Thursday, October 12, 2023

Tertib Kedatangan Imam Mahdi Dan Kemunculan Dajjal

Tertib Kedatangan Imam Mahdi Dan Kemunculan Dajjal

Imam Mahdi dikatakan seorang manusia biasa yang akan lahir dari keturunan Muhammad. Dia akan dibai'ah di Mekah oleh para ulama yang akan datang dari Syam dan Iraq untuk melantiknya sebagai pemimpin.

Tertib Kedatangan Imam Mahdi

Rasulullah SAW bersabda bahawasanya al-Mahdi tidak akan keluar hingga jiwa-jiwa yang tak berdosa (suci) terbunuh.

Apabila jiwa-jiwa suci itu terbunuh maka penduduk langit dan bumi marah atas kematian mereka. Lalu orang-orang mendatangi al-Mahdi. Mereka mengaraknya seperti seorang pengantin diarak kepada suaminya pada malam pesta pernikahannya. (Musannif Abu Syaibah)

Dari sekian banyak tanda-tanda kemunculan al-Mahdi, ada satu di antara tanda-tanda tersebut yang harus diperhatikan dan difahami secara serius oleh seorang cendikiawan muslim agar tidak salah dalam memahami topik ini, tanda itu ialah tegaknya khilafah di Baitul Maqdis!

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat kekhilafahan telah turun di bumi yang disucikan maka sungguh telah dekat bencana gempa dan berbagai kesedihan serta perkara-perkara besar. Pada saat itu Hari Kiamat lebih dekat kepada orang-orang daripada tanganku ini dari kepalaku." (HR: Abu Daud)

Hadits di atas dijelaskan oleh hadits lain.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Dari Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku berikan khabar gembira kepada kalian dengan datangnya al-Mahdi, ia diutus kepada umatku ketika terjadi perselisihan dan kegoncangan di antara manusia." (HR: Ahmad)

Maka petanda munculnya Imam Mahdi adalah terjadi goncangan (gempa) dan perselisihan (kesedihan) antara manusia terlebih dahulu, maka sebelum terjadi gempa dan perselisihan akan diawali dengan tegaknya khilafah di Baitul Maqdis.

Kenapa khilafah harus di Baitul Maqdis? Kerana Baitul Maqdis merupakan benteng terakhir kaum muslimin, selain itu kota Madinah menuju fasa kehancuran.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Dari Malik bin Yukhamir dari Mu'adz bin Jabal ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ramainya Baitul Maqdis adalah tanda kehancuran kota Madinah, hancurnya kota Madinah adalah tanda terjadinya peperangan besar, terjadinya peperangan besar adalah tanda dari pembukaan kota Konstantinopel dan pembukaan kota Konstantinopel adalah tanda keluarnya Dajjal." (HR: Abu Daud)

Syekh Ismail al-Muqaddam dalam Fiqih Asy-Rati as-Sa'ah menyatakan bahawa Imam al-Mahdi tidak akan muncul bila khilafah belum tegak di Baitul Maqdis.

Khilafah tidak akan tegak jika Baitul Maqdis masih terjajah. Maka bagi beliau, kemerdekaan Baitul Maqdis adalah suatu keharusan sebelum kedatangan al-Mahdi.

Lebih jauh beliau menukil perkataan Syekh Sa'id Hawa, "Negeri kaum Yahudi sekarang ini (Israel) akan berakhir. Berakhirnya itu bukan setelah Nabi Isa AS turun." Wallahu a'lam.

TENTERA IMAM MAHDI

Setelah itu, Imam Mahdi akan menghimpunkan tenteranya dan akan menentang musuh yang bakal menyerang umat Islam. Tetapi untuk mencapai kemenangan, tentera Mahdi sewaktu itu perlu berkerjasama dengan tentera Rom Kristian dahulu untuk menentang musuh yang dikatakan akan "menyerang dari belakang". Hadis tidak menyebut siapakah tentera musuh ini.

Setelah menang ke atas musuh itu, pakatan tentera Islam dan Rom itu pula yang akan bergaduh sesama sendiri. Ia berlaku kerana pasukan Kristian akan mula mendakwa mereka menang kerana salib dan ini tidak disenangi oleh tentera Islam.

Pasukan Kristian mula meninggalkan tentera Muslim dan akan bergabung dengan tentera musuh dan akan menentang pula tentera Imam Mahdi. Tentera Rom akan menyerang kembali tentera Islam di bawah 80 panji (Hadis Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad).

Dua pasukan ini akan bertemu di Dabiq, Syria dan tentera Islam pimpinan Imam Mahdi yang akan menang. Perang dahsyat ini menyaksikan 1/3 tentera Islam lari dari medan perang, 1/3 terbunuh dan 1/3 lagi akan mencapai kemenangan.

Selepas kemenangan ini, Dajjal akan muncul. Tetapi sebelum Dajjal keluar, akan ada tiga jenis gelombang fitnah yang akan berlaku.

FITNAH BESAR

Fitnah Ahlas, iaitu perang dan pertempuran (yakni perang pimpinan Imam Mahdi di atas).

Kedua, fitnah Sarra', nikmat yang melalaikan manusia seperti kekayaan, kesihatan dan keselamatan dari bencana yang menjadikan seseorang itu lalai dan terjerumus kepada maksiat (umat Muhammad akan dilalaikan oleh seorang dari keturunan Muhammad sendiri).

Duhaima, fitnah di mana manusia akan terbahagi kepada dua kelompok jelas. Kelompok beriman yang langsung tiada kemunafikan di dalam hati dan kelompok kufur termasuk mereka yang murtad dan akan menjadi pengikut Dajjal. (hadith riwayat Abu Daud 4/4242). Fitnah ini akan berlaku mengikut turutan.

Tidak disebut bila sebenarnya fitnah ini akan terjadi dan berapa lama tempohnya, tetapi setelah kemenangan tentera Mahdi dan fitnah Duhaima berlaku, maka Dajjal akan muncul.

KELUARNYA DAJJAL

Muncul atau keluarnya Dajjal adalah satu kepastian dan kita tidak boleh sama sekali mengingkarinya. Akan tetapi waktu yang sebenar atau tepat keluarnya Dajjal ini tidak diketahui tetapi apa yang pasti keluarnya Dajjal adalah salah satu tanda besar Kiamat.

Daripada Abdullah ibn Umar R.Anhuma beliau berkata, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Ketika aku sedang tidur, aku melihat diriku bertawaf di Ka'bah. Tiba-tiba (aku melihat) seorang lelaki yang berkulit sawo matang, berambut lurus (berada) diantara dua lelaki. Kepalanya (seperti) menitiskan air. Aku bertanya: "Siapakah orang ini?" Mereka menjawab: "(Isa) putera Maryam." Kemudian aku menoleh dan (melihat) seorang lelaki berkulit merah, bertubuh besar, berambut keriting, cacat mata kanannya, seakan-akan matanya seperti sebutir anggur yang menonjol keluar. Aku berkata: "Siapa ini?" Mereka berkata: "Ini ialah Dajjal!" Orang yang paling mirip dengannya ialah Ibnu Qathn." Riwayat al-Bukhari (6508)

Dajjal akan keluar dari arah timur iaitu dari Khurasan, sebuah tempat yang luas, terletak di sebelah timur dan ia terdiri daripada beberapa daerah, antaranya Naisabur).

Kemudian Dajjal akan mula berjalan di bumi dan tidak akan ditinggalkan satu tempat pun melainkan dia akan memasukinya kecuali Mekah dan Madinah.

Dajjal tidak dapat memasuki Mekah dan Madinah kerana terdapat malaikat yang menjaga kedua tanah suci itu.

Selain itu juga, Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa Dajjal ini pasti akan muncul dari arah timur. (Lihat Fath al-Bari) Kenyataan ini disandarkan atau dikuatkan lagi dengan beberapa buah hadis sahih, antaranya:

Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur, dikatakan tempat tersebut adalah Khurasan." Riwayat al-Tirmizi (2237)

Syeikh Yusuf bin Abdullah al-Wabil menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari arah timur dari Khurasan dari Perkampungan Yahudiyah di Kota Asfahan.

Ini berdasarkan kepada hadis Fatimah bint Qais R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Bahkan dia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur? Dan baginda berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur." Riwayat Muslim (7573)

Dalam riwayat yang lain menunjukkan ia berada di sebuah pulau sebagaimana hadis Tamim al-Dari.

Maksudnya: "Bahawa dia belayar bersama 30 orang dari Kabilah Lakham dan Juzam dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal. Kemudian, mereka masuk ke pulau tersebut." Riwayat Muslim (7496)

Dajjal dikatakan akan muncul dan akan hidup selama 40 hari. Hari pertama dirasai seperti setahun, hari kedua seperti sebulan, hari ketiga seperti seminggu dan hari keempat seperti hari-hari biasa.

Dajjal mempunyai kuasa yang luar biasa seperti mampu bergerak sepantas angin, mampu menghidupkan orang mati dan sebagainya.

Fitnah Dajjal adalah fitnah paling dahsyat pernah berlaku sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam hingga hari kiamat.

Ia disebabkan peristiwa luar biasa yang dimilikinya sehingga dapat menghilangkan kewarasan akal. Seperti diriwayatkan, Dajjal membawa syurga dan neraka.

Hakikatnya, syurganya adalah neraka dan neraka adalah syurga. Dia membawa sungai yang dipenuhi dengan air dan gunung roti.

Dia boleh mengarahkan langit supaya menurunkan hujan dan arahan itu dipatuhi oleh langit. Jika dia memerintahkan bumi supaya menumbuhkan tumbuhan, maka tumbuhan akan tumbuh.

Dia diikuti oleh kekayaan perbendaharaan bumi. Dia boleh menempuh perjalanan secepat kilat bagaikan hujan mengejar angin dan pelbagai lagi keajaiban lain.

Dalam riwayat Muslim Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal itu buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal serta mempunyai syurga dan neraka. Tetapi nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka."

Dalam riwayat Muslim juga Rasulullah SAW bersabda: "Akulah yang paling mengetahui tentang Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk."

Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda: "Antara fitnah yang dilakukan, Dajjal berkata kepada seorang Arab Badwi: "Jika aku mampu membangkitkan semula bapa dan ibu kamu, adakah kamu bersaksi bahawa aku ini adalah tuhan kamu? Arab Badwi menjawab: "Ya! Kemudian datanglah dua syaitan yang menyerupai bentuk rupa ibu dan bapanya serta kedua-duanya berkata: "Wahai anakku, ikutilah dia (Dajjal) sebab dia adalah tuhan kamu."

MENGALAHKAN DAJJAL

"Daripada Uthman bin Abi al Ash R.A, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: (ketika kemunculan Dajjal), orang-orang Islam terbahagi kepada 3 kelompok.

"Sekelompok berada di antara pertemuan dua laut, sekelompok lain di Hirah (sebuah kawasan di persisiran pantai 3 batu daripada Kufah), dan sekelompok lagi berada di Syam. Maka, manusia (seluruh dunia) berlindung di bawah 3 perlindungan.

"Ketika ini muncullah Dajjal di tengah-tengah masyarakat, dan menyerang dari arah Timur. Tempat yang mula-mula diserang ialah kelompok yang berada di antara pertemuan dua laut.

"Lalu berpecahlah manusia di situ kepada 3 kumpulan pula. Sekumpulan berkata: Kita perhatikan dulu apakah tindakannya. Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab.

"Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka (di tempat lain – Hirah – yang akan dikunjungi oleh Dajjal selepas mereka).

"Turut bersama dengan Dajjal seramai 70,000 tentera berselendang hitam (atau berpakaian serba hitam). Kebanyakan yang mengikutnya (Dajjal) dari kalangan Yahudi dan golongan wanita.

"Kemudian, Dajjal menyerang pula kelompok yang berada (di Hirah) pula. Lalu kelompok yang berada di situ berpecah pula kepada 3 kumpulan. Sekumpulan berkata: "Kita perhatikan dulu apakah tindakannya."

"Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab. Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka di Barat Syam.

"Lalu kesemua orang Islam menuju ke Aqabah Afiq (di Damsyik). Lalu mereka menghantar beberapa tentera untuk berhadapan dengan Dajjal.

"Namun mereka pula diserang, lalu diperhebatkan lagi serangan terhadap mereka (umat Islam di Damsyik). Mereka diuji dengan kelaparan yang teruk dan keperitan.

"(Ia berlarutan) sehinggalah seseorang itu sanggup membakar busur panahnya, lalu memakannya. Ketika dalam keadaan demikian, terdengarlah satu seruan dari arah gurun, "Wahai manusia! Akan sampai kepada kamu bantuan, sebanyak tiga kali."

"Lalu mereka berkata sesama mereka, "Ini adalah suara dari seorang lelaki yang kenyang (mendapat bantuan)..."

"Ketika ini, turunlah Nabi Isa A.S ketika mereka baru sahaja ingin mengerjakan Solat Subuh (di Masjid Umawi, Damsyik). Pemimpin umat Islam (Imam Mahdi) ketika itu berkata kepadanya: "Persilakanlah wahai kekasih Allah untuk menjadi imam."

"Nabi Isa menjawab: "Umat ini terdapat pimpinan di kalangan mereka..."

"Lalu pemimpin mereka itu tadi (Imam Mahdi) tampil menjadi imam, dan mengerjakan solat. Setelah selesai solat, Nabi Isa mengambil tombaknya dan menuju ke arah Dajjal (bersama tentera Islam).

"Apabila Dajjal ternampak Nabi Isa A.S, hancurlah mukanya sepertimana cairan timah. Lalu Nabi Isa A.S membuat sasaran, lalu membunuhnya.

"Lalu berkecailah tenteranya dan pada ketika itu tiada satu pun yang melindungi mereka. Sehinggakan pohon juga akan berkata: "Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir..."

"Batu juga akan berkata: "Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir..." (Musonnaf Ibn Abi Syaibah 38633)

HANCURNYA YAHUDI

Nabi Isa A.S akan turun ketika umat Islam dalam keadaan dikepung oleh Dajjal. Wallahu a'lam.

Umat Islam bertahan di kawasan Damsyik dan berpusat di Masjid Umawi. Mereka lari ke Aqabah Afiq, sebuah tempat di Damsyik dan ketika mereka ingin mengerjakan solat Subuh di Masjid Umawi, Nabi Isa A.S turun.

Kawasan terakhir yang akan diserang oleh Dajjal ialah Damsyik dan di sana Dajjal dibunuh 17 hasta sebelum Pintu Lud yang terletak di sebuah Daerah Uqbah Afiq, Damsyik.

Setelah Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa a.s, serta merta tentera Yahudi mengalami kekalahan teruk. Mereka melarikan diri, tetapi tiada satu makhluk pun yang mahu melindungi mereka.

Apabila mereka bersembunyi di sebalik pokok atau batu, kedua-duanya akan memanggil orang Islam supaya membunuh si Yahudi yang sedang bersembunyi di sebalik mereka.

Kecuali sejenis pokok yang dinamakan Gharqad.

