Friday, August 10, 2018

Gay Itu Aneh

Gay Itu Aneh

Seorang anak buah saya, warga Amerika, umurnya 12 tahun. Dia bercuti sebulan setengah, pulang ke Malaysia. Dia pulang ke Malaysia ketika ada cerita panas tentang LBGT. Dia tak tahu itu. Dia tidak membaca berita tentang negara ini. Baginya, bagi abang dan kakaknya yang berbeza empat dan tiga tahun lebih tua, “family first”: keluargalah yang perlu diutamakan.

Gay Itu Aneh
Gambar hiasan.

Selepas keluarga, barulah negara mereka, Amerika Syarikat. “Family first” adalah “nilai Amerika” yang ketiga-tiganya belajar di sekolah.

Dan memang sistem pendidikan AS—bagi sesetengah orang mengecamnya sebagai ‘sistem Barat’ atau ‘kafir’ itu—mengajarkan bahawa keluarga adalah perkara utama waima dalam hidup bernegara.

Dalam kata lain, negara pun tidak boleh menandingi keluarga. Apatah lagi hal-hal lain. Begitulah asas patriotisme Amerika dibentuk. Seolah-olah keluarga adalah negara, negara adalah keluarga.

Umurnya 12 tahun seperti yang saya tuliskan tadi. Sehinggalah dalam satu perbualan kami, dia memberi komen tentang maksud “gay”. Katanya, gay mempunyai dua makna dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris.

Makna pertama adalah makna yang dikecam ramai orang. Gay, jelasnya, bermaksud seseorang lelaki yang suka kepada pasangan sejenis. Sementara maksud kedua, jelasnya lagi, “gembira” (“happy”).

Maksud kedua itu adalah pengertian yang lebih lama dipakai bagi tamadun manusia. Bukan pengertian pertama. Dan dia pun memberikan contoh ayat, “Hey Uncle Hasmi, I am so gay for you!”

Terjemahan dalam bahasa Melayu, “Hei Pakcik Hasmi, saya gembira untuk anda!”

Di waktu lain, anak buah saya itu ngobrol dengan kakaknya. Dia merasa aneh dengan lelaki yang menyukai kaum sejenis. Jawab sang kakak, “jangan tindas dan bersikap berat sebelah terhadap mereka.”

Jawab sang adik, “ya, tetapi tetap aneh!”

Di dalam masyarakat yang terbuka seperti Amerika Syarikat itu pun, menyukai kaum sejenis tetap dilihat aneh.

Aneh bukan kerana sesiapa yang menyebut atau mengajarkannya sebagai aneh, tetapi daripada rasa awalnya sendiri sudah pun begitu. Perasaan awal itulah barangkali yang disebut dalam Islam sebagai “fitrah”.

Tetapi Amerika tidak memakai hujah agama bagi berhadapan dengan individu LBGT. Terutama begitu rencam dan banyaknya agama di sana.

LBGT pun ‘mati’

Kalau dipakai hujah Islam, maka tidak sampai ke hati penganut agama lain. Begitulah kalau diguna pun hujah dari Kristian, misalnya, juga terhad kepada penganut Kristian sahaja.

Oleh itu, bagi pemerintah Amerika Syarikat, apa yang mustahak perlu diajarkan di sekolah ialah keluargalah yang pertama: family first.

Mencintai keluarga dan darah daging sendiri. Sementara mana-mana kelompok LBGT, mustahil mereka dapat melahirkan zuriat sebagai unit asas yang membentuk sistem kekeluargaan.

LBGT pun ‘mati’. Mati tanpa dibunuh.

Anak-anak saudara saya itu, dalam hatinya pun tahu, tanpa keluarga, ibu-ayah atau datuk-neneknya, maka mereka takkan lahir di dunia ini.

Bagaimanakah sistem ibu-ayah, datuk-nenek, lelaki-perempuan boleh menjadi pilihan kedua atau serata dengan sistem sejenis manusia?

Tanpa ‘dihasut’ atau didakwah lebih lanjut pun, mereka yang sedang menjalani proses remaja tidak akan sanggup menjadi mana-mana kelompok dalam kategori LBGT.

