Sunday, October 06, 2019

Kanser Sembuh Selepas Minum Daun Rerama Dan Durian Belanda!

Kanser Sembuh Selepas Minum Daun Rerama Dan Durian Belanda!

Sebagai seorang wanita berpelajaran, di usia 30an, saya sudah mempunyai segala-gala yang diidamkan ramai orang. Wang, harta, perniagaan, semua saya ada. Pun begitu, saya leka dan terlupa bahawa wang bukanlah segala-galanya.

Daun Rerama Hijau
Daun Rerama Hijau.

Ketika itu saya terlalu mementingkan kerja sehingga tanpa sedar mengabaikan masa dengan keluarga, termasuk anak sendiri.

Saya tinggalkan anak tanpa rasa bersalah. Saya katakan apa yang saya lakukan adalah untuk masa depannya.

Hakikatnya, saya langsung tidak memberi ruang waktu untuk melihatnya membesar, mendengar cerita dan bermain bersamanya.

Kisah menakutkan bermula

Durian Belanda penawar kanser
Durian Belanda.

Segala-galanya bermula pada tahun 2014. Saya perasan perut saya buncit seperti hamil empat bulan. Saya sangka badan sudah berisi. Biasalah, kaum wanita sememangnya trauma dengan perkataan gemuk dan buncit.

Saya pergi menjalani rawatan untuk mengempiskan perut ditempat-tempat ternama. Wang habis ratusan ribu, tapi saya tak kisah namun, semua rawatan itu tidak berkesan. Perut saya masih buncit.

Saya cuba pula rawatan alternatif dengan berubat kampung, berurut, dikatakan rahim saya turun. Ada pula yang kata saya kena buatan orang.

Dipendekkan cerita, saya berjumpa doktor. Hasil pemeriksaan, didapati ada cyst dalam rahim saya. Tak sangka ada ketumbuhan dalam rahim, sedangkan selama ini saya sangka saya sihat.

Lalu saya menjalani pembedahan. Doktor keluarkan tiga ketulan cyst yang berukuran 12, 11 dan sembilan sentimeter.

Apabila hasil analisis spesimen ketulan dari rahim saya diberitahu, terasa dunia seakan berakhir apabila saya disahkan menghidap kanser ovari tahap dua.

Saya terpempan. Sangat sukar hendak percaya. Bagaimana saya boleh ada kanser?

Berita itu membuat saya hilang keyakinan. Semangat terbang melayang Emosi terganggu. Yang ada dalam kepala, saya akan mati.

Saya bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan Tuan Guru Datuk Haron Din (Allahyarham). Atas nasihat Tuan Guru, saya bangkit dengan semangat baru.

Saya mulakan rawatan sehingga pergi ke negara China untuk menjalani rawatan radioterapi.

Jus Pelik

Datuk Shareen Al-Mansor Wad
Datuk Shareen Al-Mansor ketika di Wad.

Ketika itu, seorang lelaki Jepun berusia datang menemui saya. Dia bawa botol kecil berisi cecair seperti jus. Dia tahu saya menghidap kanser dan minta saya minum jus itu.

Mulanya saya tidak endahkan. Saya fikir setelah melakukan rawatan moden dan terkini, mengapa saya perlu minum jus yang dibawanya pula.

Namun, bila lelaki Jepun itu bertemu saya, dia menceritakan kisah isterinya yang meninggal dunia akibat kanser. Disebabkan itulah dia berusaha mencari penawar.

Selepas itu barulah saya terbuka hati untuk minum jus yang disyorkannya setiap hari. Dalam masa yang sama saya teruskan rawatan hospital.

Beberapa bulan kemudian iaitu pada bulan April 2016, saya ditahan dalam wad kerana demam. Tetapi saya hairan kerana bukan seorang, tetapi beberapa orang doktor datang membuat pemeriksaan.