Perkara ini telah disebutkan di dalam hadis lain sepertimana berikut:

"Maka, Allah memusnahkan tentera Yahudi. Tiada satu makhluk Allah pun yang dapat menjadi tempat perlindungan bagi Yahudi, melainkan kesemuanya didedahkan kedudukan (lokasi bersembunyi mereka) oleh Allah S.W.T. Tiada satu batu pun, atau pokok, atau teduhan, atau binatang (yang melindungi mereka), melainkan Gharqad. Ia adalah sejenis pokok keagungan mereka, yang tidak berkata-kata langsung. Yang lain kesemuanya berkata: Wahai hamba Allah yang Muslim, di sini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia." (At Tazkirah Imam Qurtubi)

Mengapakah Tidak Disebut Lafaz Dajjal di dalam al-Qur'an?

Dajjal disebut atau terkandung di dalam beberapa ayat al-Qur'an.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya." (Surah al-An’am: 158)

Di dalam ayat ini, tidak disebut lafaz Dajjal secara jelas tetapi tanda-tanda (آيات) yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Dajjal, terbit matahari dari barat dan juga al-Dabbah (الدابة). Ini disebut di dalam kitab-kitab tafsir.

Selain itu di dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadith yang menjelaskan berkaitan makna ayat di atas dan ini adalah antara tafsiran yang terbaik iaitu menafsirkan ayat al-Qur’an dengan hadith Nabi SAW.

Hadith tersebut adalah: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi." Riwayat Muslim (158)

Al-Qur'an tidak menyebut Dajjal bagi menghina atau memperkecilkannya, kerana Dajjal apabila turun ke dunia akan mendakwa ketuhanan (uluhiyyah) dan ketuanan (rububiyyah) sedangkan dia adalah manusia biasa.

Oleh sebab itu, Allah SWT tidak menyebut namanya di dalam al-Qur'an bagi menghina dan memperlekehkannya.

Persoalan yang timbul, mengapa al-Qur'an menyebut Firaun sedangkan Firaun juga mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

Jawapannya adalah kerana Firaun zamannya telah berlalu dan berakhir.

Di samping itu juga, agar kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah tersebut. Adapun Dajjal kisahnya belum terjadi dan akan berlaku apabila tiba waktu dan ketikanya.

CARA MENGHADAPI FITNAH DAJJAL

Antara cara untuk berdepan dengan fitnah Dajjal adalah: Berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Hadith, memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah serta memperbanyakkan amalan soleh, beruzlah (menjauhkan atau mengasingkan diri) daripada fitnah yang berlaku, menyertai dan sentiasa bersama dengan jemaah Islam yang ada pada waktu itu, memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT, berlindunglah di Mekah dan Madinah kerana Dajjal tidak boleh memasukinya serta memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan sentiasa ingat kepada-Nya berdasarkan hadis di atas.

Berdoa Dari Fitnah Dajjal

Terdapat hadis Rasulullah SAW mengajar kita membaca selepas tahiyyat akhir:

Maksudnya: "Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa: (اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ) Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal." Riwayat Muslim (588)

Dikatakan Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: "Adakah beliau sudah membaca doa tersebut. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta untuk mengulangi solat dan membaca doa ini.

Dalam doa ini, terdapat empat yang diminta untuk berlindung dengan Allah: Azab Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Ini menunjukkan bahawa kejahatan fitnah Dajjal dapat dielak dengan cara berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.

Kami menutup perbincangan ini dengan sebuah doa:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Allahummainni a'uuzubika min 'azaabi jahannama, wamin 'azabil qabr, wamin fitnatil mahyawal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal."

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal." Riwayat Muslim (588)

Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadis.

Baginda berpesan lagi: "Sesiapa yang hafal sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada fitnah dajal." (Riwayat Muslim)

Ini bermakna Surah al-Kahfi memang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa sehingga Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat berikutnya." (Riwayat al-Hakim)

Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.

Wallahu a'lam.

Friday, November 04, 2022

Adakah Dajjal Hanya Seorang Ataupun Ramai?

Adakah Dajjal Hanya Seorang Ataupun Ramai?

Di antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman adalah kemunculan dajjal. Oleh kerana itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut.

Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa yang maksudnya, "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada firnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada keburukan fitnah Al-Masih Al-Dajjal." Riwayat Al-Bukhari (6377) & Muslim (7046)

Tentera Dajjal

Bahkan di dalam riwayat hadis yang lain menggambarkan betapa kemunculan dajjal akan menguji dan menggocang keimanan.

Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi." Riwayat Muslim (158)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, memang di sana terdapat hadis yang menceritakan bahawa akan muncul pada akhir zaman pendusta yang disebut sebagai dajjal.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian." Riwayat Muslim (16)

Di dalam riwayat yang lain menyebut yang maksudnya, "Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah dibangkitkan dajjal-dajjal yang menipu yang mana jumlah mereka lebih kurang 30 orang. Setiap daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusan Allah." Riwayat Al-Bukhari (3609), Al-Tirmizi (2218) & Abu Daud (4333)

Jika diperhatikan di dalam riwayat-riwayat ini disebutkan dajjal dalam bentuk kata jamak iaitu dajjalun yang membawa maksud dajjal-dajjal.

Namun begitu, adakah ianya bermakna bahawa dajjal itu ada ramai?

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut yang maksudnya, "Dajal itu membawa maksud menutup dan menyembunyikan. Ia juga kadang-kadang membawa makna menipu. Oleh kerana itu, perkataan kazzabun (pendusta) adalah sebagai penguat kepada perkataan dajjal." (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/616)

Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim Al-Abadi menjelaskan perkataan dajjal yang disebutkan di dalam hadis tersebut yang maksudnya, "(Maksud dajjal) ialah belitan dan kekeliruan. Iaitu banyaknya perancangan jahat dan kekeliruan." (Rujuk 'Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 9/1446)

Imam Al-Nawawi berkata yang maksudnya, "Ianya berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai. Mereka ini terdapat pada setiap zaman." (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).

Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajjal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajjal yang sebenar.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat di dalam Musannad Abdurrazzaq yang maksudnya, "Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajjal yang besar."

Maka dinamakan sebagai dajjal adalah kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).

Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah dinyatakan, hadis tersebut bukan bermakna dajjal itu adalah ramai.

Dajjal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat.

Dajjal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang.

Semoga Allah memberikan kefahaman dan menjauhkan kita dari menjadi dajjal-dajjal kecil.

Wallahu 'alam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, August 21, 2018

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Ada segelintir pihak mendakwa dajal iaitu kuasa kejahatan yang akan memusnahkan manusia beriman pada akhir zaman sebelum tibanya kiamat, sudah pun muncul di muka bumi pada ketika ini.

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Dakwaan berkenaan sememangnya mengejutkan ramai pihak, berikutan keluarnya dajal secara tidak langsung bermaksud dunia sudah terlalu hampir dengan penghujungnya dan akan musnah bersama segala isinya tidak lama saja lagi.

Keluarnya dajal adalah satu daripada 10 tanda besar mengenai tibanya kiamat seperti sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Imam Muslim daripada Hudzaifah bin Usaid Al-Ghiffari ra katanya, "Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang. Lalu Baginda bertanya, "Apa yang sedang kamu bincangkan?" Sahabat menjawab: "Kami sedang membincangkan As-Sa'ah (hari kiamat).'

"Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya kiamat tidak akan datang sehingga kamu melihat 10 ayat (tanda) sebelumnya. Kemudian Baginda menyebut asap, dajal, binatang (yang akan keluar dari perut bumi), terbitnya matahari dari sebelah barat, turunnya Isa as, Yakjuj dan Makjuj, tiga gempa bumi iaitu di timur, barat dan di Jazirah Arab dan yang terakhir ialah keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpul mereka."

Kerosakan muka bumi

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengkaji kontemporari berpandangan bahawa dajal sebenarnya bukanlah makhluk, sebaliknya adalah `pemikiran' atau ideologi yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia.

Mereka berpendapat ideologi inilah dikenali sebagai 1dajal' yang mendorong manusia kepada kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap Allah SWT serta menimbulkan kerosakan di muka bumi dan umat manusia lain.

