Friday, June 10, 2022

Adakah Festival Bon Odori Perayaan Agama?

Adakah Festival Bon Odori Perayaan Agama?

Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival paling penting bagi masyarakat Jepun dan disambut pada bulan Julai setiap tahun, yang mana di Malaysia acara tahunan Bon Odori dianjurkan di Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Festival Bon Odori

Menurut laman web rasmi Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), ia bermula sebagai acara kecil-kecilan pada tahun 1977 buat ekspatriat Jepun di Malaysia untuk menyemai budaya Jepun di kalangan anak-anak mereka.

Sesetengah upacara atau ritual Bon, seperti menyalakan api besar di penghujung Bon untuk dijadikan panduan untuk pemergian roh mereka yang meninggal dunia, tidak dilakukan di Malaysia. Sekurang-kurangnya tidak pesta itu.

Sebaliknya, tarikan utama di festival itu ialah tarian yang diiringi muzik di sekitar Yagura dan gerai-gerai sekitar yang menjual makanan Jepun.

Ia menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai kepelbagaian seni Jepun, tarian, makanan dan minuman.

Ia juga adalah peluang bagi masyarakat Jepun di Malaysia untuk diperkenalkan dengan budaya Malaysia melalui persembahan tarian anjuran Tourism Selangor, kata JCKL dalam satu kenyataan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, ramai hadirin turut berpakaian Jepun untuk majlis itu dengan memakai yukata, pakaian kapas ringan untuk majlis kasual seperti Bon Odori.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun dengan tumpuan kepada tarian Obon.

Festival yang diadakan di Selangor, sering dilihat sebagai yang terbesar di luar Jepun, dianjurkan oleh antaranya Kelab Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun, serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.

Aktiviti daripada festival tersebut yang sering dinantikan-nantikan adalah tarian mengelilingi pentas diiringi muzik. Pada masa yang sama, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan Jepun ketika festival itu berlangsung.

Festival Bon Odori yang diraikan di Malaysia lebih menjurus kepada acara kebudayaan dan komersial berbanding acara keagamaan, juga simbolik hubungan rapat antara Malaysia dan Jepun

Hubungan diplomatik yang kukuh bukan saja mewujudkan perkongsian ilmu dalam teknologi tetapi juga menggalakkan pertukaran budaya untuk kedua-dua negara.

Sepanjang tahun, Bon Odori dikomersial dan diraikan melalui pusat komersial atau komuniti untuk masyarakat bukan Jepun. Bon Odori telah disambut selama lebih 30 tahun di Malaysia, kerana di sini juga mempunyai ramai peminat Manga dan anime melalui pengaruh Jepun.

Tarikh Sambutan

Perayaan Bon telah dirayakan di Jepun selama lebih dari 500 tahun secara tradisional termasuk tarian, yang dikenali sebagai Bon Odori. Tarikh penyambutan perayaan ini berbeza-beza.

Perayaan Bon berlangsung selama tiga hari, walau bagaimanapun tarikh permulaannya berbeza-beza mengikut wilayah di Jepun.

Apabila kalendar lunar ditukar kepada kalendar Gregori pada permulaan era Meiji, ia telah mewujudkan tiga tarikh perayaan Obon yang berlainan hari.

Pertama Shichigatsu Bon (Bon pada bulan Julai) didasarkan pada kalendar solar dan disambut sekitar 15 Julai di timur Jepun (rantau Kantō seperti Tokyo, Yokohama dan rantau Tōhoku), bertepatan dengan Chūgen.

Hachigatsu Bon (Bon pada bulan Ogos), berdasarkan kalendar lunar, disambut sekitar 15 Ogos dan merupakan masa yang paling sering dirayakan.

Kyū Bon (Old Bon) dirayakan pada hari ke-15 bulan ketujuh kalendar lunar dan begitu berbeza setiap tahun. Kyū Bon dirayakan di kawasan-kawasan seperti bahagian utara rantau Kantō, wilayah Chūgoku, Shikoku dan Wilayah Okinawa.

ADAKAH IA PERAYAAN AGAMA?

Perkataan Odori dalam bahasa Jepun bermaksud tarian traditional Jepun, manakala Bon pula adalah nama kepada Perayaan Hantu Lapar iaitu satu amalan dalam agama Buddha.

Falsafah dan sejarah di sebalik perayaan Bon ini adalah berasaskan kepada kepercayaan agama yang wujud di dalam agama Buddha.

Di Jepun, walaupun unsur keagamaan perayaan (terutama untuk tarian) semakin pudar, sebaliknya Bon Odori menjadi karnival musim panas.

Pada asalnya, merupakan upacara berehat untuk roh nenek moyang mereka, tarian Bon kemudiannya mula berkembang dan bertukar menjadi satu bentuk hiburan dan perayaan.

Sejarah

Di sisi sejarah Bon Odori ini, kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions.

Kisahnya tentang seorang pengikut Siddhratha Gautama Buddha, bernama Mu-Lien (Sanskrit: Maudgalyayana) yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib, serta misinya untuk mencari kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini juga tertulis di dalam Ullambana Sutra (juga dikenali Yulanpen Sutra yang dipercayai ditulis antara 266-313 Masihi).

Ketika Maudgalyayana sedang bertapa, dia ternampak ibunya sedang merana di dalam neraka akibat daripada balasan amalan buruk ibunya semasa hidup.

Ibunya menjadi hantu lapar yang memiliki leher yang sempit tetapi perut yang besar, menyebabkan ia sukar untuk menelan makanan manakala perut yang besar menyebabkan perut selalu kosong dan dalam keadaan lapar.

Ini adalah balasan kepada ibunya kerana tidak membelanjakan wang peninggalan suaminya dengan memberikan makanan kepada orang ramai sepertimana diwasiatkan oleh suaminya itu.

Hal ini membuatkan Maudgalyayana berasa sedih, terseksa dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya. Dia telah mengurangkan seksaan ibunya itu dengan meminta tunjuk ajar daripada Buddha cara untuk memberi makan kepada ibunya itu.

Buddha mengarahkan untuk meletakkan makanan di atas pinggan yang bersih dan membaca mantra tertentu sebanyak tujuh kali dan memetik jari untuk memanggil roh yang telah meninggal lalu meletakkan makanan itu di atas lantai yang bersih.

Perbuatan Maudgalyāyana ini telah dapat menyelamatkan ibunya dan ibunya menjadi anjing yang dijaga oleh sebuah keluarga bangsawan.

Dia lalu meminta bantuan Buddha lagi sekali untuk menghidupkan kembali ibunya menjadi manusia. Buddha pun menetapkan suatu hari (iaitu hari ke-14 bulan ke-7 tahun lunar) di mana Maudgalyāyana perlu memberi makan kepada 500 bhikkhu (para sami), sehingga akhirnya ibunya telah dapat dihidupkan kembali dalam bentuk manusia.

Lalu peristiwa ini mula dikenang dan diamalkan oleh penganut Buddha. Ia dikenali sebagai Ullambana.

Ketika agama Buddha mula masuk ke Jepun sekitar abad ke 4 Masihi, Ullambana ini mula dikenali sebagai Bon, hari bagi meraikan roh nenek moyang.

Bon Odori Tarian Menghiburkan Hantu

Pentas Bon Odori

Tarian di dalam perayaan Bon Odori adalah salah satu cara untuk menghiburkan roh atau hantu nenek moyang.

Situasinya hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh orang cina iaitu melakukan hiburan opera dan juga mengadakan konsert sempena Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival).

Cuma di Jepun ia disertakan dengan tarian bagi menghiburkan hantu-hantu nenek moyang.

Bon Odori memiliki cara tarian khusus, biasanya melibatkan orang ramai yang berbaris dalam lingkaran sekitar perancah kayu seperti pentas yang tinggi dan dibuat khas dipanggil sebagai Yagura.

Sesetengah tarian Bon Odori bergerak mengelilingi mengikut arah jam. Pentas Yagura itu dianggap sebagai kiblat semasa tarian itu diadakan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)

Thursday, October 03, 2019

Festival Gendang Pampat, Paluan Perang Pahlawan Iban

Festival Gendang Pampat, Paluan Perang Pahlawan Iban

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai bentuk permainan gendang tradisional. Dipantai timur kita sudah kenal apa itu rebana ubi. Dipantai barat pula terkenal dengan paluan kompang. Kedua-duanya permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu.

Gendang Pampat
Tarian Pahlawan Iban.

Namun, jika kita sebut Gendang Pampat mungkin ramai yang tidak tahu, apatah lagi melihatnya.

Gendang Pampat amat sinonim dengan masyarakat Iban di Sarawak, namun demikian permainan Gendang Pampat ini turut tersisih daripada generasi muda Iban.

Sama seperti permainan tradisi Melayu yang lain juga tidak mendapat sambutan dari generasi muda Melayu seperti permainan rebana dan sebagainya.

Seperti permainan gendang tradisional Nusantara yang lain seperti kompang dan rebana, Gendang Pampat dimainkan secara berkumpulan yang biasanya 4 orang pemain boleh bermain gendang ini pada satu-satu masa.

Namun, ada ketikanya ia boleh mencecah 11 biji gendang dalam satu pasukan dengan 11 orang pemain.

Pun begitu, tingkah gendang ini tidak seperti gendang-gendang lain yang berentak rancak, Gendang Pampat berentak keras dan padat serta nyaring tingkahnya.

Sesuai sebagai pemanggil semangat kepahlawanan gendang ini, sebelum Gendang Pampat ini dimainkan, ia didahului dengan upacara mantera dan menabur beras kunyit serta pemain-pemainnya dijamu dengan seteguk tuak.

Pemain-pemain Gendang Pampat juga turut memakai pakaian tradisi Iban seperti 'ngepan' jika pemainnya terdiri daripada wanita, manakala baju kurung atau baju perang yang diperbuat daripada kulit kambing lengkap dengan terabai (perisai) dan parang ilang dipinggang dipakai oleh lelaki.

Pada saat itulah akan terserlah penampilan berani pahlawan Iban seakan-akan mahu pergi berperang.

Gendang yang diperbuat daripada kayu keras seperti Tapang atau Mengeris dipotong berbentuk silinder panjang hingga satu meter dan disalut dengan kulit kambing atau pelanduk disamping dihias dengan bulu rusa.

Terdapat nama pada jenis-jenis gendang ini seperti Gendang Bebandong, Gendang Lanjan, Gendang Tama Pechal, Gendang Enjun Batang dan Gendang Tinggang.

Gendang Pampat ini biasanya dimainkan oleh masyarakat Iban Dai di kawasan Sri Aman pada hari keramaian seperti Gawai Dayak dan Gawai Antu.

Festival Gendang Pampat

Bagi mengekalkan kesinambungan budaya gendang ini, satu festival Gendang Pampat diadakah secara tahunan di Melugu, Sri Aman.

Selain pasukan yang dianggotai oleh orang-orang tua, terdapat juga pasukan yang mengetengahkan anggota belia yang masih muda bagi meneruskan kegemilangan muzik tradisi Iban ini.

Mungkin sudah tiba masanya anak-anak muda Iban mengambil-alih oermainan ini daripada golongan tua kerana tanggungjawab mempertahankan permainan tradisi ini terpikul di bahu generasi muda.

Demikianlah indahnya kepelbagaian budaya dan permainan tradisi masyarakat Iban yang kurang diketahui oleh rakyat Malaysia.

Dengan mengangkat seni tradisional Gendang Pampat, diharapkan agar seni ini terus dilestari seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, agar masyarakat luar dapat mengenali masyarakat Iban yang penuh dengan warna-warninya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, January 18, 2019

8 Perkara Menarik Tentang Perayaan Ponggal Kaum Hindu

8 Perkara Menarik Tentang Perayaan Ponggal Kaum Hindu

Ramai yang bukan berbangsa India masih kabur mengenai perayaan terbesar agama Hindu, iaitu Ponggal yang telah menjadi amalan kebudayaan turun-temurun dan disambut untuk mengalu-alukan ‘musim menuai’.

Perayaan Ponggal

Di Tamil Nadu, India, perayaan ini disambut oleh semua orang tanpa mengira anutan agama, sama seperti sambutan Tadau Kaamatan di Sabah.

Pendek kata, sambutan ini menghargai usaha keras para petani dan haiwan domestik seperti lembu dan kerbau serta alam semulajadi yang menjadi asas kepada keperluan utama manusia, iaitu makanan.

Sebagai simbolik kepada sambutan ini, ia dimulakan dengan memasak nasi manis berasakan susu, gula perang, kekacang dan minyak sapi serta beberapa manisan lain yang dipersembahkan kepada Dewa Matahari, lembu dan dimakan oleh seluruh ahli keluarga.

Mari kita lihat 8 perkara mengenai sambutan Pesta Ponggal yang mungkin anda tidak tahu.

1. Sambutan Bhogi

Sehari sebelum Ponggal, pada awal pagi, akan dimulakan dengan sambutan Bhogi.

Ia adalah amalan membakar barang lama, lusuh dan menggantikannya dengan baru, simbolik kepada permulaan bulan mulia, ‘Thai’ dengan membuang segala yang negatif di dalam diri.

2. Menghias Kolam

Kolam adalah dekorasi yang wajib ada pada sambutan Ponggal kerana ia juga meraikan serangga-serangga seperti semut sebagai sebahagian daripada eko sistem di mana ‘kolam’ itu sendiri menjadi bahan makanannya.

Lazimnya, kolam titik menggunakan tepung beras dilukis, ia berbeza dengan kolam rangoli yang menggunakan beras berwarna.

3. Ponggal ialah nama sejenis masakan

Ia merupakan nasi manis yang dimasak menggunakan susu, buah pelaga, gula perang, buah gajus, kismis dan minyak sapi.

Pada perayaan ini, nasi yang dimasak akan dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan diberi makan kepada lembu-lembu diikuti ahli keluarga, saudara dan kenalan.

4. Hari Sambutan

Ponggal disambut selama 4 hari, bermula dengan Bhogi, awal pagi sehari sebelum sambutan sebenar.

Hari pertama sambutan adalah Ponggal rumah, hari kedua pula Ponggal untuk haiwan lembu dan hari ketiga, Ponggal lawatan di mana melawat sanak saudara.

5. Sambutan Ponggal Kedua

Pada sambutan Ponggal kedua yang meraikan lembu dan kerbau, lazimnya penternak dan petani akan mewarnakan tanduk lembu, memakaikan kain berwarna, kalung bunga serta memberi makan kepada haiwan itu.

Pemujaan kecil juga dijalankan sebagai tanda berterima kasih kepada haiwan yang turut membantu dalam kerja pertanian seperti membajak selain menawarkan susu yang menjadi salah satu makanan danminuman utama.

6. Ponggalo Ponggal

Ketika memasak nasi Ponggal, susu dimasukkan terlebih dahulu dalam periuk tanah. Hanya selepas susu mendidih dan melimpah keluar, beras dimasukkan untuk memasak nasi tersebut.

Menariknya, semua orang akan menjerit “ponggalo ponggal” ketika susu mendidih keluar. Ia menandakan ‘limpahan kegembiraan, kemuliaan dan kesejahteraan’.

7. Menghias Pintu Rumah

Pintu masuk rumah juga didekorasi dengan batang tebu, daun kunyit dan ‘thoranam’ yang dibuat menggunakan lepah pokok kelapa.

Batang tebu menandakan kemanisan yang berterusan, daun kunyit menandakan kesejahteraan dalam keluarga dan ‘thoranam’ pula tuah yang baik.

Jika anda lihat pintu rumah dengan batang tebu di kedua-dua belah, tandanya mereka menyambut Ponggal.

8. Sambutan Di Malaysia

Di Malaysia, Ponggal bukan sahaja perayaan keagamaan malah sambutan memasak nasi manis ini turut diadakan di banyak tempat sebagai sebahagian daripada festival melibatkan pelbagai kaum.

Pusat pengajian, pejabat, badan bukan kerajaan (NGO) dan banyak pihak menganjurkan sambutan Ponggal untuk disambut oleh semua orang secara bersama.

Kalau ada peluang, semua orang boleh sertai perayaan Ponggal berbentuk festival yang diadakan berdekatan dengan tempat anda dan ketahui lebih lanjut mengenai perayaan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Sunday, April 01, 2018

Sambutan Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang

Sambutan Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang

Sambutan Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang disambut setiap tahun bagi memberikan peluang kepada orang ramai menikmati minuman dan makanan yang enak disediakan oleh penjaja, vendor, kafe dan restoran terbaik di negeri ini dalam festival selama 16 hari.

Sambutan Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang

Acara utama akan diadakan di Lebuh Pantai, Jalan Kelawai dan Batu Kawan bagi meraikan reputasi Pulau Pinang sebagai syurga makanan di Malaysia.

Terdapat tiga acara utama pada PIFF 2018 yang mewakili pelbagai aspek landskap kulinari Pulau Pinang seperti ‘Street Food Festival', 'Taste of Penang' and 'Food Truck Invasion'.

Street Food Festival merupakan penghormatan kepada penjaja luar biasa di negeri ini dan akan menampilkan hidangan makanan jalanan yang paling terkenal.

'Taste of Penang' pula akan menumpukan kepada makanan moden Pulau Pinang dengan kafe dan restoran terbaik menyediakan hidangan eksklusif mereka.

Selain tiga acara utama itu, terdapat juga satu siri acara sampingan dalam bentuk festival mini dan pengalaman menikmati hidangan istimewa yang akan diadakan di pelbagai lokasi sepanjang festival 16 hari itu.

PIFF dianjurkan oleh TLM Event dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Maklumat lanjut mengenai acara itu, orang ramai boleh melayari laman web www.piff.com.my atau Facebook Penang International Food Festival.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Tuesday, January 09, 2018

Festival Ais Hwacheon Sancheoneo, Acara Menangkap Ikan Di Sungai Beku!

Festival Ais Hwacheon Sancheoneo, Acara Menangkap Ikan Di Sungai Beku!

Sambutan Festival Ais Hwacheon Sancheoneo adalah untuk menangkap ikan di sebatang sungai beku semasa musim sejuk, merupakan acara tahunan untuk menarik minat orang ramai mencuba nasib dengan menebuk lubang di atas permukaan ais dan menangkap ikan yang di bawahnya menggunakan tangan kosong.

Hwacheon Sancheoneo Ice Fiesta

Negeri Hwacheon di Korea Selatan merupakan salah satu tempat popular serta paling sejuk di Korea Selatan namun menjadi pilihan orang ramai untuk menyambut festival itu.

Negeri seluas 1,450 kilometer persegi itu didiami 27,000 penduduk kerana terlalu banyak sungai dan gunung di wilayah tersebut.

Hwacheon Sancheoneo Ice Fiesta

Malah, Hwacheon pernah menjadi lokasi pertempuran sengit semasa Perang Korea sehingga pada waktu itu lebih banyak rumah didiami anggota tentera daripada orang awam.

Hwacheon Sancheoneo Ice Fiesta

Secara keseluruhan, lebih 60 program disediakan sepanjang tempoh festival itu berlangsung termasuk sukan, permainan dan aktiviti kebudayaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, September 28, 2017

12 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Octoberfest

12 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Octoberfest

Di Malaysia, penganjuran pesta arak Oktoberfest tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa atas sebab alasan logik tidak bersesuaian dengan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Octoberfest

Polis tidak membenarkan pesta tersebut atas faktor keselamatan. Para ulama dan parti politik tertentu menentang acara tersebut sebab bercanggah dengan tuntutan Islam yang menjadi agama rasmi.

Kaki arak dan penganjur menegaskan adalah hak individu untuk minum bir pada acara yang akan memperkenalkan 250 bir dari 43 pembuat bir seluruh dunia.

Apa sebenarnya Oktoberfest ini? Di sini, kami menyediakan beberapa fakta pelik tapi benar tentang festival Oktoberfest.

1. ‘ITU ASALNYA PESTA KAHWIN’

Bagi yang baru saja mencari Oktoberfest pasti mengaitkan ia dengan arak. Tetapi hakikatnya, ia sebenarnya bermula sebagai pesta meraikan Raja Bavaria, Raja Ludwig I dan Maria Theresenia dari Saxonia.

Perkahwinan diraja ini berlaku di Theresienwiese, di mana upacara ini terus berlangsung sehingga ke hari ini.

Pada mulanya, perkahwinan pasangan diraja ini diraikan dengan perlumbaan kuda. Namun pada tahun 1819, ia digantikan dengan pedati-pedati bir dan satu edik: parti perlu dianjurkan bila menghampiri musim luruh.

Untuk pengetahuan semua, Oktoberfest dianjurkan pada setiap tahun tetapi beberapa kali dibatalkan pada tahun-tahun tertentu.

Pada tahun 1870, pesta ini dibatalkan kerana Perang Prussia-Perancis. Dua kali ia dibatalkan kerana wabak taun dan hiperinflasi pada era 1920-an.

Semasa Perang Dunia Kedua, Oktoberfest turut dibatalkan atas sebab keselamatan.

Octoberfest Raja Ludwig I
Raja Ludwig I.

2. ‘ENCIK, SILA TUNJUK GELAS ANDA’

Jika anda meminati pasukan Bayern Munich, pasti anda perasan gelas minuman satu liter yang dipanggil Masskrugs yang dipegang mereka semasa mempromosikan Oktoberfest.

Dan ini menjadi idaman mana-mana pengunjung untuk memiliki gelas tersebut bila pergi ke pesta ini.

Tetapi jika ada berangan nak membawanya keluar secara senyap-senyap, lupakanlah. Ini kerana gelas-gelas tersebut dimiliki dewan-dewan bir atau pemilik tanah di situ.

Dan mereka meletakkan pegawal-pengawal keselamatan pada bahagian gelas tersebut diletakkan semasa pengunjung mengambilnya dari khemah-khemah yang menyediakan bir tersebut.

Tahun lepas sahaja, pengawal keselamatan berjaya mendapatkan semula 226,000 Masskrugs dari diambil oleh pengunjung.

Jika anda tidak bernasib baik dan ditahan, anda akan didakwa atas kesalahan mencuri. Jika anda nak juga gelas tersebut, ia sebenarnya dijual di Oktoberfest

3. SEPTEMBERFEST

Memang betul kalau ikut logik, pesta sebegini dianjurkan pada bulan Oktober tetapi pihak berkuasa meminda tarikh tersebut pada pertengahan bulan September.

Alasan mereka ialah pada ketika itu, cuaca masih lagi panas dan tidak terlalu sejuk semasa menghampiri musim luruh.

Dan pindaan ini turut dibuat bagi menarik lebih ramai orang menghadiri Oktoberfest.

Acara ini bermula pada Sabtu pertama selepas 15 September dan berlangsung antara 16-18 hari serta tetap berakhir pada bulan Oktober.

4. HARGANYA BUATKAN ORANG TERPENGARUH

Bagi pengunjung Oktoberfest di Jerman, bir terbaik untuk diminum ialah bir Munich. Tetapi kosnya boleh membuatkan mata mereka terbeliak. Ini kerana kos pengeluaran bir semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Purata harga bir Munich ketika ini ialah $12. Ia sedikit mahal berbanding purata harga satu dekad terdahulu iaitu $8.50.

Walaupun harganya agak mahal, namun kandungan alkohol antara tujuh hingga lapan peratus dan harga sebotol air mineral ialah $9, itu tidak menghalang mereka minum.

Berdasarkan statistik, pengunjung Oktoberfest minum 7.5 juta liter bir Munich.

Dan bagi penduduk tempatan, jika mereka melihat ada pengunjung sudah terbaring atas jalan atau tapak pesta kerana mabuk, mereka ada gelaran khas bagi pengunjung sebegini.

Pengunjung sebegini dipanggil Bierleichen atau mayat-mayat bir..

5. MAKANAN PESTA

Dalam tempoh 17 atau 18 hari, pengunjung Oktoberfest makan 500,000 hidangan ayam panggang dan 120,000 sosej khinzir.

Dan pada tempoh sama, mereka turut makan 118 ekor lembu dan 53 ekor anak lembu. Jika ada menyangka pesta ini ialah pesta makanan terbesar di dunia, salah lagi.

Di Cincinatti, Ohio, ia merupakan tapak kepada pesta Oktoberfest terbesar di Amerika Syarikat. Di sini, penganjur menganjurkan pertandingan makan bratwurst tahunan.

Pada tahun 2011, pemenang berjaya memenangi hadiah wang tunai $2,000 selepas makan 35 bratwurst dalam tempoh 10 minit.

6. ‘TUNGGU DATUK BANDAR KATA BOLEH’

Bermula pada tahun 1950, pengunjung Oktoberfest tidak boleh minum melainkan Datuk Bandar Munich kata boleh.

Upacara bermula pada pukul 12 tengah hari diikuti 12 tembakan kehormatan. Kemudian Datuk Bandar membuka tong bir pertama dan menjerit, “O’ zapft is!” (ianya dibuka dalam bahasa Austro-Bavaria).

Setelah itu, beliau menyerahkan gelas bir pertama kepada Menteri-Presiden Negeri Bavaria sebagai tanda pesta bermula.

Jangan terkejut jika ternampak pengunjung berkongsi bir dengan pelajar-pelajar sekolah. Ini kerana had umur untuk minum arak di Jerman ialah 16 tahun.

Jika mereka diiringi ibu bapa mereka, maka had umurnya ialah 14 tahun.

7. ‘SIAPA ADA HILANG BARANG DAN KANAK-KANAK..’

Satu lumrah bagi mana-mana pengunjung tertinggal atau kehilangan barangan peribadi bila berada di tempat awam terutama tapak pesta seperti Oktoberfest.

Setiap tahun, bahagian Hilang dan Jumpa Oktoberfest menerima 4,000 barang hilang di tapak pesta.

Antara barang yang selalu hilang sepanjang tahun-tahun penganjuran ialah 350 telefon bimbit, 520 dompet yang tidak dituntut, 425 kunci, 1300 pakaian dan perhiasan serta sepasang gigi palsu.

48 kanak-kanak turut hilang tetapi berjaya dijumpai dan dikembalikan semula kepada ibu bapa atau penjaga mereka.

Selain itu, bahagian hilang dan jumpa turut menemui topi keledar Viking, tongkat dan kerusi roda elektrik.

8. PESTA TERBESAR

Pesta Oktoberfest yang terbesar pernah dianjurkan bukannya di Munich, Jerman seperti ramai sangkakan.

Sebaliknya ia berlaku di sebuah bandar bernama Kitchener-Waterloo di Kanada. Sejak ia dianjurkan pada tahun 1969, ia menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Setiap tahun, Oktoberfest di situ menarik kehadiran antara 750,000 hingga sejuta orang.

Selain di Kitchener-Waterloo, di sesetengah tempat turut menganjurkan Oktoberfest mengikut versi mereka.

Seperti mana yang cuba dilakukan di Malaysia, pesta ini turut dianjurkan di Denver, Blumenau (Brazil), Lima (Peru), Hong Kong, Bangalore (India) dan Bandaraya Ho Chi Minh (Vietnam).

Dan jangan terkejut jika ada mendengar berita Oktoberfest turut dianjurkan di Tebing Barat. Pesta tersebut diadakan di bandar Taybeh, satu-satunya bandar yang mempunyai kilang bir di Palestin.

9. ‘DILARANG MASUK’

Jika ada individu yang nak memasuki Oktoberfest tetapi dihalang oleh pihak penganjur, maka kena tengok apa kesalahan yang dilakukan sehingga tidak dibenarkan masuk.

Bagi pihak penganjur, mereka berbuat demikian atas alasan nak menjaga prestij pesta tersebut dari dicemari oleh individu-individu sebegini.

Ada dua kes di mana dua personaliti terkenal dihalang dari memasuki Oktoberfest:

a) Pada tahun 2006, pewaris empayar perhotelan Hilton, Paris Hilton pergi ke Oktoberfest dengan memakai pakaian tradisional Bavaria, dirndl, bagi mempromosikan jenama sebuah wain yang ditinkan.

Tetapi tindakan Hilton mendapat kecaman penduduk tempatan kerana menyalahgunakan dirndl untuk tujuan komersial. Berikutan itu, pihak penganjur melarang beliau dari masuk ke pesta tersebut.

b) Legenda Arsenal yang kini berkhidmat sebagai orang nombor tiga Arsene Wenger, Jens Lehmann turut mengalami nasib sama tetapi atas sebab berbeza.

Semasa beliau masih lagi aktif bermain bersama kelab Vfb Stuttgart, Lehmann menghadiri Oktoberfest beberapa jam selepas Stuttgart kalah dalam satu perlawanan dengan FC Cologne.

Bagi pemain bola sepak, lazimnya mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan untuk keluar lebih-lebih lagi pada hari perlawanan.

Dan bila cerita ini tersebar luas, penganjur tiada pilihan selain melarang Lehmann masuk ke pesta tersebut.

10. APLIKASI UNTUK ACARA BERUSIA 202 TAHUN

Walaupun pesta ini berusia 202 tahun, ini tidak menghalang penganjur untuk cuba mengikut peredaran semasa.

Dua hari selepas pesta ini bermula, aplikasi Oktoberfest dimuat turun sebanyak 750,000 kali oleh pengunjung.

Aplikasi ini digunakan untuk mengukur tahap alkohol dalam badan dan berapa lama masa diperlukan untuk kembali pulih.

Aplikasi tersebut mengira tahap alkohol dan masa yang diperlukan dengan mengambil ukuran ketinggian, berat dan jumlah alkohol yang diambil.

Ada juga aplikasi digunakan untuk cari jodoh seperti aplikasi ‘Wiesn mengorat dan jumpa’ (Wiesn flirt and find).

Tetapi kalau itu berakhir dengan kegagalan, pengunjung boleh saja mencuba permainan simulasi menghantar bir di khemah-khemah bir.

11. ‘SEKALI PALSU DAA…’

Pada tahun 2004, polis Bavaria berjaya menahan dan menamatkan sindiket penjualan kupon palsu untuk Oktoberfest.

Kumpulan penipu ini mahu menjual 30,000 ribu kupon palsu ini kepada orang tengah pada harga 3 Euro dan dijual semula kepada pengunjung dengan harga 5 Euro.

Pelayan-pelayan pesta yang perasan akan kewujudan kupon ini segera memberitahu pihak berkuasa dan mereka mengesan tiket ini dicetak di Yugoslavia.

Pihak berkuasa menganggarkan sekiranya kupon itu berjaya dijual habis, kilang bir terbesar di Bavaria boleh mengalami kerugian hampir 500,000 Euro.

12. GELAS DAN PERGADUHAN

Bila mana manusia sudah mabuk, pasti pertimbangan mereka akan terjejas. Dan jika anda gabungkan elemen emosi dan senjata dengan mabuk, ia pasti akan berakhir dengan buruk.

Masskrugs memang digunakan sebagai gelas bir tetapi ia juga berpotensi sebagai senjata dalam pergaduhan dan ini dipandang serius oleh pihak polis.

Tahun lepas saja, 58 pergaduhan dilaporkan pada pihak berkuasa di mana ada sesetengah kes pengunjung melemparkan gelas ke arah penduduk tempatan.

Pada tahun 2010, seorang penduduk tempatan yang naik angin memukul seorang pelancong Kanada dengan gelas itu. Pada hari yang sama, seorang pelancong Austria turut mengalami nasib sama.

Tidak seperti pelancong Kanada yang berjaya mengelak dari sebarang kecederaan, pelancong Austria itu pula mengalami pendarahan dalam otak.

Sekiranya pelaku ditahan, mereka akan didakwa atas tuduhan menyerang dengan senjata merbahaya.

Hukuman bergantung kepada umur dan kecederaan yang dialami mangsa. Hukuman penjara bagi si pelaku antara penjara enam bulan hingga penjara seumur hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Up Helly Aa, Festival Api Terbesar Eropah!

sumber: thepatriots

Thursday, July 13, 2017

Keunikan Festival Bon Odori Masyarakat Jepun

Keunikan Festival Bon Odori Masyarakat Jepun

Kawaii! Ungkapan dalam bahasa Jepun yang bermaksud comel tidak henti-henti meniti di bibir melihat ratusan pengunjung mengenakan kimono musim panas dikenali sebagai Yukata bagi wanita dan Haori pula bagi lelaki, ketika festival masyarakat Jepun, Bon Odori.

Bon Odori

Odori membawa maksud tarian manakala Bon pula adalah singkatan bagi nama satu teks agama Buddha, Ullambana Sutra. Sebutan Urabon dalam bahasa Jepun juga disingkatkan kepada Bon.

Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival yang paling penting bagi masyarakat Jepun dan antara aktiviti yang dijalankan ialah tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun.

Festival Bon Odori diadakan pada setiap pertengahan tahun, seakan-akan perayaan Bulan Hantu yang disambut oleh masyarakat Cina.

Roh

Sebagai acara yang menyambut kunjungan roh-roh si mati atau dalam erti kata lain festival untuk menghormati roh si mati, Bon Odori cukup popular di setiap wilayah di Jepun apabila menjelang musim panas setiap tahun.

Di Jepun, festival Bon Odori dipercayai telah disambut sekitar 500 tahun lalu melibatkan tarian yang bernama Bon Odori.

Tradisi tarian Bon Odori bagaimanapun dipercayai hanya dikomersialkan secara rasmi sebagai hiburan khalayak sekitar era Muromachi (1333 sehingga 1573).

Daripada sebuah acara keagamaan, festival Bon Odori lama-kelamaan bertukar menjadi sebuah festival kebudayaan penuh keriangan musim panas.

Bon Odori Di Malaysia

Pada asalnya, festival Bon Odori diwujudkan bagi memastikan anak-anak Jepun yang menetap di luar negara tidak melupakan budaya mereka.

Satu festival kecil yang asalnya hanya tertumpu kepada masyarakat Jepun sekitar tahun 1970-an itu, semakin berkembang sehingga berjaya menarik hampir 30,000 pengunjung setiap tahun di Malaysia.

Bahkan terdapat sejumlah rakyat Jepun menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.

Apa yang lebih menarik, festival Bon Odori adalah festival kebudayaan Jepun terbesar di Malaysia.

Selain Malaysia, Brazil, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) merupakan tiga buah negara lain yang turut mengadakan sambutan Bon Odori.

Pada hari sambutan, deretan gerai menawarkan aneka makanan, minuman dan snek asli tradisional dari Jepun, antaranya Takoyaki sotong.

Takoyaki ialah bebola tepung gandum berinti sotong yang dimasak pada kuali acuan dan disajikan bersama sos khas. Sedap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Festival Bunga Sakura, Kisah Disebalik Kecantikan

sumber: kosmo

Thursday, June 22, 2017

8 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia

8 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia

Ribuan manusia berkumpul dan bersatu mendengar muzik dari zaman festival muzik era ‘Hippy’ 1960-an lagi dan terus berevolusi ke semua cabang dan aliran muzik.

Dari pentas rancak Electronic Dance Music (EDM) di Belgium hingga ke pentas manifesto seni ‘Burning Man’ di tengah gurun tandus Nevada, saya senaraikan 8 festival muzik terbaik di seluruh dunia yang berbaloi untuk dikunjungi oleh peminat tegar muzik.

1. Burning Man
Lokasi: Nevada, USA
Tema: Steampunk

Burning Man

Seperti berada di lokasi penggambaran filem ‘Mad Max’, festival diadakan di tengah-tengah gurun tandus Nevada, Amerika Syarikat.

Burning Man dicetuskan oleh seorang penggiat seni bernama Lary Harvey sejak 1986 lagi. Dia membakar sebuah tugu unggun api berupa seakan-akan seorang lelaki bagi menandakan hari Soltis musim panas.

2. Songkran
Lokasi: Thailand
Tema: Pesta air

Songkran

Sambutan seluruh Thailand bagi merayakan Tahun Baru Thai yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 April.

Lebih kepada pesta budaya, Songkran bermaksud ‘perubahan’ dan setiap tahun seluruh bandaraya akan bergempita dengan dendangan lagu-lagu Thai, klasik dan moden serta diraikan warga Thai juga pelancong asing.

Festival 'bermain' dan bersiram sesama sendiri, membuatkan pesta air ini mesti dikunjungi sekali seumur hidup.

3. Carnaval De Bahidorá
Lokasi: Cuautla, Mexico
Tema: Hutan, sungai dan alam bunian

Carnaval De Bahidorá

Berlangsung selama 24 jam tanpa henti, Bahidorá bertemakan karnival di dalam hutan dan sungai, dengan pengunjung berpakaian seperti manusia halus Elf.

Muziknya pula gabungan antara Alternative Indie dan Electronica dan ini satu-satunya festival yang mengajar pengunjung melakukan trik sarkas dan asas kayak.

4. FUSION
Lokasi: Larz, Jerman
Tema: Seni, arca dan militari

FUSION

Mengambil tempat di bekas lapangan tentera udara Jerman, FUSION sarat dengan persembahan muzik dan dihiasi perhiasan-perhiasan askar serta arca-arca besar.

Pengunjung disarankan berpakaian beret, melakukan hasil seni dan memainkan peralatan muzik yang boleh menzahirkan manisfeto diri.

Hanya makanan vegetarian sahaja dibenarkan dijual atau dimakan di tapak festival.

5. Montreux Jazz Festival
Lokasi : Montreux, Switzerland
Tema : Muzik jazz

Montreux Jazz Festival

Walaupun ia sebenarnya sebuah festival muzik Jazz, penganjur selalu menjemput nama-nama besar muzik Rock, Pop dan Hip-Hop dari Hollywood.

Dalam salah satu sambutan, pentas yang sepatutnya berpaksikan muzik Jazz ini digegarkan oleh The Chemical Brother, Lionel Ritchie dan Lady Gaga.

Barangkali, penganjur tidak mahu festival Jazz terbesar ini tenggelam dimamah usia, mungkin?

6. Itadaki
Lokasi: Shizuka, Jepun
Tema: Teknologi hijau

Itadaki

Lokasi di sepanjang pesisir pantai Suruga, festival musim panas ini dijana menggunakan bio-diesel.

Konsep mesra alam dibawa kerana penganjur menentang penggunaan petrol yang membawa kemudaratan kepada alam sekitar.

Festival ini benar-benar mengetengahkan budaya maju pemuzik Jepun melalui persembahan berteknologi hijau, lampu-lampu neon dan barisan pemuzik hebat seperti Rhymester, Kemuri dan Shibusashirazu Orchestra.

7. Tomorrowland
Lokasi: Boom, Belgium
Tema: Alam fantasi EDM

Tomorrowland

Bermula hanya di sebuah pekan kecil pada 2005, Tomorrowland berevolusi menjadi antara festival muzik EDM terbesar dunia.

Pernah dibarisi artis-artis EDM bertaraf Hollywood seperti Avicii, Alesso dan David Guetta, ia terus membesar saban tahun dengan 15 pentas muzik, bola disko gergasi dan istana kisah dongeng saiz sebenar.

8. Rainforest World Music Festival
Lokasi: Sarawak, Malaysia
Tema: Hutan hujan, budaya dan etnik

Rainforest World Music Festival

Mengangkat kesenian dan muzik peribumi Borneo, di samping pemuzik-pemuzik peribumi dari serata benua dunia.

Uniknya, mereka memainkan instrumen-instrumen muzik eksentrik yang menyatu dengan bunyi-bunyi alam semula jadi.

Hayati muzik-muzik indah dan mengagumkan ini sambil berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stail

Saturday, April 29, 2017

Sambutan Festival Bambu Dan Halia Tambunan

Sambutan Festival Bambu Dan Halia Tambunan

Sambutan pesta Festival Bambu Dan Halia Tambunan diraikan pada bulan September atau Oktober setiap tahun bagi mempromosikan hasil produk Bambu dan tanaman Halia khususnya bagi daerah Tambunan.

Halia Tambunan

Daerah Tambunan sememangnya terkenal dengan pokok bambu yang tumbuh dengan subur diserata lembahnya.

Bambu pula adalah sejenis tumbuhan serbaguna. Banyak produk yang boleh dihasilkan menggunakan bambu.

Antara yang terkenal ialah dijadikan sebagi alat muzik. Memang tidak dapat dinafikan pada hari ini muzik hasil buatan tangan daripada bambu, meniti bukan sahaja di bibir muda-mudi bahkan di corong-corong radio dan menghiasi skrin tv.

Selain itu, menurut kaji selidik, sampai masanya nanti bambu boleh menggantikan kayu, bagi menghasilkan perabot rumah.

Manakala bagi tumbuhan Halia pula, Tambunan merupakan pengeluar utama Halia di Sabah. Halia tumbuh dengan subur di daerah ini dengan ramai pengusaha halia yang berjaya dalam perniagaan mereka.

Bambu Tambunan

Berdasarkan dua senario di atas maka pelaksanaan pesta dua dalam satu ini amat tepat dan bersesuaian sekali.

Selain mempromosikan Tambunan sebagai tumpuan pelawat dalam dan luar, ianya juga dapat membantu mempromosikan hasil Bambu dan Halia.

Maka dengan itu pihak penganjur mengambil langkah menganjurkan perayaan ini setiap tahun. Uniknya perayaan seumpama ini hanya boleh didapati di Tambunan sahaja.

Antara akiviti menarik sempena Pesta Bambu dan Halia Tambunan ini:
  • Seminar Bambu dan Halia.
  • Pameran Bambu dan Halia.
  • Sukan Tradisi (Rampanau, Pancing Bambu dan Halia, Panjat Bambu, Sukan Berantai, Lumba Kerbau dan lain-lain lagi).
  • Battle of the Acoustic Bamboo Band.
  • Persembahan Kebudayaan dan nyanyian.
  • Pertandingan Ratu Rekaan Fesyen Bambu/Halia.
  • Masakan Tradisi dan lain-lain lagi.

Jangan lupa berkunjung ke pesta Tambunan untuk melihat sendiri festival ini nanti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mytambunan2u

Friday, April 28, 2017

Sambutan Perayaan Vaisakhi Penganut Sikh

Sambutan Perayaan Vaisakhi Penganut Sikh

Vaisakhi juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru.

Vaisakhi

Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh, yang jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.

Vaisakhi merupakan salah satu perayaan utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699; Tahun Baru Sikh.

Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India.

Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab.

Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.

Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka.

Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan Uttaranchal.

Vaisakhi dalam agama Sikh

Guru Gobind Singh, guru Sikh Kesepuluh mengasas Khalsa (Hamba-hamba Tuhan) pada perhimpunan Vaisakhi tahun 1699, di Keshgarh Sahib berhampiran Anandpur, di mana beliau bersedia untuk para pengikut berjumpa dengan beliau di Pesta Vasakhi di Anandpur.

Pada hari itu Guru Gobind Singh meminta seorang lelaki dalam jemaah yang sanggup mengorbankan nyawa diri demi perjuangannya tampil ke hadapan.

Lelaki itu bernama Daya Singh dan dia mengikut Guru ke dalam khemah beliau. Sewaktu Guru keluar dari khemah, pedang beliau diwarnai darah; maka beliau meminta seorang lagi.

Seorang demi seorang Dharam Singh, Himmat Singh, dan Sahib Singh ctampil ke hadapan. Seorang demi seorang mereka memasuki khemah Guru, dan Guru keluar sendiri dengan pedang berdarah.

Para pengikut berasa gementar, sehingga kelima-lima lelaki itu keluar dari khemah, lalu dinamai Panj Piare atau lima orang tersayang.

Guru mencurahkan air ke dalam sebiji mangkuk untuk direnjiskan pada lima orang itu dalam upacara inisasi yang serba ringkas.

Beliau membaca doa sambil mengacau air dengan sebilah pedang keluli yang pendek; melambangkan perlunya kekuatan.

Isteri Guru, Mata Sundri, kemudian tampil ke hadapan lalu meletakkan beberapa hablur gula ke dalam air suci atau amrit sebagai peringatan bahawa kekuatan mesti diimbangi dengan kebaikan resmi. Setelah selesai upacara, barulah Guru merenjiskan amrit pada kelima-lima orang itu.

Guru mengisytiharkan lima orang pengikut itu sebagai ahli-ahli terawal sebuah masyarakat orang-orang setaraf yang lama, bergelar Khalsa atau "suci".

"Tentera keramat" ini bertujuan membaktikan sepanjang umur mereka untuk membantu yang lain dan mengejar keadilan demi segala insan tanpa mengira agama.

Panj Pyare itu diminta memakai lima lambang tersendiri identiti baru mereka, iaitu Lima K.

Sebagai langkah menghapuskan pembahagian sosial, nama keluarga Panj Pyare digugurkan oleh Guru, terutamanya kerana nama keluarga dikaitkan dengan kasta seseorang - kemudian Guru mengurniakan gelaran Singh (yang bermaksud "singa") kepada Panj Pyare (dan semua lelaki Sikh) sebagai peringatan perlunya keberanian.

Pada masa yang sama, Guru mengurniakan gelaran "Kaur" ("puteri") pada semua perempuan Sikh untuk menekankan maruah dan kesetarafan sepenuhnya.

Kemudian, Guru berlutut menghadap kelima-lima pengikut itu lalu meminta mereka menginisiasi beliau. Maka, Khalsa menjadi sebuah masyarakat di mana tuan dan pengikut adalah setaraf.

Bagi orang-orang Sikh, perayaan bermusim ini juga amat penting sebagai memperingati penubuhan Akal Khalsa (Tentera kepada Yang Abadi) di Anandpur Sahib.

Akal Khalsa memainkan peranan penting dalam menentang pemerintahan Empayar Mughal.

Berabad-abad kemudian, anak lelaki sulung kebanyakan keluarga Hindu di Punjab ditahbiskan sebagai Sikh agar membolehkan anak-anak itu berlatih dan menjadi pahlawan dan berjuang demi rakyat jelatan. Kanak-kanak lelaki lain pula menjaga keluarga, orang tua dan tanah.

Sambutan

Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh.

Sambutan bermula awal apabila penganut yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh.

Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti.

BACA INI JUGA: Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

sumber: wikipedia

Thursday, April 27, 2017

Sambutan Festival Regatta Lepa ‘Pesta Air Sabah’

Sambutan Festival Regatta Lepa ‘Pesta Air Sabah’

Regatta Lepa adalah sambutan pesta air tahunan dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' yang diadakan di daerah Semporna, Sabah, sejak tahun 1994, pada bulan April setiap tahun.

Festival Regatta Lepa

Kepada kaum Bajau Semporna, 'Lepa' (sejenis bot) banyak kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk menangkap ikan dan kenderaan harian.

"Lepa' juga digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini dipusakai turun-temurun sehingga kini.

Daerah Semporna, Sabah, menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu.

Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni.

Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa.

Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul.

Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.

Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang (layar) berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut.

Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

Festival Regatta Lepa

Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna.

Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.

Lepa: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari komuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.

Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994.

Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah.

Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.

Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila menyambut Regatta Lepa.

Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni.

Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik.

Festival Regatta Lepa

Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban tahun.

Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik.

Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di Padang Pekan Semporna.

Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat ini!

BACA INI JUGA: 6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!

sumber: sabah

Thursday, March 09, 2017

Festival Unta Raja Abdulaziz, Pertandingan Ratu Cantik Unta!

Festival Unta Raja Abdulaziz, Pertandingan Ratu Cantik Unta!

Di Jeddah, Arab Saudi, lebih 300,000 ekor unta bakal bersaing dalam satu pertandingan 'ratu cantik' unta pada hujung bulan Mac ini untuk merebut hadiah bernilai 25 juta pound (RM136 juta).

Festival Unta Raja Abdulaziz

Pertandingan ratu cantik dalam Festival Unta Raja Abdulaziz ini merupakan festival yang telah lama diadakan sejak dulu lagi yang menggambarkan warisan kebudayaan kerajaan Arab Saudi, dimana pemilik unta datang berkumpul untuk bertanding bersama unta mereka dalam pertandingan ratu cantik.

Pemenang pelbagai kategori pertandingan ratu cantik unta yang diadakan sempena Festival Unta Raja Abdulaziz itu akan menerima hadiah berjumlah RM137 juta.

Hakim akan menilai pemenang menerusi kecantikan asli dalam lima kategori berdasarkan kacukan dan warnanya.

Unta itu akan dihakimi oleh satu jawatankuasa Badwi yang dipilih dan biasanya, harga unta yang memenangi pertandingan seumpama itu akan mencecah jutaan ringgit.

Unta yang akan dimahkotakan dengan gelaran ratu cantik unta itu akan dipilih menerusi beberapa kriteria ketat yang ditetapkan, khususnya kecantikan semulajadi, termasuk pada bulu, mata, telinga, bibir, ketinggian, bentuk kepala, panjang leher dan bentuk bonggolnya.

Yang paling penting, peserta ratu cantik unta terbabit tidak boleh dihias oleh pemilik serta perlu memiliki kecantikan semula jadi.

Menjelang festival berkenaan yang akan berlangsung dari 19 Mac hingga 15 April 2017, harga unta dalam pasaran saham meningkat 70 peratus.

Festival Unta Raja Abdulaziz

Ia tradisi turun temurun yang menyaksikan pemilik haiwan itu memperagakan unta paling cantik mereka.

Antara baka unta yang menjadi perhatian dalam pertandingan itu termasuk unta putih Al Wadah, unta hitam Al Majahateer dan unda merah Al Homor yang dianggap sebagai baka unta paling cantik bagi spesies tersebut.

Pertandingan ratu cantik ini terdiri daripada lima kategori utama mengikut baka dan warna unta, antaranya ialah:
  1. Maghateer
  2. Majaheem
  3. Sufur
  4. Shuol
  5. Homr

Mengikut tradisi, para lelaki akan berkumpul untuk memulakan acara dengan perarakan bersama unta-unta mereka.

Festival Unta Raja Abdulaziz ini merupakan antara acara terbesar di Arab Saudi di mana lebih dari 2 juta orang akan menghadiri festival ini untuk menyaksikan unta-unta tercantik berkumpul di padang pasir, termasuklah kerabat diraja, selebriti, pereka fesyen terkenal dan juga atlet.

BACA INI JUGA: LUAR BIASA! Di Peluk UNTA Yang Kerinduan Selepas Lama Tidak Bertemu!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, September 15, 2016

8 Fakta Menarik Sambutan Perayaan Kuih Bulan Yang Anda Harus Tahu

8 Fakta Menarik Sambutan Perayaan Kuih Bulan Yang Anda Harus Tahu

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (zhōng qiū jié) adalah perayaan kaum Cina yang kedua penting selepas Tahun Baru Cina.

Kuih bulan

Mari kita kenali lebih dekat budaya kaum Cina ini dengan 8 fakta menarik perayaan ini.

1. Tarikh

Sambutan Pesta Kuih Bulan dirayakan pada hari ke-15, bulan lapan dalam calendar lunar Cina.

2. Sejarah

Perayaan Kuih Bulan dipercayai bermula 3,000 tahun lampau semasa pemerintahan Dinasti Shang (1600 – 1046 sebelum Masihi), di mana raja-raja menyembah bulan untuk mendapatkan hasil tuaian yang berganda pada musim luruh.

3. Dewi Bulan

Upacara menyembah bulan purnama diadakan pada malam perayaan di mana juadah seperti kuih bulan, akar teratai, buah-buahan, manisan dan juga barangan kosmetik seperti bedak disembahkan kepada Dewi Bulan yang bernama Chang Er.

4. Tanglung

Pada malam perayaan, kanak-kanak berarak di kawasan perumahan mereka dengan membawa tanglung yang berwarna-warni.

Di sesetengah kampung, orang dewasa bergembira dengan cuba menyelesaikan teka-teki yang ditulis di atas tanglung.

5. Malam Romantis

Di zaman lampau, kaum Cina juga menyembah Yue Xia Lao Ren atau Orang Tua di bulan yang dipercayai boleh menjodohkan pasangan untuk perkahwinan.

Di sesetengah kawasan di China juga, acara tarian diadakan untuk pemuda-pemudi untuk mencari pasangan.

6. Malam Kemenangan

Ia juga merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongolia di akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi – 1341 Masihi).

Pesanan rahsia untuk menggulingkan kerajaan Mongolia berjaya disebarkan dengan disorokkan dalam kuih bulan.

7. Masa Untuk Keluarga

Pada lazimnya, ahli keluarga berkumpul untuk makan besar dan upacara menyembah bulan pada malam Perayaan Kuih Bulan.

Bentuk kuih bulan yang bulat adalah simbolik kepada keharmonian sekeluarga.

8. Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan tidak lengkap tanpa kuih bulan iaitu sejenis pastri tradisional yang berintikan pes kacang merah, biji teratai dan kuning telur masin.

Di zaman moden ini, terdapat pelbagai perisa inti kuih bulan yang menarik seperti cokelat, kopi, keladi, teh hijau, mangga bahkan durian!

BACA INI JUGA:

Sumber: Gemfive

Sejarah Dan Mitos Perayaan Kuih Bulan

Sejarah Dan Mitos Perayaan Kuih Bulan

Bulan, itulah simbol perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun. Cahaya yang terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung-tanglung adalah satu lagi perayaan terpenting kaum Cina.

Kuih+Bulan

Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh akan muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.

Mengikut kalendar Cina, pesta Kuih Bulan ialah pada hari ke-15 pada bulan Ogos hingga akhir September.

Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti Zhou dan ambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang.

Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu dan kedamaian negara dijamin.

Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song, yang disambut oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini.

Terdapat sejarah dan mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan.

Sebelum kita berbicara tentang sejarah dan mitos perayaan Kuih Bulan, kita mengenali Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa pada perayaan ini.

Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai atau kuning telur masin.

Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi.

Ada juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan. Kuih bulan bertemakan Angry Birds pun ada di pasaran hari ini.

Itulah penangan arus kemodenan. Kuih Bulan yang halal boleh juga dinikmati pelbagai bangsa.

Harga kuih bulan sudah semakin mahal dan dikatakan kalau ada lebih intinya seperti kuning telur masin, harganya mampu mencecah puluhan ringgit.

Selain itu, Kuih Bulan sebagai buah tangan kepada kaum keluarga dan sahabat handai juga amat digalakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sejarah Kuih Bulan

Sejarah perayaan Kuih Bulan bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku.

Sejarah perjuangan pertama mengenai sambutan perayaan Kuih Bulan yang ingin saya kongsikan adalah tentang Dinasti Yuan.

Peristiwa pertama tentang sejarah perjuangan rakyat China semasa Dinasti Yuan dan satu lagi mitos tentang Permaisuri Chang Er yang berada di bulan menjadi dewi yang berpegang kepada soal prinsip hidup dan kesetiaannya.

Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.

Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka.

Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat.

Mesej yang diselit menerangkan cara-cara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas mereka selama ini.

Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Mitos Dewi Bulan

Dewi Bulan

Pernahkah anda mendengar tentang Permaisuri Chang Er di bulan? Apa kata kita cuba fokuskan penglihatan kita betul-betul kepada bulan pada 30 September ini. Ada tak bayangan dewi di dalam bulan?

Benar atau tidak itulah mitos perayaan Kuih Bulan dengan cerita dongeng bahawa pada zaman purba, terdapat sepuluh buah matahari di langit.

Sepuluh buah matahari menyebabkan cuaca yang terlalu terik dan menyebabkan rakyat hidup dalam kepanasan yang boleh membawa maut.

Semasa Zaman Dinasti Xia (2070 hingga 1600 Sebelum Masihi) seorang raja bernama Hou Yi, raja Negeri Youqiong merupakan pahlawan yang gagah dan pandai memanah.

Baginda disanjung kerana ada kuasa misteri dan berjaya memanah sembilan daripada sepuluh buah matahari itu.

Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut. Hou Yi mempunyai isteri yang jelita bernama Chang Er.

Hou Yi telah dihadiahkan ginseng panjang umur oleh Permaisuri di Langit iaitu 'Wang Muniangniang'.

Ginseng panjang umur tersebut akan menjadikan orang yang memakan ginseng itu menjadi dewa atau dewi di kayangan.

Hou Yi yang terlalu sayangkan permaisurinya tidak sanggup makan ginseng panjang umur dan menyerahkan ginseng tersebut untuk disimpan Chang Er.

Peristiwa itu diketahui oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah memaksa Chang Er memberikan ubat panjang umur itu kepadanya.

Chang Er tahu bahawa Peng Meng tidak jujur dan akan melakukan sesuatu kepada rakyat jelata jika menjadi dewa dan Chang Er terpaksa makan ubat tersebut untuk mengelakkan Peng Meng memakan ginseng panjang umur tersebut.

Chang Er terpaksa menelan ubat panjang umur kerana tidak mampu melawan Peng Meng dan akhirnya dia terbang dari bumi menuju ke bulan lalu menjadi dewi.

Sekembalinya Hou Yi ke istana, para dayang menceritakan apa yang telah berlaku kepada Hou Yi namun nasi sudah menjadi bubur. Chang Er telah pergi buat selama-lamanya menjadi dewi bulan.

Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan kerana terlalu merinduinya. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya dengan jelas.

Setiap hari, bak kata pepatah "umpama pungguk rindukan bulan", Hou Yi akan berdoa untuk permaisurinya Chang Er yang berada di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.

Dewi Chang Er menjadi pujaan rakyat di atas kesanggupannya menelan ubat tersebut daripada jatuh ke tangan Peng Meng.

Rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang Er di bulan dapat memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada rakyatnya.

Doa yang dilakukan beramai-ramai oleh kaum Cina akhirnya menjadi tradisi pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar Cina.

Akhirnya, menjadi perayaan dan tradisi rakyat China terhadap kesetiaan Dewi Chang Er yang berkorban demi rakyat dan negaranya. Sedih tetapi penuh dengan kesedaran yang boleh dijadikan pengajaran.

Tanglung

Tanglung

Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan di China, tetapi memakan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini.

Pada malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil memakan kuih bulan yang enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er.

Pelbagai cara yang berbeza-beza bagi etnik China dalam merayakan Pesta Kuih Bulan ini, namun tujuannya tetap sama, untuk memperjuangkan keamanan dan mengeratkan perpaduan.

Sambutlah perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, sambil kita menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain tanglung bersama keluarga.

Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya yang perlu diingati dan dijadikan iktibar dan mitos serta lagenda perayaan Kuih Bulan boleh dipelajari sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina hingga ke anak cucu.