Saya sangka keadaan kanser saya semakin teruk. Mungkin sudah merebak lebih jauh. Saya sudah bersedia dengan berita yang akan diberitahu doktor ketika itu.

Tapi rupa-rupanya doktor-doktor itu terkejut kerana hasil pemeriksaan mereka mendapati sel kanser saya sudah tiada. KOSONG!

Saya bagaikan tidak percaya. Saya buat beberapa lagi pemeriksaan susulan. Benar, sel kanser sudah tiada. Saya disahkan bebas daripada kanser selepas dua tahun bertarung.

Rahsia Jus

Datuk Shareen sembuh dari kanser

Kali ini saya pergi mencari lelaki Jepun itu. Saya tanya jus apa yang diberinya hinggakan sel kanser saya 'tidur' dan hilang.

Dia jelaskan jus yang diberinya adalah ekstrak DAUN RERAMA dan DURIAN BELANDA!

Fungsi utamanya adalah untuk mencegah sel-sel kanser atau sel ketumbuhan dalam badan daripada berkembang biak, sekali gus mematikan pergerakan sel-sel 'jahat' itu.

nota editor: Saya dalam kisah diatas ialah Datuk Shareen Al-Mansor, bekas pesakit kanser ovari yang kini banyak memberi ceramah untuk para pesakit kanser. Beliau turut menghasilkan jus rerama beliau sendiri.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 03, 2016

Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Lelaki separuh abad berkaca mata itu tersenyum, lantas mengeluarkan beberapa bungkusan plastik dari dalam beg sandangnya. Bungkusan berisi gugusan daun hijau itu diberi kepada Mastika.

Herba Rerama

Daun itu kecil saja saiznya. Agak ganjil bentuk daun itu. la mempunyai dua kelopak di kiri kanan seperti rama-rama. Ini kali pertama Mastika lihat daun seperti ini.

Lantas, soalan pertama diajukan kepada lelaki bernama Khamarul Rezan Lim Abdullah itu, daun apakah ini?

“Saya sendiri tidak tau nama yang tepat untuk daun ini. Ada orang panggil ‘daun rerama’!” beritahunya.

Pernah Khamarul bawa daun ini untuk kajian makmal bagi mengenal pasti jenisnya. Tapi tiada jawapan tepat. Para penyelidik hanya mengatakan ia daun spesies ‘red butterfly wing’.

“Mereka sendiri tidak pernah jumpa daun ini. Dalam internet pun yang ada cuma red butterfly berwarna merah, bukan jenis hijau ini,” jawab lelaki berusia 55 tahun ini.

Yang menariknya, Khamarul menggelar daun ini sebagai ‘daun magik’. Sebab apa? Tunggu! Kita baca dulu kisah daun ajaib yang hendak disampaikan lelaki ini buat pembaca Mastika.

Pada tahun 2006, Khamarul berkunjung ke sebuah negara jiran untuk bertemu seorang rakannya. Ketika itu, rakan menunjukkan kepadanya sebatang pokok di dalam pasu. Pokok itu kecil, hanya setinggi paras lutut.

Yang membuat Khamarul tertarik hati bila melihat bentuk daunnya. Tak ubah seperti rama-rama. Jelas temannya itu, pokok itu sejenis herba yang amat mujarab merawat pelbagai penyakit, terutama kanser. Tetapi, ramai tidak tahu kerana pokok itu amat sukar ditemui.

Pakcik Khamarul - Rerama Merah

Kerana suka melihat bentuk daunnya, Khamarul bawa sedikit biji benih pokok itu pulang ke rumah untuk ditanam.

Ketika itu, dia tidak percaya kata-kata rakannya. Dia sekadar menanam pokok itu sebagai salah satu tambahan koleksi tumbuhan di sekitar rumahnya.

“Suatu hari saya bertemu seorang rakan. Wajahnya murung kerana baru dapat tahu isterinya disahkan menghidap kanser payu dara,” cerita Khamarul.

