Friday, August 11, 2017

Fungsi Terbaharu Melihat Video ‘Trending’ Melalui Facebook Watch

Fungsi Terbaharu Melihat Video ‘Trending’ Melalui Facebook Watch

Sebelum ini anda mungkin pernah membaca Facebook bersedia untuk memaparkan iklan pada paparan video, namun bagaimana cara penyediannya masih belum diketahui sehinggalah Facebook mengumumkan fungsi ‘Watch’.

Facebook Watch

Sebuah halaman khas buat orang ramai menonton video yang dikeluarkan secara eksklusif oleh page atau daripada Facebook khusus buat para pengguna.

Melalui fungsi terbaru ini, Facebook juga dilihat cuba untuk ‘meniru’ apa yang dilakukan YouTube dengan memaparkan video yang trending ketika ini.

Angka perkongsian yang tinggi bakal tersiar di halaman ini.

Dijangkakan halaman ini antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sememangnya kerap mengikuti video yang kerap trending di Facebook.

Selain itu, untuk membuatkan Facebook Watch tampil berbeza, Facebook turut melabur kepada beberapa rancangan terkemuka untuk mengeluarkan rancangan mereka di Facebook Watch secara eksklusif.

Nampaknya persaingan untuk penstriman video secara online bakal lebih kompetitif selepas ini dengan kehadiran Youtube Red dan Facebook Watch.

Dengan kehadiran Facebook Watch paparan video yang dikeluarkan secara original daripada pengguna atau page bakal terpelihara oleh Facebook.

Setidaknya, uploader asal bakal menerima kredit seperti yang diharapkan sekaligus mengelakkan daripada isu cetak rompak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

sumber: thevocket

Saturday, December 24, 2016

Pengguna Facebook Kini Boleh Menambah Dan Mengubah Warna 'Background' Status

Pengguna Facebook Kini Boleh Menambah Dan Mengubah Warna 'Background' Status

Kini, laman sosial Facebook yang memiliki hampir 2 bilion pengguna aktif melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan kemaskini terbaharu yang membolehkan pengguna memuat naik status dengan latar belakang berwarna.

Facebook

Dan sememangnya kemaskini status di Facebook merupakan salah satu komponen utama memudahkan pengguna memuat naik status, kongsi gambar atau video, pautan sesawang dan pelbagai lagi ciri menarik.

Sebanyak 10 warna boleh digunakan berbanding penggunaan satu warna sahaja sebelum ini.

Malah, saiz perkataan juga diperbesarkan agar status yang dimuat naik tampak lebih menarik.

Bagi mendapatkan penawaran terbaru ini, pengguna hanya perlu kemas kini aplikasi di Google Play dan buat masa ini, hanya pengguna peranti pintar Android sahaja ditawarkan.

Cara Mengubah Background Status Facebook Berwarna-warni

1. Sila update aplikasi Facebook Android ke versi terbaru melalui Play Store jika anda masih menggunakan versi lama.

2. Install aplikasi kemudian klik teks update status seperti biasa (pada kolum yang tersedia).

3. Jika aplikasi Facebook anda adalah yang terkini, buka aplikasi Facebook di smartphone dan lihat kotak status yang bertulis “What’s on your mind?”

4. Tekan tulisan “What’s on your mind?” atau kotak kosong dan secara automatik akan muncul pilihan warna untuk backgroud status yang akan dibuat.

5. Sebanyak 10 pilihan warna boleh dipilih berbanding penggunaan satu warna sahaja sebelum ini.

6. Hasilnya, anda akan melihat status dengan huruf yang tebal dan warna background yang menarik.

Update status Facebook dengan background berwarna hanya boleh dilakukan melalui aplikasi smartphone Facebook untuk Android (iOS, web dan platform lain akan dikemaskini kemudian).

Namun, hasil perubahan update status background tersebut tetap boleh dilihat oleh semua pengguna Facebook di semua platform (kecuali Facebook Lite).

Selain itu, anda juga boleh mengubah warna background status Facebook mengikut mood yang diinginkan (kuning ketika ceria atau kelabu ketika moody misalnya).

Yang pasti, status background Facebook berwarna yang kita tampilkan akan kelihatan lebih menarik dan mengesankan bagi siapa pun yang membacanya.

Jadi, kepada pengguna yang gemar memuat naik status berunsurkan ‘kata-kata mutiara’, kemaskini terbaharu ini pasti membuatkan status anda lebih superb dan lebih inspirasi daripada status biasa.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ini Cara 'Menghalangnya'

-SENTIASAPANAS.COM


Saturday, February 27, 2016

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Anda mungkin berasa marah, geli hati, atau tersentuh dengan sesuatu yang anda lihat atau baca menerusi laman media sosial popular Facebook (FB)? Namun tidak tahu pula menyatakan perasaan itu?

Facebook+new+buttons

Jangan bimbang kini, anda boleh meluahkan perasaan sedemikian di laman tersebut. Selain butang ‘like‘ atau tanda suka, pengguna juga boleh menekan lima lagi butang pilihan – ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad‘ atau ‘angry‘.

FB melancarkan ciri-ciri baharu itu kepada pengguna seluruh dunia mulai 24 Februari dan diperkenalkan untuk membolehkan pengguna meluahkan pelbagai emosi unik terhadap catatan, gambar atau video yang dimuat naik.

Namun, anehnya butang ‘dislike‘ (tidak suka) tiada pula diperkenalkan – sesuatu yang diminta para pengguna FB sejak bertahun-tahun lamanya, malah pernah dibuat tinjauan pendapat oleh pihak pengurusan laman itu sendiri.

Pihak pentadbiran FB menyatakan bahawa mereka buat masa ini tidak akan menyediakan butang ‘dislike’ untuk mengelakkan pengguna daripada meluahkan perasaan kebencian atau menyalahgunakannya bagi maksud jahat.

“Saya sudah lama memikirkan cara betul untuk buat perkara ini dengan pasukan kami. Salah satu matlamat saya ialah untuk menjadikannya seringkas mungkin, seperti tekan butang ‘like‘,” kata pengasas FB, Mark Zuckerberg.

Facebook+unlike

Catatannya beliau itu mendapat ribuan ‘like’, ‘love’ dan reaksi lain. “Tidak semua detik kehidupan yang anda ingin kongsi adalah detik bahagia. Kadangkala anda mahu kongsi sesuatu yang sedih atau yang membuat anda marah.

“Sudah bertahun-tahun para pengguna di seluruh dunia mahukan butang ‘dislike‘, tapi bukan kerana mereka mahu beritahu rakan-rakan bahawa mereka tidak suka apa yang dicatatkan menerusi akaun mereka.

“Orang ramai perlu meluahkan rasa empati dan mahu meluahkan lebih banyak emosi dengan selesa di Facebook,” ujar Zuckerberg lagi sebagai menjelaskan rasional ketiadaan butang ‘dislike’ yang mencetuskan kontroversi itu.

FB sejak beberapa lama menjalankan ujian tentang cara beri lebih banyak pilihan kepada pengguna selain butang ‘like’, setelah ramai mengadu bahawa butang itu kadang kala tidak sesuai digunakan, terutama kejadian tragik.

“Kami pertimbang saranan ramai dan tahu patut sedia lebih banyak cara untuk mudah dan pantas luah apa yang anda rasa kepada sesuatu yang anda lihat di News Feed anda,” kata pengurus produk, Sammi Krug dalam blognya.

“Oleh itu, hari ini kami mula melancarkan ciri ‘Reactions’, lanjutan daripada butang ‘like‘, untuk memberikan anda lebih banyak cara untuk mengongsi reaksi anda dengan cara yang mudah dan pantas,” kata beliau lagi.

“Butang ‘like’ dengan imej tanda jempul masih kekal lagi di FB, namun disertakan dengan emotikon baharu. Kami faham ini satu perubahan besar, dan mahu melancarkannya setelah pertimbang dengan teliti,” kata Krug.

“Selama lebih setahun, kami menjalankan kajian secara global, termasuk kumpulan-kumpulan fokus dan tinjauan awam untuk mengenal pasti jenis reaksi apakah yang pengguna universal mahu gunakan,” tambah wanita itu lagi.

Ciri reaksi diperluaskan itu sudah diuji di beberapa pasaran dunia dan kini dilancarkan secara global. Butang reaksi baharu itu didedahkan Oktober tahun lalu sebagai projek percubaan pengguna FB di Sepanyol dan Ireland.

Lima ciri baharu tersebut malah menjadi topik trend perbualan hangat menerusi FB dan lelaman media sosial lain, dengan para pengguna di seluruh dunia menggunakan hashtag #dislikebutton sebagai tanda sokongan mereka.

Facebook+new+buttons [2]

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama samaran menulis komen: “Terima kasih @facebook atas ciri-ciri reaksi baharu ini, kecuali satu-satunya ciri yang saya mahukan sejak sekian lama iaitu #dislikebutton.”

Pengguna Diane Bjorling pula mengalu-alukan ciri itu: “Meskipun selama ini saya ingin butang ‘dislike’, selepas lihat bagaimana butang sedemikian boleh cetus konflik, saya gembira dengan butang-butang reaksi baharu ini.”

Pengguna FB, Greg Kreiger pula berkata butang ‘angry’ (marah) sudah cukup baginya: “Bagi mereka yang masih minta butang ‘dislike‘, tekan sahaja butang ‘angry.’ Ia lebih berkesan secara visual daripada butang ‘dislike’.” –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!

Saturday, July 11, 2015

Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

Apabila sebut tentang facebook, memang ramai yang mengetahuinya. Tetapi adakah anda tahu tentang bagaimana facebook bermula? Disini, kami bawakan sedikit tarikh-tarikh serta peristiwa penting di dalam sejarah penubuhan facebook.

4 Februari 2004

4 Februari 2004

4 orang rakan dari Universiti Harvard, iaitu Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes telah memulakan facebook. Pada waktu itu, ia dikenali sebagai TheFacebook.

Jun 2004

Facebook mencatatkan sejarah mereka yang pertama apabila Peter Thiel, telah melabur sebanyak $500,000 ke dalam facebook dan menjadi pelabur besar yang pertama di Facebook.

Jun 2004

Sebaik sahaja menerima pelaburan yang besar tersebut, facebook terus mencari orang yang berkebolehan untuk mengetuai facebook. Oleh itu, Sean Parker, iaitu pengasas Napster telah dipilih untuk menjadi presiden yang pertama untuk facebook.

September 2004

September 2004

3 bulan selepas mendapat pelaburan besar, facebook kini menghadapi halangan besar mereka yang pertama. Cameron dan Tyler Winklevoss mendakwa Mark Zuckerberg telah mencuri idea mereka dan ingin menyaman Facebook.

Mac 2005

Syarikat gergasi media, Viacom membuat tawaran untuk membeli facebook pada harga $75 juta, namun, ianya telah ditolak.

Mac 2006

Setahun selepas itu, Yahoo pula menawarkan untuk membeli facebook pada harga $1 billion, dan sekali lagi, facebook telah menolaknya.

24 Oktober 2007

Facebook akhirnya menerima tawaran dari pihak Microsoft yang mahu membeli 1.4% saham facebook. Pada waktu, pihak Microsoft menilaikan syarikat Facebook berjumlah $15 billion.

26 Ogos 2008

26 Ogos 2008

Facebook mencapai 100 juta pengguna aktif.

Jan 2009

Facebook mengatasi Myspace dan menjadi laman web sosial yang terbesar di internet.

Mei 2010

Zynga telah bekerjasama dengan Facebook untuk membenarkan pengguna bermain permainan mereka melalui rangkaian sosial tersebut. Farmville dan Mafia Wars adalah antara permainan dari Zynga yang paling berjaya.

21 Julai 2010

Facebook mencapai 500,000 pengguna dari seluruh dunia.

1 Oktober 2010

Filem “The Social Network” arahan David Fincher ditayangkan. Ia menceritakan dari awal penubuhan facebook, pergolakkan antara Mark Zuckerberg dengan si kembar Winklevoss, hinggalah ke saat terkini facebook.

Jun 2011

Setelah beberapa tahun kembar Winklevoss akhirnya menggugurkan tuntutan mahkamah mereka dan mengambil penyelesaian di luar mahkamah.

September 2011

Facebook memperkenalkan rekabentuk timeline yang baru yang mengundang kontroversi dan rasa tidak puas hati sebahagian pengguna pada pemulaannya.

Mei 2012


Facebook mula diapungkan di pasaran saham. Saham permulaan facebook terjual pada nilai $16 bilion.

4 Feb 2015

4 Feb 2015

Facebook menyambut ulangtahun mereka yang ke-11.

Semoga ringkasan timeline ini memberikan sedikit gambaran dan inpirasi kepada anda. Selamat berjaya!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?

Sumber: Wangcyber

Monday, August 11, 2014

Isteri Cari Calon Madu Melalui Facebook!

Isteri Cari Calon Madu Melalui Facebook!

Sangatlah menyenangkan bagi seorang suami apabila seorang isteri sanggup mencarikan suami seorang madu dengan kerelaan hatinya sendiri.

Bermadu
Gambar hiasan.

Yang pasti, suami akan melonjak gembira kerana tidak perlu lagi menyeberang ke selatan Thailand untuk bernikah secara rahsia.

Sukarnya untuk menemui isteri yang benar-benar ikhlas dan redha bila suami mahu berpoligami pada zaman sekarang.

Namun, bukanlah mustahil seperti ‘screenshot’ status seorang wanita yang mula viral di laman-laman sosial.

Mencari-madu-untuk-suami

Wanita tersebut memaklumkan kepada umum bahawa dia sedang mencari seorang calon untuk suaminya dan dilakukan atas kerelaannya sendiri.

Jadi, ini adalah berita baik buat wanita yang mahu bernikah tetapi masih belum mempunyai calon suami.

Hasil tinjauan mendapati akaun ini sememangnya wujud.

Kepada suami, kalau sudah dapat calonnya nanti, jangan abaikan isteri pula.

Monday, August 04, 2014

Facebook Sekat Gambar Kekejaman Di Gaza

Facebook Sekat Gambar Kekejaman Di Gaza

Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Naomi Wolf

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com.

(Baca: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi)

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.

Thursday, July 24, 2014

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

Los Angeles – Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna.

Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania.

(Baca: Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik)

Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.

“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.

“Video itu akan dimainkan selama beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’ katanya.