, fikiran keliru, tekanan darah tinggi, denyutan jantung cepat serta tidak seragam, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala, dan suhu badan meningkat.

Dalam kes keracunan teruk, mereka akan mendapat gejala seperti sawan, suhu badan melebihi 40 darjah selsius, serangan mengejut penyakit jantung, strok dan kematian.

Dakwaan kebolehan luar biasa seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi pernah dilakukan oleh penagih amphetamin.

Mereka juga bersikap ganas kerana amphetamin telah mempengaruhi otak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid-19!

Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid-19!

Pakar kesihatan kini sedang memantau secara teliti strain baharu influenza yang tiba-tiba muncul yang mana menurut para saintis, dibawa oleh babi dan secara genetik ia serupa dengan Selesema Babi.

G4 EA H1N1

Jenis selesema yang baharu itu mengakibatkan penyakit pernafasan dan para penyelidik memberitahu ia merupakan potensi wabak virus seterusnya jika ia bermutasi dan menyebar dari orang ke orang.

Dilaporkan dari BBC, virus yang disebut G4 secara genetik merupakan keturunan dari strain H1N1 yang menyebabkan pandemik pada tahun 2009.

Strain berkenaan dinamakan G4 EA H1N1, berkembang dan membiak dalam sel yang tumbuh di saluran pernafasan manusia.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam artikel jurnal, ia muncul pada babi tetapi juga dapat menjangkiti manusia.

Amaran itu ketika dunia masih dilanda pandemik coronavirus (Covid-19), dengan kematian ratusan ribu orang dan berjuta kes jangkitan, sejak ia pertama kali dilaporkan pada Disember 2019 lalu.

G4 Sangat Menular

Virus G4 mempunyai "semua syarat penting untuk mutasi dan menjangkiti manusia," kata para pakar yang terdiri daripada saintis di sejumlah universiti China serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Dari tahun 2011-2018, para penyelidik dari Universiti Pertanian China (CAU) mengambil 30,000 ujian sapuan hidung dari babi di rumah sembelih dari 10 wilayah China, termasuk hospital haiwan.

Ujian telah mengumpulkan 179 jenis selesema babi dan majoriti adalah keturunan baru yang dominan pada babi sejak 2016.

Para penyelidik kemudian melakukan pelbagai jenis eksperimen termasuk kepada musang kerana ia mempunyai gejala seperti selesema mirip manusia, seperti demam, batuk dan bersin.

BBC melaporkan, virus G4 sangat menular, meniru sel manusia dan boleh menyebabkan gejala yang lebih serius kepada musang dibandingkan daripada virus lain.

Hasil ujian juga menunjukkan bahawa kekebalan yang diperoleh manusia dari pendedahan selesema musiman, tidak memberikan kekebalan terhadap G4.

Menurut hasil ujian antibodi, sebanyak 10.4 peratus pekerja di industri babi telah dijangkiti dan hasil ujian juga menunjukkan 4.4 peratus populasi umum juga telah terdedah.

Oleh itu, virus telah berpindah dari haiwan ke manusia, tetapi setakat ini tidak ada bukti bahawa virus tersebut dapat menular di antara manusia ke manusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, June 30, 2020

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Batu Permata Tanzanite Terbesar Di Dunia

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Batu Permata Tanzanite Terbesar Di Dunia

Seorang pelombong kecil di Tanzania, Saniniu Kuryan Laizer, 52, bergelar jutawan selepas berjaya menemui dua biji batu permata Tanzanite terbesar di negara itu dan kemudian menjualnya kepada pihak kerajaan.

Batu Permata Tanzanite

Batu permata itu, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta (RM14.1 juta).

Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan.

Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.

"Saniniu kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat.

"Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti," katanya.

Menurut Saniniu, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat.

"Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumah saya.

"Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar.

"Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran," katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, June 23, 2020

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman!

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman!