Namun, pastinya perisa asli Kuih Bulan itulah yang mampu mengungkap seribu persoalan dan menjawab ketulenan sebenar sejarah, mitos dan legenda Kuih Bulan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Friday, November 06, 2015

Toro De Fuego, Tradisi Kejam Bakar Lembu Untuk Seronok!

Toro De Fuego, Tradisi Kejam Bakar Lembu Untuk Seronok!

Medinaceli adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Timur Laut Madrid, Sepanyol. Selain lokasinya yang terletak diatas bukit, Medinaceli juga menyimpan banyak sejarah agung, namun lebih terkenal kerana perayaan Toro Jobilo atau Toro De Fuego dikalangan pelancong.

Toro De Fuego

Toro Jobilo merupakan satu tradisi menindas lembu jantan secara kejam dan biasanya diadakan pada hari Sabtu dalam minggu kedua pada bulan November dan semata-mata untuk berseronok sahaja.

Acara itu dipercayai telah berlangsung sejak 400 tahun dahulu dan berterusan sehingga kini.

Apabila tiba masanya, sebuah gelanggang khusus akan disediakan ditengah-tengah kawasan berpasir.

Didalam gelanggang itu terdapat satu tunggul kayu sebesar pemeluk kanak-kanak lima tahun sebagai tempat untuk menambat lembu.

Biasanya lembu jantan muda akan dipilih untuk 'diraikan' dalam acara itu.

Sebelum 'persembahan' bermula pada lewat malam, lembu akan dilumur lumpur pada bahagian badan dan muka.

Ia bertujuan untuk mengelakkan bahagian itu disambar api. Kemudian, barulah ia dibawa masuk kedalam gelanggang dan diikat pada tunggul kayu.

Pada bahagian tanduk pula, akan dipasang kayu secara melintang namun, tidak pula diketahui apa tujuannya.

Kedua-dua tanduk lembu itu akan diikat bebola yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar dan dilumur turpentin atau parafin supaya api lebih tahan lama dan marak. Kemudian, barulah api dihidupkan.

Pada masa itulah lembu itu akan meronta-ronta kepanasan tatkala debu bara api mengenai muka dan badannya.

Cecair panas juga turut mengalir dari pembakaran bebola api hingga mengenai mata dan muka wajah malang itu.

Toro De Fuego [2]

Tidak tahan akibat kepanasan, lembu menggelupar kepanasan dan kesakitan hingga melanggar dinding dan pagar gelanggang sambil meronta-ronta.

Ketika itu, hanya bunyi dengusan yang mengerikan terkeluar sebagai tanda meminta pertolongan.

Tidak cukup dengan itu, penonton turut memukul lembu yang sedang kesakitan sebagai tanda menguji kejantanan diri.

Diluar gelanggang, 1,500 orang penonton bersorak kegirangan menyaksikan perayaan tidak bertamadun ini.

Hampir sejam menanggung derita, barulah lembu itu berhenti kepenatan. Berjalan dengan langkah perlahan sambil dipukul tanpa belas kasihan.

Akhirnya api dipadamkan dan diheret keluar gelanggang untuk disembelih. Dagingnya kemudian diberikan kepada petugas.

Sungguh kejam!

BACA INI JUGA: Festival Kejam Memutuskan Kepala Angsa!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, September 28, 2015

Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

Minggu ketiga bulan September, merupakan hari yang paling istimewa dalam kalendar penganut agama Hindu di India.

Kumbh Mela

Ini kerana, pada minggu tersebut, jutaan penganut beragama Hindu akan turun beramai-ramai ke sungai untuk mandi, sebagai ritual penyucian dosa.

Uniknya, perayaan yang berbentuk kerohanian dikenali sebagai Kumbh Mela ini tidak diadakan saban tahun, sebaliknya ia selalunya dianjurkan tiga tahun sekali.

Kumbh Mela merupakan satu perayaan terbesar bagi masyarakat India yang mana semua penganut Hindu, terutamanya golongan lelaki akan berhimpun dan berendam bersama di dalam air, selain tidur dan makan beramai-ramai di lokasi sama selama dua hari berturut-turut.

Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Agamaya, Kumbh Mela membawa maksud festival periuk kera yang merupakan salah satu mitos bagi penganut agama Hindu dan lazimnya dilakukan di empat batang sungai berbeza di negara tersebut.

Sungai tersebut ialah Ganga di Haridwar; Saraswati (Allahabad), Godawari (Nashik) dan Shipra (Ujjain).

Kumbh berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud periuk kera. Dalam bahasa Hindi pula, Kumbh merupakan tanda zodiak dalam Astrologi India yang merupakan simbol Aquarius.

Mela pula membawa maksud suatu perhimpunan atau perjumpaan yang adil.

Walaupun Kumbh merupakan simbol periuk kera, ia bagaimanapun sinonim dengan aktiviti suci seperti yang dilakukan dalam kehidupan harian masyarakat Hindu.

"Sebenarnya festival ini dilakukan bersempena dengan pertempuran epik yang melibatkan dewa dan syaitan.

Perebutan madu

Kumbh Mela [2]

"Berdasarkan mitos dalam masyarakat Hindu, kedua-dua mereka dikatakan bertempur dan bertarung nyawa untuk berebut madu. Bagi mereka, madu merupakan simbol kekuatan dan kehidupan abadi.

"Bagaimanapun dalam pertempuran tersebut, kemenangan berpihak kepada para dewa. Ketika dalam perjalanan pulang, titisan madu yang dibawa menggunakan periuk kera tertumpah di empat batang sungai itu," jelasnya.

Ujar Agamaya, peristiwa tersebut merupakan permulaan bagi festival Kumbh Mela dan disebabkan kejadian itu juga, ia dijalankan di empat batang sungai tersebut kerana aliran air sungai yang mengandungi titisan madu itu dianggap sebagai air suci yang mampu menghapus dosa.

Kebanyakan daripada individu yang menyambut festival tersebut merupakan sadhu, iaitu golongan lelaki Hindu yang alim.

Bagaimanapun, sewaktu melakukan ritual tersebut, mereka terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga buat sementara waktu.

Pengambilan ganja

Kumbh Mela [3]

Di India, jumlah sadhu dianggarkan kira-kira lima juta orang.

"Sadhu merupakan peringkat keempat dan terakhir kehidupan sebelum melalui proses kematian, dan juga kelahiran semula bagi masyarakat Hindu.

"Mereka akan berusaha untuk mencapai ketenangan hidup melalui proses meditasi dan renungan.

"Golongan ini biasanya terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menyembah Dewa Shiva dan Vishnu," jelasnya.

Ketika menjalani festival tersebut, sadhu akan mengecat sebahagian daripada badan mereka dengan kapur atau abu yang bermaksud kematian.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan memakai rambut palsu panjang sebagai tanda penghormatan kepada Tuhan.

Bagi kebanyakan sadhu, merokok dan pengambilan ganja adalah sebahagian daripada amalan agama mereka.

Kesemua mereka percaya bahawa pengambilan kedua-dua barangan tersebut mampu membawa mereka lebih dekat kepada Tuhan.

Ia juga merupakan konvensyen utama bagi sadhu yang mana kebanyakan daripada mereka akan mendirikan kem, bermeditasi, melakukan yoga dan mengambil bahagian dalam pertapaan ritual.

Kumbh merupakan pertembungan semula budaya di India meliputi aspek ilmu pengetahuan dan juga kerohanian.

"Kumbh menjadikan individu sedar akan kepentingan alam semula jadi dan planet Bumi melalui nyanyian dan mantera yang dibaca sepanjang perayaan tersebut dijalankan.

"Ia juga merupakan simbol pertemuan antara alam dan manusia. Pada zaman dahulu, perayaan Kumbh disertai segelintir manusia sahaja. Bilangan sadhu yang menyertai Kumbh Mela ini bagaimanapun menunjukkan peningkatan berlipat kali ganda setiap tahun," ujarnya.

Katanya lagi, faktor penyertaan tersebut didorong oleh pembangunan kemudahan infrastruktur yang baik seperti kem kediaman sementara, tempat letak kereta, klinik kesihatan dan bekalan elektrik disediakan pihak berkuasa.

Penglibatan berjuta-juta sadhu sepanjang perayaan tersebut, menyebabkan penganut Hindu lain di seluruh pelosok dunia turut sama menyertai festival tersebut.

Biarpun ramai antara mereka mahu merasai sendiri kemeriahan perayaan tersebut, namun, kebanyakan mereka juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memperoleh kebaikan bagi kehidupan semula kelak.

BACA INI JUGA: Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Sumber: Kosmo