Friday, April 22, 2016

Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers Instagram Kena Hack!

Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers Instagram Kena Hack!

Laman sosial selebriti dan instafamous digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Emma Maembong Instagram

Terbaharu, menimpa kepada pelakon jelita Emma Maembong yang kehilangan lebih tiga juta pengikut dalam Instagram apabila akaun laman sosialnya itu digodam, tiga hari lalu.

Akibat kejadian itu, Emma terpaksa membuka akaun Instagram baharu dengan menggunakan nama @emma_maembong official.

Mengulas hal itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, memberitahu dia sebenarnya kesal apabila akaun Instagram yang menjadi tempat menyimpat memori hilang begitu sahaja.

“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali.

“Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini. Namun, saya reda dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu.

Emma Maembong

“Bukan itu saja, ada yang ambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang menjalani penggambaran filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, August 10, 2015

‘Dah PLAYBOY Mengaku Jelah’ – Emma Maembong

‘Dah PLAYBOY Mengaku Jelah’ – Emma Maembong

Semua maklum episod hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tamat atau dengan kata lain hanya tinggal sejarah.

Zizan Razak Playboy [3]

Namun, entah mengapa baru-baru ini Emma dilihat memuat naik status luahan rasa tidak puas hatinya menerusi laman mikro Twitter.

“Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak bercerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,” tulisnya.

Berdasalkan status itu, ramai sudah dapat mengagak bahawa kenyataan Emma itu sebenarnya dituju kepada Zizan.

Berkongsi cerita kepada Berita Harian, Emma mengakui terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif.

“Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja.

“Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.

“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati.

"Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.

Zizan Razak Playboy

“Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu.

"Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini

“Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana.

"Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri,” ujar Emma.

Pada masa sama, Emma menyatakan dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan baginya tidak berguna memikirkan hal yang tidak berfaedah dan membuang masanya.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Sumber: Berita Harian

Tuesday, April 14, 2015

Luahan Sedih Emma Maembong Zizan Bakal Berkahwin?

Luahan Sedih Emma Maembong Zizan Bakal Berkahwin?

Pasti ramai sudah mengetahui tentang pelawak, Zizan Razak, yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Jun ini.

Emma Maembong

Setelah pengumuman dibuat Zizan, Emma Maembong dilihat memuat naik video yang dikatakan respon kepada pengumuman tersebut.

Ramai peminatnya memberikan semangat kepada Emma Maembong agar terus move on.

Antara ayat-ayat yang dimuatnaik oleh Emma di laman instagramnya, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya merancang hanya dia yang menentukan.


Gadis yang berjaya memenangi hati Zizan itu adalah gadis sekampung dengan pelawak yang berasal dari Kuala Terengganu ini.

Menurut Zizan, bakal isterinya berusia 24 tahun namun dia enggan mendedahkan identiti gadis itu buat masa ini.

Zizan berkata, “ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok say naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya.

Menurut pelawak kelahiran program realiti Raja Lawak ini lagi, bakal isterinya merupakan seorang wanita yang tidak perlu bersolek tebal untuk menampakkan kejelitaan semulajadinya.

Sikap gadis itu yang sangat menghormati kedua ibu bapa Zizan turut menambat hati pelakon Cicakman 3 itu untuk menyuntingnya sebagai suri hidup.

Ligat Zizan ye, dah habis madu, sepah dibuang..hehe

BACA INI JUGA: Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?

Wednesday, April 09, 2014

Emma Maembong Ditegur Beraksi Keterlaluan?

Emma Maembong Ditegur Beraksi Keterlaluan?

Pelakon Emma Maembong menolak untuk berlakon dan bergambar mesra dengan mana-mana lelaki bagi menghormati permintaan ayahnya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Emma Maembong Ditegur Beraksi Keterlaluan

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, bapanya meminta berbuat demikian selepas melihat adegan mesra antara dia dan pelakon Aiman Hakim dalam drama Projek Memikat Suami.

“Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

“Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Maixara, di Menara Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

Emma berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan dia mula menolak untuk bergambar mesra dengan lelaki.

Bagaimanapun, Emma menafikan perkara tersebut adalah bagi menjaga hati pelawak yang dikaitkan dengannya iaitu Zizan Razak.

“Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

“Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata, dia sudah membawa Zizan bertemu dan berkenalan dengan keluarganya, malah pelawak tersebut juga merupakan lelaki pertama yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada ayahnya.

Kata Emma, dia gembira Zizan pandai mengambil hati dan mudah mesra dengan semua ahli keluarganya.

“Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

“Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan percintaan tersebut, Emma berkata mereka masih pada fasa mengenali hati budi dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.

Katanya, biarlah perkara tersebut berlaku apabila kedua-dua mereka benar-benar bersedia untuk melangkah ke arah itu. –mStar Online

Emma Maembong Mengaku Bercinta dengan Zizan Razak

Emma Maembong mengaku bercinta

Emma Maembong yang selama ini menyembunyikan hubungan cinta dengan Zizan Razak akhirnya mengakui yang dia dan Zizan serius bercinta.

Emma telahpun membawa Zizan berjumpa bapanya Ismail Embong seorang pelukis negara. Kata Emma dia tidak pernah membawa mana mana rakan lelaki berjumpa bapanya sebelum ini, dan Zizan merupakan lelaki pertama yang dibawa bertemu bapanya.

Emma mengakui Zizan juga rakan lelaki yang paling rapat dengannya kini.

“Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat.

"Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat.

“Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu.

"Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi.

"InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua”, katanya yang sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Zizan kini sudah ke fasa serius.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama ‘Kau Yang Terindah’ ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya.

Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

“Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah.

"Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual.

“Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan.

"Dalam diam-diam ayah siasat dan bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis…

“Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan”, katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara, Ismail Maembong. -Malaysian Digest

-Sentiasapanas.com

Tuesday, February 11, 2014

Emma Maembong Nafi Bersekedudukan!

Emma Maembong Nafi Bersekedudukan!

Pelakon jelita, Emma Maembong menyangkal dakwaan bahawa dia tinggal sebumbung dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, namun mengakui dia pernah beberapa kali pergi ke rumah Zizan.

Emma Maembong Nafi Bersekedudukan!

"Saya akui saya pernah ke rumah Zizan tapi itupun kalau ibu bapa dia ada di rumah dan kalau ada ketikanya situasi yang memerlukan saya dan dia bergerak bersama-sama ke satu acara hiburan.

"Kalau tiada kena mengena apa-apa, saya tak akan ke rumah dia," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

(Baca: Filem-filem Sekuel Terhebat Hollywood 2014)

Emma, 21, bagaimanapun tidak melatah atau menuding jari kepada pihak yang menimbulkan cerita kerana tahu ramai yang mahu mengetahui status sebenar hubungan mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, ya Zizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya bukan nak rahsia atau nak sorok apa-apa tentang status kami.

Emma Maembong Nafi Bersekedudukan! [2]

"Tapi saya tak mau kecoh-kecoh. Nanti kalau tak jadi, malu pula. Jadi, buat masa ini kami berkawan saja."

Sementara itu, Zizan menyelar individu yang mendakwa jirannya apabila menudh dia bersekedudukan dengan Emma sejak enam bulan lalu.

"Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan lebih elok individu tersebut datang berjumpa saya sendiri dan minta penjelasan dan bukannya menyebarkan fitnah.

(Baca: Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman)

"Saya bukannya tinggal bersendirian di rumah tersebut sebaliknya abang dan pembantu peribadi saya turut tinggal bersama.

"Ibu saya sering berada di rumah berkenaan dan Emma hanya akan datang sekiranya ibu saya ada di sana untuk melawat dan bertanya khabar.

"Tidak masuk akal mengatakan kami tinggal bersama."

Sumber: Tupai.com.my

Friday, February 07, 2014

Zizan Enggan Komen Tuduhan Bersekedudukan!

Zizan Enggan Komen Tuduhan Bersekedudukan!

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak dan pengacara terkenal Zizan Razak kerap kali dikaitkan dengan gosip kurang enak mengenai dirinya dengan artis wanita yang dikatakan bercinta dengannya iaitu Emma Maembong.

Zizan - Emma Maembong Bersekedudukan

Bulan lalu, kecoh mengatakan Zizan dan Emma berkelakuan kurang senonoh dalam penerbangan menuju ke Los Angeles dan baru-baru ini pula menerusi email yang dikongsikan sebuah portal, Zizan pula didakwa bersekedudukan dengan Emma di rumahnya yang terletak di Subang.

Email itu dipercayai ditulis oleh jiran artis tersebut, walaupun nama artis yang didakwa itu tidak dinyatakan, rata-rata membuat andaian daripada klue yang diberikan ianya lebih menjurus kepada Zizan dan Emma.

(Baca: Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan)

Mengulas mengenai perkara itu, Zizan berkata kepada portal Gua, “saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”.

Zizan juga enggan memberikan komennya berhubung isu panas itu sebaliknya kini mahu memberikan tumpuan kepada karier seninya yang semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Namun, ada juga pihak membuat telahan perkara-perkara sebegini timbul bertujuan untuk menaikkan nama Zizan berikutan saingan hangat Anugerah Bintang Popular 2013 yang bakal diadakan 6 April ini.

Takkanlah Zizan nak ‘up’kan namanya dengan cerita tidak elok sebegitu pulak kan?

Sumber: Mynewshub

Wednesday, January 22, 2014

"Bergurau, Bukan Bercumbu", Emma Maembong

"Bergurau, Bukan Bercumbu", Emma Maembong

Masih lagi dengan gosip bercumbu Zizan Razak dan Emma Maembong. Selepas Zizan tampil memberi kenyataan sebelum ini, kini giliran Emma pula yang turut menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa kerana ia mengaibkan namanya dan keluarga.

Emma Maembong

"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik. Mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

"Selagi tiada sebarang ikatan, Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu). Walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan nama keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

(Baca: Top 10 Selebriti Dengan Insuran Tubuh Paling Mahal)

Emma turut memberitahu dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita tersebut sekembalinya dia daripada bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemilik nama sebenar Che Fatimah Rohani Ismail ini turut menjelaskan sepanjang perjalanan ke Los Angeles yang mengambil masa lebih 12 jam itu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka, tetapi tidak pula keluar cerita."

Menurut Emma, 22, dia duduk bersebelahan dengan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka Azraff dan pengurus Wireframe Entertainment, Marina Juki.

Walaupun sedih dilanda gosip sedemikian, Emma bersyukur kerana keluarganya memahami dan menyokongnya selepas dia menjelaskan cerita sebenar.

Sebelum ini satu laporan yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menyatakan dua selebriti popular ini bercumbuan tanpa segan silu ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles sekitar dua minggu lalu.

Sumber: Tupai.com.my