Saturday, October 20, 2018

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata bila serangan sakit gastrik datang. Rasa sakit di perut tu rasa macam ditoreh dengan pisau dan angin dalam badan pun banyak.

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Kadang-kadang kita dah makan ikut waktu pun masih lagi mengalami sakit gastrik. Kenapa? Ini jawapan dari pakar mengenai sakit yang anda alami.

GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA

“Doktor, saya kena gastrik. Dah pergi makan ubat tapi tak OK.”

Selalu sangat pesakit datang semula ke klinik kerana lepas makan ubat gastrik, masih lagi mengadu pedih ulu hati, mual, kembung perut atau tak ada selera makan.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah keradangan pada mukosa dinding perut, dan ia boleh dirawat dengan efektif jika ubat di ambil dengan betul.

Ramai pesakit ambil ubat dengan cara yang salah. Ada juga yang tak jaga pantang larang.

ANTARA PENYEBAB GASTRIK
  • Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
  • Penyalahgunaan minuman alkohol.
  • Merokok.
  • Stres.
  • Kurang tidur/rehat.
  • Jadual makan yang tidak teratur dan makanan tidak berkhasiat.
  • Obesiti.
  • Pengambilan ubat tahan sakit (jenis NSAID) yang berterusan.

UBAT DAN RAWATAN GASTRIK

Lazimnya kalau pesakit kena gastritis, doktor akan beri beberapa jenis ubat, antaranya:

1. Antasid

Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah di rembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, oleh sebab itu, perut kita rasa.

Kalau dah pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Boleh juga ambil sebelum makan, tak payah tunggu selepas makan makanan. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT).

2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut

Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet.

Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.

3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang

Iritasi pada perut menyebabkan otot perut alami kontraksi, ubat ini fungsinya merelakskan otot perut maka kuranglah kesakitan. Contoh: Hyosine(buscopan).

4. Ubat menghambat angin

Ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone(Hydrosil)

5. Antibiotik

Jika dan hanya diberikan jika doktor sudah periksa dan mengesahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori.

PANTANG LARANG UBAT GASTRIK

JANGAN makan ubat lain bersama antasid. Sesetengah ubat telah direka untuk diserap dengan efisien dalam persekitaran berasid, namun selepas anda makan antasid, keasidan dalam perut berkurang dan menggangu kecekapan menyerapan ubat itu.

Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.

Ubat gasrik yang lain boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah.

Seeloknya ubat ini diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam).

Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis.

TIPS-TIPS LAIN UNTUK KAWAL GASTRIK
  • Berhenti merokok.
  • Berhenti minum minuman keras.
  • Elak pengambilan kopi (Starbucks mahupun Kapal Api).
  • Elak makanan pedas dan berminyak.
  • Elak ambil NSAID berterusan.
  • Elakkan makan terlalu banyak.
  • Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur.
  • Tidur/rehat secukupnya.
  • Bersenam dan jaga berat badan.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR SEMULA?

Jika dah makan ubat seperti yang disyorkan oleh doktor dan masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.

Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Friday, October 20, 2017

Pedih Ulu Hati Tapi Bukan Gastrik, Awas Simptom GERD

Pedih Ulu Hati Tapi Bukan Gastrik, Awas Simptom GERD

Contoh Situasi. Selesai makan, Laily terus terduduk kekenyangan. Tidak lama kemudian, perutnya terasa tidak selesa dan dia terasa mual. Laily mengambil inisiatif dengan menyapukan minyak angin tetapi tidak berkesan.

Simptom GERD

Air halia rebus juga sudah segelas diteguknya, masih terasa pedih pada ulu hatinya. Apa masalah sebenar ya?

Melalui pembacaan atau mungkin juga anda pernah terdengar di mana-mana, situasi Laily itu adalah simptom awal serangan GERD.

Untuk lebih mudah, GERD adalah penyakit pedih ulu hati. Walaupun pendedahan tentang penyakit ini tidak dilakukan sehebat serangan kanser atau penyakit jantung, ia tetap mendatangkan kemudaratan kepada penghidapnya.

Kali ini kami akan kongsikan sedikit maklumat berkaitan GERD yang boleh anda jadikan sebagai panduan. Semoga ia membantu!

Apa itu GERD?

GERD adalah singkatan bagi Gastro-Esophageal Reflux Disease. Ia turut dikenali sebagai refluks gastroesofageal.

Untuk pengetahuan anda, di dalam perut setiap orang terkandungnya asid. Ia membantu untuk mencerna makanan yang dimakan oleh seseorang.

Ketika asid ini mengalir balik ke dalam esofagus (yang tidak seharusnya berlaku), inilah hal mengapa seseorang itu mengalami pedih ulu hati.

Tugas saluran makanan (esofagus) adalah untuk menghalang makanan daripada naik semula ke dada.

Tahukah anda, terdapatnya satu injap umpama enjin pada saluran makanan kita? Apabila makanan telah diambil, ia seharusnya turun ke perut untuk proses penghadaman.

Ketika makanan atau asid dalam perut anda melepasi injap ini dan naik ke dada, anda bakal mendapat pedih ulu hati.

Atas faktor ini, anda tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang banyak pada satu masa bagi mengelakkan injap gagal berfungsi (lemah) dan menyebabkan pedih ulu hati.

Info PENTING

Di persimpangan perut dan esofagus, terdapatnya satu otot yang bertindak sebagai pintu sehala. Tugas otot ini adalah bagi membolehkan makanan melalui esofagus ke dalam perut.

Beberapa faktor akan menyebabkan otot ini menjadi lemah, di antaranya:-
  • Batuk kronik
  • Muntah
  • Senaman fizikal (keterlaluan)
  • Pakaian ketat
  • Berat badan berlebihan

Seperti penyakit-penyakit yang lain, GERD juga memberi ‘salam perkenalan’ kepada tubuh anda. Anda harus lebih peka dan segera mendapatkan rawatan doktor.

Simptom-simptom serangan GERD adalah seperti:-

1. Terdapat rasa tidak selesa pada ulu hati
  • Anda akan merasa panas pada bahagian dada, dari pembukaan perut naik ke bahagian leher dan tekak. Ketika ini berlaku, secara automatiknya anda akan mengusap dada dengan tangan.

2. Cenderung untuk rasa mual
  • Pada peringkat ini, satu cecair berasid akan naik ke tekak dan rasa masam asid ini akan membuatkan anda mahu muntah.

3. Sakit dada yang keterlaluan
  • Ia adalah umpama terdapat sengatan pada dada dan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
  • Kerap sendawa kerana angin yang ditolak dari perut ke kerongkong.
  • Batuk berterusan yang menyebabkan anda kehilangan suara (serak).
  • Rasa sebu perut kerana angin berkumpul di dalamnya.

PENTING!

Segala simptom ini biasanya akan berlaku sejurus anda selesai makan dan boleh berlarutan sehingga dua jam.

Masalah kesihatan ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah. Cukup dengan rasa mual dan kemudian pesakit muntah, pasti akan berasa selesa selepas itu.

Walau bagaimanapun, ada juga pesakit yang terpaksa menjolok tekak mereka kerana rasa sakit yang keterlaluan tetapi tidak mampu muntah secara semula jadi.

Rasa pedih pada ulu hati boleh mendorong seseorang itu untuk mendapat radang pada esofagus.

Jika keadaan ini berlaku, ia akan mengecilkan saluran makanan seseorang dan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menelan makanan.

Keadaan ini dikenali sebagai Barret’s Esophagus (pra kanser pada saluran makanan). Asid berlebihan yang naik ke mulut akan mengakibatkan hakisan gigi berlaku.

Selain itu, mempunyai rasa pedih pada hulu hati juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit tekak atau batuk berpanjangan. Jangan tidak percaya, anda boleh dapat resdung juga!

Sebelum mengesahkan anda GERD, doktor biasanya akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda.

Berikut adalah ujian kesihatan yang akan dilakukan ke atas anda sebelum didiagnosiskan menghidap pedih ulu hati (selepas doktor meneliti laporan kesihatan pesakit):-

Buat X-ray

Bertujuan untuk melihat bahagian dada dan abdomen. Ujian X-ray dengan larutan batrium akan diadakan untuk melihat sekiranya pesakit menghidap ulser. Sampel tisu (jika pesakit menghidap ulser) tidak dapat diambil melalui ujian ini.

Ujian ultra sound

Diadakan untuk melihat sama ada terdapat batu pada pundi kencing atau saluran hempedu.

Doktor juga akan melihat sama ada seseorang pesakit itu mengalami bengkak atau kanser pada hati dan pankreas mereka.

Saranan untuk mengubah cara hidup

Jika masalah tidak berat, doktor akan menasihati pesakit untuk mengubah cara hidup mereka.

Ujian endoskopi dilakukan menggunakan sejenis alat skop sebesar jari kelingking. Ia dimasukkan melalui mulut pesakit.

Melalui pemeriksaan dengan cara ini, saluran makanan, perut dan usus kecil dapat dilihat dengan jelas.

Melalui ujian inilah doktor dapat mengenal pasti sekiranya pesakit menghidap ulser perut atau tidak.

Contoh tisu akan diambil sekiranya terdapat tanda-tanda tidak normal pada bahagian tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

Ambil tahu tentang amaran simptom

Gejala masalah ini adalah seperti penurunan berat badan, hilang selera makan, dan pesakit tersebut akan mengalami najis berdarah atau hitam pekat dan melekit seperti tar.

Jika pesakit didapati mempunyai semua simptom ini, doktor akan melakukan rawatan lanjut ke atas mereka mengikut jenis kes.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

sumber: karangkraf

Saturday, October 07, 2017

10 Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

10 Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.

Punca Gastrik

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.

10 punca penyakit gastrik anda patut tahu untuk mengelakkannya sebelum terjadi.

1. Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal

Apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik.

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut.

Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

2. Tekanan, Stres

Apabila stres berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

3. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang.

4. Disebabkan oleh sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii.

5. Merokok.

6. Makanan pedas.

Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk mencernakannya di dalam perut.

Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma.

7. Makanan masam

Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.

8. Makanan berminyak, berlemak (kecuali minyak zaitun).

Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.

9. Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan.

10. Penyakit autoimun

Sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

sumber: klik4sihat