Lantas dia teringat kata-kata temannya yang memberi benih tersebut. Lalu dia hubungi rakan itu bertanyakan kaedah rawatan menggunakan daun itu.

Rupanya mudah saja. Beberapa helai daun pokok itu dipetik dan direbus dengan air hingga mendidih. Air rebusan itulah terkandung penawarnya.

Khamarul berikan daun itu untuk dicuba oleh isteri rakannya tadi. Dia sendiri tidak percaya khasiatnya. Sekadar salah satu ikhtiar yang boleh dicuba selain berdoa kepada yang Esa.

Tak sampai dua bulan amalkan minum air daun ini, isteri rakan saya itu disahkan doktor bebas dari kanser. Saya sendiri terkejut sewaktu dikhabarkan berita itu. Dan saya masih sukar percaya! tambah Khamarul lagi.

Kemudian, Khamarul cubakan lagi khasiat daun itu pada anak seorang lagi rakannya yang juga menghidap penyakit sama.

Payu daranya sudah bengkak, merah bagai udang kena bakar. Hasilnya, dalam masa dua minggu, bengkak mulai surut. Beberapa bulan kemudian, anak rakannya itu disahkan bebas daripada kanser.

Tapi, Khamarul masih belum berpuas hati. Dia berikan daun itu untuk dicuba oleh beberapa orang pesakit kanser lain. Kebanyakannya golongan wanita yang berperang dengan kanser payu dara.

Alhamdulillah, kesemuanya menunjukkan perubahan positif dan ramai yang sudah bebas daripada kanser pembunuh itu.

“Ada seorang wanita minta tolong saya rawat anaknya berusia empat tahun yang ada ketumbuhan dalam otak.

"Budak itu hanya mampu terbaring, tubuhnya sangat lemah. Saya kata pada wanita itu, kita sekadar cuba. Hasilnya, saya sendiri tak tahu.

"Saya bekalkan stok daun itu untuk anaknya. Tak sampai dua bulan kemudian, wanita itu beritahu anaknya sudah boleh berlari.

"Dan hasil pemeriksaan mendapati ketumbuhannya kian mengecut,” beritahu Khamarul terus bercerita tentang khasiat daun magiknya itu.

Pernah juga pesakit kencing manis yang kakinya sudah luka dan busuk datang minta bantuan Khamarul.

Ditumbuknya daun rama-rama tersebut lalu dilumurkan pada bahagian luka. la dilakukan setiap hari hingga luka pesakit itu sembuh dan daging baru mula tumbuh.

Oleh sebab takjub dengan khasiat daun itu, Khamarul sanggup keluarkan wang sendiri. Dia menghantar daun itu untuk pelbagai ujian makmal.

Dan lelaki ini terfana bila dapat tahu dalam daun ini terkandung 13 bahan kimia berguna yang digunakan dalam pelbagai jenis penghasilan ubat-ubatan di seluruh dunia, termasuk produk kosmetik.

Dan salah satu sifat kimia yang terkandung dalam daun itu berfungsi untuk mematikan aktiviti kuman dan menumbuhkan sel baru.

Khamarul lebihkan usahanya dengan melakukan pelbagai kajian dan ujian, terutama terhadap pesakit yang mencuba khasiat daun itu.

“Saya keluarkan wang sendiri untuk bawa pesakit jalani makmal. Saya mahu ada bukti hitam putih. Tak mahu dikata sebagai penipu dan sengaja mengadakan cerita.

“Walaupun sudah banyak wang saya habis, tapi saya tak kisah. Yang penting, saya ada penjelasan hitam putih sebagai bukti. Bukan sekadar omong kosong,” tegas bunyinya sambil Khamarul menunjukkan segala surat kajian makmal dalam simpanannya.

Pakcik Khamarul Herba Rerama

Memang bagus daun magik ini. la diakui melalui kajian rnakmal. Banyak khasiatnya. Tapi, Khamarul sedih. Kecewa. Kerana itu dia sanggup datang dari rumahnya di Kedah untuk bertemu Mastika.

Kenapa Khamarul? Cuba cerita sikit.

“Saya nak tolong pesakit AIDS. Tapi, tak dibenarkan. Saya kecewa!” perlahan nadanya menjawab.

Khamarul menceritakan, dia telah cuba khasiat herba ini pada beberapa orang pesakil AIDS. Hasilnya positif. Tahap kuman pesakit yang sebelum itu berpuluh ribu bacaannya turun drastik selepas pesakit itu minum air daun magiknya. Tahap antibodi juga meningkat dan fizikal juga kian sembuh.

“Bukan reka cerita tapi saya sediakan semua bukti ujian perubahan pesakit. Saya sangka sudah berjaya temui penawar AIDS. Dapatlah bantu pesakit golongan ini tapi...” Khamarul terdiam seketika.

Sambungnya, bukti ujian dan kajiannya itu dibawa ke persatuan dan agensi yang terlibat. Apa respons yang Khamarul terima?

“Mereka ketawakan saya. Mana mungkin daun kecil ini boleh jadi penawar. Dalam nada menyindir, mereka bertanya semula, AIDS ada ubat ke?

"Bantuan yang mahu saya hulur mereka tolak mentah-mentah. Bukti yang saya tunjukkan sedikit pun tidak dipandang.

“Saya hanya pinta mereka mencubanya dahulu. Tak salah untuk kita mencuba, kan? Para saintis yang mencipta ubat pun terpaksa mencuba berulang kali sebelum menemui sesuatu penawar. Jadi, apa salahnya mencuba? Dalam al-Quran pun disebut, setiap penyakit ada penawarnyar!” jelas Khamarul.

Hmm... betul juga kata Khamarul itu. Sama juga dengan pesakit Sistem Lupus Erithematosus (SLE). Penyakit ini pun tiada penawar.

Khamarul cuba tawarkan bantuan. Pun sama, usahanya ditolak mentah-mentah walaupun dia tunjukkan bukti positif pesakit SLE yang pernah cuba kaedah semula jadinya itu.

Pelik juga. Kenapa usaha Khamarul dipandang sepi tanpa mencubanya terlebih dahulu. Takkan sebab karenah birokrasi pula?

Maklumlah, pesakit AIDS dan SLE ada mendapat peruntukan khas. Adakah pihak tertentu takut peruntukan itu hilang kalau penawar penyakit ini ditemui?

Kalau betul daun magik Khamarul tak bagus, kenapa begitu ramai yang minta pokok dan anak benihnya?

Malah, sudah acap kali juga pokok yang ditanam di kawasan rumahnya dicuri orang.

Ada doktor yang turut kagum dengan khasiat daun ini. Diminta Khamarul bekalkan untuk pesakit di sebuah hospital. Tapi, tak lama. Sekejap saja habis.

Khamarul tak dapat bekalkan daun itu semula. Sebabnya? Daun itu mengambil masa tiga bulan untuk tumbuh semula setelah dipetik.

“Inilah yang saya tak faham. Bila saya nak hulur bantuan, mereka tak mahu. Tapi, mereka minta anak pokok itu. Maaflah, itu saya tak boleh bagi. Nampak sangat ada kepentingan lain.

"Pokok itu hak saya. Saya yang tanam, saya yang jaga. Kalau saya nak keuntungan, lama dah saya buat.

Pakcik Khamarul - Keratan Akhbar

"Beberapa tawaran syarikat besar termasuk dari luar negara menanti mahu mengkomersialkan daun ini. Tapi, saya tak mahu.

"Kalau mahukan penawar, saya akan beri. Tapi, bukan pinta pokoknya! Semuanya dengan izin Allah. Niat saya nak tolong, tapi mereka yang tak mahu!”