Dua belas orang pekerja pos di Jerman terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan berpuluh-puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, angkara bau pelik.

Durian sent six people to Hospital in Germany
Durian.

Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan sebarang kejadian ganas atau kecemasan, sebaliknya berpunca daripada bau durian dari sebuah bungkusan yang berada di premis berkenaan.

Polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan kemudian dipanggil ke pejabat pos terbabit dalam kejadian tersebut.

Kekecohan berlaku apabila salah seorang pekerja pos berasa curiga kerana terhidu bau yang amat asing buatnya.

"Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi," kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan. Seramai 60 pekerja juga dipindahkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan lebih teliti.

Setelah siasatan dibuat, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat buah durian dari Thailand, milik seorang penduduk Schweinfurt - berusia 50 tahun - yang mahu mengirim 'raja buah' itu kepada rakannya di Nuremberg.

Menurut pihak polis lagi, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk rekod, sebelum ini program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, June 20, 2020

Kathy Sullivan, Wanita Pertama Sampai Ke Dasar Jurang Mariana Dan Penyelam Ke 8 Pernah Menyelam Sedalam Itu!

Kathy Sullivan, Wanita Pertama Sampai Ke Dasar Jurang Mariana Dan Penyelam Ke 8 Pernah Menyelam Sedalam Itu!

Bekas angkasawan dan ahli geologi NASA, Kathy Sullivan menjadi wanita pertama menyelam ke titik paling dalam di dasar laut, dikenali sebagai Challenger Deep, yang terletak di Jurang Mariana, Lautan Pasifik.

Jurang paling dalam di dunia
Jurang Mariana.

Yang pasti, bukan calang-calang individu diberi kesempatan untuk menyelam sampai ke dasar Jurang Mariana, lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Jika kita berada di atas permukaan laut di atas jurang berkenaan, anda memerlukan tali sepanjang 11,035 meter atau bersamaan 11.035 kilometer untuk umpan dan batu ladung sampai ke dasarnya (diandaikan ia jatuh terus secara menegak).

Jurang lautan biasanya mengunjur 3–4 km (1.9–2.5 batu) di bawah paras lantai lautan di sekitarnya dan kedalaman laut paling dalam yang pernah diukur adalah Challenger Deep.

Wanita Pertama Menyelam Ke Dasar Jurang Mariana

Wanita Pertama Sampai Ke Dasar Jurang Mariana
Kathy Sullivan.

Walaupun sudah berusia 68 tahun, Kathy Sullivan sangat bertuah kerana berjaya menghabiskan ekspedisi berkenaan dengan menggunakan kenderaan submersible DSV Limiting Factor (LF).

Misi itu memerlukan Kathy Sullivan menyelam sehingga 35,000 kaki di bawah permukaan laut, menggunakan kenderaan yang dibina oleh syarikat Triton Submarines yang berpangkalan di Florida.

Kapal selam mini ini juga adalah kenderaan pertama dalam sejarah yang berulang kali berjaya sampai ke titik terdalam di lautan itu.

Biasanya, pada kedalaman itu, penyelam perlu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, kegelapan melampau dan tahap suhu yang hampir mencapai takat beku, dan hanya mikroorganisma tertentu yang boleh hidup.

Misi tersebut mencipta sejarah tersendiri pada 7 Jun 2020 dan Kathy Sullivan dan pasukannya kembali ke pelabuhan di Pulau Guam pada 15 Jun 2020.

"Sebagai ahli oseanografi dan angkasawan, ini adalah hari yang luar biasa, sekali seumur hidup, dapat melihat keadaan di Challenger Deep dan kemudian membandingkannya dengan nota dengan rakan-rakan di ISS mengenai kapal angkasa lepas yang boleh digunakan semula," kata Kathy yang menghabiskan masa lebih sejam di situ.

Jurang terdalam di dunia

Pada tahun 1984, Kathy Sullivan menjadi wanita pertama dari Amerika Syarikat yang berjalan di ruang angkasa lepas.