Pandangan berkenaan juga menyatakan ciri-ciri dajal seperti disampaikan hadis adalah ayat berbentuk simbolik dan ia lebih menjurus kepada ciri sebuah ideologi yang membawa kepada kehancuran alam.

Sebagai contoh, ciri-ciri dajal yang disebutkan hadis sebagai buta sebelah mata diibaratkan sebagai ideologi yang tidak menilai sesuatu dengan adil dan saksama.

Pandangan moden berkenaan secara tidak langsung menyebabkan ramai pihak terutamanya umat Islam mengerutkan dahi dan diasak kebingungan. Dalam diam, timbul pertanyaan adakah betul dajal sebenarnya satu ideologi? Benarkah `dajal' sudah muncul pada hari ini?

Dajal bersifat makhluk

Berhubung perkara berkenaan, Yusuf Abdullah Yusuf alWabil dalam kitabnya Tanda-tanda Kiamat menjelaskan berdasarkan hadis sahih, jelas menunjukkan dajal itu bersifat makhluk iaitu seorang lelaki dan bukannya sekadar ideologi atau lambang banyaknya khurafat, pembohongan dan kebatilan pada akhir zaman.

"Dia (dajal) adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bahunya lebar, matanya yang sebelah kanan buta dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam seolah-olah buah anggur yang masak (tidak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.

"Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa', ra' secara terpisah atau tulisan `kafir' secara bersambung berangkai yang dapat dibaca oleh setiap Muslim yang pandai menulis mahupun yang tidak menulis dan antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak," jelas pengkaji itu lagi berdasarkan pelbagai hadis mengenai dajal.

Dajal dikatakan sudah hidup sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, antaranya hadis Tamim AdDari menjelaskan pada zaman itu, dajal pernah dijumpai di sebuah pulau terpencil oleh sekumpulan orang Arab yang hanyut.

Bagaimanapun, dajal akan terus hidup dan hanya akan muncul kembali di dunia manusia pada akhir zaman untuk melakukan angkara.

Muncul dari Khurasan

Kronologi kemunculan semula dajal bermula apabila masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan agama dan ajaran Allah SWT serta diingkari secara terang-terangan.

Kekacauan berlaku di mana-mana di seluruh dunia; keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu.

Ketika itulah akan munculnya dajal yang datang dari arah timur iaitu Kampung Yahudiyyah, Kota Ashbahan dari Khurasan.

Selepas kemunculannya, dajal akan mengembara ke seluruh penjuru bumi sehingga tiada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Makkah dan Madinah kerana dua kota suci itu dijaga malaikat.

Pengikut dajal terdiri daripada orang Yahudi, Ajam, Turki, Arab Dusun dan semakin lama, semakin ramai manusia daripada pelbagai bangsa dan golongan yang percaya kepadanya.

Pada saat kemunculan dajal, ia mampu menunjukkan pelbagai kekuasaan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan Allah.

Antara kemampuan dajal seperti diizinkan Allah SWT ialah boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh, memiliki kemewahan dunia, memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman, memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya, menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak. Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah.

Dajal tinggal di bumi selama 40 hari dengan kiraan sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu dan baki seterusnya adalah seperti hari biasa.

Zaman fitnah dajal hanya berakhir apabila turunnya Nabi Isa as yang kemudian akan membunuhnya di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Sunday, January 14, 2018

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Sebenarnya, jika orang mahu berfikir sejenak saja, pasti akan menemui kebenaran, mengapa Dajjal disebut Masihid-Dajjal. Mengapa Dajjal disebut al-Masih?

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Kerana Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa a.s. berdasarkan wahyu-Nya.

Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan bahawa Dajjal akan melakukan kejahatannya atas nama suci Nabi Isa a.s. dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran beliau.

Al-Masih Isa a.s. mengajarkan bahawa Allah itu Esa, dan tidak ada Tuhan selain Allah yang wajib disembah, tetapi Dajjal mengangkat Nabi Isa a.s. itu sendiri sebagai Tuhan.

Selanjutnya, al-Masih Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian?

Kerana jika para Nabi Utusan Allah ini tidak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tidak perlu timbul Putera Allah yang tidak berdosa, untuk menebus dosa sekalian manusia.

Selanjutnya, al-Masih Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal mengajarkan bahawa Putera Allah sudah cukup untuk menebus dosa umat manusia.

Al-Masih Isa mengajarkan bahawa orang kaya tidak dapat masuk dalam kerajaan Syurga, tetapi Dajjal yang mengaku sebagai al-Masih mengajarkan supaya manusia mengumpul kekayaan.

Kesimpulannya, kitab-kitab hadis menggunakan julukan “Al-Masihid Dajjal” hanyalah untuk menggambarkan penipuan Dajjal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: "Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya"

-Sentiasapanas.com

Monday, December 25, 2017

Perang Syria Petanda Imam Mahdi Dan Nabi Isa Berperang Dengan Dajjal

Perang Syria Petanda Imam Mahdi Dan Nabi Isa Berperang Dengan Dajjal

Revolusi di Syria saat ini adalah petanda saat-saat hampirnya kedatangan Dajjal, turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi. Dikhabarkan kepada mereka bahawa Nabi Isa a.s. akan turun di menara putih Masjid Ummayad yang terletak di sebelh timur kota Damascus, ibu negara Syria.

Perang Syria Petanda Imam Mahdi Dan Nabi Isa Berperang Dengan Dajjal

Tentang turunnya Nabi Isa a.s. sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis dari An-Nuwwas bin Sam'an, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ketika Dajjal sedang berbuat kerosakan seperti itu, Allah SWT mengutus Isa bin Maryam turun dekat menara putih disebelah timur Damascus, Syam (Syria) dengan mengenakan pakaian dua warna sambil meletakkan dua telapak tangannya pada sayap dua malaikat."

"Apabila ia tundukkan kepalanya, hujan pun turun. Jika ia angkat tangannya butiran mutiara berjatuhan dari kepalanya. Orang-orang kafir tidak menium bau nafasnya seperti orang mati dan bau nafasnya boleh dihidu sejauh mata memandang. Dia (Nabi Isa) mencari Dajjal sehingga bertemu di gerbang Kota Lud, lalu Dajjal itu dibunuhnya!" (Hadis riwayat Muslim)

Sewaktu turunnya Nabi Isa a.s., ada ulama berpendapat ketika itu Imam Mahdi dan pejuang Islam sedang bertempur sehingga ke Gunung Dukhan.

Imam Mahdi berjaya menyelamatkan diri dengan membaca surah Al-Kahfi. Dajjal hanya membiarkan Imam Mahdi berada di Gunung Dukhan.

Semasa berada digunung itu, Imam Mahdi dan pengikutnya bersujud syukur dan sebaik bangkit dari sujud, Imam Mahdi terdengar suara dari langit mengatakan bahawa Nabi Isa telah turun ke dunia.

Jika Nabi Isa turun ke dunia, itulah petanda bahawa dunia akan kembali aman. Dajjal akan lenyap dari muka bumi.

Setelah itu, pasukan Imam Mahdi bersetuju untuk turun dari Gunung Dukhan, menuju ke Damsyik, Syria.

Di Damsyik, orang ramai berpusu-pusu ingin menatap wajah Imam Mahdi sehingga ada yang pengsan dan ada yang meninggal dunia akibat bersesak-sesak.

Akhirnya, Imam Mahdi berjumpa Nabi Isa di Masjid Umayyad dan bergabung untuk berperang melawan Dajjal.

Akhirnya Dajjal berjaya dibunuh dan dunia pun kembali aman.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kononnya Dajjal Berusia 4000 Tahun Dan Sangat Menyusahkan

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, February 24, 2017

Ftnah Dajjal Persoalan Besar Umat Akhir Zaman

Ftnah Dajjal Persoalan Besar Umat Akhir Zaman

Persoalan mengenai rupa bentuk, masa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan dajjal sering menjadi bualan.

Dajjal+mata+satu
Gambar hiasan.

Ada yang membeli buku mengenai dajjal, asyik bertanya kepada guru dan beberapa cara lain untuk mendapatkan kepastian mengenai dajjal.

Tidak salah sebenarnya untuk mengetahui perkara ini kerana ia juga merupakan ilmu.

Perihal mengenai dajjal adalah termasuk di dalam perkara-perkara al-ghaibiyah dan kita sebenarnya tidak digalakkan untuk mendalami perkara tentang dajjal dengan begitu terperinci.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata, “Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.

Baginda telah bersabda, “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.

"Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.

"Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

"Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.

"Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.

"Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas.

"Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab, “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu? Orang Arab itu akan berkata, “Sudah tentu.”

"Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya, “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai, “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

"Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya, “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab, “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.

Kata Rasulullah SAW lagi, “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun.

"Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.

"Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.

"Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “Di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.

"Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda, “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda, “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan, “Pernah satu hari Rasulullah SAW masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya, “Mengapa menangis?” Saya menjawab, “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata, “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan tidak pula cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda, “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya, “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah SAW menjawab, “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata, “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia, “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab, “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Demikianlah beberapa hadis Rasulullah mengenai perihal Dajjal. Kita dinasihatkan agar tidak terlalu taksub untuk meneka siapa Dajjal itu sebenarnya.

Kita hanya dituntut untuk mempersiapkan diri dengan iman dan takwa bagi menghadapinya agar selamat dari fitnahnya.

Berdoalah agar kita dimatikan sebelum keluarnya dajjal kerana bimbang iman kita yang sedikit ini akan mudah dipesongkan dan tersasar dari jalan-Nya. Waiazubillahi Minalzaliq.

Wallahu A’lam.

BACA INI JUGA: 5 Fasa Umat Akhir Zaman, Bersabarlah Wahai Umat Islam

Sumber: faiz-luv-islam

Wednesday, November 11, 2015

Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Filem Minions dan Despicable Me sememangnya mencapai kejayaan yang sangat luar biasa. Karekternya yang bersahaja dan sangat lucu begitu menambat hati sesiapa yang menontonnya.

Minions

Namun ada yang menganggap bahawa filem-filem ini ada kaitannya dengan misteri kumpulan rahsia yang 'mengawal' dunia disebalik tabir, Illuminati.

1. Illumination Entertainment

Illumination Entertainment

Sejak awal lagi filem ini sudah ditayangkan dengan tulisan Illumination Entertainment yang dipanjang berjela-jela. Seperti terang-terangan menunjukkan bahawa filem Minions adalah sebuah filem yang sarat dengan teori konspirasi.

Kerana jika kita merujuk sejarah, Illuminati merujuk kepada Illuminati Bavaria (baca sini), iaitu kelompok rahsia yang wujud pada tanggal 1 Mei 1776.

Illuminati sendiri diambil dari bahasa latin yang bermaksud kumpulan cahaya dan merupakan kepercayaan di mana ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dan kononnya tiada lagi yang dikatakan misteri kerana semua sudah ada penjelasannya.

2. Bermata Satu

Bermata Satu

Kenapa agaknya Stuart dan beberapa karakter Minions lain divisualkan dengan mata cuma satu sahaja? Seolah-olah hubungannya sama dengan Illuminati yang begitu memuja ilmu pengetahuan.

Dalam Illuminati, ilmu pengetahuan berpusat pada satu titik yang dilambangkan dengan mata satu.

Juga Freemasonary (Freemason) yang merupakan ritual pemujaan terhadap The great architect yang dilakukan oleh kelompok Illuminati.

Dan anda tahu siapa yang dimaksudkan sebagai The great architect itu? Dia adalah Fallen Angel atau Lucifer.

Lucifer sendiri biasanya disimbolkan dengan 'The All Seeing Eye' (mata tuhan) atau Eye of Horus yang diambil dari lagenda Mesir.

3. Immortal

Immortal

Minions diceritakan sebagai makhluk immortal yang tidak akan mati dan sudah wujud sejak zaman dinasour.

Yang pasti, kita semua tahu makhluk apakah yang berumur panjang atau immortal. Ada yang baik, ada juga yang jahat.

Kata Minion sendiri didalam kamus ertinya adalah pelayan atau kaki tangan. Dan logik jika Minions itu sifatnya seperti apa, dengan melihat siapa yang dijadikan pemimpin oleh para minion.

Bermula dengan dengan zaman Dinasour, Firaun, Napoleon hinggalah Dracula, sehinggalah akhirnya pada tahun 1968 + 42 mereka menemui Gru sebagai ketua baru mereka.

4. Despicable Me

Despicable Me

Sebelum anda menonton filem spin-off Minions, anda pasti sudah menonton sirinya dahulu, Despicable Me.

Tapi tahukah anda maksud Despicable Me? Menurut kamus, Despicable bererti tercela, hina, keji, atau suatu perkara yang patut dibenci.

Kenapa filem animasi yang ditunjukkan untuk tontonan kanak-kanak diberi judul 'Tercelanya diriku'?

Pasti ada maksud yang terselindung di sebalik ini semua kan. Memang sangat konspirasi.

5. Piramid

Piramid

Masih membahas tajuk Despicable Me, filem ini dimulakan dengan scene mencuri Piramid. Tapi kenapa Piramid yang dicuri, bukannya menara Eiffel, The Great Wall atau Kaabah?

Jawapannya mungkin, kerana Piramid adalah simbol yang mewakili kepercayaan mereka terhadap lagenda Mesir, Eye of Horus yang letaknya ada di puncak Piramid.

Simbol Piramid sendiri dalam kehidupan seharian biasanya dalam bentuk segitiga. Yang diletakkan di tempat-tempat yang sering dilihat, seperti duit 1 USD, maskot Olimpik London 2012, sehinggalah kepada salah satu logo Nickelodeon.

Cuba anda google 'Nickelodeon all seeing eye' dan kamu nilai sendiri.

6. Dr. Nefario

Dr. Nefario

Karekter lain yang akan ditemui dalam filem Despicable Me adalah Dr. Nefario yang pakar mencipta pelbagai senjata.

Tapi, kalau anda membuat research tentang asal kata Nefario, ia berasal dari bahasa Inggeris Nefarios dan bahasa Latin Nefarius yang bererti jahat, kejahatan dan penuh dosa. Jadi, apa hubungannya?

Watak Gru yang jahat dan teringin menguasai dunia, manakala pasangannya Dr. Nefario, juga membawa watak jahat.

7. Bank of Evil

Bank of Evil

Dari namanya saja sudah jelas menyatakan bahawa ini adalah bank yang dimiliki oleh pemilik yang sangat jahat.

Dan pada filem Despicable Me, Gru berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank ini.

Cuba anda perhatikan tulisan yang ada pada bahagian bawah logo Bank of Evil. Di situ tertulis 'Formerly Lehman Brothers' yang maksudnya 'Dulunya Lehman Brothers' atau pernah dimiliki oleh Lehman Brothers.

Anda tahu cerita Lehman Brothers? Mari saya ceritakan dibawah.

Lehman Brothers dulunya adalah sebuah syarikat kewangan global di Amerika Syarikat. Lehman Brothers  merupakan bank perlaburan keempat terbesar di AS, sebelum diisytihar bangkrap pada tahun 2008.

Lehman Brothers merupakan kes kebangkrapan terbesar sepanjang sejarah AS dan mereka dikatakan sebagai punca kepada krisis kewangan global yang berlaku pada akhir tahun 2000an itu.

Penggunaan logo Lehman Brother dalam Bank of Evil ini pula sebagai simbolik bahawa warga Amerika kini menanggung semua beban yang ditimbulkan dengan kejatuhan Lehman Brothers.

Perkara itu digambarkan dengan jelas melalui patung-patung yang terdapat pada setiap tiang di sepanjang koridor Bank of Evil.

Jadi, apa hubungannya dengan sebarang teori konspirasi? Itukan dalam bentuk simbolik bahawa kapitalisme pasti akan menguasai sektor ekonomi yang dalam filem ini diwakili Bank of Evil.

8. Logo Gru Labs

Logo Gru Labs

Sekarang cuba perhatikan logo Gru Labs yang ada pada filem Despicable Me. Logo Gru Labs sangat mirip dengan logo Freemason!

Huruf 'G' ditengah-tengah logo itu kemungkinan melambangkan kata Geometry, iaitu sebuah kata dasar matematik yang melahirkan Freemason.

Kesimpulan

Persoalan besar yang timbul ialah, apa sebenarnya rancangan mereka ini? Mesej apa yang ingin disampaikan kepada penonton diseluruh dunia?

Dan lebih penting lagi, apa peristiwa besar yang bakal berlaku didunia selepas ini?

Anda mungkin ada jawapannya..

BACA INI JUGA: Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

Sumber: Malesbanget

Thursday, May 07, 2015

Dajjal Menanti Tasik Galilee Surut Airnya

Dajjal Menanti Tasik Galilee Surut Airnya

Berdasarkan Sahih Muslim, terdapat sebuah kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Tamim Ad-Dari yang berlayar bersama kumpulannya sebelum tersesat dan terdampar di sebuah pulau.

Tasik Galilee Surut Airnya

Sebaik tiba di pulau asing itu, Tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua. Sebaik memasuki gua tersebut, mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.

Tamim dan para sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring. Makhluk gergasi itu bertanya Tamim adakah Tasik Tiberia masih dipenuhi air?

Jawab Tamim dan sahabatnya, "Ya, masih dipenuhi air."

Lantas makhluk itu menjawab, "Tidak lama lagi airnya akan kering."

Pada akhir soal jawab itu, makhluk gergasi itu memperkenalkan dirinya kepada Tamim, "Akulah Dajjal!"

Dajjal memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyian setelah tiba masanya kelak apabila tasik itu kering kontang.

Ya, Tasik Tiberia yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya merujuk kepada Tasik Galilee berdekatan Bukit Golan, yang terletak dalam wilayah Israel.

Keluasan tasik itu terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter. Pada paras 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan merupakan kawasan terendah di muka bumi ini.

Kerana keistimewaan itulah, sejak zaman berzaman, tasik ini sering menjadi rebutan. Akhirnya, usaha kaum Yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang Islam, berjaya.

Sebenarnya, kisah keringnya air tasik ini sudah dinyatakan sejak sekian dahulu. Dan kini, fenomena itu sudah mula berlaku. Malah, kisah pengeringan Tasik Galilee juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang Yakjuj dan Makjuj.

Saat akan tiba keringnya Tasik Galilee, petanda bermulalah era Dajjal laknatullah. Ketika itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahadi sebagai penyelamat akhir zaman.

Kita tidak perlu bertelagah dalam soal ini. Saatnya pasti akan tiba. Cuma, perhatikan saja paras air Tasik Galilee dari masa ke semasa.

Sejak tahun 2000, paras airnya turun dengan pantas. Malah terdapat beberapa kawasan yang satu ketika dahulu dipenuhi air, kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.

Sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya, sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut Allah dan Rasulullah tentang ketibaan Dajjal pasti akan berlaku.

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya, tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir. Ingatlah, tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Jadi, adakah kita hanya sekadar merenung paras air di tasik ini yang kian pantas tahap pengeringannya?

Atau, kita hendaklah beribadat sebanyak-banyaknya sebelum tibanya Dajjal dan kemusnahan hari Kiamat!

BACA INI JUGA: Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 19, 2014

Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901

Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901

Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996.

Muhammad Isa Dawud

Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada (Malaysia).

Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi.

Prof. Sergius A. Nilus
Prof. Sergius A. Nilus.

Cendekiawan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.

HASIL KERJA PROF. NILUS

Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium Britishpada 10 Ogos 1906.

Dr. Theoder Herzl
Dr. Theoder Herzl, Pengasas Zionist.

Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr Theoder Herzl.

Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan pada tahun 1897.

Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia bernama Miss Glinka.

Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri bernama Joseph Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongress Zionis itu berlangsung.

Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris.

Kongress Zionist di Basel
Kongress Zionist di Basel.

Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu.

Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”.

Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang misteri dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.

Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917.

Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karyanya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.

Rejim Kerenski
Rejim Kerenski berjaya menguasai Rusia pada tahun 1917.

Dengan kuasa Allah, beberapa naskah hasil karya Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.

ULASAN ANEH PROF. NILUS MENGENAI RAJA YAHUDI

Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana kita pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam...

ULASAN PROF. NILUS DALAM BUKUNYA "THE GREAT WITHIN THE SMALL"

“…sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”

“…hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“…peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan. Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlalu pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“…di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”

Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di suatu tempat rahsia.

Kita juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.

Segitiga Bermuda

Dan kemudian sehinggalah pada tahun 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut.

Muhammad Isa Dawud melalui hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda.

Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….”

Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misteri dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal dipasaran, ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Dajjal sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.

Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat.

Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.

Rujukan:
  • Buku-buku Marshden edisi Amerika, 1937, edisi Brazil 1937, edisi Poland 1943
  • Victor E. Marsden, The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion, 1923 (pembaca digalakkan membaca buku ini)
  • Sergius A. Nilus The Great Within the Small“, 1901 (Terjemahan Inggeris)

BACA INI JUGA: Dunia, 7 Tahun Selepas Matinya Dajjal

Sumber: Myblograshidahmad.blogspot.com

Sunday, July 20, 2014

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia!

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia!

Menyelidiki kedatangan Dajjal, Imam Mahadi dan kemunculan kembali Nabi Isa a.s. Adakah kita sudah bersedia? Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW dikatakan, "Aku memperingatkan kalian untuk melawannya (Dajjal) dan tidak ada Nabi yang memperingatkan umatnya untuk melawan. Tetapi aku akan mengatakan sesuatu yang belum pernah diungkapkan oleh Nabi-nabi sebelumku. Kalian hanya tahu bahawa ia bermata satu. Dan Allah tidak bermata satu".

Fitnah DAJJAL
Gambar hiasan.

Hampir semua kebudayaan sudah meramalkan kedatangan Dajjal. Umat Kristian menyebutnya 'Anti-Christ'. Walaupun sebahagian besar orang takut dengan perkara ni, tetapi tidak sedikit pula yang sudah mempersiapkan diri selama ribuan tahun untuk mengadakan acara sambutan.

Tetapi sebenarnya apakah tanda-tanda kemunculan makhluk bermata satu itu?

Simbol Mata Satu (All-Seeing-Eye) sudah wujud sejak ribuan tahun dahulu seperti contoh simbol RA yang terdapat dalam artifak Mesir Kuno.

Sejak abad pertengahan, Mata Satu (Dajjal) boleh ditemui dalam simbol-simbol Freemason (kumpulan rahsia) yang digunakan dalam ritual mereka. Malah, boleh ditemui dengan mudah dalam not wang satu ringgit dolar Amerika.

Jika kita melihat dengan teliti gambar mata wang dolar, maka akan tampak kelihatan tulisan 'Novus Ordo Seclorum'. Dan jika anda lebih peka, simbol ini juga tertera di dalam program TV kanak-kanak, Nickelodeon.