Namun, sekali lagi tidak pula sampai mahu memalukan, menindas atau memukul golongan itu.

Di sini, kita harus bergembira atau dalam bahasa Inggerisnya, “gay” terhadap menteri agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang hampir jelas jalan pemikirannya dengan anak-anak saudara saya.

Maksud saya, dengan sistem pendidikan di Amerika yang maju, yang perlu kembali mengajarkan anak-anak kita bahawa keluarga adalah yang terpentingnya dalam sistem sosial.

Sejauh mana pun atuk-nenek mereka dan walaupun berbeza warganegara, mereka pasti akan pulang. Menjejak manusia yang kerananya mereka ada di muka dunia.

Menafikan kenyataan ini adalah kebiadapan. Bukan kepada negara—Malaysia atau Amerika—tetapi kepada diri mereka sendiri.

Selepas habis berbual, kami perlu berlalu. Dia membuka pintu kereta kepada saya, sambil katanya, “Uncle Hasmi, ladies first!”

Begitulah dia berjenaka. Terbahak saya ketawa.

***
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Thursday, January 23, 2014

Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS

Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS

Kes HIV dan AIDS pertama dikesan bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1980 apabila sekumpulan homoseksual dari Amerika Syarikat mengadakan hubungan seks dengan homoseksual dari Afrika di Kepulauan Haiti.

HIV AIDS

Homoseksual dari Amerika kemudiannya telah dijangkiti kuman HIV dan kerana beberapa sebab mereka telah mengalami pembinasaan sistem keimunan dan seterusnya menunjukkan gejala-gejala serta tanda-tanda penyakit AIDS.

Bermula daripada kes pertama ini, HIV dan AIDS mula merebak ke seluruh dunia dengan pantasnya dan tiada satu pun benua yang terkecuali daripada menerima wabak ini.

Pada peringkat awal penemuan penyakit ini, ia dikenali sebagai HTLV-III/LAV (Human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa.

Dan dikatakan seramai kira-kira 34.2 juta penduduk dunia menderita kerana virus HIV/AIDS. Jumlah ini termasuklah disebabkan oleh masalah sosial, pemindahan darah tercemar, diwarisi daripada darah tercemar, diwarisi daripada ibu bapa dan sebagainya.

Daripada jumlah tersebut, seramai kira-kira 16.6 juta kanak-kanak diseluruh dunia menjadi yatim piatu kerana ibu bapa mereka meninggal akibat serangan virus berbahaya itu.

AIDS dikatakan boleh dicegah dengan kaedah berkhatan. Biarpun tidak 100 peratus namun, ia mampu mengurangkan hampir 50 hingga 60 peratus risiko berbanding lelaki yang tidak berkhatan.

Fakta penting HIV, AIDS

AIDS disebabkan HIV

HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit.

Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV.

Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan

Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia.

Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari.

Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

HIV dipindahkan melalui cecair badan

Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat.

Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks

Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin.

Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV

Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom).

Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan.

Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan

Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat.

Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom.

Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik.

Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.

Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV

Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah.

Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar (digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV).

Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling

Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling.

Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.

Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian

Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan.

Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.

Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan

Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan.

Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.

Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV?

Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.

Jika dijangkiti HIV

Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV.

Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.

Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan

Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan.

Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan.

Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.

Jika anda pembawa HIV dan hamil

Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV.

Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan.

Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak.

Kesimpulan

Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta tersenarai tadi tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita.

Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 30, 2013

Anwar Favourite Tweet Gambar Gay Kerja ‘Jahat’ Siber UMNO!?

Anwar Favourite Tweet Gambar Gay Kerja ‘Jahat’ Siber UMNO!?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berhempas pulas menangani serangan akibat akaun Twitternya yang dikesan telah menjadikan gambar aksi lucah seorang lelaki melakukan seks oral sebagai salah satu tweet favouritenya.

Anwar_Ibrahim_Dituduh_Gay

Tweet favourite ialah satu cara untuk pengguna memilih tweet dari akaun orang lain sebagai tweet yang digemarinya.