Tak mengapa Khamarul. Kalau mereka tak hendak, ramai lagi orang di luar sana yang mahu. Teruskan dengan usaha murni anda. Semoga ramai orang boleh mendapat khasiat dari daun magik anda ini.

*Seperti yang telah disiarkan di majalah Mastika.

BACA INI JUGA: Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Sumber: Sahalfikri

Tuesday, June 07, 2016

Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

Kanser, kencing manis, SLE dan banyak lagi penyakit berbahaya merupakan antara penyakit yang sukar diubati dan belum ada penawar yang benar-benar berkesan untuk merawatnya.

Daun Rerama.jpg

Justeru itu, selain rawatan moden, ramai pesakit sentiasa mencari jalan alternatif untuk mencari penawar tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubatan klinikal.

Usaha berterusan para penyelidik mungkin akan dapat merintis jalan menemui ramuan atau ubat yang berkesan untuk menangani penyakit-penyakit yang digeruni itu.

Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’ mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Khasiat+Daun+Rerama [2].jpg

Justeru, UPM akan menjalankan penyelidikan selanjutnya dengan menjalankan saringan dan ujian pra-klinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.

Kini, orang ramai berpeluang untuk mencuba ikhtiar alternatif menggunakan sejenis tumbuhan herba dikenali sebagai Daun Rerama bagi merawat bukan sahaja kanser tetapi juga penyakit-penyakit kronik tersebut, dan diyakini juga mampu merawat beberapa lagi jenis penyakit kronik lain.

Nama saintifik Daun Rerama Hijau ialah Mariposa Christia Vespertillonis dan berasal dari rantau Asia.

Daun Rerama Tidak Sesuai Untuk
  • Ibu mengandung
  • Pesakit Buah pinggang (dialisis)
  • Pesakit Paru-paru berair

Daun rerama dikatakan bukan sahaja berkesan merawat kanser tetapi juga berupaya mengubati penyakit seperti;
  • Semua jenis Kanser
  • SLE
  • Tiroid
  • Leukimia
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol/Asid Urik
  • Gout
  • Masalah berkaitan darah
  • Stroke
  • Senggugut
  • Asma
  • Migrain
  • Resdung
  • Demam campak
  • TB
  • Denggi
  • Masalah usus
  • Masalah sendi
  • HIV
  • Angin dalam badan

Pokok Daun Rerama boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam tempoh empat bulan bermula dari benih.

Pokok rerama terdapat dalam pelbagai spesis dan warna, tetapi hanya daun rerama yang berwarna hijau sahaja digunakan untuk tujuan perubatan.

Daun rerama hijau yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.

Daun Rerama Kering.jpg
Daun rerama yang sudah dikeringkan.

Dan jika pokok rerama dibiarkan tidak dipotong selama setahun, pokok Rerama boleh mencapai ketinggian sehingga 5-6 kaki.

Rebusan Daun Rerama dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit khususnya Kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan.

Cara Merebus Daun Rerama

Rebusan Daun Rerama.jpg

Rebusan air Daun Rerama mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
  • Ambil segenggam daun rerama (anggaran 50gm).
  • Basuh 2 ke 3 kali daun rerama sehingga bersih.
  • Campurkan dengan 3 liter air.
  • Jerang sehingga air mendidih.
  • Setelah air mendidih, rebus daun rerama selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, tutup api dapur.
  • Tunggu air sehingga suam.
  • Setelah air suam kelihatan, daun, batang dan akar telah tengelam dan air bertukar menjadi warna hijau.
  • Setelah suam bolehlah diminum.

Rasa herba rerama seperti teh hijau dan lazat diminum semasa suam. Air lebihan boleh dimasukan didalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

Minum segelas air rebusan rerama diwaktu pagi sebelum sarapan dan segelas pada waktu malam sebelum tidur.

Jika serasi dengan badan boleh diminum air rebusan daun rerama ini menggantikan air kosong. -Khazanahpurba

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab

-SENTIASAPANAS.COM