Simbol Mata Satu (Dajjal) merupakan satu simbol Hieroglyph (Aksara Mesir Kuno) yang bermaksud Dewa Ra iaitu Dewa Matahari. Ra merupakan Dewa tertinggi dalam budaya Mesir Kuno kerana kekuasaannya meliputi alam semesta.

Firaun pada masa lalu menghambakan diri mereka terhadap Ra/Ra-Horakty (tatkala Ra dan Horus bersatu atau merupakan satu jiwa).

Ilustrasi Ra boleh ditemui dalam kitab sihir pada masa itu. Bahkan sehingga sekarang pun boleh dilihat dengan jelas dalam not mata wang dolar AS, sumber keagamaan dalam kumpulan rahsia seperti Freemason dan Illuminiti.

Tanda-tandanya bukan hanya terbatas dalam ilustrasi Mata Satu (Dajjal), namun juga berupa bangunan yang dibina untuk melayani agenda Dajjal, iaitu sebuah 'Tataan Dunia Baru' yang lebih dikenali sebagai 'New World Order' dan salah satu simbolnya adalah Menara Babel.

Kisah Menara Babel melambangkan keangkuhan, kesombongan manusia, disebut-sebut dalam Kitab Kejadian dan Kitab Suci Perjanjian Lama. Pembinaan menara ini diketuai oleh Raja Namrud, anak cucu Nabi Nuh pada zaman Babilon Kuno, sebelum zaman Nebuchadnezar.

Bangunan piramid juga termasuk sebagai bangunan yang digunakan untuk melayani kepentingan golongan Anti-Christ atau Dajjal. Seperti Piramid Mesir, Gia dan Chinchen Itza yang merupakan tinggalan peradaban bangsa Maya di Amerika Selatan.

(Iblis) berkata, "Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka aku akan memujuk mereka yang ada di muka bumi untuk melakukan perbuatan maksiat dan menjadikan mereka sekutu". (Surah Al-Hijr, 39)

Dan sejak itu, perang telah menjadi sebahagian kehidupan manusia.

Pada tahun 1307, Raja Philippe dari Perancis telah menangkap golongan Anti-Christ sehingga ramai di antaranya melarikan diri keluar dari Eropah.

Sebahagiannya menetap di Scotland dan mendirikan kumpulan rahsia terkemuka yang dinamakan 'Freemasonary'.

Raja Philippe mengarahkan agen-agennya untuk menangkap Templar dan dijatuhkan hukuman mati pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307, sehingga disebut dalam sejarah Eropah sebagai 'Black Friday'.

Inilah sebabnya sebahagian orang menganggap 13 adalah angka malang dan menghubungkan 13 haribulan yang jatuh pada hari Jumaat dengan peristiwa menakutkan seperti filem 'Friday 13th'.

BACA INI JUGA: "Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya"

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, May 02, 2014

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod

Bandar ini kecil. Keluasannya tidak sampai 13 kilometer. Kaum Yahudi menamakannya sebagai Lod. Manakala bangsa Arab pula menyebutnya sebagai Ludd atau Al-Ludd. Ribuan tahun dahulu, bandar ini juga dikenali dengan nama Lydda dan Diospolis. Terletak di daerah tengah Israel, bandar Lod berada lebih kurang 15 kilometer dari tenggara Tel Aviv.

Gerbang Kota Lod

Populasi penduduknya lebih kurang 70 ribu pada penghujung tahun 2011. Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah Yahudi. Selebihnya adalah bangsa arab.

Perlu diketahui, awal dahulu kota ini dipenuhi bangsa Arab beragama Islam. Namun, kerana pencerobohan Israel pada 1948, ramai penduduk Islam telah diusir. Ditambah dengan projek peluasan tapak penempatan haram Yahudi di situ.

Sejarah Lod

Kita singkap sedikit sejarah kota kecil ini. Mengikut kajian, kota ini mungkin sudah wujud sejak tahun 5,600 Sebelum Masihi berdasarkan usia tembikar dan beberapa barangan arkeologi yang ditemui. Sejarah menunjukkan beberapa kuasa pernah menakluki bandar kecil ini.

Pada abad ke 15 Sebelum Masihi, Lod berkembang sebagai pusat pemikir dan perdagangan Yahudi sehinggalah kota ini ditakluki penguasa Rom pada tahun 70 Masihi.

Dalam peperangan itu, Rom turut menjual penduduk Lod sebagai hamba abdi dan kota ini turut mengalami kehancuran akibat perang.

Sewaktu dalam kekuasaan Rom, kebanyakan penduduk kota ini menganut agama Kristian. Tambahan pula penguasa Rom telah melakukan usaha untuk mengkristiankan penduduk didalam daerah kekuasaannya.

Apabila kebangktan tentera Islam yang dipimpin Amr Ibn Al-As meluaskan kuasa, Lod berjaya ditawan pada tahun 636 Masihi. Namun pada tahun 1099, tentera salib berjaya merebut semula kota ini.

Ditangan tentera Saladdin, Lod berjaya direbut semula oleh tentera Islam namun tidak lama. Kemasukan bangsa Eropah berfahaman Katolik telah menguasai kota itu dan bergiat hebat menyebarkan fahaman mereka. Malah, semasa pendudukan itu, sangat sukar menemui Yahudi di dalam kota ini.

Seiring dengan peredaran zaman, Lod turut berkembang di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah. Ada masjid dan gereja, stesen kereta api juga dibina.

Pada tahun 1918, wakil Inggeris di Palestin diberi mandat untuk mentadbir Lod berikutan keputusan League of Nation, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk mencapai keamanan.

Sehingga tahun 1948, kota Lod masih berada dalam kekuasaan Arab dibawah Palestin dengan populasi penduduk sekitar 20 ribu umat Islam dan hampir dua ribu penduduk Kristian.

Namun, setelah Israel mengisytiharkan merdeka dengan tanah yang telah dicerobohinya, pada Julai 1948, bangsa Yahudi telah menakluki kota Lod.

Dalam satu serangan, lebih kurang 250 bangsa Arab termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mengarahkan tenteranya untuk menembak sesiapa saja yang kelihatan di jalanan kota tersebut.

Sejak dikuasai Israel, umat Islam di kota itu mula diasingkan. Beratus-ratus orang Arab telah diusir oleh komando Israel dengan dipaksa berjalan kaki sepanjang 17 kilometer memasuki sempadan daerah Arab. Ramai yang meninggal kerana dehidrasi.

Manakala ramai bangsa Arab di kota itu tidak diizinkan tinggal dirumah mereka. Malah, Israel segera 'mengimport' kemasukan Yahudi daripada pelbagai daerah menyebabkan populasi Yahudi terus bertambah di kota itu.

Sebaliknya, populasi Islam kian mengecil. Taktik Israel berjaya dan kota itu akhirnya bertukar menjadi bandar Yahudi sehingga kini.

Apa yang menarik tentang kota Lod sehinggakan Yahudi begitu ingin menguasai kawasan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal si buta sebelah menebarkan kesesatan dari arah timur, pada zaman terjadinya perselisihan antara manusia. Lalu dia berangkat ke Hijaz, diantara Iraq dan Syam. Kemudian dia mendatangi Madinah dan Mekah, tetapi para malaikat menghalanginya. Dia pun pergi ke Palestin tempat Isa bin Maryam as membunuhnya." (Hadis riwayat Al-Bazzar)

Dalam hadis lain, kota Lod turut disebut sebagai 'bab Lud' atau gerbang Lod. Dikatakan, di kota inilah Dajjal akan dikalahkan oleh Nabi Isa.

Dalam sesetengah kajian lain, gerbang Lod yang disebut tempat kematian Dajjal merujuk kepada kota yang berhampiran dengan Baitulmuqaddis di Palestin.

Di dalam kota Lod, ada sebuah dinding setinggi tiga meter yang dibina sebagai tanda sempadan yang memisahkan wilayah Yahudi dan Arab.