Dalam kes Anwar ini, yang berlaku pada 25 Disember lepas akaun @anwaribrahim telak klik Favourite pada gambar berkenaan yang diretweet oleh seorang yang lain dengan akaun @KelvinAlmos69.

Anwar_Tweet_Gay

BUKTI... Akaun twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gambar dua orang lelaki sedang melakukan seks oral dalam ruangan tweet yang digemari (Favourite) oleh Anwar sendiri.

Bukti akaun Anwar ialah lambang pengiktirafan Twitter berwarna biru di sebelah kanan namanya.

Anwar_Tweet_Gay

GAY... Tweet dari akaun Malaysia Gay Update yang meminta Anwar Ibrahim melihat ruangan favouritenya menunjukkan adanya komunikasi antara Anwar dan juga Twitter gay.

Anwar_Tweet_Gay

TERUJA... Pengendali Twitter Malaysia Gay Update amat teruja apabila melihat bekas Timbalan Perdana Menteri, iaitu Anwar jadikan tweet berkenaan sebagai favourite dalam komunikasinya dengan @KelvinAlmos69.

Blog PapaGomo semalam membuat artikel berkenaan insiden itu walaupun telah lama berdiam diri daripada menulis artikel dan kesilapan Anwar dalam Twitter itu memang panas, besar dan memalukan.

Anwar dalam tweetnya selepas kejadian itu, menggunakan huruf besar dengan mengatakan ‘NOT ME’, ‘NOT by ME‘, sebelum datangnya tweet dari beliau mengatakan ia adalah kerja ‘jahat’ pasukan siber Umno yang telah menceroboh ke dalam akaun twitter beliau.

Anwar_Tweet_Gay

PUTAR BELIT... Anwar maklumkan melalui tweet ia adalah angkara UMNO yang CUBA menceroboh akaun Twitternya beberapa kali, habis tu takkan Anwar tak perbaiki sistem keselamatan akaun Twitter.

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), percubaan hack ke atas akaun Twitter beliau telah beberapa kali terjadi oleh pasukan siber Umno.

Pada penulis, jika ia sudah beberapa kali berlaku Anwar dan pasukan sibernya yang dianggap hebat sepatutnya tahu bagaimana memelihara keselamatan akaun Twitter berkenaan daripada terus diceroboh.

Anwar_Tweet_Gay

GELABAH... Rangkaian tweet dari Anwar yang cuba memutarbelitkan bukti apabila menggunakan huruf besar NOT ME dan NOT by ME mengatakan bukan beliau yang menjadikan tweet lucah itu sebagai tweet kegemarannya. Ada soalan dari @AhmadFarid, kenapa Anwar tidak delete perbuatan itu?

Tambahan pula akaun Anwar ialah akaun yang sudah diiktiraf oleh Twitter sebagai akaun asli milik Anwar dan biasanya akaun twitter yang sudah diiktiraf Twitter, sistem keselamatan untuk anda ‘sign in’ adalah lebih ketat berbanding akaun Twitter biasa.

Mustahil akaun itu telah digodam…. sangat mustahil. Dan kalau sudah digodam… takkan setakat favourite satu benda aje? Kenapa tidak ada yang lain-lain? Dan cepat betul Anwar dapat memegang balik akaun Tweetnya itu!

Anwar_Tweet_Gay

JAMBU... Satu foto seorang lelaki berwajah jambu yang turut dijadikan Anwar sebagai Favourite 6 November lepas, tetapi sehingga waktu ini masih tidak didelete oleh Anwar. Kenapa Anwar perlu menggemari gambar-gambar sebegini?

Sebenarnya, semakin muak dengan alasan-alasan yang diberikan Anwar. Sesiapa pun kalau berakal dan waras, boleh nampak pembohongan melampau itu.

Ada kemungkinan pada cuti Krismas ketika sedang melihat tweet-tweet yang digemari, Anwar tekan favourite kepada gambar berkenaan tetapi kemudian menjadi panik kerana akaun itu adalah akaun rasminya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sumber: Blog PapaGomo, Harapan-esok.blogspot.com