Ramai menyangka semua kaca mata hitam adalah sama namun hakikatnya, bagi mereka yang mementingkan gaya dan penampilan, kaca mata hitam banyak jenisnya.
Ada yang berbeza bingkai, berbeza warna kaca, berbeza juga bentuk dan saiz dan dari perbezaan inilah yang akan menghasilkan variasi untuk pemakai yang akan disesuaikan dengan citarasa, bentuk wajah dan bajet.
Mari kita kenali beberapa jenis 'shades' atau kaca mata hitam yang terdapat di pasaran.
1. Kacamata The Wayfarer
The Wayfarer Shades.
Jenis ini cukup popular masa kini. Mula diperkenalkan oleh Ray Ban sekitar 1956 dan jika berkunjung ke kedai kacamata tidak kira butik atau uptown sekalipun anda akan menemui kacamata jenis wayfarer ini.
Cukup popular dengan bingkai sederhana tebal dan menutupi mata sehingga kening, datang dalam pelbagai jenis warna kaca yang sesuai untuk dipadankan.
Kacamata jenis ini membuatkan kita rasa terjamin (secure), bingkai yang agak 'bold' bentuknya cukup sesuai dengan mana-mana golongan dan target fesyen.
Popularitinya mungkin disebabkan versatilitinya untuk pemakai, unisex, lelaki dan wanita sesuai.
Kadang-kadang ia tidak begitu melihat pada bentuk muka pemakai dan bagi mereka yang inginkan 'biasa-biasa' dan tidak begitu 'funky' ini pilihan terbaik.
2. Kacamata The Aviator
The Aviator Shades.
Dengan batang halus membentuk bingkai kacamata, tidak setebal bingkai wayfarer yang lebih menampakkan pemakainya kelihatan 'macho' dan matang.
Jika lelaki memakainya kelihatan maskulin dan jika wanita ia lebih kepada keseriusan karakter pemakainya.
Cukup dikenali dengan nama 'aviator' memandangkan jenis ini memang menjadi pilihan Tom Cruise dalam filem 'Top Gun'.
Kacamata keluaran Ray Ban ini sekitar 1936 adalah pilihan juruterbang ketika Perang Dunia Kedua, sebagai penahan sinaran matahari ketika penerbangan.
Nak nampak macho dan matang? Ini pilihan anda.
3. Kacamata Teashades (Round Vintage frame)
Round Shades.
Jenis ini juga dikenali sebagai "teashades" dan "Lennon specs", jenis membulat yang banyak digunakan oleh kumpulan The Beattles.
Cermin mata
round ini banyak ke arah mencari kelaianan selain dari tema komedi.
Kacamata jenis round ini boleh dianggap 'adik' kepada aviator kerana dari satu sudut kita dapat melihat kematangan dalam diri pemakainya.
Jadi, dari komedi sehingga ke kematangan, kacamata ini boleh dianggap 'rare'.
Seni kreatif kepada pemakai. Dari segi nilai dan ingin kelihatan vintaj. Round frame untuk anda.
4. Kacamata Clear Frame
Clear Frame Shades.
Citarasa dan variasi karakter manusia berbeza-beza. Ada yang sukakan bingkai yang bewarna-warni, ada yang sukakan warna 'plain' dan ada juga yang tidak menyukai warna, ada sekadar bingkai dan lutsinar (transparent).
Terang lagi bersuluh, clear frame adalah kacamata jenis lutsinar bingkainya.
Bentuknya seakan wayfarer yang bentuk bingkainya agak tebal, untuk bingkai jenis ini memang tidak akan sesuai untuk jenis bingkai halus seperti aviator.
Bingkai lutsinar ini lebih menjurus kepada fesyen klasik dan pemakai yang tidak begitu inginkan perhatian yang serius namun ada nilai klasik, ini pilihan sesuai.
5. Kacamata Rimless
Rimless Shades.
Rimless adalah semata-mata kaca dan pemegang ke telinga. Sesuai bagi mereka yang jenis simple, minimalist.
Tidak begitu menyerlah namun menggambarkan pemakainya benar-benar inginkan kacamata untuk faktor tertentu dan tidak begitu mementingkan gaya.