Kedua-dua kawasan itu mengalami pembangunan yang berbeza. Wilayah Yahudi pernah membangun, tetapi wilayah Arab jauh ketinggalan.

Dajjal dibunuh di pintu kota Lod

Seperti yang telah diriwayatkan, Nabi Isa akan turun di menara putih, bahagian timur kota Damsyik. Baginda akan sama-sama solat Subuh berimamkan Imam Mahdi dalam masjid di Baitulmuqaddis.

Setelah itu, Nabi Isa akan berdepan dengan Dajjal yang dibelakangnya sudah bersedia 70 ribu Yahudi lengkap bersenjata.

Melihat Isa didepan mata, Dajjal tiba-tiba cair seperti garam disiram air. Ia lari ketakutan dan Nabi Isa terus mengejarnya hingga tiba di pintu Lod dan membunuh Dajjal.

Seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Majah, Ibnu Huzaimah & Hakim yang bermaksud: "...Dia (Dajjal) pun dibunuhnya (oleh Isa)."

Lalu Allah berkenan menghancurkan orang Yahudi, maka tidak satu pun dari seluruh makhluk Allah yang tidak memberitahu tentang keberadaan Yahudi kerana Allah telah membuat mereka mampu berbicara kecuali Gharqad (nama pohon Yahudi) yang tidak mampu berbicara kerana ia termasuk pohon orang Yahudi. Semua makhluk Allah tadi akan mampu mengatakan, "Wahai hamba Allah, disini ada orang Yahudi, bunuhlah."

Jadi, tahulah kini mengapa Yahudi menguasai kota Lod dan menggiatkan usaha menanam pohon Gharqad!

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 14, 2014

'Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya'

'Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya'

Nabi saw bersabda bahawa pada saat kebanyakan manusia melupakan Dajjal dan para Imam tidak lagi mengingatkan umat akan bahaya Fitnah Dajjal, maka ketika itulah Dajjal bakal keluar.

"Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatkannya di atas mimbar-mimbar." (HR Ahmad)

Fitnah DAJJAL
Gambar hiasan.

Realiti dunia kita dewasa ini sudah memaparkan kedua-dua fenomena tersebut. Maknanya, sudah sampai masanya kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kemunculan Dajjal yang bila-bila masa sahaja akan keluar!

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw menjelaskan ciri khas Dajjal kepada umatnya yang belum pernah dijelaskan oleh para Nabi sebelumnya kepada umatnya masing-masing.

Beliau menegaskan bahawa Dajjal itu bermata dua namun salah satunya cacat atau buta sehingga yang berfungsi hanyalah satu mata sahaja.

"Dan sesungguhnya Dajjal itu bermata satu; sebelah matanya tidak nampak. Di antara kedua matanya tertulis "kafir" yangg boleh dibaca oleh setiap mukmin yang tahu membaca ataupun tidak." (HR Ahmad)

Hadits di atas mengingatkan kita akan suatu simbol yang tertera pada sekeping wang kertas satu dolar Amerika Syarikat (one dollar note). Di dalamnya kita lihat sebuah gambar yang disebut sebagai "The Great Seal" (Tanda Yang Agung).

The Great Seal

Gambar ini penuh dengan makna dan isyarat. Perkataan berbahasa Latin "Novus Ordo Seclorum" bererti the New World Order (Sistem Dunia Baru) sedangkan di atas tulisan tersebut ada gambar piramid yang tidak sempurna kerana bahagian puncaknya terpotong.

Di atas piramid itu ada sebuah segitiga yang sesuai untuk diletakkan menjadi puncak piramid. Di dalam segitiga tersebut terdapat gambar mata tunggal. Manakala di atas segitiga bermata tunggal itu ada tulisan Latin "Annuit Coeptis" yang bererti "the Eye of Providence has approved of (our) undertakings." (Makhluk Bermata Tunggal telah merestui usaha-usaha kita).

Jika kita tafsirkan gambar di atas, maka ia boleh memberi makna bahawa dunia sedang diarahkan menjadi sebuah sistem yang berstruktur umpama piramid yang belum memiliki puncak atau struktur dunia yang belum mempunyai pemimpin tertinggi.

Namun pemimpin tersebut sedang dinanti-nantikan kehadirannya dan struktur dunia yang dirancang menjadi "The New World Order" tersebut menantikan kedatangan pemimpinnya yang bersimbolkan Makhluk Bermata Satu (Dajjal?).

Keseluruhan usaha-usaha untuk mewujudkan dan menguatkan "The New World Order" merupakan rangkaian usaha untuk meraih keredhaan dan restu dari Makhluk Bermata Satu atau Dajjal.

Dengan kata lain, Ketetapan Sistem Dunia Baru ini adalah sebuah projek yang besar untuk menyambut kedatangan puncak fitnah iaitu Dajjal!

Setiap dimensi kehidupan moden ini adalah dalam rangka mewujudkan "The New World Order" (Sistem Dunia Baru).

Sebuah sistem yang tidak berlandaskan nilai-nilai keimanan malah dipengaruhi secara terus oleh nilai-nilai kekufuran, nilai-nilai Dajjal.

The New World Order

Ahmad Thompson, seorang penulis Muslim rakyat Britain jelas menyatakan bahawa dunia moden semenjak hampir satu abad yang lalu (sejak runtuhnya Khilafah Islamiyah Uthmaniyah yang terakhir) membentuk dirinya menjadi sebuah Sistem Dajjal.

Suatu sistem yang penuh dengan nila-nilai Dajjal di mana jika makhluk Dajjal itu muncul sekarang, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin Sistem Dajjal yang telah tersedia.

Inilah yang dikhuatiri oleh Rasulullah saw. Bilamana rangkaian fitnah telah bermunculan menjelang datangnya Dajjal, maka manusia akan mengalami proses pemilihan.

Barangsiapa yang sanggup beristiqamah menghindarkan diri dan keluarganya dari rangkaian fitnah tersebut, maka ia bakal terbebas dari puncak fitnah, iaitu Dajjal.

Sebaliknya, barangsiapa yang mengikuti serta menyemarakkan rangkaian fitnah sebelum datangnya Dajjal, nescaya ia akan mudah menjadi sasaran tipu daya Dajjal.

Barangsiapa yang tidak mempunyai jiwa yang kritis dan hanya menerima dan mendokong "The New World Order", maka dia termasuk mereka yang pada hakikatnya turut menanti-nanti dan menyambut dengan sukacita kedatangan seorang pemimpin, iaitu Dajjal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam haditsnya seperti berikut:

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal. (HR Ahmad)

"Ya Allah, kami memohon perlindungan kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari buruknya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal."

Amiin..

BACA INI JUGA: "Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 23, 2013

Dr. Ismail Al Faruqi, Mangsa Konspirasi Dajjal

Dr. Ismail Al Faruqi, Mangsa Konspirasi Dajjal

Info Dajjal. Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Dr. Ismail Al Faruqi

Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.

Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT).

Semua latar belakangnya boleh dilihat dalam wikipedia.org/Ismail Al Faruqi

Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial

Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam dunia ilmu sains sosial berjalan lancar.

Apa yang dibongkarkan beliau?

Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal, dan beliau bukanlah pengkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.

Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.

Dr. Ismail al-Faruqi menjelaskan bahawa, “Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad.”

Beliau menegaskan lagi seterusnya, “Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu.”

Pendedahan Dr. Ismail:
  • Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
  • Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
  • Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
  • Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.

Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial

Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.

Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.

Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.

Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan univerisit barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.

Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi

Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.

Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.

Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama “PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).

Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Komplot Pembunuhan Dr. Ismail

Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.

Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.

Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau.

Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.

Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya “…seorang profesor Palestin harus disingkirkan..”

Sebelum kematian Dr. Ismail al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Committee juga disyaki telah dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.

Kesimpulan

Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya.

Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.

Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.

[Sumber]