Tuesday, January 15, 2019

Asal-usul Salib Umat Kristian

Asal-usul Salib Umat Kristian

Salib atau palang salib adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian, menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama. Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Merah Sedunia, bendera Switzerland, Britain, Australia dan lain-lain dengan pelbagai gaya, bentuk, saiz dan warna.

Asal-usul Salib

Perkataan salib pertama kali diucapkan oleh Jesus di dalam injil matius 10:30: "Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku."

Jesus telah diseksa, dihina dan diolok-olok sebelum disalib dan ada ramai orang telah disalib sebelum dan selepas Jesus.

Jesus dikatakan dipakaikan mahkota duri Inijl Matius27:29: "Mereka menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepalanya, lalu memberikan dia sebatang buluh di tangan kanannya. Kemudian mereka berlutut di hadapannya dan mengolok-olokkan Dia, katanya: "Salam, hai Raja orang Yahudi!"

Askar Pilatos Pilate menyangka Jesus hendak menjadi raja Israel, maka sebab itulah Jesus diejek dengan mahkota berduri tersebut.

Hanya setelah Maharaja Constantine melihat lambang salib dalam mimpi barulah lambang ini digunakan sebagai lambang Kristian.

Maharaja Rom ini baru beragama Kristian, dan sebelum itu menyembah dewa Apollo.

Palang salib bukan lambang dewa Apollo seperti didakwa tetapi digunakan pada mata wang dan cop kerajaan Rom sehingga beliau mati.

Minatnya lebih kepada dewa matahari dan bukan faktor mimpi menyebabkan beliau menggunakan lambang palang salib.

Di Muzium Iskandariah, Mesir, tersimpan sebuah palang salib bagi agama orang Mesir. Palang salib ini bermaksud hidup baru sebab dipalang.

Di Ireland, ditemui palang salib tua dengan patung manusia disalibkan, tetapi orang yang disalibkan itu ialah Penguasa Parsi dan bukan Jesus.

Ini kerana mahkota yang dipakai menyerupai mahkota Raja Parsi dan bukan mahkota duri yang dipakaikan kepada Jesus.(Matius 27:29).

Palang salib adalah lambang agama Mithra di Farsi dan telah digunakan berabad-abad lamanya di sana. Di Ireland dan Chester banyak terdapat tanda-tanda agama ini.

Orang Kristian telah menggunakan kekuatan pedang dan api bagi melenyapkan agama matahari.

Hypatia iaitu seorang guru agama matahari telah dibunuh dan perpustakaan Alexanderia/Iskandariah telah dibakar.

Hakikatnya segala pengajaran dan adat istiadat agama matahari dibawa masuk ke dalam agama gereja.

Dahulu orang Kristian menggunakan tiga jenis salib iaitu huruf T, salib Andreas berbentuk X dan salib Rome (+). Salib Jesus sekarang ini 'barangkali' dipengaruhi oleh salib bangsa Rome.

Pada mulanya orang Kristian menggunakan lambang 'ikan sungai' sebagai lambang agama Kristian dan kubur-kubur orang Kristian abad pertengahan menggunakan lambang 'ikan sungai'.

Injil tidak memberi sebarang sebab penggunakan lambang 'ikan sungai' kecuali Jesus dikatakan pernah makan 'ikan'.

Orang Kristian dari golongan 'Saksi-Saksi Yehuwa' tidak mengakui Jesus mati dibunuh di palang salib.

Mereka menyatakan Jesus mati tergantung di sebuah tiang sahaja yang disebut 'tiang seksa', tidak di atas kayu salib yang berbentuk palang.

Orang Islam sebagaimana Al Quran menyatakan Jesus atau Nabi Isa gagal ditangkap untuk disalibkan. Sebaliknya malaikat telah membawanya ke langit.

Allah berfirman dalam Qur’an surah An-Nisa ayat 156-157:

"Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zina), dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa."

St Barnabas dalam Injil Barnabas pula menyatakan, orang yang disalib itu ialah Judas Iscariot.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Monday, September 11, 2017

Menjawab Kebencian David Orok Terhadap Islam, Sejarah Dan Tujuan Ibadah Korban

Menjawab Kebencian David Orok Terhadap Islam, Sejarah Dan Tujuan Ibadah Korban

Satu status Facebook dipercayai milik Siti Kassim pada 1 dan juga 10 September yang lalu telah membawa pelbagai tafsiran, pengertian menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Nabi Ismail Anak Luar Nikah

Manakala David Orok, ahli politik pembangkang Sabah yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) juga telah membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.

Beliau turut mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian.

David Orok Orientalis Anti-Islam

Tidaklah mengejutkan daripada David Orok kerana ini bukanlah pertama kali baginya mengelurkan kenyataan berbaur kebencian mendalam terhadap Islam.

Fahami bahawa beginilah cara Misionaris dan Orientalis yang secara sengaja memutar-belit ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis.

Mari lihat kenyataan penuh David Orok;

Beliau berkata, “Ada juga kebenarannya apa yang dikatakan oleh Siti Kasim ini. Upacara korban itu cuma dilakukan oleh Agama Yahudi bagi “melambangkan” apa yang bakal Tuhan lakukan nanti bagi memberikan “syafaat” (keselamatan) kepada bangsa Israel kelak.”

Beliau meneruskan, “Bagi penganut agama Kristian pula, mereka tidak sudah melakukan upacara korban binatang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim tersebut.

"Ini kerana mesej yang Tuhan mahu sampaikan melalui kisah peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim dan anaknya itu, cuma “melambangkan” apa yang akan Tuhan lakukan melalui “pengorbanan Yesus” demi menebus terhadap “hukuman” Allah bagi dosa warisan yang semua manusia warisi dari Nabi Adam dan Hawa, isterinya.”

“Bagi umat Islam pula, disebabkan yang mereka mengaku keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail, maka mereka mahu juga mewarisi upacara korban tersebut dengan merayakan upacara korban itu tadi sekadar merayakannya saja tanpa mengetahui apa maksud dan tujuannya.”

“Di dalam Al-Qur’an sendiri pada Surah Al-Haji, ayat 37 menyatakan bahawa daging-daging korban itu tidak pun mendapat apa-apa keredaan dari Allah,” katanya lagi.

***

David Orok sepatutnya membaca sepenuhnya ayat Surah Al-Haji, ayat 37 diatas tetapi itu tidak mungkin kerana begitulah musuh Islam memutar belit ayat Al-Qur'an seolah-olah ibadah korban dalam Islam tidak diterima Allah SWT.

Terjemahan penuh Surah Al-Haji, ayat 37;

Surah Al-Haji, ayat 37

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Lihatlah bagaimana jijiknya hati dan mulut David Orok.

Pengertian Dan Dalil Ibadah Korban Dalam Islam

Dalam Islam, ibadah korban adalah menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar).

Ibadah korban telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

Firman Allah yang maksudnya;

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” (Al-Haj; ayat 36)

Kelebihan Ibadah Korban Bagi Umat Islam

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda yang maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah SAW menjawab, “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi, “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab, “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hikmah Pensyariatan Ibadah Korban

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Korban adalah ibadah yang mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu, ibadah korban melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagungkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah yang maksudnya; “Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.” (Surah al-Haj: ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegembiraan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, bersedekah atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

Ibadah Korban Anugerah Allah SWT Tuhan Pencipta Alam

David Orok turut mendakwa bahawa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian.

Ayat-ayat dan hadis diatas sudah lebih daripada cukup untuk menjawab putar-belit David Orok.

Yang pastinya, perintah ibadah korban datangnya dari Allah yang menciptakan Adam dan Hawa, nabi-nabi dan para rasul.

Mungkin David Orok tidak pernah tahu bahawa ALLAH YANG ESA (satu, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan) jugalah yang menurunkan kitab Taurat dan Injil.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah buat David Orok. Amiin.

Isu penghinaan kononnya Nabi Ismail adalah anak luar nikah Nabi Ibrahim, akan kita jawab kemudian.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: ustaznaim | ibnuhasyim

Sunday, April 17, 2016

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Dr Zakir Naik

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

"Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

BACA INI JUGA: P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Sumber: mStar

Friday, April 15, 2016

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Detik 12.05 malam Khamis menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di sini.

Woo Nina Grace

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu dan yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata malah juga hadirin yang hadir.

Sementara itu selepas selesai menyampaikan ceramah bertajuk 'Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan' dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr Zakir dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi 'saudara baru'. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Thursday, April 14, 2016

7 Sebab Kenapa Dr. Zakir Naik Ditakuti Barat!

7 Sebab Kenapa Dr. Zakir Naik Ditakuti Barat!

Walaupun ramai warga Eropah dan AS merasa kagum dengan ketokohan Dr. Zakir Naik dan menghadiri forum-forumnya, tetapi sebaliknya dengan kerajaan mereka.

7 Sebab Kenapa Barat Takut Dr. Zakir Naik

Beberapa negara seperti Britain dan Kanada menghalang kemasukan Dr. Zakir Naik. Malah, Amerika Syarikat secara terang-terangan mengecam Dr Zakir Naik.

Mengapa Barat takut pada Dr. Zakir Naik?

1. Dr. Zakir Naik Menuduh Serangan 9/11 'Kerja Orang Dalam'

Ini adalah alasan rasmi yang disampaikan oleh kerajaan AS seperti dilaporkan oleh Washington Post. Kerajaan AS mengecam Dr. Zakir Naik sewaktu dia mendapat penghargaan dari kerajaan Arab Saudi pada Mac 2015.

“Pandangan Dr. Zakir Naik tentang serangan 9/11 sungguh keji,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS, Jen Psaki.

2. Dr. Zakir Naik Menganggap AS Sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik dikecam Washington kerana dengan berani menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah pengganas terbesar dunia.

Selain itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr. Zakir Naik juga menyatakan aksi keganasan yang dilakukan oleh AS sejak menceroboh Iraq.

3. Dr. Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin AS sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahawa George W Bush adalah pengganas.
Kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik sangat ditakuti AS memandangkan populariti dan pengaruh Dr. Zakir Naik yang terus meningkat.

Selain jutaan orang yang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan juta orang juga telah menonton video-video ceramahnya.

4. Ramai Orang Masuk Islam di Forum Dr Zakir Naik

Alasan ini tidak pernah disebutkan oleh media Barat sebagaimana 3 alasan sebelumnya. Namun, perkara ini sebenarnya sangat menakutkan pihak Barat.

Disaat gereja semakin sepi dan Barat semakin ragu-ragu dengan teologi mereka sendiri, tiba-tiba Dr. Zakir Naik datang seperti gelombang.

Lebih menggerunkan mereka, ceramah-ceramahnya membongkar kesalahan-kesalahan dan pembohongan dalam ajaran gereja.

Dengan penjelasan berdasarkan fakta dan mudah difahami, Dr. Zakir Naik dengan mudah membongkar kepalsuan konsep triniti, menyatakan secara ilmiah bahawa Yesus bukan tuhan dan sebagainya.

Sangat ramai penganut agama lain memeluk Islam setelah mendengar penjelasan dari Dr. Zakir Naik.

5. Menguatnya Dakwah Islam di Barat

Melalui ceramah-ceramahnya dibeberapa negara Eropah, Dr. Zakir Naik sebenarnya telah menusuk jantung pertahanan terakhir Barat.

Hampir disetiap ceramahnya dihadiri ribuan orang sehinggakan jumlah audiens Dr. Zakir Naik telah mencapai jutaan orang yang sebahagian besarnya hidup di Barat.

Mereka yang sebelum ini hanya mengetahui Islam dari media barat, kini mula memahami prinsip-prinsip Islam, Al-Qur'an dan Sunnah yang dijelaskan oleh Dr. Zakir Naik.

Dengan meluasnya dakwah Islam ini, meskipun tidak semuanya masuk Islam, sudah cukup membimbangkan dunia Barat.

Menurut Samuel Huntington, pihak Barat sememangnya mensasarkan Islam sebagai musuh dengan menggunakan media sebagai agen menyebarkan kempen memburukkan kesucian Islam.

Dan jika warga Barat sendiri memahami Islam dengan baik, perkara itu sangat bahaya bagi hegemoni politik mereka.

6. Dr. Zakir Naik Ditakuti Gereja

Cukup beralasan jika Barat cukup takut kepada Dr. Zakir Naik kerana gereja sekalipun tidak mampu membendung gelombang dakwah Islam yang dibawanya.

Salah satu alasan mengapa acara debat terbuka yang dilakukan Dr. Zakir Naik tidak sebanyak debat terbuka Ahmad Deedat, kerana pihak gereja sendiri tidak berani berhadapan dengan Dr. Zakir Naik.

Malah dikhabarkan bahawa Dr. Zakir Naik telah mengirimkan surat jemputan untuk berdebat kepada pihak Vatikan, namun tidak mendapat jawapan sehingga ke hari ini.

7. Pengaruh Dr. Zakir Naik semakin Meluas

Bersamaan dengan derasnya gelombang dakwah Islam, pengaruh Dr. Zakir Naik semakin meluas.

Di India, Dr. Zakir Naik tersenarai di dalam 100 tokoh paling berpengaruh serta dinobatkan sebagai salah seorang dari 3 Pemimpin Besar Spiritual di India yang majoritinya bukan Islam.

BACA INI JUGA: 'Jangan Paksa Saya Membenci Islam!'

Sumber: Penjualanggurterbaik

Monday, April 11, 2016

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Berikutan saranan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, yang menyarankan Hindraf datang secara intelek sesi soal jawab dengan Dr. Zakir Naik, kita tertanya-tanya, apa yang mereka takut sebenarnya?

Wanita+Hindu+Masuk+Islam

Apa yang sangat jelas, ceramah Dr. Zakir Naik bukannya mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicaranya bersifat ‘intelectual discourse’, perdebatan secara FAKTA dan ILMIAH.

Bukannya perdebatan sebelah pihak yang tidak boleh dibuktikan, juga bukan pula sesi ejek-mengejek, melainkan menyeru kepada kebenaran.

Dalam video dibawah ini, ketika Dr. Zakir Naik dalam sesi soal jawab dengan seorang wanita, terbongkarlah bahawa selama ini Ilmuwan Hindu telah menyembunyikan kebenaran bahawa akan datang seorang Nabi dan Rasul pada akhir zaman bernama, Ahmad@Muhammad, iaitu Rasul besar terakhir yang diutus kepada umat manusia, Nabi Muhammad SAW.

Apa yang mungkin menakutkan Hindraf disebalik alasan dangkal mereka menentang kehadiran Dr. Zakir Naik adalah, wanita ini telah mengucap dua kalimah syahadah diakhir video, selepas kebenaran diberikan kepadanya.

Subhaanallah.

Saksikan..

BACA INI JUGA: Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?


Tonton di YouTube.

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 10, 2016

Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!

Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!

Pertanyaan ini merupakan soalan yang sangat wajar diajukan kepada penganut Kristian, kerana jawapan yang mereka sering gunakan apabila dalam keadaan terdesak, ialah bahawa Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia.

The Five Gospels

Jawapan seperti ini sudah ketinggalan zaman, kerana bila jawapan seperti itu masih terus dipertahankan, maka sampai bila pun tidak akan menyelesaikan persoalan.

Atau dengan kata lain, jawapan seperti itu diberikan hanya untuk menutup kelemahan Alkitab itu sendiri.

Padahal jawapan seperti itu sama sekali tidak mempunyai dalil dalam Alkitab. Ertinya, tidak ada satu dalil pun yang tertulis dalam Alkitab bahawa “Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia”.

Mana Dalil Dalam Alkitab Yesus 100% Tuhan dan 100% Manusia?

Umumnya para mubaligh atau Misionaris, atau penganut Kristian sering menjawab dengan mengangkat dalil Yohanes pasal 1 ayat 1 & 14.

“Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.”(Yohanes 1:1).

“Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaannya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran. (Yohanes 1:14)

Menjadikan ayat ini sebagai refrensi bahawa Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia, sangat sukar diterima akal waras.

Agar lebih mudah difahami sila baca bahagian pertama dari pembukaan Alkitab iaitu kitab Taurat Musa, Kitab Kejadian 1 pasal 1 dan Kitab Kejadian pasal 1 ayat 26, yang bunyinya seperti berikut:

“Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.” (Kejadian 1:1)

“Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.” (Kejadian 1:26).

Dari bunyi ayat Kejadian 1:26 ini, ada kata “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut rupa dan gambar Kita..’

Yang dimaksud dengan kata “Kita,” menurut penafsiran umat Kristian, itu adalah bentuk kata Triniti yang tersembunyi sebelum Yesus datang kedunia dalam kitab Perjanjian Baru.

Jadi kata “Kita” itu mengandung makna: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus, atau dengan istilah lain, Bapa, Firman dan Roh Kudus.

BAPA itu = Tuhan = Allah (oknum pertama) FIRMAN itu = Yesus = Anak Allah (oknum kedua) dan ROH KUDUS itu = Tuhan juga (oknum- ketiga).

Awal kitab Kejadian pasal 1:1 berbunyi, “Pada mulanya Allah..’

Awal Yohanes pasal 1:1 berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman” dan pada awal kitab Kejadian pasal 1:26 berbunyi, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut rupa dan gambar Kita..”

Dari ketiga dalil tersebut (Yohanes 1:1 dan 14, dan Kejadian 1:1 dan 26) para misionaris menafsirkan Yohanes 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman...” selaras dengan Kejadian 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya Allah...”

Dengan demikian menurut mereka, Firman itu adalah Allah. Yang dimaksud dengan kata “Firman” adalah Yesus itu sendiri.

Sementara Firman itu adalah Aliah, kalau begitu bererti Yesus = Allah.

Kemudian pada Yohanes 1:14 dikatakan bahawa “Firman itu telah menjadi manusia”, sedangkan manusia itu adalah Yesus.

Kalau Firman itu adalah Yesus dan Yesus itu adalah Allah, bererti Allah itu telah menjadi manusia yang disebut Yesus.

Oleh sebab itu, makna Yohanes 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah...’ iaitu Yesus yang mulanya ada bersama-sama dengan Allah, adalah Allah itu sendiri yang telah menjadi manusia.

Memang sukar sekali diterima akal logik penafsiran ayat-ayat tersebut, sebab sesuatu yang tidak rasional dipaksakan harus menjadi rasional.

Menurut penafsiran kaum muslimin, kata “firman’ bererti “perkataan” atau “kalam” (kalamullah) yang bermakna “perkataan Allah.”

Misalnya jika Allah ingin menciptakan sesuatu, cukup Dia berkata (berfirman) “KUN” (jadilah) maka jadilah. Contoh bagaimana penciptaan Nabi Isa as (Yesus) dan Nabi Adam as di dalam Al-Qur’an.

Allah menjelaskan seperti berikut, “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah seperti (kejadian) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” maka jadilah dia. ” (Surah Ali `Imraan ayat 59).

Mengenai Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 dan 14, dalam buku The Five Gospels yang diterbitkan oleh Harper San Fransisco, yang dikomentari oleh Robert W. Funk dan Roy W. Hoover, ternyata ayat-ayat tersebut tidak termasuk dalam kategori ucapan Yesus yang diseminarkan.

Jesus Seminar (Wikipedia)

Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1993, di bandar Sanoma CaIifornia, ditaja oleh Westar Institute, Injil diseminarkan oleh sekitar 76 orang ahli dari pelbagai kalangan, seperti guru besar dari universiti terkenal didunia, ahli theologi dari Katolik dan Protestan, ahli kitab suci, ahli bahasa Ibrani dan ramai lagi, namun tidak ada penglibatan orang Islam.

Injil yang diseminarkan ada lima iaitu Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes dan Thomas.

Ke lima-lima Injil yang diberi nama “The Five Gospels” ini diseminarkan dalam rangka mengklasifikasikan sabda Yesus.

Makanya dalam cover The Five Gospels tersebut tertulis, "What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus." (Apa yang benar-benar Yesus ucapkan? Mencari ucapan asli dari Yesus).

Dalam kitab The Five Gospels tersebut, semua ucapan atau sabda Yesus, dicetak berwarna.