Akan tetapi ia tetap menampakkan gaya matang dan simple.
Anda simple orangnya, kaca mata rimless paling sesuai.
6. Kacamata Brownline (Semi-Rimless)
Brownline Shades.
Jika rimles tanpa bingkai kaca, kali ini dengan bingkai kaca namun separuh sahaja. Macam nak tak nak. Kaca mata jenis ini juga dikenali sebagai 'brownline'.
Mungkin jenis ini ada bingkai pada bahagian separuh lagi namun agak nipis berbanding separuh atasnya.
Dari simple kepada ada gaya sedikit untuk jenis 'brownline' ini. Simple dalam gaya. Itu frasa yang agak sesuai mungkin.
Jenis ini juga dikenali sebagai
clubmaster.
7. Kacamata Oversized
Oversized Shades.
Ini adalah 'king' dan 'queen' dalam kacamata. Seseorang yang inginkan nampak diva dan 'vogue', inilah pilihan anda.
Kacamata jenis ini sebagai kaca mata mata lalat. Besar gedabak, mungkin sesekali boleh tertutup lubang hidung.
Bergaya, diva dan level konfiden yang tinggi adalah pemakai jenis ini.
Bagi yang bukan diva ia sesuai untuk berada di pantai atau kawasan cahaya yang silau dimana akan menghadirkan karakter misteri si pemakai.
8. Kacamata Shield
Shield Shades.
Kacamata jenis ini adalah lebih kepada unsur futuristik. Pernah layan filem terminator? Pasti anda kenali bentuk kacamata ini. Mungkin sesuai untuk mereka yang gemarkan trend dan muzik tekno.
Bentuk bingkai yang 'smooth' dan membentuk lengkok tanpa penghujung adalah ciri pada cermin mata ini. Untuk mereka yang gemarkan filem 'back to the future'.
Sesuai untuk pemakai yang futuristik dan inginkan gaya masa depan.
9. Kacamata Shutter Shades
Purple Shutter Shades.
Agak 'rare' sebenarnya. Sukar ditemui pemakainya di mana-mana. Bagi muzik video atau ke majlis 'funcky' mungkin mudah ditemui.
Dengan jalur-jalur pada cermin memberikan karakter meronta-meronta dalam jiwa si pemakai.
Jika anda sesuai menjadi lady gaga, bolehlah mencari kaca mata ini. Peminat tarian 'shuffles' banyak mengenakan pemakaian shades ini.
Gaya ? Ia agak lebih kepada personaliti untuk mencari kelainan dan peringkat keyakinan yang tinggi.
10. Kacamata Sukan (Sport)
Sport Shades.
Begitu jelas namanya, untuk aktiviti sukan. Sukar tertanggal dan tahan silau. Dua sifat yang diperlukan untuk atlit perlukan dalam memilih kaca mata. Sekali pandang seumpama melekat pada muka. Longgar-longgar tak sesuai untuk aktiviti lasak.
Dalam lasaknya ada juga gaya, apalagi bila memilih cermin yang memiliki tona warna dari terang ke pudar.
Bagi yang inginkan bergaya saja-saja dengan kaca mata ini, tidak salah kerana ia masih dalam skop untuk bergaya selain dari menu utamanya iaitu untuk aktiviti sukan.
Sejarah Trend Pemakaian Kaca Mata
Awalnya trend kacamata (untuk bergaya) bermula sekitar 1920-an. Zaman ini sudah begitu maju dari industri perfileman dan hiburan untuk negara yang menjadi penjajah dan yang bukan dijajah.
Bagi mengelakkan dikenali oleh peminat atau paparazi yang 'hardcore', pemakaian kaca mata hitam bermula dengan pelakon filem atau personaliti terkenal dalam bidangnya, satu alat penyamaran selain dari menghalang pandangan silau cahaya terang.
Dari masa ke masa, ia mula tular dan menjadi 'trend' masyarakat sehingga ke hari ini.
Maka wujudnya syarikat jualan kaca mata seperti Ray Ban, Oakley, Prada Eyewear, Persol, Gucci, Emporio Amani dan pelbagai lagi.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata
sumber:
belangtarung