Monday, June 03, 2019

Tudung Bawal Termahal Di Dunia Berharga RM50,000!

Tudung Bawal Termahal Di Dunia Berharga RM50,000!

Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive menyerahkan tudung bernilai RM50,000 kepada pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih, yang akan dihantar kepada seorang pelanggan butik tersebut, ahli perniagaan wanita berumur 35 tahun berasal dari Kuantan, Pahang.

Bawal Exclusive 50K

Ini sekali gus menjadikan tudung bawal itu sebagai tudung termahal pernah dihasilkan di dunia, memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 pada tahun 2018 lalu.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut dihasilkan sepenuhnya di Austria.

“Tudung ini diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’ sesuai dengan personaliti pemiliknya dan ia mengambil masa selama tiga bulan bermula dari tempahan sehingga menyiapkan produk akhir.

“Lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang kita gunakan. Harga RM50,000 itu adalah termasuk kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 02, 2018

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Kita sebenarnya sudah menghabiskan banyak masa untuk membincangkan tentang konsep cool - apakah definisi sebenar cool? Adakah kita mampu jadi cool? Dan bagaimanakah ia jadi satu keperluan sejagat yang tidak boleh dibuat-buat.

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Dan antara topik hangat yang kerap dikaitkan dengan cool ialah pemakaian jaket kulit.

Segalanya bermula sejak Perang Dunia Pertama (WWI) apabila jaket kulit diperkenalkan kepada juruterbang pesawat perang sebelum memasuki era 1920-an ketika Irving Schott menghasilkan jaket kulit motosikal pertama yang dijual pada harga AS$5.50 (RM21.72) di Harley Davidson.

Leather-jackets-fighter-pilots

Trend itu kemudian melintas masuk ke dekad 1930-an dan 40-an, yakni sepanjang era Perang Dunia Kedua (WWII), menjangkiti kegemilangan Hollywood 1950-an, letusan muzik 1960-an, kebangkitan feminisme pada 1970-an dan 1980-an dan perkembangan fesyen 1990-an.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa menyaksikan pertembungan budaya dalam fesyen, tetapi sangat sedikit trend pakaian yang mampu kekal relevan dan berkuasa seperti jaket kulit. Mengapa boleh jadi begini?

DARI KOKPIT PESAWAT KE PENTAS HOLLYWOOD
Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Pertama, kita perlu mengenal pasti permulaan trend jaket kulit terlebih dahulu, iaitu siapakah individu yang berjaya mencetuskan idea cool menerusi pakaian tersebut.

Penampilan terbaik jaket penerbangan WW1 dan WWII pernah digayakan Amelia Earhart yang menjadi simbolik perjuangan hak sama rata antara lelaki dan wanita, dan aksi Tom Cruise dalam filem Top Gun.

Ketika Marlon Brando memainkan watak Johnny Strabler dalam filem The Wild One (1953), aktor itu memakai jaket pertama Irving Schott yang jelas menyerlahkan gaya vintaj yang sangat cool.

Kemudian, sepanjang tempoh 40 tahun berikutnya, trend jaket kulit meninggalkan pengaruh 'budak nakal' dan menjadi gaya utama aktor Steve McQueen yang digelar 'The King of Cool' serta pemuzik hebat seperti kugiran The Ramones, The Beatles dan legenda rock and roll dari Amerika Syarikat (AS), Elvis Presley.

TREND MERENTASI ZAMAN, JADI FESYEN SELEBRITI

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Susulan pengenalan ringkas dalam fesyen wanita sekitar era 1960-an, yang cenderung kepada imej wanita lasak, jaket kulit didefinisikan semula pada era 1970-an hingga 1980-an.

Kali ini tampil selebriti ikonik seperti Joan Jett, Debbie Harry dan Madonna yang tidak lagi dikaitkan dengan simbol pemberontakan.

Sekitar era 1990-an, muncul pula kumpulan supermodel yang mencetuskan ikon gaya baharu seperti Cindy Crawford dan Kate Moss yang kerap tampil menggayakan jeans biru, kemeja-t putih dan jaket kulit.

Model-model itu berjaya mempengaruhi budaya cool sekitar era 2000 dengan pembabitan fotografi paparazzi dan juga gaya jaket motosikal mewah hasil buatan tangan pereka fesyen Perancis, Nicolas Ghesquière yang juga pereka kreatif di Louis Vuitton dengan memperkenalkan siri jaket eksklusif untuk rumah fesyen mewah di Sepanyol, Balenciaga.

Tidak lama kemudian, muncullah pereka baru seperti Alexander Wang yang menghasilkan jaket kulit dengan harga konservatif berbanding Nicolas Ghesquière.

Apa yang dilihat masih kekal dan konsisten mengenai jaket kulit ialah kemampuan memberikan perlindungan kepada pemakai.

Walaupun di awal kemunculan digunakan sebagai pakaian pelindung kepada mereka yang berperang, tetapi kini jaket kulit sudah menjadi ikon budaya fesyen popular.

JAKET DAN MOTOSIKAL

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Tidak syak lagi pengaruh selebriti Hollywood boleh dikaitkan dengan trend memakai jaket kulit di kalangan penunggang motosikal, siapa lagi kalau bukan aktor Hollywood, Marlon Brando yang kali pertama menggayakan jaket Schott 'Perfecto' di layar perak sebagai ketua geng motosikal. Ini termasuklah James Dean

Di Malaysia, semestinya jaket cokelat kulit Faizal Hussein (gambar warna) dalam filem Gila-Gila Remaja (1985) kekal sebagai fesyen yang cool di kalangan biker tempatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

Thursday, July 26, 2018

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Fesyen adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Ia sudah berada dalam kalangan masyarakat dunia sejak beratus malah mungkin beribu tahun dahulu namun, ia semakin berkembang pesat hanya sejak beberapa abad yang lalu.

Wanita, adalah golongan yang boleh dikatakan obses terhadap fesyen berbanding golongan lelaki.

Disebabkan itu, dikatakan antara salah satu sektor yang tak akan pupus di muka bumi ini malah semakin membangun adalah fesyen wanita.

Kami ingin berkongsi 5 jenama fesyen yang paling bernilai di dunia ketika ini.

1. Louis Vuitton

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Berada di tempat pertama tidak syak lagi jenama fesyen paling terkenal dan paling bernilai di dunia, Louis Vuitton.

Jenama yang berasal dari Paris, Perancis ini bernilai mencecah RM120.27 billion, dengan hasil jualan sebanyak RM43.2 billion di serata dunia.

Jenama yang bermula sejak tahun 1854 oleh pereka fesyen, Louis Vuitton menghasilkan dan mengeluarkan beg, aksesori, pakaian, kasut, barang kemas dan barang-barang mewah lain.

Mereka yang memiliki barangan berjenama Louis Vuitton mungkin dianggap sebagai boros namun dengan kualiti dan kelas tersendiri, ia sememanya berbaloi.

Ketika ini, Louis Vuitton antara jenama yang paling laris di dunia.

2. Gucci

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Pada tahun 1921, seorang pereka fesyen dan ahli perniagaan, Guccio Gucci telah menghasilkan jenama Gucci di Florence.

Kini, 97 tahun kemudian, jenama ini bernilai RM53 bilion, dengan RM19.26 bilion diperolehi daripada penjualan beg Gucci.

Gucci mempunyai 278 cawangan di seluruh dunia yang mana menjual pelbagai barangan ekslusif termasuklah aksesori, minyak wangi, beg dan kasut.

Gucci berada di tangga ke-38 dalam senarai "Jenama Paling Bernilai Di Dunia" oleh majalah Forbes.

3. Hermès

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Hermès yang terkenal dengan produk seperti beg yang berharga beratus-ratus ribu ringgit, dengan nilai jenama mencecah RM45.37 billion, perolehan tahunan oleh Hermès adalah sebanyak RM22.67 billion.

Jenama ini berasal dari Paris, Perancis ini telah diasaskan oleh Thierry Hermès pada tahun 1837 khusus dalam penghasilan barangan dari kulit termasuk beg, aksesori, minyak wangi, jam dan barang kemas.

Bukan calang-calang orang yang boleh memiliki barangan berjenama Hermes kerana ia tersangat mahal.

4. Prada

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Bagi Prada, tak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Terdapat beg berjenama ini yang lebih mahal daripada harga sebuah kereta.

Perolehan tahunan Prada mencecah RM15.84 billion dan jenama ini bernilai RM31.24 billion.

Jenama yang diasaskan oleh pengeluar kulit Itali oleh Mario Prada pada 1913 di Milan, Itali ini menghasilkan barangan kulit dan pakaian yang sangat ekslusif.

5. Chanel

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Antara jenama paling terkenal di dunia, jenama Chanel bernilai RM29.1 billion dengan pendapatan tahunan mencecah RM23.54 billion.

Jenama ini diasaskan pada 1909 oleh Coco Chanel, seorang pereka fesyen, di Paris, Perancis, juga dikatakan adalah seorang perisik ketika perang dunia.

Jenama Chanel menjanjikan kualiti, kemewahan dan pertukangan yang sangat eksklusif, khas bagi wanita yang suka berfesyen.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, July 05, 2018

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Milik Nurul Asmat

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Milik Nurul Asmat

Bawal Exclusive terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia dengan kualiti dan keaslian hiasan yang digunakan dan tahun 2017 lepas, tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive berjaya dijual dengan harga RM21,600 kepada usahawan wanita dari Kelantan.

Tudung Bawal Exclusive RM21600
Tudung Bawal Exclusive berharga RM21,600.

Tahun 2018 ini, tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive yang bertatahkan kristal Swarovski tulen kembali dengan rekaan yang lebih moden.

Tudung yang diperbuat daripada kain Voile dari Jepun bertatahkan kristal Swarovski dari Austria ini berjaya dijual pada harga RM33,000 sehelai dan telah rasmi jadi milik pembeli yang sama dikenali sebagai Nurul Asmat.

Pemilikan tudung eksklusif itu menjadikan beliau satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki kedua-dua tudung termahal keluaran Bawal Exclusive.

Tudung Bawal Exclusive RM33,000
Tudung Bawal Exclusive berharga RM33,000.

Menurut pemilik syarikat ini, Haliza Maysuri, harga sehelai tudung mampu melambung sehingga puluhan ribu bergantung kepada susun atur kristal Swarovski dan material tudung yang digunakan.

Malah menurut beliau, pelanggan sanggup membayar lebih untuk mendapatkan rekaan tudung yang disiapkan mengikut kehendak mereka.

Adakah anda sanggup membayar lebih untuk sehelai tudung yang memenuhi syariat menutup aurat dengan sempurna?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, June 28, 2018

Fakta Menarik Jenama Mewah BIJAN

Fakta Menarik Jenama Mewah BIJAN

Kalau sebelum ini beg Hermes antara yang dikaitakan dengan Rosmah, namun beg tangan khas Bijan lebih menonjol disebut pada sidang akhbar dan selepas melihat beg tangan Bijan, tidak hairanlah kalau ianya menjadi pilihan kerana strukturnya seakan serupa dengan beg Birkin dari koleksinya.

Fakta Menarik Jenama Mewah BIJAN

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak pernah mendengar nama jenama Bijan, malah media terpaksa meminta Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dalam sidang media supaya mengeja perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian mengenai jenama berkenaan.

Mari kita ketahui serba-sedikit mengenai apa dan dari mana sebenarnya asal-usul jenama BIJAN INI.

FAKTA MENARIK TENTANG JENAMA BIJAN

Butik terlalu mewah

Buat pengetahuan semua, jenama dari Amerika dari Los Angeles ini hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dari kulit buaya serta batu permata bagi menonjolkan lagi kemewahan beg koleksi mereka.

Namun yang paling menarik perhatian ramai adalah edisi terhad Rolls Royce yang diletakkan di luar butik yang jelas menunjukkan butik mereka hanyalah untuk orang kaya.

Sebuah candelier kristal yang dihiasi dengan berpuluh-puluh botol minyak wangi diletakan di dalam butik ini berserta lukisan asli 1968 oleh artis Colombia, Fernando Botero yang digantung di salah satu dinding.

Dilaporkan bahawa pembeli yang pergi ke butik menghabiskan purata AS$100,000 setiap orang dan mereka haruslah menjadi pengunjung VVIP untuk memasuki butik ini. Fuh bukan biasa-biasa.

Bijan dikenali di dalam dunia politik

Jenama Bijan sangat terkenal dikalangan lelaki berpengaruh di Hollywood dan di dunia politik.

Butik House of Bijan, yang terletak di Rodeo Drive di Beverly Hills, California, dihiasi dengan gambar-gambar Sir Anthony Hopkins dan Michael Jordan dan Putera Charles.

Malah, ada bilik persalinan yang didedikasikan untuk keluarga Bush, dengan dinding yang dihiasi dengan poster yang ditandatangani oleh George W Bush sendiri.

Foto keluarganya dihiasi di semua sudut dalam butik House of Bijan maknanya, Najib dan Rosmah bukan orang level-level biasa okay!

Harga stokin RM400 sepasang

Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.

Dalam temu bual dengan Forbes pada tahun 2017, ahli waris Bijan Nicholas Bijan berkata pelbagai rangkaian hubungan mereka dihasilkan dalam jumlah terhad bagi setiap reka bentuk.

Ini bermakna bahawa mungkin terdapat dua ikatan rekaan yang sama di seluruh dunia.

Pengasas asal meninggal dunia disebabkan strok

Selepas kematian Bijan Pakzad pada 26 April 2011 disebabkan strok, perniagaan itu diambil alih oleh anaknya, Nicholas Bijan.

Kedai Rodeo Drive House of Bijan dijual kepada LVMH, barang-barang mewah Perancis konglomerat, pada tahun 2016, namun perniagaan dilaporkan meningkat dua kali ganda pada 2016 selepas dijual.

Bernilai 1.6 juta?

Fakta Menarik Jenama Mewah BIJAN

Amar Singh pada sidang medianya mendedahkan 567 beg tangan membabitkan lebih 37 jenama seperti Prada, Bijan dan Chanel telah dirampas di salah sebuah hartanah milik bekas Perdana Menteri Najib dan Rosmah Mansor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 272 beg berjenama Hermes dianggar bernilai RM51.3 juta dan proses penilaian harga beg berkenaan mengambil masa selama lapan hari.

Bijan merupakan beg tangan mahal dan ada beg tangan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan beg tangan buatan tangan.

Dalam satu laporan media mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Los Angeles dinamakan sebagai destinasi pilihan beli belah isteri Najib, Rosmah Mansor.

‘Bijan’ Paling Mahal Di Dunia

Jika anda menyebut Bijan sebagai Bi-jan, bermakna anda salah kerana sebutannya yang sebenar adalah ‘Bizaen’ dan ianya juga tiada kaitan dengan biji bijan!

Jenama ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka, Bijan Pakzad yang meninggal dunia pada tahun 2011 dan hanya diperolehi menerusi temujanji khas sahaja.

Menurut pihak polis juga, beg jenama Bijan itu berharga RM1.6 juta dan ia adalah antara 567 beg tangan daripada 37 jenama yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Bijan pilihan ‘1st Man’ fan ‘1st Lady’ kebanyakan negara.

Kami juga tertarik dengan fakta dimana jenama Bijan merupakan pilihan bagi kebanyakan keluarga Perdana Menteri di seluruh dunia.

Untuk rekod, Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan, adalah kelahiran Iran mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula era Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.

Beliau juga adalah pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti serta tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan.

Pereka fesyen itu juga turut menjadi pilihan pereka fesyen lain seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani, selain artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins.

Rosmah suka BIJAN?

Jadi, mengapa Rosmah juga sukakan Bijan? Cuba anda terbalikkan perkataan Bijan dan mungkin itu adalah salah satu sebabnya. NAJIB. Kebetulan bukan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | hangat

Monday, June 11, 2018

Sejarah Ikon 'Teddy Bear' Tous

Sejarah Ikon 'Teddy Bear' Tous

Ikon ‘teddy bear’ Tous telah muncul sejak 1985 lagi, simbol unik dan comel yang sudah berdiri bermula pada awal perkembangan bisnes antarabangsa dan hari ini ia menjadi elemen wajib ada pada setiap koleksi aksesori yang dihasilkan.

'Teddy Bear' Tous

Ia merupakan salah satu nilai asas buat jenama ini dan mereka mahu seluruh dunia tahu akan nilai kelembutannya.

Ikon bear TOUS lambang nilai kelembutan dan nilai itu mahu dikongsikan bersama anda.

Sejarah jenama TOUS bermula pada 1920 semasa Salvador Tous Blavi dan Teresa Ponsa Mas membuka kedai baik pulih jam tangan di Manresa (Barcelona).

Pada tahun 1965, anak lelaki kepada pemilik jenama ini, Salvador Tous Ponsa berkahwin bersama Rosa Oriol Porta.

Pasangan ini menonjolkan bakat mereka dengan visi dan kreativiti dalam menghasilkan barangan perhiasan dalan versi serba baru.

Sejak itu, TOUS menghasilkan gaya barangan perhiasan unik dan mengubah cara tradisional perhiasan mewah kepada sesuatu yang mampu dan mudah dimiliki.

Barangan perhiasan kini menjadi keutamaan buat jenama TOUS, kerana kejayaannya pada lewat abad ke-20, mereka memutuskan untuk memperluaskan himpunan mereka dalam menawarkan pelbagai item pelengkap gaya termasuk tas tangan, wangian, jam tangan, kaca mata dan aksesori.

Barangan perhiasan menjadi arah tuju pada setiap produk yang dihasilkan dan di bawah penyeliaan pengarah seni syarikat, inspirasi yang berasaskan dari barangan perhiasan ini ditransmisikan kepada kategori lain.

Selain itu, setiap item yang dihasilkan TOUS terus menyerlahkan nilai kelembutan, keseronokan dan semangat muda dalam menceminkan jiwa kepada jenama ini.

'Teddy Bear' Tous

Setiap kategori dan produk yang dihasilkan oleh TOUS mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh pelanggannya tanpa mengenal usia dan bangsa.

Di bawah konsep gaya hidup mewah tetapi mampu milik, koleksi dari jenama ini menawarkan kedua-dua asas dan barangan aksesori yang unik.

Jenama ini menampilkan rekaan yang sesuai dengan trend fesyen dan stail semasa sementara rekaan klasik akan sentiasa diperbaharui saban tahun.

TOUS hari ini terserlah dengan inovasi dan kreativitinya, yang mana jenama ini bakal membuahkan rasa keterujaan kepada kesemua pelanggannya dengan koleksi menarik mengikut musim setiap tahun.

TOUS kini menampilkan 30 koleksi barangan perhiasan dan 50 koleksi tas tangan setiap tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh


Sunday, May 20, 2018

Baju Kurung Dan Tudung Terkini Hari Raya 2023

Baju Kurung Dan Tudung Terkini Hari Raya 2023

Sempena ketibaan Aidilfitri 2018 ini, SweetMuslimah kini membawakan kepada anda Baju Kurung dan Tudung trend terkini yang boleh anda gayakan sempena hari raya nanti bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.


TUDUNG SM PINK

Antara fesyen baju kurung yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan ketika Hari Raya nanti ialah baju kurung moden yang berlainan kainnya seperti penggunaan lace, kurung peplum dan jubah.

Pemilihan design terkini mengikut warna yang lembut menampakkan lagi seri dan kecantikan anda.

TUDUNG SM

Jadi, tidak perlu fikirkan jenis kain apa atau corak design yang pelik-pelik, pilih sahaja gaya minimalis untuk baju kurung, kurung peplum mahupun jubah.

PAKAIAN MUSLIMAH

SM EDORA

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti.

Produk-produk yang disediakan adalah lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik yang meletop-letop.

SM ELVIRA

Semua produk kami yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti tinggi.

Hanya produk terbaik dipasaran akan dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.

Selain baju kurung dan tudung rekaan terbaharu, ada juga Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata jauh lebih menjimatkan.

POTONGAN HARGA KHUSUS UNTUK ANDA!

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan sekarang stail-stail yang anda minat untuk digayakan di hari raya akan datang tak lama lagi.

Boleh juga kalau nak sedondon dengan ahli keluarga dan sahabat handai.

SM SALES


JANGAN LUPA TUDUNG DAN PAKAIAN BARU UNTUK ANAK ATAU ADIK TERSAYANG!

Dikala anda bergembira dengan pakaian baru, jangan dilupa si anak kecil.

Dengan harga yang sangat murah dan gaya terkini, belikan untuk mereka juga.

TUDUNG ARFAA 2018

Selamat membeli-belah!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM