Sunday, April 17, 2016

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Dr Zakir Naik

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

"Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

BACA INI JUGA: P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Sumber: mStar

Friday, April 15, 2016

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Detik 12.05 malam Khamis menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di sini.

Woo Nina Grace

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu dan yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata malah juga hadirin yang hadir.

Sementara itu selepas selesai menyampaikan ceramah bertajuk 'Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan' dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr Zakir dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi 'saudara baru'. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Thursday, April 14, 2016

7 Sebab Kenapa Dr. Zakir Naik Ditakuti Barat!

7 Sebab Kenapa Dr. Zakir Naik Ditakuti Barat!

Walaupun ramai warga Eropah dan AS merasa kagum dengan ketokohan Dr. Zakir Naik dan menghadiri forum-forumnya, tetapi sebaliknya dengan kerajaan mereka.

7 Sebab Kenapa Barat Takut Dr. Zakir Naik

Beberapa negara seperti Britain dan Kanada menghalang kemasukan Dr. Zakir Naik. Malah, Amerika Syarikat secara terang-terangan mengecam Dr Zakir Naik.

Mengapa Barat takut pada Dr. Zakir Naik?

1. Dr. Zakir Naik Menuduh Serangan 9/11 'Kerja Orang Dalam'

Ini adalah alasan rasmi yang disampaikan oleh kerajaan AS seperti dilaporkan oleh Washington Post. Kerajaan AS mengecam Dr. Zakir Naik sewaktu dia mendapat penghargaan dari kerajaan Arab Saudi pada Mac 2015.

“Pandangan Dr. Zakir Naik tentang serangan 9/11 sungguh keji,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS, Jen Psaki.

2. Dr. Zakir Naik Menganggap AS Sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik dikecam Washington kerana dengan berani menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah pengganas terbesar dunia.

Selain itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr. Zakir Naik juga menyatakan aksi keganasan yang dilakukan oleh AS sejak menceroboh Iraq.

3. Dr. Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin AS sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahawa George W Bush adalah pengganas.
Kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik sangat ditakuti AS memandangkan populariti dan pengaruh Dr. Zakir Naik yang terus meningkat.

Selain jutaan orang yang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan juta orang juga telah menonton video-video ceramahnya.

4. Ramai Orang Masuk Islam di Forum Dr Zakir Naik

Alasan ini tidak pernah disebutkan oleh media Barat sebagaimana 3 alasan sebelumnya. Namun, perkara ini sebenarnya sangat menakutkan pihak Barat.

Disaat gereja semakin sepi dan Barat semakin ragu-ragu dengan teologi mereka sendiri, tiba-tiba Dr. Zakir Naik datang seperti gelombang.

Lebih menggerunkan mereka, ceramah-ceramahnya membongkar kesalahan-kesalahan dan pembohongan dalam ajaran gereja.

Dengan penjelasan berdasarkan fakta dan mudah difahami, Dr. Zakir Naik dengan mudah membongkar kepalsuan konsep triniti, menyatakan secara ilmiah bahawa Yesus bukan tuhan dan sebagainya.

Sangat ramai penganut agama lain memeluk Islam setelah mendengar penjelasan dari Dr. Zakir Naik.

5. Menguatnya Dakwah Islam di Barat

Melalui ceramah-ceramahnya dibeberapa negara Eropah, Dr. Zakir Naik sebenarnya telah menusuk jantung pertahanan terakhir Barat.

Hampir disetiap ceramahnya dihadiri ribuan orang sehinggakan jumlah audiens Dr. Zakir Naik telah mencapai jutaan orang yang sebahagian besarnya hidup di Barat.

Mereka yang sebelum ini hanya mengetahui Islam dari media barat, kini mula memahami prinsip-prinsip Islam, Al-Qur'an dan Sunnah yang dijelaskan oleh Dr. Zakir Naik.

Dengan meluasnya dakwah Islam ini, meskipun tidak semuanya masuk Islam, sudah cukup membimbangkan dunia Barat.

Menurut Samuel Huntington, pihak Barat sememangnya mensasarkan Islam sebagai musuh dengan menggunakan media sebagai agen menyebarkan kempen memburukkan kesucian Islam.

Dan jika warga Barat sendiri memahami Islam dengan baik, perkara itu sangat bahaya bagi hegemoni politik mereka.

6. Dr. Zakir Naik Ditakuti Gereja

Cukup beralasan jika Barat cukup takut kepada Dr. Zakir Naik kerana gereja sekalipun tidak mampu membendung gelombang dakwah Islam yang dibawanya.

Salah satu alasan mengapa acara debat terbuka yang dilakukan Dr. Zakir Naik tidak sebanyak debat terbuka Ahmad Deedat, kerana pihak gereja sendiri tidak berani berhadapan dengan Dr. Zakir Naik.

Malah dikhabarkan bahawa Dr. Zakir Naik telah mengirimkan surat jemputan untuk berdebat kepada pihak Vatikan, namun tidak mendapat jawapan sehingga ke hari ini.

7. Pengaruh Dr. Zakir Naik semakin Meluas

Bersamaan dengan derasnya gelombang dakwah Islam, pengaruh Dr. Zakir Naik semakin meluas.

Di India, Dr. Zakir Naik tersenarai di dalam 100 tokoh paling berpengaruh serta dinobatkan sebagai salah seorang dari 3 Pemimpin Besar Spiritual di India yang majoritinya bukan Islam.

BACA INI JUGA: 'Jangan Paksa Saya Membenci Islam!'

Sumber: Penjualanggurterbaik

Monday, April 11, 2016

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Berikutan saranan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, yang menyarankan Hindraf datang secara intelek sesi soal jawab dengan Dr. Zakir Naik, kita tertanya-tanya, apa yang mereka takut sebenarnya?

Wanita+Hindu+Masuk+Islam

Apa yang sangat jelas, ceramah Dr. Zakir Naik bukannya mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicaranya bersifat ‘intelectual discourse’, perdebatan secara FAKTA dan ILMIAH.

Bukannya perdebatan sebelah pihak yang tidak boleh dibuktikan, juga bukan pula sesi ejek-mengejek, melainkan menyeru kepada kebenaran.

Dalam video dibawah ini, ketika Dr. Zakir Naik dalam sesi soal jawab dengan seorang wanita, terbongkarlah bahawa selama ini Ilmuwan Hindu telah menyembunyikan kebenaran bahawa akan datang seorang Nabi dan Rasul pada akhir zaman bernama, Ahmad@Muhammad, iaitu Rasul besar terakhir yang diutus kepada umat manusia, Nabi Muhammad SAW.

Apa yang mungkin menakutkan Hindraf disebalik alasan dangkal mereka menentang kehadiran Dr. Zakir Naik adalah, wanita ini telah mengucap dua kalimah syahadah diakhir video, selepas kebenaran diberikan kepadanya.

Subhaanallah.

Saksikan..

BACA INI JUGA: Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?


Tonton di YouTube.

-SENTIASAPANAS.COM