Ada empat warna yang disepakati, iaitu merah (RED), merah muda (PINK), kelabu (GRAY) dan hitam bolt (BLACK).

Ada tiga option (pilihan) yang disepakati untuk menentukan darjat kebenaran sabda/ucapan Yesus, iaitu:

Option 1

Red: I would include this item unequivocally in the database for determining who Jesus was.

Pink: I would include this item with reservations (or modifications) in the database.

Gray: I would not include this item in the database, but I might make use of some of the content in determining who Jesus was.

Black: I would not include this item in the primary database.

Option 2

Red: Jesus undoubtedly said this or something very like it.

Pink: Jesus probably said something like this.

Gray: Jesus did not say this, but they ideas contained in it are close to his own.

Black: Jesus did not say this, it represents the perspective or content of a later or different tradtion.

Option 3

Red: That`s Jesus!
Pink: Sure sounds like Jesus.
Gray: Well, maybe.
Black: There`s been some mistake.

Dari hasil seminar, ternyata Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 & 14 tidak termasuk dalam kategori yang dinilai atau yang diseminarkan, sebab ayat-ayat tersebut dianggap bukan sabda atau ucapan Yesus.

Ayat itu hanyalah ucapan Yohanes saja!

Dan ayat tersebut tidak masuk dalam kategori RED, PINK, GRAY & BLACK.

Hasil akhir dari penelitian dalam seminar yang dilakukan oleh 76 ahli dari pelbagai kalangan, menyatakan sebagai berikut:

“Eighty-two percent of the words ascribed to Jesus in the gospels were not actually spoken by him, according to the Jesus Seminar.”

“Lapan puluh dua peratus kata-kata yang dianggap berasal dari Yesus di dalam Injil, tidaklah benar-benar diucapkan olehnya, menurut Seminar Yesus.”

Pernyataan 76 (tujuh puluh enam) ahli dari pelbagai kalangan dari seluruh dunia dalam Seminar tentang Yesus, sungguh mengejutkan dunia, khususnya dikalangan kaum Kristian, sebab kalau 82% (lapan puluh dua peratus) isi Injil bukan benar-benar diucapkan Yesus, bererti hanya 18% (lapan belas peratus) saja isi Injil yang dianggap ucapan Yesus.

Malah, Yohanes 1:1 & 14 yang jadi acuan bahawa Yesus 100% Tuhan dan 100% manusia, menurut 76 ahli tersebut, bukan ucapan Yesus, tapi hanya pendapat penulis Injil itu saja, iaitu Yohanes.

Padahal para peserta Seminar Yesus tersebut, tidak ada satu pun orang Islam!

Lebih ironis lagi, dari semua Injil-Injil yang diseminarkan tersebut, Injil Yohanes termasuk yang hampir 100% dianggap bukan ucapan Yesus!

Hasilnya sungguh mengejutkan, dari 4 (empat) kategori, tidak ada satu ayat pun dalam seluruh Injil Yohanes yang dicetak huruf Red. Huruf Pink hanya ada 1 (satu), huruf Grey hanya ada 4 (empat) ayat saja, selebihnya Black.

Perincian khusus Injil Yohanes sebagai berikut:

RED: (That is Jesus!), tidak satu ayat pun yang dicetak merah, bererti tidak ada satu ayat pun yang dianggap benar-benar ucapan Yesus.

PINK: (Sure sounds like Jesus), hanya ada satu ayat saja iaitu Yohanes 4:43.

GRAY: (Well, maybe), hanya ada 4 (empat) ayat saja, iaitu pada Yohanes 12 ayat 24, 25, 26 dan Yohanes 13 ayat 20.

BLACK: (Jesus did not say this There’s been some mistake!) selebihnya bukan ucapan Yesus!

Bayangkan, Injil Yohanes terdiri dari 21 pasal, 878 ayat dan 19,099 kata.

Kalau RED tidak ada, PINK hanya 1 ayat, GRAY 4 ayat, bererti BLACK (bukan ucapan Yesus) ada 873 ayat.

Jadi, apa kata anda?

BACA INI JUGA: Yohanes 13:13 Punca Nabi Isa Dianggap Tuhan!?

-SENTIASAPANAS.COM