Tuesday, November 29, 2022

Warna Sebenar Planet Pluto

Warna Sebenar Planet Pluto

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkongsi imej planet Pluto yang diambil oleh Agensi Angkasa Antarabangsa New Horizon. Menurut NASA, gambar tersebut diambil pada jarak 35,445 kilometer dari planet Pluto.

Real Pluto

Gambar ini menunjukkan warna sebenar planet Pluto termasuk 'jantung' planet kerdil iaitu glasier sebesar Texas dan Oklahoma yang diperbuat daripada nitrogen dan metana, kata agensi itu.

Pada awalnya, NASA menyiarkan gambar lain planet Pluto yang diambil New Horizon.

Pluto ditemui pada tahun 1930-an dan dianggap planet kesembilan dalam sistem suria, Bagaimanapun ia pada tahun 2006, ia diklasifikasikan sebagai planet yang kerdil.

Pada tahun 2019, NASA memberikan misi lanjutan kepada New Horizon yang memastikan kapal angkasa itu beroperasi sehingga 2025.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, February 16, 2021

Keindahan Alam Semesta Yang Kita Tidak Pernah Lihat!

Keindahan Alam Semesta Yang Kita Tidak Pernah Lihat!

Alam semesta, kosmo atau ruang angkasa. Tidak semua orang berpeluang melihat alam semesta dan ruang angkasa yang tempatnya berada jauh di luar planet bumi ini, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengembara ke angkasa lepas.

Dengan kemajuan teknologi yang wujud pada hari ini, hampir tiada yang mustahil dilakukan dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), dalam satu pendedahan memaparkan secara umum bagaimana rupa bentuk sebenar di ruang angkasa.

Rakaman yang diambil menggunakan teknologi Spitzer dan Hubble Space Telescopes ini memperlihatkan keindahan ruang angkasa yang sungguh menakjubkan. Anda pasti kagum!

1. Butterfly Nebula

Alam semesta

2. Planet Bumi

Keindahan Alam semesta

3. Pillar Of Creation

Keindahan Alam semesta

4. Letusan Bintang

Alam semesta

5. Supernova

Alam semesta

6. Horsehead Nebula

Alam semesta

7. Crab Nebula

Alam semesta

8. Cat's Eye Nebula

Alam semesta

9. Sinaran Echo

Alam semesta

10. Carina Nebula

Alam semesta

11. Buble Nebula

Alam semesta

12. Cone Nebula

Alam semesta

13. Bintang Biru (The Blue Stars)

Alam semesta

14. Lubang Hitam (Black Hole)

Alam semesta

15. Helix Nebula

Alam semesta

16. Smile Space

Alam semesta

17. Sombrero Galaxy

Alam semesta

18. Monkey Head Nebula

Alam semesta

19. Rose Of Galaxies

Alam semesta

Tak tercapai akal jika mahu menggambarkan suasana di alam semesta. Memang luas benar alam ini, yang kecil itu bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Saturday, December 28, 2019

Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Gerhana matahari cincin atau Anulus, berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Gerhana Matahari Cincin

Disebabkan saiz bulan yang kecil itu menyebabkan matahari seolah-oleh kelihatan seperti sebentuk cincin, menghasilkan cahaya terang pada lingkarannya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Uniknya di Malaysia, fenomena ini yang berlaku setiap 20 tahun, hanya akan berlaku di kawasan Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Dua kawasan tersebut sangat istimewa kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari, berbanding lokasi lain.

Di kawasan lain di seluruh negara, kita akan hanya dapat menyaksikan gerhana matahari separa.

Anulus pernah terjadi pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor, pada 26 Disember 2019 dan fenomena sama dijangka berulang pada April 2042.

Jika berpeluang menyaksikan fenomena ini, anda sebaiknya tidak melihat gerhana Anulus secara terus dan disaran menggunakan peralatan yang sesuai bagi mengelakkan masalah penglihatan atau buta kekal.

Terdapat empat jenis gerhana matahari:

Fasa Gerhana Cincin

1. Gerhana Penuh

Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat.

Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

2. Gerhana Cincin (Anulus)

Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.

3. Gerhana Hibrid

Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus.

Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.

4. Gerhana Separa

Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa.

Fenomena ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh.

Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.

Nisbah

Gerhana Separa

Jarak Matahari dari Bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak Bulan (dari Bumi) sementara diameter Matahari pula lebih kurang 400 kali diameter Bulan.

Oleh sebab nisbah-nisbah ini agak sama, dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan agak sama: lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut.

Gerhana matahari penuh adalah fenomena semula jadi namun, pada zaman dahulu dan dalam sesetengah budaya hari ini, gerhana matahari telah dikaitkan dengan kuasa ghaib menyebabkan atau dianggap sebagai petanda tidak baik.

Gerhana matahari penuh boleh menakutkan orang yang tidak mengetahui penjelasan astronomi di sebaliknya, dengan Matahari seolah-olah hilang di tengah hari dan langit menjadi gelap dalam masa beberapa minit atau jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 15, 2018

Astronomi Temui Bintang Pertama Bersinar Di Alam Semesta

Astronomi Temui Bintang Pertama Bersinar Di Alam Semesta

Sekumpulan pakar astronomi telah berjaya mengesan bintang-bintang yang pertama sekali menyinar di alam semesta selepas fenomena Big Bang (Letupan Besar) dikesan sebelum ini.

Astronomi Temui Bintang Pertama Bersinar Di Alam Semesta
Lakaran artis.

Gambar yang dikeluarkan oleh Nature pada 28 Februari 2018 lalu menunjukkan pandangan artis tentang rupa bintang yang pertama bersinar di alam semesta.

Isyarat itu dikesan selepas satu kajian selama sedekad dilakukan oleh Universiti Arizona dan disifatkan sebagai pe­nemuan paling besar sejak pakar astronomi mengesan gelombang graviti Nobel pada 2015.

Ketua penyelidik, Judd Bowman berkata, penemuan ini perlu disahkan oleh penyelidikan yang lain.

Beliau berkata, kumpulan pakar berharap penemuan tersebut dapat merungkai lebih banyak misteri mengenai kejadian alam semesta.

Kesan wujudnya bintang-bintang tersebut atau dipanggil kosmos sudah ada sejak 13.8 bilion tahun yang lalu iaitu 180 juta tahun selepas fenomena Big Bang berlaku dikesan menggunakan spektrometer radio yang sebesar meja makan di gurun Australia.

Isyarat berkenaan menimbulkan tanda tanya.

Data awal tentang kewujudan alam semesta menunjukkan keadaan dua kali ganda lebih sejuk daripada yang dijangka iaitu pada kadar -270 darjah Celsius.

Beberapa kajian terdahulu mengaitkan suhu sejuk di alam semesta dengan jirim gelap.

Bowman menyatakan bahawa jirim gelap menyumbang kepada 85 peratus kepada semua jirim yang terbentuk di alam semesta.

Data yang diperoleh daripada satelit Planck pada 2013 pula menunjukkan jirim yang boleh disentuh dan dilihat di ruang alam semesta hanyalah seba­nyak 4.9 peratus, manakala jirim gelap pula sebanyak 26.8 peratus manakala selebihnya merupakan tenaga gelap (dark energy) yang diukur kira-kira 68.3 peratus.

Jirim gelap (dark matter) tidak dapat dilihat menerusi teleskop dan ia diukur berdasarkan tarikan graviti terhadap objek lain yang berada di alam semesta.

Namun, kewujudan jirim gelap tidak dapat dijelaskan de­ngan model fizik yang biasa untuk mengukur partikel dalam alam semesta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sunday, January 21, 2018

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 31 Januari 2018 ini dan dijangka mengambil masa selama lima jam 17 minit itu bermula pada jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari 2018).

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018
Gambar hiasan.

"Di Semenanjung, gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur, manakala Sabah dan Sarawak, fenomena ini akan bermula selepas bulan terbit.

"Fasa gerhana penuh maksimum adalah pada jam 9.29 malam dan keseluruhan gerhana berakhir pada jam 12.08 tengah malam iaitu pada 1 Februari," kata Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)i.

Gerhana bulan penuh turut berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.

Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari 2018 ini berbeza daripada gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.

Ketika hampir berlakunya gerhana pada 31 Januari ini, bulan sebenarnya baru saja melepasi kedudukan perigee iaitu sehari sebelumnya dengan jarak 358,993 kilometer dari bumi, sekali gus menjadikan gerhana kali ini 'Gerhana Supermoon'.

Supermoon akan berlaku apabila bulan berada pada jarak kurang 360,000 kilometer dari bumi dan tiada peralatan tertentu diperlukan untuk melihat fenomena ini.

Penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas.

Observatori Negara Langkawi, ANGKASA akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh.

Beberapa teleskop mudah alih akan disediakan kepada pengunjung yang hadir dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi lain boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan adalah Planetarium Negara, Kuala Lumpur; Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor dan Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Orang ramai juga boleh mengunjungi Pantai Tok Jembal, Terengganu; Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.

Gerhana bulan penuh akan berlaku sekali lagi dan kelihatan di Malaysia pada 28 Julai 2018 depan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, December 05, 2017

Apakah Sebenarnya Meteor?

Apakah Sebenarnya Meteor?

Meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba.

Apakah Sebenarnya Meteor

Meteor merupakan habuk dan debu (selalunya sebesar pasir) yang terbakar apabila ia memasuki atmosfera bumi kita.

Apa beza meteor dan meteoroid?

Meteor ialah lintasan cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar. Meteroid ialah nama yang diberikan kepada debu dan habuk, yang telah terbakar tadi ketika ia memasuki atmosfera bumi.

Apa pula meteorit?

Meteorit ialah saki baki habuk dan debu meteoroid tadi, yang tidak sempat hancur di udara, lalu jatuh ke permukaan bumi.

Maksudnya, jika kita boleh jumpa dan pegang ‘ketulan’ debu dan habuk tadi, kita panggilnya sebagai meteorit.

Apa itu komet?

Komet merupakan sebuah jasad yang terdiri daripada batu, debu dan ais manakala kebanyakan meteoroid berasal daripada serpihan komet.

Komet mempunyai orbitnya sendiri mengelilingi matahari seperti planet-planet namun bentuk orbitnya elips.

Titik paling hampir dengan matahari boleh berada lebih dekat daripada orbit Utarid, manakala titik paling jauh boleh mencecah ratusan kali ganda daripada orbit Pluto.

Disebabkan perbezaan jarak yang amat ekstrem ini, komet akan mengalami perubahan yang amat drastik.

Pada ketika ia bergerak menghampiri matahari, permukaannya menjadi semakin panas dan sebahagian daripada jasadnya akan hancur dalam bentuk debu-debu halus dan terpisah ke angkasa lepas.

Debu-debu yang terpisah ini akan tertinggal dibelakang laluan komet tersebut, seolah-olah membentuk sebuah laluan yang penuh dengan habuk dan debu.

Laluan debu-debu ini bersimpang-siur di angkasa lepas, bergantung kepada laluan komet-komet tersebut.

Walaupun begitu, ada juga diantara laluan debu komet ini akan melintasi bumi dan apabila bumi memasuki laluan komet, debu dan habuk akan masuk ke dalam bumi.

Ketika debu dan habuk komet memasuki atmosfera, ia akan menghasilkan tenaga dan haba yang amat panas lalu terbakar dan hancur.

Ketika terbakar, cahayanya akan kelihatan melintasi langit dengan kepantasan yang sangat laju dan itulah yang kita sebut sebagai meteor.

Kedudukan laluan habuk dan debu komet tidak banyak berubah setiap tahun yang mana bumi akan bergerak masuk dan berlanggar pada tarikh yang sama setiap tahun.

Itulah sebabnya jika kita merujuk kepada kalendar fenomena astronomi tahunan, sebagai contoh Almanak Astronomi di laman web Falakonline, sudah ada tertera nama-nama meteor yang akan muncul pada tarikh-tarikh tertentu.

Secara amnya, dalam musim juraian meteor yang banyak ini, ia akan kelihatan muncul dari kawasan buruj tertentu di langit. Itulah sebabnya nama juraian meteor ini agak mirip dengan nama buruj.

Sebagai contoh;
  • Orionids: Meteor yang munul dari kawasan buruj Orion.
  • Perseids: Meteor yang muncul dari kawasan buruj Perseus.
  • Leonids: Meteor yang muncul dari kawasan buruj Leo.
  • Geminids: Meteor yang muncul dari kawasan buruj Gemini.

Namun, ada juga nama juraian meteor yang agak pelik dan tidak mengikut pola susunan nama seperti diatas.

Contohnya:
  • Eta Aquarids: Meteor yang muncul dari kawasan berhampiran bintang Eta Aquarids dalam buruj Aquarius.
  • Quadrantid: Meteor yang muncul dari kawasan buruj Quadrantid, sebuah buruj yang sudah pupus dan tidak wujud dalam peta bintang moden. Dilangit ia kelihatan muncul dari kawasan buruj bernama Bootes.

Titik atau kawasan dimana meteor ini kelihatan muncul juga dikenali sebagai Radiant iaitu titik atau poin di langit, di mana meteor-meteor ini ‘kelihatan’ mula muncul.

Di manakah meteor ini akan muncul?

Meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana sahaja di langit. Adalah sukar untuk mengagak bila dan di mana ia akan muncul.

Kita hanya digalakkan untuk tumpukan ke satu kawasan langit sahaja ketika mencerap meteor.

Tak perlu kelam kabut tengok kiri kanan atas bawah, memang tak jumpa!

Berapa banyak meteor yang boleh dilihat?

Jumlah meteor yang dilihat bergantung kepada faktor-faktor berikut:
  • Musim juraian meteor yang dilihat ketika itu. Contohnya juraian meteor Perseids akan menghasilkan kadar meteor 100 meteor sejam, berbanding juraian meteor Orionids yang hanya menghasilkan 20 meteor sejam.
  • Lokasi kita mencerap meteor – dari kawasan gelap kebarangkalian untuk melihat meteor yang banyak, adalah lebih baik berbanding cerapan dari kawasan yang banyak lampu.

Cara terbaik melihat meteor

Cara terbaik (malah satu-satunya cara) untuk melihat meteor ialah dengan menggunakan mata kasar. Anda hanya perlu baring dan pandang ke kawasan langit.

Disarankan fokus kepada satu kawasan langit sahaja.

Adalah lebih baik halakan ke mana-mana kawasan langit yang paling gelap, tak kisahlah sama ada dekat dengan radiant, mahupun berlawan arah jauh daripada titik radiant.

Yang penting, kawasan langit di situ mesti segelap yang mungkin dan jauh daripada silauan cahaya.

Sebarang gangguan cahaya akan menyebabkan meteor-meteor itu susah untuk dilihat dengan mata.

Jika cuaca berjerebu dan berawan?

Meteor-meteor tidak akan dapat dilihat jika langit berawan tebal, berjerebu ataupun hujan!

Bilakah waktu paling sesuai untuk mencerap meteor?

Disebabkan kombinasi laluan orbit Bumi ketika ia menghentam habuk dan debu di angkasa, serta pusingan paksi bumi dari barat ke timur, maka waktu paling sesuai untuk mencerap meteor adalah SELEPAS TENGAH MALAM hinggalah ke SUBUH.

Perlukah membeli teleskop atau binokular untuk melihat meteor?

Tak perlu. Meteor hanya boleh dan sesuai dilihat dengan mata kasar sahaja.

Jika hendak ambil gambar, apakah lens yang paling sesuai?

Disebabkan meteor-meteor ini muncul merata di seluruh langit, seeloknya gunalah lens wide-angle dan juga fish-eye, kerana kita cuba merakam sebanyak mungkin kawasan langit dalam satu-satu waktu.

Kit lens yang datang dengan DSLR tidak begitu sesuai, kerana medan penglihatannya terhad.

Ingat! Meteor ini muncul di mana-mana. Maka kita perlu merakam langit seluas yang mungkin.

Apakah tetapan (settings) paling sesuai untuk kamera?

Gunalah waktu dedahan yang paling lama, sebagai contoh 30 saat. Kemudian gunalah ISO yang paling tinggi tetapi tidak menghasilkan terlampau banyak hingar (noise) di dalam imej yag dirakam.

Bab ISO ini bergantung kepada jenis model kamera yang digunakan. Contohnya kamera Canon 1200D menggunakan ISO=1600 akan menghasilkan lebih banyak hingar berbanding Canon 5DMkii pada ISO yang sama.

Setelah mendapat tetapan waktu dedahan dan ISO yang paling sesuai, disarankan untuk merakamnya sebanyak yang mungkin, selagi cukup kapasiti memory card dan juga bateri masih berkuasa.

Kalau boleh, belilah intervalometer, alat yang membolehkan kita melakukan tetapan kamera dan mengulang-ulang rakamannya secara automatik.

Camera phone boleh ambil gambar meteor?

Hmmm. Dalam mimpi boleh la kot.

Meteor ini muncul secara tiba-tiba dan hilang juga secara tiba-tiba. [Falakonline]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Fenomena Meteor Geminids, Hujan Tahi Bintang Yang Memukau Mata!

Fenomena Meteor Geminids, Hujan Tahi Bintang Yang Memukau Mata!

Pancuran meteor Geminids yang menerjah di langit bumi merupakan kumpulan meteor-meteor yang sangat aktif, dengan kadar penjelmaan meteornya sekitar 120 meteor setiap jam (pada tarikh, waktu puncaknya).

Fenomena Meteor Geminids, Hujan Tahi Bintang Yang Memukau Mata!

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, fenomena meteor Geminids sangat-sangat dinantikan oleh orang ramai.

Asal usul Meteor Geminids

Meteor Geminids berasal daripada sebuah objek-hampir-bumi (Near-Earth Object), 3200 Phaethon dan dipercayai, kesan perlanggaran objek ini dengan sebuah lagi objek lain pada suatu masa dahulu menyebabkan habuk, cebisan dan debu perlanggaran telah membentuk sebuah aliran yang mengelilingi matahari dan pada waktu-waktu tertentu Bumi akan berlanggar dengannya.

Berdasarkan rekod, meteor Geminids telah direkodkan sejak hampir 200 tahun dahulu dengan rekod paling awal ditemui ialah hasil cerapan dari Sungai Mississippi pada tahun 1833.

Pemerhatian yang dibuat sejak itu menunjukkan jumlah penampakan meteor Geminid semakin banyak setiap tahun disebabkan graviti dari planet Musytari telah mengubah sedikit demi sedikit aliran debu-debu ini, semakin banyak ke kawasan orbit Bumi.

Kawasan di langit

Fenomena Meteor Geminids, Hujan Tahi Bintang Yang Memukau Mata!
Kedudukan buruj Gemini, berbanding dengan lokasi buruj Orion.

Meteor-meteor Geminids akan mula kelihatan bermula menjelang tengah malam dan berterusan hinggalah ke waktu Subuh.

Kawasan di mana meteor-meteor ini akan muncul adalah dari buruj Gemini, sebuah buruj yang terletak pada sudut ke kiri-bawah dari buruj Orion. Nak senang cerita, jika kita dah mula nampak Orion tinggi di langit, itu maknanya buruj Gemini pun dah mula kelihatan.

Namun begitu, meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana dan agak mustahil untuk kita mengagak secara tepat bila dan di poin mana meteor ini akan bersinar terang.

Apakah prospek penampakan meteor Geminids?

Fenomena Meteor Geminids, Hujan Tahi Bintang Yang Memukau Mata!
Kedudukan Bulan.

Isu paling utama di sini ialah sejauh mana gelapnya langit. Untuk melihat jumlah meteor yang banyak, suasana persekitaran dan langit itu sendiri perlu gelap dan bebas dari gangguan cahaya.

Dalam kes langit, sumber cahaya yang akan mengganggu ialah Bulan.

Jika bulan bersinar terang, langit akan menjadi cerah, lalu ia akan mengganggu penampakan meteor Geminids. Kita TIDAK akan mendapat peluang melihat jumlah meteor yang banyak.

Mungkin sekali-sekala, meteor yang terang seperti fireball akan bersinar terang dan mudah dilihat, namun secara amnya kita tidak akan mendapat suasana yang menarik.

Kesimpulan

Jika anda ingin juga merakam Geminids menerusi lens wide-angle, hala kamera ke kawasan jauh dari sinaran Bulan. Tapi langit masih lagi akan cepat ‘memutih’ hasil limpahan cahaya Bulan tu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Meteor Terbakar Ketika Memasuki Atmosfera?

sumber: falakonline