Friday, February 10, 2017

Bila Isteri Ada Tanda Angin Beranak Ini, Tindakan Seterusnya Adalah Sangat Penting

Bila Isteri Ada Tanda Angin Beranak Ini, Tindakan Seterusnya Adalah Sangat Penting

Rupa-rupanya ramai wanita yang sudah ada tanda-tanda terkena penyakit 'gila meroyan' tetapi orang sekeliling tak sedar dan tak ambil kisah pun, lebih-lebih lagi suami sendiri.

Angin beranak
Gambar hiasan.

Isteri pula kalau dah sedar diri itu ada tanda-tanda penyakit angin beranak, meroyan, perlulah segera maklumkan kepada suami.

Kalau orang luar mungkin mereka akan menganggap anda sudah gila, tapi kalau suami biasanya dia tahu keadaan sebenar dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita dalaman mahupun luaran.

Yang paling penting, apa sebenarnya yang wanita rasa bila terkena angin meroyan? Apa tanda angin beranak sudah berlaku?

Antara tanda-tanda seorang wanita terkena penyakit meroyan yang teruk (Postpartum Psychosis) ialah:

1. Mendengar suara yang entah dari mana menyuruh kita melakukan sesuatu ataupun mengkritik orang di sekeliling kita.

Suara itu boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik.

Suara itu juga boleh berupa suara yang terngiang-ngiang di dalam kepala dan tak boleh dihilangkan walaupun dah bermacam cara dibuat untuk menghilangkannya.

2. Tiba-tiba merasakan orang di sekeliling kita sedang berpakat untuk mencederakan atau menyakiti kita.

Boleh jadi tiba-tiba kita curiga dengan orang yang selama ini kita percaya.

Boleh jadi juga kita merasakan orang sekeliling kita cuba menyakiti dan membunuh baby kita.

3. Secara tiba-tiba merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan dan kekuatan luar biasa yang melebihi orang normal.

Rasa diri sangat kuat dan tak perlukan tidur walaupun secara realitinya fizikal kita dah sangat lemah dan perlukan rehat tapi otak kita tak mampu berhenti berfikir.

4. Merasakan ingatan, hafalan dan fokus makin tumpul. Kita susah nak fokus buat sesuatu perkara.

Contohnya kita dah lupa resepi masakan yang biasa kita buat selama ini ataupun kita dah mula lupa jalan yang biasa kita gunakan untuk ke pasar raya ataupun pejabat.

5. Kita merasakan masa bergerak terlalu pantas ataupun terlalu perlahan. Kita dah tak tahu tarikh, waktu dan tempat kita berada sekarang.

6. Kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang selalu merayap-rayap di seluruh permukaan kulit kita.

7. Kita perasan yang orang terdekat kita mengatakan kita berkelakuan aneh padahal kita rasa normal saja. Boleh jadi kita tak sedar pun apa yang kita dah buat.

8. Kita merasakan yang kita takkan boleh sembuh daripada penyakit meroyan ini dan jalan keluar yang terbaik adalah dengan membunuh diri.

Tindakan perlu dilakukan

Bila kita ataupun suami kita perasan yang kita dah ada tanda-tanda meroyan ini, jangan cepat panik!

Kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ini boleh sembuh secara sempurna.

Kebanyakan yang meroyan ini pun biasanya mengalami delusi ataupun halusinasi yang tidak memudaratkan diri dan bayi.

Hanya 5% saja yang dikaitkan dengan bunuh diri (suicide rate) dan hanya 4% saja yang melakukan pembunuhan anak kandung sendiri (infanticide).

Suami pula bila isteri dah ada tanda-tanda meroyan ini, janganlah buat tak tahu.

Meroyan tahap dah rasa nak bunuh diri ataupun rasa nak bunuh anak sendiri perlu segera dibawa ke kecemasan.

Sila jumpa doktor di bahagian kecemasan (Emergency Department) dan ceritakan simptom dan perkara yang dialami isteri.

Ingat! Sokongan suami sangat diperlukan oleh si isteri, lebih-lebih lagi masa dalam tempoh berpantang.

Saya percaya sikap suami masa merawat isteri dalam pantanglah yang akan menentukan tahap meroyan si isteri.

Saya percaya suami yang tak meminggirkan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dahsyat ni.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Sumber: thereporter

Monday, February 06, 2017

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

Penyakit 'gila meroyan' juga disebut 'angin beranak' disyaki sebagai punca seorang ibu sanggup mengelar anaknya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian terbaru di Kelantan.

Anak

Ahli keluarga seorang wanita yang tergamak menyembelih anaknya sendiri di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, mendakwa suri rumah berusia 32 tahun itu bertindak di luar kawalan selepas mendengar bisikan ghaib.

Ibu suspek, Mariam Ismail, 56, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, anaknya mendakwa suara-suara tersebut menyuruhnya menutup muka, Nur Areesa Sofea Jiry, dua bulan, dengan bantal dan mengelarnya dengan menggunakan pisau.

Mariam berkata, dia percaya anaknya yang hanya dipanggil sebagai Fadhilah, tidak berniat untuk bertindak demikian kerana cukup menyayangi anak bongsunya, Nur Areesa.

“Seluruh ahli keluarga reda dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ia sudah ditakdirkan.

"Saya sempat bertemu dengan Fadhilah selepas kejadian itu dan dia memberitahu ada terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya bertindak demikian.

“Fadhilah beritahu saya, suara itu menyuruhnya menutup Nur Areesa menggunakan bantal.

"Bukan itu sahaja, suara tersebut juga menyuruh Fadhilah mengelar anaknya itu menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jal Kechik, Tumpat.

BACA INI JUGA: Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

Sumber: kosmo

Sunday, January 22, 2017

Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

Kalaulah anda tahu bahawa betapa bahayanya penyakit 'gila meroyan' ataupun dengan nama lain 'angin beranak', pasti anda tidak akan membiarkan seorang isteri atau ibu yang baru melahirkan anak menghadapi perasaannya seorang diri.

Gila+Meroyan
Gambar hiasan.

Seorang ibu sanggup menikam anaknya sendiri bertubi-tubi sebanyak 28 tikaman dan salah satu tikaman itu menyebabkan usus anaknya terburai keluar! Ngeri? Tapi apa puncanya dan kenapa suami wajib tahu?

Dalam dunia perubatan, perkara ini sebenarnya memang wujud. Penyakit ini dinamakan Pospartum Psychosis. Kita biasa menyebutnya, 'meroyan'.

Dalam dunia perubatan ada tiga peringkat penyakit yang kita biasa sebut meroyan ini.

1. Baby Blues

Baby blues adalah level meroyan paling rendah dan biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin, namun boleh berlanjutan sehingga dua minggu lamanya.

Perkara ini agak biasa bagi ibu yang baru bersalin buat kali pertama.

Dengan jadual waktu tidur ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu, memanglah seorang ibu itu mudah menjadi stress.

Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah nak termuntah, memang membuatkan seorang ibu bertambah stress.

Tanda-tanda ibu terkena baby blues adalah:
  • Mood swing
  • Mudah cemas
  • Selalu menangis
  • Kurang selera makan
  • Susah tidur

2. Pospartum Depression

Ini adalah level meroyan pertengahan. Penyakit ini seperti baby blues juga tetapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama.

Biasanya boleh berlaku sehingga enam bulan selepas bersalin. Ibu yang terkena Pospartum Depression biasanya nak jaga baby dia sendiri pun tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tandanya:
  • Mood swing yang teruk dan menangis yang melampau-lampau
  • Susah nak bonding dengan baby. Kadang-kadang ada rasa benci pada baby sendiri
  • Rasa tiada tenaga dan tak boleh tidur
  • Rasa nak hempas ataupun cederakan baby
  • Rasa diri tak berguna

3. Pospartum Psychosis

Ini adalah level meroyan yang paling dahsyat. Biasanya yang terkena penyakit ini akan berhalusinasi.

Kalau isteri yang dalam pantang mula merepek dan bercakap yang bukan-bukan atau dia cakap dia nampak benda yang bukan-bukan, sila berhati-hati.

Kesabaran Tinggi Suami Diperlukan

Pretty

Seperti kes Pretty yang sanggup membunuh anaknya sendiri bila disoal siasat, boleh pula dia cakap cuma mahu membunuh perompak sahaja.

Ibu yang terkena penyakit Pospartum Psychosis ini tidak boleh menjaga anaknya sendiri sebab masa itu fikirannya sudah tidak rasional.

Sebab itu suami yang ada isteri baru lepas bersalin, sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain di jemuran sudah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan di dapur sudah cuci ke belum.

Biarlah isteri kita fokus pada baby yang baru lahir saja. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram.

Isteri kita baru saja mengalami kesakitan fizikal yang sangat dahsyat semasa melahirkan zuriat kita.

Janganlah kita menambahkan lagi kesakitan pada jiwanya pula, lebih-lebih lagi ketika isteri dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

BACA INI JUGA: Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Sumber: thereporter

Tuesday, October 25, 2016

Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar berita ibu yang sanggup dan tergamak membunuh anaknya sendiri dengan mengelar ataupun menikam anak sendiri sehingga mati dalam keadaan yang amat sadis.

Angin Meroyan

Angin Beranak? Gila Meroyan? Kita selalu mendengar orang-orang lama dan bidan kampung sebut mengenai istilah angin meroyan ini kan?

Apa sebenarnya punca kepada penyakit gila meroyan atau juga disebut angin beranak ini? Bahayakah penyakit ini kepada ibu-ibu yang baru bersalin?

Nama perubatan untuk penyakit meroyan selepas bersalin ini adalah postpartum depression atau dikenali juga sebagai kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Dianggarkan, kira-kira 80% wanita mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi.

Bezanya, kebanyakannya beransur pulih dan ada juga yang mengalaminya secara berpanjangan.

Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai baby blues. Jika anda menghidapi baby blues, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda.

Namun begitu, perasaan ini akan beransur hilang dan anda akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak sama seperti baby blues, kerana meroyan boleh menjadi satu penyakit dan mungkin sukar untuk sembuh tanpa rawatan.

Simptom Terkena Angin Meroyan

Postpartum-Depression

Bagaimana hendak tahu seorang wanita itu menghidapi penyakit meroyan atau kemurungan postpartum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan mata, tidak berselera makan atau bimbang tanpa sebab, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Selain daripada itu, ibu juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:
  • Perasaan putus asa
  • Bersalah
  • Amat letih
  • Muram
  • Sering menangis
  • Sunyi
  • Gelisah
  • Terperangkap

Secara umumnya, semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu.

Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan.

Punca Angin Meroyan atau Kemurungan Postpartum?

Ia mungkin disebabkan reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

Ada kalanya, perkara-perkara harian yang biasa-biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi seperti:
  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pra-matang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibu bapa semasa anda masih kecil.

Apakah Rawatan Dalam Menangani Kemurungan Postpartum?

Terdapat beberapa teknik yang boleh diprakttikkan untuk mengatasi masalah ini.

Caranya mungkin mudah

Sesuaikan diri

Memikul tanggungjawab sebagai ibu adalah berat. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawab itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda. Seronok ada baby bukan?

Rehatkan diri

Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan.

Jadi, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

Tidur

Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, curi masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur.

Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari.

Usahlah menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa.

Yang penting, anda mendapatkan tidur yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Adakah pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi dan mengelakkan terjadinya kemurungan postpartum ini?

Ya, sangat-sangat membantu.

Pengambilan Vitamin B Complex sebagai contoh, mampu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membantu meringankan perasaan, mengurangkan stres, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

Manfaat utama B-Complex adalah melawan tekanan, iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: pucukubi