Dia kini menjadi individu kelapan yang berjaya sampai ke Challenger Deep, mengikuti jejak beberapa tokoh terkenal lain, antaranya Don Walsh dan Jacques Picard pada tahun 1960, dan juga pengarah filem Titanic, James Cameron pada tahun 2012.

10 Jurang Laut Paling Dalam:
  • Jurang Mariana (Lautan Pasifik): 11,034 kilometer (36,201 kaki)
  • Jurang Tonga (Lautan Pasifik): 10,882 kilometer (35,702 kaki)
  • Jurang Filipina (Lautan Pasifik): 10,545 kilometer (34,596 kaki)
  • Jurang Kuril–Kamchatka (Lautan Pasifik): 10,542 kilometer (34,587 kaki)
  • Jurang Kermadec (Lautan Pasifik): 10,047 kilometer (32,963 kaki)
  • Jurang Izu-Bonin (Jurang Izu-Ogasawara) (Lautan Pasifik): 9,810 kilometer (32,190 kaki)
  • Jurang Jepun (Lautan Pasifik): 9,504 kilometer (31,181 kaki)
  • Jurang Puerto Rico (Lautan Atlantik): 8,800 kilometer (28,900 kaki)
  • Jurang Sandwich Selatan (Lautan Atlantik): 8,428 kilometer (27,651 kaki)
  • Jurang Peru–Chile atau Jurang Atacama (Lautan Pasifik): 8,065 kilometer (26,460 kaki)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: libur

Monday, June 15, 2020

Bil Hosptial Pesakit Covid-19 AS$1.1 Juta!

Bil Hosptial Pesakit Covid-19 AS$1.1 Juta!

Seorang warga emas Amerika Syarikat (AS) berusia 70 tahun yang hampir mati akibat COVID-19, terkejut apabila menerima bil perbelanjaan hospital berjumlah AS$1.1 juta (RM4.7 juta), lapor Seattle Times.

Michael Flor Covid-19
Michael Flor.

Michael Flor dimasukkan ke sebuah hospital di bandar sebelah barat laut AS pada 4 Mac 2020 lalu, tinggal selama 62 hari, dan pada satu ketika hampir mati sehingga jururawat terpaksa menghubungi isteri dan anaknya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan pulih dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 pada 5 Mei lalu sehingga mengejutkan petugas hospital itu, dan kemudian menerima bil sebanyak 181 halaman berjumlah AS$1,122,501.04.

Jumlah perbelanjaan itu termasuk AS$9,736 sehari untuk bilik rawatan intensif, hampir AS$409,000 bayaran transformasi menjadi bilik steril selama 42 hari, AS$82,000 untuk penggunaan ventilator selama 29 hari, dan hampir AS$100,000 untuk dua hari ketika prognosisnya mengancam nyawa.

Flor dilindungi oleh Medicare, program insurans kerajaan untuk warga emas, sekali gus dia tidak memerlukan keluar wang sendiri, menurut Times.

Bagaimanapun, di negara di mana rawatan kesihatan adalah yang paling mahal di dunia dan idea untuk bersosialisasi masih sangat kontroversi, lelaki itu mengatakan dia rasa 'bersalah' apabila mengetahui bahawa pembayar cukai akan menanggung banyak kos.

"Jutaan dolar menyelamatkan nyawa saya, dan tentu saja saya mengatakan bahawa wang itu dibelanjakan dengan baik, tetapi saya juga tahu mungkin saya satu-satunya yang mengatakannya," katanya yang dipetik Times.

Rancangan besar oleh Kongres untuk memastikan ekonomi AS terus bertahan apabila sekatan perintah berkurung bagi mencegah COVID-19, termasuk bajet AS$100 juta untuk memberi ganti rugi kepada hospital dan syarikat insurans swasta yang merawat pesakit COVID-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian